Showing posts with label Beach. Show all posts
Showing posts with label Beach. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

Jalan-jalan Albany: Cheynes Beach dan Emu Point

Jom tengok pantai yang kami kunjungi di Albany. Cheynes Beach merupakan antara lokasi memancing salmon yang terkenal di sini. Bila tiba musim salmon ramai kaki pancing akan pergi ke situ mencuba nasib. Waktu kami ke sini salmon dah tak banyak dan mungkin telah bergerak ke kawasan lain. Perjalanan dari chalet ke Cheynes Beach mengambil masa kira-kira 50 minit.

Pantai kedua ialah Emu Point, berdekatan dengan chalet yang menjadi tempat tumpangan kami di Albany.


Perlu hati-hati semasa berjalan di atas batuan
Kawasan berbatu di Cheynes Beach

Antara pemancing yang kelihatan
Dua beradik kesejukan

Kawasan penginapan di Cheynes Beach

Bongkah batu besar yang terletak di atas bukit

Tak boleh duduk lama kerana budak-budak dah bosan menunggu

Balik dengan tangan kosong.. tapi dapat pengalaman tak ternilai datang ke sini
Layan video tengok orang tangkap salmon.. patutlah ramai kaki pancing yang sanggup datang dari jauh. Kadang-kadang orang di sini tangkap dan lepaskan semula (catch and release).

Emu Point Beach terletak bersebelahan chalet

Tak sesuai mandi di sini

Bergerak menuju ke hujung tanjung pula.. air di sini lebih tenang

Tempat sesuai untuk memancing ikan tailor

Kat sini pun ramai yang memancing

Ada parkir dan kemudahan bbq di sini..

Juga kafe, boleh duduk minum kopi

Kalau nak memancing di atas jeti kena harung air dulu lah

Oyster Harbour catchment

Tengok orang naik kapal layar

Teringat pensel warna luna :)

Pemancing lagi

Taman permainan kanak-kanak

Sunday, May 11, 2014

Aktiviti sekitar Busselton Jetty dan Visitor Centre

Cuti sekolah ni bagi peluang anak-anak untuk buat aktiviti mengikut minat masing-masing. Kalau sebelum ni datang cuma naik tren dan melawat underwater observatory, kali ni cuba beberapa aktiviti di Busselton Jetty pula.

Antara aktiviti lain selain mandi-manda dan berbasikal ialah rock climbing dan bungee jumping. Bayaran adalah dikenakan untuk aktiviti ini. Selain itu kami turut ke Visitor Centre yang terletak betul-betul di hadapan jeti ini. Jika anda melawat ke sini jangan lupa singgah di mana-mana visitor centre kerana di samping menyediakan peta dan memberi maklumat kepada pengunjung, cenderahati yang menarik turut dijual di situ.

Menariknya Visitor Centre terletak di bahagian bawah rumah api lama. Pengunjung yang berminat boleh naik ke menara rumah api dengan bayaran serendah $2 (kanak-kanak adalah percuma) dan anda boleh melihat pemandangan menarik dari rumah api tersebut.
Are you ready?

Tengoklah suasana di sini yang agak meriah

Jom masuk visitor centre.. ada jualan buku

Produk tempatan

Pottery

Aneka jem

Lukisan pemandangan di sini

Cenderahati 

Tea towel yang menarik

Brosue maklumat penginapan di daerah sekitar

Sila ambil.. percuma sahaja

Jika ada masa sila ke Cape Lavender makan skon :)

Banyak betul brosur

Menarik juga ni

Poskad dan fridge magnet jangan lupa

Oh lupa tunjuk gambar rock climbing

Abang berjaya sampai ke atas tapi adik dah gayat :p

Ni la bungee jumping. Bukan dari jambatan tu



Ok jom naik rumah api

Murah aje bayarannya

Pemandangan dari menara.. sangat berbaloi

Taklah tinggi sangat, tapi kalau kurang stamina memang termengah-mengah

Kawasan untuk mandi manda

Bandar Busselton

Ok dah kutip mana yang patut, jom ke tempat lain pulak :)



Sunday, January 12, 2014

Busselton Sunday Market and Busselton Jetty Beach

Sunday Market di Busselton diadakan setiap hari Ahad kedua dan keempat setiap bulan di Signal Park, Busselton Foreshore mulai jam 7 pagi hingga 12 tengahari. Sepertimana sunday market di tempat lain, ada pelbagai gerai di sini yang kebanyakannya menjual hasil tanaman dan kraf. Selain itu ada sudut barangan terpakai seperti pinggan mangkuk dan buku-buku. Walaubagaimanapun kami lebih tertarik dengan buah-buahan yang dijual disini kerana kebanyakannya dijual terus oleh pemilik ladang. Maklumat lanjut boleh didapati di SINI.

Tidak jauh dari pasar ini ialah pantai Jeti Busselton. Hanya perlu parkir kereta di kawasan tempat letak kereta yang terletak di tengah-tengah antara pasar dan pantai. Ada kawasan yang luas untuk aktiviti berjalan, berbasikal dan taman permainan kanak-kanak.

Jom tengok gambar!
Gerai sayur

Epal

Madu dan sebagainya

Tak ramai orang waktu ini

Gerai blueberry, boleh cuba dulu sebelum beli :)

Madu dan tanaman dalam pasu

Cuaca agak panas

Bunga hydrangea pun ada

Lagi gerai pokok bunga dan tanaman hiasan

Topi

Epal sundowner yang sangat besar dan murah

Nectarines.. satu kotak cuma $10

Atau boleh beli satu bekas 1.5kg cuma $3

Buku-buku terpakai

Pinggan mangkuk antik

Jom ke pantai

Cantiknya kawasan ni

Taman permainan kanak-kanak

Jom menuju ke jeti mandi manda

Lalu depan taman permainan

Bersih dan nyaman

Ada teropong kat sini

Kawasan khas untuk mandi

Sun shelter

Takut pulak nak masuk dalam air :p

Sejenis tumbuhan tepi pantai.. dulu-dulu rajin kutip pucuknya buat kerabu

Pantai Busselton yang cantik

Jom balik.. tamatlah cerita dari Busselton untuk kali ini

Boleh nampak Sunday market dari parking. Selamat tinggal Busselton.. ada rezeki nanti boleh datang lagi :)