Sebaik tiba di airport, kalau anda nak makan pai atau croissant, anda boleh terus ke Danish Patisserie di Bassendean. Atau anda boleh ke pasaraya biasa seperti IGA, Coles atau Woolies (Woolworth) dan cari menu asas untuk sarapan seperti di bawah ini:
ROTI: Jenama Tip Top paling mudah didapati dan adalah halal. Ada banyak jenis roti tip top seperti One, Sunblest dan sebagainya. Boleh rujuk maklumat di SINI. Saya sekeluarga juga menggemari english muffin.. biasanya saya toast dan letakkan chicken slices dan buat macam mini burger.
JEM: Jem jenama Monbulk ini adalah jem yang pertama kami cuba sewaktu sampai di Perth. Waktu itu kami menumpang sementara di rumah kawan selama kira-kira 2 minggu sebelum mendapat rumah sewa.
JUS: Jus Orange and Mango Tempt ni turut menjadi kegemaran kami sekeluarga. Jangan lupa cuba dan baca dulu bahan-bahannya sebab ada jus asli dengan kepekatan buah yang tinggi.
SUSU: Jangan lupa cari susu segar yang sangat murah bagi saya berbanding di Malaysia. (Cuba jangan bandingkan nilai AUD dengan RM, kecuali kalau pelancong atau baru2 sampai tu mahu tak mahu mmg suka compare jugak :p)..
Saya bukanlah peminat tegar susu seperti anak-anak saya, tapi kalau susu espresso atau Iced Coffee jenama Dare ni memang sedap sangat. Ada jenama popular lain seperti Harvey dan M. Tetapi kalau anda ke Perth jangan lupa cuba kopi ni sekurang-kurangnya sekali!