Showing posts with label Spring. Show all posts
Showing posts with label Spring. Show all posts

Monday, November 7, 2016

Mostly Roses Nursery - Donnybrook, WA

Apa yang saya paling tabik pada budaya kebanyakan orang di Western Australia (WA) - berdasarkan pengalaman ialah mereka sangat peramah dan suka membantu. Contohnya kalau kita ke kedai kasut dan nak beli satu jenis kasut tapi pekedai tak ada stok kasut tersebut, dia akan memberitahu kita kat mana lagi kita boleh dapatkan barang tersebut. Padahal kedai lain tu tak ada kena mengena dengan dia pun. Hebat kan? Kalau kat tempat kita? hmm cari sendiri lah, buat apa nak bagitau takut nanti majukan perniagaan orang lain agaknya.. Buang masa je tanya. Saya ingatkan sikap macam ni ada kat bandar besar je tapi kat bandar kecil pun ada jugak macam ni.. Oklah jom tengok cerita kali ini:

Mostly Roses ni terletak di Donnybrook, tidak jauh dari Balingup. Donnybrook bukan saja terkenal dengan ladang epal, tetapi juga nurseri bunga ros seperti ini. Saya cuba cari laman sosial Mostly Roses tapi tak jumpa pula dan hebatnya nurseri ini dipaparkan di fb Melville's Rose and Garden. Tak tahulah apa kaitan keduanya tapi bagus betul diorang sudi promosikan nurseri orang lain juga kan..

Ok jom kita cuci-cuci mata 'melawat' Mostly Roses Nursery.. :)

Alamat:

South Western Hwy, Newlands, WA,6251. Newlands. Donnybrook-BalingupWA.

Maklumat lain boleh tengok dalam gambar di bawah.

Kredit gambar dari Melville's Rose and Garden.


















Thursday, August 18, 2016

Gambar tulip dan taman di Nannup sempena Nannup Flower and Garden Festival

Jom kita tengok gambar tulip dan sekitar Open Garden di Nannup. Selain pameran, jualan dan sebagainya, ada orang persendirian yang membuka kawasan taman rumah mereka untuk dikunjungi oleh pelawat.. Memang cantik betul landskap taman diorang, kan? 

Kredit gambar: Elliot Welsford 
Facebook: https://www.facebook.com/NannupFlowerandGardenFestival/














Sunday, October 13, 2013

Spring Garden Updates

Selamat berpuasa kepada anda yang berpuasa sunat hari ini dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Ramai yang membuat korban tahun ini?

Maaf ya sebab lama tak update blog. Sebenarnya saya balik kampung sekejap kerana ada urusan penting. Sambil-sambil tu sempat lagi JJCM dan bawa anak-anak bercuti. Nanti saya update cerita balik kampung pulak lepas ni.

Bila balik semula ke sini, agak terkejut juga tengok bunga ros yang ditanam banyak yang sudah berkembang, dan besar-besar pulak tu. Sebesar tapak tangan! Sudah lebih dua tahun kami tanam pokok-pokok bunga ros ni dan mungkin sekarang pokoknya dah matang dan mengeluarkan bunga sebesar ini. Rumput di halaman pun sudah panjang dan nampaknya perlulah mencabut rumpai yang tumbuh merata-rata (weeding). Pokok strawberi pun masih tak henti-henti berbuah. Ada beberapa biji buah yang masak ranum dan baru saja lepas saya ambil gambar, dah kena serang dengan lintah bulan (slug)! Heee..

Jom tengok gambar...
Bunga ros pink terang.. susunnya tak berapa cantik

Ni dah lama berkembang, dah tak berapa cantik tapi banyak pula bunganya tahun ni

Banyak lagi yang belum kembang. Yeayy!

Bunga ros mini yang dialih ke tanah. Daun tak ada, tup tup keluar bunga saja

Ros kuning yang rajin berbunga setiap kali

Yang ni kelopaknya sangat cantik dan banyak kudup yang kelihatan

Ros warna pink pucat, mungkin dah lama kembang. Tapi sangat besar!

Ros kuning lagi

Lavender yang makin tinggi dan subur

Ros merah hati kegemaran saya. Sebelum ni ada dua kuntum, kali ni ada 6!

Strawberi yang sedang masak

Geramnya tengok, kan?

Banyak lagi yang belum masak

Ni salah satu pasu yang ada

Tak pasti apa nama bunga ni. Masa tinggal rumah haritu baru keluar daun

Sekarang meriah dengan bunga!

Wangi macam bau bunga melur atau tanjung, tak pasti yang mana satu

Tengok tu, meriah kan?

Waktu malam tentu lebih harum baunya

Pokok pudina, hyrdrangea dan kesum

Blueberry pun dah berbuah!

Musim panas nanti masaklah agaknya

Bunga yang tumbuh liar, benihnya terbang dari rumah pakcik sebelah

Yang ni pulak kat pagar

Lemon masih banyak dan tak henti berbuah

Berry white pun masih meriah

Close up berry white

Cantik, kan?