Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Wednesday, December 7, 2016

Maison Saint-Honore Macaron & Cake Factory, SWAN VALLEY

Satu lagi tarikan terbaru atau lebih tepat lagi kafe yang baru dibuka di Caversham ialah Maison Saint-Honore Macaron & Cake Factory. Sebelum ni diorang cuma buka kedai kecil di Fremantle Market (boleh tengok SINI), gerai macaron di Manning Farmers Market dan di pusat beli belah seperti Garden City Booragoon. Sekarang rupanya dah ada kafe dan kilang kek!

Sepertimana yang pernah saya sebutkan sebelum ini, demi menjamin 'keaslian' dan kualiti macaron, mereka hanya mengambil pekerja berbangsa Peranchis sahaja.

Sedikit maklumat tentang macaron ni..apa yang saya tahu ialah macaron's shell ini secara asasnya dibuat dari putih telur dan tepung badam manakala filling contohnya chocolate ganache dibuat daripada coklat, krim dan mentega. Jika anda kurang pasti, silalah tanya bahan-bahan yang digunakan supaya anda tidak was-was. Ramai orang sana dah tak terkejut kalau ditanya jika halal atau tidak. Atau kalau diorang tak faham pun, tanyalah jika makanan itu sesuai untuk vegetarian dan tiada alkohol. Sebab pemahamaman halal mungkin berbeza, ada yang menyangka muslim cuma tak makan pork tetapi boleh makan yang lain (daging yg tidak disembelih cara Islam). ;)

Alamat kafe ini ialah di:
100 Benara Rd, Caversham,
Perth WA

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook: Maison Saint-Honore
(sumber gambar dari fb Maison Saint-Honore dan gambar yang saya ambil sendiri di Fremantle Markets)












Bagi anda yang teringin cuba macaron jangan risau kat tempat kita pun dah ada jual macaron, contohnya di Pistachios Bakery. Tapi bagi saya rasanya dah tentulah tak sama dengan macaron ori buatan orang Peranchis :p

Ni cara saya menikmati macaron untuk minum petang :)





Monday, February 17, 2014

Serawa Labu

Dah lama asyik bertangguh nak beli butternut pumpkin ni akhirnya baru terbeli. Sebelum tu jom kita tengok sedikit info.

Butternut squash (Cucurbita moschata), also known in Australia and New Zealand as butternut pumpkin, is a type of winter squash. It has a sweet, nutty taste similar to that of a pumpkin. It has yellow skin and orange fleshy pulp. When ripe, it turns increasingly deep orange, and becomes sweeter and richer. It grows on a vine. The most popular variety, the Waltham Butternut, originated in Waltham, Massachusetts, where it was developed at the Waltham Experiment Station by Robert E. Young.[1][2][3] Dorothy Leggett, widow of Charles Leggett, claims that the Waltham Butternut squash was developed by her husband, Charles Leggett, in Stow, Massachusetts, and then subsequently introduced by him to the researchers at the Waltham Field Station.[4]
Sumber: Wikipedia

Menurut laman web ini lagi:  Butternut squash is a vegetable that can be roasted, toasted, puréed for soups, or mashed and used in casseroles, breads, and muffins.

Hmm menarik bukan? Tapi rasanya lama tak makan serawa. Buat serawa dululah, lain kali cuba resepi lain pula :)
Harganya boleh tahan mahal, hanya separuh ni dah hampir $5

Kena buang kulit dan potong-potong dulu

Rendam sebentar dalam air kapur, toskan dan rebus separuh masak. Buangkan air rebusan

Masukkan santan, daun pandan, air gula merah dan rebus sampai empuk. Seeloknya letak sagu baru best

Hidangan minum petang yang ekspress. Sedap dan maniss

Minum bersama teh O panas. Set teko dan cawan dibeli dari Sunday Market

Cantik sekali.. siapa pandai teka dari negara mana asalnya set cawan dan teko ni?

Tuesday, February 11, 2014

Tea with friends

Minggu ni agak sibuk sikit.. dan mungkin bermulalah hari-hari yang sibuk. Hish macamlah orang lain tak sibuk kan.. Alasan je tu haha...Apapun kalau sempat/rajin baru saya update ye. Sementara tu jom kita minum dulu!
Minum petang di rumah kawan.. sebelum tu dah lunch.. nasib baik tak bfast dan dinner sekali hehehe
Jajan? Rasanya kawan saya pernah cakap jajan ni makanan ringan betul ke

Tertarik dengan corak mug dan mangkuk gula ni.. sweet sangat


Saya cuba buat puding lapis oreo yang tak jadi. Failed.. tapi rasanya sedap. Betul kan, Jah? :)

Makan minum potpetpotpet tak jumpa setahun :)

Budak-budak sukaria mandi kolam

Hi-tea dah nii.. memang kelass la kak. Terima kasih jemput kami.. moga murah rezeki kak sekeluarga. Amin  :)

Semuanya manis.. nak kena undi ni nak makan yang mana. hohoho bila gelak cmni tetiba teringat kat seseorang :)

Tuesday, February 4, 2014

Simple Food

Musim panas ni seringkali  tak ada idea nak masak apa. Jadi masak/makan yang ringkas-ringkas sajalah, dan menu ringkas ni biasanya dapat membangkitkan selera. ;)
Layan kuih bakul halal dari Malaysia yang dijual di kedai oriental

Buah laici.. satu kilo harganya dalam $17 - $20 gitu

Bubur pulut hitam yang pekat untuk minum petang

Roti telur untuk sarapan pagi

Sotong masak kari baba's - bila sekali sekala jumpa sotong fresh. Sedap makan dengan nasi panas-panas :)

Sunday, December 29, 2013

Terima kunjungan kawan :)

Hari Khamis lepas kami telah menerima kunjungan kawan yang selama ini dikenali melalui blog iaitu Kelly Walther yang datang bersama Kak Hally dan anak-anak. Pertama kali saya dapat bertemu dengan Kelly yang datang bercuti ke sini.. Kelly ni sangat ramah orangnya, seronok sekali dapat sembang ramai-ramai terutama bila ada Kak Hally yang begitu pekat dengan loghat Perak. Anak-anak Kak Hally pun cantik dan berbudi bahasa. Saya cuma sempat masak yang ringkas saja iaitu nasi ayam perghh beserta dessert kek epal dan brownies. Lupa pula ambil gambar brownies. Untuk resepi boleh klik KEK EPAL atau BROWNIES.

Suka sangat tengok Esah dan Jah makan nasi ayam sampai bertambah-tambah. Esah banyak betul makan sambal cili nasi ayam sebab tak pedas langsung! Hehehe

p/s: Esah dan Jah adalah nama timangan yang kami beri :)

Resepi Nasi Ayam (saya rujuk dari blog Kak Azie Kitchen dan tambah/sesuaikan mengikut citarasa saya)

Rebusan/Stok Ayam
Ayam
Bawang putih
Halia
Sedikit garam

Rebus ayam dengan bawang putih, halia dan sedikit garam sehingga mendidih dan ayam empuk.
Keluarkan ayam dan sejukkan seketika di dalam bekas

Perapan ayam
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Madu

Lumur ayam dengan bahan perapan. Simpan ayam di dalam peti sejuk selama kira-kira satu jam atau lebih. Lebih lama lebih bagus.

Nasi ayam
5-7 cawan beras dibasuh dan disejat
Sedikit mentega
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
Daun pandan disimpul
Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna

Panaskan mentega, tumis bahan diatas (kecuali serbuk kunyit) sehingga wangi. Masukkan beras. Masukkan separuh dari air rebusan ayam di atas. Tambah air sekiranya belum cukup. Masukkan serbuk kunyit dan kacau sehingga larut. Masak seperti biasa dalam rice cooker.

Sup Ayam
Air rebusan ditambah sedikit air
Cengkih
Pelaga
Bunga lawang
kulit kayu manis
Bawang putih
Karot
Sedikit kobis
1 ketul kiub ayam
garam secukup rasa


Sambal cili
Cili merah
Bawang putih
gula
garam
cuka
Blendkan semua bahan dan pastikan secukup rasa

Sambal kicap
Kicap manis
Cabai melaka
garam
gula
Blendkan semua bahan dan pastikan secukup rasa

Selamat datang ke rumah :)

Hidangan yang ringkas aje

Salad mesti ada

Ayam

Sup istimewa

Masa untuk silakan tetamu duduk

Pencuci mulut iaitu kek epal yang dimakan bersama double cream

Wednesday, June 26, 2013

Dessert dan makan-makan

Baru-baru ni jemput kenalan baru datang ke rumah untuk makan-makan. Tema hidangan kali ini ialah nasi kandar, sebab tu ada menu daging masak itam. Ini adalah kali kedua buat daging masak itam dalam seminggu.. Perghh.. Kali pertama kena cuba dulu, kalau ok barulah boleh jamu tetamu kan? Selain dari itu ada buat kari ayam dan sayur kubis goreng. Ingatkan nak cari bendi tapi tak jumpa pula yang fresh. Yang ada cuma bendi frozen :p

Untuk hidangan pencuci mulut, saya serba salah nak buat puding milo ke atau strawberi. Asyik-asyik dua jenis ni, tapi apakan daya itulah kegemaran anak-anak. Akhir sekali saya buat dua-dua sekali, jadilah puding milo + strawberi = milori? hehehe
Kali ni puding dalam gelas, cantik sikit

Lepas tu hias dengan strawberi.. senang aje kan

Cupcake dibawa oleh tetamu

Hidangan dari kami untuk tetamu hari itu :)

Wednesday, June 19, 2013

Mini Apple Pies

Kali ini gunakan pie maker untuk membuat mini apple pie. Cuma sediakan inti atau fillingnya saja dan beli puff pastry.

Begitu senang dan mudah untuk hasilkan apple pie yang sedap ini. Rasanya lebih sedap jika dimakan dgn aiskrim vanilla :)
Sediakan base pastry dan masukkan inti

Tak susah buat inti ni, bahannya cuma epal, gula perang, kismis dan serbuk kayu manis dimasak sehingga epal lembut

Sudah siap!

Kali ni masak lebih sekata

Jom jenguk inti di dalam :)

Tuesday, June 18, 2013

Half Price Waffle Tuesdays @ Gelare

Hari selasa merupakan hari setengah harga untuk waffle di Gelare..eekk betul ke ayat tu hehe..
Haa apa lagi jom serbu!
Cappucino kurang gula untuk 'tawar' manis waffle dan aiskrim :)

Tunggu pesanan di hantar. Kedai ni belakang rumah je :)

All natural ice cream

Waffle dengan cookie dan wild strawberries icecream dengan whipped cream dan sirap waffle.. yumm

Sorang sibuk amik gambar, sorang lagi jeling dah

Dah siap amik gambar, boleh ke kongsi makan? Tengok pakcik belakang tu pun mkn aiskrim :)

Dah tentu tak cukup. Kena order lagi satu untuk abang :)

Gelare ni pulak di lokasi berbeza.. iaitu di Waterford Shopping Centre, Karawara

Masa ni cuba iced coffee

Awal lagi tak ramai orang

Topped with wild strawberry and swiss choc ice cream, whipped cream and waffle syrup.. yummo