Yeayy!! After nearly 4 months, akhirnya berat da berjaya diturunkan seperti berat asal sebelum mengandung. Hihi..seronoknya. Mmg btul la fully breastfeed ni dpt turun kn berat. Dgn anak ku ni yg jenis asyik xleh tinggal sorg je..nak masak pun kena dukung..mane x turun berat ummi. Hehe..Harap2..dpt la maintain berat ni smpai la anak ke 2,3,4 nnt..Seronok!
Adoii la. Tak ku sangka mcm ni rupanya masalah rambut gugur utk org yg lepas bersalin. Serius sgt byk! Kat mana2 ade jela rambut aku dijumpai. Sampai x larat nak vacum & sapu ( hehe..sbnrnya xdela rajin pun). Kalau sikat rambut lagi la..selambak! Da la rambut da makin berjela2 ni. Yg tak best tu, kjp2 je jumpe rambut kt Iyaad. Kt baju la, tgn la..aishhh.
Ade org kata, waktu mcm ni elok potong rambut. Senang nak urus. Tapi masalahnya, nak potong tu yg agak payah. Dulu bole la suh en suami potong. Skg ni, susah sket sbb iyaad tu kena tgk 24 jam. Siapa2 xde je dpn mata, nanges mcm kena dera. Tgh tido pun bole tau ade ke xde org dkt dgn dia. Habis tu mcm mana? Org tua2 kata, bila anak start main air liur, maka rambut mak dia mmg akan berguguran la jatuh ke bumi. Sah2 la Iyaad da sgt pndai main air liur. Berbuih2 je kat mulut mcm org lepas gosok gigi. Hehe..
Harap2 cpt2 la masalah ni berkurangan. Ade org kata 6 bulan da ok. Ade kata smpai 9 bulan pun ade. Maik aih..nak potong rambut cpt2! Tak sanggup da tgk rambut merata2 kat rumah ni.
Ape nak tulis utk entry kali ni pn xtau. Tapi rasa mcm nk menulis atau dlm kata lain, nak menaip la. Lately, takde bnd menarik sgt nk ditulis. Semua pun pasal Iyaad jela. Bila da ade anak ni, mmg semua bnd dia la yg watak utama kot. Hehe..
Kehidupan seharian pn mcm biasa. Bgn pg solat Subuh, readykn breakfast n bento utk en suami, patu bila en suami da pegi work, main ngn Iyaad jp. Smpai dia trtdo blk, ummi pun join. Dlm kul 10 lebih krg, bgn blk, if Iyaad da bgn, mndikn dia. If x, ummi pergi urus diri dulu. Kalau Iyaad tdo lame, bole la basuh baju Iyaad sekali. After Zohor, lunch sesimple-simplenya, main lg ngn Iyaad. Most of the time, dia xde de dok diam waktu ummi mndi n solat. Mesti nanges nk suh lyn dia sorg je.
Kadang2, nk masak utk dinner x terbuat sebab xbole tggl lngsung budak kecik ni. Nanges meraung sampai xde suara. Kesian pulak nk tggl lame2. Padahal, ummi masak kt dapur, dia bole je tgk. Tapi, nk jgk suh kite mengadap dia je. Smpai kdg2, en suami da blk br nk stat msk. Or kalau ssh sgt, kenala dukung Iyaad smbil masak.
Manja la sungguh anak papa ni. Asalkn dia sihat, xpela kena brkorban masa sket lyn dia bila dia nk dilayan. Nnt Iyaad da besar da xnak ummi dukung, time tu br la rasa rindu nk dukung Iyaad. Hehe...
Saya demam...huhu. Dari semalam demam ni. Dengan selsema, batuk, sakit kepala yg teramat. Macam sakit yg selalu aku sakit tu. Semua ni start dr ari sabtu aritu. Iyaad telah menghadiahkn sebuah tendangan padu kat dada aku. Apa lagi..bengkak la cik B. Huhu..smpai lebam. Nak bg susu kt iyaad pn sakit gile! Start dr situ la demam pun menyusul.
Skg kt hospital. Nak amek ubat sebab kat drug store biasa xde ubat utk ibu yg menyusukan anak. Kena la jgk g emergency clinic utk dpt kn rawatan. Demam; 39.1 degree. Influenza; xde.
Harap2 lepas mkn ubat ni bertambah ok la. Sian iyaad ummi xdapat main dgn dia sgt. Sian lagi en suami sebab xlarat langsung nak masak utk dia. Huhuhu...
Petang td bawak Iyaad g klinik. Lepas 2 bulan..baby kat Jepun ninda start kena cucuk mcm2 jenis vaksin. Start mgg ni smpai bulan 4 nnt berturut2 kena g klinik utk cucuk. Mgg dpn kena g lagi, mgg lagi satu pun. Yg harini namanya Hib Vaksin. Aku pun da xtau vaksin ape yg nk cucuk mgg dpn ni pulak. Sebab ms dia bgtau aritu kat fon time bt appointment ngn klinik tu. Jadual susun dlm fon je. Haha..jadi aku xtau yg mana satu Iyaad kena cucuk tu.
As usual ktrg g naik teksi. Smpai2 klinik blom bukak. 230 br bukak..akus saje kuar awal sket. Kena la tgg dpn pintu. Nasib baik la hari sgt ii tenki. Tak terasa sgt sejuk. Kira turn ktrg no 2 sebab dpn aku da ade org lain dtg lg awal. Masuk2 klinik, daftar Iyaad sebab first time. Iyaad sgt baik. Masa tgg kat luar tu dia tido je. Masuk dlm, bukak mata, terus tersengeh2. Bila masuk bilik doktor, time kena cucuk nanges sket. Tapi xsmpai 3 saat la nangesnya tu. Hehe..bagus btul anak ummi ni. Pastu terus sengeh balik. Btulkn baju dia balik, smbil sembang2 ngn dia, terus g amek buku kesihatan dia n balik. Kejap je..
Disebabkan ii tenki harini, plus aku rasa dkt sgt klinik tu dgn rumah, maka aku pun decide nk jln kaki je blk. Malas nk call taxi, or tgg kt dpn tu. Iyaad pun ok je mood dia. Dapat la exercise sket. Tapi.. mmg berat sungguh anak ummi ni. Aku da la x bawak carrier ke stroller ke..Lenguh tgn satu hal, peluh ketiak xyah cakap la. Aku pakai punya la tebal baju. Tak expect hari begitu tak sejuk. Haha..lagipun dukung budak yg sgt semangat ni memang la. Dia elok je tido sepanjang aku bertungkus lumus berusaha nk smpai rumah. Hahaha..
Last2..ktrg smpai rumah lebih kurang 20 mnt perjalanan. Fuhhhh..serius berpeluh dgn jayanya. Bagus la jugak..lama xberpeluh mcm tu. Time kaseh anakku sebab sgt la behave lagi utk kesekian kalinya. Kore kara mo..kte jln sama2 blk dr klinik ek :)
Pagi2 lagi aku ngn Iyaad da ready mandi semua. Baju siap basuh, sidai..Kalau hari2 biasa tu, terhegeh2 je aku nk buat semua bnd. Nasib baik Iyaad pun sporting..xde nak nanges2 time ummi kemas2 rumah. Arini ade org dari hoken center datang. Hoken center tu pusat kesihatan. Kat setiap bndr ade hoken center ni. Khas utk para ibu dan baby serta warga tua. Aku pernah pergi sekali je hoken center Chiryu dulu. Time baru2 tau peknen sebab nk kena amek kupon kesihatan ibu & baby + buku kesihatan utk rawatan ibu & baby. Kalau ikut kn, mcm2 perkhidmatan ade kt hoken center ni. Nak soudan (bincang@mintak nasihat) psl kehamilan bole, psl baby bole, psl masalah penyusuan bole..kira semua bole la. Kelas utk ibu n bapa yg baru nk dpt baby pun ade.
Haa..berbalik kpd cite lawatan dr org hoken center td. Dorg mmg da bgtau akan dtg lepas baby da sebulan. Nak visit sambil bg la pape bnd yg patut. Aku pn readykn la air teh bujang ngn biskut kot2 dia dahaga nnt. Hehe.. Puan (eh ke..cik??) tu setsumei (terangkn) psl vaksin2 yg baby kne ambik. Pastu bgtau la senarai klinik yg ade kt Chiryu ni yg bole bwk anak kecik utk dptkn suntikan. Jadi aku kena la call klinik mne2 yg aku berkenan ptu buat la appointment. Macam2 lagi la dia terangkn. Ade cm club utk ibu2 dan baby. Klu join, dptla berkenalan ngn org2 Jepun yg ade kt Chiryu ni.
Iyaad tido je time org tu ade. Nk tnjk kt dia ruam2 kt bdn Iyaad pn xdpt. Tp dia tgk kt muka n kepala Iyaad, jwpn dia mestila mcm org lain jgk..biasa la kt budak2. Hehe..aku ni terlebih risau agaknya. Xpela..nk lg sahih lg, nnt time g inject, tnyela doktor. Kan senang. Harap2 ruam biasa jela.
Saikin..Iyaad asyik nk kne peluk je. Tido pun nk tido atas dada ummi je. Mesti dia sejuk...sian dia.
Harini mmg pengalaman plg best la untuk aku setakat da jadi ibu ni. First time dating dgn Iyaad. Kalau da namanya dating tu, maknanya keluar berdua la kn. Hehe.. Sebenarnya hari Jumaat ni ktrg plan nk g Tokyo setelkn birth registration Iyaad, dgn nk renew passport aku yg da nak abes tempoh tu. Sekaligus bole la buat passport Iyaad sekali. Utk permohonan kedua2 bnd tu, mcm2 la bnd kena sediakn. Disebabkan en suami xdpt nk amek cuti, jadi aku kenala jugak berdikari pergi sendiri syiyakusho (city hall) utk mntk bnd2 yg diperlukan oleh pihak embassy. Budak tecik ni pun kena la gendong sekali. Seperti biasa, kena la call taxi. Agaknya org taxi tu da kenal aku kot. Kehkehkeh..
Ingt nk kuar pagi2 gila, sebab tkt nnt ramai org ke. Tp bila pikir2 blk, xyah pn xpe kot. Lagipun dgn budak kecik ni, kena la jgk ikut time dia. Kejap nak susu, kejap nk tukar pampers semua. Last2 kul 10 lebih br dpt kuar. Aku dukung Iyaad guna baby carrier. Dah muat da dia duduk dlm tu. Hehe
| Kami nak pergi dating.. |
Syiyakusho tu dkt je ngn Apita shopping mall. Rasa mcm nk g cuci2 mata jap, so aku pun menapak la g situ. Dkt sgt pun.. Sepanjang2 dari naik taxi pergi syiyakusho td, Iyaad tido je. Xbgn lgsg. Alhamdulillah. Smpai aku pergi Apita pn dia tido je lg walaupun berjalan dlm keadaan sejuk. Tapi, aku da pkaikn baju yg tebal la utk dia. Disebabkan Iyaad sgt baik + behave, ummi belikn Iyaad mainan. Sian Iyaad..xde mainan lgsg lg. Sabishi je ummi tgk anak ummi ni. Xpela..nnt Iyaad besar sket lg, ummi beli byk2 lagi mainan ek.
Welcome December!! Cepat betul ms berlalu kn.. Da nk smpai pnghujung thn 2011. Tak terlambat jgk nk ucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah kpd semua muslimin dan muslimat :) Harap2 tahun ni akan berlaku lebih byk prkr yg lebih baik dr thn2 sebelumnya.Insya Allah..
Alhamdulillah life skg sudah semakin terkawal. Aku da dpt biasakn diri dgn Iyaad berdua kt rumah. Ade masa, dia ok, dptla buat byk sket kerja rumah. Time dia nk mengepit je dgn kte, al
maklumnya..bertangguh la keje2 yg nk dibuat. Anyway..iyaad adalah seorg budak yg baik. Da pndai gelak n ckp dgn kte sket2. Hehe..
So far Iyaad full bf. Alhamdulillah rezeki susu aku ckp utk iyaad. Semoga berterusan hndknya. Ade gak kdg2 trpikir nk pam susu simpan utk kot2 iyaad nk minum time kt luar ke..tp, rs tak perlu la kot. First, sbb kat Nihon ni benri (senang) nk bf kat mne2 especially shopping complex sbb disediakn tmpt menyusu kt bhgian baju kanak2 selalunya. Kedua..selagi aku ni full time housewife..xpela kot bg direct feed je.
| Iyaad baik x nangis time tukar pampers |
| Antara kemudahan dllm bilik menyusu tu |
| Iyaad lena dlm strollet AEON. Hehe..senang hati ummi & papa nak beli barang |
| Cuba teka mana Iyaad?? |
Aaa..hari da makin sejuk. Nak bwk Iyaad keluar dr rumah rasa cm kesian je..hehe..
Pergghh..aku da jd mak org...tula prsn aku bile bukak je mata. Padahal sebenarnya sepanjang mlm tu bkn bole tido sgt. Bdn sakit sana sini, tulang bontot pn sakit. Nak tido pn xselesa. Asyik terjaga je. Da la dlm kul 3 am tu, nurse dtg bilik. Check luka, amek tekanan darah, patu tukarkan pad. Wah..rasa cm baby plak. Hehe..tp bagus la jgk sbb aku sgt la xlarat nk bt ape pn. En suami pn nyenyak gile tido..mybe penat sgt. Sian dia..after setel mlm tu, solat Isyak semua, dia trs tido. Baju pn xtukar.
Aku kjut en suami solat Subuh, ptu try la jln sket2. Badan still lemah..gigil2. Maybe sbb smlmnya x makan kot, tenaga da guna abes pulak tu, jd mmg la sgt xlarat. Rasa nk jatuh je. Tapi kena kuat semangat. Duduk la kejap kt sofa..xmo baring je. Takut nnt xleh bgn langsung.
Bekpes smpai..alhamdulillah dia bg nasi ngn ikan. Dpt jgk la aku mkn. Dlm kul 8 lebih, en suami blk rumah nk urus diri semua. Mcm2 bnd nk kena setel sebab Jmt dia kena keje. Aku plak, xdela sorg2 sgt sbb nurse agak rajin jgk la dtg melawat. Doktor pn ade dtg tnye2 kaba semua. Call mama..bgtau semua da selamat.
Then, kena g nurse station, utk check luka lagi. Nurse tnye..da kencing blom.. Aku jwb..da. Kira ok la da kencing. Dia letak antiseptic kt luka, & cuci2 sket. Patu en suami dtg blk. Aku da bole mndi pg ni. Ready2, masuk shower. Lega gile dpt mndi lepas seharian bertarung nyawa. Hehe..terus mndi niat mndi wiladah.
Tghari sket, Iyaad dibawa masuk bilik. Ish rasa xpercaya da ade anak sndr. Tapi aku xlarat sgt nk angkt dia sbb bdn aku still gigil2 + tgn lenguh semacam je. Sian dia..ummi xdpt nk dukung sgt. Tp at least dpt la jgk sembang2 dgn dia kn. Patu nurse suh dia hisap oppai. Mula2 dia xnk..tp lme2 ok la. Dpt la kot hisap sket. Pasni kena ganbare lagi. Nurse pesan suh aku urut oppai setiap 3 jam supaya susu dpt keluar. Semalam lps lahir pn ade try bg susu kt Iyaad tp dia xmo. Blom pndai lagi..bole pulak dia tido time nk suh hisap tu.Hee..
Ptg..ade nurse dtg utk urut kaki. Jadi Iyaad kena hntr blk baby blk. Huhu..Ps kena urut, rs lega sket..maka tertido la aku dgn agak nyenyak. Sedar2 da kul 4 lebih. En suami yg blk rumah tghari td pn da nk dtg blk. Dia da siap masak utk diri sndr, sekali bahagian utk aku..in case aku xleh mkn mknn hsptl. Salmon bakar je pn..sbb aku xnk dia masak susah2.
Mlm..dpt 'pnjm' Iyaad skjp bfore dorg amek blk utk bg susu semua. Huhu..en suami pn smpai tertido lepas Maghrb. Pnt sgt kot..sian dia. Aku tau dia da brusaha yg terbaik utk semua bnd. Kul 9 da kena blk. Esknya (Jumaat) dia keje. Maka akan bermula la kehidupan aku berdikari sndr tanpa en suami trsyg. Esknya juga akan bermula kehidupan berdua bersama Iyaad. Hehe..ganbare ummi + papa + Baby. We can do it!!