Sekiranya korang semua ada menonton ruangan dunia Buletin Utama di TV3 hari Khamis lepas dan juga berita-berita utama yang lain, korang mesti tahu pasal demonstrasi pelajar yang berlaku di London pada tengahhari Rabu lepas (waktu tempatan). Demostrasi tersebut bertujuan memprotes keputusan kerajaan untuk menaikkan yuran tahunan pelajar sebanyak tiga kali ganda sehingga mencecah GBP 9 000. Namun, yuran student international yang kini mencecah GBP 15 000 masih dikekalkan. Demonstrasi tersebut mendapat kempen meluas dan disertai oleh 52 000 pelajar daripada seluruh UK : termasuklah aku jugak!! *mueheheehe*
Kalau korang semua tengok dalam berita dan akhbar, korang akan perasan yang ada pelajar yang merusuh, membakar dan merosakkan bangunan Millband Tower. Millband Tower ini adalah pusat utama gerakan parti yang memerintah UK sekarang. Namun, tindakan ini hanya terdiri daripada golongan minority dan dilakukan selepas demonstrasi utama langsai. 52 000 pelajar dari seluruh UK telah mula berarak di sekitar Kota London pada jam 11.00 pagi dan menuju ke arah Parlimen. Asalnya aku berada di barisan paling belakang tapi sebab nak ambil gambar dan tangkap video, aku dan member aku berlari jauh menuju ke barisan paling hadapan. Klimaks kepada demonstrasi ini adalah ucapan daripada wakil pelajar yang mendesak kerajaan menarik balik keputusan menaikkan yuran. Itu kemuncaknya tau : bukannya merusuh rosakkan bangunan!! Dalam pukul 4.00 petang, pelajar mula bersurai!!
Namun, dalam pukul 5.00 petang terdapart sesetengah pelajar yang bertindak luar batasan dan menyerang bangunan Millband Tower. Ketika aku lalu di tepi bangunan tersebut ketika berarak, memang ada orang yang dah mula menceroboh (dan aku hampir-hampir termasuk dalam bangunan tu sebab tak tahu) tapi masih belum ada apa-apa kerosakan. So, aku teruskanlah berarak bersama yang lain. Papepon, yang penting aku nak berkongsi gambar-gambar yang aku sempat tangkap sepanjang demostrasi itu. Memang panjang, memang ramai dan merupakan demostrasi pelajar paling besar di UK sepanjang sejarah. Siap panjat tembok untuk ambil gambar untuk korang semua. So, nie aku sharekan dengan semua!! Oh ya, sorry sebab no caption dan tiada yang ada gambar aku. Bahaya!! Ngeh3!! Oh ya satu lagi : ingin ditegaskan bahawa aku tidak menyokong sebarang tindakan mereka dan juga tidak menyokong apa yang diperjuangkan mereka. Aku bersifat neutral. Tujuan "mengambil angin" di demonstrasi ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan rakan pembaca semua!! So, enjoy!! (^_^)/
*Dua gambar terakhir di atas merupakan gambar di Millband Tower masa aku sampai*
[Demonstrasi diadakan secara aman dan tanpa kekacauan kecuali di atas : Malaysia?!]
*Dua gambar terakhir di atas merupakan gambar di Millband Tower masa aku sampai*
[Demonstrasi diadakan secara aman dan tanpa kekacauan kecuali di atas : Malaysia?!]