Showing posts with label garden. Show all posts
Showing posts with label garden. Show all posts

Saturday, 18 April 2026

Salam 29 Syawal

lambat MZ bersiaran hari ni...semlm tak sempat nak buat scheduled entry sbb bz dgn keje (attend exco meeting dan meeting pulak abih lewat ptg..)

pagi ni...razeen ada tusyen, so MZ hantar razeen gi tusyen then singgah aeon jap beli groceries...mr hubby keje (alternate saturday), ariff ada aktiviti kat sek pagi hingga ptg, zharfan pulak kuar gi beraya lps zohor tadi, mkn2 kat rumah kawan dia...

hari ni dah 29 syawal merangkap hari terakhir bulan syawal nan indah..moga2 kita semua dipanjangkan usia utk menikmati syawal tahun dpn pula insya Allah

entry santai hari sabtu...mengintai taman mini MZ kat belakang rumah..
gambar last week ni

bunga melur belum berkembang

kecik lagi buahnya ni..excited sbb 1st time pokok ni berbuah di bawah jagaan MZ (masa beli, memang dah ada buah 2-3 bijik..dh lama laa pokok ni kat taman MZ...rasa2nya 2-3 tahun kot or more)

ada satu lagi anak pokok bunga kamunting cina dlm pasu yg lain..tumbuh sendiri jer ni hasil benih2 yg lps2

buah mulberi dh mula masak tapi belum ranum...kecik2 jer buahnya ni


ok gambar fresh from oven...baru jer MZ snap pi ni sblm MZ publish entry...bunga melur dah kembang yayyyy

masih kecik lagi buah limau nipis lps seminggu tak ketara saiznya

MZ baru tanam pokok bawang ni--sbb ada seulas bawang holland kat dapur MZ, tumbuh naik daun so MZ pun tanam jer lah dlm pasu...

ni kat bahagian bawah pokok limau nipis...ada 4 kuntum bunga putih kecil2 tu.. moga2 lekat jadik buah nanti...

anyway, tadi MZ tgk buah mulberi dh licin la, dh tak de dah kat pokok/celah2 batang nya...mcm kena mkn ulat jer..dan nampak ada gugur jugak sebijik kat tanah..tak sempat MZ nak petik..tak de rezeki MZ nak petik/mkn mulberi.

happy weekend uolls!
MZ nak kena siapkan soalan exam sbb hari isnin ni ada review exam utk sem ni.

Friday, 3 April 2026

Hello rosy periwinkle!

rosy periwinkle = bunga kemunting cina..(MZ google2 so nampak nama rosy periwinkle tu)

so entry ni nak citer psl my mini garden lah...gmbr2 last week ni

tiba2 MZ ternampak ada bunga ni..tumbuh sendiri dlm pasu ie kat celah/terselit dlm pasu pokok limau purut....memang zmn2 PKP, MZ ada tanam bunga ni then semua dh abih mati/MZ buang etc sbb too many dan serabut/dah bosan...so MZ suspect ni lebihan benih2 dlm tanam then dia naik sendiri gitu...survival sgt!

periwinkle ni menumpang pasu pokok limau purut

pokok mulberi tgh berputik...sekali tgk buah2 yg muda ni cmm ulat bulu :p

hrp2 grow jd buah yg masak ranum dan manis

ni bunga pokok limau nipis dan bertukar jd tunas buah...hrp2 membesar jadi buah limau nipis (excited sbb ni 1st time la pokok dlm pasu ni berbuah)

pokok bunga raya putih pun ada blooming flower jugak...rajin berbunga pokok ni

suci murni sbb warna putih!

then ternampak bunga raya merah pun blooming jugak..terselit kat bahagian bawah ranting2 tu

close up mulberi yg masih fasa putik

my lil garden ;)... belakang rumah MZ memang hutan/pinggir bukit (memang rumah ni nama dia hill view)

moga hidup kita sentiasa indah mcm bunga2 yg berkembang..aamiin
salam hari jumaat almubarak
hari ni MZ ada meeting (waktu ptg) dan plan nak buat kelas ganti (online) kalau sempat (lewat ptg).

Wednesday, 4 March 2026

Ternampak bunga

...kat pokok limau nipis dlm pasu kat taman mini MZ laaaa..

dh lama tanam pun beli dan tanam pokok limau ni dlm pasu...masa mula2 beli tu memang dh ada buah dlm sebiji dua..then lps tu, tak pernah dh berbunga apatah lagi berbuah..yelah...tanam pun dlm pasu jer dan jrg2 siram, jrg2 letak baja..

last few days...ternampak ada bunga laaaa..kecik cinonet jer bunga warna putih tuuuu

ni pulak putik2 buah...kat pokok limau kasturi yang sgt rajin berbuah..biasanya selalu jer ada buah kat pokok ni...memang dlm pasu jer pun ni..

ada 4 biji buah limau kasturi yg sedang membesar...MZ biasanya petik untuk buat minuman/jus

moga2 membesar jadi buah yg elok ;) aamiin

ni kat satu sudut dlm taman mini...pasu2 yang dah buruk/tak digunakan..kena cari masa nak buat spring cleaning la..kena dispose bagi nampak kemas dan luas

salam 14 ramadan uolls! dh hampir separuh ni our ramadan

Saturday, 31 January 2026

Kali pertama berbunga | putih dan wangi

gambar2 petang semalam...

alkisahnya, MZ tiba2 jd excited/happy sgt sbb tiba2 terperasan dan ternampak ada bunga melur laaaa...pokok bunga melur ni kecik jer...ala2 segan nak hidup tapi bertahan tak mati2 pun...dh lama tanam, awal2 PKP lagi (rasanya 2020)...tapi survive jer wpun kecik dan tak pernah berbunga pun...finally, after 6 years, 1st time berbunga ni...alhamdulillah ;)

nak cium bunga ni..tgk2 ada seekor ulat beluncas warna hijau kat tepi ranting pokok melur tu..MZ cuba tepis ulat tu dgn gardening tools (pencungkil tanah), terus luruh/jatuh lah bunga melur  yg tgh berkembang tu..so MZ pun kutip...wangi sgt bunga ni!!

sekrg kan musim kemarau, dh 2 minggu rasanya tak turun hujan kat my area...so pokok2 dlm pasu hampir mati sbb MZ jrg2 siram...selalu tak sempat/lupa bila balik kerja...tapi pokok limau kasturi ni masih setia rajin berbuah...anyway ptg semlm MZ dh siram semua pokok dlm pasu

kecik2 jer buah limau ni..masih dlm proses membesar...cuma tak cukup air lah ni pokoknya...kesian all my pokok

ni plak kisah surviving...pokok bunga siti zubaidah ni...dah lama jugak MZ beli (may be 2021 kot)...masa beli memang dh siap ada bunga, lps abih bunga2 tu...dh tak pernah berbunga langsung...last2 last few month, dh mati pokoknya, tinggal tunggul ajer..so MZ letak lah pasu yg ada tunggul tu kat tepi2 pasu2 kosong...dan MZ jrg jenguk taman mini MZ ni...tgk2...haaaa kuasa Allah, tunggul tu tumbuh semula semua daun denga rimbun! MZ tak siram laaa...pokok ni survive dgn air hujan ajer2 sblm2 ni memang gombak sentiasa hujan (sblm fasa musim kemarau now)

tu pasu nya memang antara longgokan pasu2 kosong (ingat nak dispose/gi buang sebab menyemakkan ruang ajer ni)..survival sgt pokok ni!! siap menghujau subur!

keadaan taman MZ ptg semlm...musim kemarau kan....pokok pandan tu hampir mati sepenuhnya.... MZ pun dah tak mau la pkok tu...MZ baru discover pandan tu bkn jenis yg wangi..so bila MZ petik daun2 tu letak dlm nasi lemak etc, tak de apa2 bau pun!

the other side...pokok2 kunyit dlm pasu pun hampir mati semunya sbb kemarau...MZ kena put in more effort utk siram hari2..kesian sgt all my pokok2 yg ada ni

salam hari sabtu uolls!
MZ baru habis kelas masters online ni (9-11 am setiap sabtu). mlm ni ada online discussion plak (psl thesis proposal)

have a nice weekend!

Tuesday, 30 December 2025

Memetik buah mulberi di belakang rumah

walaupun taman mini MZ semakin terbiar (terabai!)..tapi pokok2 yg masih bertahan dlm pasu tu..alhamdulillah nampak subur menghijau..dan siap berbuah jugak! dh few times pokok mulberi dlm pasu tu berbuah..



yg warna dark red tu dh masak!

MZ suka la mkn buah ni...rasa dia masam2 manis gitu ;)

ada dlm 5 biji lah buah mulberi ni

nampak tak batang pokok tinggi kurus dan melendut tu...haa tu pokok mulberi MZ ler tuuuu

uolls suka makan buah mulberi tak?
have a nice day uolls!

Tuesday, 7 October 2025

Sebelum dan selepas

sebelum...

ie sebelum kutip semua daun2 yg berguguran

beginilah keadaan my lil garden esp selepas hujan/angin kuat...penuh daun2 kering atas lantai/tanah


memang penuh pokok2 hutan kat belakang rumah MZ ni...lereng bukit

tinggi2 belaka pokok2 kayu hutan tu

selepas!

ie selepas dh kutip semua daun2 tu dan sapu2 jugak guna penyapu lidi

dah bersih dahhh yayyy

salam hari selasa uolls! 
hari ni kelas MZ pukul 10 am

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails