Awal tahun ini saya telah ditawarkan peluang untuk membuat
review Majalah
LAMAN IMPIANA dalam blog saya. Tujuannya ialah untuk mendapatkan
maklumbalas dari anda sebagai pembaca blog ini sekiranya ada
cadangan untuk penambahbaikan majalah tersebut. Ini pertama kali saya diberikan penghargaan untuk buat
review sebegini.. terima kasih pihak
LAMAN IMPIANA :)
Disebabkan terdapat masalah mengakses
LAMAN IMPIANA dari aplikasi eMall, saya telah meminta adik saya yang berada di kampung untuk membelikan saya senaskah majalah ini dan diposkan ke Perth. Sebenarnya saya lebih suka membelek-belek majalah yang dicetak, rasa lebih puashati bila dapat membelek lembaran demi lembaran. :)
Jom kita tengok isi
LAMAN IMPIANA kali ini..
Oh ya, perkara pertama yang buat saya tertarik untuk membeli mana-mana majalah sudah tentu gambarnya. Gambar muka depan memainkan peranan yang penting untuk menarik pembaca kerana ia adalah gambar pertama yang ada lihat bukan? Bila sudah tertarik sudah tentu kita ingin melihat isi kandungannya satu persatu.
Rupanya ada banyak maklumat di dalamnya, contohnya jenis-jenis tumbuhan, rekaan lanskap, projek DIY dan sebagainya.. anda boleh tengok sendiri dalam gambar di bawah.
Bagi saya, saya paling suka idea tanaman dan hiasan untuk memanfaatkan ruang laman yang kecil dan juga idea menyediakan kerusi dan meja yang santai untuk berehat di laman atau beranda.. Kalau boleh mungkin
LAMAN IMPIANA dapat paparkan maklumat kedai yang menjual peralatan berkebun dan perabot untuk
outdoor. Berbeza dengan Australia, di sini begitu banyak sekali pilihan kedai
hardware dan
outdoor antaranya
Bunnings Warehouse.
Jom berikan pendapat anda tentang Majalah LAMAN IMPIANA. DUA ( 2 ) komen/cadangan terbaik yang terpilih akan mendapat hadiah berupa cenderahati dari PERTH. Syarat penyertaan:
- Sila tinggalkan komen/cadangan anda beserta email address di ruang komen di bawah.
- Hanya SATU penyertaan diterima dari setiap peserta.
Tarikh tutup penyertaan ialah 17 OGOS 2014 PADA JAM 12.00 MALAM. Pemenang akan diumumkan pada 18 OGOS 2014.
 |
| Laman Impiana |
 |
| Jom kita tengok apa yang ada di dalamnya |
 |
| Saya tertarik dengan kerusi dan meja taman |
 |
| Petua menghalau nyamuk pun ada.. menarik ni. Kat sini nyamuk tak banyak mungkin sebab ada pokok herba? |
 |
| Rosemary ni memang hidup subur di belakang rumah saya :) |
 |
| Suka betul idea tanam pokok dalam besen tin macam ni. Cantik! |
 |
| Seronok dapat minum petang di patio sambil bersantai dengan keluarga dan kawan-kawan |
 |
| Dandelion ni memang banyak kat laman rumah tapi kena cabut sebab sejenis rumpai (weed) |
 |
| Sedapnya tengok nasi kerabu yang dibuat dengan bunga telang :) |
 |
| Tanaman dan hiasan taman yang cantik-cantik belaka |
 |
| Idea DIY buat pasu gantung yang sangat mudah |
 |
| Buat pasu dari tanah liat pun boleh :) |