Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Crabbing in Summer 2014

Musim yang paling ditunggu-tunggu untuk crabbing. Yeayyy!!

Tahun ni musim panas rasa panas dari biasa, dengan heatwave nya.. tapi aktiviti ni tetap diteruskan. Bila lagi nak makan ketam segar dari ladang laut kan?  Alhamdulillah murah rezeki, kalau rajin berusaha Insyaa Allah ada rezeki untuk kita. Jom tengok gambar!
Dengarnya kat Heron Point ni banyak ketam
Ambil masa lebih dari satu jam ke sini dan lalu jalan tak berturap

Cantiknya tempat ni.. ada tempat camping dan boating juga di sini

Sedap mata memandang

Air laut pasang berkumpul menjadi kolam di sebelah sini

Abang bersemangat nak turun dalam air

Samalah dengan adik

Tapi akhirnya berpatah balik sebab tak berani he he he

Tunggu kat sini aje la..  Tapi tak duduk lama pun - ketam dah sembunyi bila hari makin panas agaknya



Jom ke Mandurah pula

Tunggu kat sini pula. Alang-alang dah datang jauh-jauh ni

Air surut dr biasa waktu ni. Kat sini airnya cetek sampai ke tengah

Hasilnya selepas 2 jam. Alhamdulillah.. :)



Wednesday, February 12, 2014

Beli sayur dan makanan laut segar

Jom ke pasar beli sayur dan makanan laut!

Kalau tak ke Farmers Market di Manning Road, saya suka ke Limes di Myaree ni kerana ada kedai sayur dan buah yang dibuka setiap hari. Hari Sabtu adalah hari paling sesuai ke sini kerana kedai seafood iaitu Kaili's akan menjual makanan laut segar dengan harga yang murah pada setiap hari Sabtu. Perlu datang awal kerana seafood seperti sotong cepat habis.. dan saya dapati harga udang pun sangat murah berbanding pasaraya biasa. Entry terdahulu boleh tengok di SINI.

Pintu masuk

Buah-buahan

Tersusun kemas

Butternut pumpkin

Mangga dan nectarines hampir sama besar

Bahagian sayur segar

Bawang, kentang dan sebagainya


Ikan

Kemas dan bersih susunannya

Ramai juga pelanggan yang datang

Kepala ikan

Ketam dari Mandurah

Ketam yang dah masak pun ada

Geram tengok.. rindu nak crabbing

Mussels

Oyster @ tiram..boleh cuba makan mentah. Sos disediakan :)

Snapper

Sotong yang sangat murah cuma $11/kg


Tuesday, February 4, 2014

Simple Food

Musim panas ni seringkali  tak ada idea nak masak apa. Jadi masak/makan yang ringkas-ringkas sajalah, dan menu ringkas ni biasanya dapat membangkitkan selera. ;)
Layan kuih bakul halal dari Malaysia yang dijual di kedai oriental

Buah laici.. satu kilo harganya dalam $17 - $20 gitu

Bubur pulut hitam yang pekat untuk minum petang

Roti telur untuk sarapan pagi

Sotong masak kari baba's - bila sekali sekala jumpa sotong fresh. Sedap makan dengan nasi panas-panas :)

Sunday, November 17, 2013

Restoran Seri Idaman, Teluk Tempoyak - Penang

Minggu ni agak sibuk kerana kami akan menerima tetamu selama dua minggu berturut-turut. Walaupun tetamu hanya akan datang hari Jumaat, banyak urusan perlu dibuat terutama mengemas rumah, membeli stok makanan yang mencukupi dan beberapa urusan lagi. Ye lah kan, mana sempat nak pegi beli barang dapur kalau dah jadi tourist guide dan sibuk dengan urusan masak memasak. Kalau tak sempat update blog nanti faham-fahamlah ya :p

Jadi kali ini saya buat housekeeping ajelah kat blog. Minggu ni cuma dapat update gambar tempat makan menarik yang kami terjah sewaktu balik bercuti tidak lama dulu.

Entry restoran sebelum ini boleh dilihat di SINI. Ikutkan menu yang kami pesan biasanya sama aje, tapi masih suka letak post kat sini sebab tiap kali tengok memang terliur, terus terasa rindu nak balik kampung.. rindu sebab nak makan! hahaha

Kalau jalan-jalan ke Penang jangan lupa singgah makan kat sini ya!
Restoran ni dibuka dari tengahari sampai ke malam

Waktu sampai ni selepas maghrib tak ramai orang

Kaunter bayaran

Haa cerah sikit

Sampai kat sini mula-mula tuju ke bahagian makanan laut

Pilih dulu ikan atau makanan laut yang kita nak. Kemudian pekerja akan timbang

Dan tanya masakan apa yang kita nak

Pari bakaq? Asam pedaih? Boleh ajaaa

Kalau nak mi udang, pilih la berapa ekor udang yang kita nak dalam mi tu. 2-3 ekor cukuplah sebab udang ni besar!

Sotong ni cam memanggil-manggil.. menjelma menjadi sotong celup tepung :p

Haa peminat ketam dah booking 3 ekor, tu pun kena runding sekejap sebab mula2 dia nak 10 ekor! Hahaha

Ketam nipah ni kan?

Siput lala? retak seribu? tak ingat nama sebenar

Sebelum sampai sini lagi dah terbayang kerang bakar

Harga makanan laut. Dengan sukahati convert ke AUD. Ahh baru berapa dollar! :p

Sudah canggih sekarang, tak perlu melambai-lambai minta nasi tambah hehe

Kerang bakar sampai dulu!

Kangkung goreng belacan yang dirindui (kangkung mahal kat sini)

Sup daging

Tom yam ayam

Mi udang yang penuh dengan sayur.. jenuh nak habiskan memang banyak!

Ketam rebus untuk mat ketam :)