Saturday, November 22, 2014

Kata-kata Hikmat Seorang Lelaki



Golden Wise Words by a Wise Man
  1. "if you want to change the world, do it when you are a bachelor. After marriage, you can't even change a TV channel."
  2. "listening to wife is like reading the terms and conditions of website. You understand nothing, still you agreed..."
  3. "chess is the only game in the world reflects the status of the husband. The poor King can take only one step at a time.. While the mighty Queen can do whatever she likes."
  4. "all men are brave. Horror movies don't scare them.. But 5 missed calls from a wife.. Surely dead..."
Sumber: Group Whatsapp

Amboi diorang ni, asyik nak hentam perempuan je. Tumbuk baru tau. Hewhewhew.. 
Macamana pula dengan pendapat wanita di luar sana yang lebih arif?

p/s: layan hindustan di TV3 petang-petang Sabtu ni..
Read More

Saturday, December 07, 2013

Ciri-ciri Lelaki Kaki Perempuan


Cer check this out, macam manarik la entry yang orang cari:




Ciri-ciri lelaki kaki perempuan?

Dalam kelas Personality Development yang aku masuk, lecturer pernah story 1 cerita sesi kaunseling beliau.Nak dijadikan cerita pasangan ni berjumpa dengan kaunselor untuk sesi kaunseling. Diorang nak failkan penceraian. Puncanya sebab suami tu ada perempuan lain di belakang. 

Sang suami ni, orangnya memang dihormati di pejabat. Kerja semua tip top + pekerja contoh yang sangat rajin. Sang isteri pulak merupakan saudara baru + sangatlah cantik. Diorang telah pun dikurniakan seorang cahaya mata. 

Isteri mana yang tak sedih kalau suaminya ada perempuan lain di belakang. Budak sekolah yang couple 10 hari pun tau cemburu & marah-marah kalau tau pakwenya ada awek lain! Isterinya mula sedar perbuatan suaminya selepas lama berkahwin. Suami dia siap dah berkahwin lain! Geramnya! Dah la semua perempuan simpanan dia orang bukan melayu. Semua orang luar..

Lepas tu, mula pulak sesi kaunseling dengan suaminya. Suami ni pernah cakap yang dia rasa tak puas. Dia cakap keinginan dia membuak dekat perempuan lain. Kalau nak tau, suami ni punya skandal semuanya orang yang berskirt pendek & bukan melayu. Isteri dia yang kedua ni orang Filipina! Selepas isteri dia tau yang dia dah berkahwin lain, terus dia ceraikan skandal dia tu!

Akhirnya, sesi kaunseling berakhir. Diorang ambil kata sepakat untuk bercerai jugak..

1 hari, 1 ujian dijalankan dan sang suami telah didiagnoskan menghidap penyakit! Penyakit

Dissociative Identity Disorder (Multiple Personality Disorder). Segala perlakuan beliau yang kaki perempuan tu dilakukan tanpa sedar sebenarnya. Jadi, si isteri ni pun tak jadi bercerai. Dia pun sekarang tengah mencari jalan dan berjumpa kaunselor lagi untuk belajar cara untuk hidup dengan orang yang mempunyai pengakit macam ni..


Sadis kan cerita ni, kadang-kadang kita cuma berfikit penyakit datang dengan cara yang kita nampak saja. Sedangkan penyakit pun boleh datang tanpa kita sedar. Dalam kes ni, si suami ni sakit dari segi mentalnya.

Kesimpulannya, lelaki kaki perempuan ke tak? Kalau nak dijadikan contoh dalam cerita Playboy Itu Suami Aku, aku rasa dia jadi macam tu sebab pegangan agama yang kurang kot.

Senang cerita, lelaki kan memang suka tengok perempuan. Dah memang lumrah kan. Cuma control la sikit pandangan anda tu. Perempuan tu pun sama, tak perlu la nak menunjuk & menonjolkan pulak. (*nota untuk aku jugak..MUAHAHA!). 

Berbalik kepada tajuk asal, ciri-ciri lelaki kaki perempuan? Cer cek ni:

Thanks for reading this long story guys!
Read More

Tuesday, August 28, 2012

Nak Tau Pasal Lelaki?

 
 
1. Lelaki ada lebih 1 juta sel darah dan anggota tulang yang lebih panjang berbanding wanita. Tetapi, mereka kurang 75% kelenjar peluh berbanding wanita.
p/s : tapi diorang lagi masyam kan dari perempuan..

2. Lelaki mempunyai kurang deria rasa lidah seperti masam, manis dan masin berbanding wanita. Tetapi, mereka bercakap sekitar 7000 patah perkataan sehari berbanding wanita yang mampu pot pet sebanyak 20 000 sehari.
p/s : tak dapat disangkal-sangkal lagi kan..

3. Lelaki lebih ramai yang mengalami buta warna dibandingkan dengan wanita!
p/s : my brother-in-law and his son also colour blindness! Its PROVED!

4. Lelaki lebih banyak menipu kerana mengikut kajian pelik, purata lelaki menipu adalah sebanyak 1092 kali setahun berbanding 728 kali oleh wanita.
p/s : bermaksud lebih kurang 3 kali penipuan setiap hari..emm..

5. Lelaki mengingati kereta pertama berbanding teman wanita. 1 kajian di Amerika, seramai 40% sukarela mengingati plat kereta pertama berbanding wanita pertama yang diciumnya.
p/s : kereta memang isteri pertama lelaki kan? KAN-KAN-KAN??

6. Lelaki hanya boleh melakukan 1 kerja di 1 masa iaitu menggunakan sebelah otak sahaja berbanding wanita yang mampu menggunakan kedua-dua bahagian (multi-tasking).
p/s : tengoklah mak-mak kita buat kerja macamana..

7. Lelaki sukar memproses kepelbagaian frequensi ton suara wanita.
p/s : wanita kan macam-macam..

8. Lelaki mempunyai jangka hayat yang pendek berbanding wanita! Mungkin berpunca dari lelaki yang enggan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan rutin.
p/s : takot ya..?

Walau bagaimanapun, bukan untuk memburukkan golongan adam ya! Inilah yang dikatakan lelaki dan wanita perlu bersama untuk lengkap-melengkapi sesama sendiri..

Read More

Saturday, March 31, 2012

cIRI-Ciri lelaKI yang gagaL dALAM hIDUP!!

Huh, agak kontroversi ayat di atas..

1. KAKI KELENTONG
Banyak pulak alasan dia kalau nak pi sana, nak pi sini. Kata ada discussion konon. Tengok-tengok duduk dengan awek laen. Tak pun jumpa berpeleseran dengan awek laen.

2. KAKI AYAT
Pehh, lagi tak boleh blah yang ni. Mula-mula nak mengayat, ayat power gila. Ada yang sanggup menitiskan aiq mata sebab tak dapat pujuk wanita malang tersebut untuk menjadi kekasihnya. Gilo..Kalau merajuk pulak, menangis dekat kita, memang dasar aiq mata Crocodylus Porosus aka buaya.



3.KAKI PEREMPUAN
Aduhai, hidup dia memang sentiasa di kelilingi perempuan. Tak boleh hidup tanpa perempuan. Sekadar nak pi  topup RM3 dekat kedai yang 0.002M pun akan ada perempuan teman. Tambah-tambah la awek, sebab depa ni walaupun status sudah "in relationship" masih jugak ada "back-up" dia. Oghang lanie kata skandal. Perempuan tu pun sama ngeng sebab kadang-kadang dah tau laki tu ada awek, dok merenyih jugak. Lagi 1, kadang-kadang semester ni kita tengok dia dengan minah S, semester depan minah F pulak Fuyoohh!! Hensem sangat ka mamat tu?? Dak pun...



4. KAKI CEMBURU
Cemburu tu tandanya sayang. Tapi, agak-agak la nak cemburu pun. Takkan lah nak keluaq dengan kawan-kawan yang ramai bercampuq laki perempuan pun tak boleh. Tambah-tambah kalau perempuan yang sentiasa hidup dengan kawan-kawan rapat macam aku. Aku sentiasa dengan kawan-kawan skuad aku. Tak kira lelaki atau perempuan, sebab masing-masing susah senang bersama-sama alam hutan, dalam latihan. Jadi, kepada lelaki di luaq sana, tok sah la nak cemburu buta sangat. Perempuan ni pun macam lelaki jugak. Kawan-kawan memang ramai, tapi marka dia soghang saja.

5. KAKI MULUT TEMPAYAN
Huh, mesti pelik kan. Meh nak habaq, "species" ni pulak jenis suka bercerita. Macam mami jarum, tapi bukan dok cucuk oghang sana sini. Contohnya, kata la mamat H ni ada masalah dengan marka dia. Senang-senang ja dia pi cerita sana sini marka dia lagu tu, marka dia lagu ni. Aduih, ada jugak kan lelaki jenis lagu ni. Jangan terkejut! Kalau nama hampa buruk sebab lelaki jenis lagu ni. Kesian wanita yang malang tu. Terjejas reputasi anda.



6. KAKI BLUE
Lelaki lagu ni, baik wanita di luar sana tinggai teroih. Bahaya cek oii..Baru berpacaran setahun, dah mula seluk sana sini. Bahaya, kalau lelaki tu betoi-betoi ikhlas, dia tak kan ambik benda yang bukan hak dia. Tapi ada jugak yang baguih, lepaih dia ter"lanjur", dia sanggup bertanggungjawab akan jaga perempuan tu sampai mati. Aku respect mamat yang macam ni. Tapi, dalam 100 oghang, 1 saja kot.



7. KAKI KIKIS
Sentiasa ada ayat-ayat manis. Lepas tu nak pinjam seringgit dua, akhirnya jadi beratus dua. Aku tak tau sangat ciri-ciri yang ni sebab selama aku bernyawa 20 taun ni, tak pernah lagi aku jumpa. Ada pun aku tak tau sama ada depa ni jenis lagu tu ka? Bukan.. Harap-harap dak kot.. Tapi selalunya, mula-mula depa bagi semua yang perempuan tu nak, lepaih perempuan tu percaya. Misi "kikis"an akan bermula.



8. KAKI BUSUK
Yang ni memang terok lanie. Basuhlah kasut anda dan tukarlah stoking setiap hari.... =)

Jangan marah no, ni sekadar nak hilangkan kebosanan aku yang dok tengah study. Jangan risau sesetengah saja lelaki luaq sana lagu tu. Ada lagi yang baguih sebab..kalau lelaki tu semua terok, macamana kita dapat lahir ke dunia ni. SAYANGILAH AYAH ANDA!

Minggu depan aku ada "mid term exam".
ISNIN - aquatic botany n aquaculture
SELASA - mangrove n estuaries ecology

DO THE BEST!!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com