Sabtu lepas kami telah mengadakan jamuan raya di rumah khasnya untuk kawan-kawan sekerja suami saya yang datang bersama keluarga masing-masing. Mulanya nak buat satay tapi memikirkan pukul berapalah baru nak siap proses mencucuk satay, terus tukar buat menu nasi minyak hujan panas, ayam masak merah, daging masak hitam nasi kandar serta acar timun. Menu sampingan ialah bihun sup utara,
cupcake strawberi dan buah-buahan. Menu yang tak sempat nak buat ialah dalca dan puding.
Rasanya menu ni sederhana saja..sediakan setakat yang termampu sebab semuanya perlu dibuat sendiri. Apa yang penting, rasa puas hati dapat menjamu tetamu makan :)
 |
| Daging masak hitam nasi kandar |
 |
| Ayam masak merah |
 |
| Acar timun |
 |
| Tart dibawa oleh tetamu |
 |
| Bila dah petang sikit baru sempat amik gambar :p |
 |
| Bihun sup station dan air teh |
 |
| Cupcake yang disukai kanak-kanak.. |
 |
| Ni pula jamuan dengan kenalan saya, sempat buat satay masa ni |