Showing posts with label Ice Cream. Show all posts
Showing posts with label Ice Cream. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Frozen Chocolate Jelly Lychee




Assalamualaikum... Alhamdulillah hari ni my laling CM cuti sebab nak teman buah hati dia ni pergi satu tempat hari ni. Oleh kerana buah hati ni tak ada lesen memandu, jadi encik suamilah yang kena hantar untuk kemana2, kalau tak terpaksalah buah hati ni naik teksi jer... hehehe. Sebenarnya CT boleh memandu, cuma keadaan trafik di KL ni buat CT takut nak memandu, dan sebab utamanya adalah CT takde lesen... hehehe. CT ni jenis kecut perut lah kan senang cerita. Mungkin lama juga CT akan berdating dengan My laling CM hari ni, jadi tak dapat nak melawat blog teman2 semua hari ni. Tunggu malam nanti bila dah free baru melawat okey... insyaAllah. Mesti ada yang tertanya2 kemana Puan CT nak pergi agaknya. CT bukan nak gi shopping. Tapi pergi ke Jemputan "Cabaran Daisy" bersama Chef Liza Zainol hari ni. Sampai petang lah kiranya Ct disana nanti. Harap dapat jumpa dengan geng masak2 lain yang dijemput sama juga disana nanti.

Berbalik pada resipi hari ini, Amboiii... awal pagi dah tunjuk jelly ais krim pulak yek, cuaca panas sesuailah... hehehe. CT nak kongsikan resepi ni untuk teman2 yang mempunyai anak2 yang memang gemar makan jelly ala2 ais krim gitu (rasanya mak dan pak budak pun suka gak kan... hahaha). Ini adalah hasil dari ronda2 resepi beberapa hari yang lepas dan CT jumpa dan terus buatkan untuk anak2 dirumah. Bahan2 nya simple jer, tapi CT ada tambah buah laici dalam tu. Dan letak sedikit pewarna agar nampak berseri sikit untuk anak2 makan. Kalau plain jer macam tak semangat jer nak makan kan... hihihi. CT cari jelly perasa honeydew tak ada, jadi CT letak jer stok buah laici yang ada kat rumah, selesai satu kerja. Harap anak2 suka makan, sebab jelly ni ada kenyal2 sikit. Ada rasa masam manis dan ditambah pula ada lapisan coklat diluarnya. kalau rasa2 nak taburkan kekacang lagi sedap kot. Menambah2 pulak dah... hehehe. Okeylah banyak benda CT nak buat hari ni, jadi layanlah resipi ni dari CT buat teman2 semua ya. Sampai jumpa nanti. Daaaaaa....


Frozen Chocolate Jelly Lychee
Sumber : Sajian Sedap

Bahan-bahan :
1 pek serbuk jelly segera perasa honeydew (CT guna plain Konnyaku jelly)
225 gram gula pasir
600 ml air (CT kurangkan 150 ml)
150 ml syrup buah laici dalam tin * (CT tambah)
12 biji buah laicy dalam tin - di blend kasar * (CT tambah)
2 titik pewarna hijau epal (CT tambah)
400 gram dark cooking chocolate - dicairkan

Cara-cara :
1. Campur serbuk jelly perasa honeydew, gula pasir dan air (masukkan sekali buah laici blend). Masak sambil dikacau sampai mendidih.
2. Tuang ke dalam bekas2 ais krim. Biarkan seketika hingga suam. Dan bekukan dalam freezer.
3. Bila sudah beku, keluarkan jelly ais krim. Celupkan ke dalam dark cooking chocolate cair. Biarkan beku.
4. Selamat mencuba ya :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...