Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

Wednesday, December 7, 2016

Maison Saint-Honore Macaron & Cake Factory, SWAN VALLEY

Satu lagi tarikan terbaru atau lebih tepat lagi kafe yang baru dibuka di Caversham ialah Maison Saint-Honore Macaron & Cake Factory. Sebelum ni diorang cuma buka kedai kecil di Fremantle Market (boleh tengok SINI), gerai macaron di Manning Farmers Market dan di pusat beli belah seperti Garden City Booragoon. Sekarang rupanya dah ada kafe dan kilang kek!

Sepertimana yang pernah saya sebutkan sebelum ini, demi menjamin 'keaslian' dan kualiti macaron, mereka hanya mengambil pekerja berbangsa Peranchis sahaja.

Sedikit maklumat tentang macaron ni..apa yang saya tahu ialah macaron's shell ini secara asasnya dibuat dari putih telur dan tepung badam manakala filling contohnya chocolate ganache dibuat daripada coklat, krim dan mentega. Jika anda kurang pasti, silalah tanya bahan-bahan yang digunakan supaya anda tidak was-was. Ramai orang sana dah tak terkejut kalau ditanya jika halal atau tidak. Atau kalau diorang tak faham pun, tanyalah jika makanan itu sesuai untuk vegetarian dan tiada alkohol. Sebab pemahamaman halal mungkin berbeza, ada yang menyangka muslim cuma tak makan pork tetapi boleh makan yang lain (daging yg tidak disembelih cara Islam). ;)

Alamat kafe ini ialah di:
100 Benara Rd, Caversham,
Perth WA

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook: Maison Saint-Honore
(sumber gambar dari fb Maison Saint-Honore dan gambar yang saya ambil sendiri di Fremantle Markets)












Bagi anda yang teringin cuba macaron jangan risau kat tempat kita pun dah ada jual macaron, contohnya di Pistachios Bakery. Tapi bagi saya rasanya dah tentulah tak sama dengan macaron ori buatan orang Peranchis :p

Ni cara saya menikmati macaron untuk minum petang :)





Monday, September 26, 2016

Restoran D'Nyonya by Mak Jah

Restoran D'Nyonya Penang merupakan salah satu restoran kegemaran kami sekeluarga dahulu. Anak-anak saya sangat suka makan seafood tomyam dan kailan ikan masin.. Baru-baru ini saya dapati restoran ini kini telah dikenali sebagai D'Nyonya by Mak Jah.

Apa yang saya suka ialah adanya menu-menu baru termasuk menu sarapan hujung minggu. Nampak sedap-sedap belaka. Air coconut shake pun ada tuu.. Jadi kalau sesiapa yang melancong ke Perth jangan lupa cuba makan di sini ya. (pastu jangan lupa tapau pizza kat kedai sebelah ;) hehehe)

Alamatnya: Shop 6&7, 1019 Albany Highway, East Victoria Park, PERTH WA 6101
Facebook: https://www.facebook.com/DnyonyaPenang/

Kredit gambar dari fb D'Nyonya by Mak Jah








Sunday, April 3, 2016

Menu asas sarapan pagi di Perth

Ada orang bertanyakan saya untuk mencari penginapan yang menyediakan sarapan. Pada pendapat saya, rasanya senang saja untuk mencari makanan bagi sarapan di Perth..

Sebaik tiba di airport, kalau anda nak makan pai atau croissant, anda boleh terus ke Danish Patisserie di Bassendean. Atau anda boleh ke pasaraya biasa seperti IGA, Coles atau Woolies (Woolworth) dan cari menu asas untuk sarapan seperti di bawah ini:


ROTI: Jenama Tip Top paling mudah didapati dan adalah halal. Ada banyak jenis roti tip top seperti One, Sunblest dan sebagainya. Boleh rujuk maklumat di SINI. Saya sekeluarga juga menggemari english muffin.. biasanya saya toast dan letakkan chicken slices dan buat macam mini burger.

JEM: Jem jenama Monbulk ini adalah jem yang pertama kami cuba sewaktu sampai di Perth. Waktu itu kami menumpang sementara di rumah kawan selama kira-kira 2 minggu sebelum mendapat rumah sewa.

JUS: Jus Orange and Mango Tempt ni  turut menjadi kegemaran kami sekeluarga. Jangan lupa cuba dan baca dulu bahan-bahannya sebab ada jus asli dengan kepekatan buah yang tinggi.

SUSU: Jangan lupa cari susu segar yang sangat murah bagi saya berbanding di Malaysia. (Cuba jangan bandingkan nilai AUD dengan RM, kecuali kalau pelancong atau baru2 sampai tu mahu tak mahu mmg suka compare jugak :p).. 

Saya bukanlah peminat tegar susu seperti anak-anak saya, tapi kalau susu espresso atau Iced Coffee jenama Dare ni memang sedap sangat. Ada jenama popular lain seperti Harvey dan M. Tetapi kalau anda ke Perth jangan lupa cuba kopi ni sekurang-kurangnya sekali!






Wednesday, November 19, 2014

The Sarapan

Pergi ke Perth lagi atas urusan selama beberapa hari dan sempat breakfast di sini: The Sarapan.

Rupanya dah banyak kali lalu di sini, tapi kedai ni cuma dibuka sabtu dan ahad sahaja kerana hari lain kedai lain pula yang beroperasi. Menarik kan konsep ni? Sekarang dah bertambahlah pilihan tempat untuk breakfast atau brunch.

Alamatnya ialah:
1 Leonard Street
Victoria Park, Perth

Facebook: https://www.facebook.com/thesarapan
Waktu operasi:
Sabtu 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Ahad: 8.00 pagi - 2.00 petang
Menu dan harga
Gum balloon.. kegemaran saya sejak dulu

Nostalgia pulak :)

Cream puff dan kuih bakar

Adik dan abang tunggu makanan

Roti canai dan teh tarik

Close up roti canai yang sangat flaky.. I like :)

Crumbs :)


Tuesday, May 6, 2014

Cuti sekolah

Cuti sekolah yang baru berlalu kami sempat lagi pegi jalan-jalan.. Tak ada jadual spesifik pun, lebih kepada rehat-rehat sambil bawa anak-anak main ke taman tema dan jalan-jalan dalam pekan..suka dapat tengok pekan orang :)

Beza cuti-cuti kat sini, kenalah masak sendiri kan. Kalau kat tempat sendiri tak payah fikir-fikir bab makanan, beli je atau makan kat kedai/hotel. Jom tengok menu ringkas untuk sarapan...
Hotdok :)

Suka dapur macam ni, walaupun dapur letrik tapi nampak bata macam ni sangat menarik

English muffins..toasted

Chicken slices

Comel je dapur ni.. berkenan sangat

Mini burger bodo namanya.. semata-mata roti dan kepingan ayam cuma tambah sos

Sambil tengok tv makan jambu batu dengan serbuk asamko

Ingat nak sarapan di sini tapi tak tahan sejuk pulak

Haa sempat lagi orang tu pergi memancing kat jeti waktu malam :)


Tuesday, April 15, 2014

Breakfast on weekend

Sesekali hujung minggu seronok juga dapat bersarapan di luar. Tapi tak banyak pilihan yang ada di sini, dah tu kedai roti canai pun buka jam 10.00 pagi. Kalau hari Sabtu, sementara tunggu kedai buka singgah pasar tani dulu lah.

Hari Ahad pula sarapan di rumah dulu kemudian terus ke Sunday Market. Lepas tu tetiba ada yang teringin minum kopi dan sarapan sekali lagi dengan waffles.. Layan ajelah selera anak-anak musim cuti sekolah ni :)

Beli roti pisang pulak kali ni
Kat sini kalau kat kafe memang ada disediakan roti pisang ni. Menarik sekali


Beli strawberi segar dari pasar tani

Bakar roti sekejap dan sapu dengan mentega.. hmm sedapnya


Layan anak-anak teringin makan waffles

Cappucino sorang secawan untuk abah dan mama :)



Tuesday, April 1, 2014

Pancake for breakfast

Jom tengok resepi mudah untuk sarapan iaitu pancake!

Selain dari mudah disediakan, ada berbagai cara untuk menikmatinya. Pancake ini sangat sedap dimakan dengan maple syrup, jem, peanut butter, hazelnut spread (nutella) dan ditambah dengan buah-buahan.. terpulang kepada selera masing-masing.

Resepi (saya rujuk dari SINI)

Ingredients
1 1/2 cups milk
1 egg
2 teaspoons vanilla extract
2 cups self-raising flour
1/4 teaspoon bicarbonate of soda
1/3 cup caster sugar
25g butter, melted

Method

Whisk milk, egg and vanilla together in a jug. Sift flour and bicarbonate of soda into a bowl. Stir in sugar. Make a well in centre. Add milk mixture. Whisk until just combined.

Heat a large non-stick frying pan over medium heat. Brush pan with butter. Using 1/4 cup mixture per pancake, cook 2 pancakes for 3 to 4 minutes or until bubbles appear on surface. Turn and cook for 3 minutes or until cooked through. Transfer to a plate. Cover loosely with foil to keep warm. Repeat with remaining mixture, brushing pan with butter between batches. Serve.
Cuba beli maple syrup yang asli

Masa nilah nak gunakan pancake maker. Cuma buat adunan dan boleh suruh anak-anak masak guna ni :)

Atau boleh juga gunakan non stick pan

Sapu nutella dan hidangkan dengan buah-buahan

Mudah dan sedap. Kalau makan ni kat cafe mungkin kena bayar sampai $10

Atau tuang maple syrup. mm.. lazat sekali :)