Showing posts with label Kartografi. Show all posts
Showing posts with label Kartografi. Show all posts

Tuesday, 26 August 2025

Clip Layers di dalam Map Properties ArcGIS Pro

Clip adalah satu fungsi di dalam GIS yang akan memotong data anda mengikut bentuk polygon yang mewakili Clip Layer. Gambarannya seperti rajah di bawah ni :-


Contohnya, jika INPUT tu mewakili layer gunatanah, CLIP FEATURE tu mewakili sempadan Lembangan Sungai Klang, OUTPUT yang terhasil adalah gunatanah di dalam Lembangan Sungai Klang. Jika anda menggunakan tool Geoprocessing CLIP, satu layer yang baru akan terhasil sebagai output. Lazimnya penghasilan output layer yang baru menjadi keperluan jika kita ingin menggunakan output tersebut untuk proses analisis seterusnya atau output layer tersebut perlu diserahkan kepada pengguna lain.

Kadangkala mungkin timbul keperluan untuk anda clip keseluruhan layer di dalam paparan map secara visual sahaja tanpa perlu menjana sebagai output layer yang baru. Contohnya anda ingin membina satu map yang hanya highlight keseluruhan layer di dalam sesuatu kawasan sempadan sahaja. Contohnya seperti gambar di bawah ni :-


Ada ke cara nak buat map mcm ni tanpa perlu hasilkan output data yang baru? Jawapannya ada… guna je kaedah Clip Layers dalam Map Properties.  Sebelum tu lihat contoh map kat bawah ni. Map ni ada Sempadan KL dan juga Online Imagery Basemap.


Katakan saya nak paparkan Online Imagery Basemap di dalam Sempadan KL saja. Caranya mudah je. Follow je step berikut :-




Penerangan gambar :-

  1. Right click nama Map anda dan pilih Properties (atau double click nama Map)
  2. Pilih tab Clip Layers
  3. Pilih Clip to an outline
  4. Oleh kerana saya nak papar semua layer yang di dalam sempadan mukim KL sahaja, saya pilih layer Mukim
  5. Klik Apply

Apabila anda klik je Apply, paparan seperti berikut muncul.


  1. Anda ada pilihan untuk kecualikan layer yang anda tak mahu clip
  2. Anda boleh set simbol sempadan, warna dan juga ketebalan garis sempadan
  3. Klik OK

Perhatikan perubahan paparan peta saya seperti di bawah. Bandingkan dengan paparan peta sebelum ini. Layer Online Imagery Basemap dan lain-lain layer hanya dipaparkan di dalam kawasan sempadan mukim KL sahaja. Paparan layer ini dihasilkan tanpa perlu menjana output data yang baru.


Anda juga boleh hasilkan paparan clip pada polygon mukim yang anda kehendaki sahaja. Contohnya, jika saya nak clip semua layer dalam polygon mukim Setapak saja, saya akan buat step berikut :-



Penerangan gambar :-

  1. Klik butang Select
  2. Klik polygon mukim Setapak
  3. Pada ruangan layer mukim, klik butang Selected features
  4. Klik Apply
  5. Klik OK.

Perhatikan peta yang dihasilkan seperti di bawah..


Mudah saja kan? Anda boleh menghasilkan peta dengan pantas tanpa perlu membuat processing untuk menghasilkan data baru.

Sunday, 1 December 2019

Tips Labeling : Kaedah Abbreviation


Haii semua… kali ni saya ingin kongsikan satu tips berkenaan text labeling. Kadangkala bila kita buat text labeling di atas map ni, timbul problem kalau text atribut tu terlalu panjang dan tak boleh fit dalam sesuatu area yang kita nak. Contohnya, cuba lihat gambar di bawah ni. Untuk JALAN SS 22/14 dan JALAN SS 22/16, terlebih pulak character “JA” terkeluar dari garisan jalan di atas map.



Mungkin word “JALAN” tu lebih sesuai disingkatkan kepada “JLN” supaya kesemua text nama jalan boleh fit disepanjang garis jalan tersebut, seperti gambar di bawah ni.



Tapi macamana pula nak buat setting ni secara auto? Bila nama jalan tak boleh fit, gunakan singkatan “JLN”, tapi bila nama jalan boleh fit disepanjang garisan, maintain je guna word “JALAN” ikut atribut yang asal. Haaa sebenarnya boleh je nak set benda ni secara auto, caranya gunakan teknik Abbreviation dalam Maplex Engine. Haaa? Maplex? Apa kebenda tu??

Sebenarnya bila kita buat labeling dalam ArcMap, ada dua style engine labeling yang kita boleh guna. Default setting adalah Standard Engine Labeling. Satu lagi yang lebih advance adalah Maplex Engine Labeling. Nak aktifkan Maplex Engine ni, masukkan toolbar Labeling  dulu dalam ArcMap.

Masukkan Labeling toolbar

Bila dah masukkan toolbar Labeling, aktifkan Maplex Engine dan set Abbreviation menggunakan kaedah seperti di bawah ni..



Penerangan gambar :-
  1. Check Use Maplex Label Engine
  2. Klik Abbreviation Dictionaries…
  3. Dialog Abbreviation Dictionaries akan dipaparkan. Klik butang New…
  4. Namakan dictionary abbreviation yang anda nak bina. Dalam contoh ni, saya namakan sebagai Street. Kemudian klik OK.
  5. Lepas tu, bina abbreviation dengan klik butang Add Row.
  6. Dalam contoh ni, saya nak bina singkatan JALAN sebagai JLN. Jadi kat ruangan Keyword, saya taip JALAN.
  7. Kat ruangan Abbreviation(s), saya taip JLN.
  8. Kat ruangan Type, saya pilih Keyword.
  9. Klik OK.

Selesai sudah bina abbreviation. Next step adalah, macamana nak apply abbreviation yang kita dah set ni ke dalam layer yang kita nak? Caranya, guna kaedah berikut ni..




Penerangan gambar :-
  1. Dalam Labeling Toolbar, klik butang Label Manager.
  2. Dialog Label Manager akan dipapar. Klik label class pada layer yang anda nak setkan.
  3. Klik butang Properties…
  4. Dialog Placement Properties akan dipaparkan. Klik tab Fitting Strategy.
  5. Uncheck Stack label sebab saya taknak paparkan text nama jalan ni berlapis double line. Saya nak paparkan sebaris saja.
  6. Check Abbreviate label.
  7. Klik butang Options… pada Abbreviate label.
  8. Dialog Abbreviation dipaparkan. Pilih nama abbreviation dictionary yang anda dah setkan dalam step sebelum tadi.
  9. Klik OK pada dialog Abbreviation.
  10. Klik OK pada dialog Placement Properties.

Cuba lihat hasilnya. ArcMap akan cuba fitkan semua teks atribut nama jalan pada setiap line jalan yang dipaparkan. Tapi untuk line yang tak boleh fit text tu, dia akan paparkan word “JALAN” kepada abbreviation “JLN”.

Hasil penggunaan Abbreviation. Kombinasi word "JALAN" dan "JLN"
bergantung kepada ruang teks di atas peta.

Selamat mencuba…

Monday, 11 November 2019

Servis Design Map

Ada keperluan nak design poster map? Atau anda busy takdak masa nak spend time utk design map? 😃 Kami di SukaGIS boleh membantu. Kami juga menyediakan servis utk design map, apa2 saja map, dari poster map yg detail & complex sehingga ke map yg simple mengikut pelbagai size pilihan anda. Jika ada keperluan tu, boleh hubungi kami di talian hayat berikut :-
  • 019 351 3770
  • 019 319 9069
Antara contoh2 poster map bersaiz AO seperti di bawah :-







Friday, 11 January 2019

Tips Hilangkan Cell Raster Pada Paparan Peta

Kali ni saya akan kongsikan tips bagaimana nak memapar data raster seperti DEM, slope dan seumpamanya agar kelihatan lebih menarik, tertarik daboomm. Jika anda pernah papar data raster dalam ArcMap, mesti anda pernah hadap isu ni… nampak pixel atau cell pada data raster tu bila anda zoom in. Contoh seperti gambar A di bawah ni.



Jadi nampak tak menarik paparan peta anda bila zoom in. Bayangkan kalau anda buat satu gis apps, tak kiralah desktop ke, webgis ke, lepas tu user yang gunakan apps anda bila zoom in nampak berkotak-kotak, berpixel-pixel pada map. Tak syok le kan? Tapi cuba tengok map yang sama seperti gambar B ni.. lebih smooth, tiada kesan pixel.



Baru nampak cantik sikit map tu. Kesan pixel tu berlaku sebab struktur data raster terdiri dari pixel-pixel atau disebut sebagai cell. Setiap data raster mengandungi himpunan cell-cell dalam baris (row) dan juga lajur (column).



Tapi walaupun struktur data raster terdiri dari cell-cell, kesan cell pada data tersebut boleh kita hilangkan untuk tujuan agar paparan lebih menarik. Maksudnya di sini, bukanlah kita mengubah atau hilangkan nilai data dalam setiap cell tersebut, tapi hanya hilangkan bentuk cell tu saja untuk paparan map yang lebih cantik.



So macamana caranya? Mudah saja, hanya beberapa step saja anda perlu buat. Mula-mula double click layer raster anda tu dalam Table Of Contents ArcMap untuk dapatkan dialog Layer Properties. Kemudian buat step di bawah.


Penerangan gambar :-
  1. Pada dialog Layer Properties, klik tab Display.
  2. Tukarkan setting Resample kepada Bilinear Interpolation (for continuous data).
  3. Klik OK.


Hasilnya, kesan pixel atau cell akan dihilangkan pada data raster anda. Selamat mencuba.

ps : Kami ada menawarkan Kursus Asas GIS pada 26-27 Februari ini. Untuk mendaftar dan info lanjut, klik link DI SINI.  :)



Thursday, 23 August 2018

Cara Mudah Membina Sempadan Inset Map


Untuk topik kali ni, saya akan kongsikan cara mudah bagaimana kalau anda nak bina sempadan inset map. Sebelum tu, tau tak apa makna inset map ni. Mungkin anda dah pernah buat inset map ni, cuma tak perasan map tu dipanggil inset map. Cuba lihat contoh-contoh map di bawah ni…



Kalau dilihat dalam contoh map tu, ada satu map besar atau kita panggil main map dan kemudian ada satu map kecil yang menunjukkan samada :-
  • kandungan detail kawasan yang di zoom in dari main map pada paparan skala besar (peta A) atau
  • lokasi spesifik kawasan yang dipaparkan di main map pada paparan skala kecil (peta B).


Map kecil ni lah yang dipanggil sebagai inset map. Tak kiralah samada inset map ni menunjukkan samada maksud peta A atau peta B di atas, tapi kalau anda lihat dalam salah satu map, mesti ada paparan sempadan kotak yang menunjukkan kawasan yang ingin di highlight.

Dulu2 masa nak buat sempadan kotak ni, saya sketch manually guna Drawing Tools dalam ArcMap. Rupa-rupanya, laaaa… ada kaedah auto untuk generate kotak ni dalam ArcMap. Gunakan Extent Indicators dalam Data Frame Properties. Kalau anda tak tahu Data Frame tu apa, rujuk ebook percuma saya tajuk “Mengenali Antaramuka ArcMap” di link sini. Sempadan kotak yang dijana pun akan lebih tepat berbanding kalau kita sketch manually. Cuba lihat contoh peta di bawah. Map besar menunjukkan Lembangan Sungai Terengganu. Sekarang saya nak paparkan di manakah lokasi lembangan tu di ruangan inset map peta Semenanjung.

Tiada sempadan kotak dalam inset map

Untuk create sempadan kotak dalam inset map tu, saya gunakan cara berikut ni :-






Penerangan gambar :-
  1. Right click Data Frame inset map dan pilih Properties… Dalam contoh ni, nama Data Frame inset map saya ialah Semenanjung.
  2. Klik tab Extent Indicators
  3. Klik nama Data Frame untuk main map. Dalam contoh ni, nama Data Frame main map saya ialah Lembangan Terengganu.
  4. Klik butang >>
  5. Untuk bina sempadan bentuk kotak, klik Use simple extent
  6. Klik OK.


Hasilnya, sempadan kotak menunjukkan lokasi data yang saya paparkan di main map akan dipaparkan dalam inset map. Kan mudah tu… :)

Sempadan kotak dibina secara auto dalam inset map

Dan yang bagusnya, kalau anda ubah extent di main map, contoh anda zoom in, zoom out atau pan kiri kanan, sempadan kotak di inset map juga akan berubah secara auto dan dinamik megikut perubahan extent di main map.

Perhatikan kedudukan dan skala sempadan kotak berubah-ubah
mengikut perubahan extent pada main map

Selamat mencuba.

p/s : Untuk anda yang berminat mendapatkan buku Tutorial ArcGIS Desktop, dapatkan buku SukaGIS Jilid 1 dan Jilid 2. Klik link berikut untuk info lanjut :-
Info Jilid 1
Info Jilid 2

Sunday, 28 January 2018

Bina Buku Peta Menggunakan Data Driven Pages

Pernah tak anda hadapi senario seperti berikut ni :-
  • Anda ada layer indeks, lembar atau blok projek dalam bentuk polygon.
  • Anda ada juga layer-layer lain di dalam lokasi layer indeks, lembar atau blok projek tadi.
  • Anda nak paparkan setiap layer-layer anda tu mengikut setiap indeks, lembar atau blok projek.
  • Atau anda nak print layer-layer tu dalam map berasingan mengikut setiap indeks, lembar atau blok projek.

Cuba lihat beberapa contoh map di bawah ni.

Paparan layer GIS bersama layer lembar Indeks

Paparan jajaran jalanraya bersama blok projek



Map yang saya tunjukkan tu menunjukkan layer GIS yang ditindihkan bersama layer indeks atau grid. Cuba lihat pula map yang dipaparkan di bawah ni.

Paparan layer GIS mengikut setiap Indeks

Map ni pula menunjukkan layer-layer GIS yang dipaparkan dalam setiap layer indeks tadi, 1 map 1 indeks. Kadangkala anda perlukan map sebegini untuk memudahkan anda fokus pada data-data dalam setiap indeks tertentu, untuk memudahkan anda present layer GIS anda mengikut setiap indeks, atau mungkin juga anda nak hasilkan buku peta yang mengandungi setiap layer di dalam setiap indeks.

OK, macamana cara paling mudah nak hasilkan map macam ni?? Jawapannya gunakan Data Driven Pages dalam ArcGIS 10. Kemudahan ni ada dalam version 10 je ye, dalam version 9 takde. Untuk nak gunakan Data Driven Pages ni taklah sesusah mana, cuma perlu 4 steps saja :-
  1. Tentukan layer Indeks yang anda nak gunakan.
  2. Tentukan extent Indeks yang nak dipaparkan.
  3. Masukkan dynamic text.
  4. Kalau nak buat untuk tujuan cetakan buku peta, export map tadi ke PDF.

Tentukan Layer Indeks
Ni step pertama yang anda perlu buat. Kalau takde layer Indeks, memang tak dapek la den nak nolong. Tapi sebelum tu, anda kena masukkan dulu toolbar Data Driven Pages dalam ArcMap.



Bila dah masukkan toolbar Data Driven Pages, barulah anda boleh setup layer Indeks menggunakan toolbar ni. Caranya seperti berikut :-


Penerangan gambar :-
  1. Kat toolbar Data Driven Pages tu, klik butang Data Driven Page Setup.
  2. Pada dialog Set Up Data Driven Pages, klik Enable Data Driven Pages
  3. Kalau dalam ArcMap anda ada lebih dari satu Data Frame, pilih Data Frame yang mengandungi layer Indeks.
  4. Pilih layer yang anda nak gunakan sebagai layer Indeks.
  5. Kebiasaannya layer Indeks mesti ada atribut ID yang menunjukkan ID indeks. Contoh kalau layer Indeks tu menunjukkan lembar peta, mesti ada atribut nombor lembar. So setkan field yang menyimpan atribut ID indeks ni di ruangan Name Field:.
  6. Pilih field yang anda nak gunakan untuk sort mukasurat peta anda. Kebiasaannya field ID indeks jugak.


Field-field yang lain tu optional, anda tak perlu isi pun takpe. OK lepas tu bolehlah anda pergi ke step berikut ni.

Tentukan Extent Indeks
Tadi anda dah set layer yang anda nak gunakan sebagai indeks. Bila anda nak paparkan layer-layer GIS dalam setiap indeks tu, mesti anda nak control juga kan skala atau jarak antara sempadan indeks dan margin frame yang dipaparkan. By default, ArcMap akan centerkan posisi grid anda tu dalam paparan Data View atau layout View, bergantung jenis View apa yang anda pilih.

Extent yang berbeza antara Layout View dan Data View
Jadi, seperti contoh gambar di atas ni, berbeza jenis View yang anda pilih, kemungkinan anda akan nampak extent yang berbeza, sebabnya Layout View akan ambil kira setting saiz Data Frame anda dalam Layout, Data View pulak ambil kira setting saiz window Data Frame anda dalam paparan ArcMap. Setting extent ni anda boleh kawal seperti step di bawah ni :-


Penerangan gambar :-
  1. Pada dialog Set Up Data Driven Pages, klik tab Extent.
  2. Terdapat tiga option untuk anda pilih. Dalam option Best Fit, anda boleh kawal jarak antara grid dan margin by percentage. Kalau anda nak kekalkan skala yang anda set pada Data Frame anda, guna option Center And Maintain Current Scale. Jika anda ada keperluan nak view grid Indeks tu mengikut skala berbeza-beza, anda kena masukkan dulu atribut skala dalam table layer Indeks dan gunakan field tu dalam option Data Driven Scale.
  3. Klik OK.

Masukkan Dynamic Text
Kebiasaannya bila anda nak cetak map yang ada layer Indeks ni, kat teks tajuk map tu mesti ada dinyatakan ID Indeks atau nombor Indeks. ID ni anda boleh jana secara automatik di atas peta yang anda nak hasilkan tu menggunakan Data Driven Pages. Terdapat beberapa pilihan teks yang anda boleh pilih dari menu Page Text dalam toolbar Data Driven Pages seperti contoh di bawah ni.



Contohnya, kalau anda pilih Data Driven Page Name sebagai Page Text, teks atribut dari Name Field yang anda set dalam ruangan Index Layer tadi akan dipaparkan dalam Layout anda.  Ingat ye, teks tu keluar kat dalam Layout View je. Kalau anda papar dalam Data View, jangan pulak tercari-cari teks tu, memang takde.

Dynamic Text barubah secara automatik mengikut page yang dipapar


Export Map ke PDF
Step ni anda buat kalau anda nak cetak map tadi. Kebiasaannya layer Indeks mengandungi banyak polygon ID Indeks, jadi akan ada banyak pages la map anda nanti sebab 1 ID Indeks akan jadi 1 page dalam buku peta anda. So kalau anda ada 100 polygon ID Indeks, maksudnya akan ada 100 page lah yang anda akan cetak. Untuk export, follow step berikut :-


Penerangan gambar :-
  1. Pada menu ArcMap, klik File > Export Map
  2. Pilih Save as type PDF.
  3. Klik tab Pages dan klik All untu cetak semua mukasurat.

Navigasi Peta Menggunakan Toolbar Data Driven Pages
OK, semua step tadi dah selesai anda buat. Selain dari nak buat peta buku, anda boleh juga gunakan toolbar Data Driven Pages ni untuk navigate peta anda dengan lebih mudah. Contohnya, anda boleh lompat dari satu page ke satu page dengan mudah untuk view data anda, semudah ABC. Contoh, kalau saya nak lompat ke ID Indeks 3758, saya taip saya 3758 dalam ruangan yang disediakan dalam toolbar Data Driven Pages seperti ditunjukkan dalam gambar bawah ni. Lepas tu tekan Enter dan map anda akan terus di zoom ke indeks yang anda taip tadi. Anda juga boleh guna button < dan > untuk lompat ke page sebelum dan page selepas. Kan senang tu.

Papar peta mengikut page dikehendaki menggunakan toolbar
Data Driven Pages
Harap topik yang dikongsi ni berguna untuk anda. Selamat mencuba.


p/s : Dapatkan buku SukaGIS Jilid1 dan Jilid2 untuk kupasan topik-topik menarik dan lebih terperinci.


Friday, 1 December 2017

Tips : Memapar Simbol Garis Kontur Mengikut Kategori Sela

Untuk baca topik ni, anda kena familiar dengan konsep attribute query dahulu. Kalau tak familiar, saya cadangkan anda baca dulu post saya berkenaan attribute selection atau attribute query di link sini. Untuk yang dah faham berkenaan attribute selection, boleh baca cerita tak berapa seram seterusnya ni..

Cuba perhatikan gambar layer kontur di bawah. Layer kontur ni dipaparkan menggunakan simbol warna yang sama untuk setiap garis kontur. Anda boleh lihat di dalam table kontur tu mengandungi maklumat ketinggian kontur yang disimpan dalam field CLV.


Cuba perhatikan pula gambar layer kontur di bawah ni. Terdapat perbezaan warna simbol mengikut sela kontur. Kontur sela gandaan 100m (100, 200, 300, 400 dll) dipapar guna simbol warna coklat gelap dan lebih tebal berbanding kontur sela 20m yang dipapar guna simbol warna coklat muda.


Perbezaan simbol garis kontur mengikut sela

OK.. kalau anda nak buat simbol kontur mengikut perbezaan sela macam map kat atas ni, macamana caranya? Kalau anda dah baca e-book percuma topik teknik paparan simbol yang ada saya kongsikan sebelum ni, dalam e-book tu saya dah explain beberapa teknik nak simbolkan layer kita. Contoh ada teknik Categories, Quantities, Chart dan lain-lain. Kalau melihat dari contoh atribut dalam table kontur yang saya tunjuk dalam gambar tu, rasanya teknik apa yang sesuai kalau nak simbolkan kontur mengikut perbezaan sela 100m tu?

Sebenarnya takde teknik yang sesuai, sebab atribut dalam table tu tak cukup syarat lagi. Tapi kalau dalam table tu ada satu field yang mewakili satu atribut menunjukkan sela 100m dan satu lagi atribut menunjukkan sela selain 100m, kita boleh gunakan teknik simbol Categories untuk paparkan atribut kategori sela 100m sebagai satu simbol dan atribute kategori sela selain 100m sebagai satu simbol yang lain. Contohnya, kita boleh bina satu field CLASS dalam table tu, kemudian kita setkan semua kontur yang sela 100 sebagai CLASS = MAJOR dan sela selain 100 sebagai CLASS = MINOR seperti gambar di bawah ni.

Kelas kontur mengikut
kategori sela
OK jadi mula-mula kita kena bina field dulu lah dalam table kontur tu. Cara nak bina field senang je, buka je layer tu punya properties dalam Catalog, kemudian taip je nama field baru di ruangan kosong, seperti gambar di bawah ni.

Step terperinci berkenaan dengan membina field dalam table ni ada saya ceritakan dalam buku SukaGIS Jilid2. OK selesai sudah bina field CLASS, sekarang kita nak masukkan pula nilai MAJOR dan MINOR dalam field CLASS tadi.

Tapikan layer kontur ni selalunya kalau kita buka table dia, ada banyak sangat rekod, sebab terlalu banyak garis kontur. Kecualilah kalau project area anda tu keluasan yang kecik, mungkin tak banyak garis kontur. Tapi kalau ada beribu-ribu rekod dalam table kontur, macamana kita nak setkan atribut MAJOR dan MINOR tu? Takkan nak keyin satu-satu kot? Sampai malam tak habis..hehe. Satu cara yang anda boleh buat ialah gunakan teknik Field Calculator untuk calculate nilai sela kontur 100m sebagai MAJOR dan selebihnya sebagai MINOR. Maknanya kena buat attribute query dulu le dalam table tu.

Tapi kan, macamana ye cara nak buat attribute query untuk nilai kontur 100, 200, 300, 400, 500, 600, 700 dan seterusnya tu? Ada ke cara yang mudah? Kalau guna operator OR (CLV = 100 OR CLV = 200 OR CLV = 300 ….. ) jadi berjela-jela le panjang query saya.
              Macamana nak query sela gandaan 100??                   
Lepas saya google2, ada satu forum discussion yang bagi tips macamana nak buat query untuk kes atribut macam ni. Caranya gunakan function MOD semasa query atribut tu. OK saya kongsikan kat sini syntax query tu. Dalam contoh ni, field dalam table saya yang simpan atribut ketinggian kontur tu  field CLV. Jadi untuk query kontur sela 100m, saya taip je syntax ni kat dialog Select by Attributes..

Mod("CLV", 100)=0




Hasil selection query tadi ditunjukkan macam gambar di bawah ni. Nampak tak semua atribut sela kontur gandaan 100m di highlight.

                                      

Next, kita akan setkan semua rekod yang dah select tadi sebagai CLASS = MAJOR. Caranya gunakan kaedah Field Calculator. Follow step berikut :-



Penerangan gambar :-
  1. Right click field CLASS dan pilih Field Calculator
  2. Taip “MAJOR” kat ruangan yang ditunjukkan
  3. Klik OK.

Hasilnya dapatlah seperti gambar di bawah ni.

                             

Selesai untuk part kontur sela 100m. Next macamana pulak nak setkan CLASS = MINOR untuk semua kontur selain sela 100m tu? Cara yang paling mudah, terbalikkan result selection tadi menggunakan butang Switch Selection kat table, seperti step di bawah.


Penerangan gambar :-
  1. Klik butang Switch Selection kat table. Anda kena pastikan masih dalam mod selection CLASS=MAJOR.
  2. Rekod sela kontur selain dari 100m akan di select.

Seterusnya, ulang saja step Field Calculator tadi, tapi kali ni setkan CLASS sebagai MINOR.
Bila complete semua rekod dah ada atribut MAJOR dan MINOR kontur, barulah kita boleh gunakan teknik simbol Categories untuk paparkan setiap kategori sela kontur tu pada simbol yang berbeza.


Kalau nak tahu macamana step nak buat simbol Categories ni, downloadlah e-book yang kongsikan tu ye kat link ni.


Sekian…selamat mencuba.