Showing posts with label Busselton Jetty. Show all posts
Showing posts with label Busselton Jetty. Show all posts

Wednesday, January 11, 2017

53rd Festival of Busselton

Festival of Busselton kini berlangsung dari 1-31 Januari 2017. Banyak aktiviti yang telah dirancangkan untuk sebulan semasa musim cuti sekolah ini. Kalau sesiapa yang berada di Busselton masa ni boleh la jenguk-jenguk apa yang menarik kat sini. :)

Contohnya tayangan filem, seperti ini:



Maklumat lanjut boleh layari laman web Festival of Busselton ata facebooknya.


 






Monday, May 19, 2014

Sunday Market @ Signal Park - Busselton Foreshore

Jom layan gambar Sunday Market di Busselton dalam entry terakhir Busselton.. huu jenuh nak abiskan citer pasal Busselton. Sekurang-kurangnya boleh kongsi gambar, pengalaman dan boleh beri maklumat kepada sesiapa yang nak melawat ke sana.

Setiap kali ke pasar macam ni, sangat teruja tengok sayur dan buah-buahan yang segar, malah dapat tengok buah labu yang sangat besar!
French bakery, asalnya dari Balingup. Suka dengar bila diorang speaking French :)

Tengok aje

Bouncy castle and pony rides

Geramnya tengok buah tin segar macam ni

Segar dan murah

Rugi betul tak beli anggur ni


Tetiba penjual tu ingat kita nak copy design produk dia pulak. Haiya
Sayur kale yang besar-besar dan pumpkin!
Melons.. entah cemana rasanya ya

Haa tengok tu.. yang atas trak lagilah besar

Geram tul

Camnilah suasananya

Tak lepas juga tengok barang terpakai :)

Sunday, May 11, 2014

Aktiviti sekitar Busselton Jetty dan Visitor Centre

Cuti sekolah ni bagi peluang anak-anak untuk buat aktiviti mengikut minat masing-masing. Kalau sebelum ni datang cuma naik tren dan melawat underwater observatory, kali ni cuba beberapa aktiviti di Busselton Jetty pula.

Antara aktiviti lain selain mandi-manda dan berbasikal ialah rock climbing dan bungee jumping. Bayaran adalah dikenakan untuk aktiviti ini. Selain itu kami turut ke Visitor Centre yang terletak betul-betul di hadapan jeti ini. Jika anda melawat ke sini jangan lupa singgah di mana-mana visitor centre kerana di samping menyediakan peta dan memberi maklumat kepada pengunjung, cenderahati yang menarik turut dijual di situ.

Menariknya Visitor Centre terletak di bahagian bawah rumah api lama. Pengunjung yang berminat boleh naik ke menara rumah api dengan bayaran serendah $2 (kanak-kanak adalah percuma) dan anda boleh melihat pemandangan menarik dari rumah api tersebut.
Are you ready?

Tengoklah suasana di sini yang agak meriah

Jom masuk visitor centre.. ada jualan buku

Produk tempatan

Pottery

Aneka jem

Lukisan pemandangan di sini

Cenderahati 

Tea towel yang menarik

Brosue maklumat penginapan di daerah sekitar

Sila ambil.. percuma sahaja

Jika ada masa sila ke Cape Lavender makan skon :)

Banyak betul brosur

Menarik juga ni

Poskad dan fridge magnet jangan lupa

Oh lupa tunjuk gambar rock climbing

Abang berjaya sampai ke atas tapi adik dah gayat :p

Ni la bungee jumping. Bukan dari jambatan tu



Ok jom naik rumah api

Murah aje bayarannya

Pemandangan dari menara.. sangat berbaloi

Taklah tinggi sangat, tapi kalau kurang stamina memang termengah-mengah

Kawasan untuk mandi manda

Bandar Busselton

Ok dah kutip mana yang patut, jom ke tempat lain pulak :)



Sunday, January 12, 2014

Busselton Sunday Market and Busselton Jetty Beach

Sunday Market di Busselton diadakan setiap hari Ahad kedua dan keempat setiap bulan di Signal Park, Busselton Foreshore mulai jam 7 pagi hingga 12 tengahari. Sepertimana sunday market di tempat lain, ada pelbagai gerai di sini yang kebanyakannya menjual hasil tanaman dan kraf. Selain itu ada sudut barangan terpakai seperti pinggan mangkuk dan buku-buku. Walaubagaimanapun kami lebih tertarik dengan buah-buahan yang dijual disini kerana kebanyakannya dijual terus oleh pemilik ladang. Maklumat lanjut boleh didapati di SINI.

Tidak jauh dari pasar ini ialah pantai Jeti Busselton. Hanya perlu parkir kereta di kawasan tempat letak kereta yang terletak di tengah-tengah antara pasar dan pantai. Ada kawasan yang luas untuk aktiviti berjalan, berbasikal dan taman permainan kanak-kanak.

Jom tengok gambar!
Gerai sayur

Epal

Madu dan sebagainya

Tak ramai orang waktu ini

Gerai blueberry, boleh cuba dulu sebelum beli :)

Madu dan tanaman dalam pasu

Cuaca agak panas

Bunga hydrangea pun ada

Lagi gerai pokok bunga dan tanaman hiasan

Topi

Epal sundowner yang sangat besar dan murah

Nectarines.. satu kotak cuma $10

Atau boleh beli satu bekas 1.5kg cuma $3

Buku-buku terpakai

Pinggan mangkuk antik

Jom ke pantai

Cantiknya kawasan ni

Taman permainan kanak-kanak

Jom menuju ke jeti mandi manda

Lalu depan taman permainan

Bersih dan nyaman

Ada teropong kat sini

Kawasan khas untuk mandi

Sun shelter

Takut pulak nak masuk dalam air :p

Sejenis tumbuhan tepi pantai.. dulu-dulu rajin kutip pucuknya buat kerabu

Pantai Busselton yang cantik

Jom balik.. tamatlah cerita dari Busselton untuk kali ini

Boleh nampak Sunday market dari parking. Selamat tinggal Busselton.. ada rezeki nanti boleh datang lagi :)