Jom tengok buah-buahan yang senang didapati sekarang... lewat musim luruh ni ada banyak buah
limau mandarin dan
pisang kaki (
persimmon). Pisang kaki biasanya senang beli di kedai oriental ataupun IGA. Tak nampak pula kat Coles atau Woolies. Tak lupa juga buah
berangan (
chestnut). Oh ya..Sekarang musim yang sesuai untuk melawat ladang pisang kaki kerana daun-daun pokok sudah bertukar warna menjadi oren.
Cashier kat kedai oriental bagi petua untuk masak buah berangan: masukkan buah berangan dalam bekas tahan
microwave, tambah sedikit air, masukkan ke dalam microwave dan set selama setengah jam.
 |
| Limau mandarin siap dengan daun sekali |
 |
| Buah berangan besar-besar |
 |
| Pisang kaki second grade |
 |
| Masih elok cuma ada blemish pada kulit |
 |
| Daun mula bertukar warna masa kami ke sini kira-kira 2 minggu lepas |
 |
| Mungkin sekarang semua dah bertukar warna |
 |
| Jadi warna oren macam ni |
 |
| Sama warna dengan buah |
 |
| Erra Fazira pun pernah datang ke sini rupanya ;) |