Showing posts with label Give Away. Show all posts
Showing posts with label Give Away. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

Lagi-lagi GA dari Kelly

Tempat Pertama
Tempat Ke 2
Tempat Ke 3
Salam..GA dr Kelly lagi di blog http://mrskellywalther6969.blogspot.com/
Jom ramai2 serbu blog Kelly. Makcik suka sangat join GA ni..nak2 kalu ada item yg berkenan..macam barang diatas lerr..
Ok syaratnya sperti dibawah;
Mestilah Kelly's Life blog follower
so kalau yang belum jadi follower blog ini, kenalah follow dulu & lepas itu baru layak sertai GA ini
- Dah follow -

Linkkan blog Kelly's Life di blog anda
- Dah link -

GA ini akan bermula pada 3hb Oct dan akan berakhir pada 3hb Januari 2011

Sila tinggalkan komen berserta nama, alamat, email dan nombor telefon di N3 ini
Jangan lupa nyatakan " Kenapa anda suka melawat Kelly's Life blog?"
- Dah komen -

GA Azatie

GA dari blog http://azatiesayang.blogspot.com. Sila click blog Azatie untuk keterangan GA selanjutnya, tarikh tutup pada 18/10/2010

Hadiah Pertama
Hadiah Ke 2
Hadiah Ke 3

Wednesday, September 29, 2010

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)


GA dari Kak Ina KL lah pulak..nk join gak sebab banyak hadiah2 yang akan diberi..tak larat nk copy semua hadiah2 tu, jad irajin2lah jengok ke blog K Ina di http://www.kakinakl.com/




Kak Ina kata "senang ajer nak dapatkan hadiah ini. Cuma letakkan sekeping gambar..Rasanya ramai yang ambil gambar masa gi open house kan...tak kisahlah gambar bersama keluarga, sanak saudara dan teman-teman. ..
Gambar tak kiralah lucu ker..candid ker..suka hati kalau nak letak kata lucu pun boleh (kira bonus kalau letak)..yang best masa tengh makanlah yer,tak letak pun boleh...
Bagilah tau serba sedikit di mana gambar di ambil, di rumah sape, bila dan di mana"




Jadi..nilah gambar yang di pertaruhkan, diambil di rumah abang sulung saya di K Terengganu pada Hari Raya Ke2 baru-baru ni. Dari kanan Abang Long saya, tengah anak sulung saya , Firdaus & kiri tu adik ipar saya Eddie sedang tak ingat dunia makan mee rebus yg Mak Long buat. Sorry ya..antor gambar korang...jangan marahhh... nanti kalu menang hadiah kita share sama-sama ya..hihihi..

Syarat-syarat yang lain pun senang ajer...

1. Buat N3 pasal blog akak..tak kisahlah macamana cara nak tulis..nak kutuk pun boleh.
2. Letakkan link akak di N3 tersebut.
3. Tinggalkan komen kat bawah N3 ini. Kalau kat shoutbox akak tak kira yer..dan jangan lupa letakkan permalink anda.
4. Tarikh tutup pada atau sebelum 22hb. Oktober 2010 jam 12.00 tengahmalam.

Dan yang paling penting sekali kenalah letak ayat ni di penghabisan N3 yer..

5. Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama eyriqazz, beautifulnara dan nurazzah

So apalagi..mari ramai2 post gambar dan join contest ini;

Contest - Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama;

eyriqazz http://eyriqazz.com

Beautifulnara http://beautifulnara.com

nurazzah http://nostalgialama.blogspot.com

darkbatman http://darkbatman.com

http://www.chocoxon.blogspot.com

http://www.rahzbakers.com/

http://furdunesia.blogspot.com/

http://yanmieonline.com/

http://www.buttonplanetent.blogspot.com/

http://www.galeriwahida.blogspot.com/

http://www.shawlnurfa.blogspot.com/


http://www.nasikerabubuahtanjung.blogspot.com

http://www.cometcloth.com

http://www.chearmster.com

http://www.wheretoeat-akuzle.blogspot.com

http://www.bendasedap.blogspot.com

http://www.daydeck86.com

Tuesday, September 28, 2010

GA lepas Raya

Ok..lepas raya ni macam2 GA raya yg datang..berkenan dengan salah satu GA ni dr blog http://topsyturvymum.blogspot.com/
So..marilah kita ramai2 join GA yg mengancam ni..
TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!
INI HADIAHNYERR..
TENG TENG TENG!

16 Pc Dinner Set

Email to a Friend
Be the first to review this product
Product Information
4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs
Additional Information
Item Code
1065856
Weight
4,275g
Category
Dinnerware
Pattern
Geometric
Product Descri
ption
Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.


So jom kita semak apa syarat-syarat penyertaannya:
1. Anda adalah seorang blogger.
2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)
3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)
4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)
5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.
6. Pemenang akan dipilih DI SINI.

Sunday, August 15, 2010

GA Mrs Nor lagi

GA lagi??...wehh banyaknya GA yang best2 dari blogger2..kali ni datangnya dari tokey barang English & Antik dari Kelate, Mrs Nor dari blog http://mrsnorhobi.blogspot.com

Sungguh come lote barang English deco ni..kalu boleh pakai wat raya ni kan best. Mrs Nor ni boleh dikatakan tiap2 bulan ada wat GA..semoga beliau dimurahkan rezeki..Jadi marilah ramai2 kita join GA ni..mana kan tau rezeki di bulan Ramadhan ni...insyaallah...


Monday, August 9, 2010

GA Kelly Datang Lagi

Salam..alamakk tersalah masuk blog masak2 ker?..Hohoho..bukann silap blog hokey..gambar apron cup cakes yg cute mute ni percuma jer tau..tp kena lah join GA yg Kelly' Life anjurkan. Murah rezeki Kelly, selalu buat GA untuk rakan2 blogger.

Okay..kita tgok apa syaratnya..very simple spt di bawah;
Syarat2 nya mudah sahaja : -


Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2
- Dah buat..sila semak

Link kan blog Kelly's Life
- Dah link

Letak komen kat N3 ni
- Dah komen

 Mestilah follower kat blog Kelly's Life
- Pun dah follow


Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je
- Kemaman mari, Ganu kiterr..

Kelly menyediakan bukan 1 tapi 10 apron set ( yellow ) untuk dimenangi - manalah kalu dapat apron ni nanti mood memasak kat dapur tu lebih ceria..nak2 masa wat bakar cup cakes..mesti seronok dan bersemangat nanti...

Okay apa hal meh lah check kat Blog Kelly's Life di http://mrskellywalther6969.blogspot.com/ utk maklumat selanjutnya.

Wednesday, August 4, 2010

Hadiah GA Kelly's Life dah sampai

Alhamdulillah..dah terima hadiah GA dr blog Kelly, minggu lepas dah terima..Cunn tak tko alladin sakura pink ni..
OOppss...tapi kalu perati betul2..akan nampak bekas plastic surgery kat muncung teko yg saya buat tu..hehehe..
Masa terima muncung teko patah & 1 mug dah tersompekk..Ya Allah sayangnyaa..so dengan gigihnya saya ala2 pakar bedah telah melakukan operation plastic surgery...hasilnya...

 
Taraaa..mujurlah tk nmpak sangat pun cacatnya..okay lah tu..


Lumayan sekali GA yg Kelly buat ni...bayangkan dapat No.3 hadiah begini besarrr...
Disamping itu dapat 1 Pinggan besar(besarrr punya..) & 4 piring kuih..terimakasih yg tidak terhingga buat Kelly, kalau ada buat2 la lagi..hehehe..

Thursday, July 29, 2010

GA Nyna Anak Manja Abah

Yehaaa..GA barang antik datang lagi...kali ni dari blog Nyna http://anakmanjaabah.blogspot.com
Sempena Annivesarynya ... Hadiahnya meletopss sangat-sangat, 2 biji Tureen comel ni..kalu beli mahal giloss ni..so marilah ramai2 kita meriahkan GA ni..manalah tau rezeki lagi..



Untuk menjayakan GA ini, antara syarat yg Nyna dah letak ialah:


Apo yg patut dibuek.
1. Beri cadangan 2 nama baby & maknanyer (1 boy..1 gal)

 Hahaha..maka dengan gigihnya K Chah telah menyelongkar buku2 lama..maka inilah yg K Chah berkenan;

Nama Boy : Muhammad Hanif Aiman - Maknanya; Muhammad- Yg Terpuji, Hanif - Bersih Suci, Aiman - Keberkatan

Nama Girl : Nur Asyikin Aiman - Maknanya; Nur Asyikin Cahaya Kekasih, Aiman - Keberkatan

- Dua2 tu ada Aiman kononnya boleh la ngam ngan baby sulung Nyna tu..Imah..

2. Resepi simple dlm pantang yg berkhasiat & lazat @ petua2 yg berfaedah bg org pantang.

Resepi ni biasa K Chah makan dlm pantang dulu2..

Tenggiri Panggang Simple

1 Keping Ikan Tenggiri
Sedikit serbuk Kunyit & Garam - Digaul/perap dengan kepingan tenggiri

Item A;
2 Biji Bawang Besar
2 Biji Lada Merah
1 inci Halia
Sedikit Lada Hitam

Caranya;
Tenggiri yg telah diperap dgn garam kunyit dipanggang hingga masak. Item A td ditumbuk kasar dan digoreng sampai layu. Setelah itu ditaburkan atas tenggiri yg telah dipanggang. Sedia dimakan dgn nasi panas....yummyyy...ringkas aje...




Mcm biasa..sarat2nyer (ni kalu cikgu bm aku tgk aku ngeja memng kono kotok kepalo ni)
1) Sesaper yg dok kat Malaysia jer, x kira jd follower ker tak. Saper yg xder blog tu kena email nyna (anakmanjaabah@gmail.com)

 - Dah follow



2) Pd yg ader blog, buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog na skali (http://anakmanjaabah.blogspot.com/).

- Dah buat & dah link



3) Jangan lupa tinggalkan jejak kat shoutbox ker, email ker utk bgtau nyna yg anda join GA ni..bg link skali ek.

- Dah shout

4) Tarikh mula penyertaan~ ari ni dah bole setat dah. Tutup 31 ogos 2010.

- Beress..hari ni 29hb Julay 2010.


5) Peserta yang bertuah akan dipilih secara serius oleh my beloved hubby & maksu cos maksu na yg nak bersalin bulan 8 ni...dan peserta bertuah hanya 2org ajo..hadiah 1 bjk tureen setiap sorg.

- Pilih lah dakuuu...


Kalu ader yg x phm nati..bgtau kat shoutbox yer. Ok sumer kita hepi2 join GA na.

Wednesday, July 21, 2010

YIIPEEEE....YABEDAAA..BEDUUU...SAYA MENANG GA..

Alhamdulillah..rezeki memang tidak disangka-sangka..buat pertama kalinya saya telah menang tempat ke-3 GA..hahaha..gembiranya saya masa dapat sms berita ni dari rakan2 blogger yg prihatin masa tengah syok2 menonton wayang dengan family semalam.

Semalam merupakan cuti umum bagi Negeri Terengganu, iaitu cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Kami sekeluarga mengambil kesempatan pergi ke Kuantan utk servis kereta disana (saya tinggal di Kemaman, Trg, border ngan negeri Pahang..so Kuantan merupakan destinasi terdekat dlm 45 minit dr Kemaman). So dari pagi keluar rumah..mmg tak buka langsung lappy..kemudian anak2 nak tengok wayang gambar..punya lah seharian melayan kerenah anak2..1st movie tegok cerita Twilight Saga - Eclipse jam 2.40 ptg..lps tu budak2 nk tgok lg Karate Kid tayangan 7.55 petang..fuhhh..punyalah lama menunggu..Sambil tu penat kaki window shopping & makan2..hehehe..jam 11.40 malam baru tiba dirumah..phewww..penatt...

So mari kita tengok apa yg saya dapat hasil usaha gigih & tak putus asa..GA ni dari blog http://mrskellywalther6969.blogspot.com/ , tuanpunya blog SiKelly yg lasak & suka melancong seluruh dunia, pandai memasak lagi dan penyayang pd keluarga kedua2 belah family.



Dlam N3, GA beliau sebelum itu..ni hadiah ke 3 yang saya dapat tu..sebiji platter rose besar( saya cuma ada piringnya aje 2-3 ketoi..), sebiji Teko Alladin Sakura(yg ni saya ada teko ngan set cawan & piring) dan Sebiji Teko & 4 set cawan putih ni..alhmdulillah sukanya..

 
Pagi ni bila buka blog Kelly..rupanya ada tambahan hadiah pulak..4 biji piring biru, rose pink & rose hijau...
Alhamdulillah..terimakasih buat Kelly yang sungguh bermurah hati dan tak kedekut bagi hadiah ni.. tak sangka ada extra gift  tambahan hadiah yang betul2 lumayan..semoga rezeki beliau sekeluarga dimurahkan selalu..Ni menjadi pendorong utk saya masuk pertandingan GA lagi...mana tau kan..kan..

Sunday, July 4, 2010

Give Away lagi

 Kali ini N3 GA dr Mrs Nor...K Nor begitu pemurah..selalu wat GA brg2 antik & English Deco..Selalu join tp selalu gak tk bernasib baik..kut2 ada rezeki...

Mari lah kita ramai2 serbu...

Monday, June 28, 2010

Kelly's Life GA






Cun kan gambar2 set diatas..percuma jerr....tapi kat mana?....jom kita terjah...


Salam..hari nak wat N3 GA yg dianjurkan oleh Kelly dari http://mrskellywalter6969.blogspot.com/. Kelly merupakan salah seorang customer saya & hanya kenal melalui online ni dan pernah berbual ditelepon dgn Kelly masa dia beli barang antik & english dgn saya tahun lepas.

So..antara syarat2 dan hadiahnya seperti dibawah...meletup beb!.. Meh la join ramai2..kalu dapt berbaloi..percuma tau...manalah tau nasib baik..

Syarat - syarat nya : )
Tarikh give away ni bermula dari 3 Julai hingga 31 Julai 2010 ( tapi kalau nak join sekarang pun boleh )

- Dah join ya..hari ni 28hb June 2010 -
Terbuka kepada follower blog Kelly's Life yang kat Malaysia saja ( so siapa yang nak join, kenalah jadi follower blog saya )
 - Dah follow -
 Iklankan / buat N3 mengenai Give Away ni kat blog masing2 supaya ramai lagi kawan - kawan boleh join
 - Ni..Entry nya .. -
Jangan lupa linkkan Kelly's Life dalam blog ya
 - Dah link..pls checked -
 Dan tinggalkan komen dalam N3 ni...komen kat Cbox tak diambil kira
 - Dah komen, pls checked -

Nama, no h/p dan alamat untuk dihubungi sekiranya berjaya dalam Give Away ini
- Semua maklumat tu dah ada dlm blog saya ni -
Hadiah misteri buat referral yang paling banyak disebut oleh pemberi komen
- NA - tau dr blog Kelly sendiri -

Hadiah misteri untuk peserta pertama yang meninggalkan komen di N3 ini
- Dah melepas.. -
Penghantaran hadiah akan dilakukan dalam pertengahan bulan Ogos, Insyaallah

Wednesday, April 21, 2010

Chempaka Lavender GA



Sebagai tanda sokongan pada Chempaka sempena ulangtahun ke 10 ulang tahun perkahwinannya..marilah sama2 kita ramaikan GA dr Chempaka..semoga dimurahkan rezeki & jodoh berpanjangan

Thursday, April 15, 2010

GA Saidah My Life..My Stories

Marilah sama2 kita join GA dr Kak Saidah..teruja nk join sbb tgk hadiahnya yg lumayan...wow..10 hadiah youu...

Kalu dapat set VCR tu alangkah bahagianya..antara hadiah yg membuat ku tak dapat tido malam..;

Sugar Pot
..x dak tutup..ada aku kesahh..he..he..


Cwn mulut lebar ..kalu dapt ni bestnyerr..
Banyak lagi hadiah yg menarik...kalu nk tau jom pegi blog K Saidah..
So..sebelum terlambat jom terjah..

Sunday, April 4, 2010

CABUTAN UNDI GA...DAH ADA PEMENANG

Assalamualaikum..salam hari minggu buat semua..terlebih dahulu saya memohon ribuan kemaafan kerana mungkin membuat rakan2 semua tertunggu-tunggu untuk keputusan peraduan GA Teratak Puteri ni..bukan apa..sebabbnyaa..line internet la..kat modem kat rumah petang tu langsung tak da line..satu line pun tak menyala..tepon streamyx bantuan teknikal..dan dah buat trouble shooting thru phone..tak jalan jugak..dan report dibuat..dlm masa 24 jam kata mereka akan hantar technician pergi umah..hammpesss..sampai hari ni tak datang2 jugak..
Ni..pakai line kat office..jadi minta maaf pada semua yg menunggu..ok..ok tanpa melengahkan bicara..jom kita tengok siapa yg kenaaa..

Ok..Puteri dah ready nk cabut undi tu...

Tempat ke-5..MRS.K
Tempat ke-4..Mrs.Nor
Tempat ke-3..hang-lipur
Tempat ke 2.. sweetsour
Dan pemenang tempat No.1..Sarahshafie..

Ok tahniah kepada semua pemenang diatas..nanti sila bagi nama & contact no. serta address utk saya poskan hadiah tu...email pada teratakputeri@yahoo.com

Pada yg tak menang..jgn putus asa..insyaalah kalu ada rezeki lebih,kita anjurkan pulak ya..terimakasih..

Thursday, April 1, 2010

CABUTAN GIVE AWAY TERATAK PUTERI

SALAM BUAT SEMUA PESERTA GIVE AWAY

Terimakasih atas semua peserta yg mengambil bahagian dalam cabutan ni..Peraduan GA ini telah ditutup pada jam 12.00 malam tadi dan sambutan bagi GA ini amat menggalakkan dari adik kakak & abang2 semua..sebanyak 110 komen telah diterima, yg mana sekaligus layak untuk cabutan bertuah tersebut.. Satu kejutan juga buat saya kerana sebagai blogger baru dan ini merupakan GA yang pertama saya buat..sambutan yg diterima amat memuaskan hati..Terimaksih sekali lagi atas sokongan..moga2 ada lagi GA yang bakal menyusul..

Haa....pada yang ternanti-nanti cabutan ni....suspen tak nak tunggu cabutan GA ni..bawak-bawak bersabor ya....cabutan akan dibuat pada petang nanti kerana tukang cabut undi nama...iaitu anak saya Puteri Qareshah Nur Fatin...ada kat sekolah nuuu...petang baru balik dari Fardhu Ain...tunggu ya.....

Sambil2 nunggu tu marilah menjamu mata dengan jualan2 di Teratak Puteri ni...Terimakasih...

Wednesday, March 31, 2010

1 HARI LAGI...


SALAM SEMUA..TINGGAL 1 HARI SAJA LAGI..HARI NI..SEHINGGA JAM 12 MALAM NANTI GA TERATAK PUTERI AKAN DI TUTUP..JADI PADA SESIAPA YG BELUM JOIN LAGI ..MASIH ADA MASA LAGI..HADIAH2 MENARIK SEPERTI DI BAWAH MENUNGGU ANDA..MANA TAU NASIB KAWAN-KAWAN...BOLEH BAWA PULANG...FREE...

Sunday, March 28, 2010

GIVE AWAY'S COUNTDOWN

SALAM SEMUA BUAT KAWAN BLOGGERS..TINGGAL 4 HARI LAGI SAJA LAGI TARIKH TUTUP GIVEAWAY YANG SAYA ANJURKAN..SO PADA SAPA2 LAGI YG NAK JOIN GA NI...CEPAT2...MASIH ADA MASA LAGI SEBELUM TARIKH TUTUP PADA 31HB MARCH,2010...TINGGALKAN KOMEN ANDA PADA ENTRY "TERATAK PUTERI GIVEAWAY"...DAN IKUTI SYARAT2 NYA..MANA TAU MUNGKIN REZEKI ANDA DAPAT HADIAH...JOM..JOMM..

Wednesday, March 24, 2010

GIVE AWAY TERATAK PUTERI




Seperti yang dijanjikan..saya ingin berkongsi kegembiraan saya utk kawan2 semua dengan mengadakan GIVE AWAY TERATAK PUTERI sempena Hari Lahir saya yang ke-41 tahun dan tanda menghargai kawan-kawan semua..sokongan yang diberi sangat saya terharu..pada yang telah membeli barang2 diblog saya ini harap berpuashati dan kalau ada salah silap tu harap dimaafkan ya..

Okay..saya akan menyediakan 4+1 hadiah yg merupakan koleksi antik & juga Barangan Deco English seperti dibawah..

HADIAH PERTAMA
Set Bunga Kangkung iaitu 1 Biji Teko Mini, 1 Piring Kuih 6 inci & 1 Cawan Bujang



HADIAH KE-2
3 Biji pinggan Kekwa Hitam, - Saiz 9.5 inci, 8 inci & 6 inci
HADIAH KE-3
Barang2 decoupage yg merupakan 1 biji Botol, 1 Lilin Bulat & 1 Lilin Biasa
(Yang ni decoupage hasil tuan rumah sendiri tau..)
HADIAH KE-4
2 Biji Pelita iaitu 1 Pelita Crown Antik & 1 Pelita Love Merah
HADIAH KE-4 + 1 ..ke-5 lah tu
1 Platter Rose Saiz 11 inci, China mali.. Syarat-syarat peraduan ini pun ada 4+1 jugakk..

1- Tarikh peraduan bermula hari ini sampai 31hb March, 2010



2 - Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadi Follower & Yang Bukan Follower..kalu yg tak jadi follower lagi tu bolehlah follow I ye..Yang bukan follower boleh tinggalkan jejak agar senang untuk saya hubungi..



3- Hendaklah memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) dan link kan blog saya pada blog masing2 supaya yg lain2 bloggers dapat tahu tentang peraduan ini..(lagi ramai..lagi meriah..)



4-Tarikh tutup peraduan ni pada 31hb March, 2010..pemenang akan diumum pada 1hb April, 2010



5- Cabutan hadiah akan diundi oleh pemilik Teratak Puteri...anak saya Puteri Qareshah..tiada istilah pilih kasih dalam cabutan ini.

Sekian..selamat berjaya..ta..ta..