Showing posts with label School Holiday. Show all posts
Showing posts with label School Holiday. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

School Holidays Kids Coding Camp @ Malaysia Hall Perth - 27 January 2017

Untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun.

Tarikh: 27 Januari 2017 (Jumaat)
Tempat: Malaysia Hall Perth
Masa: 9 pagi - 12 tengahari



Sunday, May 18, 2014

Xscape at the Cape Fun Park - Dunsborough

Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak sewaktu bercuti ialah untuk ke taman tema ini. Tiket dikenakan untuk permainan atau kombo pilihan manakala ibubapa atau spectators boleh masuk secara percuma.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.xscapeatthecape.com.au/

Jom tengok tarikan yang ada di sini..
Kawasan parkir di sebelah taman

Ni namanya Get Wet H20 Waterplay
Budak-budak suka betul kat sini. Kalau nak main kat bahagian lain kena tukar pakaian yang basah

Kidzone - Kawasan permainan untuk kanak-kanak dengan ketinggian kurang dari 140cm


Menarik kan?

Yang ni paling best, Wacky Putt iaitu permainan golf mini dengan jokes dan pranks :)

Kemain lagi..

Pukul bola golf sampai masuk changing room haha
Yang ni tricky, nak kena masuk windmill yang berputar


Cuba lagi





Brosur



Di bawah cendawan gergasi

Rumah api

Lembu ni yang terakhir

Nampak senang tapi susah juga

Tak ramai orang masa ni


Sambil tunggu anak-anak, kita minum dulu!



Jangan risau ada kawasan selesa untuk ibu bapa menunggu

Kafe berdekatan pintu masuk
Ini pula Mine Shaft Maze

Ada beberapa menara peninjau di sini untuk tengok anak-anak berlari cari jalan keluar

Jump n Tramp

Lompat atas trampoline

Ini namanya Tiki Mountain

Satu cabaran untuk anak-anak.. berlumba sampai ke atas :)



Tuesday, April 22, 2014

Time-Out

Kymba's selfie.. kymba tengah lepak-lepak sambil dengar lagu :)

Oh ya memandangkan ramai yang bertanya tentang stok bahan makanan di sini, selepas ini saya akan buat entry yang khusus terutamanya jenis makanan yang boleh didapati di pasaraya biasa di sini seperti Coles, Woolies dan IGA. Salah satu soalan popular yang sering ditanya ialah: senang ke nak dapatkan beras di sini? Jawapannya senang sangat kerana semua pasaraya dan kedai runcit menjual beras. Orang-orang di sini kuat makan nasi juga ya, tambahan pula ramai orang dari Asia tinggal di sini.

Jika ada lain-lain pertanyaan, tinggalkan komen dibawah dan saya akan masukkan info/jawapan dalam entry tersebut nanti.

Kymba nak dengar lagu kejap



Thursday, April 17, 2014

Long holiday

Hujung minggu ini adalah cuti panjang bermula hari Jumaat sehinggalah ke hari Isnin atau Selasa. Jumaat ni adalah sambutan Good Friday. Sabtu hingga Selasa ialah Easter. Hari ni tengok ramai orang berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli-belah sebab Jumaat pasaraya tutup. Kita pun kalut juga, tengok orang memborong coklat dan sebagainya. Sempat lagi meminjam dvd movie dekat kiosk supaya anak-anak tak keboringan melepak kat rumah.

Selepas easter hari selasa, ada 2 hari bekerja iaitu Rabu dan Khamis. Walaupun begitu, ada juga yang telah mula bekerja pada hari Selasa lagi. Hari Jumaat depan cuti umum Anzac Day pula. Kalau kat tempat kita dah tentu amik cuti 2 hari dapat 10 hari. Wow! Apapun biarlah diorang dengan sambutan perayaan diorang kan.. tapi kita yang tengok coklat ni meleleh air liur juga. Jadi rembatlah seketul dua untuk di nyam nyam..

Oh ya dah mood cuti ni mungkin tak sempat update blog nanti. Sibuk nak habiskan arnab-arnab ni bukannya senang.. hmmm dan mungkin ada plan nak jalan-jalan juga untuk menenangkan fikiran he he..
Arnab emas

Dah kenyang makan tergolek macam Kymba..
Cat scratching post yang tumbang angkara kymba gendut :p


Monday, April 14, 2014

Cuti sekolah dah bermula...

Cuti sekolah sudah bermula dan sekolah akan dibuka pada hari Rabu, 30 April. Menarik sekali bila sekolah dibuka pertengahan minggu. Biasanya guru-guru akan bekerja sehari lebih awal sebagai persediaan sekolah,

Gambar di bawah ialah salah satu aktiviti sekolah. Hari terakhir sekolah pada hari Jumaat lepas merupakan hari Crazy hair/hat day. Pelajar dibenarkan ke sekolah dengan fesyen rambut atau topi yang pelbagai  gaya serta digalakkan memberi gold coin donation ($1 atau $2) pada hari tersebut untuk tabung sekolah. Macam-macam cara kutipan tabung sekolah dibuat di sini kan?

Kemudian gambar-gambar loom bands, demam atau kegilaan yang sedang melanda di sini, dengarnya di Malaysia pun macam ni ya? Ada pelajar sekolah yang menjual hasil kerja masing-masing dengan harga serendah 40 sen mengikut design.

Akhir sekali ialah contoh hasil seni. Suka sekali tengok aktiviti seni di sini. Sangat unik dan fun!
Terjumpa topi wizard aje boleh laa

Siap tambah janggut palsu lagi he he

Batman dengan design loom bands

Satu lagi design

Yang ni macam lain pulak

Ingat hobi budak perempuan aje rupanya budak lelaki pun minat

Hasil seni..Cikgu amik gambar sambil suruh buat muka terkejut

Kemudian tampal kat lukisan.. hahaha memang kelakar :D

Thursday, December 19, 2013

Farewell Party dan cuti sekolah

Hari terakhir persekolahan adalah pada hari Khamis. Guru-guru pula bekerja macam biasa sampai hari Jumaat. Sempena musim persekolahan tahun 2013 yang berakhir pada minggu ini, guru kelas dan ibu bapa telah membuat jamuan perpisahan. Tema makanan ialah A Tasting Delight iaitu sajian makanan dari pelbagai negara yang dibuat berdasarkan kajian negara yang dibuat oleh setiap pelajar. Anak saya sudah tentu membuat kajian dan pembentangan tentang Malaysia dan usahanya mendapat pujian guru sehingga mendapat sijil pada perhimpunan yang lepas. Selepas memikirkan makanan apa yang sesuai akhirnya saya pilih untuk menyajikan roti jala untuk jamuan ini.

Kelas anak saya yang satu lagi pula menganjurkan program berbasikal di sepanjang sungai dan berkelah. Ibu bapa dijemput menyertai aktiviti seperti ini samaada jamuan ataupun berbasikal. Menarik bukan?

 Jom tengok gambar...
Tak ramai pelajar dalam satu kelas, sekitar 24 orang dan ada yang dah bercuti awal

Pelajar mencuba makanan dulu diperhatikan kaum ibu. Kat sini ramai kaum ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa

Hidangan savoury

Anak saya seperti biasa cuma makan makanan yang saya bawa iaitu roti jala

Hidangan lain

Dessert

Welsh Cake macam pancake kan.. siap dengan resepi

Biskut

Christmas Lebkuchen dari Jerman

Tak sesuai untuk pelajar yang ada alahan pada kekacang

Cikgu tunjukkan hasil kerja pelajar di skrin

Masing-masing makan sambil duduk atas lantai

Lagi pembentangan

Ibu-ibu pula merasa makanan


Sambil bersembang

Tak pasti kuih apa ni

Katanya ni dibuat dari labu dan kelapa dan dimakan bersama keju

Puding

Sandwic dari New Zealand

Ingatkan gozleme rupanya dari Romania

Puff Pastry

Roti jala mendapat sambutan hangat. Ada yang bertanya macam mana nak menjala :)

Suasana dalam kelas

Shortbread biscuit

Ibu-ibu yang hadir



Giliran guru beri ucapan

Pelajar yang sangat rapat dengan guru

Room 7

Kad jemputan jamuan :)