Showing posts with label Aneka Nasi. Show all posts
Showing posts with label Aneka Nasi. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Habang


Assalamualaikum ... Salam manis buat semua teman-teman serta pengunjung setia blog Dapur CT, moga semuanya sentiasa ceria hendaknya. Sebagai kesinambungan dari resepi pembuka selera atau appetizer yang CT kongsikan pada hari Isnin lepas, hari ini CT kongsikan resepi untuk hidangan utama pula iaitu resepi Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Habang yang juga disiarkan dalam Majalah RASA keluaran bulan Mac 2013.


Nasi hujan panas ni kerap kali juga CT buat sebab ini adalah salah satu nasi kegemaran anak bongsu CT dan Haqim gelarkan nasi ni, nasi warna warni disebabkan kombinasi warnanya yang terang. Untuk hidangan, nasi hujan panas ni boleh dilawankan dengan apa saja lauk kegemaran masing-masing. Untuk CT pulak, biasanya CT akan gandingkan bersama ayam masak merah, rendang daging / ayam atau daging masak kicap berempah.

Tapi kali ini CT gandingkan bersama lauk Ayam Masak Habang / Ayam Masak Sambal Merah  dan Daging Masak Beriani. Resepi Daging Masak Beriani tu CT kongsikan pada hari yang lain nanti ye. Untuk resepi Ayam Masak Habang / Ayam Masak Sambal Merah ni, bahan-bahannya boleh dikatakan agak ringkas juga. Resipi ni di inspirasikan dari blog seorang wanita bernama Lee Mei yang katanya berasal dari seorang wanita Indonesia. Menurut katanya lagi, resipi ini adalah masakan tradisional orang Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia.  Dan kalau mengikut dari resepi asal, menu ni dimasak sedikit pekat, tapi CT lebih suka ianya lebih berkuah jadi CT lebihkan sedikit airnya.


Selalunya setiap kali bila CT cuba resipi baru, CT akan tanya pendapat anak-anak setelah anak-anak selesai menikmatinya. Kalau anak-anak kata sedap bermakna memang betul sedaplah tu. Tapi kalau katanya okeylahhh... maksudnya biasa-biasa ajelah sedapnya tu. Percubaan pertama memasak resipi ni, anak-anak kata sedapppp. Jadi berbaloilah percubaan pertama ni hehehe.

Sebelum CT berundur diri, CT ingin ucapkan terima kasih pada penyumbang asal resipi ini yang memberikan satu lagi resepi baru untuk CT terus mengulangnya lagi nanti buat hidangan keluarga tersayang. Pada teman-teman lain yang ingin mencubanya juga, silakan  lah ye, kita panjangkan lagi dalam senarai menu seharian kita. Sampai jumpa lagi nanti, salam manisss dari CT. Daaa.....


Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan :
4 cawan beras basmati
5 cawan air
1 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga - ketuk sedikit
2 helai daun pandan - disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah

Daun ketumbar diracik halus - untuk hiasan

Cara-cara :
1. Basuh beras sehingga bersih, rendam selama 15 -20 minit. toskan beras.
2. Panaskan mintak sapi dalam periuk rice cooker.
3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bersama bawang besar, bawang putih, halia yang dimayang halus bersama daun pandan, goreng sehingga wangi. Kemudian masukkan kiub ayam kacau rata sebentar.
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam dan kacau rata. Matikan api dan angkat.
5. Masukkan air dan susu cair kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
6. Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna.
7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan.




Ayam Masak Habang (Ayam Masak Sambal Merah)

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - potong 12
1/2 biji jus lemon
1 helai daun limau purut
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 cawan air
1/3 cawan minyak masak

Bahan Kisar Halus :
1 inci halia segar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

3/4 cawan cili kisar
1 sudu besar gula merah
1 inci belacan bakar - larut dengan sedikit air asam jawa
1 sudu besar kicap manis

Kacang pis - hiasan

Cara-cara :
1. Bersihkan ayam, lumur dengan sedikit jus lemon dan perap 15 minit. Bilas toskan airnya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, daun limau purut, bahan kisar halus dan kacau sehingga wangi.
3. Masukan cili kisar serta bahan-bahan yang lain dan gaul rata dan biarkan hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam gaul rata sehingga bersatu dengan rempah dan perlahankan api. Bila ayam berubah warna, masukkan air dan gaul rata. Masak hingga kuah pekat sedikit, perasakan dengan garam dan bolehlah diangkat dan taburkan dengan kacang pis. Hidangkan.


Friday, March 2, 2012

Nasi Lemak Tumis Kuning



Assalamualaikum... Salam mesra, salam manis dan bersua kembali dipagi Jumaat ni, bersama menu Nasi Lemak Tumis Kuning yang dah habis pun kami sekeluarga santap. Memang sedap, lembut dan CT sesuaikan dengan ayam masak sambal bersama telur rebus aje. Nak buat yang lain-lain tu tak sempat dah, apa yang termampu ajelah CT sediakan. Alhamdulillah, anak-anak dan My laling CM pun suka ditambah lagi dengan aroma daun pandan tu serta bau biji halba lagilah membangkitkan aroma nasi lemak tumis ni. Haqim pun sampai kurang dan makan bertambah-tambah lagi nasi lemak tumis ni... hehehe. Resipi asalnya dari JUN MyResipi, terima kasih ya JUN. Ramai juga teman-teman yang dah mencubanya, rata-rata mengatakan memang sedap. Maaflah ya tak dapat CT nak letak link semua teman satu persatu disini.



Nasi lemak ni dah berbagai-bagai versi ubah suai, ada yang hijau, kuning dan sikit hari nanti adalah warna yang lain pulak nanti... hehehe. Selalunya nasi lemak ni sedap kalau digandingkan dengan lauk-pauk seperti rendang ayam, daging, paru goreng sambal, sotong sambal atau udang masak sambal... kecurlah pulak bila dah taip macam ni kan... hehehe. Lama juga CT tak masak rendang kat rumah, kalau rajin nak juga masak ayam rendang untuk hidangan tengahari nanti, ada yang nak tumpang makan tak...? Hehehe.





Okeylah... masih banyak kerja yang sedang menanti CT didapur tu, jika ada kesempatan dan ada kelapangan, Insya'Allah CT akan singgah blog teman-teman semua. Untuk itu, kalau ada yang belum mencuba menu Nasi Lemak Tumis Kuning ni, bolehlah mencubanya. Sampai jumpa lagi. Daaa....

Nasi Lemak Tumis Kuning
Resipi : JUN MyResipi
Di Olah : Che CT


Bahan-bahan : (untuk 5-6 orang)
4 1/2 cawan beras wangi
2 1/2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba - ditumbuk sedikit
2 helai daun pandan - disimpul
1 cm halia - dihiris halus
1 batang serai - dititik
2 biji bawang merah - dihiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak masak + 1 sudu minyak sapi
1 sudu kecil kunyit serbuk

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk rice cooker di atas dapur. Tumis bawang dan halia hingga garing.
2. Kemudian masukkan air, santan dan kunyit serbuk, kacau rata sehingga pecah minyak.
3. Bila sudah mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan sedikit garam.
4. Matikan api, angkat periuk rice cooker dan masak nasi lemak seperti kita masak nasi biasa dalam rice cooker.
5. Hidangkan bersama lauk sambal kegemaran berserta timun, telur rebus atau telur dadar dan ikan bilis goreng.




Wednesday, January 25, 2012

Nasi Hujan Panas




Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi buat teman2 tersayang Dapur CT. Bagaimana cuaca pagi ni, cerah atau mendung... cuba jeling2 luar tingkap sekejap, hujan ke panas? Yang pasti, hujan ke, panas ke, menu ni tetap sesuai... iaitu nasi hujan panas. Tapi kena bagitau dulu, jangan di mintak sebab nasi ni dah habis dah.. hehehe. Sebelum2 ni banyak kali juga CT buat menu ni, tapi tak sempat nak amik gambar. Kali ni CT sempatkan untuk dipublishkan di dapur CT.

Merata-rata CT tengok resipi ni mengunakan beras basmathi, CT pulak tak ada simpan beras basmati kat rumah, sebab jarang sangat2 masak nasi mengunakan beras basmathi. Jadi CT masak nasi ni mengunakan beras wangi jer, dan hasilnya masih tetap lembut dan sedap juga. Tambah sedap pula digandingkan bersama lauk Ayam Merah Tomato resipi dari Kak Ummi dan CT buatkan lagi acar mentah. Memang sedap makan, sambil melayan anak2 yang ada dirumah sempena cuti sekolah CNY. Tak membuang masa lagi, jom kita semak resipi kat bawah ye. Kalau ada yang teringin nak mencuba silakan ye, semoga hidangan ini menjadi kegemaran ahli keluarga tersayang. Daaa.....





Nasi Hujan Panas
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
4 cawan beras wangi
Air secukupnya (sukatan air mengikut jenis beras yg diguna)
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak / minyak jagung
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
Rempah 4 beradik
2 helai daun pandan - disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah

Cara-cara :
1. Basuh beras dan toskan beras.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak dalam periuk rice cooker.
3. Masukkan rempah 4 beradik bersama bawang besar, bawang putih, halia yang dimayang bersama daun pandan, goreng sehingga wangi. Kemudian masukkan kiub ayam kacau rata sebentar.
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam dan kacau lagi.
5. Masukkan air secukupnya dan masak nasi macam biasa.
6. Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna. (jangan lupa tutup balik periuk rice cooker ya).
7. Tunggu sehingga nasi betul2 masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan.





Acar Mentah
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
1 batang timun segar - potong memanjang
1 batang carrot - potong memanjang
1 biji nenas masak - potong dadu kecil
1 batang lada merah - belah dua dan buang bijinya
2 sudu besar cuka / boleh ganti dengan jus limau nipis
3 sudu besar gula pasir
sedikit garam

Cara-cara :
Satukan semua bahan2 dan kacau rata2 semuanya. Masukkan dalam bekas sesuai, tutup dan masukkan dalam peti sejuk lebihkan 1/2 jam sebelum dihidangkan. Selamat mencuba :)




Ayam Merah Tomato
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong 12/14 - bersihkan
2 biji tomato - didadu kecil
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar pes tomato
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula
1/4 cawan air
garam secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan Kisar :
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan Tumis :
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih

Cara Memasak:
1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.

Tuesday, December 20, 2011

Nasi Lemak Aroma Pandan




Assalamualaikum... salam pagi yang ceria. Kalau tak ceria macam mana nak naik seri dimuka tu, jadi kenalah ceria dan senyum2 selalu ya. Kot2 kalau tak boleh senyum gak, pi tengok gambar Che CT yang pegang sudip tu gerenti mesti senyum punya... hehehe.

Hidangan hari ini Nasi Lemak Aroma Pandan. CT nak kongsikan bersama teman2 semua. Walaupun resipi ni simple tapi semua mesti suka makan. Tak kisahlah pada waktu bila dan dimana jua pasti suka. Zaman dulu2 selalu dibungkus dalam daun pisang wangi jer aroma nasi ni. Sekarang pun ada juga. Cuma sekarang ni Nasi lemak dah dimeriahkan hidangannya. Ada sambal sotong, sambal paru, sambal udang, sambal ikan masin, rendang daging atau ayam, serunding dan macam-macam lagilah. Tak macam dulu cukup dengan hanya sambal ikan bilis atau sambal telur rebus hehehe. CT pulak pertama kali makan nasi lemak berlauk banyak ni masa CT duk kat Puchong dulu bilamana CT sering ke Pasar Tani Shah Alam. Ada satu gerai makcik tu memang sedap gilos nasi lemak dia. Ambik banyak mana pun harga dia tak lebih dari RM5. Selalunya CT akan ambil paru sambal, sambal sotong kembang, kerang sambal dan rendang daging. Perghhh... lepas makan payah betul nak bangun... hehehe. Sebab tu sebelum makan mesti beli dulu barang2 yang lain, baru makan. Kalau tidak lepas makan duduk lah kat situ sampai hilang senak perut... hahaha.



Okey2..kita balik pada resipi Nasi Lemak Aroma Pandan ni ya. Ni kali kedua CT buat, yang pertama tu masa CT bawak bekal utk dimakan masa perjalanan semasa bercuti ke Melaka ketika awal cuti sekolah kemarin. Masak lima setengah pot beras habis bersih kenyang sampai malam, sedap dan enak makan anak beranak... Alhamdulillah. Tapi hari ini CT buat lagi sebab teringin nak makan. Alah resipi dia senang jer semua dah expert masak nasi lemak kan. Tapi CT sajelah tepek kat sini kot2 bila anak2 CT besar nanti boleh cuba2 resipi dari blog Mama dia ni... hihihi.


Nasi Lemak Aroma Pandan
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
4 cawan beras wangi
1 cawan santan pekat dari santan kotak #
3 cawan air #
10 helai daun pandan + 1 cawan air ##
Sedikit pewarna hijau # (disatukan dalam mangkuk dan kacau sebentar. ketepikan)
1 sudu kecil halba - ditumbuk sedikit
2 batang serai - dititik
2 biji bawang merah - hiris nipis
2 cm halia - hiris nipis
2 helai daun pandan - simpul
secubit garam
(bahan bertanda # #- di blender halus dan di tapis)

Bahan Sampingan :
Hirisan timun
Ikan bilis goreng
Telur rebus
Telur dadar yang digulung dan hiris nipis

Cara-cara :
1. Beras dibersihkan dan tos airnya. Masukkan halba, bawang merah, halia, serai, garam dan daun pandan ke dalam periuk rice cooker.
2. Masukkan santan yang telah dicampur sedikit pewarna hijau dalam rice cooker gaul sebentar. Terus masak nasi seperti biasa. (sukatan santan tu ikut beras masing2lah ya. Lain beras lain sukatannya)
3. Lagi berapa minit nasi nak tanak, buat 3 lubang dan titikkan sedikit saje pewarna hijau dalam lubang tadi. Dan tutup balik periuk nasi tanak hingga masak.
4. Bila nasi dah masak, baru digemburkan nasi lemak tadi rata2. Senang dan mudah kan.
5. Hidangkan nasi lemak aroma pandan ni bersama lauk kegemaran yang disukai. Selamat mencuba :)





Saturday, July 23, 2011

Nasi Ketumbar bersama Acar




Assalamualaikum buat semua.... Apa khabar hari ni, CT harap semuanya sihat2 dan jaga kesihatan juga dalam cuaca yang panas kering sekarang ni. Bila dah nak dekat puasa ni, cuaca mesti panas. Itu yang akan menduga keimanan kita masa berpuasa nanti.

Di sini CT ingin mengucapkan berbanyak2 ribuan terima kasih diatas ucapan ikhlas dari teman2 yang tersayang, baik di Blog Dapur CT dan juga di Facebook. CT sungguh rasa terharu sangat2 diatas ucapan hari jadi yang diterima. Apa pun CT turut mendoakan yang sama buat semua teman2 CT walau dimana jua berada semoga sentiasa dirahmati Allah, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan selalu mendapat keberkatan dariNYA didunia dan akhirat.. aminnn

Berbalik pada menu Dapur CT. Hari ni CT letak resepi Nasi Ketumbar yang CT kata nak letak hari tu. Dah rata2 yang membuatnya, baru ni sampai ke Dapur CT. Memang sedap, keharuman aroma nya semasa CT memasak nasinya..emmm wangi betul. Sampai anak CT pun cakap bau apa ni..? wanginyaaa... hihihi. Mama masak nasi special ker..? Adoii... suka betul hati CT bila anak2 suka makan apa yang kita masak ni kan. Nasi Ketumbar ni CT lawankan bersama Ayam Ros Pandan resipi dari CMG. Memang kenalah CT pun suka dan CT padankan juga hidangan nasi ni dengan Acar Timun dan Nenas dari Yatie. Terima kasih buat teman2 semua diatas sumbangan resipi yang sedap2 ini. Makanan yang enak macam ni memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga mahupun menjamu tetamu istimewa. Tapiiii.. jangan mintak tau, sebab dah habis dua hari yang lepas hahahaha, sebab CT beri laluan pada RVC tu dulu semalam... hihihi

CT minta izin pada tuan punya resipi ini untuk dipanjangkan lagi dalam Dapur CT, terima kasih ya. CT copy paste dari blog Nor. Sampai jumpa nanti... insyaAllah :D


Nasi Ketumbar
resipi : Q'ein @ MyResepi
sumber : Ayu Singapore & Nor Secubit Garam


Bahan-bahan :
500 gm beras
3 sudu besar mentega/minyak sapi
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-cara :
1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak. Masukkan bawang & goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam.
3. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau. (jangan lupa tutup periuk kemas2 lepas tu yer).
4. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

* Daun ketumbar yang diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dalam nasi..





Acar Timun Nenas
Sumber Asal: Yatie
Resepi Che CT


Bahan-bahan :
1 batang timun
1 biji nenas (sederhana besar)
2 batang lada merah- dihiris
2 batang lada hijau
1/2 biji bawang besar
3 sudu besar cuka
garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
1. Kupas kulit timun dan nenas, hiris nipis-nipis.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Potong lada merah dan hijau serta bawang besar.
4. Campurkan bersama cuka, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
5. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di hidangkan


Saturday, July 16, 2011

Nasi Goreng Dapur CT



Assalamualaikum... Selamat pagi Sabtu yang ceria. Dah hujung minggu macam ni mestilah kita lebih ceria. Kalau ada yang tak ceria tu, marilah datang Dapur CT kita makan sama2 ehh... hihihi. Hari ni anak dara CT dah mula ada dirumah, Lily balik cuti seminggu. Bila dia dah balik ni, CT ada suatu urusan yang CT nak buat pada dia iaitu nak amik ukuran badan dia untuk jahit baju untuk raya. Maklumlah, cuma tinggal seminggu lebih je lagi dah nak sampai bulan puasa. Kalau amik ukuran masa tengah berpuasa, mesti raya nanti dah tak boleh nak pakai baju tu. Biasalah masa tengah tembam ni lah nak amik ukuran badan kan hehehe. Dah siap ambik ukuran, senang2 nanti CT tinggal nak gunting dan jahit jer...

Dok membebel sampai lupa pulak nak menjamu teman2 dengan nasi goreng ni. CT masak simple2 jer ni, dan guna lebihan nasi. Biasanya bila CT masak nasi, CT akan masak lebih sikit jadi bila ada lebihan tu, jadi mangsa untuk digorenglah jawabnya. Tapi jangan buat selalu tau, nanti kolesterol naik hehe. Okey kita layan lah menu simple Nasi Goreng Dapur CT ni ye...


Nasi Goreng Dapur CT
Resipi Che CT

Bahan-bahan :
3 cawan nasi
200 gm Isi ayam - bersihkan dan potong dadu
100 gm Kubis - bersihkan dan hiris halus
1 Batang lobak - bersihkan, potong dadu kecil
2 Batang kacang panjang - bersihkan dan potong dadu kecil
6 Biji cili padi - hiris halus
1 helai daun limau purut - disiat2
1 sudu besar sos cili
Daun bawang /sup - dihiris
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Telur rebus dan Timun - Hiasan

Bahan tumbuk halus :
2 Ulas bawang putih
2 Biji bawang merah
1 inci Belacan bakar
2 sudu besar ikan bilis

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk dan daun limau purut sehingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam kacau2 hingga daging ayam kecut sedikit.
2. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan kubis. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan nasi, gaul mesra. Masukkan sos cili, garam dan hirsan daun bawang / sup dan kacau rata. Perasakan dan matikan api.
4. Hidangkan bersama bahan sampingan kegemaran masing2. Selamat menjamu selera :D




Friday, July 15, 2011

Rice Balls / Nasi Kepal




Assalamualaikum... Salam mesra dan salam sayang untuk pengunjung DDCT semua. Semalam CT kata mood agak merudum sikit kan, entah kenapa tapi biarlah berlalu pergi, kita lupakan aje kisah semalam ok. Hari ini CT nak mulakan dengan mood yang baru semoga kekal ceria sentiasa. Semoga teman2 CT juga ceria sepanjang masa hendaknya.

Resipi kali ni dari Kak Diana, memang pelik sikit bunyi resepi asalnya, Bitter Ballen Nasi. CM panggil Rice Ball dan CT pulak letak Nasi kepal... hahaha. CT pun tak tahu kenapa tak boleh nak masuk kat blog dia lagi. Tapi resipi ni CT ambil dari blog CikManggis @CM. Bila lihat nasi sejuk ada balance banyak, CT pun siap keluarkan segala yang nak masak dan mulakan projek ni. Adalah CT tambah2 bahan lain dalam tu. Ingat nak potong2 cili padi dan letak sedikit dalam tu, tapi takut anak2 tergigit nanti terlompat kepedasan pulak, jadi CT tak jadi letak. Sebagai gantinya CT gigit ajelah cili padi tu sikit bila makan dengan nasi tu. Pedas jugalah terasa tapi layan jer... hihihi. Dah macam makan vadai berulam dengan lada hijau baru kaw2 bila makan. Rise Ball / Nasi kepal ni memang sedap. Kalau dah anak2 suka, mamanya pun suka jugak lah. CT buat sebesar bola golf jadi makan pun puaslah kan. Anak CT yang bungsu Haqim pun suka, banyak jugalah dia seorang yang makan. Siap mintak lagi, tapi CT kata kena ingat orang belakang ya kalau makan... hihihi. Nampak gaya nya kena buat lagilah kalau permintaannnya tinggi :D Terima kasih untuk Kak Diana dan juga CikManggis @ CM. Izinkan CT panjang2 kan lagi resipi ni dalam Dapur CT pula ya.


Rice Balls / Nasi Kepal
Sumber: CikManggis
Resepi Che CT


Bahan-bahannya :
300 gm nasi putih (CT letak 500 gm)
1 keping dada ayam - ambil isinya dan dadu kecil2 (CT tambah)
2 tbsp tepung gandum (CT letak 2 1/2 sudu besar)
150 ml air (CT letak 160 ml)
1/2 kiub ayam (CT letak 1 kiub ayam)
3/4 tsp garam (CT letak 1 sudu kecil)
2 ulas bawang putih - ketuk (CT racik halus2)
1/2 tsp lada sulah (CT letak secubit jer)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (CT tambah)
4 tbsp sayur campur (CT tak letak stok tak ada)
2 batang kacang panjang - dibersihkan dan potong kecil2 (CT tambah)
1/2 batang carrot - dibersihkan dan potong dadu kecil2 (CT tambah)
1 tangkai daun bawang
3 keping keju slice (CT tambah sedikit keju parut)
sedikit butter untuk menumis
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan-bahan salut:
1 biji telur (CT guna 2 biji + 2 sudu besar air - kacau sebati)
Tepung serbaguna secukupnya (CT ganti dengan bread crumbs secukupnya)


Cara-caranya:
1. Tumiskan bawang putih sampai naik bau, kemudian masukkan isi ayam dan gaul2 hingga isi ayam kecut sedikit dan masukkan 2 sudu tepung gandum, kacau sampai berketul-ketul baru masukkan air. Kacau rata masukkan kacang panjang, carrot, lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan kiub ayam.
2. Akhir sekali masukkan keju slice, carik-carikkan gaul rata.Tuangkan nasi putih dan kacau sampai sebati. Masukkan daun bawang. Kacau lagi hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan sebentar.
4. Kepal-kepalkan nasi bebentuk bebola kecik(guna sarung tangan plastik agar lebih mudah dan tak melekat ditangan) dan celup dalam telur dan golekkan atas tepung serbaguna adabi / bread crumbs.
5. Kemudian goreng sampai warna keemasan. Angkat dan tos atas paper. Hidang dengan sos cili atau mayonis. Ikut suka dan selera kegemaran anda. Selamat mencuba



Tuesday, May 10, 2011

Nasi Tomato - Hari IBU




Assalamulaikum ... Salam buat semua, sihatkah hari ni? Ni lah hidangan untuk CT sekeluarga sempena hari IBU yg lepas. Mulanya ingat hari tu nak bercuti dari pegang periuk dan kuali. Tapi bila dikenangkan anak2 dan suami ada permintaan nak rasa air tangan CT, walaupun cuti tapi kenalah juga masak untuk hidangan untuk keluarga hehehe. Nasi tomato ni biasa-biasa aje, dan cara nak masaknya pun simple, pada yg belum mencuba tu cubalah ye.. Resipi nasi tomato ni asalnya dari Kak Liza, tapi CT amik dari blog CMG dan CT menderhaka sket pada bahannya hehe. CT hidangkan nasi ni bersama ayam masak merah dan daging masak hitam manis. Mulanya nak gandingkan dgn puding utk pencuci mulut tapi tak jadi sebab tak sempat, kerana masa masak ni perut dah mula menyanyi lagu korea.. hahaha. Ada2 jer kan, maklum lah CT ni dah kemaruk dengan drama korean jer setiap hari. Rancangan lain dah kureng sikit nak tengok... hihihi. Jom kita semak resipi ni yang CT CnP jer dari blog Mat, mintak izin ya Mat, terima kasih banyak2.


Nasi Tomato
Resipi dari Sifu Mat Gebu

Bahan-Bahannya:
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair (CT letak 2 cawan susu cair)
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega (CT ganti dgn minyak sapi)
5 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan - disimpul
3 ulas bawang putih - dihiris
5 biji bawang merah - dihiris
1 inci halia, dihiris halus - hiris halus
3 biji buah pelaga *
3 kuntum bunga cengkih *
1 kuntum bunga lawang *
1 batang kayu manis * ( *rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras ( mat lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa


Bahan Hiasan :
Kacang pis - (yg ni CT tak letak)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya :
1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan.



Monday, May 2, 2011

Nasi Ambang




Assalamulaikum... masih mood cuti2 lah ni erk. Tapi bagi surirumah macam CT memang tak ada cuti, cuma masa tido jer lah yang boleh dikatakan bercuti (dari membuat kerja2 rumah... hihihi). Hari ini anak dara CT dah ada kat rumah balik bercuti jadi adalah teman nak berbual sambil memasak bersama meriuhkan suasana kat dapur. Selalunya sorang2 jer, hanya berbual dalam hati bersama senduk, sudip, kuali dan periuk jer... hehehe. Bila semua anak2 dan suami dah berkumpul ramai-ramai kat rumah, jadi hari ni CT masak menu yang leceh siket dari biasa. Yang CT maksudkan adalah Nasi Ambang ('Ambeng' dalam sebutan jawa). Leceh nak sediakan Nasi Ambang ni sebab banyak bahan penyediaannya dengan berbagai2 lauk sampingan seperti serunding, sayur sambal goreng, ayam masak merah atau rendang, mee goreng dan ikan kering. Fuhh.. memang padat maksimumlah. Dan dengarnya, kalau nak seronok makan nasi ni tak bole makan sorang2, tapi makan berkongsi ramai-ramai dalam dulang dalam 3-4 orang macam tu. Barulah datang semangat perpaduan, ye tak. Asal jangan berebut lauk sudah hehehe.

Nasi Ambang ni asalnya terkenal dalam masyarakat jawa tapi sekarang dah tak asing juga pada orang melayu. Kalau CT balik kampung di Johor, ni salah satu fevret yg CT akan cari. Masa CT kat JB 6-7 tahun dulu harganya sebungkus dalam RM1.50 macam tu, tapi sekarang dah naik RM3.00 lebih kurang. Kemain laju harga barang naik ek. Gaji je yg semput nak naik hehe.





Thursday, April 1, 2010

Nasi Beringin




Ewahhhhh.... nasi beringin ni dah sampai keDapur CT nampaknya. Memang lama dah nak cuba buat nasi ni. Tercapai gak hajat dihati dan ini adalah first time aku makan nasi beringin ni (macam jakun lak aku ni erk hehehe). Bole tahan sama jer macam nasi2 yang lain. Masa masak nasi ni anak dara aku tengah berpuasa, tak leh tahan bau aroma nasi masuk dalam lobang hidung hehehe. Memang harum tambah lapor pun ada time tu. Resepi aku amik dari dapur Ayu Singapura, terima kasih daun keladi ya Ayu memang sedap nasi ni. Kali ni aku panjangkan pula resepi dari Ayu, nasi beringin ni di Dapur CT pulak ya.


Nasi Beringin
Resepi dari Ayu
Sources: From warisan nenek@mesra.net

Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmathi
41/2 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi / marjerin
2 batang serai (mayang bulat nipis2) #
5 ulas bawang merah (mayang nipis2)
ulas bawng putih (mayang nipis) #
3 cm halia (ditumbuk lumat) #
4 helai daun pandan
2 cm kulit manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 biji bunga cengkih
5 butis biji halba
garam secukupnya
(Bahan bertanda#, CT tumbuk halus)

Cara-cara:
1. Cuci beras, rendam selam 5 minit dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi, goreng bawang hingga kuning dan wangi.
3. Masukkan halia, rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
4. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras sengan santan dan masak seperti biasa.
5. Karih @ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakan bersama lauk kari & sambal udang/sotong kering.


Friday, March 26, 2010

Nasi Ayam




Hari ni tekak aku terasa macam nak makan nasi ayam lak pulak, mula2 tu ingat nak beli jer. Tapi bila ingat insan2 tersayang kat rumah... baik ler buat sendiri. Terjamin kebersihan dan kelazatannya dan jimat pula ongkosnya betul tak...! hahaha. Buat nasi ayam ni tak ler payah mana pun. Semua geng masak2 handal belaka, tambah lagi kalau dapat makan dari hasil tangan sendiri kan. Tapi aku teringin nak merasa nasi ayam dari seseorang sebenarnya. Tapi tak leh cakap siapa lah insan 'bertuah' tu kat sini hehehe. Kang dah tau nama dia yang naik terus dia tak nak bukak pintu kalau aku kata nak datang rumah ekekeke. Siapakah dia..?? Kena undi nama siapa yang naik dulu ler. Emm... tungguuuu..! hehehe.


Nasi Ayam
Resepi dari Suejoshua

Bahan Nasi:
5 beras wangi - dibersihkan dan toskan
4 cm halia - diketuk #
4 ulas bawang putih #
2 ketul kiub pati ayam
2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar mentega - ct guna minyak jagung jer
Rempah 4 beradik (rempah tumis)
Garam
Air mengikut sukatan beras
(Bahan bertanda# CT tumbuk halus)

Cara-cara:
1. Panaskan mentega/minyak didalam periuk rice cooker dan tumiskan halia, rempah tumis dan daun pandan hingga wangi, kemudian masukkan beras dan air secukupnya mengikut sukatan, kacau rata dan biarkan hingga mendidih, masukkan kiub pati ayam dan garam, kacau rata dan alihkan periuk kedalam rice cooker dan teruskan masak sehingga nasi masak sepenuhnya.
2. Bila nasi masak bolehlah dihidangkan bersama ayam goreng bercili. (CT hidangkan bersama ayam bakar mayonis :D ).


Wednesday, August 26, 2009

BBQ Chicken Rice




Menu hari ni simple jer... amik dari blog Suejoshua. Kebetulan ayam ada dalam peti ais tu. Kalau masak ikan, kesian pulak kat anak2 bujang aku tu. Yang sorang tu memang tak makan ikan, yang sorang tu lagi pulak tak gemar sangat. Kalau dipaksa anak2 ni makan gak, dah macam telan batu jerrr... sian kan. Tak sampai hati lak nak paksa2 anak2 ni. Okey meh lah layan resepi ni yok...


BBQ Chicken Rice
Resepi dari SueJoshua

Bahan-bahan:
5 cawan beras wangi - bersihkan dan toskan
3 helai daun pandan - disimpul
2 inci halia - diketuk
2 s/b butter
Rempah tumis - 4 beradik
Stok pati ayam secukupnya - mengikut sukatan beras
Garam dan perasa

Bahan ayam BBQ:
1 ekor ayam - dipotong 4 dan dibersihkan (ct potong kecil)
4 biji bawang putih - ditumbuk halus
4 s/b BBQ sos
2 s/b serbuk cili
1 s/t serbuk lada sulah
6 s/b madu
Sedikit minyak
Garam dan perasa


Cara-cara membuatnya:

Untuk nasi:
1. panaskan butter didalam periuk rice cooker, kemudian masukkan rempah tumis, halia dan daun pandan, kacau hingga naik bau, kemudian masukkan beras yang telah dibersihkan terlebih dahulu sambil dikacau sebentar, masukkan pula stok ayam, garam dan sedikit perasa, kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih.
2. Alihkan periuk rice cooker kedalam rice cooker dan tekan on, sambung masak seperti masak nasi biasa.
3. Bila nasi masak, gaul gembur-gemburkan nasi perlahan supaya tidak melekit apabila hendak dihidangkan.

Untuk ayam:
1. Gaulkan kesemua bahan dan perapkan selama 1 jam atau lebih.
2. Kemudian letakkan sedikit minyak kedalam dulang pembakar dan susunkan ayam yang telah diperap tadi dan bakar didalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak sambil balik-balikkan ayam supaya masak rata.
3. Bolehlah dihidangkan bersama nasinya, sup, sos sambal, timun dan ulaman yang lain.

Tuesday, July 28, 2009

Nasi Tomato




Salam semua... maaf lah dah berapa hari Dapur CT ni sepi jer kan. Badan aku tak berapa sihat, pening kepala jer 2-3 hari ni. Tapi bukan 'uwek uwek' ya, bagi tau awal2 hehehe. Tu yang mood nak memasak tu kurang sikit. Tapi hari ni aku masak nasi tomato berlaukkan ayam masak merah. Tapi cuma tu jer sebab nak masak lebih2 cam tak larat rasanya. okey jom kita intai resepi dari Mat Gebu ni ya, cam biasa lah... CnP jer... tak larat hehehe.


Nasi Tomato
Resepi dari MatGebu

Bahan-bahan:
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*
Air, ikut sukatan beras ( lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa
(bahan bertanda* - rempah tumis)

Bahan Hiasan:
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara-cara:
1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....

Thursday, July 2, 2009

Nasi Beriani Udang




Harum memang harummm...... Tak boleh tahan bau nasi beriani udang ni sedapnyaaa.... jom makan hehehe. Rasa dah lama sangat tak dapat berkongsi resepi dan masakan di Dapur CT ni. Percutian yang lama buat aku malas nak membaking dan memasak seperti biasa. Masak tu ada lah kan.... tapi resepinya yang biasa2 jer bukan yang luar biasa hehehe. Oleh kerana lama dah tak ada resepi menarik, hari ni aku kongsi dan selitkan menu kegemaran my laling CM Nasi Beriani ni. Aku pun suka gak, tapi jangan selalulah takut muaklah pulak kan. Resepi asal dari blog Kak Liza juga, tapi cam biasalah aku amik dari blog Mat Gebu jer, mana lagi kan. Dah tak reti2 ker nak CnP jer dari sana huhuhu. Kemalasan untuk menaip masih menebal dijari2 ku ini. Jom kita intai resepi ni dulu okey :-D


Nasi Beriani Udang
Resepi dari Mat Gebu

Bahan-bahan:
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan *
1/2 camca teh serbuk kunyit *
Sedikit garam*
3 tangkai daun ketumbar
750 ml air
250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah - dipotong dadu
2 biji tomato - dipotong dadu
1 camca besar minyak masak
3 camca besar minyak sapi
1 helai daun pandan - disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula

Bahan tumis:
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihirs
2 cm halia - dititik
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar rempah beriani
(bahan bertanda* - digaul rata)

Bahan lain:
1/3 cawan kismis - goreng sedikit
Hirisan daun sup/daun bawang Bawang goreng


Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan.
2. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata.
3. Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...