Jom kita jenguk kafe baru kat Perth.. iaitu KL Cafe.
Alamat:
SHOP 3, 156 ORRONG ROAD, LATHLAIN
Perth, Western Australia
Tel: +61 424 256 928
Waktu operasi:
Selasa sehingga Ahad
11.30 pagi - 2.30 petang, 4.30 petang - 9.00 malam
TUTUP SETIAP ISNIN
Kredit gambar dari facebook KL Cafe
Showing posts with label Rice. Show all posts
Showing posts with label Rice. Show all posts
Wednesday, August 9, 2017
Thursday, June 5, 2014
Tolo Supermarket - Thornlie
Pertama kali dengar nama Tolo Supermarket dari kawan. Katanya beriani kat sini sedap. Jadi saya pun google cari kat manalah supermarket ni, ingatkan restoran rupanya 3 dalam 1. Ada supermarket menjual pelbagai jenis produk dari asia, kafe di satu sudut menjual nasi dan sebagainya serta di bahagian belakang supermarket pula ada daging halal.
Tolo Supermarket ini terletak di Thornlie Square, kira-kira 1 atau 2 km dari dari Spencer Village . Kalau google tengok ada satu lagi alamat di Maddington. Saya kurang pasti jika ada beberapa cawangan tapi cawangan yang saya kunjungi ini terletak di Thornlie. Memang tepat sekali makanan yang dijual di sini sangat sedap, saiz hidangannya pun sangat banyak berbaloi dengan harga.
Alamat:
TOLO SUPERMARKET
Shop 13 Thornlie Square Spencer Road
Thornlie, WA 6108

| Papan tanda serta senarai menu |
| Pilihan nasi putih: ada nasi putih, nasi beras perang dan nasi beriani serta lauk |
| Kerusi meja disediakan dan ruang makan bersila di bahagian atas :) |
| Kari yang ada kat sini |
| Ayam bakar yang lembut dan sedap |
| 3 jenis nasi |
| Nasi beras perang (brown rice) dengan ayam bakar |
| Beriani ayam yang sangat sedap |
Monday, May 26, 2014
Satay on Charcoal @ South Perth
Satay on Charcoal kini sudah dibuka di South Perth - mengambil alih tapak perniagaan yang asalnya adalah Tina's Kitchen. Rindulah nanti pada mi rebus Tina's Kitchen tapi terubat pula dengan makan satay.. Haa apa lagi, jom terjah ke sini pulak. Memang sedap satay kat sini, menepati selera kami sekeluarga..kuah kacangnya pun sedap!
Jika Satay on Charcoal di E-Shed Fremantle dibuka selama tiga hari seminggu dari hari Jumaat hingga Ahad, cawangannya di South Perth pula dibuka setiap hari mulai 5.00 petang sehingga lewat malam.
Alamat:
Shop 16, 6 Mends St South Perth
Facebook: SatayOnCharcoal

| Kedai yang telah diubahsuai |
| Team Satay on Charcoal |
| Lauk untuk nasi lemak serta kuih |
| Teh O untuk adik yang tak lekang dengan helmet |
| Nasi goreng kampung |
| Sedap minum teh tarik musim sejuk macam ni, nyaman sekali :) |
| Lamb satay |
| Nasi lemak biasa. Boleh tambah lauk |
| Chicken satay untuk saya. Yummm! |
Wednesday, April 16, 2014
Satay on Charcoal @ E-Shed, Fremantle
Ada gerai satay baru dibuka di E-shed rupanya iaitu Satay on Charcoal.. Jom terjah! Hmm sedap juga bila dah cuba, tambahan pula perut dah lapar kan..
Lepas makan dan dah kenyang jangan lupa singgah pula beli ole-ole di kedai Megabes :)
Alamatnya:
FC42 E Shed Market, Peter Hughes Drive, Fremantle, Western Australia 6160
Facebook: SatayOnCharcoal
Lepas makan dan dah kenyang jangan lupa singgah pula beli ole-ole di kedai Megabes :)
Alamatnya:
FC42 E Shed Market, Peter Hughes Drive, Fremantle, Western Australia 6160
Facebook: SatayOnCharcoal
| Lama tak makan satay.. haa apa lagi |
| Menu yang ada selain satay |
| Lauk untuk nasi lemak dan juga kuih |
| Macam biasa kena tunggulah sekejap diorang bakar satay |
| Harga |
| Minuman |
| Menu mi |
| Menu aneka nasi |
| Appetizer |
| Teh ais |
| Satay daging |
| Satay ayam |
| Nasi goreng kampung |
Tuesday, February 18, 2014
Nasi kerabu kelantan
Jom layan nasi kerabu sekali lagi.. kali ni nasi kerabu dengan warna biru.. sebelum ni buat warna kuning, boleh tengok kat SINI.
| Daging bakar |
| Ulam daun kesum |
| Kobis, timun dan kacang panjang |
| Sambal kelapa, parut sebiji kelapa lepas tu tambah kelapa kering takut peminatnya tak cukup makan |
| Tumis |
| Siap dengan keropok kali ni tapi terlupa letak taugeh pulak.. dah makan separuh baru letak hihi |
| Alhamdulillah kenyang dan terubat rindu dengan nasi kerabu |
Monday, December 30, 2013
Makan-makan di INSAN'S CAFE, Murray Street
Sudah lama rasanya tak makan di Insan's Cafe.. rupa-rupanya kafe ni dah bertukar pemilik. Pemilik baru mengekalkan menu dan resepi terdahulu dan paling saya suka kali ini adalah portion makanan yang banyak dan sangat berbaloi dengan harga. Selain menu nasi campur, saya juga telah mencuba menu goreng-goreng iaitu nasi goreng ayam dan mi bandung. Memang sedap sekali..
Kalau jalan-jalan ke bandar Perth jangan lupa singgah makan di sini!
Post terdahulu tentang Insan's Cafe boleh dilihat di SINI.
Alamat:
113-115 Murray St, Perth, WA 6000, Australia
Tel: (08) 9218 9062
Kalau jalan-jalan ke bandar Perth jangan lupa singgah makan di sini!
Post terdahulu tentang Insan's Cafe boleh dilihat di SINI.
Alamat:
113-115 Murray St, Perth, WA 6000, Australia
Tel: (08) 9218 9062
| Gambar dari album lama |
| Budak-budak suka makan di sini sambil melihat keluar kafe |
| Anak saudara saya yang bernama Fatihah :) |
| Tokdin :) |
| Adik suka makan nasi dengan menu kambing |
| Nasi goreng kampung |
| Sedap sekali tambahan pula ada sambal |
| Bahagian dalam kafe |
| Nasi goreng ayam lengkap dengan sup dan sambal |
| Mi bandung.. |
| Sedap dan tak mengecewakan.. sesuai dengan citarasa saya :) |
Subscribe to:
Posts (Atom)