Showing posts with label Lamb. Show all posts
Showing posts with label Lamb. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

Tolo Supermarket - Thornlie

Pertama kali dengar nama Tolo Supermarket dari kawan. Katanya beriani kat sini sedap. Jadi saya pun google cari kat manalah supermarket ni, ingatkan restoran rupanya 3 dalam 1. Ada supermarket menjual pelbagai jenis produk dari asia, kafe di satu sudut menjual nasi dan sebagainya serta di bahagian belakang supermarket pula ada daging halal.

Tolo Supermarket ini terletak di Thornlie Square, kira-kira 1 atau 2 km dari dari Spencer Village . Kalau google tengok ada satu lagi alamat di Maddington. Saya kurang pasti jika ada beberapa cawangan tapi cawangan yang saya kunjungi ini terletak di Thornlie. Memang tepat sekali makanan yang dijual di sini sangat sedap, saiz hidangannya pun sangat banyak berbaloi dengan harga.

Alamat:
TOLO SUPERMARKET 
Shop 13 Thornlie Square Spencer Road 
Thornlie, WA 6108


Papan tanda serta senarai menu






Pilihan nasi putih: ada nasi putih, nasi beras perang dan nasi beriani serta lauk
Kerusi meja disediakan dan ruang makan bersila di bahagian atas :)

Kari yang ada kat sini
Ayam bakar yang lembut dan sedap
3 jenis nasi


Nasi beras perang (brown rice) dengan ayam bakar



Beriani ayam yang sangat sedap

Monday, May 26, 2014

Satay on Charcoal @ South Perth

Satay on Charcoal kini sudah dibuka di South Perth - mengambil alih tapak perniagaan yang asalnya adalah Tina's Kitchen. Rindulah nanti pada mi rebus Tina's Kitchen tapi terubat pula dengan makan satay.. Haa apa lagi, jom terjah ke sini pulak. Memang sedap satay kat sini, menepati selera kami sekeluarga..kuah kacangnya pun sedap!

Jika Satay on Charcoal di E-Shed Fremantle dibuka selama tiga hari seminggu dari hari Jumaat hingga Ahad, cawangannya di South Perth pula dibuka setiap hari mulai 5.00 petang sehingga lewat malam.

Alamat:
Shop 16, 6 Mends St South Perth
Facebook: SatayOnCharcoal


Kedai yang telah diubahsuai

Team Satay on Charcoal
Lauk untuk nasi lemak serta kuih



Teh O untuk adik yang tak lekang dengan helmet
Nasi goreng kampung
Sedap minum teh tarik musim sejuk macam ni, nyaman sekali :)

Lamb satay
Nasi lemak biasa. Boleh tambah lauk
Chicken satay untuk saya. Yummm!




Monday, April 28, 2014

Satay.. satay...

Memandangkan tak kenyang makan satay kat kedai haritu, terpaksalah buat sendiri. Lagipun kos beli bahan mentah tak mahal mana dan boleh makan sampai kenyang.. Senang-senang je boleh makan satay untuk dinner sampai lunch esoknya pun tak habis-habis. Maunya tak habis bila buat saiz besar-besar makan dua cucuk pun dah kenyang :p

Kalau sesiapa yang teringin satay lepas ni pegi cari satay ok? Kat tempat kita memang mewah dengan makanan, kat pasar malam pun senang cari.. tak macam kat sini ;)

p/s: Tetiba teringat satay station dengan mi rebus yang sedap tu, satay kajang hj samuri dan satay kat simpang 4 depan menara celcom tu ;)
Jom bakar satay

Kambing bakar pun ada ni :)

Satay ayam lengkap dengan ketupat nasi, timun dan kuah kacang segera

Satay daging dan ayam

Wednesday, April 16, 2014

Satay on Charcoal @ E-Shed, Fremantle

Ada gerai satay baru dibuka di E-shed rupanya iaitu Satay on Charcoal.. Jom terjah! Hmm sedap juga bila dah cuba, tambahan pula perut dah lapar kan..

Lepas makan dan dah kenyang jangan lupa singgah pula beli ole-ole di kedai Megabes :)

Alamatnya:
FC42 E Shed Market, Peter Hughes Drive, Fremantle, Western Australia 6160
Facebook: SatayOnCharcoal

Lama tak makan satay.. haa apa lagi

Menu yang ada selain satay

Lauk untuk nasi lemak dan juga kuih

Macam biasa kena tunggulah sekejap diorang bakar satay

Harga

Minuman

Menu mi

Menu aneka nasi

Appetizer

Teh ais

Satay daging

Satay ayam

Nasi goreng kampung

Thursday, January 16, 2014

Grilled Lamb Cutlets

Jika anda adalah peminat lamb bolehlah cuba resepi ni. Sebenarnya tak susah pun sebab bahan untuk marinade ada dijual dalam pek di pasaraya. Tapi saya kurang pasti jika ada marinade ini di Malaysia. Rasanya macam ada je?

Kalau nak buat marinade sendiri pun tak susah, cuma gaulkan dengan rempah kesukaan dan perapkan selama beberapa jam. Ada beberapa resepi yang menarik untuk perapan tapi memandangkan dah ada perapan segera, saya gunakan yang itu saja.

Ikutkan rempah perapan ini adalah untuk dibakar dalam oven (roast), tapi rasanya lebih mudah bakar atau grill di dalam pemanggang ajaib. Saya bawa pemanggang ajaib ni dari Msia sebab kat sini memang tak ada dijual. Minggu lepas saya order lagi satu set dari Kak Azatiesayang dan minggu ni dah sampai. Boleh baca cerita pemanggang yang saya order ni dari blog Kak Atie di SINI.

Sapu permukaan pan dengan sedikit minyak zaitun dan grill dalam pemanggang ajaib

Lamb cutlets ni perlu bersihkan dan buang lemak dulu sebelum bakar

Inilah rempah perapan yang saya gunakan. Selain itu boleh bakar dalam oven

Bahan utama ialah lemon, thyme dan rosemary

Sudah siap digril

Kepak ayam celup tepung goreng untuk yang tak makan lamb

Sudah siap.. boleh dimakan bersama salad dan hidangan sampingan yang anda sukai

Inilah dia pemanggang ajaib dan alatulis sekolah yang baru sampai..Kymba sempat lagi buat inspection :)

Tuesday, November 19, 2013

Kafe Mama's Home Delight

Satu lagi kafe yang sempat dikunjungi.. Kami sempat cuba western food di sini, memang sedap!

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk facebook Mama Home Delight atau Laman Web.

Alamat:
No.7, Ground Floor,
Persiaran Mahsuri 1/3,
Sunway Tunas, 11900 
Bayan Lepas, Penang
Waktu urusniaga

Set nasi arab untuk makan tengahari atau malam

Hiasan dinding ala Inggeris yang cantik


Chicken chop yang sedap

Lamb chop pun sedap

Set sup dan garlic bread yang sangat disukai budak-budak.. siap minta tambah lagi :)

Sunday, November 3, 2013

Garage sale dan menu grill

Baru-baru ni sebuah kedai barangan kelengkapan dapur telah membuat garage sale. Menarik sekali tu sebab waktu inilah diorang habiskan stok barang dapur. Mulanya rancang nak beli set sudu dan garfu, lepas tu tengok barang elektrik pun ada.. apa lagi terus beli set electric grill ni sebab dah lama berkenan. Selain dari tu boleh lagi capai mana yang sempat.

Bila dah ada grill ni terus semangat nak menggril. Jom tengok menu yang telah berjaya dibuat :)
Gril ni ada tray berbentuk macam ni dan jika diterbalikkan jadi permukaan rata

Grilled beef and lamb

Marinate dengan rempah portugis

Inilah rupa kotak grill.

Sempat juga saya beli set teko comel beserta tea cosy

Muat untuk 2-3 cawan

Botol yang boleh menuras air sebanyak 300x guna

Sudah masak!

Ini pula grilled portuguese chicken with  potato, garlic bread and homemade mushroom chicken soup

Saya masak dalam oven dulu baru grill untuk pastikan bahagian dalam ayam betul-betul masak

Marinade yang digunakan untuk ayam dan daging. Memang sedap