Showing posts with label khidmat masyarakat. Show all posts
Showing posts with label khidmat masyarakat. Show all posts

Monday, 5 October 2015

PESANAN UNTUK ANAK MUDA

Assalamualaikum...

Lama nya tak membebel kat sini.Skang ni byk guna FB jer...tu pun nak kata aktif sgt update status tak jugak.Banyak post gambar anak anak jer...

Disebabkan lama tak bebel...gua nak membebel semahu mahunya hari ni.Muahahahaaa...

Bkn apa...nak membagi pesanan khidmat masyarakat sket khususnya utk anak anak muda yg baru nak belajar erti kehidupan.Aku bkn lah banyak sgt makan garam...belum tahap darah tinggi lagi tapi aku suka perati keadaan sekeliling aku.Perhati dan ambik iktibar.Bkn takat perati jer ye anak anak.

Banyak benda berlaku kat keliling aku.Bkn takat dlm life aku jer,dlm keluarga,kwn kwn dan org2 sekeliling.Mcm mcm cerita ada.Kalau subscribe mcm Astro mahu ada 2000 channel...itulah kehidupan.

Pertama sekali....
Bila kita keluar Uni dan baru dpt kerja.Aku peratikan....fokus anak anak muda ni,bila dh ada kerja benda pertama dia nak beli ialah kereta.Tak salah nak beli kereta sbb ianya keperluan.Kena akui public transport kita masih belum begitu effisien.Teksi pun mahal.Baik naik kereta jer.Tapi,sblm nak beli kereta,jgn duk pikir ttg bayar bulanan jer yer.Tolong include sekali kos minyak,servis,insurance dan roadtax yer.Itu basic,blm lagi kalau ko fanatik suka modified kereta.Aku bercakap ni sbb experience ngadap org mcm ni.Sibuk nak pakai kereta tapi tang nak buat roadtax tak pernah nak buat peruntukan.Pastu pinjam duit org...dh pinjam buat bodo jer.True story beb.Jadi,ukur kemampuan.Tak perlu beli kereta fancy sgt,kereta idaman kalau ujung bln sesak.Beli yg affordable,asalkan boleh bwk kita ke mana mana sudah.Pedulilah kalau org nak mengata...eh ko keje engineer tapi kereta Viva jer? Kalau ada org ngata gitu...balas jer balik...ko nak byr bulan bulan? Sure senyap.

Kalau boleh,benda yg paling penting ko nak invest ialah rumah.Aku tau ramai yg tak invest dekat rumah dulu sbb tak mampu nak byr muka.Dont worry sebenarnya.Kalau rajin shop around,boleh jer jumpa rumah yg 0% downpayment.Biasanya rumah baru lah.Cari rumah kecik kecik dulu pun takpe.Gaji dh besor sket..beli lagi besor.Harga rumah skang mmg tak masuk akal.Masa depan lagi lah kut...so kalau termampu,beli sekarang.Tak rugi.Melainkan kalau berhajat nak sewakan,itu kena belajar sikit lah tentang market,location etc.Hari tu aku ada baca saranan sapa ntah kat FB..sorry lupa nama.Kut tak ku kreditkan kat dia.Tips dia,kalau bujang,beli rumah,pakai satu bilik jer.Yg lain sewakan.Kalau pun xde untung,at least ringan sket beban byr bulanan.Dah kahwin sok,ko boleh halau semua penyewa..hahahahaha.Ini selalu aku pesan kat adik2...ipar duai etc.Sbb tiapkali aku belek harga hartanah (aku mmg suka survey tp takat ni mampu telan airliur la nak beli rumah lagi) tiapkali tu la my blood goes upstairs...hahahahaa.Jadi rajin rajin lah gi survey cari hartanah ni.

Lagi satu...bab cari jodoh.Aku faham bila jiwa muda cinta bergelora ni,kita takkan mudah nak dengar cakap org.Pendek kata,lautan api sanggup ku renanglah.Tapi sesekali gunalah akal fikiran yg logik sket yer.Aku pun pernah muda...aku tak condemn tau tapi aku nasihat berdasarkan pengalaman sendiri.Dengarlah adik adik akak nak nasihat.Kalau ada org yg lebih tua waima rakan sebaya nasihatkan ko jgn bercinta dgn si polan....ko jgn ketegaq sgt.Mesti ada yg tak kena....
Sebab org org tua ni...asam garam dia dh banyak rasa.Lagi lagi makpak kita.Deme ada instinct tau.Sixth seven sense..ko apa tau?

Aku pernah yer kena tegur tapi aku buat bodoh.Nasib baik belum terlambat utk bangkit dr kesilapan.Masa tu aku rasa semua org nak menyibuk hal aku.Peduli apa aku janji aku bahagia.Tapi aku silap...
Tapi aku xde lah nak cakap sipolan tu tak baik.Dia baik cuma kami tak serasi.Tak ditakdirkan utk each other...chewah.Kalau bersama pun maybe lebam lebam muka dia aku kerjakan...kahkahkahkah.Aku kan garang.Mau masuk buletin utama nanti.

Dan aku baru jer berdepan dgn satu situasi.Org terdekat.Masa dia nak kahwin dulu,mak dia tak bagi.Naluri seorg mak.Rasa ada yg tak kena dgn lelaki pilihan dia.Tapi dia degil...nasihat taknak dengar.Membentak merajuk pulak.Emak takde pilihan,relakan juga sbb taknak panjang cerita.Katanya itu life dia,apa apa dia yg tanggung.

Itu cerita lama....lepas setahun,dtg mengadap family dgn muka lebam lebam kena pukul ngan suami.Bkn takat tu jer,habis duit ringgit kena kikis.Time time mcm ni siapa yg kau hadap? Family yg kau bentak bentakkan dulu....mana kata nak tanggung sendiri sgt tu?

Kena ingat yer...walau kita anak perempuan.Lepas kahwin jd tanggungjawab suami,family jgn dipinggir.Dpt suami bertanggungjawab,syukurlah.Dpt yg mcm syaitonnirrojim....hmmmm.

*Thanks abang sbb bertanggungjawab* tetiba.

Aku bkn nak memadankan muka tapi ambillah cerita ni sbg pengajaran.Jgn sesekali ko pandang remeh naluri org tua walau dia tak berpelajaran.

Tapi tulah...dah jodoh kan.Cuma tak payah lah ko nak membentak ke apa.Pujuk elok elok...InsyaAllah org tua tu bagi restu beserta doa yg baik baik.Dah ko bentakkan dia...ntah ntah dia izin tanpa restu.Ingat dik....doa ibu tiada hijabnya.Sayangi ibu anda.

Dah lah...sepatah dua kata dulu.Kang kalau rajin aku jd Sri Siantan lagi...muahahahaha.Aku cuma bg pandangan berdasarkan apa yg aku nampaklah.Bkn dr sudut pandangan seorg expert yer.

Sekian itu sahaja.Dah,semua boleh bersurai sekarang....Assalamualaikum.

Thursday, 23 April 2015

PEPERANGAN KAUM IBU

Assalamualaikum...

Pagi ni fatih demam pulak.Dah bagi ubat,muntah.Maybe sbb kahak...siannya anak ibu.

Memikirkan fasal anak ni,aku baru terbaca catatan seseorang kat FB.Fasal dia tegur ada anak anak yg hantar anak diorg kepada mak bapak utk dijaga.Katanya,seeloknya kita jaga sendiri,kalau takut nak hantar kat nursery atau pengasuh,adalah lebih baik ibu itu sendiri berhenti kerja utk jaga anak anak..etc.

Bila baca kat bahagian komen,tu dia....perang pun bermula.

Ustaz tu pun cakap secara general,dia belum kupas pun dari segi masalah masing masing,punca mengapa berlaku situasi ini dan sebagainya.Dia pun cakap...seeloknya.Bkn cakap...heyyyy...mesti buat apa yg aku cakap ni kalau tak masuk neraka.Faham??

Tapi pengkomen menghambur mcm mcm...
Ibu yg bekerja marah marah kat ustaz tu tanpa memahami teguran ustaz yg utama iaitu tidak menghantar anak masing2 kepada nenek diorg utk diasuh,bknnya tak bagi pompuan kerja,yang tak kerja pula penuh bangga cakap puas ati diorg dpt jaga anak sendiri sehingga mengguris hati ibu bekerja yg hantar anak ke nursery atau pengasuh.

Aku geleng kepala jer baca semua komen.Campak telefon...cebok yakk fatih lagi bagus...muahahahhahaa.

Working mom vs Stay at home mom

Breastfeeding vs Formula milk

Ceaserian vs Normal delivery

Tak abih abih nak berdebat....

Inilah yg jadi bila masing masing rasa mereka melakukan sesuatu yg lebih baik dari org lain.

Bukankah lebih bagus kalau kita beranggapan bahawa semua ibu melakukan yg terbaik?

Cuma method kita yang berbeza.

Tapi percayalah,walau dari kategori manapun kita berada,sebagai ibu kita tetap mahu buat yang terbaik untuk family masing masing.

Kalau pun kita gagal dalam mencapai matlamat...setidak tidaknya effort tu ada.

Kalau kita bekerja,itu adalah sebab kita mahu ekonomi family stabil.Mmg betul duit bkn segala galanya tapi segala galanya memerlukan duit + GST...eh?
Sebab jalan hidup,gaya hidup kita berbeza.Ada ibu yg masih mahu bekerja walaupun suami mampu tapi tak boleh lah nak judge dia sebagai ibu yg kurang baik.

Aku ambil contoh satu situasi si polan ni.Masa tu aku baca forum pasal aurat semasa bersalin.

Ada sorg mamat ni,ewah...ayat mcm good good saja condenm ibu bekerja ni sebagai seorg yg selfish,gila duit sampai anak anak terabai.Cakap ibu ni lebih sanggup lepaskan tanggungjawab menjaga anak kat org lain bla bla bla.Lepas tu dgn lantang demand nakkan nurse dan doktor perempuan sahaja attend isteri dia bersalin...

Ironi bukan?

Celah mana datangnya doktor yg menepati kriteria yg ko nak tu kalau bukan dari ibu yg ko anggap selfish dan gila duit sgt tu? Paham ke tak bahawa besarnya tanggungjawab dia kepada masyarakat sehingga dia sanggup membahagikan masa dan tggjwb dia kpd org awam dan keluarga sendiri.Tapi biasanya golongan ni takde nak bising bising...end up anak anak diorg pun elok jer.

Maaf kalau bunyinya kasar tapi ini saja ayat terbaik utk org yg suka judge org.

Mcm tu jugak bila datang sindiran dr org sekeliling tentang stay at home mother.Lagi lagi yg tak buat kerja sampingan kat rumah.
"Duduk rumah bkn buat apa pun...seronoklah,takyah susah kerja,hujung bulan duit masuk"

" Surirumah....apa buat pun,layan drama lah kan?"

Kdg2 rasa juga nak cilikan mulut mulut mcm ni tapi bkn ada pekdah pun.

Memang duit bulan bulan masuk tapi tau tak mcmmana strugglenya nak susun perbelanjaan supaya mencukupi? Tau tak berapa lama baju sendiri tak berganti sbb dahulukan keperluan anak? Tau tak kasut sendiri harga RM20 jer sepasang pakai sampai tanggal tapak baru ganti?

Layan drama? Sorry aku xde masa nak duk ngadap TV.

Breastfeeding vs Formula milk

Dua dua situasi aku dah rasa.Dua yg atas mampu BF sekejap jer,dua yg last ni Alhamdulillah dapat exclusive BF.

Mana mommies yg dpt bagi BF...please jgn condemn ibu yg bagi FM sebagai ibu yg malas,taknak usaha utk pump.Bkn aku tak pernah baca kritikan yg mcm ni.Katanya,kalau usaha boleh jer.Fikirkan juga,aku pernah lalui situasi ni.Ada org boleh ada kelonggaran time kerja utk pump susu badan,ada org tak.Maybe kat ofis dia takde fasiliti utk simpan EBM.Atau mcm2 kekangan lagi.Ada nursery pulak tau mcmmana nak handle EBM,ada plak pengasuh yg tak...jd mommies ni xde choice melainkan bg FM.

Yang bg FM pulak,jgn cepat sentap tuduh BF mom ni sebagai riak bila dia cerita dia berjaya bg exclusive BF.Mungkin dia cuma nak bg motivasi dan tip saja.

Ceaserian VS normal delivery

Aik..inipun jd isu gak ke?
Kalau boleh semua org nak normal delivery..takde yg sanggup nak opt for C sect saja saja der.Belah perut ko ingat senang? Tinggal parut lagi...tgk video org bedah C sect pun ngeri...

Tapi itulah pengorbanan ibu ibu.Walau bergadai nyawa sekalipun kami sanggup...apa sgt lah takat belah perut.Namun demi nyawa sikecil,sanggup apa saja.

Tapi ada pulak yg mengata yg memilih C sect tu kurang pahala sbb tak rasa sakit contraction.Sama jugak dia mengata kat org yg ambil epidural.

Lah...tak tau pulak pahala boleh diukur berdasarkan tahap kesakitan time contraction....apa ko ingat org yg c sect ni tak sakit ke?

Mcm mcm boleh jumpa kerenah manusia bila kita baca forum pasal parenting ni....kelakar tau dak.Pastu dgn yakin berdebat plak....

Apa method yg si ibu pilih sekalipun,tujuannya cuma satu.Supaya anak yg dikandung dpt dilahirkan dgn selamat.Tu jer...stop arguing psl method bersalin ni.Pasal epidural pun...dh kalau dh ada kaedah utk kurang kan sakit...napa taknak guna plak?

Sebenarnya senang jer...kita takyah pening pening kepala nak fikir kenapa si polan begitu begini....kalau kita tahu menghormati cara masing masing,tak wujud pun perdebatan yg mengguris hati setiap pihak.

Kalau ada teguran,kita terima dgn positif.At least cuba lah.Aku pun ada masa gelabah juga.Korg ingat aku tak hangen abah aku cakap aku masak kari rasa air sirap? Hahahahahahaa.....walaupun aku tarik muka,tapi lepas tu cubalah perbaiki resepi sampai jadi kari...akakakakaka.

Sebab tu kalau berlaku perdebatan mcm ni...aku prefer duk tengah.Cuba memahami situasi org yg tak berada dlm situasi kita sendiri.Bila org puji ckp Alhamdulillah,bila org kutuk aku cakap boleh blah...eh? Hahahahaa...

Sama jugak dgn teguran ustaz tu.Dia ckp secara general jer dan dia tak kutuk pun kata anak anak tu derhaka ke apa.Cuma penerimaan org tu berbeza.Dia pun faham kut bila kita ada masalah masing masing yg menyebabkan kita terpaksa hantar anak kpd emak /mentua utk dijaga.Bkn semua org sesuka hati atas alasan nak senang jer sampai nak menyusahkan org tua.Bkn tak ada tapi bkn semua.Jadi kalau kita bkn dlm kategori yg saja saja nak susahkan org tua...just diam saja lagi bagus kut.Bkn tak boleh pertahankan diri sendiri tp dalam dunia maya ni...kita takleh jangka penerimaan org terhadap pendapat kita.Org pun boleh jd sgt kejam kat media sosial...balun habis habisan.Kalau org mengata depan depan senang...aku hambur balik jer selalunya..kahkahkah.Mana boleh woih ngata aku sesuka ati...aku garang kut...hahahaha.

Kalau ikutkan,aku pun terasa.Mak mentua aku pernah duduk ngan kitorg 6 bln jaga Rafhanah kut sbb Rafhanah taknak menyusu kat nursery.Dan ada org memang tak boleh mengelak situasi mcm tu.Terpulang kpd niat masing masing.Asalkan emak kita redha atau mmg dia yg mintak nak jaga,takde isu pun.Cuma pandai pandailah nak handle later.Cara aku ialah berhenti kerja sbb aku rasa tak patut susahkan mak mentua yg dh bersusah payah besarkan 8 org anak.Walaupun dia tak bagi aku berhenti pd awalnya...dia kata dia mampu nak jaga tapi lepas aku explain,dia okey...tak kecik ati.Bkn sbb aku tak suka cara dia jaga tapi aku lebih suka jaga sendiri.Tapi lain org lain cara lah...jgn expect semua org boleh amik keputusan nak berhenti kerja ya...

Dalam membesarkan anak dan menjaga keluarga,buat lah apa cara yg kita rasa terbaik.Asalkan cara kita tak menggugat ketenteraman awam atau mengganggu org lain. ( Maybe aku kena tukar cara aku yg garang ni...heart attack jiran jiran dgr aku menjerit...hahahahahaha) La ni slow down dh sikit...dah kena tegur ngan laki,ngan mak abah aku...hahahhaaha.Plus faktor umur,dh kurang sket aku mengamuk.Sesekali tu masih lagi tarzan.

Hormat jer cara org lain...berbalah pun bkn settle masalah.Buruk baik yg tanggung pun family masing masing.Cuma bincang ngan suami dan family sudahlah.Takyah judge family org lain...kan senang.

Cerita pasal ni memang tak pernah abis pun.Just bear in mind....

SETIAP IBU DAN BAPA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK KELUARGA MASING MASING...

Sekian terima kasih.Nak gi masak...








Sunday, 22 February 2015

PERIHAL KENDURI

Assalamualaikum...

Baru sampai kat rumah dari bercuti CNY di kg mertua kat Rembau.Nasib baik tak jammed sgt td.Smooth jer perjalanan hari ni.Beria laki aku keluar command balik pagi hari ni takut jammed.Bkn apa...dia xleh drive tetengah hari dan ditambah ngan slow..ntt dia ngantuk.Suruh co-pilot lagi tak guna,membuta jer tau.

Memang meriah balik bercuti sbb ada adik2 ipar berkumpul sekali.Ada lah geng nak borak kalau tak melangut lah aku sengsorang sbb laki aku tu asal blk kampung jer mesin rumput pagi petang.

Semalam plak sebelah rumah ada kenduri kahwin.Ewah...berlenggang jer kitorg gerak dari rumah gi makan nasik.Alhamdulillah kenyang.Dah petang plak,tuan rumah hantar lauk baki kenduri.Rezeki...

Cerita pasal kenduri ni,adalah teringat seseorg bercerita kat aku.Kira saudara terdekat jugaklah dia ni.Kisahnya,abang dia baru dapat kerja,jadi nak buatlah sikit kenduri kesyukuran.Nak buat kecil kecilan saja sbb bajetnya cuma RM500.

Malangnya,niat baik si polan ni terbantut dek kerana emaknya kata bajet banyak tu tak cukup.Nak buat kenduri mesti buat 3 jenis lauk,mana nak pinjam pinggan mangkuk,sapa nak rewang dia dh tak larat etc etc...end up bertekak anak beranak sbb si abang kata dia cuma mampu bagi RM500 saja dan dia pun tak mintak buat besar besaran,cukuplah sekadar buat mee sup ke apa.Itu saja yg termampu.

Lagipun,niatnya cuma utk majlis kesyukuran,panggil org baca doa selamat dan makan makan kecil saja tapi cara emaknya mcmkan nak buat majlis kahwin.

Akhirnya,si abang batalkan saja niatnya.Dari bertekak dan bergaduh dgn emak,asal niat buat pahala sedekah org makan bertukar jadi dosa melawan emak,baik cancel jer terus.

Bila aku bersembang dgn adik,aku tanya lah adiknya.Apa punca si emak nak buat besar besaran? Bihun sup tu okey lah kut takat nak buat majlis doa selamat jer kut.

Puncanya...bimbang org kampung mengumpat dan mengata.Ada ke patut hidang bihun sup ajer....gitu lah lebih kurang.Cerita si adik lagi,dia pernah berhadapan sendiri situasi di mana waktu dia pergi kenduri salah sorg saudara kat kampung tu,dia pernah dgr makcik2 kat kg tu tgh berkumpul sambil rewang sambil mengumpat.Full package.Topiknya,cerita kenduri si polan(majlis lain) hidang makanan tak sedap.Tak mcm kenduri yg ni,makanan sedap,mahal.

Aku simpati....

Pernah terfikir tak agaknya mereka2 ni,dek kerana mulut mereka ni..bertengkar anak beranak sipolan ni.Terhalang niat baik nak meraikan kesyukuran sempena dapat kerja.Semata mata nak kejar expectation org kampung utk kenduri yg kita nak buat.

Kita memang boleh cakap,ignore ajelah.Kalau aku lah...memang lantaklah kau situ.Suka ati aku lah nak buat menu apa pun.Kau datang bukan kena bayar,makan percuma lagi banyak bunyi ke? Nak makan...makan.Nak mengumpat..silakan.Dosa kau dapat.

Tapi,fahamlah kalau makcik2 yg hidupnya dikelilingi komuniti mcm ni.Tak tahan kut telinganya mendengar umpatan2 sebegini sampai rela tak buat kenduri selagi tak memenuhi selera dan kehendak tetamu.

Sad but true...

Bagi aku,mentaliti mcm ni perlu diubah.Kalau rasa dh susah nak ubah mentaliti org2 tua ni,generasi pelapis ni kenalah berubah.Betulkan niat kita utk buat kenduri ataupun ketika menghadiri kenduri.

Ini aku rasa sebab budaya dah sebati dlm masyarakat kita,nak buat kenduri mesti kena gah terutamanya kalau kenduri kahwin.

Masa majlis kahwin aku dulu,kami pernah dgr org mengata majlis kami tak serupa kenduri kahwin.Takde kompang,takde DJ,takde pelamin.Pengantin tercongok jer kat meja makan sengih sengih.Tapi kami tak amik ati pun dan tak peduli pun.Kami ni buat apa yg kami mampu.Lantakla nak mengata,penat kang diam.Kalau nak ikut kehendak org org mcm ni,mau berhutang bergolok gadai.Kang hutang sapa yg nak bayar? Diorg? Tak kan....aku jugak yg bengkok nanti.So...ignore jer.Kalau aku anak jutawan lain lah.

Bila kita dijemput kenduri,pergi makan dan doakan tuan rumah yg baik baik.Makan apa seadanya yg tuan rumah mampu dan tanamkan dlm hati...itu rezeki yg Allah nak bagi utk kita utk hari tu.Ini laki aku yg tegur aku bila aku komplen lauk kenduri tinggal sikit,tuan rumah tak refill blabla.Kena sebijik...padan muka aku.Since tu,aku sedar.Mempertikaikan keupayaan tuan rumah bererti mempertikaikan rezeki yg Allah bg hari tu.Kalaupun dpt makan nasi takde lauk pun,bersyukur lah...kata laki aku.Isk isk isk...mak insaf tau.

Mcm tu jugak kalau kenduri kahwin.Walaupun kita bg tuan rumah duit "salam kaup" ataupun hadiah,jgn pula expect dpt mkn sedap atau mengomel bila makanan tak cukup.Anggap ajelah pemberian kita itu sebagai hadiah utk menggembirakan pengantin.

Jadi dlm kes mcm ni,dah nama pun kenduri kesyukuran,kalau tuan rumah hanya mampu menjamu bihun goreng dgn teh o pun,datang dan rai kan lah.Jgn pula kita berkira dtg berdoa,baca Yassin etc dan mengharapkan makanan sedap sedap.

Aku yakin bukan satu kampung berperangai mcm tu.Biasanya yg mcm ni hanya sorg dua sahaja tapi kutukan mereka inilah yg paling berbekas di hati dan buatkan org jadi tak tentu arah demi nak penuhi expectation mereka.

Nasihat aku pada si abang...ada byk cara nak mensyukuri nikmat Allah.Yang terbaik,bahagian yg diniatkan sebanyak RM500 itu,eloklah disedekahkan sahaja.Hantar makanan pada jemaah masjid ke,sedekah pada fakir miskin atau anak yatim ke atau apa saja.Kalau kenduri kesyukuran nak diukur pada berapa besarnya majlis,itu bukan bersyukur lagi dah,silap haribulan niat dh jadi nak menunjuk nunjuk pula.Dah,settle.

Sekian tazkirah dari setazah...nak buat kenduri jgn lupa jemput...hehehhee.





Thursday, 8 January 2015

PERBELANJAAN BULANAN

Assalamualaikum...

Hari ni gi bank bayar utang piutang...phewwww...bilalah nak abih utang ni....

Adatlah kan...hutang rumah ni sampai ke tua ler jawabnya.Kalo umur panjang,sempatlah merasa bebas hutang mcm abah aku.Bestnya hidup...hukhukhuk.

Lepas tu menyinggah kat rumah sewa sekejap,tenant ngadu ada leaking dr umah atas.Ololololo ciannya dia...hahahhahaa.So aku pergi lah mengadu domba kat management office.Budak mantainance mmg baik dan bg penerangan baek punya tapi prosedur plak...huk aloh.Diorg cuma akan buat siasatan setiap hari Sabtu.Nasib baik hari ni dah hari Khamis,tinggal lagi 2 hari.Kalo dari Isnin? Tu baru siasatan,nak settle? Itu kalo tuan rumah atas nak bg kerjasama...kalo tanak? Hopefully tuan rumah atas tu baik hati nak settlekan..InsyaAllah.

Bila fikirkan,penat juga tiap tiap bulan nak kena manage financial supaya hutang dibayar ikut jadual dan segala perbelanjaan cukup.Tapi itulah,kdg2 ada jer benda luar jangkaan berlaku.Bumbung bocorlah,paip pecah lah,gitu gini.

So far,Alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma ada jugaklah certain masa yg agak sempit.Biasa lah tu.

Jadi certain tips lah aku nak bagi especially utk anak2 muda yg baru masuk alam pekerjaan ataupun yg baru berumahtangga.Tips ni pulak aku bg bkn sebab aku pandai manage financial yer,tapi ada juga berdasarkan kesilapan yg pernah aku belajar.Pengalaman tu...

1) Belanja ikut pendapatan bkn sebab ikut gaya hidup terkini - Masa mula mula menikah,kami sewa rumah abg ipar.Rumah flat.Sewa RM450 jer.Aku tak ada kereta dan laki aku pulak ada kereta wira terpakai jer.Gi kerja laki antar tang balik berjanggut tunggu laki dtg amik.Beli perabot rumah pakai duit hantaran kahwin.Beli set blk tidur,meja makan,peti ais,mesin basuh dan set sofa just RM3K sahaja sbb mmg pilih yg basic.Jadilah tu.Baki RM2K aku simpan,biar dia "beranak" tapi tak sempat juga..ada jer benda nak pakai..hihihi.Rumah kecil kami mmg tak lengkap tapi bg aku dh cukup sempurna.Yang penting,kami memulakan kehidupan tanpa hutang.Bukan tak ada langsung tapi sedikit ajerlah.Still boleh manage.Lama kelamaan bila gaji dh bertambah,bolehlah start beli rumah,tukar kereta,sofa baru,TV beso...tak gitu? Itupun kalau boleh jgn melebihi kemampuan dan kalau boleh,elakkan berhutang. ( Beli kereta dan rumah terpaksalah kan..)

2) Dahulukan beli hartanah,kereta kemudian - Ini penting sgt yer wahai anak muda.Bkn nak condemn tapi kami mmg terkena jugalah dgn budak muda baru kerja 6 bln terus nak sambar kereta dgn instalment RM1K.Guna nama laki aku jd penjamin.Bila loan sangkut,tak psl nama terheret sekali.Biasanya awal2 kerja mmg teruja nak beli kereta mahal sbb tak byk komitment time bujang.Sewa rumah berkongsi,mkn pun ala kadar jd kita selalu ingat kita akan ada kemampuan utk beli kereta mahal.Tapi,jarang kita fikir masa depan.Rata rata tempoh loan kereta ni dlm 5-9 tahun.Dlm tempoh tu mcm2 boleh jadi.Lagipun kereta ni bkn lah aset sbb ada susutnilai setiap tahun.Bkn kata takyah beli tapi jgn lah beli yg instalmentnya sampai cecah separuh gaji.Kereta tu pun kira keperluan.Kalo boleh,beli hartanah dulu.Belilah yg sesuai dgn kemampuan dulu.Misalnya beli rumah flat dulu ke pastu gaji dh besor sket beli umah teres setingkat plak.Pastu baru semi-D dan seterusnya banglo.Gituuuu...Biasanya hartanah ni mmg menguntungkan sbb nilainya boleh meningkat.Kdg2 sampai berkali kali ganda.Kalau rasa berkemampuan,bila beli rumah baru,rumah lama jgn dijual tapi jadikan rumah sewa.Itupun pelaburan yg baik utk masa depan.
Tapi,harus diingat...langit pun tak selalunya cerah..hukhukhuk.Kena pandai survey juga hartanah tu in term of location,bentuk muka bumi,komuniti dan lain lain.Boleh rujuk pada yg arif lah yer.Jgn semberono jer beli.Kami pernah terkena.Kami pernah beli rumah teres 2 tingkat dan adik ipar pulak beli rumah flat.Kawasan yg sama.Jgn rasa kita beli rumah teres 2 tingkat utk disewakan maka kita akan dpt lebih.Tidak juga...kami byr bank lebih dr pendapatan sewa (kena topup plak duit sendiri RM600) manakala adik ipar pula dpt pendapatan hasil lebihan sewa sampai RM500.Untung tu.Puncanya,kawasan tu ramai student dan pasangan muda baru kahwin.Yg dh stable tanak duk situ sbb kawasan baru nak develop.Jauh dr sekolah dan pusat bandar.Student maybe nak sewa rumah teres sbb boleh berkongsi tapi takleh lah nak charge mahal sgt dan rumah flat pula mmg jd pilihan pasangan muda yg baru kahwin sebab sewa lebih murah so dptlah diorg kumpul duit utk beli rumah lain.Lagipun kalo cuma berdua buat apa nk sewa rumah teres 2 tingkat? Dari menyewa,baik beli jer betul tak?Tapi nasib baik bila kami nak jual,ada yg sudi membeli.Hukhukhuk...sepanjang jd owner,mmg rugilah tapi takpelah.Harap harap ada hasil dari jualan rumah tu.Sementara ni mmg sakitlah oii...cuma taklah beban sgt sebab ada org menyewa kat situ.Ini pengajaran lah buat kami.Nak beli rumah,consult pakar dulu ataupun buat survey.

3) Berhati hati dgn penggunaan kad kredit dan personal loan - Ini mmg kesilapan aku yg terbesar. Pertama kali dpt pegang duit plastik ni...teruja tu lebih.Bangga habih lah tu time tu.Dan aku tak salahkan bank...mmglah interest itu riba' tapi kalo tak apply,no harm kan.Dah diri sendiri gatal apply sapa suruh.Nasib aku baik sebab aku masih boleh control lagi walaupun hutang hampir mencecah paras hidung.Apa aku buat ialah cancelkan semua kad kredit yg ada tinggal 2 ajer.Tu pun utk emergency shj sbb kdg2 nak book hotel atau flight ticket lebih senang pakai credit card.Baki hutang tu aku settlekan setiap bln tanpa penambahan hutang baru.Make sure keep track berapa balance hutang yg tinggal baru senang hati.Jgn sesekali buat personal loan utk byr credit card walaupun interest lebih rendah.Sebabnya sepanjang pengalaman aku kerja bank dulu dan pergi kursus AKPK,ramai org cenderung guna balik credit card yg dh zero balance tu (sbb dh byr pakai personal loan tadi).Sudahnya end up byr kedua dua sekali.Kalo nak buat jugak,make sure pergi cancelkan credit card serta merta.Aku tak kata kita jgn pakai credit card langsung sbb byk kebaikannya dgn syarat kita tahu manage.Kita yg control dia,bkn dia yg control kita.Tang personal loan pulak,apply jika ada sesuatu yg betul2 perlu jer.Hutang kereta kalau tak byr,bank tarik kereta,kena lelong, kalo nasib baik ada lebihan untunglah tapi kalo harga lelong lebih rendah dr baki,kenalah topup sikit tapi at least ada bende yg kita boleh cagarkan.Same goes dgn hutang rumah.Kalo personal loan? Paling tidak pun,bank hanya boleh arrange utk reschedule hutang.Bkn tak boleh buat,cuma kena hati hati.

4) Catat perbelanjaan bulanan - Aku mmg catit setiap apa yg aku byr bulan bulan supaya senang aku budget dan kita tahu mana perginya duit gaji kita bulan bulan tu.

5) Buat simpanan secara tetap - Jgn kita buat simpanan hanya bila ada lebihan setelah tolak semua perbelanjaan.Masukkan simpanan sebagai perbelanjaan.Kalau ada lebihan,itu baru dikira bonus.

6) Buat tabung khas utk perbelanjaan tahunan - Misalnya kita dh tahu bila road tax nak expired kan? Jadi buat satu tabung khas,simpan duit sikit2 setiap bulan.Bila sampai masanya,takde lah mengagau nak cari duit lebih utk byr road tax dan tak lah mengganggu budget bulanan kita.Mcm tu jugak kalau kita nak melancong ke ataupun berhajat nak beli brg idaman ke.Put aside sedikit amount...InsyaAllah rasa lebih puas hati.

7) Jgn lupa bg duit kat ibubapa dan bykkan sedekah - Bila aku letak sbg point akhir bkn bermakna ianya tak penting tapi sebab bende ni semua org tahu.Cuma kdg2 kita ni selalu rasa bimbang diri sdr tak cukup bila kita byk memberi kpd org tapi hakikatnya tak begitu.Time jahil dulu gitulah aku rasa ( ngaku nih) tapi kita kena redha dan selalu semat dlm ati,dlm rezeki yg kita dpt ada rezeki org lain.Terutamanya kalau bg parents.Cara mcmmana...terpulang pada diri sdr.Parents kita ni bkn nak sgt duit kita tapi pemberian itu sebagai tanda bakti kita pada mereka.Percayalah,makin byk kita bg makin byk rezeki kita walaupun gaji kita amount sama jer.Mcmmana? Misalnya kalo kita niat nak tambah bagi lebih sket bln ni,tambah lagi RM100 lebih dr bln lepas..takdir Allah,dtg bil letrik yg selalunya kita byr RM300 setiap bln,tetiba bln ni jd RM150 ajer.Bkn saja kita dpt tambah pemberian RM100 malah dpt jimat lagi RM50.Contoh lah kan...gitu.

Okeylah...panjang pulak mak jemah membebel.Tips atas tu bkn bermakna wajib diikuti.Itu cuma dari pengalaman aku dan setiap org ada cara tersendiri.Kalau rasa baik boleh ambik jd tauladan,tak betul boleh tendang ke sempadan.Tu dia pantun berkerat kerat..hehehehee...sekian.





Monday, 27 October 2014

PENANGAN ROTAVIRUS

Assalamualaikum...

Semua sihat? Alhamdulillah...
Anak anak aku baru saja beransur pulih dari penangan rotavirus...Alhamdulillah.

Al kisahnya...si Hakim yg start dulu nih.Dua hari sblm kami blk Trg nak beraya Haji...dia ngadu sakit perut.Bila tanya dia cirit tak...dia kata tak.Aku ingat perut dia masuk angin.Aku sapu minyak angin dan suruh dia tido.

Pukul 2 pagi,tetiba dia bangun muntah muntah...aku dah mula tak sedap hati.Keracunan makanankah? Apa plak aku bagi dia makan ni? Tapi dia sorang jer yg sakit perut dan muntah.Yg lain okey jer pulak.

Memandangkan laki aku lena sgt..aku decide esok pagi ajelah pergi klinik tapi aku plak yg lembik satu malam tak tido asyik bwk dia pergi toilet.Last last aku bwk dia tido kat ruang tamu,taruk baldi tepi dia kalau dia nak muntah.Kalau tak,abih sepanjang laluan nak ke bilik air kene muntah dia.

Pagi pagi lepas Subuh..laki aku bwk gi klinik.Doktor kata nothing serious walaupun satu malam dia muntah tak berhenti.

Lepas tu dia dh start cirit birit pulak.Boleh pulak dia selamba "buang" dlm seluar...pastu kemain dia peluk bantal bagai tak bg tau aku pun.Tau tau...aku terbau busuk...aku tanya barulah ngaku.Huhuhuhu...nanges mak.Kena basuh cadar,tilam dan bantal sekali...sob sob sob.So,pakai lah kau lampin sepanjang hari sbb aku tau dia xleh nak control lagi dah.Terlepek jer atas tilam.

Nasib baik hari kedua dia dh beransur baik.Alhamdulillah..kalau tak camne nak blk Trg...6-7jam perjalanan weh.

Hari sabtu dia dh okey sepenuhnya.Hari Ahad raya.Tetiba Al Fatih plak cirit birit.Tapi tak teruk.Hari raya kedua bwk gi klinik,Doc bagi air garam dgn ubat sapu sbb bump bump dia dh melecet.Alahai cian tul.

Tetiba malam tu dia start muntah dan demam.Adoyai...ini kalau dh menjangkit ni,sah lah bkn sbb keracunan makanan.Ni mesti virus.Pagi pagi bwk pergi KTS tapi tak jumpa specialist pun.Jumpa Doc kat klinik bwh tu jer.Sama jugak,bagi ubat demam dan air garam.Dia suruh aku monitor,kalau demam sampai dua hari,dia suruh dtg balik utk buat blood test katanya.

Bila petang,keadaan dia makin teruk.Demam,hilang selera makan tapi nasiblah dia dh tak muntah dan dia mahu plak minum air garam.Tapi cirit dia non stop sampai tahap dh mengalir mcm air paip.Lampin kene tukar selalu sbb nanti punggung dia melecet.Kesian bila dia jerit jerit nangis bila basuh bontot.Huhuhuhu.

Malamnya,laki aku decide bwk pergi hospital lagi sbb risau keadaan dia yg cirit non stop.Bila sampai KTS,staff sana suggest suh bwk pergi GH sbb katanya specialist takde mlm tu.Terus jer ke GH.Alhamdulillah,tak tunggu lama pun.Doc check tapi si fatih ni nampak masih aktif.Dah siap main cak cak ngan doc,mcmmana doc nak warded kan dia.Dia nampak okey lagi kata doc walaupun dh demam.Dia suruh monitor demam dulu dan kalau dia nampak tak bermaya and najis dah keluar dgn darah,cepat cepat bwk ke hospital blk.

Alhamdulillah,esoknya demam dia dh beransur baik,masih cirit tapi tak sekerap malam sebelumnya.Syukur sangat...so petang tu,kami bertolak blk ke Shah Alam.

Bila balik rumah,dpt msg whatsapp dr group parent-teacher sekolah Hakim.Sorg parent update kat group tu yg anak dia warded dan doc sahkan dia kena rotavirus.Huhuhuhu...sahih lah anak anak aku ni dh mendapat virus yg sama.Tapi tak adalah nak menyalahkan sekolah atau budak mana yg bwk virus tu...kita manalah tahu ntah dari mana dia dpt.Maklumlah budak budak,sentuh itu sentuh ini,kutip sana sini...dah ujian kami semua anak anak sakit.

Bila dah confirm,parents suggest kat cikgu buat kerja pembersihan kat sekolah dan part kami kat rumah,jaga kebersihan rumah dan kuarantin anak anak.Habis cadar,selimut kat rumah aku basuh.Mop lantai siap sembur pembasmi kuman dettol.Lepas raya adik ipar aku ada ajak blk rembau tapi sbb kat sana ada baby adik ipar aku so kami tak balik.Kang menjangkit pulak kat baby.Dahlah baru umur sebulan.

Sebab awalnya tak tau diorg ni dpt rotavirus,aku takde lah kuarantin anak anak kat rumah Trg ni.Dah sepupu dorg plak yg terjangkit.Tapi syukurlah diorg kena tak teruk.Cirit birit saja,tak demam dan muntah.

Memang dugaan betul raya kali ni.Kesian parents aku dan adik aku kat rumah Trg.

Link pasal rotavirus,boleh klik sini :-

ROTAVIRUS

Dan cirit birit pada bayi ni,kena lebih berhati hati.Kena monitor demam dan simptom simptom lain.Kalau demam berlarutan lebih dua hari,enggan menyusu atau makan minum,tak bermaya,bibir pucat dan najis berdarah,jgn berlengah bwk jumpa doktor.Itu pesan doktor kat GH hari tu.Since Fatih masih kelihatan aktif dan dia pun bkn main suka lagi dgn air garam tu (best ke nak oii?)so takde lah sampai dia kena warded.Alhamdulillah.Paling penting,kuarantin anak anak sbb ianya sgt sgt mudah berjangkit.

Itu sajalah nak citer...layan gambar budak ni hah time sakit.Alahai...kesian betul.Huhuhuhu....








Sunday, 12 October 2014

NIKMAT HIDUP BERSYUKUR DAN SIMPATI

Assalamualaikum...

Lama tak membebel...kat sini lah.Kalo kat umah,dh bernanah dah telinga masing masing dgr aku berleter.Iyalah...kalo takat bebel aje takpe..ni siap effect petir,mana tak berdarah telinga tuh.
Biasa lah,aku hanya akan muncul bila nak membicarakan isu semasa yg penting walaupun suara aku sgtlah tidak penting di negara ini..what to do kan? Tu yg bermaharajalela sgt kat umah tu...kehkehkeh.

Isu paling hangat la ni mestilah pasal kenaikan harga minyak...eh,salah...pengurangan subsidi minyak.

Pasal hal ni,maleh dah nak kata apa apa.Ko memekik keluar anak tekak pun,ada sapa dengar ker? Nan hado...hadap ajerlah sambil berdoa menjadi jutawan tahun hadapan..Amin.

Bila saja timbul isu ni maka meletuplah status FB dgn rata rata marah,kecewa dan seangkatan dgnnya.Tapi ada juga yg menyokong.Takpe lah,masing2 ada alasan tersendiri.Lantaklah.

Time time mcm ni maka kita akan diseru supaya meningkatkan taraf hidup dlm menangani masalah kenaikan harga barang.Kita akan disaran utk bersikap positif dan berhenti merungut.

Ya..itu yg sebaik baiknya kan.Kalo merungut dan marah marah sekalipun,ianya hanya berbaloi kalau suara kita didengari.Dalam situasi sekarang,pandai pandailah cari jalan nak adjust dgn keadaan ekonomi sekarang.

Tapi,kita bkn mahu bercakap tentang diri sendiri sahaja.Aku ada juga terbaca komen komen kat  FB yg lebih kurang berbunyi:

"Kalau gaji besar mana pun tapi kalau belanja melebihi kemampuan,tak guna juga"

"Kalau gaji sikit tapi berkat,cukup.Tak perlu merungut harga brg naik.Aku dulu pun pernah susah blablablabla tapi okey jer.Tak payah nak salahkan org lain kalau sendiri yg malas etc."

"Dah tau gaji kecik brg mahal..buatlah kerja sampingan".

Separuh dari hati aku bersetuju dgnnya.Sebab mmg wujud spesies yg mcm tu.Mulut bersungut duit tak cukup tapi smartphone bertukar setiap tahun.Hutang keliling pinggang tapi selera nak beli kereta mahal.Itu lain cerita.Lantak dia lah.Kewangan dia,pandai lah dia uruskan.

Tapi bila kita bercerita sana sini bagaimana cukupnya kita...berhati hati juga.Takut jatuh riak.Kalau kita bercakap dlm nada memberi semangat dan motivasi,itu bagus.Misalnya saranan ahli motivasi ataupun nasihat nasihat yg positif.Tak perlulah melenting kalau apa yg dia cakap tu betul.Tak perlu kita mengata yg " kau kaya bolehlah ckp mcm tu".Kadang2 sebelum mereka kaya,terlampau banyak dugaan dan kesusahan yg mereka tempuh.Maybe diorg cuma nak berkongsi supaya org lain akan ikut jejak mereka.

Tapi kalau dlm nada memperlekehkan org lain dan mendabik dada sendiri...itu dah lain cerita.Sebab rezeki kita ni lain lain.Memang betul kita kene usaha...takkan nak tunggu rezeki jatuh dari langit plak kan...tapi berpada lah dlm bercakap.Tgk org sekeliling kita dulu.Nasib kita berbeza..jgn main belasah samarata saja.

Bukan semua org miskin itu disebabkan dia malas tapi maybe ada byk kekangan yg kita tak tahu.
Meh sini aku bagi contoh....pada zaman dahulu...hehehehhee...biar jadi teladan kat kita semua.

Masa aku kerja bank dulu,ada sorang guard ni.Dia static guard ( yg takde senjata).Asyik terlelap ajer.Bos aku hangin lah gak.Apa guna hired guard kalau gasak membuta ajer.Tapi bos aku takde lah melulu..."hey...you are fired!!" .Dia risik risik lah dgn armed guard.Rupanya,dia kerja dua shift.Siang kerja kat bank,malam plak sambung jaga kat kilang kalau tak silap aku.Dia hanya ada masa sekejap jer petang utk rehat.Patutlah bila petang jer,kalau kitorg lambat simpan duit dia mcm resah gelisah.Dia nak balik awal.Rupanya itulah satu satu masa dia nak rest sebelum sambung keje belah malam.

Kenapa? Sebab gaji tak cukup.Bila buat overtime,dptlah lebih sket utk tampung kehidupan.Itu bujang tu...kalo dah kahwin ntah mcmmana.

Dalam sehari cuma ada 24 jam.Sejam bayaran kita maybe sangat jauh dari apa yg dia terima.Sebab tu jgn main pukul rata ajer.Kita maybe boleh buat kerja sampingan jadi consultant ke,sehari dapat ratus ratus atau ribu,Dia?

Ada hari lain pulak,ada sorang guard baru datang ganti guard asal yg bercuti.Masa dia masuk,aku terus teringat kat arwah pakcik aku.Rupa,susuk badan memang seiras.Pendiam budaknya,tak banyak cakap pun.

Masa aku balik beli nasi lunch,aku masuk pantry.Nampak dia tgh makan....gua join sekali.Dah meja ada satu jer pun takkan nak bersila atas lantai plak.Bila dah duk ngadap camtu,aku pun cubalah berbasa basi..eh,betul ke ayat aku tu? Bawak bekal? Tanya aku dgn ramah tamah sebab aku nampak dia bwk bekas makanan.Dia angguk sipu sipu..senyum senyum.Masak sendiri? Aku tanya lagi...aku ingat dia duk umah bujang.Jarang budak muda cam dia nak bwk bekal.Selalu guard lain beli nasi bungkus jer.

" Tak lah kak.Mak masak.."katanya perlahan....

Terus nasi yg aku makan rasa cam kesat kat tekak aku.Aku pandang bekas makanan dia kejap pastu kuis nasi sendiri tak bercakap lagi dah.Dia plak cepat cepat habiskan makanan dan keluar.

Lepas makan,aku masuk toilet nak wuduk.Dalam toilet aku nangis sedu sedan.Aku pun tak tahu napa sayu sgt hati masa tu.Maybe sebab aku pregnant tu yg sensitif lebih kut.Lagi satu sebab dia mengingatkan aku kat arwah Pok dan paling aku tak tahan bila teringat nasi bekal dia...

Nasi kosong berlauk telur goreng mata dan kicap....

Aku cuba lah positif...mak dia tak sempat masak yg lain..dh lewat anaknya nak gi keje.

Esoknya,guard asal dah start kerja,so aku tak tau apa cerita dgn dia.

Itu cuma sedikit kisah.Kisah utk kita sama sama renungkan.Satu,utk mengajar kita kita bersyukur dgn apa yg kita ada.Kedua,mengajar kita supaya tidak riak menuduh org tak mahu berusaha apabila mereka hidup susah.

Dalam sehari cuma ada 24 jam..cuba bayangkan mereka2 ini yg terpaksa bekerja siang malam demi hendak mencari sesuap nasi.Tak terkejar mereka dgn keadaan ekonomi sekarang.Harga barang makin mahal,gaji naik seciput.

Aku sendiri pun bila beli brg dapur bkn mcm dulu lagi main campak masuk dlm troli.Semua kena kira.Semua kena banding harga.Kena belajar berjimat cermat.Simpan duit utk masa depan.Simpan duit utk anak anak.Ada jugak yg nasihat,takyah susah payah menyimpan duit utk anak..kang diorg besar pandailah dia cari duit sendiri.Ni manusia dtg dari mana pun aku tak tahulah.Lantaklah kau.Kau taknak simpan utk anak-anak kau,kau punya pasal.Aku bkn nak mewahkan hidup anak-anak.Bkn tak mahu diorg berdikari tapi sekurang-kurangnya ada sesuatu bila dlm kecemasan.Sediakan payung seblm hujan.Kalau tak jadi apa-apa,Alhamdulillah,rezeki lebih lah.

Eh..cukuplah membebel...cam Seri Siantan plak.Point dia mudah ajer..bila kita dah duduk kat atas,jgn lupa yg kat bwh..gitulah kesimpulannya.Masa mereka kat bwh,jgn kita kat atas ni makin menekan mereka pula.Takut dia lonjak balik,kita plak jatuh tertonggeng,retak tempurung kepala..haru.
Get it?

Sekian wassalam...semua boleh bersurai sekarang...mekasih.



Tuesday, 16 September 2014

UPSR 2014

Assalamualaikum...

Pagi pagi buta ni mata masih tak mau lelap jadi let's membebel...( bkn nak bertahajud ke apa ke)

Baru baru ni gempar kejap Malaysia ni bila kes kebocoran soalan UPSR berlaku.Kalau diikutkan,takde lah pelik mana sebab ada jer kes kes bocor ni tiap tiap tahun.Cuma kali ni sebab adanya teknologi Whatsapp,sebarannya lebih meluas,maka ianya menjadi lebih sensasi gitu.Tambah plak,kertas UPSR......UPSR derrr....napa gitu sekali?

Memang betul,bagi sesetangah org,UPSR ni sama penting dengan SPM sebab ianya menentukan kat sekolah mana kita nak masuk di peringkat menengah nanti.Aku sendiri dulu pun stress,tak dapat masuk asrama penuh walaupun dapat 4A ( masa tu ada 4 subjek jer),sedih gila kut.Tambah stress bila 2 org sepupu aku dapat masuk boarding school.Nasib baik dapat Asrama Yayasan Terengganu dulu.Walaupun belajar kat sekolah biasa tapi....kita enjoyyyyy ( nada Nora Danish tau).Walau agak down sket,tapi Ma dgn Abah aku selalu bagi motivasi,semua sekolah sama jer.Yang penting usaha kita.Bila dah berakal sikit,baru terpikir ada betulnya kata makpak aku tuh,yang penting,usaha.Biasalah,remaja...bila gagal dapatkan sesuatu,itu ialah end of the world....hmmmm.

Okeylah,bkn nak cerita pasal aku..melalut buat apa.Banyak pihak menuding jari sana sini.Ada salahkan cikgu,ada gak salahkan ibu bapa,ada salahkan Kementerian Pendidikan,Lembaga Peperiksaan hatta ada jugak yang menyalahkan pekerja syarikat percetakan.Hal tu,kita serahkan pada pihak berkuasa.

Bagi aku, benda ni takkan terjadi kalau tak ada permintaan.Nak salahkan ibubapa 100% pun tak boleh juga.Sebabnya,masa aku dulu,mak pak aku takdelah menekan aku sangat tapi aku yg gabra sendiri.Tekanan tu datang dari suasana sekeliling, dari persaingan dgn kawan kawan,harapan emak bapak dan juga dari pihak sekolah.

Biasalah tu,sapa taknak cemerlang.Bukan sahaja student,banyak pihak yg terlibat dan terkesan bilamana anak excel dlm exam.Emak bapak boleh kembang idung bila sedara mara tanya result anak malah ada yg post transkrip exam dalam FB.Anak ko ado? Haaa...gitu kekdahnya.Pihak sekolah pula akan mendapat nama baik bila ramai student dapat result gempak.Student sendiri?? Lagilah kan....berbaloi usaha siang malam study,gi kelas tambahan dan tuisyen.

Aku takkan question mana mana ibubapa yg bagi pressure kat anak anak supaya cemerlang dlm exam.At the end,itu semua utk kebaikan mereka jugak kan.Suka ati lah parents tu nak hantar anak tuisyen siang malam sekalipun,atau hired personal tutor.Itu cara mereka,kaedah mereka.Ataupun,mempersoalkan usaha pihak sekolah demi menjadi sekolah cemerlang,buat kelas tambahan,bagi latih tubi etc.

Tapi,sebagai org dewasa,akal dah matang,jgnlah sampai ke tahap nak menipu.Dan,membenihkan usaha menipu dalam diri anak kecil demi utk mencapai hajat kita.Tak kisahlah siapa kita,samada dari pihak ibubapa ataupun sekolah,capailah apa yg kita hajati dengan usaha keras,bkn dengan jalan pintas.Student student ni...biasalah, usia plak belum matang,dapat soalan bocor ibarat org ngantuk disorong bantal lah....jalan terus lah jawabnya.

Dan,jgn tak tahu,ada segelintir student ni,bkn dapat soalan tu dari ibubapa atau pihak sekolah pun,tapi dari sebaran Whatsapp.Maklumlah,student skang,baru Darjah 1 pun,ada yg dah ada handphone.Jadi,salah siapa tu? 

Orang yg diamanahkan utk terlibat dlm proses menyediakan kertas soalan ni,lakukanlah tugas dgn penuh integriti.Biar ada desakan,ugutan,paksaan sekalipun,bersikap amanahlah.

Benda dah berlaku dah pun,jadi masing masing,ambiklah iktibar.Dalam kejadian ni,semua org kena bertanggungjawab.Dan,tak lama lagi pun,anak aku pun akan melalui jugak waktu waktu mcm ni dan harapnya aku akan berlapang dada dengan apa jua pencapaian dia.Harap haraplah....jadi,tak mau lah nak menyalahkan ibubapa lain sangat.Suatu masa,bila aku duduk di tempat mereka,aku akan rasai tekanan tu.Cuma,harapnya,aku dapat lalui tanpa mengambil jln pintas.Biarlah apa juga yg terdaya anak aku buat,aku cuba terima.

Jadi,buat anak anak UPSR 2014,yg akan re-sit paper Sains dan Bahasa Inggeris, Selamat Berjaya...Amin.




Friday, 22 August 2014

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR,SEMADILAH DGN AMAN -MH17

Assalamualaikum...

Hari ni hujan...mendung start dari tgh hari.Semendung hati rakyat Malaysia yg sedang menangisi kepulangan 20 jenazah mangsa nahas MH17.
Akhirnya kalian pulang ke tanah air...berehatlah kalian dgn aman.YaAllah,cucuri lah rahmat ke atas mereka yg telah mendahului kami dan matikanlah kami dlm Husnul Khatimah.Amin...
Nak membebel hari ni pun takde mood.Mood nak lipat kain pun takde.
Mood nak tido adalah...jadi,gudnite everybody...





P/s : Gambar aku rakam dr TV...sedih tak dpt digambarkan...Al Fatihah dan salam takziah utk semua ahli keluarga mangsa.

Friday, 18 July 2014

PRAY FOR PALESTINE & MH17

Assalamualaikum...

Tak tahu nak tulis apa lagi...hanya doa yg mampu dititipkan...buat mangsa yg terlibat,waris waris yg ditinggalkan dan kita yg memandang.

Semoga Allah melindungi kita semua..



Amin...Al Fatihah...


Thursday, 17 July 2014

AKU PUN TAK MAHU KETINGGALAN TREND #CDM25

Assalamualaikum...

Kecoh betul dua tiga hari ni kes #CDM25.Aku malas nak ambil pot sangat walaupun beberapa kali juga menjadi keyboard warrior menulis beberapa komen berbaur ketidakpuasan hati kat post kengkawan....kikikiki...eh,gelak berbunyi nama dia plak..namun begitu,aku tak share pun video tu sbb taknak mempopularkan dia lagi.Biarlah stesen radio jer yg berebut rebut nak interview dia.Tak paham aku...

Tapi,kes dah settle.Uncle Sim tu pun dah maafkan dia,dia pun dah mintak maaf dan menyesal...so,marilah teruskan kehidupan seperti biasa.

Bila tgk balik kes ni,menakutkan pun ada.Kagum campur takut dgn kehebatan org2 kita menjejak identiti,pekerjaan even rumah dia,hanya dgn sepotong maklumat..."you see my plate no?"

Aku pun taknak condemn lelebih sebab aku pun panas baran gak.Aku tak tau camne aku akan react kalo aku kat tempat dia.Eh,bkn back up dia tau...cuma tak layak lah nak kritik org sgt.Kang dia hentak pakai steering lock jer,aku hentak pakai tong gas.Mana datang tong gas tu jgn tanya,itu cuma imaginasi aku.Logik tak logik belakang kira...hehehehe.

Tapi aku respect dan simpati ngan uncle tu.Dia tenang dan pemaaf.Hat off Uncle Sim.

Aku pernah gesel kereta org 3 kali.Pemandu berhemah lah katakan.First keta yg kena...keta jiran.Aku nak elakkan kereta dtg dari arah bertentangan,langsung tergesel kereta dia yg parking kat tepi jalan.Dia keluar,cuma tanya..."mcmana ni?".Pastu just tinggalkan no fon,dia dah siap repair dia call aku dtg bayar.Settle.

Kali kedua kat parking lot Plaza Masalam.Kali ni kereta Volkswagen Beetle.Sbb kat parking lot,camne aku nak carik tuannya plak kan? So aku tinggalkan nota kecik selit kat wiper keta bg email address.Tak berani bagi no fon takut kene maki.Hahhahahaa.Selang sebulan,dpt email.Lelaki.Tak marah pun.Just bagi copy resit, kos RM200.Settle.

Kali ketiga,kereta Nissan Serena.Pompuan.Kat parking lot juga...mmg failed lah teknik parking aku.Kami tukar no fon...sempat plak dia promote taska dia.Sporting kan...tapi sampai skang dia tak contact aku.Aku plak tukar fon,no dia ada kat fon lama.Maybe nak kene carik balik.

Takat ni...semua aku punya angkara.Pffftttt....patutkah aku mandi bunga?

Oh...lupa plak.Ada lagi satu.Gesel pagar maybank.Keta aku kemik teruk,pagar tu okey jer tak cedera pun.

Tapi sampai skang pagar tu tak mintak ganti rugi....nasib baik....

Accident happened..bkn suka suka nak langgar.Takde org yg suka suki nak geselkan kereta org.Buang duit jer..aku pun skang lebih berhati hati.Sedor diri parking tak reti,aku elak dari ambik parking yg sempit atau dh diapit keta lain.Aku akan cari parking yg sebelahnya xder keta.Jauh sket takpe janji tak calarkan keta org.Bkn masalah nak bayar gantirugi tapi sentimental value yg ada kat keta tu.Tapi,kalo dh namanya accident, ianya tidak disengajakan.

Ambik pengajaran sahaja.Moga moga aku tak terlibat dgn situasi seperti itu.Sebab serius sedih tgk org tua kena maki hamun mcm tu.Teringat kat bapak sendiri...sedihnya.

Dan,semoga Kiki belajar dari insiden ini.Bila dia dh mintak maaf,dia patut diberi peluang kedua.Tapi bkn publisiti masuk radio TV bagai...cukup2lah menangguk di air keruh media media kat Malaysia ni oiii.Tutup buku sudah...

Gitulah ahkak yg garang lagi perasan nak menasihat org.Gigih kut mengarang sambil memarahi Al Fatih yg tgh memunggah laci baju kecik aku...puiiii.








Sunday, 22 June 2014

KENAPA BEGINI ??

Assalamualaikum...

Aku ingat hari ni nak update citer pasal trip ke kidzania anjuran pelitawanis ( kelab kat tempat keje laki aku tapi laki aku bkn ahlinya la,pelitawanis utk pompuan jer..hihihi).Kemain seronok anak anak aku ke sana tambah plak jumpa kwn2 baru sampaikan naik pening aku mencari si Hakim.Kejap kejap hilang ikut kwn.Nasib baik mak kawan dia ada duk monitor.Aku plak dah mcm gps dah,merata rata aku pergi cari dia.Yang tu later lah aku citer..

Tup tup balik,terbaca berita pasal budak OKU yg dijumpai dlm keadaan yg sungguh menyayat hati.Tergerak ati plak nak klik video tu.MasyaAllah,tak ada kata yg boleh aku gambarkan betapa sayu dan hibanya keadaan dia...

Dalam pada anak2 kami bersuka ria,dia hidup sebegitu rupa.Adohai anak...syukurlah Allah tunjukkan jalan kepadanya utk lepas dari seksaan ini.Terima kasih kepada pegawai bertugas yg  menjumpainya tu...walaupun secara tak sengaja tapi bagi aku tetap hero.

Aku pun takde bende nak komen pasal emaknya.Terserah kepada pihak berkuasa utk menyiasat.Aku pada mulanya nak bersangka baik...tapi bila kenang kembali video tu..entahlah.

Bekas pengasuh anak itu pun ada melawatnya di hospital dan sebagai org yg pernah menjaganya,tentulah dia terkejut.

KLIK SINI

Aku harap pihak berkuasa siasat sekali bapa budak tu.Maybe emaknya tertekan dgn perangai bekas suami dan yg jadi mangsa si anak malang itu.Entahlah,hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui.

Hari ini..dengan perkembangan terbaru yg dia dh beransur pulih.Harapnya nasib anak malang ini terbela.Sama sama kita doakan...Amin.

Nak cakap lebih lebih pun kang...ujian tu belum menimpa kita.Harapnya kita boleh jadikan iktibar supaya kita jadi lebih prihatin.Dan semoga dijauhkan tragedi ini dari berulang lagi...


Update: Bapa anak malang ini disahkan sudah meninggal dunia pada tahun 2012.
Klik sini




Saturday, 31 May 2014

KISAH SI TIPAH - FINALE

Assalamualaikum....

Haaa...takde mukadimah...sambung kisah si Tipah.Cerita dah abih...masuk bab pengajaran plak.

Bukan pengajaran kat org lain tapi kat diri sendiri.Kut ada yg lain terasa,silakan.This is free country...

Memula,kisah si Tipah merungut dan mengungkit bila si abg mintak duit.Nak jadi cerita....duit dia tetap habis juga malah berganda ganda.Dah lah abis,benda tu tak mendatangkan manfaat pun.

Andaikan nilai yg terpaksa Tipah keluarkan tu diniatkan sedekah apatah lagi utk darah daging sendiri,bayangkan nilai pahalanya.Pengajarannya,kalau sudah takdir duit yg kita earn susah payah bekerja berhempas pulas itu bukan milik kita,ia tetap akan terlepas dari genggaman.Dan cuma ada dua cara...satu yg mendatangkan faedah dan pahala dan satu lagi hilang sia sia.Ia tetap bukan milik kita.

Aku taknak mengata bahawa Tipah terima balasan...no no...aku bukan nak judge dia mcm tu.Aku pun faham jugak atas situasi dia tapi satu benda yg kita kena paham sekarang.Rezeki itu milik Allah.DIA berkuasa utk memberi kepada sesiapa sahaja hatta melalui org lain.Walaupun kita yg berusaha mendapatkan rezeki itu,tapi jika sudah tertulis ianya milik org lain,baiklah kita redha.Setidaknya itu dijanjikan ganjaran pahala.Pelaburan kita utk akhirat kelak.

Bila aku fikirkan balik...aku duduk termenung.Memikirkan apakah aku pernah buat bende seperti itu.Bila diimbas kembali...banyak weh.Sebab itu berlaku sesuatu sekitar 2 minggu lepas ( akan aku cerita kemudian) aku rasa betul2 takut.Tapi,entahlah...aku ni manusia yg lemah.Masa diuji rasa ketakutan,saat itu segalanya terlintas diingatan dan mana yg buruk itu aku mahu jauhi.Tapi....bila sudah reda,susah benar nak menepis bisikan syaitan yg melalaikan.

Kadang2 aku pernah juga rasa terpaksa tatkala memberi.Tapi ambil iktibar dari kisah Tipah...rezeki itu tetap milikNYA dan itu adalah hakNYA utk memberi kepada sesiapa sahaja.Dalam proses memberi pun,tidaklah semua org yg menerima dari kita akan mengucapkan terima kasih,malah demanding pula.Itu pun ujian...sabar lah wahai hati.Payah....sgt payah.

Satu lagi...Tipah merungut yg si abang itu cerewet tapi bila sesuatu berlaku kepadanya,dia juga berkelakuan serupa.Mendesak desak,merajuk lantas berputus asa.Jadi,dalam duk mengata org...muhasabah lah diri.Mungkin kita lebih teruk dari itu.

Melihat ke dalam diri sendiri,aku boleh jatuh terduduk.Banyaknya sifat mazmumah yg aku pandang dalam diri org lain rupanya cerminan pada sifat sendiri.Astaghfirullah.....

Kisah si abang pula....
Dulu masa dia banyak berbakti kepada keluarga,Allah limpahkan rezeki kepadanya.Selepas dia jarang menjenguk ibu..kehidupannya tidak sebaik dulu.Aku tak mahu buat spekulasi atas pengaruh bini dia tak balik kampung.Kita tak tahu cerita,entah entah dia sendiri yg dah lupa diri.Bila dah ditimpa kesusahan,ibu yg dilupakan itulah yg tegar mendoakan kesejahteraannya siang dan malam.

Begitu juga pada sang Pencipta.Kelak bila diuji,baliklah kepadaNYA.Jika ibu adalah seorang manusia biasa,robek hatinya sekalipun,bila melihat anak hidup dalam kesusahan...siang malam dia memohon kepada ALLAH agar anaknya dihindari dari musibah...apatah lagi ALLAH yg MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI....

Aku tak mahu judge kisah kisah manusia ini adalah kerana mereka ditimpa bala.Nauzubillah.Bukan mereka sahaja yg buat kesilapan sebegitu.Kita pun ada...

Ambil pengajaran dan iktibar.Kisah biasa biasa sahaja...tapi kerana biasa itulah yg menjadikan kisah itu tak mustahil berlaku dalam kehidupan kita sendiri.

Bila direnung kisah si Tipah....aku merasa takut juga.Aku juga ada melalui perkara yg sama.Membuat perkara yg serupa...mungkin juga sedang melalui kifarahNya...entahlah...aku tak tahu.

Hanya aku mampu berdoa,semoga aku menjadi manusia yg lebih baik di masa hadapan...InsyaAllah.

Untuk Tipah dan keluarganya...semoga Allah memberikan kehidupan dan rezeki yg baik baik utk mereka...

AMIN....

KISAH SI TIPAH 2

Assalamualaikum....

Baru balik kenduri...errr,sebenarnya,bkn lah attend kenduri pun.Apa aku cakap ni? Okeh,dipendekkan cerita...ni laki akulah ni.Dapat jemputan kahwin pastu kad tinggal kat ofis.Pastu salah tarikh.Kut minggu ni ajer takpe lah jugak...ni dua minggu berturut2 dah aku merayap kat KL dan Sunway Pyramid pakai baju nak gi kenduri.

Lupakan dulu cerita itu...aku nak sambung al kisah si Tipah.

Lepas ajer kejadian si Tipah bising2...marah marah kat abang dia tu,salah sorg abang dia yg lain nasihatkanlah dia supaya istighfar,bersabar dan cuba ikhlaskan hati.Benda sepatutnya dapat pahala...tapi kalo dah marah2 mcm tu,tak pasal pasal jer pahala burn.Kan rugi...

Kata Tipah...bukan dia tak ikhlas...tapi dia bengang sbb abang dia tu byk songeh.Bla bla bla bla....

Nak dijadikan cerita,seminggu lepas tu...keta Tipah tetiba meragam.Bawak pegi bengkel,ingatkan problem kecik.Rupa2nya enjin jahanam terus sampai kena overhaul.Melepeklah kereta itu kat bengkel berminggu minggu.

Selama kereta kat bengkel,Tipah terpaksa ambil teksi.Bayangkan...bila bwk kereta,belanja minyak Tipah RM20 jer seminggu tapi bila kena naik teksi...jadi RM100 seminggu.Dah lah tu,Tipah ni ada bisnes sampingan.Bila dh takde kereta,takleh nak hantar brg kat customer.Tergendala sumer bende.

Itu dah satu hal...kos repair kereta tu mau makan ribu jugak sebab satu enjin sudah kiok.Mana Tipah ada duit selepuk mcm tu?

Nak tak nak Tipah kene mintak tolong ngan abang dia yg lagi satu.Pastu,disebabkan kesusahan yg dia alami sepanjang tempoh takde kereta tu mcm nak kene tunggu teksi malam malam buta lepas kerja,duit byk abis etc,dia mula lah mendesak desak abangnya suh settlekan masalah dia.Stress org tua tu plak.Dah lah dia kene membayor kos repair keta,dipaksa paksa plak settlekan masalah si Tipah ni.Alternatif apa yg dia ada? Nak ambik antar si Tipah gi keje,laluan mereka berbeza.Si Tipah duk plak ngadu ngadu kesusahannya sampai merajuk rajuk.

Berbalik kepada abg yg sakit tadi.Dulu masa dia belum bekeluarga,dia boleh dikatakan berduit.Rezekinya murah sampai boleh menanggung adik adik.Lepas berkahwin,dia jarang2 menjenguk ibu dikampung.Setahun sekali pun payah.Dan,selepas itu...kehidupannya beransur ansur susah sehinggalah ditimpa sakit.

Okeh...sampai situ ajer ceritanya.Apa yg aku nak sampaikan kat sini?

Aku sambung dalam next entry...penat der menaip.Dah la keypad kecik2 nak compare ngan jari gemuk aku ni...terkial kial.

Jadi,sementara tu...cuba2 lah analisis cerita di atas utk mencari pengajaran.Apa kaitannya dgn aku...nanti aku cerita lagi.

To be continue...

Again

Friday, 30 May 2014

KISAH SI TIPAH

Assalamualaikum....

Wah...berhabuknya blog aku.Takpelah....nak buat camne,tuan punya blog pemalas.Lagipun ada bende yg buat aku down since 2 minggu lepas.Minggu ni baru rasa dapat nyawa balik.

Dah dpt nyawa,mood membebel pun datang.Nak bagi tazkirah pagi...eh...tengahhari............ekekekekekeke.Bukan apa,bende yg aku nak cerita ni pun membuka mata hati aku sendiri.Org lain nak ambil iktibar,silakan.Tapi tak taulah setakat mana darjah keinsafan aku tu.Harap sampai mati lah.

Sebab tu baik aku up entry,agak2 lupa diri balik,baca...

Aku buat cerita ajerlah senang.Tapi ini inspired by true story.Huk aloh,nak gempak sesaja.Bukan citer hot hot tuih pun....cerita biasa aje tapi sebab aku pun pernah buat bende yg sama jadi agak terasa.Si polan dlm cerita ni dah dapat "ganjaran"..yg aku ni belum lagi...or dah dapat tapi tak terasa jugak lagi...Wallahualam...

Tipah ( bkn nama sebenar), ada sorg abang.Masa Tipah kecik2...abang dia ni korbankan peluang sambung belajar sebab nak kerja.Nak tolong mak ayah sara adik beradik nak sekolah.Dah lah kecik2 lagi,ramai plak tu.

Jadi,si abang ni takdelah kelulusan tinggi pun.Kerja biasa biasa jer tapi bolehlah bantu adik adik.

Masa berlalu...adik2 pun dah besar.Most of them ada yg dah masuk U,dah ada degree,diploma dan dah ada yg kerja pun.Masing2 pun dah boleh berdikari tapi biasalah,ada jugak yg sesak sikit sikit tu.Boleh lah yg lain sama sama cover.

Nak jadi cerita, si abang jatuh sakit.Sakit sampai dia tak mampu bekerja.Jadi,terpaksalah isterinya keluar bekerja cari rezeki nak tanggung family.
Tapi banyak mana sgt pun pendapatan kalo nak dibanding dgn kos sara hidup yg tinggi.Mana nak belanja ubat lagi,bil bil lain,makan minum etc.Pendekkata,mmg sedih lah.

Jadi,dia hanya mampu mengharap ihsan adik beradik lah...mana yg mampu nak tolong.Tidaklah banyak sgt tapi okeylah masa sesak2 tu.

Memula tu,Tipah ni pun antara yg regular jugaklah membantu.Tapi,dalam dia membantu,dia start merungut rungut.Tak tahulah nak salahkan dia ke tidak tapi boleh faham jugaklah situasi dia.Dia sendiri pun tidaklah bergaji besar sgt plus ada banyak komitment lain.Tambah lagi...si abang plak suka desak2...maknanya,bila nak mintak duit...suruh bank in cepat cepat.Jadi Tipah stress lah.

Satu hari Tipah membentak bentak marah.Merungut rungut cakap si abang susahkan dia.Walhal bukan banyak pun si abang mintak.Tak sampai RM100 pun.Membebel panjang si Tipah...katanya apasal abang dia tak mintak ngan org lain? Apasal ngan dia ajer?

Yang Tipah tak tahu,org lain pun ada hulur jugak tapi tak kecoh2.Lagipun,takdelah byk sgt yg dihulur compare dgn kos sara hidup yg perlu ditanggung dek si abang.

Tapi takdelah si Tipah bentak2 depan abang dia.Just kecoh2 kat adik beradik lain.Yang lain pun buat cool aje...faham mungkin stress yg ditanggung dek Tipah.Tipah pun ada problem dia jugak...

Okeylah,mcm panjang plak citer si Tipah ni.Aku sambung next entry ajerlah.Si kecik dah meraung mintak susu....

To be continue...

Tuesday, 15 April 2014

CATUAN AIR DI SELANGOR

Assalamualaikum...

Dah seminggu catuan air start kat kawasan rumah aku nih.Dah 2 cycle lah.

Takde apa sgt nak dikomplenkan sbb Alhamdulillah,semuanya masih cukup walaupun bila time nak masak agak leceh sbb nak basuh pinggan kene angkut dr tong air ke sinki.Ataupun...bila nak membuang kene refill air utk flush toilet.ahakss...

Tapi...kesian jugak bila dgr rungutan kat kawasan lain yg lagi lama kena catu.Byk gak bende yg tergendala bila takde air lagi lagi kalo ada penghuni rumah yg dh berumur,sakit,dalam pantang or ramai anak kecik dan seribu satu masalah lagi.

Kengkadang penduduk yg terlibat pun bkn sengaja nak merungut.Aku selalu baca kat ruangan komen bila baca berita online,asal saja ada yg merungut dan komplen,maka ada juga yg membalas dgn mengatakan si polan ni tak tau bersyukurlah.

Tak usahlah kita nak judge org sgt...tak kena kat kita,senanglah cakap kut.

Untuk situasi aku...masih lagi boleh bertahan.Takat angkut air jarak 2-3 kaki mmg lah takde hal walaupun agak susah dr biasa.Tapi..lama lama kita dh boleh adapt lah so takde hal.

Tapi...lain org lain pulak masalahnya.Ada tempat yg jadualnya lari pun ada.Jadual asal dua hari ada air,dua hari takde...tapi ada jugak yg sampai seminggu takde.Alangkan area umah aku ni yg jadualnya tetap pun,ngam ngam jer air yg tinggal dlm bekas simpanan...inikan plak seminggu.Tak naya ke tuh?

Adik aku duk apartment.Masa mula mula kena,simpanan tak cukup.Terpaksa menadah air kat stesen minyak.Dah terpaksa...

Yang buat lawak pun satu hal...duk mengata org Selangor dah bau kambing lah apa lah...lantak kau lah.Kena kat tempat kau nanti baru ada akal,nak tgk ko mampu berlawak lagi ke tak.

Jadi,sabar sahajalah kepada mana mana penduduk yg terlibat.Allah bagi kita ujian kecil ni supaya kita muhasabah diri.Bila dah dilanda kemarau,nampaklah jugak kita buat majlis sembahyang hajat beramai ramai.

Bila ada krisis mcm ni,at least kita belajar menghargai air.Mcm aku pun...bila time ada air pun,aku jimat cermat gak pakai sbb mcm dh terbiasa dua hari kena catu..ehehehe.Rasa sayang plak nak bazirkan air.

Banyak banyak doa semoga krisis air tak berpanjangan lagi dan pihak berkuasa pun boleh belajar bagaimana nak menangani situasi mcm ni kalo jadi lagi di masa depan.

Itu ajelah nak merepek...sekian.




Wednesday, 15 January 2014

PELAJARAN SIVIK..SILA BERATUR

Assalamualaikum...

Hari ni makcik nak citer pasal sivik yer anak anak...

Semalam petang,kejadian berlaku masa aku tunggu Amani blk sekolah.Luar pagar tu ada pakcik jual aiskrim.Ramailah bebudak berkerumun beratur kat pakcik tu nak beli aiskrim.

Aku perati jer dorg ni..kecoh kut.Terhibur gak tgk pakcik tu layan bebudak tu dgn sabar.Senyum jer dia sambil tgn cam lipas kudung ceduk aiskrim.

Anak anak aku pun nak jugak aiskrim tapi sebab ramai sgt budak beratur so aku suruh diorg tunggu dulu.Kitorg duk tepi dulu sementara pakcik tu abih melayan yg lain.


Yang ramai membeli kat situ kebanyakkannya yg naik bas /van sekolah.Jadi,berdikarilah dorg beratur sendiri tunggu turn.Takde org dewasa yg teman melainkan uncle atau aunty van sekolah tunggu kat tepi.

Tetiba,ada sorg makcik ni...tanpa rasa bersalah,tetiba menyelit kat celah budak budak ni dan terus order aiskrim utk anak dia.Pakcik tu nampak serba salah tapi bagi jugaklah kat dia dulu since dia dh menghalang laluan kanak kanak ni.

Panas ati gak aku nengok gelagatnya.Bayangkan muka kanak kanak riang duk menjerit mintak aiskrim tetiba terkulat kulat mendongak pandang dia yg lebih besar menyelit kat tgh tgh.

Mentang mentanglah yg beratur tu budak kecik..suka ati je mencelah masuk mcm tu jer.Kalau taknak tunjuk contoh yg baik kat budak budak tu,at least tunjuklah contoh kat anak sendiri tu.

Aku nak tegur kang,mcm garang plak muka dia.Segarang garang aku...aku berani marah anak aku ajer..org lain tak..kohkohkoh.Kang dia sound aku kang,blk nangis,Amani plak kene pujuk aku.

So,aku tarik tgn Amani,bagi duit,pastu ckp kat dia kuat kuat .."Nah,kakak along ambik duit ni,ckp ngan pakcik nak beli aiskrim.Tapi..BERATUR tau..jgn potong Q..sian org lain dah lama tunggu"

Nilah namanya "marahkan menantu sindir anak".Ada kene mengene ke peribahasa tu?Hah...pelantaklah

Seperti yg dijangka,makcik tu buat reaksi "Ada aku kesah?".Dah dpt aiskrim,bagi kat anak dia terus blah.

Kesian aku tgk budak budak umur 7-8 thn terpinga pinga tgk kerenah org tua mcm tu.Walau diorg budak sekalipun,takleh show respect sket ke?Budak budak tak beratur..biasalah.Nama pun budak.Tanggungjawab kita yg tua bangka ni lah nak ngajar diorg supaya timbangrasa kat org lain sket.Ajar disiplin dan apa apa lah yg patut diajar.

Bukan nak tunjuk baik kata kita ni org beradab sgt..kdg kdg pun jahat juga.Tapi,mana yg simple simple tu praktikkanlah.Ngan budak budak pun main rempuh ajer..pikirlah kalo org lain buat anak kita,camne?Buat plak depan anak,jap gi dia pun buat benda yg sama tanpa rasa bersalah.

Last last kami pun tak beli sbb hari dh nak ujan.Aku ckp jer kat dorg ntt aku belikan kat kedai runcit.Tapi,masa aku gerak,masih ada 3-4 org still beratur.Yelah,budak..apa dia kisah nak ujan ke tidak.Uncle van dah panggil pun dia stay gak kat situ.Pakcik aiskrim still gigih buat cepat cepat sblm ujan lebat turun.

Itu ajelah yg makcik nak bebel ari ni.Makcik ni memang..sound depan tak berani.Hati tisu..jerkah org pandai,sendiri kene jerkah..nangis..Jadi..yg baik tirulah..yg tak baik jgn diikut.Yang tak berani sound pun,itu terpulang.Kalo rasa rasa nk sound tanpa menimbulkan perbalahan..silakan.Kalo end up bergaduh,pun tak guna gak.Dpn budak budak plak tu...

Jadi,makcik chow dulu lah..sekian terima kasih.





















Wednesday, 4 December 2013

BENCANA BANJIR PANTAI TIMUR

Assalamualaikum...

Dua hari ni banyak berita pasal banjir keluar kat suratkhabar,TV dan media sosial.Antara negeri terlibat termasuklah negeri kelahiran sendiri,Terengganu.Dan juga Pahang,Kelantan dan Johor.
Sedih...

 Alhamdulillah kampung halaman aku setakat ni blm terjejas tapi nak keluar dari Terengganu memang tak dpt lah sebab Kemaman banjir teruk.

Rumah adik aku kat Kemaman memang tenggelam.Adohai kesian...

Banjir kali ni memang agak luar biasa sket.Sama sama kita berdoa agar keadaan tak bertambah buruk dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.Untuk mangsa yg terkorban semalam..AlFatihah.

Kepada ibubapa,tolong pantau anak anak jgn dibiar main banjir.Harap dapat bagi kerjasama pada pasukan penyelamat yg sedang bertungkus lumus memindahkan mangsa banjir.

Semoga Allah ringankan bebanan semua mangsa banjir dan harap harap keadaan beransur pulih.

Doa doakan...Amin








Wednesday, 27 November 2013

MINTAK DIJAUHKAN DARI MUSIBAH INI

Assalamualaikum....

Nak merepek apa di malam yg sepi Pak Amat jual topi nih?

Aku nak share pengalaman kawan aku baru baru ni kena ragut.Masa tu dia baru keluar bank tapi tak withdraw duit pun sebab org ramai.Husband dia masa tu tgh cari parking.Elok jer dia nak ke kereta..tetiba ada peragut try nak ragut handbag dia.

Tapi,Alhamdulillah...cubaan tak berjaya.Tindakan reflex dia utk rentap balik bag tu buatkan cubaan ragut tu gagal.Dan,dia pun tak dicederakan...cuma tgn kiri dia sakit lepas tu.Syukur Allah lindungi sahabat aku...

(Apasal ayat aku cam pembaca berita?)

Malaysia masih aman?? Kalau dalam keadaan mcm ni memang aku nak bagi penampar jer sapa yg cakap mcm tu but looking at the bright side ( betul ke ayat aku..tak tau tapi nk gak ckp omputih)..kata kata itu doa,jadi mari kita sama sama berdoa Malaysia kembali aman seperti zaman aku kecik kecik dulu.

Suatu masa dulu,kalau ada kes jenayah..memang hot topic lah.Berminggu minggu org akan bincangkan kes mcm tu especially kes bunuh.Sebab...ianya jarang berlaku.Rare bak kata org skang....unik,pelik,ganjil etc.

Sekarang? Tak sempat nak bincang kes bunuh A,esok dah keluar berita kes bunuh B plak....Skang lagi lah,kes tembak saja...dulu dulu mana ada sangat.

Menakutkan....

Dulu,masa aku kecik kecik,payah nak jumpa org nak pasang grill kat rumah.Ada tu ada lah tapi biasanya org ada ada ajer yg pasang.Satu satunya masa yg emak aku kunci pintu rumah adalah masa nak tidur dengan nak keluar.Kut tak,nganga camtu jer takde sapa kisah.

Skang? Rumah yg dah nak menyembah bumi pun kena pecah masuk...

Scary kan?

Rumah aku pernah ada org masuk tapi Alhamdulillah...takde apa apa berlaku.Aku pernah cerita kat sini.Pengalaman mcm ni memang buat org trauma.
 
Aku pun malas nak komplen apa sumer kenapa kes kes jenayah semakin berleluasa skang ni.Nak huraikan satu satu point mau bulan depan baru siap.
 
Lagipun,menjaga keselamatan dan mengelak jenayah adalah sebahagian tanggungjawab kita juga.Kita kena sama-sama alert dan lebih berhati hati.Terutama kaum wanita.
 
Doa minta perlindungan dari Allah juga penting.Bukanlah kata sapa sapa yg ditimpa musibah itu tak berdoa,kadang kadang itu adalah ujian utk kita,tapi kalau boleh,mintak dijauhkan lah,yer dop? Amalkan baca Ayat Qursi sebagai pendinding masa nak keluar rumah or sebelum tidur.Kita ikhtiar dan tawakkal.
 
InsyaAllah,moga kita semua berada dalam lindungan Allah Yang Maha Berkuasa...
 
Amin...

Tuesday, 5 November 2013

KES DERA DI TASKA

Assalamualaikum...

Baru baru ni gempar lagi dgn kes penderaan di taman asuhan kanak kanak.Mcm neverending story.Lepas satu,satu.Dulu,pengusaha taska yg tak bertanggungjwb tu bolehlah nak deny sbb takde bukti.Skang,nah kau...bukti video lagi.

Syabas kpd bapa kanak kanak yg pasang camera video tu.

Lepas tu barulah terjawab persoalan dibenak ibubapa yg pernah menghantar anak di situ kenapa sikecil mereka tak mahu ke taska.Contohnya pengalaman ibu ini.
Credit :blog orlyloveshop.blogspot.com

Kalau ikut cerita ni,owner taska ada anak kecil juga.Jadi,napalah tergamak buat anak org lain mcm tu?Apa perasaannya kalau anak dia dibuat org begitu?

Aku taknak lah tuduh panjang lebar.Biarlah siasatan dilakukan dgn adil dan telus.

Sebab itulah,kalau hendak memilih kerjaya ataupun bisnes..biarlah ada passion dan minat.Lebih lagi kalau melibatkan nyawa manusia nih.

Dulu,sblm aku berhenti kerja..ada sorg member ni.Dia baru dpt duit durian runtuh.So,dia plan nak buat bisnes tapi dia taknak run business tu sendiri sbb dia taknak berhenti kerja.

Dia tahu intention aku utk berhenti,so dia offer nak invest duit dia suruh aku bukak bisnes taska (wah...mementanglah asyik aku jer ambik maternity leave terus offer bukak taska..hehehe).

Tapi..aku tolak offer tu.Bukan apa,kalau aku nak buat bisnes..eloklah aku pakai duit sendiri.Aku maybe boleh cuba berlaku amanah dgn duit dia tapi kalau aku tak mampu dan gagal..camne?

Dan...sebab plg utama,aku blm mampu nak memikul tanggungjawab dan amanah utk menjaga anak org.Bukan tak suka,tapi aku takut tak mampu.Bukan senang beb.Berjaya besarkan anak sendiri tak bermakna mampu nak menjaga anak org.Aku takut...takut jadi apa apa kat anak org,seumur hidup nanti aku tanggung bebanan.

Biar org yg yakin,ada minat dan passion saja yg buat.

Aku mmg jarang angkat tangan kat anak sendiri,tapi,bab jadi tarzan mmg dh terkenal seantero dunia.Aku bknnya penyabar sgt.Ngan anak sendiri pun kengkadang hilang sabar...eiiii...

Masa mula mula stay at home,ada jugak member aku yg baru bersalin bg hint nak mintak aku jaga baby.Tapi,awal awal aku tolak ngan baik.

Bukan sebab aku rasa aku dh byk duit sampai tak heran org nak bg job yg boleh buat kat umah.Tapi,firstly...aku bukannya surirumah yg memerap semata kat dlm umah.Byk benda aku kene tolong laki aku.Aku kene jd driver hantar anak sekolah,gi pasar,Tesco,Giant,settle bil,pergi bank,uruskan itu ini.Dan..satu lagi,aku takut nak handle anak org.Jadi apa apa kang,seumur idup nyesal.Tu blm kira lagi kalau dia dh besar,lasak,nakal.Takut aku lost temper kang...saja jer.

Jadi,agak agak ko tu tak penyabar ngan budak...rentikanlah niat nak bukak taska dan sewaktu dgnnya.Aku mmg tak sanggup nak tgk video tu tapi sbb nak tahu,tgk jugak.Nangis aku tgk dia pukul budak yg still pakai pampers.Ko pukul sbb budak tu tak paham arahan ko?Budak tu still pakai pampers kut?????

Lagi satu,ada byk jugak komen yg blame ibu ibu bekerja.Kata mereka...ibu takyahlah galak sgt nak kerja,duk umah jaga anak..senang.Takde kes dera....Ohhh...been there before..jgnlah senang sgt buat kesimpulan.Kdg kdg,cubalah duduk di tempat mereka sesekali.Kebanyakkan ibu ibu ini,jika diberi pilihan,mmg nak sangaaaaaat jaga anak sendiri.Tapi,ada kekangan yg buatkan mereka terpaksa keluar cari rezeki.Aku appreciate org yg nasihat dgn cara baik,tapi jgnlah kutuk.Kita tak paham kesusahan org..usah terus menjatuh hukum.

Dah...banyak sgt bebel nih.Bukan apa,geram jugak.Anak anak ni amanah...lagi plak anak org.Amanah yg dipikul lagi besar.Harap harap ambil iktibar yer....





















Monday, 23 September 2013

PILIHAN DI TANGAN ANDA

Assalamualaikum...
 
Hari ni tak tau naper,teramat mengantuk sejak petang tadi.Tapi tahan jugak sebab aku ni kalau dah tidur,memang payah kang nak bangun.Lepas Isyak,aku terlelap.Al-Fatih plak yg biasanya lepas Maghrib tidur,eh...terbuntang plak bijik matanya.Dah tu,bising plak mulutnya membebel sambil sembur sembur buih.Eiiii...ibu picit pipi bambam tu kang...geyaaaammmm.
 
Dalam mamai mamai,sempat lagi mintak tolong laki aku buat itu ini.Ala, bukan selalu pun...suruh take turn jaga Al-Fatih plak,tukar pampers dia,bawak Rafhanah gi toilet,siapkan tempat tidur budak-budak..etc.Kalau dah dasar suka membebel,dlm mamai pun bulih bagi command.Ampun ye bang...
 
Tetiba,bila sumer dah okey,mata aku plak terbuntang buntang sengsorang ni haaa.Baru teringat,belum dinner lagi.Bukak periuk,ada nasik lagi.Bagus,selamat 3 pinggan pukul 11 mlm disudahi dgn roti aiskrim sebagai dessert.
 
Kawan aku baru post satu link blog pasal seorg ibu yg baru kehilangan anak due to Pneumokokal.Al-Fatihah...menangis aku baca kisah dia.Dan,lepas experience tu,dia decide utk promote vaksin PND.Vaksin ni boleh dikatakan baru jugaklah dan ianya optional.Aku tahu pasal vaksin ni masa lepas bersalinkan Hakim.Jadi,bila diterangkan oleh doktor ( dia tak paksa yer,ini optional) aku decide utk amik vaksin ni utk Hakim.Masa tu Amani dah setahun lebih,jadi doktor sarankan dtg balik masa umur dia 2 tahun utk satu jab ajer.Utk baby,ada 3 jab.Masa Rafhanah plak,aku tak amik masa dia bayi tapi bila aku ambil utk Al-Fatih,aku bawak dia sekali.
 
Dua tiga hari lepas plak,aku terbaca satu blog juga,kisah seorg ibu yg nyaris nyaris kehilangan anak disebabkan AEFI ( Adverse Effect Following Immunisation).Maybe anak dia allergic atau apa,tapi bila baca,sampai sesak nafas aku dibuatnya.Memang mendebarkan saat saat yg dilaluinya tu.
 
Ironi bukan...time time isu vaksin tgh hangat ni,mcm kebetulan plak terbaca dua artikel yg saling berlawanan.Tapi,ibu yg anaknya kena AEFI tu bukan anti vac,harus paham situasi betul betul.Dia cuma cerita pengalaman dia,cara nak buat report kalau anak kena AEFI.Bukan dia nak kempen menjadi anti vaksin.Tapi,end up,ada jugak yg bash dia.Dia dahlah dlm kegusaran risaukan keadaan anak,ada plak yg hentam,adohai...
 
Sama jugak dgn kes ibu yg pertama tadi.Dia cuma share pengalaman dia dan sedikit info yg sedikit sebanyak mungkin membantu ibu ibu lain utk buat keputusan.Tapi,ada jugak yg question dia itu ini.Adohai....
 
Hasil dari pembacaan dua artikel tadi,aku google lagi pasal vaksin.Tu dia...tak tahu plak ada perang pro vac vs anti vac.Memang lah aku nih,ketinggalan ketapi sungguh.Masing masing ada references dan hujah masing masing sampai aku jadi keliru.Semuanya nampak logikal,make sense walaupun ada satu dua yg agak mengarut.Sampai muntah hijau baca term term perubatan.
 
Aku maybe akan teruskan lagi pembacaan pasal vaksin ni memandangkan aku ada bayi yg masih lagi di bawah program imunisasi.Nampak skema ayat aku bukan?
 
Tapi,in the end,apa aku nak conclude,whatever decision yg diambil oleh ibubapa ni,wajarlah kita hormati.Sebab masing masing mahu yg terbaik utk anak-anak bukan? Cuma,kalau kita rasa pendapat dia tak rasional,menyokong tanpa fakta,cubalah pengaruhi dia dengan fakta yg kukuh.Apa hujahnya? Apa rujukannya? Jurnal perubatan mana yg perlu dirujuk? Pakar mana buat kajian? Apa peratusan kejayaan hasil kajiannya?
 
Bukannya bila dah habis ayat nak berhujah diakhiri dengan.." Bodoh...padanlah jadi SURIRUMAH saja..."
 
Dummmm...**pengsan**
 
Pilihan di tangan anda.Janganlah sebab seseorg itu tidak sealiran dengan anda,anda buat personal attack yg takde kena mengena langsung.Dan,tolong faham isi artikel betul betul sebelum jump to conclusion.Kadang kadang org bincang pasal lain,pergi melalut pasal lain.
 
Samada kita pro vac atau anti vac,sebenarnya kita dah berusaha sedaya kita.Pastu,tawakkal lah.At least,kalau terjadi apa-apa ** mintak dijauhkan**,kita dh takde rasa ralat.Allah suruh kita berusaha,dan DIA adalah sebaik baik perancang.
 
Anak-anak aku semuanya diimmunisasi,tapi tak bermakna aku mengabaikan makanan Sunnah mcm madu,habbatus sauda,kismis dan lain lain.Terus terang cakap,aku tak pernah tahu pasal AEFI sebelum ni sampailah isu vaksin ni jadi hangat baru baru ni.Baca pasal kes anak sakit disebabkan tak cucuk vaksin ( berlaku di New Zealand),pun aku berdebar,baca kes anak dpt AEFI pun aku berdebar.Sungguh aku tak tahu apa nak buat,cuma berharap dan berdoa pada Allah supaya lindungi anak-anak aku.Paling penting,usaha dah di buat.
 
Nak ajak org ikut cara kita itu okay.Takde masalah...tapi ajaklah baik baik.Bukan nak menghamun,menghentam.Camtu,sampai bila bila pun tak jalan.
 
Aku pun tak berani nak berhujah pasal vaksin ni.Ilmu sangat sangat kurang.Jadi,kenalah gigih sket mencari info lanjut sebab ini melibatkan perihal kesihatan dan masa depan anak-anak.Bukan anak-anak sahaja,malah utk generasi akan datang.Apa saja decision aku,aku pohon agar Allah tunjukkan jalan yg terbaik.Amin..
 
Eh,panjang plak membebel.Sebelum aku melalut lebih lanjut,baik aku gi tidur.Nite nite...