Showing posts with label Article. Show all posts
Showing posts with label Article. Show all posts

Thursday, 19 May 2011

Ilmu

Saya sedang baca buku tajuk Soal Hati. Bukan buku loving, loving ye!!! Dah hampir seminggu saya baca tapi tak sampai 1/2 buku pun lagi. Genre Islam (betul ke penggunaan "Genre"). Bukan sebab the genre tapi sebab saya rasakan setiap patah perkataan dalam buku tu ada maksud and penggunaan bahasa2 yang sangat indah sekali.

Buku ni banyak beri nasihat/ tips/ rujukan pasal Ilmu dan Ibadat. Saya suka banyak kata-kata di dalamnya. Antaranya :-)

"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadanya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."

Ilmu pun ada bahayanya jugak.

Imam al-Ghazali juga mengingatkan bahaya ilmu juga besar. Sesiapa yang menuntut ilmu untuk memalingkan muka orang ramai agar memberi perhatian kepadanya, atau untuk berdamping dengan pemerintah, atau untuk bermegah-megah dengan orang yang setanding dengannya, maka semua ini balasan NERAKA tempatnya.

Keberkatan sesuatu ilmu adalah bergantung kepada niat seseorang.

Tak kisah le nak belajar sampai PHD, (nasib baik takde lebih dari itu) atau nak jadi SAHM/supermom - belajar memasak, belajar menjahit etc, yang boleh sampai dapat title IBU MITHALI, pastikan niat kita BETUL ... Betul tak?? Betul, Betul, Betul ...

Tuesday, 3 May 2011

Jangan Berkata "KALAULAH"

*Sumber dari Diari Islam 2011 (1432-1433H) - diterbitkan oleh wholesale-mart business point sdn. bhd.

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda:

Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu", akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendakNya".

Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

Thursday, 28 April 2011

Jawatan Kosong

♫♫ Sharing Is Caring ♫♫ Thanks to Papa of Triplets (cute sangat the babies) for sharing this Jawatan Kosong.

Memang sukar nak apply ..... tapi jangan jadikan itu 1 alasan. Saya pun susah nak buat dengan alasan commitment anak2 tapi alhamdulillah masih ada orang (PAMA / hubby) yang akan mengingatkan saya waktu2 ada ceramah / belajar agama di masjid.

Kalau tengok masjid di Melaka (mana2 pun sama) tersergam indah, tapi kosong. Yang ada mungkin imam, bilal dan jemaah2 warga emas. Tu yang saya pelik bila ada penceramah terkenal datang beri ceramah, masjid tak penuh. Beza dengan masjid di Saujana Utama (rumah lama kami ..huk, huk), sampai melimpah2 jemaah di luar masjid. Kata-kata seorang makcik "Orang kampung tak keluar ke masjid". Ermmm.... betul ke?

Friday, 13 November 2009

Motivasi Diri

You all perlukan MOTIVASI??? Yes, aku perlukan motivasi. Oktober & November this year (hopefully only these month!!) adalah bulan untuk aku kena MARAH di office. Kaw-kaw punya MARAH!!! Received email from Kak Hanizah. SOOO ....CUTE !!!
Motivasi Diri

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
 

2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.


3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
 

 4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.


5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.


 6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.


 7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.
 

 8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.


 9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.
 

10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.
 

12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !
 

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.
 

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.
 

 15. Lakukan kerja seikhlas hati.
 

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada tuhan
. 
 

Friday, 11 September 2009

Solat Tahajjud

Utk renungan bersama. One should wake up one's family for Tahajjud. Abu Hurairah quoted the Prophet (peace and blessings be upon him), as saying:
"May Allah bless the man who gets up during the night to pray and wakes up his wife and who, if she refusesto get up, sprinkles water on her face.
And may Allah bless the woman who gets up during the night to pray and wakes up her husband and who, if he refuses, sprinkles water on his face." The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) also said:
"If a man wakes his wife and prays during the night or they pray two rak`ahs together, they will be recorded among those (men and women) who(constantly) make remembrance of Allah."
This is related by Abu Dawud and others through an authentic chain of narrators.

Thursday, 28 August 2008

Petua Elak Hidung Tersumbat

(Forward email dari Kak Maziah) Kalau terkena selsema, pastinya hidung kita akan tersumbatkan? Terutamanya bila waktu malam masa nak tidur. Kalau hidung tersumbat, memang susah betul nak bernafas. Kalau hidung korang tersumbat macam tu, biasanya apa yang korang buat untuk mengurangkan kesumbatan hidung tu? Sapu dengan minyak cap kapak? tiger balm? kalau anda sapu ngan minyak angin camtu, mungkin ianya memberikan sedikit kelegaan, tapi masih belum cukup berkesan. OK, sekarang saya ajar anda satu petua yang sangat berkesan untuk mengelak hidung kita daripada tersumbat. Begini caranya ;
  1. Ambil halia dan hiriskan (atau nak lebih bagus, sagat halia tu)
  2. Masukkan halia yang sudah dihiris atau disagat dalam segelas air panas (air jangan banyak sangat)
  3. Ambil tuala kecil/sapu tangan dan rendamkan dalam air halia tadi (biarkan sehingga kira2 5 minit)
  4. Perahkan tuala kecil/sapu tangan sikit (jangan perah sampai kering pulak)
  5. Tekapkan pada bahagian permukaan lubang hidung dan sekitar mulut
  6. Tekapkan dan dalam masa yang sama, tarik nafas panjang2 ikut hidung. Lepas 4-5minit, insyaAllah pasti hidung anda tidak akan tersumbat lagi.
Selamat mencuba

Friday, 27 June 2008

Tazkirah Hari Jumaat

Dapat thru email ... Untuk keberkatan hidup.

1. Mencintai masjid
Masjid adalah rumah Allah yang ada di bumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapa pun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.

2. Solat Tahajud
Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir. Sebab ia telah mensia-siakan datangnya pertolongan Allah.

3. Rajin bersedekah
Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian pasti kepada ahli sedekah.

4. Bantu orang lain
Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita.

5. Banyak berselawat
Berselawat kepada Rasulullah SAW adalah amalan terpuji. Cinta akan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita.

Tuesday, 9 October 2007

Something to share

JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. Tips dari Robert D. Ramsey.
  1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
  2. Berikan anak anda pelukan setiap hari – Anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
  3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
  4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
  5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu.
  7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
  9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana.
  10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
  11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
  12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ada setengah budak kena banyak kali ajar, baru dia faham. Jgn marah sbb kalau marah nanti terbantut proses pembelajaran dia.
  13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka.
  15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
  16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi mereka.
  17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
  20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

"Wahai Tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."
"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"