Memaparkan catatan dengan label Menantu Dolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menantu Dolah. Papar semua catatan

Rabu, 24 Mac 2010

PROJEK PADANG GOLF TAK DAPAT - SEKARANG MENIPU LAGI




GHAPUR: ZAHRIN PENIPU BESAR
- malaysiakini

Ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh, yang dinamakan sebagai satu daripada lapan MP yang akan berpaling tadah kepada pembangkang pada 16 Sept membidas Zahrain Hashim yang didakwa menipu di Dewan Rakyat.

Bekas MP PKR yang mengisytiharkan dirinya sebagai ahli bebas itu, minggu lalu mendedahkan bahawa Abdul Ghapur yang mewakili Umno Sabah dinamakan antara kumpulan berkenaan.

Menurut Ghapur, Zahrain telah melakukan satu penipuan besar.

KAH KAH KAH...

woit... BARU SEKARANG SEDAR ...MALAON INI MEMANG SAH PENIPU BESAR....kah kah kah..

woit... TAK KAN TAK SEDAR.... MALAON INI NAK AMBIL KONTRAK 40 JUTA.... kah kah kah..

kah kah kah.... SYARIKAT HANYA ADA MODAL TUJUH RINGGIT LIMA PULUH LIMA SEN.... kah kah kah..

kah kah kah....PERANGAI PENIAGA BUMIPUTERA....kah kah kah..

kah kah kah....BILA TAK DAPAT MARAH KAN CHINA..... kah kah kah



Sabtu, 20 Februari 2010

BARU INI HILANG SABAR - 18 TAHUN TAK SABAR



KAMPONG BEREMBANG DIROBOH GEROMBOLAN BERKUASA - TAK ADA LAPORAN BERITA




PENDUDUK KAMPUNG HILANG SABAR - melayau

ALOR SETAR 19 Feb. - Kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Padang Chapa, Alor Janggus, di sini semakin hilang sabar apabila bekalan air ke kampung itu kerap terputus sejak 20 tahun lalu.Masalah itu semakin buruk sejak lima tahun lalu sehingga penduduk terpaksa 'menagih simpati' kepada Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) supaya menghantar bekalan air bersih dengan lori terutamanya apabila ada majlis kenduri.

Rata-rata penduduk mendakwa, mereka hanya boleh menikmati bekalan air selepas pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi dan pada waktu siang bekalan akan terputus sama sekali.

KAH KAH KAH


woit... BARU SEKARANG HILANG SABAR...kah kah kah..

kah kah kah.. BAGUS... HILANG SABAR INI JADI CONTOH UNTUK TEMPAT LAIN...kah kah kah

nota:
ini lah baiknya kerajaan pakatan rakyat mentabir.
jika bukan kerana kerajaaan pakatan di kedah
sampai kiamat pun berita ini tidak keluar.

selama 18 tahun akhbar buat buat tak tahu tentang hal ini.
tetapi bila 2 tahun kerajaan pakatan mentabir
barulah berita keluar untuk melihatkan
betapa seksanya kehidupan warga kedah ini
untuk didengar umum.

tujuan berita ini ialah untuk memburukkan kerajaan kedah
di bawah pakatan – tetapi selama 18 tahun masalah ini
tidak dapat diselesaikan oleh gerombolan.

seperti di selangor pulau pinang dan wilayah
hari hari ada berita kesusahan orang ramai.
apa sahaja masalah rakyat akhbar/tv/radio akan datang
untuk menunjukkan betapa ‘gagalnya’ kerajaan pakatan.

demo lima orang pun keluar diakhbar kalau di selangor.
warung kena roboh pun akan heboh berbulan bulan
kalau di pulau pinang. longkang tersumbat pun akan
jadi induk berita di tv3 kalau ini berlaku di wilayah.

cuba bezakan: dua hari dulu di selama perak – kampong air kuning
tanah kebun sayur dan buah-buahan seluas 12 hektar
yang telah diteroka selama 12 tahun di musnahkan. satu berita pun
tidak keluar. kalau ini kerajaan pakatan – macam nak ribut berita ini
akan dimain kan. macam kampung buiah pala di Pulau Pinang dahulu.

di pahang, johor, melaka, negeri sembilan
mesti ada bertimbun timbun masaalah macam ini.
tapi tidak akan ada berita muncul. ini kerana
mereka belum cerdik lagi. kalau mereka cerdik
mereka akan mengikuti jejak langkah warga selangor
dan pulau pinang.

warga yang bijak untuk keselesaan hidup
akan memilih kerajaan pakatan.




SUDAH JADI DARAH DAGING




TIDAK DAPAT DISELAMATKAN LAGI



SAKSI :TERIMA WANG BUKAN PELIK - malaysiakini

Dua saksi dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, memberitahu Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini penerimaan wang tunai dalam satu majlis yang dihadiri mereka bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan.

Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Maran, Nasaruddin Abdullah, 47, berkata beliau tidak berasa pelik selepas menerima wang daripada seorang lagi AJK Umno Bahagian itu, Khadri Musa pada satu majlis di rumah Naib Ketua Umno Temerloh, Mohammad Anuar Yunus pada 20 Jan tahun lepas yang turut dihadiri Mohamad Norza.

Ketika disoal balas peguam Halimi, Jahaberdeen Mohd Yunoos mengenai alasan kenyataannya itu, Nasaruddin yang merupakan saksi pendakwaan ke-12 berkata, mereka berdua sering berbalas memberikan wang.

KAH KAH KAH...

woit... MALAOAN INI JUJUR... kah kah kah..

woit... MALAON INI BERCAKAP BENAR... kah kah kah..

kah kah kah... DALAM BUDAYA GEROMBOLAN... AMBIL DUIT BUKAN PEKARA PELIK.... kah kah kah..

kah kah kah...AMBIL DUIT PEKARA BIASA...kah kah kah..

woit.... YANG PELIK DALAM GEROMBOLAN IALAH CALON YANG TAK BAGI DUIT..... kah kah kah...

kah kah kah....CALON MACAM INI DIPANGGIL KEDEKUT.... kah kah kah..

kah kah kah.... CALOM MACAM INI JAMIN TAK MENANG....kah kah kah



Selasa, 2 Februari 2010

KU LI TIBAI GEROMBOLAN



DIHINGGAPI PENTAKIT MAT NGANTUK



KU LI : TINDAKAN DISPLIN TIADK RELEVAN , UMNO BOLEH BUAT APA SAHAJA – malaysianinsider

Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan Umno boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.

“Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan.

“Isunya ialah apa yang undang-undang kata. Undang-undang ialah Akta Pembangunan Petroleum yang membawa kepada kelahiran Petronas dan memberi Kelantan dan Terengganu hak perundangan kepada lima peratus hasil minyak yang ditemui di pesisir (pantai),” kata Tengku Razaleigh.

KAH KAH KAH…

woit…. PADAN MUKA… PRESIDEN GEROMBOLAN … kah kah kah..

kah kah kah… BOPENG MUKA SETAKOK… kah kah kah..

woit… MANA NAK SURUK MUKA… kah kah kah..

woit… TAK KAN TAK NAK AMBIL TINDAKAN… kah kah kah..

kah kah kah…ROTAN LAA KU LI… kah kah kah..

kah kah kah… BAGI KU LI NI RASA KENA ROTAN SEKALI…kah kah kah..



PEMUDA UMNO GESA KU LI LEPASKAN KERUSI MP - malaysianinsider

Pemuda Umno Kelantan mahu Tengku Razaleigh Hamzah melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Gua Musang, dan menyertai PAS atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat.

Susulan ceramahnya dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan Ahli Parlimen Gua Musang itu dilabel sebagai menentang arus dan menyimpan agenda tersendiri.

“Tindakannya (Ku Li) itu jelas membayangkan beliau tidak menghormati Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Mustapa Mohamed.

“Jadi, Pemuda (Umno) Kelantan merasakan adalah lebih baik Ku Li melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN dan menyertai PAS atau PKR,” kata Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian.

KAH KAH KAH…

woit…BUKAN KU LI TAK HORMAT PADA MALAON TOK PA… kah kah kah..

kah kah kah… KU LI HAS NO TIME LAAA… kah kah kah..

woit… PRESIDEN GEROMBOLAN LAGI KU LI KATA TAK RELEVAN..kah kah kah

kah kah kah… INGAT KULI ADA MASA UNTUK MACHA TOK PA NI …kah kah lah




Ahad, 21 Jun 2009

BERITA UNTUK DI BACA OLEH HADI DAN NASA






PAS TIDAK AKAN BENARKAN DIRINYA JADI TALIAN HAYAT UMNO
– harakahdaily


KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - PAS tidak akan membenarkan dirinya menjadi talian hayat untuk untuk memulihkan krisis kepercayaan rakyat terhadap Najib Razak, Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presidennya, Mahfuz Omar.

Beliau berkata, krisis kepercayaan rakyat terhadap Najib, Umno dan BN kini begitu parah sehingga apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan hendak dijadikan talian hayat "untuk menyambung nafas mereka".

KAH KAH KAH…


kah kah kah…TALIAN HAYAT? …. kah kah kah…

kah kah kah… INI DAH MASUK ICU KE IJN … kah kah kah…

kah kah kah….DAH TAK CUKUP OXYGEN KE ?... kah kah kah..

kah kah kah… CABUTKAN TALI OXYGEN TU… MENGHABISKAN RESEN HOSPITAL JE…. kah kah kah…



Selasa, 19 Mei 2009

BETUL KE NI ? SAJE NAK KELENTONG ?





TIADA CALON DI PENANTI
- melayaui

Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.

Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu menegaskan, keputusan tersebut diambil kerana pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

“Kekosongan ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak selesaikan masalah dalaman mereka. Ia satu permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan Perlembagaan.

“Oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha-usaha memulihkan ekonomi negara, maka kita memutuskan tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti,’’ katanya.

kah kah kah… SATU PERMAIANAN?.... kah kah kah..

kah kah kah… BUKAN SATU PERMAINAN…. kah kah kah…

kah kah kah…DULU CAKAP KALAH KERANA DOLAH… kah kah kah..

kah kah kah… DENGAN MAT MONGOL PAKATAN NAK TEST MARKET… kah kah kah

kah kah kah… BETUL KE MAT MONGOL AKAN BAWA KEMENANGAN?..kah kah kah..

kah kah kah… NAK UTAMAKAN KHIDMAT?…NAK MEMULIH EKONOMI?...kah kah kah..

woit… JANGANLAH TIPU MELAYU …. CAKAP LAH TAK NAK DENGAR NAMA ALTANTUYA… kah kah kah

woit…JANGAN RISAU… ALTANTUYA TAK AKAN ADA… YANG ADA DI PENANTI IALAH AMINAH BINTI ABDULAH… kah kah kah



Ahad, 17 Mei 2009

JAMIN KENA BUANG DALAM MASA TIGA HARI !!!



ANIFAH AMAN BUKAK CERITA ALTANTUYA PADA HILLARY CLINTON


Bodoh ini ada berbagai-bagai. Masok sekolah, masuk maktab, masuk pondok, masuk kuliah atau masuk universiti tidak akan menjamin dapat menghilangkan kebodohan. Ini telah terbukti kelmarin apabila Menteri Luar Malaysia telah menunjukkan kebodohannya yang amat sangat dihadapan wartawan antarabangsa di Washington DC.

Ketika sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Puan Hillary Clinton, Mamat ini telah membuka cerita Altantuya secara resmi. Ini bermula apabila ada soalan dari wartawan yang ingin bertanya tentang dasar kerajaan Amerika terhadap kes pertuduhan ke dua ke atas Anwar Ibrahim.

Kerajaan Amerika dalam laporan tahunan telah menerangkan bahawa kes ini adalah kes rekaan. Tuduhan ke atas Anwar Ibrahim dirancang dengan tujuan untuk memastikan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional selamat. Dasar kerajaan Amerika ini masih tidak berubah.

Puan Hillary Clinton ketika menjawab tidak pun menyebut nama Anwar Ibrahim kerana beliau berdiplomasi dan mewakili kerajaan. Hillary hanya menyatakan bahawa dasar lama itu masih dipakai. Tetapi Mamat yang mengaku dirinya bekerja sebagai Menteri Luar Malaysia ini telah terbarai dan tercirit mulutnya.

Dengan gigi tersengeh, Mamat ini bergebang panjang dan bercerita tentang Perak, tentang harga durian, tentang harga petai, tentang harga telor masin, tentang Pak Man Telo, tentang kedai bundle. Mamat ini betul betul macam penceramah politik yang dapat mikropone tetapi tak tahu bila hendak berhenti.

Perit Mamat ini. Bodoh Mamat ini. Kalau betul cerita yang Mamat ini telah dilamar oleh Anwar Ibrahim untuk menjadi bakal Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Pakatan Rakyat, maknanya adalah lebih selamat kalau Rahim Tambik Kecik jadi guru besar di Sekolah Tun Fatimah.

Mamat ini sedang nyawa-nyawa ikan. Dalam masa yang tidak lama Mamat ini pasti akan diberhentikan.

Kenapa ? Tak kan tak tahu. Bik Mama mesti marah menyinga. Potong stim tak dapat bergambar di Rumah Puteh.

Tanpa ditanya, tanpa disoal, tanpa diherdik – si Mamat ini telah bercerita tentang gadis cun Altantuya di hadapan Puan Hillary Clinton.

Tidak ada sesiapa yang bertanya tentang penglibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya – tup tup Mamat ini bercerita yang si Anwar Ibrahim ada bukti yang Najib terlibat. Mamat ini dengan gagah berani berkata bahawa dia sedang menunggu bukti dari Anwar Ibrahim.

Ya! Ampoon kenapa bodoh sangat Mamat ini. Kalau macam ini lebih baik Zainuddin Mydin jadi pensyarah English Literature.



Ahad, 25 Januari 2009

PEMIMPIN DIDAKWA SPRM TIDAK BOLEH BERTANDING - melayau


PEKAN 24 Jan. - Pemimpin dan ahli UMNO yang ditahan serta didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung politik wang tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan parti Mac ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagaimanapun seseorang pemimpin atau ahli yang masih dalam siasatan oleh SPRM berhubung gejala itu masih dibenarkan bertanding.

Tegas beliau, anggota perwakilan yang ditahan dan didakwa oleh SPRM juga tidak dibenarkan menghadiri perhimpunan tersebut.


kah kah kah…. betul ke sprm ni serious…. kah kah kah…. balik-balik 200 ringgit…kah kah kah…

woit…. napa tak ada yang lebih dari 200 ringgit…. kah kah kah…. susah nak kira ke?...kah kah kah…

woit…. kali ni ada dua pekara yang akan berlaku…. kah kah kah…. pertama perhimhupanan agung gerombolan gagal…. tak cukup korum…. tah kah kah….

kah kah kah…. kedua… semua menang tak bertanding…. kah kah kah…. kesian ku li… apa punya nasib… mahafiraun lebong ku li tiga kali…. nak jadi ghurkha pun tak dapat… kah kah kah…



Isnin, 5 Januari 2009

PENYAMPAI BERITA PELAKON BEBAS - berita hairan



KUALA LUMPUR: Penyampai berita stesen televisyen swasta, Farahrizan Abdul Razak, 23, dan pelakon wanita sambilan yang ditahan bersama 24 yang lain kerana disyaki menyertai pesta dadah pada malam tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.

Mereka dibebaskan sementara menunggu hasil ujian air kencing kedua dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).


kah kah kah.... jamin 100% bebas.... jamin tak masuk pusat serenti.... kah kah kah...

kah kah kah.... hairan?.... kah kah kah.... jangan hairan.... boleh bayar... air kencing boleh bertukar... kah kah kah...

kah kah kah.... tak percaya cuba lihat nanti... kah kah kah....atau pun macam kes sharifah aini nak kena bunuh.... sampai hari ini tak ada jawapan... kah kah kah..

kah kah kah.... yang selalu masuk pusat serenti hanyalah yang miskin... mat rempit tak ada duit.... mat pet... kah kah kah...

woit... malaysia boleeeeeh ... semua boleh air kencing pun boleh ganti.... kah kah kah




Sabtu, 3 Januari 2009

200 SERTAI PERHIMPUNAN BANTAH KEKEJAMAN ISREAL - mStar



KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 aktivis yang terdiri daripada ahli parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Kedutaan Palestin bagi membantah kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.

Perhimpunan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin turut menyerahkan memorandum sokongan kepada Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Aziz Abu Ghoush.

Antara kandungan memorandum tersebut ialah dengan menyatakan tanda sokongan padu barisan pemuda Malaysia bagi menuntut kebebasan dan keamanan di Genting Gaza.

kah kah kah…. mangkuk mangkuk ni bukan pergi mengutuk kedutaan amerika…kah kah kah…

woit….200 ekor mangkuk ni tak sedar yang isreal tu boneka amerika…kah kah kah..

woit…. takut nak tunjuk perasaan anti amerika ke ….kah kah kah

kah kah kah…. pergi jumpa duta palestin buat apa?.... kah kah kah… pergi lah demo anti amerika... di hadapan kedutaan amerika… kah kah kah… baru ada telor... kah kah kah...buat apa jumpa tok arab …kah kah kah....

kah kah kah... nak tanya sikit... cakap ahli ada 3 juta... kah kah kah... tak kan hanya 200 sahaja yang datang.... kah kah kah.... ini pun laporan berita hairan... entah entah 20 orang yang datang.... kah kah kah




Ahad, 21 September 2008

MINTA BANTUAN LUAR JEJAS NEGARA – Utusan Melayau


KEMAMAN 20 Sept. Kerajaan memandang serius tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta simpati dan sokongan dari luar kerana ia menjejaskan nama Malaysia di mata dunia.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan Anwar itu menyebabkan Malaysia dipandang rendah oleh negara luar
.

kah kah kah…. ni yang buat kita bingong….
apa konek-tion nya minta sokongan luar jadikan malaysia di pandang rendah ….
malaysia bukan bawah bukit….kah kah kah….

jejas macam mana wak....apa yang terjejas...kah kah kah

tu pasal orang suma suka 69 … mamat kemaman ni saja yang suka 46 …kah kah kah

Khamis, 11 September 2008

BERITA GEMPAR !!! PM TERKEJUT KENYATAAN MUHYIDDIN


PUTRAJAYA 11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui akan diadakan pada 2010.

``Saya terkejut kerana dia adalah sebahagian daripada ahli Kabinet saya,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di sini hari ini.

kah kah kah….. betullaaaa mamat dooolah ni kaki tidoooo….. baru sekarang dia terkejut… sluruh dunia dah tahu….kah kah kah

woit….mana hang pegi dolaaaah oooi…. hang tidok kat mana….celah mana hang tidoook…

kesian…. tak de orang bagi tau mamat ni…. yang dia nak kena sembelih oleh tim MMK – madey,muhidin dan ku li….. tolong habak laaa pada …tolong ceeeek…kah kah kah

TERKINI ! PAS UNTUNG DR MAHATHIR MASUK SEMULA UMNO KATA NIK AZIZ

KOTA BAHARU, 11 Sept (Bernama) - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno akan memberi kelebihan kepada Pas dan Pakatan Rakyat kerana "Umno akan bergolak".

"Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini
.

kah kah kah….. ini berita baik untuk seluruh umat malaysia…. kah kah kah.

kalau tok guru seronok….. kita seribu kali lagi seronok…..kah kah kah

woit….tukang kacau sudah sampai…..kah kah kah

Selasa, 9 September 2008

TERKINI !! DR.MAHATHIR SEDIA KEMBALI KE UMNO

KUALA LUMPUR 9 Sept. Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk kembali menyertai UMNO semula selepas mengambil keputusan keluar parti itu, Mei lalu.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Dr. Mahathir menyuarakan hasratnya selepas beliau mengadakan pertemuan atas jemputan bekas Perdana Menteri itu, Sabtu lalu.

Kah kah kah…… dah gila talak…… dulu keluar tak ada orang ikut… ni nak masuk balik.. kah kah kah…. mamat ni dah abis modal…. cam nak nak jatuhkan dolaaah.. kah kah kah….

Satu idea …. pinjam rambut palsu bini… lepas tu tanding ketua wanita… kah kah kah….

Kj – hang tak dapat tido lenalaaaaaaaa… hantu raya udah sampai… kah kah kah... tapi ada satu idea..... hang buka kes tanah yang banyak di rompak oleh muhyiddin di johor.... bagi dia juga tak tido lena.....  gua  ketawa .... kah kah kah.

PERSATUAN ALUMNI UUM BERGOTONG ROYONG – Utusan Melayau

SINTOK 8 Sept. - Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) menjalankan program kemasyarakatan termasuk gotong-royong membersih dan mengindahkan Masjid Kariah Kubang Lintah, Kuala Nerang dekat sini, baru-baru ini.

Gotong-royong dengan kerjasama Kelab Remaja Bestari, Uniutama Property Sdn. Bhd. (UPSB) dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) itu turut melibatkan aktiviti mengecat, memunggah dan membersihkan balai lama, memperindahkan landskap, memperbaiki lampu masjid dan membersihkan kawasan tanah perkuburan.

Kah kah kah…… ini kerja alumini sintok….. baru gua tahu… ni macam kerja gua masa buat ‘job week’ zaman scout dulu…. kah kah kah. mana kardi?

Isnin, 1 September 2008

MUKHRIZ YAKIN PELUANG MAKIN CERAH – best!!

JITRA 31 Ogos - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir yakin peluangnya untuk bertanding Ketua Pergerakan itu kembali cerah apabila sokongan terhadapnya meningkat terutama selepas pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu.

Beliau berkata, kegagalan Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Parlimen itu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pemuda UMNO yang menterjemahkannya menerusi sokongan terhadapnya.


Kah kah kah…. ini yang kita mahu dengar…. best de best … biar depa bunuh sama sendiri…. Kah kah kah. Anak nak bunuh menantu.... anak Mahathir nak bunuh menantu Dolah... kakh kah kah.