Showing posts with label Skincare products. Show all posts
Showing posts with label Skincare products. Show all posts

Thursday, November 10, 2016

Cowaramup Christmas Fair - Sunday 13th November 2016

Satu peluang yang baik sekiranya anda berada di Margaret River pada hujung minggu ni untuk berkunjung ke Cowaramup Christmas Fair pada hari Ahad, 13 November 2016.

Biasanya akan ada jualan produk tempatan seperti lavender dan produk handmade yang jarang ditemui di kedai-kedai. Juga terdapat aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Sedikit latarbelakang Cowaramup..Cowaramup ni bukanlah dinamakan kerana banyaknya lembu (cow) disini. Tetapi ia telah diberikan oleh Aboriginal people di sini bermaksud tempat burung Cowara - a purple crowned lorikeet. 

Tapi kalau anda teringat lembu pun tak salah sebab kat sini memang terkenal dengan maskot lembu (yang boleh dilihat dibanyak tempat di pekan ini) dan aktiviti penternakan lembu tenusu selain penanaman anggur dan winery. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Cowaramup boleh layari https://www.margaretriver.com/towns/cowaramup/

Atau untuk maklumat acara, di facebook: Cowaramup Christmas Fair

Sumber gambar: fb Cowaramup dan pakcik google.



Musim bunga ni makin cantiklah.. tengok lembu tu.. hehe patung aje

Pekan kecil yang comel

Comel je pejabat pos kat bangunan kedai ni

Haa kedai cenderamata pun ada lembu jugak :)





Thursday, September 1, 2016

SEGMEN IKLAN: NALYSSA'S NATURAL HANDMADE SOAP AND SKINCARE PRODUCTS

Nalyssa's Natural Hand Made Soaps dan Skincare Products diperbuat daripada 100% bahan dan tumbuhan semulajadi secara cold process recipes dan tanpa penggunaan bahan kimia atau bahan pengawet. Product Nalyssa Natural diperbuat khusus dari Australia dan dijamin HALAL.
 
Nalyssa's Natural handmade soap akan menjadikan kulit anda sentiasa sihat, lembut dan berseri sentiasa. Amat sesuai digunakan untuk kulit yang bermasaalah dan sensitif, termasuk kulit bayi dan kanak kanak
 

Aroma Nalyssa's Natural Soap and Skincare products sungguh menyegarkan kerana ia diperbuat daripada essential oil yang berkualiti tinggi dan ekstrak tumbuhan dan hasil bumi secara natural.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pm Zai +61478160208 atau +61478160208
Su 013-6239861
Fauziah 012-6589194
Atau layari Facebook: Nalyssa Natural

(nota: sabun kegemaran saya ialah lavender dan rose.. saya sukakan sabun ini sebagai pewangi almari/laci saya.. maklumlah sayang nak pakai hehehe)


Klik gambar untuk besarkan saiz gambar