Showing posts with label sport. Show all posts
Showing posts with label sport. Show all posts

Wednesday, 10 September 2025

Kami main pickle ball | and we love it!

ari sabtu 6/9 kami 1st time try gi main pickle ball...kami main kat SLK sports centre, sewa court ialah RM30 for one hour (ni rate utk waktu pagi).

tempat ni tak jauh mana from our home, dlm 15 min drive jer...location wise, dekat2 area tmpt keje mr hubby (tmn batu muda)

luas dan selesa...ni court no. 4...meriah jer org main pickle ball kat sini

MZ order paddle ni kat shopee...beli sepsg ajer, rupa2nya kena beli 2 psg sbb pickle ball ni dimain ber4...harga set paddle dan ball ni RM48+

my zharfan (baju merah) dan ariff

selfie lps dh hampir siap main..muka berpeluh teruk ni

mr hubby yg rakam ni...
actually zmn2 bujang, MZ suka main squash. so pickle ball ni tak delah sama mcm squash tp seronok laaa!

book dan byr online ajer..

kami sewa paddle sbb tak cukup paddle, RM5 for each paddle (for one hour)

wefie! kami ber5 semua suka la main pickle ball ni

MZ and hubby...ni dh siap main so Zharfan tlg snap pic kami posing2...mr hubby berpeluh abih basah baju :p

why pickle ball? skrg tgh trending kan...selain artis2, my nephew, nieces dan PA semua beria main pickle ball jugak!! so kami pun try dan ternyata, besh sgt main benda ni!

kami repeat main hari ahad 7/9 sbb MZ dh beli paddle baru so cukup dh ada 2 pairs paddle! tapi kami try gi main waktu tghari plak ie lps amik razeen from tuisyen. rate sewa court RM40 per hour, mahal RM10 berbanding waktu pagi.


tu paddle yg baru dibeli..yg ni harga RM58 for one pair (termasuk 4 balls dan bag)

mr hubby dan ariff

my 3 boys!! in our family, zharfan paling terer main--zharfan memang aktif bersukan, every week dia main badminton dan selalu pergi hiking dgn kwn2, dan selalu jugak pergi swimming (dlm uia)

since kami semua suka main pickle ball ni, so insya Allah, kami akan main every week la...kira healthy activity (utk keluarkan peluh)!

salam hari rabu uolls!
ada yg suka main pickleball jugak kerr?


Monday, 4 November 2013

Kerana bola itu bulat

defending a championship title is not easy...dh taqdirnya team pahang menjulang piala msia thn ni selepas kemarau 21 thn..congrats team pahang

to TRW...tak de rezeki kita ok utk thn ni...apa2pun, congrats sbb jadi naib juara....road to the final was not easy, in fact berliku..being the finalist is a success in itself...perjuangan tidak pernah berakhir...thn dpn we try again :) semangat baru gitu :) yg penting TRW tetap di hati



Sunday, 21 October 2012

Sekalung tahniah utk TRW | juara treble


bangun pagi ni dgn senyuman and mood happy--->>me tgk match dari awal sampai akhir :) syukur alhamdulillah...memang sgt2 sengit and mendebarkan sbb perlawanan sgt balanced sampai kena main masa tambahan...memang dh tertulis rezeki Kelantan The Red Warriors utk jadi juara piala malaysia --TREBLE sbb menjulang tiga piala ie piala malaysia, piala liga super and piala FA

moga terus sukses TRW!!

Friday, 10 August 2012

She's a WOMAN and she's a MALAYSIAN | siyes me tumpang bangga!!

..
 sejarah terlakar utk Malaysia..wanita Malaysia yg pertama merangkul pingat di sukan Olimpik (selain sukan badminton)..
bangga sbb jd top 3 international level tu!!



congrats Pandelela Rinong yang merangkul pingat gangsa dalam acara akhir 10M platform wanita pada Sukan #Olimpik2012.


 

Tuesday, 10 July 2012

The Red Warriors ke-156 terbaik dunia

...

Kelantan FA
Kelantan FA
MENURUT statistik terbaru yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History and Statistics (IFFHS), Kelantan FA kini menduduki ranking ke-156 kelab-kelab dunia.

Juara Piala FA 2012 itu berjaya melonjak 17 anak tangga berbanding pada kedudukan lama, ke-173.
Malah, pencapaian skuad kendalian Bojan Hodak itu mungkin berubah lagi selepas merangkul gelaran Piala Liga Super musim ini.
Paling membanggakan, pasukan The Red Warriors mengatasi kelab elit dunia seperti Newcastle United (164), Galatasaray (168) dan Los Angeles Galaxy (210) yang turut disertai David Beckham.
Jika ranking jadi ukuran, TRW dijangka tidak menghadapi masalah membenam kelab Iraq, Arbil Sport Club yang kini berkedudukan 218 dunia pada saingan suku akhir Piala AFC pada 18 dan 25 September depan.

source :  http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/the-red-warriors-ke-156-terbaik-dunia-1.65146
 

Saturday, 19 May 2012

Selamat berjuang The Red Warriors

menang kalah ada bertanding..moga2 menanglah heheheh



 

Tuesday, 22 November 2011

Entry berbaur bola ;)

me singgah SINI

my comment -- tak pyh layan those nonsense- they are just UNCIVILIZED!

and me suka status yg cute lagi kreatif ni..

" Korg nk tahu Rahsia knp Malaysia menang ? Sbb... TEAM Malaysia Hebat.. namun rahsianya ..kerana MALAYSIA ade seorang MUSLIM, ade seorang TAMIL, ade seorang pula GURU, dan yg penting Team MALAYSIA ade khairul fahmi che mat yg sentiasa cermat menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade baddrol bakhtiar yg sentiasa berikhtiar menjaringkn gol dari jarak jauh :) kekekeekekee dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee )!!!!!! Hahah....just a joke..Tahniah Malaysia....Tahniah seluruh rakyat Malaysia..:) "






me amik kat SINI

note : esok team harimau muda nak kena lawan Syria plak kan...mesti diaorg masih penat kan...


TAHNIAH HARIMAU MUDA!!!! | teruja tengok kalendar

me tgk match Malaysia vs Indonesia last nite dari awal minit permainan sampai selesai sesi penyampaian pingat wokeh!!

bangga and terharu bila team Malaysia menang--time penalti tu siyes me rasa sgt debar2, mcm nak luruh jantung gitu--esp time fakhri tak dpt sumbat goal tu :p....bagaimana agaknya perasaan dan emosi players yg berada dlm actual event tu....bermain di negara org kan...memang stress level tahap maksima tu...

apa2 pun moga2 prestasi bola sepak Malaysia akan terus meningkat selepas ini...amiin

------------------------------------------------------------------

wohooo byknya public holiday jatuh ari ahad--which means isnin cuti (extended weekend tu!!)...and kelas me ari isnin terpaksa ler diganti..nasib baik ada 2 kelas ajer setiap ari isnin :)


cuti awal muharram next weekend, me plan nak balik kg...harap2 tak banjir...trg dh start banjir and pindah2 pun...


cuti masa bday sultan selangor, me & family nak gi cuti2 melaka 3d2n :)

cuti krismas mr hubby kata boleh balik kg lagi..yeayyy

note : beshnya byk cuti2 :) uolls mesti ramai pegi holiday kan sbb ujung thn kan...ada yg cuti2 obersi tu...


Tuesday, 28 June 2011

Serasi dgn shawl rainbow/kalerful -- pegi sports day pun ranggi ni | meh ramai2 pakai shawl ;)

lately me sukaaa sgt pakai shawl kalerful ni :p

so far dh pakai 3 kali utk 4 event--masa pegi taman KLCC, masa pegi sports day ariff and lps tu pegi umah eyriqazz & masa pegi photoshoot InTrend semlm :)

ni kat tmn klcc --msia pun cantik jer utk PS--cuma tak sama mcm UK :)

ramai bagi positive respons :) lagi lah me suka hehehe sejujurnya, me suka benda2 kalerful ni..even baju2 me memang gini ler kalernya :) (me kulit sawo matang so dlm otak me, me rasa sgt tak sesuai pakai kaler grey/earth kaler)

shawl ni me menang CGL last year (rasanya dari ms weida GA kalau tak silap la, siap dpt dgn inner kaler pink--me pakai inner tu sbg ganti terbus/serkup :p --sgtlah berbaloi2 bila dpt hadiah CGL yg kita guna/pakai ari2 kan :) hehehe

entry ni nak citer psl sports day kat nursery ariff (IIUM Educare) ari sabtu lps :) ariff main matching shape :) dpt no 2!!! so dpt trophy perak lah :) mama plak lebih2 excited mcm biasa :)

see--mama ariff in kalerful shawl :)

kiranya ni lah sports day yg pertama dlm hidup lil Ariff --he's just 2 years old pun :) siap ada rehearsal tu, so lil ariff pandai jer main time event tu :)

on ur mark...get set...--parents boleh temankan anak2 main tau..sbb 2 thn kan..ada yg tak nak main pun :p


jom layan pics--semua pic hasil Sony DSLR :)

fokus tu hehhehe pandai anak mama :)






tq sbb sudi baca :)

Thursday, 23 June 2011

Malaysia menang!!! - layak ke pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik Zon Asia

me tgk match dari awal sampai akhir :) temankan Mr Hubby :) Malaysia menewaskan Lebanon 2-1 :)

tahniah team Malaysia!!! moga2 ada sinar anjakan baru utk bola sepak Malaysia :)

Sunday, 12 June 2011

Kecewa, hampa tapi redha lah | TRW tewas akhirnya :(

too near yet to far--dh dekat sgt nak menang, sbb hanya pada seminit terakhir team penyu menyamakan kedudukan...that's bola is all about...

me tgk dari awal sampai akhir
and then sbb TWR kalah, me masuk tido dgn hati lara--padahal bukan minat bola pun, tapi sbb team negeri sendiri kan..

anyway, syabas pada team Penyu selaku juara Piala FA tahun 2011--me sgt kagum tgk daya juang yg membawa kpd kemenangan--ala2 berpantang maut sebelum ajal gitu

note : tak de mood nak tulis panjang2...memang dh tertulis itu takdirnya--seramai mana pun fans yg dtg stadium, tak mengubah apa2 pun :(


Saturday, 11 June 2011

Pertarungan dua gergasi pantai timur | Kelantan vs Terengganu Piala FA 2011


sbb me anak jati kelate, so of course lah sokong Red Warrior..standard ler tu
anyway, bola itu bulat--both teams pun ada equal chance to win

harap2 fans kat stadium tak jadi super emo--players semestinya main and do the best to win, tp adatlah, mesti ada yg menang dan yg kalah kan..

all the best team Kelate!

note : adik lelaki me--his wife org ganu, so kiranya hubby vs wife's team hehheehhe--me tak perlah dua2 pun kelate--mr hubby's nephew siap naik bas dtg all the way dari kelate nak pegi tgk bola  kat stadium tu :)


Monday, 9 May 2011

Gunny Race | Lari dalam guni berwarna-warni

ari Sabtu lps adalah Sports Day IIUM Educare (tadika my zharfan) ..

sports day ni utk students 4-6 thn, one game for each student

my zharfan masuk acara GUNNY RACE== lari dalam guni ;) LOL

tu my zharfan peserta yg kat tgh2 tu..gigih dia berlari..

nasib baik dpt gak no 3--so dpt tropy gangsa --my zharfan was sooo excited :) mamanya pun sama naik excited--masa me sek rendah thn 1983-1988, me pernah gak masuk acara lari dlm guni ni :p :p



lil ariff sibuk belek2 nak tgk apa yg abgnya dh menang tu..

congrats my boy! --anak ayu rafikah pun menang gak, dua org anak dia, sorang dpt no.1, sorang dpt no. 3--games yg lain lah :)


tq sbb sudi baca!!

~ringan2kan jari anda utk VOTE for MZ yer. voting sampai esok ajer ni...TQVM!!!~


Saturday, 29 January 2011

Congrats, tahniah, mabruuk | Kelantan Juara Piala Sumbangsih 2011

Mr Hubby frust tak dpt tgk live match online--tak jumpa plak match tu kat website yg dia selalu tgk

adik me update me (ym), katanya Kelantan menang 2-0

hoorayyy..syukur Alhamdulillah, moga2 2011 adalah tahun kegemilangan berterusan utk team Kelantan, dan juga team bola sepak Msia :)

me agak mesti Khairul Fahmi pun turun pdg as golly kan--wow,melambung2 lah saham KFCM :)

note : proud to be Kelantenese--one Malaysia :)









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails