Thursday, July 23, 2020

KEPSI Si Kucing Berkaki 3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai korang!

20 NOVEMBER 2019

Cik Timm nak share dengan korang seekor stray cat yang Cik Timm selamatkan tahun lepas. Waktu tu Cik Timm makan-makan dengan kawan dekat KFC Pekan Kulim. Sambil teman kawan buat kerja sikit. Hujan renyai-renyai malam tu.

Kami pun nak balik setelah selesai semua. Tiba-tiba Cik Timm dengar bunyi anak kucing kuat sangat. Ada anjing tepi jalan pun menyalak kuat dekat kereta kami. Cik Timm memang tak sedap hati. Minta kawan patah balik ke depan KFC sebab situ cerah sikit. 

Cik Timm pusing-pusing jenguk bawah kerata, bukak bonet enjin depan tak nampak apa pun. Tapi bunyi lagi, nasib baik ada seekor kucing dewasa ni cium-cium bawah tayar kanan. Guess what? Memang ada anak kucing bawah tu dan tangan dia tersepit dalam disc brake. Allahu memang nampak isi tulang tangan dia. Cik Timm memang dah panik tau tahu nak buat apa. Anak kucing tu hidup lagi tau sebab dia masih berbunyi dan sedar.

Cik Timm mintak kawan undur kereta tapi makin kuat dia bunyi dan memang Cik Timm tak berani nak buat sendiri. So, baru teringat boleh call bomba. YES! Cik Timm minta kawan call bomba. Selepas diberi semua detail, baru bomba datang. Datang dengan lori dia yang besar tu dengan satu van kecil. 

Orang ramai dah depan KFC tu dengan semua staff  KFC pun tengok sekali sebab diorang tengah closing. Patutlah diorang ni dipanggil HERO! Diorang cuma tolak kereta tu sikit dan pusing je tayar tu baru boleh keluarkan anak kucing tu. Memang hidup lagi walaupun tangan dia dah nak putus!

Abang bomba tu tanya, nak buat macamana dengan kucing ni. Cik Timm memang tak sampai hati nak tinggal dia. Cik Timm cakap, saya ambil dia, esok saya bawak ke klinik haiwan. So, abang bomba tu keluarkan First Aid Kit dia dan balut tangan kecil dia dengan kayu macam batang aiskrim tu. 

Waktu tu siapa pun tak berani nak pegang anak kucing tu. Cik Timmlah yang pegang dia yang terkulai tu sambil abang bomba cuci sikit luka dia dan balut. Staff KFC pun bagus sangat, diorang kasi kotak untuk aku letak dia dalam kereta. Settle semua aku cuci tangan yang penuh darah tu dalam KFC. Thanks korang!


Dalam kereta otw balik Cik Timm dok fikir macamana nak bagitau mak. Bukannya apa, 3 ekor yang dah ada dekat rumah ni pun jenuh jaga. Kita redah sajalah dan berserah je. Mak tengok je memang kesian sangat keadaan dia waktu tu, bunyi je non-stop. Bagi makan pun dia taknak, tidur pun taknak. Esoknya aku dah nak balik Penang sebab kerja. Mak suruh Cik Timm rehat dulu. 


Esok pagi Cik Timm ke Klinik Haiwan di Kelang Lama. Cik Timm orang pertama sampai untuk dapatkan rawatan. Waktu isi kad nama dia, Cik Timm memang letakkan nama dia KFC aka Kepsi. Doktor tu check dan buka balutan tu, tangan dia memang tak boleh nak diselamatkan lagi. Memang terpaksa potong, so Cik Timm memang proceed je dengan keputusan vet untuk potong je tangan dia. Tak silap kos pembedahan dia dalam RM250. Cik Timm tinggalkan dia di klinik.

21 NOVEMBER 2019

Abang Cik tolong settlekan Kepsi dan ambil dia dari klinik. Jadinya Cik Timm pantau dia dari jauh je. Abang Cik dengan maklah dok jaga dia. Kepsi still kena pakai wayar untuk salur air dekat dia. Doktor pesan kalau dia tak buang air besar kena inform. Doktor bagitau juga selepas operation tu dia tak bangun-bangun, so doktor bawak balik rumah untuk pantau dia. Sebab doktor dah pesan haritu before bedah, Kepsi ni kecik lagi untuk buat procedure macam tu. So, dia jadi 50-50. Cik Timm pun berserah je.



2 Disember 2019


Kepsi ke klinik untuk buka jahitan. Kepsi pun sihat dan aktif macam kucing lain, cuma dia KKU *kucing kurang upaya. Kak Ina pun ada war-warkan dekat member dia kalau ada yang nak bela Kepsi ni.

2020

Kepsi? Nak bagi orang? No way! Mak dan semua orang dah sayang dia. Dari kecik tapak tangan sekarang ni dah buncit dan mula menggatal. Dah mula nak kencing merata. So, dua hari lepas Kak Ina pulak bawak dia ke klinik untuk divaksin. Dulu tak boleh nak vaksin lagi sebab dia kurus sangat dan underweight. Sekarang ni badan dah macam dipam-pam. Hobi dia memang asyik menggigit orang je. Dari hari pertama sampai lagi dia suka menggigit. Masalah betul cara dia nak tunjuk sayang tu.


Lagi satu mak sayang dia sebab dia suka teman mak kalau berkebun. Memang a very good companianlah dengan mak ni. Alhamdulillah Kepsi sekarang ni sihat dan membesar dengan jayanya dekat rumah ni dan jadi kucing tetap dah dekat sini. Pastu favourite Kepsi ni stokin, dekat rumah ni kalau hilang stokin boleh cari dia, haha!


Kalau korang nak tengok lagi banyak video si Kepsi yang berkaki tiga ni korang boleh tengok dekat Highlight IG nama Kepsi. Memang cerita pasal dia jer, Tapi kan, Cik Timm rasa ada hikmah dan berkat bila Cik Timm selamatkan dia malam tu. Cik Timm dapat panggilan banyak panggilan SPA. Dapat join interview pun dah happy, cuma belum ada rezeki lagi. Dengan keadaan sekarang masih PKP. 


Kalau nak tahu, bela kucing ni kadang-kadang boleh bawa rezeki dekat kita tanpa sedar tau. Sama juga kalau korang kongsi makanan dengan kucing jalanan dekat luar sana. Mak kadang-kadang suka berleter dekat kucing dia, "Hampa doa-doalah bagi maktok dapat rezeki untuk bagi makan hampaaa..". So total kucing yang ada dekat rumah Cik Timm ni ada 4;

Dottie
Ayon
Bushi
Kepsi 

Tapi nak dijadikan cerita minggu lepas ada kucing yang tak sengaja terberanak dekat stor luar kami..
Nanti Cik Timm story pulak dalam next post, stay tuned!

Korang ada bela kucing juga? Jom share cerita kucing korang!

Read More

Friday, August 14, 2015

Selamat Tinggal Kesayangan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekarang dah jumpa punca kemalasan untuk mengupdate blog. Rupanya sebab dah boring dengan template lama. Template baru ni nampak tak serabut sangat. Simple sikit ala-ala fatin suhana gitu.

Hari terakhir untuk aku tinggal di rumah. Mulai minggu depan, aku akan bekerja di tempat baru. InSyaAllah training selama 6 bulan untuk memastikan aku layak atau tak dapat jawatan 'tersebut'. Akhirnya setelah lama menunggu tawaran kerja yang belum kunjung tiba.

Nanti mesti rindu baby tecik ni. Huhu, ini satu-satunya anak Wawa yang hidup. Yang lain semua dah mati ikut mama dia.
 Kesian sangat, sekarang ni membesar dengan susu kambing semata-mata. Kenapa kucing kena bagi susu kambing? Sebab susu lembu biasa ada laktosa, kucing tak dapat nak hadam. Kalau kucing dah besar ok kot. Tapi untuk baby tecik ni payahlah sebab takut sakit perut nanti. Badan still tak kuat.
Tapi sikenit ni nasi dengan ikan rebus dia dah balun. Susu ni cuma supplement tambahan sebab baby lagi kan. 
Belilah susu kambing dalam paket ni dekat Pet Shop di Taman Selasih. Murah sikit paket ni dari dalam botol. Hari tu kakak dah beli dalam botol, so susu ni cuma refill balik ja.

Si kenit ni pantang nampak orang, asyik nak minta susu je :)

p/s: Dah besaq nanti jaga maktok tau..
Read More

Sunday, April 12, 2015

Cuti jugak Akhirnya..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Alhamdulillah, masih lagi hidup lagi blog aku ni ye. Hari ni nak update sebab aku cuti. Punya seksa juga nak tunggu cuti hari Ahad. Masa rasa perlahan sangat!
 
Ceritanya, kucing aku si Wawa Jenal dah mula gatal. Asyik bunyi ja kerjanya. Setiap masa kena layan untuk tutup mulut dia. Dah la bunyi garau macam jantan. Kucing jantan yang mai pun reject nanti Wawa oi..
 Keluar awal pagi ke Stesyen Bas Kulim & Stesyen Keretapi KTM Bukit Mertajam untuk beli tiket. Jeng-jeng-jeng. Aku akan ke Melaka awal bulan 5 ni untuk pi kenduri Amni. First time nak naik bas sensorang dari Kedah-Melaka ni. Takutnya..teruk kan, Sarawak dah slumber + teror pi sensorang. Dalam semenanjung failed..iya lah..takkan nak pi Sarawak naik bas pulak kot. Memang setahunlah tak sampai-sampai. Last aku naik bas pi jejauh pun zaman matrikulasi dulu. Itu pun Butterworth-Perlis. Sekentut jer..
Makin cantik stesyen keretapi Bukit Mertajam ni. Tapi satu je aku tak berkenan. Segala urusan tiket, toilet, nak naik keretapi semua kena naik tingkat atas. Aiyak, macam complicated. Semuanya gara-gara aku pernah sekali nyaris-nyaris nak terlepas train sebab, aku dahlah sampai lambat, pastu kena naik lif bagai pulak, pastu turun pulak naik tangga untuk naik train. Complicated..grrr!

Selesai urusan tiket, perut rasa teringin dengan Mee To'Kun. Kawasan sini memang famouslah dengan mee to'kun ni. Memang sedap sampai menjilat pinggan*amboi! overnya kau!
Di saat panasnya matahari, biasalah aku dengan abang memang naik motor ja kalau nak ke mana-mana. Muncullah aiq nyioq gelas besar. Memang perhhh..layan.. Licin aku makan sampai tudung aku yang vogue pun makan sekali mee kuah ni. 

Perut kenyang, singgah pulak ke Megamall Penang & Aeon Jusco. Bukannya membeli pun, pusing-pusing window shopping. Pastinya rasa jakun sekejap sebab ramai gila orang dekat mall. Biasalah hari Ahad. Masalahnya aku yang tak biasa, sebab selalu cuti hari biasa. So, mall legang je, gawang-gawang tangan pun tak langgar orang. Hari Ahad, berjalan sikit, langgar buntot orang.

Toodles eberibadeh!
Read More

Wednesday, December 24, 2014

Wawa Jenal peneman setia


Di saat badan penat seharian bekerja 12 jam full semalam, terubat sekejap dengan..
..budak tecik Wawa Jenal ni..
Nak tidur pun sekenit ni bising, potpetpotpet bila aku keluar toilet.
Rupanya nak mencari tempat tidur, sampai ke Subuhlah budak tecit ni menempek tidur di kaki..
Read More

Monday, December 01, 2014

Spiderwoman di tengah malam


Geram betul dengan si buncit dua ekor ni. Nama je betina, tapi buas macam jantan. Pukul 3 pagi baru aku dapat tidur dengan lenanya. 

Ceritanya bermula dengan si kenit wawa mula memanjat alang rumah. Rumah kampung kan ada alang yang memisahkan bumbung dan dinding bawah macam ni:
 Malam tu aku mencari mana si kenit ni. Kakaknya si Mastura ada duduk diam dekat bawah. Adiknya mana? Yang pastinya kedua-dua main di tingkat atas rumah. Cari dibilik abang, panggil tak keluar pun. Masuk bilik sendiri, tak nampak pulak kelibatnya. Tiba-tiba mengiow atas kepala, alahai..
Sejak bila budak kenit ni pandai naik alang rumah ni. Nasib baik dia pandai ikut arahan, senang aku nak memanjat dan grab dia.
Sebab itulah aku jadi spiderwoman tengah-tengah malam. Semua pakat-pakat dah tidoq, aku dok ghabat bumbung rumah. Nasib baik rumah kampung punya rekabentuk ada kayu-kayu penyambung yang menyenangkan aku untuk panjat-memanjat. 
Astaga, anak dara apa ni, takpa kot, mak mentua tak tengok. Hehehe..

Selesai masalah..
Baru nak lelap mata, tengok-tengok si kakaknya, Mastura pulak mengiaw. Yang ni memanglah aku sangat geram. Ketegaq, susah nak ikut arahan. Ikut kepala dia je. Geram sangat aku biar dia atas tu. Nak tolong tak nak!

Baru nak lelap, dia berbunyi minta tolong lagi. Nasib baik tunggu ditempat yang sepatutnya. Senang aku nak memanjat. Yang si kenit pun sibuk bangun nak tengok aku selamatkan kakaknya. Selesai sesi panjat memanjat. Disebabkan aku takut depa dua memanjat lagi, tugas seterusnya adalah memastikan depa tidur.

Letak si Mastura dalam bilik abang sebab dia suka tidur dengan abang, tak nak pulak. Si Wawa sah-sah kena tidur dengan aku. Si Mastura ni demand, tak nak tidur dengan aku kalau adik dia ada. So, aku letaklah dia atas storage baju pink yang dia suka parking tu. Pandai pula duduk senyap kat situ mandi manda badan dia yang berhabuk tu.
Khusyuk mandi sampai berjam-jam. Si Wawa awal-awal lagi dah lena, asalkan dapat duduk dihujung kaki + selimut pink gebu.
Kelip-kelip mata aku tak boleh tidur sebab masa tidur yang telah dilangkau. Si Mastura betul-betul tidur, baru aku dapat tidur dengan lenanya.

Esoknya memang mengantuklah tersangat-sangat akibat melayan si Mastura dan Wawa. Kesabaran sahajalah..

p/s: Esoknya memang terlena waktu tengok TV..
Read More

Saturday, October 11, 2014

Selamat Tinggal Sayang..


Siapakah sayang yang dimaksudkan? Pakwe? Suami*jangan nak merapu..
Tinggallah sayang, tinggallah pujaan. Dari 4 anak bulus ini, kini tinggal 1 sahaja. Mak memang sentiasa sedekah anak-anak kucing dia. Tapi mak tak main bagi jer, mak pilih dulu orang yang betul-betul boleh jaga dengan baik diorang ni sebagaimana mak jaga. 
Ini Yuna. Dalam adik-beradik yang lain, dia yang paling kecik comel. Dah selamat bagi staff Kak Yu. Sebenarnya agak kesian sebab orang tu ambil seekor je. Lagipun, diorang kan dah biasa beramai-ramai. Tuan baru dia cakap dia memang mengiaw kuat kalau dikurung. Jadi, sentiasa dilepaskan didalam rumah. Dengar cerita macam dia lonely sangat. Huhuhu..
Fizi
Meimei
Fizi dan Meimei orang Sungai Petani ambil. Untung diorang duduk dengan orang kaya, hopefully kaya juga dengan kasih sayang untuk diorang. Menangis aku waktu tuan baru datang ambil. Sambil aku menaip entry ini pun berjujuran air mata. Tuan baru tu teringin nak bela kucing berbulu panjang. Nak beli di kedai, umur macam diorang memcecah RM300-RM500. 

Fizi adalah the only 1 jantan. Dia memang rapat dengan Meimei kalau dibandingkan dengan yang lain. Matanya biru sangat. Meimei pulak yang paling gebu antara diorang. Memang dia yang paling besaq. Kalau sekali pandang dia macam kakaknya, Mastura. Best kalau usap dia, sebab bulu lembut macam sutera. Jaga diri baik-baik ditempat orang tau.

Kini yang tinggal..
Wawa yang tinggal. Mak sayang dia sebab Wawa ni jelmaan datuk dia, Nabil. Dia punya personaliti pun lain dari yang lain. Dia manja macam mummy dia. Suka menempek dengan orang. Lagipun, dia boleh hidup lonely, asalkan ada orang layan dan selalu main. Memang sejak dari baby lagi, pantang kalau orang jenguk sangkar, dia yang pertama bukak mata + tergedik-gedik datang dekat orang. Memang muka tak malu betul..
Nabil vs Wawa
Ada nampak 1 persamaan tak? Tuu..bawah hidung tuu.. Hitler aka Charlie Chaplin celup!

p/s: Jaga diri dirumah baru, jangan nakal-nakal. Mak dah pesan, kalau tak mampu nak bela, bagi balik..
Read More

Monday, February 17, 2014

Berkongsi Rezeki


Hari ni uruskan pembayaran subjek ulangan. Melayang RM120, alahai. Dalam wallet aku ada RM15 ja untuk hidup. Waa!! I'allah ada rezeki kalau Allah nak bagi. Duit training semester lepas pun baru nak dibayar. Alhamdulillah!

Lunch pulak di Student Pavillion. Nasib baik student tak ramai sangat. Dapatlah bersembang-sembang sebab lama tak jumpa kawan-kawan lama. Biasalah, ramai kawan-kawan extend jugak. Tapi kami tetap kecoh, excited nak graduate kot. Hahaha!


Pastu ada kucing gemuk ni tunggu bawah meja. Nah, aku bagi kepala ikan keli. Sebagai manusia, setakat binatang macam kucing ni, tak salah kan kalau kita nak berkongsi rezeki. Pahala pun dapat. Bertepatan dengan hadis riwayat Abu Hurairah radhiyallahu'anh bersabda:
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]
Tengahari balik dari u, aku ke Asma Cake House. Nak try cari peluang part-time. Macam susah ja, sebab dia akan panggil pekerja part-time lama yang dia dah kenal..emm.. 

Good nite everyone! Semoga hari mendatang lebih baik dari sebelumnya. Doakan aku dapat part-time job ya!
Read More

Monday, January 20, 2014

Aktiviti Petang di Kampung



Aktiviti:
* makan rambutan
*main kucing
*berjogging dengan mama dottie
*pusing-pusing depan rumah cari buah durian..

Apa aktiviti hampa semua di petang hari?

Read More

Sunday, April 07, 2013

Melawat SSPCA


Pertama kali aku menjejakkan kaki ke SSPCA atau Sarawak Society for Prevention of Cruelty to Animals. Jom like [Page SarawakSPCA]. 


Pertama kali tengok banyak gila kucing dengan anjing. Pertama kali duduk dekat gila dengan anjing. Sebenarnya aku ke MBKS (Majlis Bandaraya Kuching Selatan) untuk tugasan assignment Environmental Law (Perundangan Alam Sekitar). Benda yang kami cari MBKS takdak pulak. Beliau bagi suggestion untuk ke SPCA atau Jabatan Veterinar. 

Memandangkan masa still awai lagi, kami pi la SSPCA sebelum lunch. 
Kucing ni mama cat yang gewdikss..
Setiap ekor kucing ni akan dilabelkan dan diletakkan dekat sangkar dia.
Manjanya..
Makan time!
Perasan tak kucing ni pelik sebab taring dia kat luaq, macam vampire da..
Kalau nak tau, MBKS akan menghantar haiwan-haiwan yang ditangkap ke sini. Contohnya, kalau ada orang buat report tentang anjing liar ke, kucing liar ke, pihak MBKS akan tangkap dan dalam masa 48 jam kalau tiada orang yang tuntut, semua haiwan tersebut akan dihantar ke SPCA ni. 

Sebab tu banyak gila kucing dengan anjing dekat sini. Depa ni semua boleh di'adopt' dengan membayar RM60 (kalau tak silap..) bukan untuk kepentingan jabatan. Tapi untuk suntikan anti-vaksin untuk kucing dan anjing tersebut.


Anjing katik!
Aku memang suka dengan kucing. Tapi, bila aku mai sini, aku rasa lebih prihatin dan kesian dengan haiwan terbiar dekat luar sana. Sebelum ni aku takut sangat dengan anjing. Bila aku tengok yang ada dekat sini, pandangan aku dengan anjing dah berubah. I'allah, kalau ada masa, aku teringin nak menjadi sukarelawan SPCA. Setahu aku, SPCA ni setiap tempat ada kan?

Jadi, kepada kawan-kawan di luar sana, daripada kita beli binatang yang cantik-cantik dekat kedai, lebih baik ambil dari SPCA ni. Setahu aku, kalau binatang stray cat yang kita bela ni, dia lebih menghargai orang yang selamatkan dia, macam Papa Hero tu.

CINTAI HAIWAN KITA!

Read More

Thursday, October 18, 2012

Kucing Comel Bernama Snoopy

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia

Hampa semua pernah tengok dak gambaq ni depa pakat-pakat share di Facebook?


Nak kata kucing betoi, macam comei sangat kan.
Lagi menarik Tekan sini

Nama: Snoopy
Tarikh lahir: 11 Mei 2011
Baka: Exotic Shorthair
Asal: Chengdu, Sichuan, China

Jom layan lagi gambaq pose dia yang comel!


Time dia kecik-kecik. Agak-agaknya hampa berdarah hidung dak tengok Snoopy ni..

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com