Dah lama aku nak cerita tapi takut disalah-ertikan. Nanti mendatangkan riak pulak! Patut ke aku cerita???? Ni kisah suami aku lah .... Aku rasa tak kisah kot kalau diceritakan. Mudah-mudahan boleh jadi pedoman pada diri aku and semua.
Semenjak balik dari Umrah, abang banyak berubah. Alhamdulillah berubah jadi lebih baik lah. Sembahyang jemaah di surau setiap waktu.
Dah jadi "orang surau". Jarang sekali dia missed sembahyang jemaah.
* sekali je merasa berbuka di luar (di rumah kawan), tu pun dengan kawan-kawan dan mereka berjemaah. Kalau tidak di surau, kami akan sembahyang jemaah di rumah. Kalau waktu Maghrib, makmum selalunya Maisarah. Aku??? Maisarah pun dah disuruh bersembahyang 5 waktu. Katanya kalau sampai umur 9 tahun tak sembahyang, akan dirotannya. Alhamdulillah Maisarah walaupun "hati keras" tapi sentiasa ingat pesan ayah. Kalau Maisarah tak sembahyang, twins tolong ingatkan. Twins masih boleh enjoy lagi.
Abang akan baca Al-Quran setiap hari. Setiap hari selepas waktu Subuh, dia akan membaca Al-Quran dan siap terjemahannya sekali. Kalau baca Al-Quran tapi tak tahu maksud, macam tak kena pulak ye!!!???
Selalunya waktu pagi ini aku lintang-pukang nak siapkan anak-anak tapi aku rela berlintang-pukang seorang diri. Dulu sakit hati jugak kalau tengok dia sambung tidur after Subuh.
Masa yang terluang abang gunakan baca buku-buku agama. Waktu malam kekadang bila aku terjaga, tengok dia tengah bersembahyang. Dia selalu nasihat kat aku yang selalu bangun awal ni. Selalunya dalam kul 4:00 am aku dah terjaga walaupun bukan bulan puasa. Dia suruh aku buat sembahyang-sembahyang sunat. InsyaAllah aku akan cuba ....selalunya waktu ni aku sembahyang Isyak kalau tak sembahyang lagi.
Puasa sunat Isnin dan Khamis pun abang dah jadikan rutin. Kadang-kadang aku join. Aku dah bangun sediakan makanan, rugi pulak kalau aku tak puasa!!!!
Semenjak jadi "orang surau", banyak juga info aku dapat. Bulan puasa ni surau Al-Hidayah banyak buat ceramah, tazkirah etc. Aku "susah" nak pergi, so dapat juga sedikit summary. Paling seronok bila dapat info Bubur Lambuk ....
I LIKE!!!
Cara hidup masih biasa lagi, takde la terlampau taksub. Masih pakai seluar pendek tapi melebihi paras lutut. "Kepala angin" pun dah berkurangan, mungkin dah ada ketenangan.
Semoga cara hidup ini berkekalan. "Mulut-mulut takde insuran" ada jugak kata,
"alah rambut belum tumbuh lagi, tunggu le rambut tumbuh nanti"
.... takde kaitan dengan rambut!!!