Siri pertama pengembaraan tokdin di bumi Oz..
Tanggal hari Ahad 25 Mac 2012, Tokdin telah selamat sampai ke Perth menerusi penerbangan MH125. flight dari penang jam 7 pagi, transit di KL dan kemudian menaiki pesawat ke sini. risau jugak takut2 tokdin sesat di KLIA. Alhamdulillah semuanya dimudahkan. ada teman yg ditemui dalam perjalanan, satu keluarga cina dari Alor Setar yang sudi mengajak tokdin untuk ikut bersama2 diorang. tokdin turut mendapat layanan baik dari kakitangan penerbangan. terima kasih MAS :)
seronok tak terkata dan mcm tak percaya bila tokdin dapat sampai ke sini. boleh berjumpa cucu2 yg sudah setahun tak bertemu kecuali cuma dpt mendengar suara dan melihat gambarnya saja. dapat tengok cucu ke sekolah, dan bermanja, bermain dgn cucu.. ;)
waktu hujung minggu pertama tokdin di sini (setelah seminggu sampai), kami telah membawa tokdin berjalan2 ke Swan Valley, ladang anggur dan Caversham Wildlife Park. Trip ke Caversham akan dimasukkan dalam PART 2. Sila layan gambar2 di bawah.. first sekali gambar anggur. masa sampai ni anggur dah nak hampir penghujung musimnya. dah tak banyak dan ada yg dah sampai kecut sbb tak dipetik. anggur ni boleh didapati dengan byk dan murah waktu musim panas saja. musim lain pun ada tapi tak semanis musim ni.. mmg manis sgt2. ladang yg kami pergi ni milik org kemboja kalau tak silap. minta izin dr dia utk posing2, tp bila tanya nak petik dia kata anggur tu baru sembur racun. so kalau nak petik jugak tanggung sendiri la hahaha..
gambar kedua adalah tokdin dgn cucu2 sebelum bertolak ke Swan Valley. seluar pun dah singkat habis ni menunjukkan cepatnya diorg besar kat sini. biasalah budak2 kan cepat membesar.
gambar ketiga dan keempat gambar di Swan Valley Visitor Centre. tempat mendapatkan maklumat dan membeli souvenir dll.. staf diorang sangat peramah. jgn lupa berhenti di sini utk tambah koleksi souvenir terutama fridge magnet, keychain dan poskad okeh.. gambar seterusnya adalah di ladang anggur dan juga gerai buah di tepi jalan. ladang anggur tu terletak di belakang gerai ni aje. tengoklah buah tembikainya besar2.. sekali tgk mcm gerai buah kat Msia aje kan?