Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

Wednesday, November 1, 2017

Solat Hajat for Final Exam

Makluman dari facebook Malaysia Hall Perth:

Assalamualaikum pada 7 November 2017 bertempat di Dewan Malaysia Perth, Solat Hajat akan di adakan selepas maghrib untuk pelajar-pelajar Malaysia di Australia Barat yang akan menghadapi peperiksaan hujung semester 'Final Exam Semester 2 2017'. Dijemput hadir dan harap maklum. Sekian, terima kasih

“Dan mintalah pertolongan kepada Tuhanmu dengan melaksanakan solat dan dengan sikap sabar” (QS Al-Baqarah: 45)


Monday, September 11, 2017

Kursus Pengurusan Jenazah

Makluman dari fb MAWA:
Assalamualaikum semua, alhamdulilah MAWA akan mengadakan di 2 tempat lokasi untok Kursus Pengurusan Jenazah di Perth.
Northern Area (Utara)
Bertempat di Alhidayah Centre Perth
23/9/2017 - Sabtu untok Muslimah
24/9/2017 - Minggu untok Lelaki
Dari 10.00 pagi hingga 1 petang
Southern Area (Selatan)
Bertempat di Masjid Ibrahim Southern River
23/9/2017 - Sabtu untok Lelaki
24/9/2017 - Minggu untok Muslimah
Dari 10.00 pagi hingga 1 petang
Sila bawa sepinggan juadah untok kita berkongsi bersama



Tuesday, April 4, 2017

COPY GAMBAR

Baru-baru ini saya terjumpa 'iklan' atau 'posting' dalam facebook yang menggunakan gambar dari blog saya ini.

Memanglah saya tidak letakkan watermark atau halang penggunaan gambar. Tapi sekurang-kurangnya letaklah kredit ambil gambar di mana atau minta izin dari tuan punya yang susah payah mengambil gambar. 


Tuesday, January 24, 2017

Makluman Penutupan Kawasan Rekreasi

Kepada anda yang merancang untuk ke taman rekreasi terutama di Perth Hills sila baca maklumat di bawah ya...


Dari Facebook Mundaring:

Please note the following from Water Corporation
ALL Perth dam picnic areas (including Mundaring Weir) will be closed from 24 Jan 2017 until at least Saturday 28 Jan 2017 due to dangerous weather conditions forecast by Bureau of Meteorology. Please avoid the area and observe all signage.
 to keep up to date on park closures.

E Shed dan Australia Day pada 26 Januari 2017

Untuk makluman bagi yang melancong ke Perth, hari Khamis 26 Januari 2017 merupakan hari cuti umum iaitu Australia Day. Tapi jangan risau kerana tempat tumpuan seperti E-Shed ni akan dibuka pada hari tersebut.

Boleh tengok poster di bawah atau layari facebook E-shed di SINI.

Atau anda boleh juga melihat aturcara yang dirancang sekitar Perth semasa Australia Day berlangsung termasuklah pertunjukan bunga api (fireworks) dan acara-acara lain di SINI.


Wednesday, January 11, 2017

Wednesday, November 30, 2016

Ceramah Agama pada 3 Disember 2016

Tarikh: 3 Disember 2016 (Sabtu)
Masa: 10 pagi - 3 petang
Tempat: Mills Park Centre, Lesser Hall, 86 Brixton St, Beckenham WA 6107





Tuesday, November 22, 2016

PRODUK NESTLE AUSTRALIA - MAKLUMAN STATUS HALAL

Makluman status halal produk Nestle AUSTRALIA: sila ambil maklum status coklat keluaran Nestle eg. Kit Kat.

Regarding Nestle Chocolate, I have been told that their factories which produce chocolate cannot become halal now due to alcohol. And have confirmation that Kit Kats do contain alcohol and hence are not 'Halal suitable' and cannot be certified for this reason. As far as I know, all products I have inquired about from Nestle do contain ethanol / alcohol. I know that it is a personal choice on whether or not you consume small amounts. I personally don't consume small amounts and know others that don't and thought this information would help. Their number is 1800 025 361 for any further inquires.

Sumber: https://www.facebook.com/Is-your-food-Halal-Safe-Halal-foods-Australia-307978752906027/




Tuesday, November 15, 2016

TOLONG JANGAN JADI ILLEGAL WORKERS DI NEGARA ORANG

Ramai orang Malaysia yang tertarik dengan iklan atau tawaran kerja memetik buah di Australia dengan gaji lumayan. Tapi tahukah anda, kerja-kerja sebegini adalah ILLEGAL.. SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG kerana telah menyalahgunakan visa pelancong?

Yang sedihnya walaupun ada yang tahu, masih ada yang berdegil. Risikonya bukan sahaja telah 'ditipu' oleh orang tengah (terpaksa bekerja kuat dalam tempoh yang lama dengan gaji yang sangat kecil) malah berhadapan risiko ditangkap polis dan dihantar balik ke Malaysia. Dan sudah tentu ini akan memburukkan lagi imej negara kita dan menyukarkan peluang orang lain yang ingin mencari rezeki halal di tempat orang.

Jom kita tengok pendedahan yang dibuat oleh stesen penyiaran Australia ini dengan kerjasama wartawan Malaysia.




http://www.abc.net.au/7.30/content/2016/s4575639.htm


Monday, September 5, 2016

Tarikh Hari Raya Aidil Adha di Perth bagi tahun 2016

Tarikh hari raya Aidil Adha adalah pada 12 September 2016 (Isnin).

Untuk mendapatkan maklumat masjid dan musalla yang mengadakan solat sunat Aidil Adha boleh rujuk di SINI.