Showing posts with label Flowers. Show all posts
Showing posts with label Flowers. Show all posts

Monday, July 10, 2017

John Forrest National Park - Mundaring (Perth Hills)

Bagi anda yang minat dengan keindahan alam semulajadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat sebegini di Perth.

Anda bukan sahaja boleh berjalan kaki, malah berbasikal melalui laluan sebegini (trails) dan menikmati kecantikan tumbuh-tumbuhan yang unik seperti bunga-bunga yang tumbuh liar.. terdapat pemandangan yang cantik beserta panorama air terjun yang memukau. Jangan lupa bawa air minuman secukupnya dan kalau hendak berkelah pun apa salahnya. :)

Lokasi: John Forrest National Park
Kredit gambar dari Facebook: Mundaring - Heart of the Perth Hills








Monday, November 7, 2016

Mostly Roses Nursery - Donnybrook, WA

Apa yang saya paling tabik pada budaya kebanyakan orang di Western Australia (WA) - berdasarkan pengalaman ialah mereka sangat peramah dan suka membantu. Contohnya kalau kita ke kedai kasut dan nak beli satu jenis kasut tapi pekedai tak ada stok kasut tersebut, dia akan memberitahu kita kat mana lagi kita boleh dapatkan barang tersebut. Padahal kedai lain tu tak ada kena mengena dengan dia pun. Hebat kan? Kalau kat tempat kita? hmm cari sendiri lah, buat apa nak bagitau takut nanti majukan perniagaan orang lain agaknya.. Buang masa je tanya. Saya ingatkan sikap macam ni ada kat bandar besar je tapi kat bandar kecil pun ada jugak macam ni.. Oklah jom tengok cerita kali ini:

Mostly Roses ni terletak di Donnybrook, tidak jauh dari Balingup. Donnybrook bukan saja terkenal dengan ladang epal, tetapi juga nurseri bunga ros seperti ini. Saya cuba cari laman sosial Mostly Roses tapi tak jumpa pula dan hebatnya nurseri ini dipaparkan di fb Melville's Rose and Garden. Tak tahulah apa kaitan keduanya tapi bagus betul diorang sudi promosikan nurseri orang lain juga kan..

Ok jom kita cuci-cuci mata 'melawat' Mostly Roses Nursery.. :)

Alamat:

South Western Hwy, Newlands, WA,6251. Newlands. Donnybrook-BalingupWA.

Maklumat lain boleh tengok dalam gambar di bawah.

Kredit gambar dari Melville's Rose and Garden.


















Thursday, October 27, 2016

Melville's Rose Garden - Carmel, WA

Musim bunga (spring) ni apa lagi.. masa ni lah nak menikmati keindahan alam, melihat bunga-bunga warna warni yang dah berkembang kan.. Musim ni juga ada yang kurang suka sebab alahan dengan debunga, terutama debunga dari pokok berus botol (bottle brush).

Biasanya kalau tak nak pegi jauh-jauh, kami sekeluarga akan cari kesempatan pegi ke nursery macam Bunnings untuk tengok dan beli bunga cantik-cantik. Paling jauh akan ke Araluen tengok tulip atau ke Roleystone, nak tengok bunga ros. Setiap hari sabtu pula akan beli bunga ros segar untuk diletakkan dalam pasu sebagai hiasan penyeri rumah.

Oklah kali ini jom kita 'melawat' Melville's Rose Garden yang terletak di Carmel yang terletak kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar Perth. Kita cuma tahu bunga ros aje kan.. sebenarnya bunga ros ni ada macam2 jenis dan nama. Dekat-dekat sini juga ada satu lagi tempat yang kami pernah kunjungi iaitu Melville Nurseries.. Boleh tengok Melville Nurseries di SINI.

Maklumat lanjut Melville's Rose Garden boleh dilayari di Facebook Melville's Rose Garden atau Laman Web.

Waktu buka: 10 pagi - 4 petang (Rabu sehingga Ahad)

Alamat:
105 Tanner Road Carmel
Perth, Australia

Kredit gambar dari FB Melville's Rose Garden

Camelia rasanya nih

Candlelight

Carabella

David Austin Roald Dahl

David Austin juga

Suasana pagi yang berkabus

Cantiknya taman ni kan

Macam ni lah suasana musim bunga

Wedgwood Rose David Austin

Wise Portia


Sunday, August 21, 2016

IKHWAN CAFE, GERALDTON

Kalau jalan-jalan ke Geraldton WA, jangan risau kerana kat sini pun ada kedai makan halal.. Geraldton ni terletak di sebelah utara Perth, iaitu kira-kira 424km dari bandar Perth. 

Waktu musim bunga bolehlah jalan-jalan ke sini tengok wildflowers seperti everlasting yang cantik tu.. Maklumat lanjut Geraldton boleh layari di laman web Visit Geraldton.

Oh ya alamat kafe ini ialah: Shop 9, Penny Lane Arcade, 6530 Geraldton, Australia
Facebook: Ikhwan Cafe
Kredit gambar dari fb Ikhwan Cafe


Ikhwan Cafe

Tuesday Deals
Roti canai dll pun ada tauu..


Rasanya ni gambar bulan puasa waktu diorang buat buffet berbuka
Pilihan lauk

Nasi lemak

Macam-macam ada!

Roti telur ke roti cheese camtu la

Buffet

Menu

Goreng-goreng pun ado

Thursday, August 18, 2016

Gambar tulip dan taman di Nannup sempena Nannup Flower and Garden Festival

Jom kita tengok gambar tulip dan sekitar Open Garden di Nannup. Selain pameran, jualan dan sebagainya, ada orang persendirian yang membuka kawasan taman rumah mereka untuk dikunjungi oleh pelawat.. Memang cantik betul landskap taman diorang, kan? 

Kredit gambar: Elliot Welsford 
Facebook: https://www.facebook.com/NannupFlowerandGardenFestival/