Thursday, May 19, 2011

Esok je lagi

ye lah. esok je lagi aku mai keje sampai kat ESG ni. esok je la lagi aku mai opis ni sebagai staff. kalau boleh, lepas2 ni...dah takmau ada apa2 connection with this company. boleh gituk?

anyway, terhutang budi gak le dgn my kawaii (cute) boss yg macam doremon ni. he is really nice and cool boss. tapi, aku lebih suka dgn boss yg garang dan tegas masa kat FSAP dulu. mr m*n*w*. garang tapi sgt2 aku sayang dan ingati sampai bila2.

next week...bermula 1 penghijrahan lagi dlm hidup aku. kerja baru, boss baru, kawan2 baru (tapi ada gak le akan jumpa kawan2 lama/ junior2 lama aku nanti)...apa2 pun, serba baru le! doakan le yg terbaik buat aku. moga semua nye akan baik2 aje...takde yg tak baik melainkan serba baik sahaja!! insya ALLAH!

doki doki shiteru ne!!

ps: tadi p lunch kat ss15 dgn k.isma dan ami-chan!! hisashiburi ni... kebetulan ami-chan email aku hari ni. so, aku bg tau le dia yg aku last day esok je kat ESG. tu yg dia ajak p lunch kat ss15. TQ k.isma...belanja mkn lunch hari ni. our favourite place..noodle station le... :-)

Labels: ,

Wednesday, April 27, 2011

Surat

Bukan kisah surat cinta.
Bukan juga surat berantai.

tapi, surat letak jawatan dari seorg pekerja kpd seorg boss yg sgt baik hati, cool dan comel macam doraemon!

sejak dpt offer new job, DIA jadi tak tenteram. kalo lah new offer tu sgt bagus benefit dan RM RM RM nye, mesti lah tak byk pikir. DIA mesti terima aje terus. ehhehe.. (DIA yg agak mata duitan masa itu). tapi, new offer tak begitu memberangsangkan. anyway, DIA pikir secara positive. boleh timba ilmu, pengalaman dan suasana yg baru. huhuhu...

DIA terpaksa lepaskan segala "nice thing" during bekerja dgn kaisha yg ada ni. boss comel yg cool selalu, office hour yg agak flexible, boleh bawak anak ke opis kalo terpaksa (tapi DIA tak pernah buat)...and everything yg nice lah. semua nye demi shourai (masa depan).

macam nak gugur jantung, masa DIA nak email-kan resignation letter tu. after sent, semua jadi senyap sepi. no joke anymore dgn Ms Lady gaga (boss's wife). walhal lady gaga tu, selama ni seorg yg ceria dan kuat buat joke. menceriakan suasana gituk. huhu... DIA rasa macam seorg pesalah. rasa bersalah...mungkin kerana terhutang budi dgn boss and the company.

huhu...

DIA pasrah dgn keputusan yg dibuat. nak habiskan masa satu hari tu, sgt lah menyeksakan. macam dlm penjara pulok! that lady gaga dah tak layan macam biasa. DIA pun rasa macam nak cepat2 "pergi" dari kaisha ni.

tapi.........today, masuk hari ke3 after hantar resign letter, suasana kembali OK. lady gaga OK. boss pun OK. we can talk macam biasa. joke, share any story about the kids and everything. alhamdulillah. mungkin lady gaga dah dpt terima kenyataan yg DIA betul2 mau pergi.

suatu ketika pagi tadi, lady gaga ucapkan sesuatu yg amat mengharukan DIA.
lady gaga: you know..
DIA: tak tau!
lady gaga: hehhe... i dunno well about you. but, what i know, you are being such a nice person. you have a good character and you are patient.
DIA: ..................
DIA tak tau nak balas apa.
lady gaga: in future, kalo u nak dtg keje dgn kita lagi, dtg la. boss really convenience in working with you.
DIA: ...................

air mata bergenang di mata DIA. bagai nak menitik pun ada..
terharu!!

DIA rasa sedikit (sikit aje?!!!!) bersalah. selama ni, DIA tak begitu suka dgn lady gaga. lady gaga yg dirasakannye suka take advantage kat org lain... lady gaga yg suka arah itu, arah ini... suka persoalkan hal yg remeh temeh... suka tunjukkan kebenciannye kalo dia dah tak suka kat seseorg...

tu yg DIA macam tak caya la pulak. lady gaga buleh membuatkan org terharu jugak!

dgn surat perletakan jawatan yg satu itu, DIA dpt rasakan pelbagai perasaan.

ganbarou!

Labels: , ,

Thursday, April 21, 2011

Pilihan

In case,
Kita selalu doa, kalau lah "itu" adalah pilihan yg terbaik buat kita, buat family kita, buat agama kita, buat kehidupan kita pada masa kini dan masa akan dtg....kita mohon kpd ALLAH agar didekatkan, dimudahkan pilihan "itu" kpd kita...semoga ALLAH berikan pilihan "itu" kpd kita. dan jika sekiranye ada pilihan "lain" yg lebih baik buat kita, buat family kita, buat agama kita, buat kehidupan kita pada masa ini dan masa akan dtg, kita mohon kpd ALLAH moga dijauhkan pilihan "itu" drpd kita.. agar mudah utk kita buat pilihan.

dan tiba pada suatu ketika, pilihan "itu" dtg juga kpd kita. adakah itu adalah pilihan yg terbaik buat kita..? patut ke kita terus amik dan ikut saja pilihan "itu" tanpa ragu-ragu???

atau hanya sekadar ujian dari ALLAH...utk membuatkan kita lebih byk berfikir sama ada mahu teruskan dgn pilihan "itu" atau biarkan saja pilihan "itu" berlalu pergi?

mana satu? mahu teruskan dgn pilihan "itu"???

Labels: ,

Thursday, March 31, 2011

Ms S.wah

seminggu gak la aku tak update blog ni. macam2 yg berlaku. keje pun busy gak kat opis.



aku tgh agak DOWN.



huhu...my opis mate...yg selalu jadik teman berbual, bergossip, ber-msn (dok ngadap depan depan meja pun boleh ber-msn sesama kami), berkongsi suka duka, berkongsi kisah anak2 dan serba serbi cerita...dah tender resign letter semalam. short notice, esok dah last day. next week dia dah takde. huhuhuhu!!! nangis aku! terkejut sgt!




tapi, idak le aku nangis depan org. heheh...semalam, masa dia bagi tau yg dia resign (tu pun dia bg tau lalu msn..)...aku shock gitu2 je. tak rasa sedih lagi. selama ni pun, aku dah agak2 la yg dia akan pegi. mmg ayashiiiiiii (pelik) je tgk dia lately ni. mmm...bila drive keluar dari parking kereta ptg semalam, baru aku rasa sangat2 sedihnye... bangun pagi tadi pun rasa tak bermaya. otak dah beku rasa nye. huhu..



Ms. s.wah yg slim, yg kiut, yg baik hati, yg rajin membantu aku bila aku in trouble, yg sgt ringan tulang, yg caring, dan macam2 yg serba baik lah...akan pergi juga dari company ni. lepas 10 thn setia keje sini. selama ni aku ingat, dia akan keje terus kat sini until die... but, ternyata keadaan sekrg ..macam2 yg berlaku kat company dan org atasannye, yg jadi penyebab kpd ms.s.wah utk pegi.



tak leh lupa, masa aku mula2 keje sini dulu, kena print byk helai gak utk sales person in charge. color printing. siap paper jammed kat copier machine tu. ms. s.wah dgn sabar tolong aku betulkan machine tu. huhu...



2 thn lebih sket le...aku keje sama2 dia. aku senang sgt bekerja dgn dia. tak lokek ilmu. apa yg dia tahu, dia tunjuk ajar aku. apa aku tak paham, aku tak tahu, aku mesti tanya dia tanpa ragu tanpa malu... sbb aku tahu, dia akan ajar aku dgn manis muka...aku suka macam tu. senang berurusan dgn org macam dia.



aduih...boringnye kalo dia takde. dgn sapa la aku nak ngadu apa2 hal kalo kat opis ni nanti. dgn sapa la aku nak kongsi cerita Iman, Afiq Khair dan Asha Zahra nanti...selama ni mmg dgn ms. s.wah je geng aku kat opis ni. maklum le...kita dua org je pompuan kat opis. dia je la kan geng utk kepoh2...



nanti kat opis ni, takde dah dengar cerita pasal Jamaine (anak ms. s.wah yg chubby dan comel..) kanak2 ribena tu.... kisah "Big Baby" ms. s.wah and Big Baby dia punya mak tiri and family.. also, when i tension with perangai pakcik2 dlm opis ni, kat sapa la nak aku luahkan dgn kadar segera.. macam selama ni, kalo aku geram dgn sesapa antara pakcik2 tu, terus je aku "buzz" ms. s.wah dgn MSN.. hoho.. lepas perasaan gituk. sabo je la...




time lunch...kita sama2 ngadap bentou..dia dgn bentou dia...aku dgn bentou aku. ms.s.wah yg slalu bancuh air milo panas, minum oat utk jaga kolestrol dlm tubuh (org nye kecik tapi tahap kolestrol tinggi...), slalu mkn cornflakes cenggitu jek...macam makan jajan tuh! ehhehe... kalo aku, mkn coco krunch atau cornflakes, nak kena tuang susu segar tu dulu baru lalu nak mkn.




ms. s.wah, we will miss you. especially aku le....ntah bila boleh dpt kawan sekerja yg ngam macam ni. sampai mati akan aku kenang dia as my opis-mate yg sehati sejiwa...dan sangat2 best gituk!




aduhh...cam tak caya je. hari ni macam tak boleh nak pandang muka dia... tak boleh nak cakap2 dgn dia macam selalu. sbb, aku takut termenangis! teruk kan aku ni? sentimental sangat. alahai...!




apa2 pun, aku happy for her. pilihan dia utk pegi dari sini ni, adalah pilihan yg tepat. semoga my best friend ms. s.wah will be success and happy forever. selamat bekerja di tempat baru. selamat berkenalan dgn kwn2 baru, boss baru, opis baru dan serba serbi baru... mesti boleh ya! moga ada peluang utk kita org jumpa2 lagi lain kali nanti...




doii....syahdu la pulak.




aku? masih kat company ni. dah pun cuba2 cari "lobang" tempat lain. tapi, nampaknye belum laku lagi di pasaran. takpe, redha jek. ajal maut, rezqi...semua nye di tangan ALLAH. kita hanya berusaha, berusaha dan berusaha semampu yg boleh tanpa jemu dan putus asa...doa dan tawakkal pun kena konsisten. kalo jodoh ku dekat sini lagi panjang dan lagi baik buat agama ku, kehidupan ku, keluarga ku...maka aku kena terima lah hakikat nye... kan ALLAH itu Maha Kuasa, Maha Mengetahui. tunggu dan lihat je lah...kan?!!




walau apa pun, alhamdullillah aku punyai ABANG dan anak2 serta keluarga yg sentiasa bersama ku..sentiasa menyokong dan menyayangi ku. yg penting, aku harus kuat. ganbarou cikpuan Ume!!

Labels: , , ,

Wednesday, March 09, 2011

Alhamdulillah

Kalau kita sebagai hambaNYA, sentiasa ingat DIA,
kalau kita tak putus2 usaha, berharap dan berdoa,
kalau kita tak putus2 tawakkal padaNYA...
insyaALLAH DIA pun tak akan lupa kat kita.
Percaya kita kpd DIA, jgn putus2...
lidah, hati, minda kita pun, jangan putus2 utk memuji dan ingat DIA.
mesti! wajib!

Alhamdulillah...syukur! apa yg tertunggak, apa yg dituntut sebelum2 ni, dah dpt.

ya ALLAH! permudahkanlah segala urusan kami. berilah kami petunjuk dan hidayahMU sentiasa, ya ALLAH.... tanpa putus...! amiiiiiin!!

Labels: , ,

Thursday, February 17, 2011

Airmata hari ini

airmata ku hari ini beberapa kali gugur. utk beberapa sebab. pada berlainan jam dan masa.

1. bila aku masuk parking kat subang parade, aku tengok masa yg di-print kat kad parking adalah 8.01am. serta merta air mata aku mencurah curah keluar. macam x boleh berhenti. terasa macam sampah je usaha aku pagi tadi...bangun awal, siap awal, Iman pun bangun awal, keluar rumah awal..berkejar hantar Iman ke sekolah dan Afiq Khair ke neseri...pecut kereta keluar dari Putra Heights...tapi, x dpt jugak nak masuk parking sebelum pukul 8am. letih mental, lelah fizikal. bukan nye apa...membayangkan yg aku kena bayar parking RM10 utk hari ini sbb masuk parking lepas pukul 8am. kalo masuk parking sebelum pukul 8am, dpt le bayar RM3/ entry. tu yg aku sedih yg amat. nanti masa keluar nak bayar duit parking ptg ni, aku nak buat muka sedih, nak merayu kat pegawai yg jaga kaunter bayaran tu..supaya diskaun kat aku. supaya pejam mata je...kasi kesian kat aku...bayar RM3 utk entry aku hari ini. tolong lah saya!

2. bila dpt sms ABANG yg berbunyi... "No prob..Apa yg penting.. Kerjasama.." nangis syahdu dan terharu. Aku percaya dan sedar yg aku masih ada orang2 yg tersayang utk aku ngadu nasib, utk aku numpang susah senang dan mohon bantuan serta sokongan. Moga kasih dan sayang serta ukhuwah kami tak akan putus.. Ashita mo ganbarou!!! (esok pun mesti usaha habis baik..).

3. bila berkongsi cerita dgn opis-mate (ms.SW). hal wang juga. diri sendiri dok struggle berjimat cermat. nak mkn yg mewah2, nak belanja apa2 pun, dok kira budget dan sekat nafsu. tapi at the end, terpaksa berhabis duit utk bayarkan duit yg org lain dok suka2 hati pakai. kesian kan..? aku tau, ms.SW dok tahan sebak depan aku...tapi aku nampak mata dia merah dan airmata bergenang je kat mata dia. aku pun diam2...termenangis gak. tak boleh tgk org nangis...aku pun berjangkit nangis gak. sebenarnye, aku sgt sayang kat ms.SW. sayang sebagai sahabat le. sebab dia juga la, aku masih boleh bertahan kat company ni. tapi kami berdua tahu yg kami pun sebenarnye sangat2 dah tak boleh tahan if kerja sampai nak abis bulan DUA pun gaji bulan SATU belum lagi masuk penuh. ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan utk hadapi semua dugaan MU ya ALLAH...dgn penuh keimanan dan kesabaran. amin!!

PS: semalam Iman terlupa bawa kertas lukisan utk subject pendidikan seni. Dia nak minta sehelai dari kwn dia. tapi kwn dia kata, kalo nak...kena bayar seringgit. hah?!!! terus Iman tak jadi mintak. sbb duit seringgit utk dia belanja mkn kat kantin. kalo beli kertas lukisan kat kwn, nanti Iman tak boleh mkn. (walhal mama dah bekalkan bentou. takde duit belanja pun, Iman still boleh mkn...). alhamdulillah cikgu boleh kasi kertas lukisan kat sesapa yg tak bawak. tapi next time kalo terlupa, cikgu kata kena bayar 20 sen kalo nak kertas lukisan cikgu. hebat sungguh kwn Iman tu. boleh pikir utk bisnes tu. baru darjah 1. mak dia bisnes tupperware dan ayah dia bisnes amway kot kan..??

Labels: , , , ,

Thursday, February 10, 2011

Alasan

dia agak baru le kat opis ni.
hari tu dia kata, takde namecard...tak boleh nak keluar buat sales. kalo takde namecard, segan nak jumpa org. then, namecard dah siap. dah kasi pun kat dia. tapi idak juga keluar buat sales. idak juga bertambah new client...

la ni, gaji tak masuk penuh. dia kata, macam mana mau keluar buat sales. duit utk isi minyak dan belanja masa keluar nanti takde. so, tak boleh la buat sales juga...

oh, gitu eh?

dia pesan suruh aku request kat company yg buat yellow pages tu mai hantar buku yellow pages. aku tak tepon. tapi aku fwd kat dia website yellowpages tu kat dia. boleh download contact details mana2 company yg kita mau lalu website yellowpages tu aje. senang kan?

harap je gaji besar, ntah brp kali ganda dari gaji aku, tapi semua mau kena kasi tau. semua kena sogok suap kat dia dulu...baru mau gerak. tu pun tak sepenuhnye bergerak. owh, tak semesti nye bergaji besar, berjawatan besar, buleh buat keje tanpa guidance ek? kuli pun boleh guide dia. kuli pun boleh tunjuk ajar dia. kuli pun kena kasi tau sama dia...apa yg kena buat, mana mau cari, dari mana boleh dpt..begitu begini. serba serbi lah! owh, baru ku tahu!!

dah le suka buat lawak bodoh. tak kelakar pun!

ops...sorry. cikpuan ume melepas sesak di dada ni. nak luah kat FB, ramai sgt kwn aku.. (ye ke?). pastu, ada link lak dgn opis-mate. hohoho.. opis-mate pun bukan le ramai mana...

Labels: ,

Wednesday, February 02, 2011

Entry ke-2

entry ke-2 utk hari ini.

esok dah mula coti CNY. Gong Xi Fa Cai semua!!! ops...kepada yg meraikannye saja. tapi kpd lain2 bangsa, still meraikan nye juga...errr...just sama2 bercoti lah. so, mlm ni ke... esok pagi ke... kami bertolak balik kg. yeayyyy! horray!! balik kg. nak bergossip dgn adik beradik kat kg.

pagi tadi dpt berita baik. boss kata Isnin ni kami boleh OFF. alhamdulillah. sambung coti le kami. total jadi 5 hari OFF day. khamis. jumaat. sabtu. ahad. isnin.

isnin sbb aku coti, aku pun ajak le ABANG amik coti. kot2 boss mau kasi dia coti. alhamdulillah boss ABANG baik hati. (puji sket!). ABANG boleh join horray horray dgn aku. sbb takde duit lebih2, kami just akan spend masa bersama je lah. will have a good of quality time just two of us. ABANG and me. dah lama tak dating berdua saja. so...kita enjoy! hantar anak2 p sekolah dan taska, breakfast, baca newspaper, tgk tv, masak2, lunch, kemas umah...uruskan anak2..kalo mau keluar, cuci je la mata kat mana2 yg kaki mampu jejak. syukur alhamdulillah!

kpd semua, happy holiday and take care. aku tak sabar mau balik kg. semoga selamat perjalanan kami balik ke kg, dan kembali semula ke putra heights. amiiin!

Labels: , , , , ,

Februari

dah masuk bulan Dua. tapi, gaji utk bulan Satu belum masuk penuh. tak sampai 50% pun dpt nye. bisnes tak begitu menggalakkan. tunggu payment dari client, yg ntah bila duit diorg tu akan kami terima. selagi depa tak bayar, selagi tu staff tak dpt duit gaji bulan Satu sepenuhnye. kesian kami. duit claim apatah lagi. gaji pun tak dpt penuh...kan..?

aku dah terfikir mau jeling2, mau jenguk2 cari keje lain. tetiba dpt email dari boss, "you are not permitted to resign. bla bla bla....". eh? aku takde cakap apa2 pun lagi. baru terdetik dlm kepala dan hati aje. owh, boss dah tentu terfikir pasal ni..kan..? ok, la. bulan ni sabar dulu. tapi sampai bila? aku bukan nye org kaya. simpanan pun takde byk mana. sekadar duit tabung haji, insurans dan ASB. gaji tak masuk pun, tapi life still need to go on. anak2 kena kasi mkn. yuran sekolah, yuran taska, duit transport, duit belanja sekolah etc. semua kena ada. hutang2 kami lagi...utk kereta, rumah, kad kredit, tepon, bil2 api/air..etc. semua perlukan duit. owh...owh...

takkan harapkan sepenuhnye kat ABANG... kesian ABANG. anyway, aku percaya, rezeqi ALLAH itu ada di mana2. selagi kita usaha gigih, selagi yakin dan sabar serta doa/ tawakkal kpd ALLAH, pasti ALLAH akan tunjuk jalanNYA. usaha..usaha..usaha!! (errr...mulakan step pencarian keje baru kah???).

Labels: ,

Wednesday, December 15, 2010

Bermuka muka

Tak suka sungguh aku.
mmg tak suka.
tak suka!!
benci!!!

nyampah tau kat org yg bermuka muka ni. depan boss, dia semua kata OK. boss suruh dia buat apa pun, dia ok! ok! ok! semua dia boleh buat la. bila kiter offer nak tolong, dia kata nevermind..dia akan buat. tapi, sampai kesudah, tak buat apa pun. lepas tu, dah dekat seminggu bila boss tanya balik, baru nak gabrah. ha, time tu sibuk minta kiter tolong. semua benda dia mau hempuk kat kepala kiter. apa kessss???

takpe. kiter buat juga le sbb kiter tau yg kiter mmg buleh buat. tu yg dari awal hari tu kiter offer nak tolong..kan? (chehwah...riak la pulak ek??? astaghfirullah!!). tapi, lepas2 tu sila follow up ye ENCIK YANG PANDAI BERMUKA MUKA.. sbb nanti boss akan cari awak.

sabar banyak2 cikpuan yg kena hempuk kepala dek keje org lain..

ps: bulan december ni byk le pulak aku terpaksa amik coti...aduih...tsurai yo!!!

Labels: ,

Wednesday, December 01, 2010

Bau

Office aku sekrg kat Empire SOHO, Subang. Style Home Office. so, ada yg buat suite ni as their home...dan ada yg buat sebagai office...ada gak yg buat tingkat atas tu bilik utk tidur dan tingkat bawah tu tempat depa bekerja. macam2 la.

anyway, my company mmg buat suite kitorg tu sebagai pejabat SAHAJA. tingkat atas, mmg bilik khas utk boss. tingkat bwh, utk kami kuli2 aje ni. ada 1 toilet kat atas dan 1 toilet kat bwh. mula2, kami happy sbb ada toilet dlm office. tak perlu p jln jauh utk ke toilet. tapi my boss yg mmg fanatik sungguh dgn Feng Shui tu kan...dia tutup le toilet bowl kat tingkat bwh ni. we all kuli2 ni kalo ada "hajat"...mmg kena la p turun ke bwh. boleh p toilet kat LG ke...kat G ke..kat UG ke...kat 1st floor atau 2nd floor. kat floor LG sampai 2nd floor tu mmg ada public toilet sbb situ shopping gallery. start 3rd floor sampai 10th floor...semua SOHO. (8th floor ada fitness center).

anyway, tajuk entry kali ni bukan nye ada kaitan pun dgn cerita pasal toilet kat building ni ....hehhe..

kisahnye.....
surau ada kat G (Ground Floor). masa nak p turun bwh, nak solat zuhur...bila pintu lift terbuka, aku nengok orang2 kat dlm lift tu masing2 dok tutup hidung. ish, aku dah rasa lain macam. teragak agak nak melangkah masuk lift ke tak. tapi dok pikirkan yg kalo aku lepaskan lift yg ni, sure kena tunggu lama lagi utk dptkan next lift. lift kat building ni mmg agak lembap! maka nye, aku masuk je la. on the time kaki aku sampai kat pintu lift tu, hidung aku dah terhidu bau sesuatu yg mmg tak menyenangkan!!! huhuhu...ada seseorg yg dah melepaskan bau itu. bau yg dari perut, tapi dikeluarkan dari saluran "bawah"!!!! adoi....tak tahan wo. busssssssssuk sangat! rasa nak termuntah pun ada. patut la masing2 dok tutup hidung. hohoho...tak sabar aku nak jejak keluar dari lift tu. sampai kat G je, cepat2 aku keluar.

huh! sungguh kurang sopan le sesapa yg dah TERlepaskan bau itu. dah tak boleh tahan la kot, kan? udah le lift penuh dgn manusia. sabo je la...pencemaran udara!!



ps: SOHO= Small Office/ Home Office

Labels: ,

Monday, November 22, 2010

Hangit

Last week, ada sorg x-staff dari Singapore dtg opis utk kasi training kat staff opis aku ni. Then, mamat Singapore tu belanja kami sorg seketul Roti Boy. bau nye menyucuk hidung. Harum bau kopi. Aku tahan nafsu. sabar. nak bawak balik roti tu utk dimakan bersama sama dgn Iman, Afiq Khair dan Asha Zahra. Tapi, ptg tu agak kelam kabut aku cabut meninggalkan opis. sampaikan terlupa nak bawak balik Roti Boy yg harum tu.

pagi tadi masuk opis, aku tercium bau roti yg harum tu. baru aku teringat yg aku tertinggal roti tu last week. hohoho...aku berazam utk panaskan roti tu dlm microwave opis. dah kabo kat member opis. tapi member aku kata..."jangan". dia takut aku keracunan makanan sbb roti tu dah terbiar sejak jumaat lepas.

tapi aku degil. dlm kol 2pm, aku cuba perhangatkan roti tu dlm micowave. tak sampai 2 minit, aku tercium bau hangit. cepat2 aku berlari p Off switch microwave. aduh...berasap microwave tu. roti boy dah jadi hitam legam. bekas "tupperware" aku pun berlubang!! terus aku cari kertas, balut roti dan bekas tu sekali. kasi buang kat tong sampah awam kat blok ni. giler menggerunkan. alhamdulillah tak terbakar opis. ish ish...

mmg satu opis berbau hangit. kepoh satu opis. ahahha...kami ON aircond, ON kipas. bukak pintu utama opis utk kasi bau hangit tu hilang. huhuhu...mmg menyengat lubang hidung dgn bau hangit ni. naik pening kepala!! aduh...cari penyakit sungguh.

so, kena la aku simpan duit banyak2, beli Roti Boy yg harum tu berketul ketul...buat aku, buat ABANG, buat anak2...supaya dpt memuaskan hati aku utk dpt mkn roti harum yg enak tu sepuas puas nye...

Labels: , ,

Friday, November 19, 2010

Aidil Adha

dah lama tak update blog ni.
sibuk berpindah opis. sibuk kemas opis, kemas umah, emosi tak berapa stabil, perasaan kurang tenteram dan macam2 lah. tu yg tak terupdate blog ni.

anyway, alhamdulillah dah masuk opis baru. kat empire shopping mall. phone/ fax line takde lagi. cuma, sapa2 yg call ke number opis lama, akan di-transfer ke henpon opis.. internet pun tak berapa stabil. anyway, syukur le dgn apa yg ada setakat ni. tunggu bln 12 ni, boss kata akan install Unifi kat opis.

eh, nak wish kat all muslims...salam aidil adha! ada yg masih bercuti kat kg agaknye eh. aku dah bekerja semula sejak semalam. happy weekend juga. dok berpikir nak masak apa hari sabtu dan ahad ni...buat santapan suami dan anak2 tercinta. daging qurban yg diangkut dari kg agak byk. buleh ke weekend ni kami pulun mkn daging aje? tak berapa bagus utk kesihatan,kan..? tapi, buat masa ni ongkos tak berapa bagus utk beli ikan, seafood, ayam..

ok...take care semua di hujung minggu!

Labels: ,

Tuesday, November 02, 2010

Packing

we all mmg tau akan kena pindah. boss nak jual opis yg ada ni. then, we all akan keluar, p rental opis lain kat building yg berdekatan. tapi selama ni we didn't know bila kena keluar p. tup tup semalam boss tepon ,kata we all kena bergerak pindah pada hari khamis ni. 4 nov. awat lak? tak bleh postpone ke boss? then boss kata, cannot! sbb tarikh tu mmg cun dan the best date utk move out. aiyo...tu semua, fengshui teacher dia le yg kabo kata nye. so, nak tanak, kena gak le kami p tempat baru pada hari khamis ni.

dengan kami yg takde buat apa2 pun lagi ni. opis still camni. tak pack apa2 pun lagi. dah tu, sorg staff opis ni start esok sampai jumaat dah apply coti. sbb sekolah dan daycare anak dia coti deepavali. takde sapa bleh jaga anak dia. so, tu yg dia apply coti start esok tu.. boss kata, khamis ni semua kena dtg utk keje2 perpindahan opis. wahhhh...sure le bengang acik yg dah apply coti tu. anyway, shouganai (no coice) ne...we all bukan nye boss kat opis ni. we follow je lah!

aku tak start packing apa pun lagi. dok sibuk key in data dan prepare agreement bagai le. quotation, invoice semua nak kena settle kalo buleh dlm minggu ni. sebelum p tempat baru... sbb bila dah p sana kang, dok busy nak set up tempat baru dan macam2 le lagi.. takut terlupa nak settle keje2 penting tu semua.

we all tak suka p tempat baru tu. we all dah sayang sgt dgn tempat sekrg ni. dekat dgn macam2 bank..(Public Bank, Hong Leong, Maybank, RHB, CIMB, Ambank, BSN, Affin Bank, Bank Muamalat..), pelbagai restoran (dari yg murah sampai ke mahal, ada malay/arab/chinese/japanese/indian/mamak etc), ada kfc/ mcD/ pizza hut/ canadian pizza/ noodle sta etc...ada macam2 kedai kek, hardware shop, mini market, dan serba serbi ada le kat sini. klinik pun ada! semua tu boleh kami p hanya dgn berjalan kaki saja. syok tau!!

kat tempat baru...serba serbi mahal le kot. kat Empire Subang sana. tempat shopping orang2 elit kut. nak cari kedai mkn yg murah (tak le murah mana kut), kena menapak le jawabnye. bank yg ada kat sana cuma Maybank je le yg terdekat.. parking pun tak bleh dapat reserve atau season card parking macam sekarang ni. so, hari2 nak kena prepare duit utk parking. satu jam pertama, kena RM1.50. setiap satu jam yg berikutnye RM1.....tu kalo parking kat Empire la. so, utk sehari, kena prepare minimum dlm RM10.50 la kalo aku...8am hingga 6pm. harus tepat jam 5.30pm aku dah cabut dari opis! oppps!! kalo company akan tanggung duit bayaran parking, tanpa had minimum...ok la jugak...kan? macam sekrg ni, utk parking mmg kitorg ada season card. company tanggung. hari2 takyah sibuk cari duit utk bayo duit parking. alhamdulillah. kat tempat baru nanti...huh!!!

ok la. apa2 pun, kena pack..pack...dan pack barang2 ni. semoga p tempat baru nanti, akan ada good news buat kami, buat company, buat bisnes kami, dan buat future kami..semoga ada seribu satu hikmah buat aku dan family juga...aminnnnn!!!!

Labels: ,

Wednesday, October 27, 2010

Idea

Time aku tanya kat depa, kasi le idea...tolong sumbang idea...ada apa2 pendapat tak? masing2 senyap. masing2 diam. masing2 takmo bersuara. masing2 tak response. aku dah kata, kalo semua senyap, aku anggap semua org bersetuju dan aku teruskan dgn idea dan cara aku sendiri.

bila aku dah decided utk teruskan dgn idea aku, dan aku sdg berusaha ke arah itu, tup tup masing2 dok utarakan pendapat depa. itu tak best. nak yg camni, nak yg itu. begitu begini. mmg hampeh la diorg ni. tak sedar diri. tak bertimbangrasa. mungkin salah aku juga. tak kasi kata putus dgn idea muktamad aku tu. tak bagitau dgn jelas kut kat diorg??

tapi, yg sakit hati nye, bila kita perlukan bantuan dan idea depa, masing2 diam. buat tak tau je. sakit hati gak aku ni. tapi, aku buat2 muka tak malu gak le. teruskan gak dgn idea aku ni sampai ke hujung, sampai abis. adil tak gituk????

apa apa je lah labu!!!

* merepek sungguh aku hari ni...*

Labels: ,

Tuesday, October 26, 2010

Farewell dan macam2 hal

minggu ni, minggu last ami-chan kat company ni. maka nye, macam biasa kena plan utk buat farewell lunch. selalu nye kalo staff company ni ada yg akan pergi (sbb resign le..) tak pun, kalo ada new staff join company ni, aku le yg nak kena pikir buat makan2 semua ni.

bukan le kami masak2 pun. just p book mana2 restoran yg berhampiran, order menu nak mkn apa masa majlis tu..itu aje pun. yg leceh ni, bab nak pilih menu dan nak mkn kat mana yg memeningkan kepala. bab nak kutip duit kat semua yg join, ok je kot. aku buat muka tak malu p mintak duit kat semua org! we all nye makan2 ni, selalu nye mmg semua kena sponsor diri sendiri dan diri org yg akan diraikan itu. tetapkan le sorg kena bayar berapa RM. setakat ni, RM10 je setiap org. kedekut, kan? lebih2 sket pun apa la salahnye.. tapi segan aku nak mintak. kalo dah aku kabokan RM10 minimum tu, paham2 je le. tambah le RM1 ke...RM10 lagi ke...kan? dah berapa kali buat makan2...aku le yg terpaksa top up duit bayaran mkn+ kad ucapan + hadiah. sabo je le!!!

alahai..kalo tak cukup duit, takyah kad, takyah hadiah pun ok je. tapi, kesian kalo bagi staff yg nak blah tu. especially kalo nihonjin (japanese). takpe. redhakan je le. heheh..

kali ni, farewell utk ami-chan...nak buat kat mana ntah. kononnye nak p makan2, hari khamis ni. lunch time. tapi tempat tak decide lagi ni. asalnye, nak p kfc aje le. tapi, ada lak yg tak setuju. takmo instant food. uhuk! p restoran acik indon tu je le. agak murah.. ptg kang aku p tanya2 kat acik tu le. menu nye...duit nye..

aku busy dgn keje opis le. tu yg tak sempat nak pikir2 pasal farewell utk ami-chan. harap2 hari ni dah boleh buat keputusan..nak mkn kat mana dan menu apa. pastu, harap2 sempat le aku p kutip duit kat semua org!!!

by the way. hati ku tak tenang. dok pikir anak2 yg tak berapa sihat. lepas sorg...sorg..sakit. lepas satu, satu penyakit yg dtg. semalam pagi, baru je aku park kereta kat opis, neseri tepon. kata nye Iman sakit perut sangat2, siap berair dah mata. aku tepon ABANG..mintak tengok2 kan Iman. aku ada keje nak kena settle..mmg berat sungguh nak tinggalkan opis. tapi, kalo ABANG tak bleh p, terpaksa gak le aku p tgk Iman. alhamdulillah ABANG ok. jumpa doktor, doktor kata, mungkin perut masuk angin. Iman sakit belah kiri perut... kasi ubat tahan sakit dan ubat buang angin. tgh hari tu dlm kol 2 setgh, neseri call lagi. kata nye Iman nyer mata bengkak. kiri kanan bengkak. Iman kata tak sakit tapi rasa gatal. aku syak mungkin dia alahan dgn apa2 kot. ubat yg baru dpt tu ke, atau makanan apa2. aku kata, takpe le. tunggu dulu. kol 5pm, aku chow dari opis. keluar awal dari biasa. terus p amik anak2 kat neseri. mata Iman bengkak. sepet. mlm tu, ABANG bawak Iman p klinik semula. tapi sbb ramai org, ABANG balik umah terus. tak jadi jumpa doktor. kami stop tak kasi Iman mkn ubat dah. tgk apa jadi..bgn pagi tadi, bengkak mata dah surut.

Afiq Khair la pulak. bgn pagi tadi hidung berdarah. banyak. habis tilam, cadar kena darah. last week ABANG dah bawak dia p jumpa specialist kat DEMC. doktor kata, Afiq Khair kena asma.. mungkin rumah dan keadaan sekitar tak bersih. ubat pun dpt juga. emm...betul ke sbb asma ni? rumah mmg jarang berkemas le. mmg nak kena kemas bersih la kan.. tapi, risau gak ni. hidung dia selalu berdarah. tadi pagi hantar juga le dia ke neseri. tak lama tu, neseri sms kata nye hidung AFiq Khair keluar darah lagi. badan dia pun suam2. aku mintak diorg tolong monitor dulu. kalo badan panas sgt ke, hidung berdarah byk ke...minta diorg kasi tau aku. kena gak le aku balik tengok Afiq Khair.

terasa macam jadi mama yg tak berapa amik kisah pulak. anak sakit, anak tak sihat pun, boleh dtg keje selamba. huh!! sebenarnye dlm hati ni ALLAH saja yg tahu. kalo buleh, sentiasa nak anak2 tu di depan mata aku ni. nak jaga diorg sendiri. tapi, kalo cenggitu, camne dgn keje opis? bukan selalu boleh dpt coti. annual leave dah abis, kena amik coti tak bergaji. aduih... serba tak kena. kalo tak kerja, boleh ke aku maintain dpt gaji macam sekrg ni tetiap bulan? sapa yg nak kasi aku gaji kalo tak bekerja??? sapa nak tolong bayarkan bil2 kami...? itu lak yg aku risaukan. aku tau, rezqi ALLAH tu, ada di mana2. dan bebila ALLAH nak kasi, dgn cara apa pun sekali, kalo dah tertulis itu rezqi kita...insya-ALLAH sentiasa ada rezqi itu buat kita. yg utama, kita sentiasa kena usaha sehabis baik demi mendapatkan rezqi tersebut. bukan dok goyang kaki semedang, mkn tido saja. mana rezqi nak dtg bergolek, kan..? owh...work from home??? aku reti mkn tido je.. itu, boleh dpt rezqi tak ek? ehehhe..

Labels: , , , ,

Thursday, October 14, 2010

Ragam

aku tgh agak bengang. tu yg bleh buat entry ke-2 utk hari ni. nyampah tau. byk customer, mmg byk la kerenah mereka, kan? byk hal. sengal betuuul!

1 customer ni, slalu bikin sakit jiwa. company dari Philippines. byk songeh. tiap tahun time nak renew contract, mmg depa ni memacam hal nye. service mesti nak kena tip top dan tepati masa. tapi, bayo duit, hampeh! nak kena follow up byk2 kali. pastu, bab contract lak...memacam nak kena soal jwb. kekadang, benda yg sama jugak depa tanya. pastu every year, benda yg sama gak aku ulang balik jwb kat depa. through email tau! depa bleh check balik apa...email2 dahulu kala. itu pun kalo tak di delete le. itu pun nak kena rajin la korek balik email2 dahulu kala.

belum lagi dgn pe'el person in charge diorg tu. tak sudah2 nak melencong je bila dok bertalipon. aku kalau tak pikir dia tu wakil kpd customer kitorg, dah tentu mau naik suara dan hempas je tepon tu. (baran jugak aku nih!!!! mmg hot!!!). selama ni, semua benda settle lalu email aje. mana ada nak talipon2 pun. buang duit. tapi yg dia ni, sikit2 nak talipon. kekadang takde le penting sgt pun. pastu sibuk nak borak hal2 personal. ada aku kisah hal dia? cepat2 aku mesti kata babai and pesan soh email aje kalo ada apa2. tapi dia tak mkn saman. penyibuk nomo satu!

takpe le. sabar je lah. bab urus niaga ni, sudah semesti nye customer didahulukan/ diutamakan...sudah tentu semua customer je betul..huhu!!!

Labels: ,

Wednesday, July 28, 2010

Tentang Kerja

Aku mmg tak berapa ngam dgn cara keje dia. dia bukan la boss pun. sorg pompuan jepun yg mai dtg keje sini, dipertanggungjwb-kan utk buat sales, tapi tak berapa membantu sgt pun sales company. (jahat nye aku.....tapi mmg kenyataan gituh).

selalu last minute mintak itu ini. suruh org tolong buat itu ini. hari tu boss mintak dia survey mana nak mintak org tolong buat translation japanese-korean language. dah seminggu takde dpt maklumat kot...kekkyoku (at last) semalam boss dtg mintak aku pulak survey. nahh...surf je kat yahoo/ google. translation japanese-korean language in malaysia. ada beberapa list company yg buat service translation tu kat malaysia. aku called beberapa company..at last yg betul2 boleh translate japanese-korean ialah Ringo Language & Translation Service. company kat PJ. www.ringo.my . 03-7877 8644/ 03-7877 9644 (TEL). alhamdulillah. now, tgh tunggu depa nyer reply tang translation tuh. tak tau le betul2 diorg boleh buat ke tak ntah. moga2 boleh diharap le.

tu, satu hal. lagi....semalam dia tiba2 kata nak confirmed order satu part utk kegunaan server kat tempat client. dia nak penghantaran dgn kadar segera. mmg aku boleh request mcm tu. tapi supplier punya jawapan selamat ialah, 2 weeks delivery. tak boleh janji hantar cepat atau lambat. kalo ada stock, boleh sampai awal dari 2 minggu. emmm...itu normal la kan? lagi pun dah dekat 2 minggu jugak le supplier hantar quotation. kalo dah confirmed awal2 sejak last week ke, kan dah boleh receive the parts dlm waktu2 terdekat ni. selalu la dia diam dan biarkan je the quotation tu.. kan dah p settle the server setting kat tempat client tu sejak seminggu/ 2 minggu lalu. kenapa la at the same time dia tanak order terus the thing??? tau-tau...pandai sebut URGENT je. ingat aku ni apa? nak membebel pasal delivery yg amik masa lama tu kat aku pun, buat apa? aku bukan boleh buat apa pun. aku boleh tolong issue PO, tepon2 supplier cakap nak urgent. tu je. selebih nye BERSERAH je la.

huhu...pompuan jepun yg sorg ni mmg agak malas le kalo nak dibandingkan dgn org2 sebelum dia. tapi, aku tak boleh le nak cakap byk.. aku bukan big boss. sekali sekala je aku membebel kat dia. ekkeke...

aduh...pagi2 sudah membebel kat blog. luahan hati! luahan hati!! aku malas nak bising2 kat org. maka nye, aku dok bebel2 kat sini je lah eh...ampun!!

Labels: ,

Thursday, December 31, 2009

esok dah masuk thn baru

hari ni is the last day for Y2009. pagi2 lagi boss dah jumpa aku, "Noora-chan, kyou nani mo nakattara, hayame ni kaette mo ii yo!" aku pun, dgn sengeh lebar...angguk2 sambil kata "hait!!" dgn suara agak kuat dan berbaur kegembiraan. yeyyyy!!!







tak lama tu, boss kasi email kat aku. lepas 1, 1 lagi email yg dtg. dia suruh aku hon-yaku. ish ish!!! cepat2 aku hon-yaku (translate) dgn hati berkobar nak siapkan cepat2...nak balik cepat. alhamdulillah kol 11 setgh tadi semua settle. now, dah kol 1 suku..opis pun senyap sunyi dah. boss dah chow. aku, dlm kol 2 kang la balik. lepas solat zuhor..







esok kan tahun baru. wong jepun ki....nak nyambut thn baru macam kita nak sambut raya puasa tu le. depa sambut 1 jan tetiap tahun dgn meriah. rumah hias cantik. makanan pun sedap2. p jinja (temple) utk make wish. sebab tu le boss pun nak chow awal. dia nak buat apa2 persiapan kot utk sambutan thn baru. buat toshi koshi soba kot!! ( toshi= tahun, koshi=melangkau?!!, soba= mee soba le!!)...atau pun kalo ikut kamus nye...Toshi Koshi Soba= Year crossing noodles. slalu nye depa prepare soba pada 31 dec ptg/ malam. pastu slalu nye depa kena mkn soba tu malam hari 31 dec, sebelum menjelang nye kol 12am, 1 jan tahun berikut nye. kira as their tradition la...must eat Toshi-Koshi-Soba on New Year's Eve...gituk.







owh ye...hari tu Iman dah selamat menjalani operation utk repair hernia dia pada 17 dec hari tu. sehari sebelum masuk awal muharram 1431H. sejak malam tu dia dah kena puasa. seawal 8 setgh pagi 17hb tu dah kena check in kat spital. tapi....kol 11 setgh pagi baru le iman disorong ke operation room. ish..kesian. sebelum tu iman dah sibuk kelaparan!!! kata ope nye sejam aje. tapi, kol 2 stgh gitu, baru Iman dibawak keluar. amik masa lama sbb lubang kat dlm tu agak besar. doktor repair lubang tu. kasi jahit dan tutup lubang nye...supaya usus dari perut tak akan jatuh lagi ke bawah (ke karung z*k*r)..

Iman sebelum ope.





keluar dari ope-room...iman masih lalok2 gitu. kesan dek ubat bius. aku pun sebenar nye, dari pagi amat la tak larat. tak buleh mkn, minum. asal apa saja masuk ke mulut, pasti muntah semula. langsung tak boleh mkn, minum. badan jadi letih dan lemah. pukul 5pm, aku beredar balik ke umah. nak amik anak2 yg lain. ABANG stay kat spital, jaga Iman 1 mlm kat spital. kat umah, Dikyah dgn Diba dtg dari kg. temankan aku kat umah. alhamdulillah. amat membantu sbb aku sgt lemah nak handle semua bersendirian. tak lalu mkn!!!


Iman lepas ope. masih lalok dek ubat bius...




jumaat, keadaan aku agak OK. boleh mkn tapi sikit2. tgh hari sebelum solat jumaat, ABANG dan Iman dah kat umah. Iman masih lemah. mkn pun tak lalu. Iman pun, asal mkn, pasti muntah balik. aku risau. ptg tu, berkumpul adik2 kat umah aku. ada Baya n family, Diba dan Dikyah. Baya nak balik kg, angkut Diba balik sekali.







Sabtu, aku jadi lemah balik. p amik ubat kat klinik. alhamdulillah mau lega. muntah2 pun reda. Isnin mmg aku amik coti. nak monitor keadaan Iman. aku buatkan bubur nasi. Iman mau mkn. alhamdulillah siang tu dia tak muntah2. nurse dari DEMC pun ada dtg. homecare gituk. check keadaan Iman. mlm Isnin tu Iman muntah2 semula. ABANG bawa p klinik. amik ubat tahan muntah. selasa, aku bekalkan bubur nasi utk Iman ke nursery. aku dah masuk keje semula hari selasa tu. agak risau dgn keadaan Iman. ptg tu, diorg kat nursery kata, Iman OK. boleh mkn tapi sikit2. so...seminggu tu mmg aku sediakan bubur nasi buat bekal Iman kat nursery.







weekend coti krismas, we all kat kampung. Iman pun dah ok. nampak sihat. dah boleh mkn macam biasa. cuma, aku elakkan dia dari amik telur, udang, sotong dan makanan 'gatal' yg lain. minuman berais pun aku suruh dia berpantang dulu. tapi, kat kg sepupu2 nye mkn aiskrim...mana Iman buleh tahan. dia baham gak aiskrim tuh!!! sabo jek la.







ok la. byk lak celoteh. lain kali sambung cerita. aku nak siap sedia balik umah. hari ni nak rehat2 kat rumah. esok ada orientasi sekolah Iman. (Iman akan bertukar sekolah. dah 2 thn kat tadika Nur Ummi. Iman dah bosan kat situ. dia nak sekolah lain. selepas survey tadika2 yg ada kat area Putra Heights tu...maka nye kami buat keputusan utk sekolahkan Iman ke tadika Genius Aulad kat USJ21. Iman pun berminat dgn tadika tu. harap2 Iman boleh belajar dgn penuh semangat dan jaya!!!). lepas abis orientasi, kami semua akan ke teluk batik. family trip dgn adik beradik dan parents aku...







so...happy holiday!!!! take care. serta selamat tahun baru 2010. moga tahun depan akan membawa lebih byk keceriaan, kejayaan dan kebaikan buat semua. amin.


Iman lepas ope. berehat kat umah.



**Al-fatihah buat arwah sepupu aku, Yazid. meninggal pada hari selasa, 29 dec 2009, 12 muharram 1431H. Arwah Yazid adalah anak ke-3 kepada BikNiah (adik mak aku), umur 15 tahun...lepasan PMR. bukan sebab sakit. tapi, boleh dikatakan sebagai kemalangan sewaktu arwah terjun ke sungai yg berdekatan dgn kunci air. kata saksi kejadian, mungkin leher/tengkuk arwah patah sbb terhantuk ke tiang kat kunci air tersebut...

Labels: , , ,

Friday, June 26, 2009

Update! Update!

Woh...agak lama aku tak sempat nak update apa2 new entry kat sini. ish ish..nak dekat maternity leave ni, byk gak le projek nak kena settle. pastu kena prepare report dan list apa2 yg patut opis-mate follow up sepjg aku bercuti nanti. Busy! Busy!





Oh ye, boss dah dpt cari staff sementara utk replace tempat aku ni sepjg aku bercuti nanti. dengar nye, temporary staff tu akan masuk opis after 4th July nanti. tunggu je lah. aku nyer due, 21 July. boss tetiap minggu tanya aku...bila aku akan mula cuti. ish ish..aku tak reti nak kata apa. kalo ikut sejarah kelahiran anak2ku...Iman lahir 4 minggu awal dari due. Afiq Khair lak lahir 2 minggu awal dari due. baby kali ni pun bakal lahir awal jugak ke dari due? emmm...wakannai (i don't know) wa...! Mlm ni check up kat DEMC dgn Doktor pilihan kami...Dr Norleen. nak tengok keadaan baby dulu.





eh...dah ujung bulan 6 ek kita ni. aku tak bercerita pun tentang kedatangan my Japanese best friend ke sini ujung bulan 5 yg lalu. dia tiba kat KL dgn flight dari Osaka...28hb Mei (malam). pastu flight balik ke japan pada 30 mei (malam). dedua flight kena transit kat s'pore kejap. kali ni, dia stay kat Corus Hotel, dekat je dgn KLCC. tetiap tahun dia mai Malaysia sejak aku graduate dari Japan dan balik ke malaysia ni. kecuali tahun lepas le, dia tak mai sini.. kali ni dia dtg dgn Natchan (adik dia..). aku tak tau nak bawak ke mana dah. ehehhe.. dia pun request nak p Midvalley sbb belum pernah sampai ke sana. aku pun, dgn pertolongan Ida (my sister)..bawak dia p midvalley. (tapi we all naik train je le..tak reti aku nak drive ke KL dan around KL tu).

Yang dok kat tgh tu le Naochan!!



paling tak tahan, masa nak balik ke shah alam dari KL tu...dah ptg. dlm kol 6 gitu, kan time org balik keje..(jumaat)..mmg ramai giler manusia kat KL Central. aku pun bersesak gak le merebut tempat nak masuk ke dlm komuter dari KL sentral ke shah alam. uhuhu...aku risau org dok tolak dan tolak dan padat gitu...kang pecah lak perut aku yg membesar ni. ahhahahha...alhamdulillah selamat. lepas 2,3 stesen berenti, org kat dlm train pun dah makin kurang. baru le ada org perasan yg aku ni pregnant lady. depa dok panggil2 soh aku duduk. aku pun senyum lebar la. sambil ucap sorry dan terima kasih kat diorg tu sbb kasi tempat duduk. uwaaaahhhh lega nye dpt duduk!!! ahhahaha..moga dimurahkan le rezeki adik yg sanggup bangun kasi seat dia kat aku tu. dan juga, moga murah gak rezeki dan diberi hidayat oleh ALLAH buat org2 sekitar nye yg prihatin dan kasi laluan kat aku utk ke tempat duduk tu.



sabtu next day tu, ABANG bleh drive utk bawak aku dan Nao-chan+Natchan p jalan2. kitorg machiawase tgh hari..terus bawak p mkn kat restoran nasi lemak antarabangsa (nasi lemak kg bharu) kat wangsa maju. emm...tak best sgt lah menu kat situ. sambal nasi lemak nye pedas sgt. tak berapa menarik la bagi aku dan ABANG. jepun2 tu tak tau le. masing2 mkn tak abis. sbb kenyang ke...tak sedap ke..pedas ke..emmm.. lepas lunch, seperti selalu bila depa mai malaysia, mesti mau shopping kat Carrefour. mmg depato pilihan diorg ni. sbb nak shopping segala jenis rencah kari, keropok ikan/udang etc...puding/sweet/jus perisa mango...dan lain2. aku dan ABANG layan anak2 kat tempat mainan yg tersedia kat sana je. lepas shopping, hantar ke hotel. then, aku sekeluarga ke KLIA terus. Naochan lak, ke KLIA dgn bas, agent pelancongan yg uruskan travel diorg ni yg uruskan semua. kitorg jumpa kat KLIA jek. flight diorg pukul 9pm dari KLIA.



sayonara!! moga bleh jumpa lagi lain kali. tapi entah bila la..sbb next month (july) naochan akan ke Switzerland. jadi sensei kat sana. cerita pasal kedatangan Naochan ni pun, ada kat blog Wah. sila lihat : http://coretankitty.blogspot.com/2009/06/nao-chan-datang.html



Anak-anak pulak.

Iman sepjg minggu ni tgh musim peperiksaan. camne lah agaknye dia. hari2 bila balik umah, aku tanya periksa OK tak? dia jawab "OK!! senang je..". hamboi hamboi...

Afiq Khair pulak, macam biasa. suka mengada ngada. ish ish..asal ke dapur je, dia soh bukak peti sejuk. ada je yg dia nak. jelly la, air kotak la, air Yakult la, gula-gula la..suka sgt mkn jajan2. ish ish. kadang2 aku buat tak layan je. kalo dia ngamuk2, aku soh la Afiq Khair tolong buat apa2. tolong amik kain kotor dan masukkan ke dlm mesin basuh ke...atau, tolong bawakkan kain bersih yg aku amik dari ampaian dan bawakkan masuk ke dlm umah. then, senyap la dia dari nangis/ merengek dan dgn suka hati nye dia tolong mama buat kerja. yeyy!! hehhee..



last weekend..kami sekeluarga ke Melaka. ahad 21 jun ada jemputan kenduri kawin. akak opis tempat keje ABANG dulu2 tu...menjemput ke kenduri kawin anak dia. so, kami amik kesempatan p book hotel dan bertolak ke melaka hari sabtu. bertolak pagi. sampai ayer keroh tgh hari. p lunch dulu. then, nak p zoo....aku malas nak berjln sbb zoo tu kan luas. maka nye, aku ajak p Taman Buaya je la. aisey..taman tu macam tak terjaga je. emmm..anyway, ada gak le pelbagai jenis buaya kat dlm tu. Iman dok takut...takut...takut dgn buaya. soh berdiri kat kandang buaya utk bergambar pun dia takut. ajak naik keretapi dinosour yg ada kat dlm taman tu pun dia takut. siap nangis2 tuh!!! ish ish..letih! lepas tu, terus check in kat Straits Meridian Hotel. apartment 1 bilik. OK la hotel ni daripada Mahkota Hotel yg dekat2 mahkota Parade sana tu. Iman dan Afiq Khair pun suka. lagi la ada swimming pool. laaagi diorg suka. asal masuk pool je, bila ajak naik ..masing2 takmo naik. Afiq Khair siap meronta ronta dan nangis2 bila dipaksa naik. huhuhu.. Mlm tu, kami p mkn kat restoran yg mengundang nostalgia. hehehhe..restoran Sri Percik kat Malim. nyum nyum...mmg sedap, cuma mahal sket le situ. Rancangan tv popular, "jalan jalan cari makan" pun dah ada pernah sampai situ. Hari ahad, tgh hari...kami p kenduri. then, terus bertolak balik ke shah alam. emmm..letih tapi seronok dpt luangkan masa sekeluarga macam ni!!

Ahad 21 Jun tu,kan Hari Bapa. aku just send sms je kat abah aku. then, utk ABANG pulak..wish gitu2 aje. Iman kat sekolah takde buat kad utk Hari Bapa pun!! mungkin sibuk nak m'hadapi minggu peperiksaan kot. cikgu tak sempat nak ajar buat kad Hari Bapa. kesian bapa-bapa.. anyway, Selamat Hari Bapa buat semua yg bergelar bapa!!!

Labels: , , , , , ,