Memaparkan catatan dengan label Tukar Kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tukar Kerajaan. Papar semua catatan

Ahad, 14 Mac 2010

MALIKUL BERFATWA LAGI




TRIK LAMA - TAKUTKAN MELAYU DENGAN HANTU - KEMUDIAN JUAL TANGKAL




UMAT ISLAM HADAPI ANCAMAN - melayau

Umat Islam di negara ini kini berdepan dengan ancaman hebat dari dalam dan luar yang cuba menggugat dan memecah belah perpaduan para penganutnya.

Muhyiddin Yassin berkata, percubaan tersebut semakin ketara sejak kebelakangan ini dan untuk itu umat Islam perlu mengukuhkan semula keharmonian.

"Kita berdepan dengan cabaran hebat yang datang dari luar dan dalam, kalau kita tidak pelihara dan prihatin, mereka akan terus berusaha menggugat, merosak dan menjatuhkan kita.

"Apa yang pasti mereka tidak berniat baik, tidak mahu melihat kita maju, mereka mahu buat sesuatu yang boleh menyebabkan kita hadapi kesusahan dan kepayahan," katanya.

KAH KAH KAH...


woit.... ADA UMAT YANG MENGAKU ISLAM DAN KUAT RASUAH MACAM MANA?.... kah kah kah...

woit... ADA UMAT YANG MENGAKUI ISLAM TAPI SUKA BELI KAPAL SELAM... MACAM MANA?.... kah kah kah..

woit... ADA UMAT YANG MENGAKUI ISALAM TAPI SUKA RAMPAS TANAH RAKYAT MACAM MANA?.... kah kah kah...

nota:
ini trik lama
takut takutkan orang melayu
bila orang melayu takut
maka orang melayu akan minta perlindungan
dari gerombolan

macam macam cara nak menipu orang Melayu
tak puas puas tipu Melayu
sampai sembah muka
sampai daging tumbuh berlebih lebih di muka kerana tipu Melayu kah kah kah




Jumaat, 12 Februari 2010

YA AMPOOOON !



KAKAK HIPO DENGAN ADIK JANTAN HIPO SEDANG BERMESRA



TINDAKAN PERLU DIAMBIL TERHADAP MEREKA YANG BUANG ANAK - mStar

Rosmah Mansor, yang dukacita dengan kes membuang bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, mahu tindakan segera diambil bagi membendung perbuatan itu.

Beliau yang menyifatkan perbuatan itu sebagai amat kejam, mahu pihak yang melakukan perbuatan terkutuk berkenaan dihadapkan ke muka pengadilan dan diberi hukuman yang setimpal.

"Jika dahulu, kes-kes pembuangan bayi tidak begitu kerap dilaporkan tetapi perkara itu menjadi semakin serius akhir-akhir ini.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH..
.

woit... MACAM MANA KALAU YANG BUANG ADIK... kah kah kah..

woit... MACAM MANA KALAU TAK NGAKU ADA ANAK... kah kah kah..

woit... MACAM MANA KALAU TAK NGAKU SEPUPU?... kah kah kah..

woit... MACAM MANA KALAU BUANG MAK SAUDARA?... kah kah kah..

woit.... MACAM MANA KALAU TAK NGAKU JANDA... kah kah kah..

nota:
cakap dulang paku serepeh
makan nasi atas upeh
mengata orang dia yang lebih
air lior meleleh leleh kah kah kah




Isnin, 23 November 2009

BERITA DARI KUBU GEROMBOLAN



KECEWA KERANA GEROMBOLAN BIKIN KACAU




CERAMAH ANWAR DI HENTIKAN

Ceramah Saudara Anwar Ibrahim di Batu 31 Kg. Ayer Manis Kulai telah diberhentikan setelah 10 minit Anwar berucap. Polis telah memberi kata dua. Keadaan tegang telah berlaku kerana pemuda gerombolan telah mengadakan tunjuk persaaan ditempat yang sama.

Pergaduhan telah tercetus. Pihak gerombolan telah melaung-laungkan slogan Pengkhianat dan Kaki Bontot.

Untuk menenangkan keadaan Saudara Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk membatalkan ceramah pada jam 10.30 malam.

Seramai hampir 5000 warga Johor dari pelbagai pelusuk telah datang untuk mendengar ucapan Anwar Ibrahim. Hanya dua pemimpin Pakatan Rakyat yang sempat berceramah – Saudara Tian Chua dan pemimpin Pas Saudara Mazlan Alimin.

Orang ramai - warga Kulai dan Johir - yang datang untuk mendengar ceramah ini merasa amat kecewa. Majoriti yang datang hendak mendengar ceramah ini adalah ahli gerombolan sendiri. Ini kerana Kulai adalah sarang dan kubu gerombolan.

Awalnya pihak polis telah pun memberikan permit untuk ceramah pada malam ini.

Beberapa hari sebelum ceramah ini dibuat pihak gerombolan telah cuba melakukan sabotage. Kain rentang dan poster -menentang ceramah ini - telah kelihatan bertaburan di kawasan Kulai.

Angkatan Muda Johor esok – Isnin – akan membuat laporan polis tentang kes ini. Menurut sumber AMK, kelihatan pihak polis telah di tekan oleh seorang gedebe gerombolan yang bernama Adam Hamid yang mengakui dirinya sebagai ketua gerombolan Kulai. ( Wartawan TT Johor)

BERITA AWAL

BERITA DARI JOHOR: UMNO BERTINDAK BANGSAT (Bt 31 Kg Ayer Manis Kulai)

Nampaknya UMNO Johor semakin terdesak, sepanjang malam semalam kami AMK Johor terpaksa berjaga sepanjang malam akibat perangai KEJI UMNO, mereka membuat operasi menggantung benner yg tertulis dengan perkataan dan ayat kotor dengan niat ingin mensabotaj Program PKR yg bakal berlagsung esok. AMK johor keseluruhannya telah menurunkan hampir 30 benner yg digantung oleh PEMUDA balaci UMNgOk ni.

Namun dengan semangat tabah dan menghoramati tatasusila politik di negara Malaysia ini, AMK Johor mangambill keputusan utk tidak membuat kacau di dalam sepanjang urusan mereka mengantung benner tersebut.
AMK Johor bertindak menurunkan semua benner tersebut setelah semua PEMUDA balaci UMNgOk ini selesai memasangnya.

Namun AMK Johor berbesar hati menyerahkan semula benner ini semua kepada mereka jika mereka mahu. Kepada PEMUDA balaci UMNgok kalu kamu anak meLAYU?!! bole datang ke Kem AMK untuk ambil semula semua benner2 tersebut.

Malam ini sekali lagi kami AMK johor akan berjaga utk memastikan kerja terkutuk UMNgOk haram jadah ni dapat di kawal.

Mereka juga dijangka akan menggerakkan 1 demostrasi BODOH membantah lokasi program PKR yg dijadualkan esok. Ternyata mereka cukup takut dengan gelombang yg bakal menhanyutkan mereka di Johor ini. Lokasi yg dimaksudkan adalah tanah milik individu seluas 6 ekar yg bakal di gunakan utk program ceramah pada malam selepas selesai Konvensyen PKR Johor esok.

AMK Johor juga akan berdepan dengan demonstrasi bodoh UMNgOk pada esok hari. Kami akan terus BERJUANG..UMNO.!!mari kita berentap dengan adat dan tatasusila politik..

Apabila pengishtiharan perang dilaungkan, kami akan LAWAN, bila kami LAWAN, kami akan LAWAN sampai MENANG…

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Ketua Penerangan AMK Cabang Batu Pahat



Jumaat, 13 Mac 2009

LINGKUP ! LONKOP ! LANGKOP!



NORZA DIDAKWA HARI INI ?
melayau

KUALA LUMPUR 12 Mac - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Norza Zakaria dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Temerloh di Pahang esok, berhubung kes rasuah politik.

Beliau dijangka menghadapi tuduhan menyediakan sumber kewangan untuk membolehkan seorang ahli politik yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) dipilih pada Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac ini.


kah kah kah…. HAIRAN…. BILA KES INI BERLAKU ?... TIBA TIBA ADA NAMA DATUK NORZA…. AKHBAR TAK PERNAH PUN LAPORKAN NAMA DATUK NORZA… kah kah kah…

kah kah kah…. INILAH DIA DATUKNYA…. HAIRAN DULU NAMA DATUK INI TAK SEBUT PUN DALAM AKHBAR …. kah kah kah



Jumaat, 16 Januari 2009

BERITA DARI KUALA TERENGGANU


SULIT - BARU DI TERIMA


Permai Inn Batu Buruk ada ada 600 orang tetamu baru masuk.

Dari laporan yang diterima mereka akan mendaftar di bawah nama Kementerian Kesihatan.

Siapa sebenarnya mereka ini?

Adakah mereka hantu?



SIRI CERAMAH MALAM KELMARIN


Bila siri ceramah bermula pada malam kelmarin di setiap UPU, helikopter pun mula berligar-ligar.

Di jalan-jalan raya kereta polis buat siren.

Fru pulak mundar mandir.

Di setiap tempat ceramah ada 15 hingga 20 orang polis tercanguk menebeng.


BERITA HANGAT DAN BERITA BASI


Gerombolan telah mengatakan ada 150 ahli parti PAS masuk ke dalam United Malays National Organisation di Wakaf Mempelam.

Mempelam sudah busuk.


DI WAKAF MEMPELAM


Ceramah MB Selangor hampir 300 yang hadir. Turut berucap Perserujaya Pas Negeri Sembilan.

MB Selangor menyeru pengundi P36 menjadi ‘ pengundi bijak’ seperti pengundi di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
.


DI CABANG TIGA

Keadaan agak panas. Polis dan Fru telah datang untuk memisahkan para penyokong Pakatan dan gerombolan.

Awalnya di katan Dolah Badawi akan datang ke sini tetapi di batalkan.

Para penyokong terus berslogan dan bertakbir.

Kedua kumpulan berhadapan antara satu sama lain hanya dengan jarak 15 meter.


PROGRAM ESOK


Majlis Dialok dengan Anwar Ibrahim pada jam 10.30 pagi di Ibu Pejabat PKR Kuala Terengganu.



BIK MAMA KELIHATAN DI KUALA TERENGANU


Gempa Kuat di Kepulauan Pasifik – berita hairan


KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berskala 6.8 Ritcher berlaku di Loyalty Islands, New Caledonia, Kepulauan Pasifik, pada jam 3.27 petang ini.

Pusat gempa bumi terletak 964 kilometer dari barat daya Suva, Fiji dan 6,432 kilometer dari tenggara Tawau, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan gempa bumi itu.




Jumaat, 19 September 2008

TERESA KOK AKAN SAMAN KERAJAAN - TERBARU !

Ahli Parlimen Seputeh akan menyaman kerajaan kerana ‘ salah tangkap dan salah kurung’ yang telah dilakukan oleh kerajaan.

Menurut YB Teresa penangkapan ini hanyalah satu helah untuk menutup kemaluan United Malays National Organisation hasil dari kenyataan Ahmad Ismail Cincin Besar.

Selasa, 16 September 2008

KU LI AKAN LAWAN DOLAH - TERKINI !

Ku Li telah berkata bahawa ‘ United Malays National Organisation tidak ada jalan lain. Dolah perlu berundur sekarang, kalau tidak kita jadi sejarah’.

Ku Li sedang menyusun barisan untuk melawan Dolah pada persidangan tahunan gerombolan ini pada bulan Disember.

Khamis, 11 September 2008

BNBBC NAFI AHLI PARLIMEN TERIMA RM50,000 – Utusan Melayau


KOTA KINABALU 10 Sept. - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menafikan dakwaan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee bahawa setiap Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyertai lawatan ke luar negara menerima wang saku sebanyak RM50,000.

Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Bung Moktar Radin berkata, tidak ada tawaran wang saku diberikan kepada setiap Ahli Parlimen BN termasuk kepada dua Ahli Parlimen SAPP bagi mengikuti lawatan tersebut.

Sehubungan itu, Bung Moktar mencabar Teck Lee membuat laporan polis sekiranya dakwaan tersebut benar.


kah kah kah…… memang betul bung moktar…. datuk yong teck lee ni hina hang dan geng hang yang gi taiwan tu…. 50,000 ribu ringgit? …. itu bukan duit…… satu amoi pun tak boleh dapat dengan 50,000 ringgit….kah kah kah.

cakap dengan ini datuk…. satu batang balak pun harga lebih mahal dari 50,000…. datuk yong ni dari ulu jabong mana …. 50,000 ni belanja satu malam di karoke taipe…. kah kah kah.

datuk yong ingat bung pergi  dangdut rose merah kat brickfeild ke….ini taipei laaa….. ini taipei mali, ada cakap cakap… kencing tak mahu keluar…. kah kah kah.

bnbbc tu binatang apa?.... bangku bangku cabuk atau budak budak corot .... kah kah kah

Selasa, 9 September 2008

TERKINI !! DR.MAHATHIR SEDIA KEMBALI KE UMNO

KUALA LUMPUR 9 Sept. Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk kembali menyertai UMNO semula selepas mengambil keputusan keluar parti itu, Mei lalu.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Dr. Mahathir menyuarakan hasratnya selepas beliau mengadakan pertemuan atas jemputan bekas Perdana Menteri itu, Sabtu lalu.

Kah kah kah…… dah gila talak…… dulu keluar tak ada orang ikut… ni nak masuk balik.. kah kah kah…. mamat ni dah abis modal…. cam nak nak jatuhkan dolaaah.. kah kah kah….

Satu idea …. pinjam rambut palsu bini… lepas tu tanding ketua wanita… kah kah kah….

Kj – hang tak dapat tido lenalaaaaaaaa… hantu raya udah sampai… kah kah kah... tapi ada satu idea..... hang buka kes tanah yang banyak di rompak oleh muhyiddin di johor.... bagi dia juga tak tido lena.....  gua  ketawa .... kah kah kah.

Isnin, 8 September 2008

PEMECAH BERITA !!!

Parti GERAKAN baru saja mengadakan sidang akhbar di Pulai Pinang.

Khoo Tsu Koon telah menyatakan bahawa parti Gerakan akan memutuskan hubungan dengan United Malays National Pulau Pinang.

Ini kerana Gerakan tidak dapat menerima kenyatan Ahmad Ismail.

HOT! HOT! HOT! - TERBARU

Mathathir Muhamad nak masuk kembali ke dalam United Malays National Organisation?

kah kah kah........ hang ingat bila hang keluak ramai orang ikut....kah kah kah..... anak hang pun tak ikut hang..... kah kah kah.

jadikan mahathir muhamad ketua pemuda lawan khairy...... kah kah kah....

HOT ! DUA AKHBAR - MANA YANG BETUL

MRR2 DIBUKA, DIJAMIN SELAMAT –Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 7 Sept Kerajaan mengesahkan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang kembali dibuka hari ini selamat digunakan dengan jaminan tahap keselamatan keenam-enam lorongnya akan diperiksa setiap hari.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, siasatan yang dilakukan Pasukan Petugas Kementerian Kerja Raya bersama jururunding dari Jerman, Leonhardt, Andre and Partner (LAP) mendapati tiada lagi kerosakan pada struktur tiang jejambat itu.

MEMPAT LAGI STRUKTUR TIANG MRR2 MEREKAH – Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang jaring keselamatan pada empat lagi tiang jejambat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) selepas menemui beberapa rekahan halus atau 'hairline crack' pada permukaan penampal struktur berkenaan.

Empat rekahan baru pada tiang 6, 15, 16 dan 29 itu juga tidak sama dengan yang dikenal pasti berlaku pada tiang 28 jejambat berkenaan, yang mendapat liputan meluas media sejak ia ditemui orang ramai pada 3 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Sektor Pakarnya, Ir N Selvanayagam, berkata rekahan baru itu membabitkan permukaan luar penampal dan JKR mengesahkan ia tidak menjejaskan plastik pengukuh bahan gentian karbon (CFRP) serta struktur asas tiang rasuk.

Kah kah kah….. dua surat khabo.....mana yang betoi….. dua komen…. satu dari bumiputera dan satu dari geng hindraf….. kah kah kah…. pilih mana nak caya….kah kah kah.

Nak tanya sikit…. Nama kompeni yang buat jalan ni apa?.....kah kah kah …
Bumi Highway laaaaaaaaa……jangan jadi ngooook.... kah kah kah.

HOT ! PASARAN DERIVITIF BURSA MALAYSIA TERTANGGUH

 

KUALA LUMPUR 8 Sept - Urus niaga bagi pasaran derivatif Bursa Malaysia ditangguhkan pagi ini berikutan masalah teknikal.

Dalam satu kenyataan di sini, Bursa Malaysia Bhd. berkata, pihaknya sedang mengenal pasti masalah dengan segera.

Bagaimanapun, sistem dagangan ekuiti Bursa Malaysia Securities dan Platform Dagangan Elektronik bagi pasaran bon tidak terlibat dalam masalah teknikal itu dan dibuka seperti biasa.

Kah kah kah.... betoi kaa...... selalu sangat 'tekninkal ni'...... cakap malaysia unik.... cakap web tv pertama dalam asia....cakap negara islam terbaik baik...... kak kah kah .... kelentong Mek Ngoh  dan Mek Joh dari felda taib andak boleh kot.....

pelabur dak lari ke..... kah kah kah

JAGA HATI RAKYAT JIKA INGIN BERTAHAN LAMA – Utusan Melayau


KUALA LUMPUR 7 Sept. - Aktivis sosial dan ahli akademik terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tindakan turun padang adalah satu perkara yang membuang masa dan wang ringgit.

Aktivis Sosial dan Ekonomi, Datuk Dr. Denison Jayasooria berkata, kerja seorang menteri besar bukan setakat mempengerusikan mesyuarat tetapi perlu terlibat dalam kerja-kerja peringkat bawahan.



Kah kah kah….. gua lagi terkejut kerana nama mamat ni tak pernah dengar pun… mamat ni kang kung ke? Dari sintok ke ….kah kah kah

Aktivis Sosial? aktivis sosial ni binatang apa ? macam gro ke? ada di jual kat pasar chow kit ke? Berapa sekilo?..... kah kah kah

TOLAK SYOR WUJUD EMPAT TIMBALAN PERDANA MENTERI -Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 7 Sept - Beberapa ahli akademik meminta kerajaan tidak melayan cadangan Pemuda MCA Kedah supaya melantik empat lagi Timbalan Perdana Menteri (TPM) pelbagai kaum bagi mengatasi masalah perkauman.

Menurut mereka, sistem seorang Perdana Menteri (PM) dan seorang TPM setakat ini terbukti berjaya mewujudkan suasana stabil dan harmoni dalam negara.

Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, cadangan tersebut jelas bertujuan memberi tekanan kepada UMNO yang menjadi tunjang utama dalam komponen Barisan Nasional (BN).

''Jawatan TPM hanya untuk seorang sahaja dan jika kerajaan memenuhi cadangan tersebut maka kita akan ada TPM daripada semua kaum misalnya Dayak, Iban, Dusun dan Kadazan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Seorang lagi penganalisis, Prof. Madya Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, unsur perkauman tidak ada kena-mengena dengan jumlah jawatan TPM yang perlu diwujudkan.

Beliau menegaskan, cadangan tersebut mencerminkan keadaan politik elit sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang yang terpaksa bertarung untuk terus hidup.

''Politik negara sedang bergelumang kerana setiap parti mahu terus hidup dan sebab itu masing-masing berusaha mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah berbangkit,'' katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Agus Yusof berpendapat, cadangan melantik empat lagi TPM sememangnya tidak sesuai dengan keperluan semasa.

Kah kah kah….. tiga ekor kang kung tak tahu apa yang mereka cakap. Bukan 1 atau 50 TPM yang penting…. semua ini tak masuk pot.

Yang penting Ketuanan Rakyat bukan Ketuanan TPM…. Ngok…. macam mana kang kong – kang kong ini dapat mengapong di universiti….kah kah kah.

Bertarung untuk hidup ? apa yang kang kung ni cakap? gua tak faham laaaa….
Siapa yang nak jadi PM atau TPM  - yang penting bukan dia melayu atau cina atau banjar atau india…. yang penting ialah fikiran orang itu…. Melayu PM kalau tido sepanjang ari pun tak guna juga kah kah kah…. TPM yang hanya pandai ambil komisen pun tak guna juga…. Kah kah kah.

Napa kang kung-kang kung ini bebal sangat….. mereka ini dari sintok ke…..kah kah kah

Ahad, 7 September 2008

NAJIB: I APPROVED BNBBC's OVERSEAS TRIP BECAUSE IT'S CONTRUCTIVE -The Sun

Kuala Lumpur (Sept 5, 2008): Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today he approved an overseas study trip by the Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC) because it is constructive.
 

bollock.... what construtive.... stop bolllocking....just tell us how much was the komisen when you bought the second hand submarine? was in in dollars or in ringgit....kah kah kah.

you can idiot some people sometime
you can't idiot all the people all the time
but you can be an idiot all the time..... kah kah kah.

HASRAT TUKAR KERAJAAN BAHAYA: ONGKILI - Berita Hairan

KUDAT: Hasrat pembangkang mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 September ini bukan setakat pakatan jahat, malah berbahaya kerana mengancam politik dan ekonomi negara, kata Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sanggup membelakangkan etika berpolitik dengan mencuba membentuk kerajaan baru dengan kaedah memujuk Ahli Parlimen BN keluar parti dan menyertai pembangkang demi kepentingan politik sempit mereka.

Mengapa Pakatan Rakyat degil dalam mencanangkan pembentukan kerajaan terdiri daripada ahli politik yang tidak berprinsip.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Ahli Parlimen BN tidak boleh dijual beli untuk semangkuk bubur politik.

"Adakah kita ingin melihat negara ini ditadbir oleh `Ahli Dewan Rakyat katak' yang pasti menggadaikan hak rakyat," katanya.

Beliau meminta kerajaan mengambil tindakan tegas, termasuk menggunakan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang menimbulkan ketakutan rakyat dengan menyebarkan dakyah dan pembohongan.

Kah kah kah…. maximus biggus dikkus bercakap lagi….
Etika politik…… kah kah kah kah.
Ahli dewan rakyat katak….. kah kah kah …. braim ali dia perli hang….kah kah kah.

Laa aaaaaa cakap beretika dan berprinsip….. nak tangkap  guna ISA…..tu pasalaaaa rakyat nak tukar kerajaaaan…. ngok ....maximus biggus dikuss ni boduss sanguss…kah kah kah.

maximus biggus dikuss yang boduss sanggus ini kita akan bagi dia tiga mangkuk bubur….kah kah kah.

RETREAT BN KE LUAR NEGARA TIDAK TEPAT PADA MASA, AHLI PARLIMEN SERAWAK BELUM SAHKAN PENYERTAAN – Borneo Post

Retreat anjuran Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang dijadualkan berlangsung mula 7 hingga 19 September ini di luar negara disifatkan Naib Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Datuk Dr Tiki Lafe ‘tidak kena pada masanya’.

Tiki yang juga Ahli Parlimen Mas Gading berkata, beliau tidak akan menyertai program berkenaan, tetapi berada di Bau.


Kah kah kah…… ni sapo ni….jeng jeng jeng….. pak bagus pak…. buat apa abiskan duit rakyat.

YB ni tak pergi..... jeng jeng jeng.... jay jay jay... jeng jeng jeng...

Jamaluddin Jarjis apa khabar….. raba-raba bontot macam mana ….. kah kah kah.

HENTIKAN ISU PERKAUMAN – Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan semua perbincangan yang menjurus kepada sensiviti perkauman perlu dihentikan segera sebelum berlaku perpecahan di kalangan rakyat di negara ini.Beliau berkata, rakyat menjadi semakin meluat dengan permainan politik dan polemik perkauman dan keagamaan yang kini disifatkan menjadi semakin parah.

Kah kah kah….. baru sekarang nak cakap…. Orang dah cakap dari dulu lagi ….. jangan jangan jangan….. dari mana lidah kontot datang…. mamat ini pun kaki tido ke? Tak kan baru bangun kot …. kah kah kah…

Orang bukan lagi meluat dah keluar muntah hijau dah….. ..orang dah nak buat kerajaan baru…. ni baru nak cakap….. apa punya tuuur mamat ini.. kah kah kah.

Sabtu, 6 September 2008

AHLI UMNO PERLU HAPUSKAN POLITIK WANG – Utusan Melayau


KUALA LUMPUR 4 Sept. - Semua ahli UMNO diminta memberi kerjasama kepada Lembaga Disiplin dalam menangani masalah politik wang terutama pada mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, tanpa kerjasama daripada semua ahli, adalah sukar bagi UMNO untuk membanteras politik wang.

Menurut beliau, setakat ini, pihaknya hanya menerima banyak aduan pelanggaran tataetika mengenai rasuah politik tetapi gagal membuktikannya.

''Amalan buruk ini amat memalukan dan perlu dihentikan segera kerana ia boleh merosakkan demokrasi dalam parti.


Kah kah kah….. tan sri you ni serious ke? Woit tan sri you nak bagi parti you mati ke ? lu tak gi permatang pauh…. lepas buang undi satu geromblan parti you dah ‘mengamuk’ pecahkan ibu pejabat parti you kat sana…..dia orang minta fuluuuuuuuuuus…. kah kah kah.