Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

Tuesday, March 25, 2014

Siri Blogger Masakan - Nusantara Series


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT yang tersayang. Alhamdulillah, seperti yang CT khabarkan pada minggu lepas, akhirnya selesai sudah upacara pelancaran 3 buku resepi CT yang diterbitkan oleh pihak MPH di Putrajaya International Convention Centre pada hari Ahad, 23 Mac 2014 yang lepas.

Sebaik saja selesai upacara pelancaran tersebut dan sebaik selesai acara menandatangani autograf, terasa seperti beban yang sangat berat terangkat terus dari bahu CT hehehe. Terasa lega yang teramat sangat. Walaupun peluang yang diberi oleh pihak MPH kepada CT dengan menganjurkan majlis pelancaran rasmi seperti ini sesuatu yang CT memang sangat-sangat hargai, tetapi dalam masa yang sama juga ianya turut menghantui CT terlebih-lebih lagi di hari-hari yang terakhir sebelumnya, sampai CT susah nak tidur malam.

Walaupun CT sudah sepaya-upaya untuk mengawal perasaan gemuruh, tetapi perasaan itu tetap datang juga. Namun demikian, Alhamdulillah sebab CT tak pitam atas pentas tu semasa sesi soal-jawab bersama pengacara dan tetamu yang hadir hehehe. Terus-terang memang CT terasa tidak fokus dan ada ketikanya rasa blank sekejap. Itu yang kadang-kadang soalan yang ditanya CT tak jawab dengan tepat dan sepenuhnya. Pada yang bertanya tu CT minta maaf banyak-banyak ye. Maklumlah CT ni terlalu banyak kekurangannya. Tapi jika ada yang bertanya tu terbaca entri ini dan merasakan soalan mereka tidak terjawab sepenuhnya, bolehlah ajukan soalan tu lagi di sini dan insyaAllah CT akan menjawabnya.

Berbalik pada 3 buku resepi CT tu iaitu LAUK PAUK Nusantara, KUIH-MUIH Nusantara dan PEMANIS MULUT Nusantara, pada yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah dapatkannya di kedai-kedai buku MPH dan juga kedai-kedai buku utama yang berdekatan ye. Menurut pihak MPH lagi, buku ini akan turut diedarkan di Singapura dan Brunei, jadi pada teman-teman yang berada di kedua-dua negara tersebut diharap bersabar menunggu pengedarannya di sana jika berminat untuk mendapatkan buku CT tu ye.

Sebelum CT mengundur diri, CT ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima-kasih kepada pihak MPH yang telah memberi kepercayaan kepada CT dengan menerbitkan buku resepi ini, terutamanya kepada Miss Lillian Ng dan En. Md Hisamudin yang telah terlibat secara langsung dalam urusan penerbitan buku ini dari mula hinggalah akhir. Tidak lupa juga ucapan penghargaan CT kepada teman-teman rapat yang tidak henti-henti memberikan sokongan moral, dan juga kepada keluarga CT yang tersayang, yang merupakan sumber inspirasi utama kepada CT dalam menjayakan semua ini. Dan sudah pastinya juga, ucapan jutaan terima-kasih kepada geng-geng masak CT dan geng Dapur CT yang turut menyumbangkan idea samada secara langsung atau secara tidak langsung dalam CT mencuba sesuatu resipi, dan juga teman-teman lainnya yang rajin singgah di Dapur maya CT ini yang tidak henti-henti memberikan komen-komen yang membina untuk CT terus meningkatkan keupayaan CT dan memberikan peransang untuk CT terus berdiri di aliran Food Blogging ini seadanya. CT berdoa semoga CT terus di beri kekuatan untuk terus berkongsi kepada semua dan berjaya menyiapkan satu lagi projek bersama pihak MPH yang kini masih lagi dalam peringkat permulaan. Akhir kata, salam manis buat semua dan sampai kita berjumpa lagi. InsyaAllah.






Monday, June 17, 2013

CT bersama RASA - Edisi Julai 2013


Assalamualaikum. Salam sayang dan salam rindu buat semua teman-teman dan pengunjung setia dapur CT yang diingati. CT pasti ramai yang tertanya-tanya kemana CT menghilang selama hampir dua bulan dan CT muncul kembali secara tiba-tiba hari ini. Kemana menghilangnya dan apa sebabnya? hehehe..

Buat teman-teman yang rapat pasti tahu yang CT tidak kemana-mana pun. Cuma CT mengambil masa yang agak panjang sedikit kali ini dan sehingga semalam, hampir 2 bulan CT menyepikan diri dari berblog buat seketika untuk merehatkan diri. Agak banyak peristiwa yang berlaku diawal-awal tempoh tersebut yang membuatkan CT mengambil keputusan untuk berhenti seketika dari menulis di blog dan merehatkan diri sepenuhnya. Kiranya CT ambil cuti tahunan lah ni. Maklumlah, orang bekerja di pejabat ada cuti tahunan kan. CT yang bekerja sebagai suri-rumah sepenuh masa ni pun perlu bercuti dari mengadap komputer juga kan hehehe. Walau bagaimanapun, entri pertama ini setelah 55 hari CT menyepi adalah entri pembukaan untuk hari-hari yang akan CT kembali sibuk diblog. Tapi, beri CT sedikit saja masa lagi ye. Maklumlah nak panaskan enjin setelah lama enjin sejuk ambil masa sikit. Bermula Isnin minggu depan, CT akan mula berblog seperti biasa.

Sebelum CT mengundur diri, CT tampilkan di atas muka depan Majalah RASA keluaran bulan JULAI 2013 yang sudah pun berada di pasaran sejak lebih seminggu yang lepas. Sebanyak 10 resepi baru dari CT di tampilkan dalam majalah tersebut di halaman 62, 63 dan 148 hingga 152 yang kesemuanya merupakan lauk-pauk tradisional. Bagi yang berminat untuk mengetahuinya bolehlah dapatkan majalah tersebut ye. Selain dari majalah RASA, terdapat 3 juga resepi CT yang ditampilkan dalam Majalah MIDI keluaran Jun, tapi itu resepi yang pernah disiarkan di blog. Selain itu, nantikan juga 8 resepi Biskut Raya Tradisional yang akan dipaparkan dalam Majalah KELUARGA yang akan dipaparkan dalam keluaran bulan Ogos nanti jika tak silap CT.

Okeylah, panjang sudah CT berbicara, CT berhenti di sini dahulu ye. Buat semua yang tidak jemu-jemu memberi sokongan buat CT, CT ucapkan ribuan terima-kasih dan sehingga kita berjumpa kembali Isnin minggu depan, salam sayang sayang dan salam rindu dari CT buat semua. Muahhh!

Monday, March 11, 2013

CT bersama RASA - Edisi April 2013


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia dapur CT. Alhamdulillah bersua kita kembali di hari pertama minggu kedua bulan April. CT harap teman-teman semuanya sihat dan ceria selalu ye. Untuk entri pertama minggu ini CT tidak berkongsi resepi tapi CT sekadar berkongsi sedikit kisah kegembiraan CT saja ye.


Buat kali yang kedua, Majalah RASA telah sekali lagi memaparkan 5 resepi dari CT untuk Majalah RASA keluaran bulan April 2013. Untuk keluaran bulan April ini, pihak RASA meminta dari CT resepi lauk-pauk berserta pembuka selera dan pemanis mulut berkonsepkan desa dan tradisional. Namun demikian, pihak RASA mahukan penampilan yang ceria dan colourful. CT termenung sejenak nak mencari idea dan setelah membelek sana belek sini buku nota resepi CT akhirnya lahirlah idea untuk berkongsi 5 resepi seperti yang telah dipaparkan.

   

   

Pada keluaran ini juga, resepi CT telah sekali lagi menjadi penghias kulit depan majalah. Cabaran terbesar bila diminta untuk menghasilkan gambar untuk menghiasi kulit majalah adalah kesemua hidangannya mesti disediakan serentak untuk membolehkan kesemua hidangan diambil gambarnya secara berkumpulan. Cabaran tersebut pastinya ialah masa untuk menyediakannya. Masa CT buat kesemua hidangan ni, lepas subuh aje CT dah mulakan kerja di dapur. Lepas tu, bila dah siap habis penat memasak, kena kerjakan sesi mengambil gambarnya pulak. Memang mencabar. Nasib baiklah masa CT buat tugasan ni, CT buat masa suami cuti. Kalau tak memang pengsan jadinya. Mana taknya. Kebiasaannya CT menghabiskan masa lebih kurang 2 jam lebih untuk sesi foto untuk setiap masakan, jadi kalau dah 5 resepi bayangkanlah masa yang CT perlukan. Nasib baik hubby ada sama untuk tolong bagi idea tentang susun-atur dan penggayaannya jadi cepatlah sikit kerja CT. Alhamdulillah.


Selesai tugasan untuk bulan April ini, telah siap menunggu tugasan untuk bulan yang lain pula nanti. Harap-harapnya CT diberi kesihatan yang baik. Kalau tidak, memang tak menjadilah semua yang dirancang. Sebelum CT mengundur diri, CT ingin mengucapkan ribuan terima-kasih buat semua teman-teman yang telah memberi sokongan buat CT selama ini. Tak lupa juga rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan maya yang sealiran dalam food blogging ini yang mana ada diantara resepinya memberikan idea dan inspirasi kepada resepi inovasi CT. Akhir kata, semoga kita semua mendapat manfaat yang terbaik darinya, insyaAllah.

Salam sayang,

Wednesday, February 27, 2013

OKI Feb 2013 & RV Rocky Stick Cake


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Nampaknya minggu ni CT bersiaran di tengah-tengah minggu. Selalunya entri permulaan CT pada setiap minggu bermula pada hari Isnin, tapi untuk minggu ni, entri pertama CT ialah pada hari Rabu.


Sebenarnya, CT berkejar juga cuba untuk publish pada Isnin lepas tapi tak berkesempatan. CT sibuk sikit pada hujung minggu lepas disebabkan ibu mertua dan anak-saudara CT datang dari JB. Hari Isnin pagi baru diaorang balik. Disebabkan itulah CT terlepas kesempatan untuk update entri seperti biasa.


Okeylah, kita kembali semula kepada entri yang CT update hari ini ye. Tajuk entri CT hari ni "OKI Feb 2013 & RV Rocky Stick Cake". Tajuk sebenarnya ialah "Open Kitchen Italy - Februari 2013 dan Red Velvet Rocky Sticky Cake"... haa panjang kan? Sebab tu lah CT pendekkan tajuk tu jadi macam kat atas hehehe.


Resepi yang CT kongsikan hari ini ialah resepi CT yang telah CT kongsikan kepada pihak Majalah Open Kitchen Italy keluaran bulan Feb 2013. Red Velvet Cake ni dah banyak kali CT buat sebelum ni. Tapi untuk yang CT kongsikan pada pihak Open Kitchen, CT buat pembaharuan sikit pada persembahannya dengan menggunakan biskut Rocky Stick berperisa Strawberry sebagai salah satu bahan hiasannya.


Idea CT menggunakan biskut ini adalah untuk melengkapkan tema cinta di dalam konsepnya. Untuk toppingnya, CT taburkan crumbs lebihan kek tersebut dan kemudian CT paipkan coklat masakan membentuk lambang hati. Untuk melengkapi keseluruhan konsep, itu yang CT susunkan biskut Rocky Stick yang membentuk seperti pagar disekeliling kek. Kiranya ini macam hati yang telah dipagar oleh cinta lah ni hehehe. Disamping cantik sebagai hiasan, sedap juga untuk dinikmati kan.


Okeylah, cukuplah CT berceloteh sampai di sini dulu. Kalau CT nak jamu dengan kek ni pun dah lama habisnya, jadi cukuplah jamu mata dengan gambar-gambar yang CT kongsikan ye..hehe. Kalau ada yang berminat nak mencuba, bolehlah semak resepi kat bawah tu. Tapi CT mintak maaf sebab resepinya dalam bahasa Inggeris, kalau perlu alih bahasa, teman-teman gunakan Google Translate ye. Okeylah, sampai kita jumpa lagi nanti, salam sayang dari CT.. daaaaa...



Red Velvet Rocky Stick Cake

Ingredients :

2 1/2 cups all-purpose flour
1 1/2 cups sugar
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
1 teaspoon cocoa powder
1 1/2 cups vegetable oil
1 cup buttermilk, room temperature
2 large eggs, room temperature
2 tablespoons red food coloring
1 teaspoon white vinegar
1 teaspoon vanilla extract

6 quantity packets of strawberry cream pocky

Instructions :

1. Preheat oven to 180 C. Grease and flour 8 inch cake pans.
2. In a medium mixing bowl, sift together the flour, sugar, baking soda, salt, and cocoa powder. Set aside.
3. Lightly stir eggs in a medium bowl with a wire whisk. Add the oil, buttermilk, eggs, food coloring, vinegar, and vanilla with a handheld electric mixer. Add the sifted dry ingredients to the wet and mix until smooth and thoroughly combined.
4. Pour into cake pans and then drop the pans on the counter a few times to release any air bubbles. Bake for about 30-35 minutes or until a toothpick inserted comes out clean.
5. After about ten minutes, remove from pans and cool completely on a wire rack. Then make the frosting.



Cream Cheese Frosting

Ingredients :

1 cup cream cheese, softened
1/2 cup butter, softened
1 teaspoon vanilla extract
4 cups sifted confectioners' sugar

Instructions :

In a large mixing bowl, beat the cream cheese, butter and vanilla together until smooth. Add the sugar and on low speed, beat until incorporated. Increase the speed to high and mix until very light and fluffy.

Wednesday, February 13, 2013

CT bersama RASA - Edisi MAC 2013


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung Dapur CT. Rasanya ramai yang mungkin dah mula pulang semula dari kampung setelah bercuti panjang 4 hari sempena CNY. Bagi yang bekerja pastinya juga sudah mula bertugas walaupun anak-anak sekolah masih lagi bercuti. Untuk pengurus (rumahtangga) sepenuh masa macam CT ni, cuti umum ke tak cuti umum ke sama je CT rasa hehehe. Yang pasti, tanggungjawab perlu digalas dengan baik dalam menguruskan rumah-tangga di samping cabaran untuk menguruskan masa dengan baik untuk hal-hal lainnya seperti blogging untuk blog Dapur CT ni.


Untuk entri hari ini, CT sekadar ingin berkongsi kegembiraan walaupun sudah sedikit terlewat kerana kisah dan resepi CT dimuatkan dalam majalah RASA edisi bulan Mac 2013 dan turut dijadikan sebagai Cover Page majalah. Dan untuk pertama kalinya juga aksi CT di dapur turut dimuatkan bersama di atas permintaan pihak penerbitan majalah RASA di samping wajah-wajah ceria dalam foto keluarga CT bersama suami dan anak-anak.

     
 
   

Ada yang bertanya kepada CT, apa rasanya setelah banyak kali resepi dan gambar tersiar dalam Majalah. Bagaimana perasaannya? Bila di ajukan soalan yang sebegitu, CT termanggu sekejap dan cuba memikirkan apa perasaan yang sebenarnya sebab CT tidak pernah terfikir pun tentang perkara ini sebelum ini. Setelah mengambil masa seketika untuk berfikir dan cuba memahaminya secara mendalam, apa yang dapat CT simpulkan adalah perasaan gembira untuk setiap satunya adalah unik. Tiada satu persamaan pun dalam setiap satu darinya dan tidak pernah ada rasa jemu atau bosan sebab dari awal lagi CT telah bertekad untuk terus mengorak langkah ke hadapan dan menjadi lebih baik dari hari semalam. Cuma sebagai insan biasa yang memikul banyak tanggung-jawab, kadang-kadang CT terbatas dengan masa. Namun CT bersyukur dan gembira dengan perjalanan yang telah CT tempuh setakat ini dan semoga CT terus diberi kekuatan untuk berada di laluan yang telah CT pilih ini. InsyaAllah.


Untuk paparan kepada media kali ini, CT berasa puas dan gembira sebab CT turut dapat berkongsi kepada umum wajah-wajah kegembiraan ahli keluarga CT yang merupakan sumber inspirasi untuk CT melahirkan kreativiti dan banyak memberi dorongan dan peransang dalam CT menguruskan blog Dapur CT selama ini. 

Disamping itu, CT juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada lima rakan blogger yang lain yang turut sama disunting untuk paparan media oleh pihak majalah RASA edisi Mac 2013 bersama CT iaitu Che Mat Gebu, Azlita Aziz, Kak Wan, Noorsha dan Penyulawa. Kepada yang belum memiliki majalah RASA edisi Mac ini, sila dapatkan ye sebab dalam keluaran inilah satu-satunya peluang untuk menatap wajah otai blogger masakan Mat Gebu yang sebelum ini sentiasa mengelakkan diri dari di paparkan oleh media disamping kesemua resepi-resepi menarik yang telah dikongsikan oleh mereka.

 

Sebelum CT mengundur diri, CT ingin memohon berbanyak-banyak maaf sekiranya ada antara kata-kata dan celoteh CT samada di blog ini atau di FB yang telah menggores hati tanpa disengajakan. Maklumlah CT hanya insan biasa yang tak lepas dari membuat kesilapan. CT harap, CT akan terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk CT terus melahirkan kreativiti dalam perkongsian resepi dan mengemudikan blog Dapur CT ini untuk manfaat semua.

Akhirkata dan tak lupa setinggi ucapan terima kasih juga buat Cik Nani Saudiah Zakir dari pihak majalah RASA yang telah memberi ruang kepada blog Dapur CT untuk paparan bulan Mac ini dan juga untuk keluaran bulan April nanti, InsyaAllah.  

Salam Sayang,

Friday, January 11, 2013

CT bersama MIDI - Jan 2013


Assalamualaikum dan salam ceria buat semua teman-teman dan pengunjung Dapur CT. Hari ni CT sekadar ingin berkongsi kisah 4 resepi yang telah CT kongsikan sedikit masa dulu dan kini di siarkan pula untuk dikongsikan kepada pembaca-pembaca Majalah MIDI keluaran 1 Januari 2013. Yang sebenarnya CT ingin publish pada 1 haribulan hari tu tapi disebabkan CT terlalu sibuk, baru semalam CT berkesempatan untuk ambik betul-betul gambar kulit majalah dan halaman yang menyiarkan resepi tersebut.


Menurut kata editornya, resepi dari CT ini merupakan paparan pembuka tirai yang pertama bagi merasmikan ruangan terbaru dalam majalah MIDI iaitu ruangan Resepi Blogger. CT harap selepas ini rakan-rakan blogger masakan yang lain akan turut menyusul pula ye. Dan CT memang bersetuju dengan teks editornya, Siti Mariam Elias bahawa sekarang ini golongan pembaca media cetak kini turut sama mengaplikasikan media internet sebagai bahan bacaan teras disamping menggunakannya untuk media sosial. 

Pada pendapat CT, perkembangan ini adalah suatu perkembangan yang sihat kerana secara tidak langsung perkongsian yang seperti ini dapat memberi manfaat kepada golongan sasar yang sangat besar. Pendek kata, zaman kian berubah dan semoga perubahan ini dapat dimanfaatkan untuk tujuan yang baik oleh semua golongan.

Okeylah rasanya CT dah terlebih celoteh pulak ni. Bagi yang berminat nak semak kembali resepi CT yang diterbitkan dalam majalah tersebut, bolehlah klik link INI, INI, INI dan INI ye. CT mohon berundur diri dulu, kita jumpa lagi minggu depan ye. Salam sayang dari CT untuk semua. daaaa....

Monday, December 24, 2012

Magazine Open Kitchen Italy - Dec 2012


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Pada ketika entri ini dipaparkan, CT sebenarnya masih lagi berada di kampung halaman. Hari ini adalah hari ketiga dan hari terakhir CT berada di kampung. Cadangnya dalam tengahari atau sebelum menjelang petang, CT akan bertolak balik ke KL. Walaupun cuma sekejap sangat, 3 hari 2 malam berada di kampung halaman, tapi sekurang-kurangnya dapatlah juga melepaskan rindu pada kampung dan keluarga yang dirindui.

Berbalik pada entri yang CT kongsikan hari ini, kali ini tentang 2 resepi CT yang dipaparkan dalam majalah Open Kitchen Magazine Italy, keluaran bulan December 2012. Ketika Nicoletta Palmas iaitu salah seorang editor majalah tersebut menulis kepada CT untuk meminta resepi untuk keluaran bulan Disember ini yang juga merupakan versi sempena krismas, beliau mencadangkan tentang resepi yang berasaskan sayur-sayuran yang dimasukkan kedalam masakan tanpa kelihatan ketara bahan sayur-sayuran tersebut tetapi dalam masa yang sama menarik perhatian anak-anak kecil untuk menikmatinya. Tujuannya adalah supaya anak-anak yang tidak menggemari sayur yang menikmati juadah tersebut akan mendapat menu sihat. Pening juga kepala CT memikirkan juadah bagaimana lah yang sesuai agaknya. Setelah berfikir dan menimbang kira, akhirnya CT menghasilkan 2 resepi iaitu muffin dan biskut yang berkisar kepada konsep yang diminta.

Pada yang berminat untuk membaca majalah ni, bolehlah klik link ini. Dan jika nak tahu yang mana satu resepi CT, bolehlah mencarinya di halaman 72-73 dan 106-107 ye. Okeylah CT mohon berundur diri dulu, kita berjumpa lagi setelah CT sampai di KL semula nanti ye. Salam sayang dari CT.. daaaaaa....

    


Monday, October 15, 2012

Magazine Open Kitchen Italy - Oct 2012


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera dan salam sayang untuk semua teman-teman tersayang dan semua pengunjung setia Dapur CT. Apa khabar teman-teman semua. Semoga kita semua sentiasa didalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu sepanjang masa disamping keluarga tersayang. Nampaknya musim panas sekarang ni dah diselang-seli dengan hujan lebat kan. Agaknya musim tengkujuh dah mula nak datang kot. Tapi musim-musim hujan begini walau payah sedikit untuk bergerak kesana-sini, tapi sesuatu yang CT suka bila datang musim begini adalah hawa dingin yang di bawa bersamanya. Sejuk terasa dan selesa sikit bila tidur waktu malam. Tu yang nak bangkit dari tidur waktu pagi tu liat sikit hehe.

Untuk entri hari ni, CT cuma nak berkongsi tentang satu resepi CT yang dipaparkan dalam Open Kitchen Magazine Italy, versi bulan Oktober 2012. Oleh kerana pihak penerbitan majalah meminta supaya CT tidak memaparkan resepi tersebut di blog CT sehingga 3 minggu selepas majalah tersebut di siarkan, jadi CT tak letakkan resepinya di sini dulu. Tiga minggu nanti baru CT kongsikan di sini ye. Walaubagaimanapun, sebagai teaser, gambar resepi tersebut adalah gambar yang paling kanan sebelah bawah di Cover Page majalah tersebut. Bagi yang berminat untuk melihat majalah tersebut, bolehlah klik link INI ye. Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam sayang dari CT.. daaaaa...

     

Wednesday, September 19, 2012

CT bersama SAJI


Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT yang dikasihi. Hari ni CT rasa gembira sangat dan hati ni juga rasa agak berbunga. Kegembiraan tu disebabkan oleh Majalah Saji keluaran bulan Oktober 2012 yang turut menampilkan foto CT sekeluarga. Jika resepi-resepi CT di dalam majalah yang lepas-lepas hanya menampilkan diri CT saja, tapi di dalam majalah Saji, CT diberi peluang untuk turut menampilkan foto CT bersama keluarga tersayang kepada umum. Hikss.. sukanya rasa di hati hehehe. Memang patutlah kegembiraan CT turut sama dikongsikan bersama keluarga yang tersayang kerana anak-anak dan suamilah yang menjadi pendorong dan peniup semangat untuk CT berdiri di tempat di mana CT berada sekarang dan untuk CT terus menggapai impian CT yang seterusnya.


Dalam majalah ini juga, ada 2 gambar CT yang sedang beraksi ketika CT sedang mengambil gambar resepi yang hendak dikongsikan. Pada tanggapan ramai, tentu ada yang berfikir macam tu lah agaknya setiap kali bila CT ambil gambar-gambar masakan CT. Tapi hakikat yang sebenarnya tidak selalu macam tu. CT hanya menggunakan lighting begitu bila cahaya semulajadi tidak memihak kepada CT. Pada kebanyakan masa, CT lebih suka mengambil gambar menggunakan cahaya semulajadi dimana lokasinya adalah di balkoni atau ditepi tingkap bilik dengan dibantu oleh reflector saja sebab lebih ringkas dan cepat penyediaan set-up nya.


Seperti kebiasaannya setiap kali bila CT berkongsi kegembiraan CT kepada teman-teman semua bilamana resepi CT terpapar dihalaman majalah, CT ingin mengambil kesempatan untuk mengungkapkan ucapan terima-kasih yang tidak terhingga kepada semua teman-teman yang terus setia memberi sokongan dan dorongan kepada CT. Rasanya tanpa sokongan dari teman-teman, CT tidak akan berada di tempat di mana CT berdiri ketika ini. Bak kata orang, nak memulakan sesuatu memang mudah, tapi nak mengekalkannya yang susah. Samalah dengan berblog untuk food blogging ni. Nak memulakannya senang aje, tapi untuk mengekalkan terus berblog dengan semangat yang tidak luntur dan standard perkongsian yang ditetapkan, itu yang susahnya. Walau bagaimanapun, CT berdoa supaya CT terus diberi semangat yang jitu untuk terus berada di laluan ini kerana jalan yang CT ingin tempuh masih lagi panjang. CT harap teman-teman terus setia dan doakan untuk CT ye. CT mohon berundur diri dulu dan sampai kita bertemu lagi, salam sayang dari CT untuk semua. Daaaa...

Wednesday, August 29, 2012

Kitchen Online - August 2012


Assalamualaikum. Salam sayang untuk semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Entri hari ini adalah sekadar perkongsian paparan resepi CT yang disiarkan di Majalah Kitchen Online Edisi Ogos 2012. Yang sebenarnya, CT pun tak perasan yang resepi ni telah disiarkan. Maklumlah dalam kesibukan berhari-raya, tak sedar pun yang rupa-rupanya resepi ni telah pun tersiar. Apa pun, CT ucapkan terima-kasih kepada pihak Media Glam Sdn Bhd yang telah sudi untuk memaparkan 5 resepi biskut Hari Raya sumbangan dari CT sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Kepada yang ingin melihat resepi tersebut boleh klik link INI dimana liputan tentang resepi CT adalah dari halaman 9 hingga 19. Sekian, salam sayang dari CT. Sampai berjumpa lagi, daaaa..



 


 


 


 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...