Showing posts with label HIbah. Show all posts
Showing posts with label HIbah. Show all posts

2026-04-06

Hibah: Semua nampak smooth, so hibah selalunya jatuh ke kategori “Nanti dululah”.

Aku sebenarnya setuju sangat dengan point ni. Orang tak pandang serius tentang hibah sebab hidup sekarang ok. Takde musibah, takde krisis, takde benda yang buat dorang terpaksa fikir jauh. Semua nampak smooth, so hibah selalunya jatuh ke kategori “Nanti dululah”.

Kita manusia memang macam tu. Selagi tak kena batang hidung sendiri, benda tu akan terasa masih jauh. Just like medical card, wasiat, hibah - semua ni kita tahu penting, tapi kita letak tepi sebab rasa belum perlu lagi. Kita rasa benda tu untuk orang lain. Untuk orang yang sakit dan untuk orang yang ada banyak harta untuk diagihkan. Kita rasa kita belum sampai tahap tu.

Padahal, hibah bukan pasal berapa banyak harta kau ada. Ini pasal apa jadi pada apa yang kau bakal tinggalkan nanti.

Masa hidup tengah ok, kita selalunya develop rasa false security. Rasa macam semuanya terkawal. Masih sihat, masih boleh kerja, masih ada income, family pun ok. So kita subconsciously assume benda buruk tu jauh. Atau kalau pun berlaku, nantilah kendian fikir.

Tak salah aku malam raya, around 1 pagi, tengah tido, En Wan dapat call. Client call. Client dari utara. Dia bagitahu anaknya accident kena langgar moto. Teruk katanya. Belah kanan badan hancur. Now kat ICU. Maknya takde kat tempat kejadian waktu tu. Anaknya dah 20-an.

Maybe dalam keadaan emergency, orang (maybe juga ambulans) hantar ke hospital kerajaan. Jadi maknya call tanya En Wan macamana prosedur kalau ke hospital kerajaan. Yang ni aku taknak ceritalah sebab itu urusan En Wan and client. Cuma aku lega sebab client ni ada medical card DAN hibah.

Ini namanya malang tak berbau. Takde siapa terfikir one day akan accident. Rasanya client ni pun tak terfikirkan hal ni. Tapi dia buat preparation - ada medical card dan hibah sekali. Maksud aku kat sini, dari segi kos treatment dah tak payah pikir sebab ada protection. Kalau accident, otomatik medical card cover walaupun medical card belum matang.

Dari sudut hibah, sekiranya seseorang disahkan TPD (total permanent disability), hibah boleh dikeluarkan. Hibah memang takkan boleh kembalikan apa yang dah hilang. Tapi sekurang-kurangnya, boleh ringankan beban yang tinggal. Bila someone hilang upaya, yang terjejas bukan dia sorang tapi the whole family. Pendapatan mungkin terstop, sedangkan komitmen tak stop. Kos rawatan dah tentu bertambah. Belum cerita bab emosi lagi. Semua orang terkesan.

Kat sinilah hibah mainkan peranan. Ini ibarat penyambung nafas. At least dapatlah tampung-tampung kehidupan harian. Dapatlah juga bagi ruang untuk keluarga bernafas without too much pressure.

Kita tak boleh kawal apa musibah yang datang, tapi kita boleh kawal sejauh mana kita prepared untuk hadap situasi tu. Like I said, hibah BUKAN menggantikan kehilangan. Tapi to make sure yang ditinggalkan masih mampu teruskan kehidupan. Kalau kita yang tak dapat bekerja sebab sakit, at least duit hibah tu dapatlah topup apa-apa yang patut.

Bukan nak takut-takutkan, tapi inilah realiti. Client En Wan yang accident malam raya tu buatkan aku semakin realised anything can happen. Client tu pun agaknya tak sangka, siang tu dia sihat, malam accident. Malam raya pulak tu. Kesian sangat. Tapi selalunya bila dengar cerita-cerita macam ni, kita tetap rasa itu orang lain. That’s exactly why so many people don’t take it seriously.

Satu lagi sebab, hibah ni tak nampak urgent. Dia tak macam komitmen yang kalau tak buat, terus ada consequence serta-merta. Hibah ni lebih kepada perancangan jangka panjang. Dan manusia memang lemah bab ni. Kita lebih fokus pada benda yang immediate. On top of that, topics like this are often associated with mati. Ramai orang tak selesa bila fikir pasal mati. So cara paling mudah, avoid.

Hibah ni sebenarnya satu bentuk kasih sayang. Kau atur siap-siap so that bila kau dah takde, orang yang kau sayang (pasangan / anak-anak) tak perlu gaduh and berpening, nak hadap proses yang leceh. Unfortunately, sebab hibah ni bukan immediate benefit, ramai rasa tak penting.

Another thing, ramai underestimate the consequences of not having a proper plan. Ramai ingat “Ala family aku ok je, takkan gaduh kot”.

Ini samalah macam anak yang menjaga orang tua. Apa yang orang tua mengadu ke anak-anak lain, anak-anak lain percaya. Sebab itu mak katanya. Takkanlah mak nak reka-reka cerita. Ini esok benda yang sama jadi. Kau je rasa family kau ok takkan gaduh-gaduh berebut itu ini. Hakikatnya belum tahu.

Dia senang cerita ginilah. Cuba test tengok if ada family day, atau preparation nak raya. Kalau mintak kutip duit, semua sepakat atau ada yang mengelat? Kalau small money like that pun dah banyak alasan and berkira, kau siapkanlah hibah sekarang. Chances are, ramai yang menunggu nak rebut “hak” bila kau mati esok.

Hari tu masa aku buat post pasal menjaga orang tua, ada sorang ni cerita pasal adik-beradik suami. Yang bercerita kat aku ni menantu perempuan. Suami dia sorang saja anak laki. Yang lain perempuan. Bila mak sakit, suami ambil tanggungjawab menjaga maknya. Si menantu tak bekerja jadi dapatlah tolong jaga mak mertua.

Ditakdirkan mak si isteri jatuh bilik air. Dah takleh berjalan sebab patah kaki. Jadi si isteri berulang ke rumah maknya everyday menguruskan dan memasak untuk mak. So suami pun bincang dengan adik-beradik yang lain untuk hire nurse menjaga mak mereka. Si isteri kata macam tu pun jadi bergaduh.

Selama ni si ipar menjaga FREE, masing-masing lepas tangan. Bila kena bayar nurse terus bertekak adik-beradik. Berkira rupanya nak keluar duit jaga nak sendiri. Masa ipar menjaga takde pulak dikisahnya nak menghulur ke apa. Ni esok, kalau suaminya mati, yang bertekak tu la paling sibuk rebutkan harta si adik. Nasib baik si isteri ni dah ambil hibah, client En Wan juga.

Reality check. Bila melibatkan harta, jangan cakaplah kau kenal si polan dan si polan dari kecik. Kau pasti dia takkan ambik hak kau? JANGAN CAKAP! Orang yang selama ni rapat pun boleh jadi lain. Banyak dah jadi.

Bila takde planning yang jelas, semua kena ikut proses faraid. Faraid ni hukum Allah, bermakna itu dah baik. Tapi mungkin tak selari dengan apa yang kita nak. Ada kes faraid pasangan susah nak akses harta, ada kes faraid expenses anak-anak terjejas sebab proses tuntutan yang panjang dan banyak hubungan keluarga jadi tegang disebabkan faraid.

Bukan nak kata hibah lebih baik dari faraid. Bukan macam tu.

Faraid memang hukum Allah. Faraid tetap relevan, tetap adil dan memang itu basic pembahagian harta dalam Islam. Isu dia sekarang bukannya tentang “tak relevan” tapi yang jadi cabaran sekarang is situasi hidup kita makin kompleks. 

Actually cabaran semua ni boleh diavoid. Tapi some people pilih untuk tak buat apa-apa, sebab sekarang semua nampak ok.

Look. Dulu struktur keluarga ringkas, tak complicated macam sekarang. Dulu harta tak banyak jenis. Sekarang kita ada loan rumah, loan kereta, ada akaun bank, KWSP, takaful, ada anak yang masih perlukan pergantungan sepenuhnya dari mak bapak untuk urusan harian (pelajaran). Membesarkan anak-anak sekarang tak murah macam dulu, ya. Education is very expensive, tak macam zaman nenek kita.

Bila semua ni terjadi, proses faraid yang kena ikut prosedur (tuntutan, pengesahan waris, pentadbiran harta) konfem ambil masa. Dalam tempoh tu, harta kena beku. Kat sinilah timbul masalah. So masalahnya bukan kat faraid. Masalahnya bila kita bergantung pada faraid without plan B.

Sebab tu dalam Islam, ada ruang untuk kita buat plan macam hibah, wasiat and penamaan. Semua ni bukan nak lawan faraid, tapi melengkapkan faraid so perjalanan harta tu lebih lancar dan orang yang kita tinggalkan tak susah. Tapi tulah. Bila takde musibah, ramai rasa perlu semua ni. Hanya bila dah kena batang hidung, baru sedar diri tak bersedia.

Benda macam hibah ni patut buat waktu-waktu bertenang, waktu sihat, waktu belum ada musibah. Bukan buat masa tengah panik. Lebih baik prepare awal, walaupun orang kata kita nampak macam overthinking. At least kalau apa-apa jadi, kita dah buat our part. Selebihnya kita serah.

By the way, hibah ni untuk orang yang masih sihat. Bila dah sakit atau dah ada penyakit, dah tak valid untuk buat hibah. Sebab dalam hukum, hibah kena dibuat dalam keadaan sedar, tanpa paksaan, dan cukup keupayaan untuk faham apa yang dibuat. So kalau tunggu sampai sakit baru nak buat, memang tak lulus. Ini ramai terlepas pandang.

En Wan pernah ada sorang client yang sakit. Dia antara client awal yang ambik offer Hibah untuk Orang Sakit. Tahun 2022-2023 Prudential ada buka offer hibah untuk orang sakit. Nilainya tak tinggi, setakat 250K je. Dan tempoh matang adalah 3 tahun, tak macam hibah biasa tempoh matang hanya 4 bulan. Ramai client ambil offer ni.

Salah seorang yang ambil adalah this client (dah arwah). Client ni ada diabetis. Sejak dia sign up polisi hibah, dia selalu call En Wan bagitau kerisauan kalau tak panjang umur sebab dia nak pastikan isteri dapat hibah tu. Pernah beberapa kali dia tanya En Wan tak boleh ke kalau hibah tu tetap isteri dapat sekiranya dia meninggal sebelum polisi matang. Takdir, dia meninggal sebelum polisi matang. Semua duit caruman dipulangkan balik ke waris. Maknanya isteri tak dapat hibah.

Begitulah ceritanya. Hanya orang yang dah sakit faham dan tahu betapa pentingnya hibah. Yang sihat payah nak faham sebab nampak macam takde keperluan.

Kita ingat hibah ni macam benda yang boleh settle last minute. Hibah ni perancangan awal yang dibuat waktu kita sihat. Sebab tu point “aku belum sakit lagi” boleh menjadi bahaya. Bila kita rasa masih sihat, selalunya kita bertangguh. Rasa masih ada masa. Yang benaunya masa yang sesuai untuk buat hibah memang sekarang.

Bila dah sakit, masa tu lah kita risaukan keluarga. Masa tu lah kita nak pastikan semua terjaga. Tapi the system dah tak benarkan kita buat hibah lagi. So nak tak nak, semua akan ikut proses biasa (faraid).

Sekarang takde dah Hibah untuk Orang Sakit. Tapi En Wan kata kalau orang sakit nak tinggalkan sesuatu, ada satu polisi investment yang boleh diambil. Polisi ni bayar untuk tempoh tertentu je. Sekiranya dalam tempoh tu takde musibah berlaku, client akan dapat that investment. Tapi sekiranya berlaku musibah dalam tempoh tu, investment akan menjadi hibah.

Basically this polisi bukan polisi hibah tapi investment untuk diri sendiri. Yang selalu pikir nak untung tu bolehlah ambil this polisi. Sebab hasil carumanb aku akan diinvest dan memang kau yang akan dapat hasil investment tu. Cuma sekiranya kau mati dalam tempoh tu, ia boleh dihibahkan. Bagi aku ini peluang untuk orang yang sakit buat hibah untuk waris. Try this. 

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  




2025-12-12

Hibah: Hibah untuk orang sakit kenapa tak keluarkan lagi?


Post aku tunjuk gambar En Wan serahkan mock cek hibah semalam buatkan ramai tanya aku "Hibah untuk orang sakit kenapa tak keluarkan lagi?"

Hibah untuk orang sakit sebenarnya memang tak wujud dalam standard offer. 2 tahun lepas Prudential keluarkan offer hibah untuk orang sakit. Tapi dorang keluarkan limited time je. Siapa yang grab waktu tu memang untunglah. Sebab lepas tu tak bukak dah. 

Company berdepan dengan risiko kerugian sebenarnya bila offer hibah untuk orang sakit. Just imagine, orang yang dah ada risiko kematian yang besar diberi peluang untuk buat hibah. Walaupun nilainya rendah antara RM50-250K saja, tapi risiko tu dah ada. Sebab tu dia buka kejap je offer tu. Memang ramai gila yang grab. En Wan ramai client yang sign-up hibah untuk orang sakit.

Salah satunya client di Johor, yang dah pun arwah. Isterinya blog reader. En Wan paling ingat client ni. Sebab arwah kerap whatsapp En Wan bersembang pasal sakitnya. Maybe dia perlu someone untuk bercerita. Memandangkan En Wan memegang amanah dia (hibah), jadi dia agak selesa bercerita dengan En Wan. Hujung-hujung hayatnya, dia call En Wan tanya "Takde cara ke untuk isteri saya dapat nilai hibah yang saya apply kalau tak cukup 2 tahun?"

Sedih pulak bila ingat-ingat balik. Nampak yang dia teringin nak tinggalkan sesuatu untuk isteri. Anak kecik lagi. Hajat dia tak kesampaian. Hibah untuk orang sakit, tempoh matang polisi adalah 2 tahun. Kalau capai tempoh matang, waris akan dapat hibah. Kalau meninggal sebelum 2 tahun, company akan pulangkan balik kesemua duit caruman yang dah dibayar. Hibah tak dapat.

Orang kata hibah ni tak penting. Buat apa nak ambik hibah sebab hukum Allah tu terbaik (faraid) katanya. 

Takde siapa pertikaikan hukum faraid. Hibah tak menggantikan faraid pun. Faraid tetap jalan. Hibah ni untuk melengkapkan apa yang faraid tak boleh selesaikan. Faraid dibahagi ikut ketetapan. Tapi faraid tak ambil kira realiti hidup kita. Faraid memang hukum Allah yang sangat adil. Tapi manusia? Manusia tak selalu adil, tak bijak dan tak bertanggungjawab.

Harta yang dibahagi ikut faraid tu mungkin jatuh ke tangan orang yang tak mampu manage dengan baik. Ramai orang yang tak faham tanggungjawab sebenar sebagai penerima faraid. Dorang ingat faraid tu duit FREE untuk kegunaan diri sendiri. Padahal faraid tu datang bersekali dengan tanggungjawab. Dapat duit faraid, bantu balu besarkan anak, bayarkan hutang si mati. Itulah tujuan kenapa waris dapat sorang sikit, untuk memastikan dalam ramai-ramai tu ada yang bertanggungjawab. Masalahnya MOSTLY yang dapat faraid berjoli dengan duit tu. Selalunya balu terkontang-kanting uruskan segalanya berbekalkan bahagian faraid yang 1/8 tu.

Yang aku pelik tu sampai ke rumah pun nak dituntut dah kenapa? Terang-terang rumah tu nama suami dan isteri, dah kenapa yang bahagian si suami tu nak jugak direbutnya? Kau takde rasa simpati ke dengan menantu? Dahlah hilang suami, now rumah yang menjadi kenangan dia dengan suami pun kau nak sebat. Kau takde share pun dalam rumah tu! Kenangan kau pun takde dengan rumah tu. Nak ugut-ugut menantu bayar bahagian rumah si arwah tu dah kenapa?

Masa orang tu kerja macam nak mati bayar loan rumah, mak bapak di mana? Ada hulur? Takde.
Masa orang tu bayar duit kereta bulan-bulan, ada hulur? Takde.
Orang tu buat harta bersama, kau ada share ke? Takde.

So kenapa beria benau nak menuntut segalanya lepas arwah dah takde. Yes, aku tahu waris ada hak ke atas harta-harta si mati. Tapi, TIMBANGRASA letak mana? Orang kalau ada otak, dia ambil hak faraid dan selepas tu dia tanya menantu "Ada hutang-hutang arwah yang belum settle? Pakailah bahagian yang mak dapat ni untuk settlekan hutang arwah".

Itu kalau ada otaklah. Selalunya takde. Selalunya takde yang kisah pun pasal hutang ni. Korang yang buat hutang, koranglah bayar katanya. Ohh pandai. Hutang yang suami isteri tu buat bersama, kau tak nak campur. Tapi harta yang suami isteri tu buat bersama, kau sibuk nak!

Faraid tak tanya siapa yang jaga masa sakit?
Berapa jumlah perbelanjaan anak-anak setiap bulan?
Isteri ada pendapatan sendiri ke tak?
Rumah tu siapa bayar selama 20 tahun?
Loan kereta siapa settle tiap bulan?

Semua tu tak masuk dalam kiraan faraid. Bila mati, harta tetap dibahagi ikut formula. Maka hibah wujud untuk isi gap tu. Supaya spouse tak perlu serabut menunggu bahagian faraid. Ini bukan untuk ganti faraid, tapi melengkapkan sistem supaya bila kita takde, keluarga tak sengsara, anak tak terabai, dan amanah kita dijaga. 

Jangan ingat ada orang nak bela anak bini kita lepas kita takde. Jangan ingat ada orang nak tolong anak bini kita setiap bulan. Hari kematian kita tu je dah boleh nampak, orang nak sedekah RM100 pun berkira-kira. Kau rasa ada orang nak hulur tetiap bulan? Memang taklah.

Untuk orang yang sakit, memang takde hibah yang boleh dioffer. Sebab tu ambillah hibah sebelum sakit. Masa tengah sihat, buat. Yang dah sakit tu, aku suggest korang boleh try ambil investment. Nilainya tak sebanyak hibah, but sekurang-kurangnya adalah sikit amount untuk ditinggalkan. Kalau sampai tempoh matang, kau pun boleh keluarkan untuk guna sendiri. Kalau ditakdirkan meninggal, waris yang dapat. Tak perlu difaraid sebab dah ada penama siap-siap.

Yang masih sihat, bolehlah consider ambil hibah. Client En Wan yang dia visit semalam tu pun asalnya no idea lansung pasal hibah. Dia baca post aku and tergerak nak buat hibah. Tak sangka 3 bulan selepas tu suami accident and meninggal. 

Ada sorang blog reader yang En Wan dah approach dia since 2023. Masa tu dia minta quotation tapi dia tak proceed for what reason aku pun tak tahu. Awal tahun ni dia contact semula En Wan nak sign up hibah. Tapi dah ada rekod kena mild stroke. Maybe dia dah di-diagnose dengan heart problem agaknya tu yang teringat nak buat hibah. Tak dapatlah aku nak tolong, aku nak appealkan permohonan pun tak lepas sebab terang-terang dah ada rekod doktor.

Hibah ni takde kenaikan setiap tahun sebab tak terlibat dengan inflasi perubatan. Apa yang kau start bayar, sampai bila-bila itulah komitmen nilai carumannya. Aku buat masa umur 35 tahun, RM100/sebulan. Sampai sekarang after 13 tahun masih lagi RM100/bulan. 

Buatlah masa tengah sihat ni, sebab once kau ada sakit je, terus decline application kau. Jangan takut or segan nak tanya En Wan pasal ni. Dia akan advise pelan apa yang kau boleh buat, sesuai dengan bajet. Jangan aim nak hibah tinggi-tinggi terus. Nanti kau tak mampu bayar. Start je dengan RM250K dulu.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  



2025-12-04

Hibah: Sekiranya PERNAH dapatkan apa-apa rawatan penyakit sebelum ni, walaupun now penyakit tu dah takde, tetap kena inform agen.


Barulah sempat nak menjawab pertanyaan hari ni. Ini aku jawab secara pukal lah, ya.

Ini sebenarnya susulan post IG aku last week, yang aku teman En Wan uruskan hibah client dia (also blog reader). Aku recap sikit.

This client ambil hibah dengan En Wan Disember tahun lepas (2024). Dia bayar caruman, tapi person covered adalah suami. Sekiranya suami meninggal, hibah akan dapat kepada dia. Ditakdirkan around 3-4 bulan selepas tu, suami meninggal accident. Sejak dari tu, En Wan uruskan claim hibah.

So, soalan yang ramai tanya, boleh ke isteri ambil hibah utk suami tapi isteri bayarkan. Kalau suami mati, hibah tu dapat kepada isteri?

Ya boleh. Sah. Halal.

Pemilik sijil hibah adalah orang yang nama dia dalam sijil takaful sebagai peserta (dalam kes client En Wan ni, suaminya adalah peserta). Suami adalah pemilik sebenar polisi tu. Walaupun isteri yang bayar, niat bayaran tu dianggap hadiah atau sumbangan (tabarru’) kepada suami, tak menjadikan isteri pemilik polisi. Analogi mudahnya gini. Kalau isteri bayarkan rumah atas nama suami, rumah tu tetap milik suami, betul tak? Takkan jadi milik isteri.

Caruman isteri tak menjejaskan hukum hibah. Isteri yang membayar tak menjadikan hibah itu “tak sah”. Sebab dalam takaful, niat utama ialah tolong-menolong (tabarru’). Bila isteri bayar, dia tolong suami untuk sediakan protection. Caruman dari isteri dianggap sebagai hadiah atau sumbangan kasih sayang. Tak menjejaskan status hibah.

Yang penting, pastikan struktur takaful patuh syariah. Polisi tu MESTI takaful, bukan insurans konvensional. Dan pastikan semua rekod pembayaran dan persetujuan jelas, so that tak timbul disoute kendian hari. Sebab itu En Wan keep track payment client. Kalau korang terlupa nak simpan rekod, agen korang ada bukti boleh trace payment.

Cuma please please please sekiranya PERNAH dapatkan apa-apa rawatan penyakit sebelum ni, walaupun now penyakit tu dah takde, tetap kena inform agen semada apply hibah. Jangan sorokkan sikit pun maklumat kesihatan korang. Sebab hibah ni syaratnya adalah SIHAT SEMASA APPLY. Kalau pernah ada penyakit, just bagitahu agen. 

Kalau medical underwriter keluarkan requirement, senang agen nak buat kerja. Kalau kau lansung tak disclose medical history, tup-tup kematian berlaku dan report doktor mengatakan meninggal sebab heart attack. Bila semak balik ohh rupanya 5 tahun lepas pernah jumpa doktor dan doktor pernah bagi ubat cuma tak sambung treatment sebab dah ok. You know what will happen to your hibah? DECLINED.

En Wan ada kes macam ni. Bila nak uruskan claim, medical history shows a few years back pernah ambil ubat asthma. Tapi disebabkan dah lebih 10 tahun takde asthma attack, arwah ingatkan dia dah baik. Ditakdirkan accident, meninggal. Medical underwriter punya judgement adalah ada possibility arwah kena asthma attack semasa memandu yang lead to accident. Which, medical underwriter tak salah sebab ada kemungkinan betul.

Tapi kes tu miracle. Aku tak tahu apa roommate aku buat, dia kan kaki membangkang. Dia appeal sampai client dia dapat. Kalau ikut polisi, mati sebab accident akan dapat double nilai hibah. Kalau hibah tu asalnya RM350K, syarikat akan bayar RM700K. Double. Tapi disebabkan ada pelanggaran polisi sebab client tak disclose pernah ada penyakit, hibah tu hampir di-decline. En Wan fight, akhirnya dapat hibah asal. Tak dapat double, tapi oklah dari kena decline lansung.

So please, tiada rahsia antara client and agen. Jangan risau, En Wan tak pernah cerita kat aku penyakit-penyakit client dia. Kalau perlu khidmat aku meng-appeal baru dia cerita. Itupun tetap aku tak kenal siapa. Nak tanya apa-apa, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  


2025-11-22

Hibah: Hibah client En Wan LULUS dengan nilai lebih dari jangkaan


Happynya aku and En Wan pagi ni. Masuk-masuk ofis En Wan dapat email yang ada attachment ni:

Ingat tak client hibah dia yang dia uruskan hari tu? Alhamdulillah, duit dah pun released. Amountnya melebihi dari jangkaan.

Hibah dia hampir-hampir di-declined.

Kisahnya, client ni ambil hibah bulan December 2024. Masa tu ada promo hibah RM250K. Hibah yang standard mininum 350K. Tahun lepas sempena YES agaknya, Prudential buat promo hibah RM250K. Maknanya caruman bulanan jadi lebih rendah sebab nilai hibah rendah. This client sign up dengan En Wan. Dia letakkan suaminya as person covered, tapi dia yang bayar caruman bulan-bulan. Ditakdirkan suaminya meninggal accident 3 bulan selepas tu. Baru 3 bulan bayar caruman hibah.

Mula-mula ingatkan kes ni falls under kematian accident. Bila En Wan ambil medical report dari hospital, rupanya suaminya pernah ada rekod hypertension. Tapi sekali tu je la. Takde ambil ubat pun. Tapi bila dah ada rekod bertulis, medical underwriter mesti nak siasat. Sebab boleh jadi accident tu disebabkan blood pressure naik ke, atau heart attack ke. Lama juga nak uruskan kes ni. Segala macam report and requirement En Wan kena mintak doktor fill up. Berulang-alik dia ke hospital.

Medical underwriter kata ada possibility hibah ini declined sebab syarat ambil hibah mestilah ZERO MEDICAL HISTORY. Kalau ada, MESTI DECLARE. Tapi this client tak declare. Maybe suaminya pun terlupa pasal rekod hypertension ni sebab tak pernah ambil ubat dan tak pernah ada follow up. Itu je lah sekali. 

So based on that fakta En Wan appeal dengan medical underwriter. Kalau tak dapat RM500K pun, at least 250K jadilah, asalkan jangan decline terus. Sebab kalau nak ikutkan, meninggal disebabkan accident akan dapat double nilai hibah. Alhamdulillah, dorang release more than RM250K!

That day masa aku jumpa this client (she in my blog reader), aku sebak bila dia peluk aku. Hilang suami ni takkan sama dengan nilai hibah yang dia dapat. Takde gantinya. Beban menanggung hidup bila suami meninggal ni hanya yang memikul je faham. As agen, En Wan hanya bantu mana yang boleh untuk hilangkan sikit beban. At least nilai yang dia dapat ni boleh settlekan beban-beban lain. Ringan sikit mudah-mudahan.

Hibah ni real, bukan scam. Kes macam client ni lah bukti paling jelas. Ini kes client En Wan sendiri, bukan cerita atas cerita orang lain. Ramai ingat hibah ni macam “kalau nasib baik dapat, kalau tak… hangus.”

Eh bingai, apa yang "nasib baik"? Nasib baik laki mati, gitu? Nak ke laki kau mati so that kau boleh merasa duit hibah tu?

Hibah ni akan membantu bila betul-betul diperlukan. Waktu orang paling lemah, paling hilang arah, inilah yang menyelamatkan keluarga. Ini perlindungan kewangan, yang tugasnya menggantikan rezeki yang hilang bila yang mencari rezeki dah takde. Waktu suami masih hidup, bil dia bayar. Rumah dia bayar. Anak-anak dia bayar. Nafkah dia bayar. Barang dapur dia bayar. Kereta dia bayar. Tapi bila dia dah takde, semua tu KITA yang kena bayar. Beban menjadi ketua keluarga tu pun dah cukup berat, belum lagi dengan bills, dengan hutang, dengan nak melayan emosi anak-anak, diri sendiri. Sometimes si isteri tak dapat nak grive properly, nak menangis pun tak sempat sebab perlu jadi kuat banyak benda nak kena handle.

Hibah ni memang takkan hidupkan orang yang dah mati, tapi membuang separuh beban yang jatuh atas bahu isteri. Sebab realitinya, bila suami pergi, air mata kita takkan boleh bayar bil. Sedih kita takkan boleh bayar rumah. Rindu kita takkan boleh buat beli susu anak. Trauma kita takkan settlekan hutang. Hidup kita tetap berjalan walaupun separuh jiwa kita dah hilang. Kat sinilah nanti hibah tunjukkan nilai sebenar dia. Nilainya muncul pada hari paling gelap dalam hidup seorang isteri. Hari yang tiba-tiba isteri kena jadi ibu, ayah, ketua keluarga, dan tempat anak-anak berpaut. Tetap kena berdiri walaupun lutut dah tak kuat.

Hibah tak hilangkan sakitnya hilang orang yang kita sayang. Tapi menghilangkan ketakutan “Macam mana aku nak teruskan hidup lepas ni?”

It gives breathing room. It gives time to grieve. It gives space to heal.

Alhamdulillah, this hibah news honestly made my Friday morning feel extra beautiful today.

Poster atas ni adalah THE EXACT same offer yang client tu ambil dengan En Wan tahun lepas. Kali ni Prudential keluarkan lebih awal and tarikh tutupnya 30 November ini. Korang kalau nak signup please contact En Wan cepat-cepat. Nilanya murah, 250K. Bermakna bulan-bulan bayar rendah. Kalau tak, korang kena ambil RM350K which lebih besar caruman bulanannya. Biarlah hibah rendah sikit, janji ada, daripada takde.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)    


2025-11-07

Hibah: Kebimbangan isteri-isteri tu sama.


Terima kasih yang tanya DM sebelah tadi. Baruuuu je aku sembang dengan En Wan pasal ni. Tup-tup masuk soalan yang sama. Menyedarkan aku bahawa kebimbangan isteri-isteri tu sama.

Kita takkan pernah betul-betul bersedia untuk kehilangan, kan? Bila suami meninggal, yang tinggal bukan saja loneliness tapi segala tok nenek tanggungjawab yang selama ni di- share berdua, now jatuh ke bahu isteri sorang. 

Masa arwah ayah En Wan meninggal dulu, aku nampak hakikat ni. Dua-dua isteri ayah tak bekerja. Selama hidup ayah adalah breadwinner. Lepas pencen, masih ada income dari ladang. Tapi isteri-isteri mana tahu pengurusan ladang tu semua. Mujur juga ayah meninggal bila anak-anak semua dah besar dan ada kerja.

Lepas ayah meninggal, berturut-turut ahli keluarga datang rumah. Ayah banyak tanah. Masa tu ramai sungguh bertanya pasal tanah itu tanah ini. Macam-macamlah. Isteri-isteri ayah hanya ada surat-surat and geran saja. Apa yang berlaku dari segi pengurusan masing-masing tak tahu.

Inilah beban yang isteri kena pegang bila suami mati. Mujur anak-anak ada boleh tolong uruskan. Jumpa orang sana, jumpa orang sini. Nak menguruskan ni semua pakai modal. En Wan as anak lelaki menguruskan. Duit jangan cakaplah. Puluh ribu habis. Dengan flight tiket pulang balik ke Tganu nak menguruskan semua ni. Aku rasa orang pejabat tanah Tganu tu sampai kenal En Wan dah. Tu belum cerita modal membayar itu ini.

Itulah yang orang sekeliling cakap “Sabar, nanti faraid akan uruskan”

Ya, memang. Tapi proses tu lama. Tu belum cerita perlaksanaan faraid lagi. Kita bukan cakap pasal adil, tapi tanggungjawab dan amanah tu wujud ke? Kebanyakan dapat faraid pastu tinggal waris bodoh-bodoh gitu je.

The truth isn’t always easy to swallow especially bila yang tinggal tu isteri dengan anak-anak yang masih bersekolah. Budak-budak, apa yang isteri boleh harapkan? Kena menguruskan dorang lagi ada. 

Ramai orang suka cakap tentang hukum faraid, tapi jarang yang betul-betul bincang tentang real-life process selepas kematian. Masa suami hidup, kereta nama dia. Rumah pun nama dia. Akaun bank semua nama dia. Bila dia mati segalanya frozen. Bank takkan lepaskan duit walaupun kau kata nak bayar yuran sekolah anak. Nama atas geran rumah pun masih kekal atas nama arwah. Sementara tunggu urusan pusaka selesai, semua tu technically jadi harta beku.

Isteri-isteri arwah ayah beruntung, sementara nak tunggu proses faraid, anak-anak bagi duit bulan. Bil utilities masih ada yang bayarkan. Makan minum anak yang tanggung. Tapi mok and Mok Ndong realised from that day bila suami mati, dorang bukan sekadar hilang suami, tapi hilang akses kepada segala benda yang dulu dishare sama-sama.

Kalau parents suami masih hidup, dorang termasuk dalam senarai waris. Tapi dalam situasi yang follower tu tanya, mak ayah mertua dah takde. Hanya ada anak-anak (lelaki dan perempuan). Jadi dalam kes ni, harta pusaka suami akan difaraidkan hanya pada isteri dan anak-anak. Tapi pembahagiannya tetap ikut hukum, walaupun anak kecil lagi.

Isteri dapat 1/8 daripada harta (sebab ada anak).

Baki 7/8 bahagi antara anak lelaki dan perempuan, nisbah 2:1 (lelaki dua bahagian, perempuan satu bahagian).

Tapi, anak-anak kecik lagi, so siapa nak uruskan bahagian anak-anak tu? Perlu ke faraidkan sekarang?

Jawapannya, tak semestinya terus bahagi-bahagi sekarang. Kalau semua waris adalah isteri dan anak-anak bawah umur, takde siapa boleh tuntut bahagian harta tu. Isteri boleh urus dan guna harta tu semua untuk kelangsungan hidup, selagi dalam konteks keperluan dan tanggungjawab.

Contoh, isteri boleh guna kereta suami untuk hantar anak-anak pi sekolah. Isteri juga boleh terus duduk rumah atas nama suami. Selagi niatnya untuk jaga kehidupan anak-anak dan diri sendiri, itu takpe. Tapi tetap ada limit. Walaupun boleh guna harta untuk tujuan keperluan, dari segi hukum, harta tu tetap milik bersama waris lain. Isteri hanya pemegang amanah sementara.

Dalam Islam, anak bawah umur yang dapat faraid tak boleh urus harta sendiri. Jadi si ibu boleh jadi penjaga amanah. That's why penting lantik pentadbir pusaka supaya semuanya diurus dengan amanah. Kalau belum buat, buatlah. Aku and En Wan buat dah. Tak mahal mana, tak salah aku RM1800 je. Tapi ni harga dulu la, tak tahulah now. Ni pun aku rasa nak kena edit wasiat sebab 2 tahun lepas aku dapat ladang getah, jadi nak kena masukkan sekali ladang ni dalam wasiat. Kalau tambah ada fee kena bayar tapi tak mahal.

Bila orang suruh “ikut faraid je”, dorang lupa satu perkara, iaitu faraid tu hukum pembahagian harta saja. Hakikatnya, manusia hidup dengan realiti dunia.

Apa realitinya?

Realitinya, kalau ada adik-beradik suami yang berminat dengan rumah tu, dorang mungkin nak selesaikan ikut faraid. Jaranglah yang nak lepaskan hak (read: peluang) dapat harta. Maka rumah tu boleh terjual. Kalau ikut logik, rumah tu patut kekal jadi tempat isteri dan anak-anak duduk, betul tak? Tapi kalau yang lain takde timbang-rasa nak buat camana. 

Hibah is a misunderstood word. Bila orang dengar hibah, ramai anggap itu cara nak elak faraid. Tapi sebenarnya bukan. Hibah bukan tolak hukum Allah. It’s a way to plan things while you are still alive supaya tidak timbul konflik selepas mati. 

Hibah ni tentang kasih sayang. Tentang foresight. Kita buat hibah supaya waris tak perlu menangis dua kali. Sekali sebab kehilangan, sekali lagi sebab berebut. Islam tak pernah larang perancangan, malah ajar kita berfikir dan merancang sebelum musibah datang. 

En Wan kata 70% dari client hibah dia adalah perempuan. Selebihnya suami dan isteri sama-sama buat cross hibah. Yang sebahagian besar buat sendiri (buat atas nama suami, tapi isteri bayar caruman). Aku cakap kat En Wan, sebab orang perempuan ada emotional decisions. Bab merentan pun perempuan, bab menangis pun perempuan, bab empati pun perempuan. Ini memang ciri-ciri orang perempuan. 

Dan sebab itulah bila sampai bab kewangan, perempuan paling cepat matang. Dia tahu kalau takde duit, banyak benda tersekat. Sebab tu perempuan lebih laju buat hibah sebab bagi orang perempuan, hibah tu bukan tentang nak kawal harta, tapi tentang "WHAT IF?".

Perempuan selalu fikir jauh. Dia tahu hidup ni tak boleh dijangka. Hari ni maybe masih ada suami, tapi esok? Ini bukan doa benda buruk, tapi orang perempuan ni realistik. Dia tahu bila apa-apa jadi, dialah yang kena urus everything. Anak, rumah, bil, sekolah, makan minum, emosi. Masa tu takde siapa yang boleh dia harapkan sepenuhnya selain diri sendiri and whatever little preparation that’s been put in place.

Sebab tu bila bercakap tentang faraid dan harta suami, kita tak boleh letak semua beban atas “nanti faraid uruskan”. Apa salahnya tambah planning lain untuk melengkapi? Sebab realitinya, proses faraid bukan semudah isi borang terus dapat.

Faraid is perfect. Tapi manusia tak. Hukum Allah dibuat untuk keadilan, tapi pelaksanaannya perlu hikmah. Hidup ni tak menentu. Tapi apa yang kita boleh buat ialah bersedia. Because when that day comes, only two things will truly protect you - faith and preparation.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  

2025-11-05

Hibah: Hidup ni bukan tentang siapa pergi dulu tapi siapa yang tinggal, dan apa yang dia kena tanggung selepas tu.



Screencap atas ni tadi adalah kes pertama aku baca bila suami mati, SEPUPU DAPAT HAK FARAID. Jarang kita dengar kes macam ni, kan? Rupanya berlaku. Aku sendiri tak terpikir sepupu dapat hak. Ada ilmu baru aku dapat today.

Kadang rasa hidup ni kita dah rancang elok. Kahwin, beli rumah, beli kereta, kumpul harta sikit-sikit. Kalau suami sorang berkerja, maybe suami niatkan semuanya untuk kesenangan isteri kalau dia mati nanti. Tapi semuanya masih atas nama suami. Hanya bila suami dah takde, baru kita (isteri) tahu yang semua tu tak jadi hak kita walaupun hidup bersama berpuluh tahun, walaupun harta tu semua diusahakan selepas kahwin.

Hilang pasangan ni sebenarnya bukan setakat hilang peneman, kadang macam hilang separuh nyawa. Hilang separuh kegembiraan hidup. Hilang separuh ketenangan hati. 

Dahlah hilang pasangan hidup, tambah menyakitkan hati bila kita tak dapat hak sepenuhnya atas harta suami. Hilang pasangan satu hal, hilang hak satu hal lagi. Yang tak ada kena-mengena pulak yang dapat share.

Ni aku tak cakap pasal hukum, ya. Ini aku cakap pasal emosi.

Macam post tu tulis “Arwah tinggal kereta, motor… semua atas nama suami”.

Harta tu ada. Kereta dan motor. Tapi sebab semuanya atas nama arwah suami, automatik semua tu jatuh dalam kategori harta pusaka. Bila masuk harta pusaka, semuanya kena difaraid. Tak kisah berapa lama isteri hidup susah senang dengan suami, kalau nama tak ada, hak dia tetap terhad. Lagi pedih bila arwah suami anak tunggal, mak ayah dah meninggal, maka pewaris seterusnya adalah sepupu.

Ya, gais. Sepupu. Orang yang mungkin tak pernah datang pun masa kita susah, tapi muncul bila dapat bahagian harta.

“Kakak aku jumpa sepupu arwah, mintak serah balik semua, tapi sepupu tak nak”

Memang tak dapek laaaa. Mana ada orang tolak rezeki? Ramai orang tak tahu faraid tu bukan harta terpijak, tapi tanggungjawab. Berapa kerat yang sedar bahagian faraid tu adalah amanah untuk digunakan tolong keluarga si mati? Ramai yang dapat faraid, pi extend dapur, beli gelang emas, ada yang siap pi umrah!

Kat sinilah kita nampak hakikat manusia bila berdepan dengan duit dan harta. Yang kononnya keluarga pun boleh bertukar jadi orang asing sekelip mata. Bak kata Mak Aji, faraid ni kalau tak kena caranya, tanah sepasu pun boleh jadi punca putus sedara. Yang lagi best yang katanya “tak kisah pun harta tu”, dialah yang first tanya, “siapa dapat bahagian ni?”

Banyak dah cerita macam ni kita baca. Terlalu banyak. Benda tak jadi kat aku, tapi bila membacanya rasa sakit hati. Bukan sakit hati kat faraid, the faraid itself is fair, perfectly balanced. The problem is perlaksanaan tu gagal. Bab duit ni kau jangan main-main. Yang pakai serban 24/7 pun boleh terbang serban sekelip mata. Ujung-ujung isteri mengalah. Just like kakak dalam cerita tu akhirnya dia serah je ¾ bahagian harta tu sebab penat nak berebut.

Orang selalunya akan cakap "Biarlah nanti Tuhan balas"

Betul. Yang pergi tu dah tenang, yang dapat bahagian tu seronok. Tapi yang ditinggalkan ni yang menanggung semua. Emosi, tanggungjawab, tekanan hidup. Orang luar senang cakap “redha je lah”, tapi dorang tak nampak susah-payah si balu ni nak hadap segalanya.

Sebab itu perempuan kena ada duit sendiri. Ini bukan statement menghina, atau perli tapi kenyataan hidup. 

Bila perempuan duit sendiri, kita ada pilihan. Boleh buat keputusan tanpa terdesak, tak perlu bergantung sepenuhnya pada faraid atau belas orang lain. Ada duit sendiri ni untuk bagi kekuatan bila ada emergency. Bila suami sakit, bila diuji dengan kehilangan, bila keluarga mula berkira soal harta. Masa ni lah your own money becomes your saving grace. It protects your dignity.

Sebab realitinya, bila perempuan tak ada apa-apa, orang senang pijak. Masa ada suami, orang tak berani buat kita macam-macam. Tapi bila dah takde suami, kau tengoklah, cakap kita ni orang tak pandang. Melainkan kau ada duit. Walau sikit, orang pandang dengan hormat. 

Ini bukan soal material. Ini tentang maruah and survival. Jangan cakaplah duit tak penting. Realitinya, duit sangat penting. Orang boleh cakap “rezeki Tuhan bagi”, tapi Tuhan pun suruh kita berusaha. Sebab usaha tu sendiri sebahagian daripada rezeki. Jadi, simpanlah duit sendiri. Tak kira berapa pun, asalkan ada. Sebab dalam dunia yang tak menentu ni, money is not just a necessity. It’s your protection and strength.

Hari tu aku share post En Wan pasal kisah visit orang meninggal. Something to ponder sebab ada betulnya. Selalunya bila ziarah orang meninggal, kita akan bagi duit. Katakanlah dalam wallet ada RM20 dan RM100. Kita bagi yang mana? Selalunya kita akan bagi yang paling sikit. RM20. 

Tu sebenarnya nak tunjuk, takat mana orang nak bantu kita bila kita dalam kesusahan. RM100 pun jarang orang bagi. Kalau bagi pun, nak ke dia hulur tetiap bulan RM100? Orang lain boleh bagi simpati, tapi tak ada siapa boleh bagi jaminan hidup.

Kat sinilah datangnya erti sebenar hibah. Bukan menidakkan faraid. Aku tak kata faraid tu salah. Cuma nak touch on logik hidup. 

Bila buat hibah untuk isteri atau anak-anak, that doesn’t mean tak percaya sistem faraid. Itu tanda sedar dan bijak merancang so that bila dah takde nanti, orang yang dia tinggalkan tak menangis kali kedua sebab hilang hak.

Selalu aku perasan kat Thread mana-mana post pasal hibah, konfem ada yang komen "Allah kan ada", tak pun "hukum Allah tu dah bagus"

Ya, takde siapa kata jangan percaya faraid. Kita cuma nak prepare alternative. Sebab Allah juga suruh kita berusaha dan merancang. Kalau semua nak diserahkan pada takdir without usaha, kau sebenarnya bukan bertawakal, ya. Kau sedang menyalahgunakan konsep tawakal. Tawakal bukan duduk diam. Tawakal tu buat dulu apa yang patut, kemudian serah pada Allah.

Ada satu komen tu aku baca, lelaki ni tulis "Apa yang ada, pakai je. Takyah nak tambah-tambah (hibah). Tinggalkan duit banyak-banyak kalau waris salah guna, habis juga"

Ya ampun, apalah mindset dia ni. Mesti dia ni ada sejarah keluarga kaki kelepet juga tu pasal mindset dia ke arah negatif. Mindset macam ni lah yang buat ramai orang takut nak merancang harta elok-elok. Dia pikir semua benda mesti end up buruk, padahal hibah tu untuk elak masalah. Kalau semua waris amanah, alhamdulillah, tak perlu pun hibah. Tapi dunia ni tak ideal, ya. Bila kau dah masuk campur duit, adik-beradik pun boleh jadi orang lain!

Orang yang ada mindset macam tu selalunya tak pernah nampak real case. Isteri kena halau dari rumah, anak-anak hilang hak sebab semua ikut faraid bulat-bulat tanpa timbang rasa. Bila kena batang hidung sendiri, masa tu baru datang akai. 

Masa mula-mula buat hibah dulu, aku cakap kat En Wan aku bukan tak percaya family dia. Tapi aku tak percaya mulut aku. Sebab katakanlah jadi apa-apa nanti, mulut aku pedih, ya. Karang semua aku tabur. Siap aku viralkan nanti lagi ada. So untuk ketenangan hati semua pihak, kita sama-sama buat cross hibah. Maka aku dengan dia sama-sama buat. 

Aku bagitahu kat Mak Aji aku ada buat hibah and wasiat. Kalau aku mati, apa yang kena faraid, boleh tuntut. Yang takde dalam wasiat and faraid, jangan sentuh. Memanglah hibah takleh sentuh, tapi saja je la bagitahu in advance. Kalau orang nak kata aku tamak, biarlah. Orang boleh bercakap, tapi yang menanggung, tetap kita. Lagipun harta kitorang bukannya banyak pun, kalau dibahagi-bahagi karang, apa je yang tinggal.

Tapi kan, mintak mahap aku cakap, ramai perempuan takut nak bincang bab harta dengan suami, kan? Sebab risau nampak macam tak bersyukur, atau tak percaya rezeki suami. Nampak macam mata duitan. Padahal hibah tu bukannya minta harta sekarang. 

Tak ada isteri yang gembira dapat duit hibah bila suami mati. Semua orang nak suami panjang umur. Tapi hidup ni tak ada jaminan. So isteri-isteri jangan rasa segan nak cakap pasal hal ni. Sebab kadang lelaki bukan tak nak buat, tapi dorang tak tahu pentingnya tahap mana.

Hibah bukan nak menentang faraid, tapi nak lengkapkan keadilan hidup. Kalau faraid fungsinya mengurus pembahagian ikut hukum, hibah is about protecting the people you love. Both are equally important. Jangan tunggu kisah-kisah orang lain jadi pengajaran baru nak sedar. Sebab kisah macam tu bukan berlaku kat satu dua orang. Ramai isteri bila suami meninggal, baru tahu KWSP kena faraid, bank akaun freeze, kereta rupa-rupanya milik arwah sepenuhnya, sampai ke jam tangan harga RM150 masih kena faraid.

Dunia ni bukan semua orang berhati lembut, ya. Kita percaya Allah, tapi jangan percaya 100% kat manusia bila bab harta dan duit. Sebab duit dan harta ni boleh ubah perangai orang sekelip mata. Orang yang paling kita percaya pun boleh jadi orang lain. 

Hidup ni bukan tentang siapa pergi dulu tapi siapa yang tinggal, dan apa yang dia kena tanggung selepas tu.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  

2025-11-03

Hibah: Orang Islam yang terambil life insurance, hanya halal guna jumlah amaun dibayar sahaja.


Aku nampak orang post "Baru tahu orang Islam yang terambil life insurance, hanya halal guna jumlah amaun dibayar sahaja. Contoh kalau selama ni dah bayar RM7K, tapi total pampasan insurance RM100K, balance RM93K tu jadi haram"

BETUL!

This right here is the real point. Ramai tak sedar benda ni. Aku pernah buat post panjang pasal ni untuk encourage orang yang ada conventional insurans tukar ke takaful. Dan sebab itu jugalah sesiapa yang tanya En Wan if dia jual coventional plan atau tak, En Wan takkan ambil. Ada je agen melayu yang promote life insurance ke client Islam. Tak pasti apa dia pikirnya.

Conventional insurance lebih murah, sebab itu non-Muslim ramai boleh ambil medical card, sebab murah. Berbanding takaful lebih mahal. Tapi, segala yang unsur halal memang lebih mahal, perasan tak? Sebab bila sesuatu produk ikut syariah, proses dan struktur dia lebih teliti. Ada audit, ada panel syariah, ada sistem pembahagian risiko yang adil. Itu semua makan kos. Tapi itulah yang bagi ketenangan hati, sebab duit kau tak bercampur dengan benda haram, dan kau tak untung atas kerugian orang lain.

Dalam Islam, insurans konvensional dianggap TAK HALAL sebab ada unsur riba (faedah), gharar (ketidaktentuan) dan maisir (gambling). Ada elemen riba sebab duit caruman (premium) dilaburkan dalam instrumen kewangan yang dapat faedah like bon, pinjaman, atau savings yang dapat interest. Pelaburan dibuat pada company yang mungkin ada aktiviti tak halal macam produce arak, tembakau, hiburan yang tak patuh syariah, or gambling-related businesses. Atau invest kat saham syarikat yang walaupun bukan judi secara langsung, bercampur dengan elemen tak halal.

Dalam Islam, pelaburan mesti bersih dari 3 point tadi. Jadi bila insurans konvensional tak tapis benda ni, pelaburannya boleh jatuh haram sebab duit client bercampur dengan hasil daripada sumber yang dilarang. So, kalau mana-mana orang Islam terambil insurans konvensional, hukumnya, ambil jumlah yang dibayar saja.

Katakanlah pemilik polisi mati, nilai life insurance RM100K, waris ambil yang dah dibayar saja. Contoh kalau dah bayar RM7K selama ni, maka hanya RM7K tu je yang dianggap halal untuk diambil.

Sebab itulah takaful ada HIBAH. Ini 100% kau dapat, sebab patuh syariah. Takaful berbeza dengan Insurance sebab konsepnya adalah saling membantu (tabarru’), bukan sekadar profit-making transactions. Jadi kalau nak teruskan protection, sebaiknya tukar ke pelan Takaful.

"Kalau medical card conventional pun sama ke?"

Ya. Prinsipnya masih sama sebab ia tetap sebahagian daripada sistem insurans konvensional. Struktur di belakangnya masih melibatkan riba, gharar and maisir. Walaupun dari segi function sama, dia cover hospital bills, dari sudut akad dan pelaburan, medical card konvensional tetap tak patuh syariah. Kalau nak yang patuh syariah, kena ambil medical card under takaful, sebab sistem dia guna konsep tabarru’ dan semua pelaburannya dah disemak panel syariah.

Konsep takaful ni bagus. Client bayar caruman. Semua caruman ni masuk dalam satu tabung. Duit ni dianggap derma untuk bantu client lain kalau dapat musibah. Syarikat takaful cuma bertindak as pengurus dana, BUKAN PEMILIK. Duit dalam tabung tu milik client. Syarikat hanya uruskan ikut kontrak yang dipersetujui (polisi). 

Kalau ada client yang sakit, meninggal dunia atau sebagainya, wang pampasan akan dibayar daripada tabung ni. Kalau ada lebihan dana (after tolak pampasan dan kos pengurusan), lebihan tu diagihkan balik kepada peserta. Selalunya notification lebihan dana ni aku dapat kat email.

"Tapi takaful selalu ada repricing"

Ya, ini betul. Takaful ada repricing. Repricing maksudnya penyelarasan semula caruman (contribution). Setiap 2-3 tahun akan naik caruman. 

Ini bukan syarikat takaful punya kerja, ya. Ini Bank Negara. Usually bila kos rawatan hospital meningkat. Contohnya, awal kau ambil polisi anggaran kos rawatan hospital RM200 sehari. Tapi beberapa tahun pastu naik ke RM400 per day. Jadi, syarikat takaful bersama-sama Bank Negara semak semula kadar caruman sebab tabung client maybe tak cukup untuk tampung claim yang sebenar.

Kena faham, takaful tak invest ke company-company yang dapat pulangan berjuta-juta every year macam insurance konventional. Jadi takaful takde tabung yang besar dan banyak. Sedangkan every year harga ubat, treatment and bil hospital semua naik. 

Now penyakit makin banyak dan mudah dapat. Bermakna, claim banyak. Bila ramai client buat claim dalam tempoh tertentu, dana dalam tabung cepat susut. Lagi satu sekarang jangka hayat dah makin panjang, average umur 76 tahun. Maknanya, risiko penyakit kronik meningkat, so protection kena lagi besar dan lebih lama.

Dalam kontrak takaful, client dah agree nak sumbang caruman ke dalam satu tabung bersama. When repricing happens, ini bukan syarikat takaful nak untung, but to ensure the fund stays healthy and fair for all. Kalau syarikat biarkan kadar lama without increasing them, risiko dia besar. Nanti tabung tak cukup nak bayar claims bila tiba giliran kita sakit/mati. Itu pun akan jadi tak adil.

Dalam insurans konvensional, bila kos hospital naik, syarikat takaful boleh naikkan premium sesuka hati untuk jaga profit. Tapi dalam takaful, bila kos naik, repricing is done based on keperluan tabung, dan mesti diluluskan oleh Panel Syariah DAN Bank Negara Malaysia. Sebab tu takaful namanya combination dengan bank. Contohnya Pru-BSN (Prudential and BSN = Prudential and Bank). Syarikat takleh sesuka hati naikkan caruman, perlu kelulusan Bank Negara. Tapi tu lah, bila caruman naik, agen yang kena. Dah kenapaaaa.

So the question now, adil ke repricing ni?

Yes, sebab semuanya dibuat secara telus. Sebelum caruman naik, client diberitahu lebih awal. Samada melalui sms, atau email atau ada dalam polisi semasa sign dulu. Bayangkan kalau takde repricing, bila tabung tak cukup dana, semua client terjejas. Yang buat claim mungkin tak dapat pampasan. Itu lagi tak adil. 

Memang tak best bila caruman naik, tapi kalau faham konsepnya, repricing dibuat untuk maintain protection.

Hibah takaful dengan life insurance, dua-dua nampak macam protection selepas mati. Tapi konsep dan hukumnya berbeza.

Dalam life insurance, bila kau mati, waris akan dapat pampasan. Tapi pampasan (death benefit) ni jatuh hukum faraid, sebab dianggap harta pusaka. Duit tu milik si mati. Tapi kalau hibah, lain. Sebab sebelum jadi polisi lagi dah diletakkan penamaan penerima hibah, so pampasan tu jadi milik penuh penerima hibah, tak perlu dibahagi ikut faraid.

Tapi itu bukan masalah utama. Masalah utamanya, adalah life insurance ada unsur riba dan gharar. Jadi walaupun pampasan tu nampak macam membantu waris, duitnya datang daripada transaksi yang bercanggah dengan syariah. Itu sebab ulama tak benarkan insurans konvensional untuk orang Islam.

Hibah bukan kontrak jual beli, tapi hadiah. Duit hibah datang dari tabung tanpa pelaburan riba. Dan pampasan dianggap hadiah semasa hidup, bukan harta pusaka. Jadi boleh terus bagi kepada penerima tanpa tunggu proses faraid. Ini penting sebab ramai ada masalah bila ketua keluarga mati, akaun kena beku, urusan faraid lambat, waris kena tunggu lama.

Hari tu ada orang tanya kalau hibah tu prosesnya cepat tak untuk claim?

Kalau meninggal natural atau sebab sakit, dengan syarat polisi dah matang, prosesnya cepat je. Tapi kalau meninggal accident, ada prosesnya. 

Sebab pernah ada kejadian si mati meninggal accident. Tapi bila semak rekod MC, rekod cuti, rekod hospital, rupanya dia meninggal accident sebab dapat heart attack. Bayar tetap bayar. Cuma, kalau meninggal accident, nilainya dapat double. 

Katakan kau ambil polisi hibah RM350K, bila kau mati accident, waris akan dapat RM700K. Tapi kalau sebab accident tu adalah kerana heart attack, waris hanya dapat nilai asal, RM350K. Takdenya takaful ambil duit hibah tu. Tetap dapat.

Boleh ke isteri ambil hibah untuk suami tapi isteri yang bayarkan?

Ni sama macam kes balu yang viral tu. Dia yang bayarkan caruman.

Ya, boleh. Maknanya, polisi hibah diambil atas nama suami (suami adalah orang yang dilindungi). Tapi caruman isteri bayar. Penerima hibah ialah isteri sendiri.

YA, BOLEH. HALAL. SAH.

Orang yang namanya dalam sijil takaful dianggap client. Dalam kes ni, suami dianggap pemilik sebenar polisi tu. Jadi walaupun isteri yang bayar, niat bayaran tu dianggap hadiah kepada suami. Tak menjadikan isteri pemilik polisi. Jadi bila suami mati, isteri dapat hibah tu.

Cuma kena pastikan dokumen hibah ditandatangan oleh suami, sebab dia pemilik polisi. Kalau isteri yang sign bagi pihak suami, itu tak sah.

"Saya nak buat hibah untuk suami, saya bayarkan, tapi suami tak bagi"

Hahahaha. Siapa ada problem ni? Tak dapeklah aku nak tolong. Kau slow talk je lah dengan laki masing-masing.

Maybe suami macam ni rasa tak best atau terhina bila isteri yang bayarkan sesuatu atas nama dia. Dia rasa macam hilang maruah. Maybe. Seolah-olah dia tak mampu nak protect isteri sampai isteri kena keluarkan duit sendiri untuk protect diri sendiri bila suami dah takde nanti.

Maybe juga suami tak benar-benar faham konsep hibah. Dia belum yakin. Takut ini semua scam. Takut bininya kena manipulate dengan agen. Some lelaki anggap urusan yang melibatkan duit ni sensitif. Dorang nak pastikan takde siapa boleh game dorang. So dorang lebih selesa tak buat langsung, walaupun niat isteri baik.

Maybe juga dorang rasa tak perlu atau tak penting. Sebab masih muda, sihat. Pikir pasal mati dan apa yang bakal berlaku selepas mati tu belum perlu difikirkan lagi. Atau maybe juga dia fikir kalau aku mati, nanti isteri boleh dapat faraid.

Entah, I don't know. Ini sekadar andaian aku je. Laki kau, kan. Kau bincanglah baik-baik. Kalau laki aku senang. Aku buat senyap 3 hari, insyallah dia signlah polisi tu nanti. Mbahahahaha.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)    


2025-10-16

Hibah: Isu balu yang dicabar hak hibahnya

Apa jenis manusialah sanggup buat macam ni kat menantu sendiri? Bak kata P Ramlee “Kenapalah kau dijadikan manusia. Bukan elok kau dijadikan haiwan?”

Allah Kassimmmmm. Mak mintak mahap Kassimmmmm.

Balu ni dah lah hilang suami. Sebelum suami meninggal pun arwah dah sakit bertahun-tahun. Ni suami dah meninggal, dia kena hadap pulak perangai keluarga mertua yang kebulor hibah orang.

Aku ada juga terbaca komen “Mesti dulu perangai menantu tu buat mertua pendam lama. Kalau tak, takkanlah dendam kesumat macam ni sekali”

Ya, hal dalam kain kita orang luar tak tahu. Tetapi, ini soal hibah. Yang kau nak bangkang habis-habisan ni adalah AKTA HIBAH yang dah diluluskan dalam parlimen lama dah. Apa kaitannya? Kalau benci menantu sekalipun perlu ke sampai akta pun kau nak fight? Tak menang fight duit, now kau nak fight Akta pulak. Macam kemaruk sangat pulak gayanya.

Pelik bila anak meninggal, bukannya fikir cara nak tenangkan hati si menantu. Paling tak pun pikirlah nasib cucu-cucu. Itu waris kuat tu. Tapi tak. Dia mikir nak rebut duit orang. Yang sedih tu hibah takaful tu jelas sah, sah dalam undang-undang, dah ada dalam akta. Benda ni benda yang tak boleh dapat kat kau pun. Benda kalau memang takkan dapat kat kau, nak cabar buat apa? Nak argue untuk apa?

But still keluarga mertua nak seret balu ke sana ke mari, dari mahkamah sivil ke mahkamah syariah, semata-mata nak nafikan hak hibah.

Benda ni aku nak explain panjang, sebab ramai follower mintak aku enlighten isu ni. Patutnya aku jadi agen.

Ramai masih confuse antara faraid dan hibah. Jadi bila wujud mertua tamak macam ni, dorang guna hujah agama untuk manipulate walhal undang-undang negara dah jelas. Akta IFSA 2013 bukan benda main-main. Dibahaskan di parlimen. Diluluskan oleh dewan rakyat. Dan dah digunapakai oleh seluruh industri takaful kat Malaysia. Kalau nak cabar, pergi cabar parlimen. Jangan buli seorang someone yang tengah berperang dengan hidup. Otak ada, pikir. Jangan letak kat bontot.

Aku nak explain asas dulu.

Hibah takaful ialah HADIAH dari pemberi kepada penerima (beneficiary) yang dibuat semasa hidup. Bila pemberi mati, hibah akan terus jadi hak MUTLAK penerima. Ini BUKAN HARTA PUSAKA. Itu point paling penting. Bermaksud kau takkan boleh dapat walaupun 1 sen!

Kenapa bukan pusaka? Sebab akad hibah ialah akad pemberian semasa hidup, cuma pelaksanaannya berlaku selepas kematian. Kau cakap awal-awal, “Aku nak bagi duit hibah takaful ni kepada isteri”. Bila kau mati, syarikat takaful terus serah duit tu kepada penerima. Duit hibah tu TAK PERNAH WUJUD pun semasa si mati masih hidup. Duit hibah tu hanya WUJUD selepas di mati dah takde. By right, duit hibah tu adalah syarikat punya, diberikan kepada waris seperti yang diamanahkan. Tak perlu masuk kiraan faraid.

AKTA IFSA 2013 dah peruntukkan benda ni. Semua syarikat takaful ikut guideline ni. Jadi bila that mertua cabar hibah takaful, dorang sebenarnya bukan cabar menantu tu tapi cabar sistem kewangan yang dah digubal secara rasmi. Ini bukan semalam wujud this akta, ya. Lama dah.

Aku betul-betul kenot hadam perangai keluarga mertua dia. First, dorang cabar hibah takaful yang balu tu BAYAR SENDIRI selama dua tahun selepas suami sakit. Fikir logiklah bodoh. Si suami sakit 2 tahun tak kerja takde pendapatan, siapa yang sambung bayar hibah tu? Saka kau sambung bayar?

Dah tentu-tentulah bini dia. Dia korbankan duit sendiri semata-mata nak sambung caruman supaya polisi hibah terus aktif. Bila suami mati, memang patutlah jadi hak dia. Kau dah la polisi tu sah-sah takde nama kau kat dalam, tak menyumbang bayar pulak tu, tapi nak tuntut. Takde ke sesiapa yang boleh bagi pencerahan kat dorang keluarga mertua ni? Takkan sekeluarga benak kot?

Lepas tu cabar kat mahkamah sivil. Bila tak nampak macam ada jalan, try pulak fight kat mahkamah syariah. Alasannya, nak “faraidkan” duit hibah tu.

Deyyyyy!!!! Kalau nak faraid, faraidkanlah harta pusaka yang lain. Tanah, rumah, aset suami yang memang pusaka. Tapi tu lah. Itupun dorang dah kebas rupanya. Siap tukar nama masa arwah tengah tenat. Sumpah zalim. Tak cukup dengan faraid, nak rampas pulak duit hibah. Set-set ni memang tak pernah tengok cerita Tok Adi eh? Kurang-kurang pun bacalah Mastika. Biar tahu sikit apa nasibnya makan harta orang ni.

Lagi menyakitkan hati aku bab palsukan surat cerai. OMG serious la ada keluarga mertua macam ni? Saiko gila!

Kononnya arwah suami ceraikan isteri talak tiga. Ambil cop jari arwah yang tengah sakit, mungkin masa tu tak sedarkan diri, untuk jadikan “bukti”. Astaghfirullah, sampai macam tu sekali. Setan pun gostan tengok dorang ni. Punyalah gigih effortnya semata-mata nak pastikan si isteri hilang hak, hilang pencen suami, hilang bahagian faraid. Ni kalau zaman Mona Fendi dulu, kau dia kerat dulu.

Pastu larikan si arwah suami masa tengah sakit tenat, guna alasan nak berubat. Isteri langsung tak dibenarkan jumpa. Aku takleh imagine mental torture yang si isteri lalui sepanjang tu. Nasib baik JAWI campur tangan. Kalau tak, jauh lagi dorang boleh pergi tu. Seriously, psycho.

Bayangkan suami dah takde, anak-anak kecik lagi. Satu demi satu perangai mertua nak kena hadap. Nak strike off arahan pembatalan hibah takaful. Nak saman mertua sebab tak bagi faraid. Nak cabar tindakan tukar nama harta. Nak transfer file harta sepencarian. Semua ni nak duit. Nak upah lawyer, nak bayar filing, nak ulang-alik ke court. Semua tu makan kos. Sedangkan balu ni bukan berduit.

Aku rasa ini bukan masalah undang-undang. Ini PERANGAI. Undang-undang dah jelas, still orang nak ambil kesempatan. Just like artikel tu tulis, syarikat takaful dah settlekan semua yang perlu. Hibah pun dah diserahkan. Completed. Tapi keluarga mertua nak jugak buat teruk. Dalam kes ni syarikat takaful takleh masuk campur sebab ini dah kes peribadi. Memang si balu kena hadap sendiri.

Sebenarnya dari segi asas, balu ni dah berada di pihak yang betul. Hibah takaful memang SAH. Masalahnya, bila ada yang mencabar walaupun dia tahu dia takkan menang. Bila dah fileskan kes, nak tak nak mahkamah kena dengar je lah. And proses ni makan tahun. Aku syak keluarga mertua ni macam ada intention lain. Tak mungkinlah lawyer dorang tak explain pasal ni. Takkanlah kawan-kawan dorang takde yang nasihatkan pasal hibah. Something is wrong kat sini.

Logik tak kalau aku kata sebenarnya bukan pasal hibah sangat. I don’t think duit hibah tu yang dorang nakkan. Maybe ada benda yang dorang sakit hati sangat kat menantu dan hibah takaful hanya tools saja?

Aku rasa kerajaan kena ada mekanisme khas untuk protect penerima hibah daripada jadi mangsa macam ni. Walaupun tahu dah kau fight macamana pun takkan menang punya but at least kita nak kerajaan buat satu akta hibah lansung tak boleh dicabar. Serabutlah kalau kena hadap kes macam ni.

Sesiapa yang argue hibah bukan saja zalim, tapi bodoh dah kemaruk. Kadang-kadang laluan ke neraka tu dah boleh nampak dari kita kat dunia lagi. Bila harta yang jelas hak orang pun nak direbut, itu tandanya kau tengah gali path to hell.

Kelakar bila orang yang konon nak tegakkan hukum faraid sanggup palsukan surat cerai, larikan suami masa sakit and kebas harta masa arwah masih hidup. Macam tak masuk. Kalau betul nak ikut faraid, ikutlah betul-betul. Kenapa tanah, rumah, aset lain tak difaraidkan? Kenapa semua tukar nama masa arwah masih hidup? Tapi bila bab hibah, baru nak bising kena faraid. Hipokrit.

Kes ni jadi pengajaran benaunya. Pertama, kalau kau ambil hibah takaful, pastikan penerima hibah tahu hak dorang. Jangan takut. Hibah SAH.

Kedua, semua dokumen hibah dokumen lengkap. Sentiasa follow up dengan agen. Maksudnya pastikan relationship dengan agen tu warm supaya kau tahu keberadaan agen di mana.

Ketiga, sebagai manusia, RENTIKANLAH perangai rebut harta ni. BURUK!!! Hormatlah harta orang, harta anak yatim. Buatlah hibah so that esok kau tak kebuloq nak duit hibah orang lain.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)    


2025-09-18

Hibah: Kalau ambil hibah atas nama seseorang, itu macam letak harga pada nyawa.


Hari ni berderet-deret isu pasal takaful. Ada yang whatsapp En Wan and whatspp staff GreenAard mintak aku ulas isu takaful. Pastu ada a few cases client En Wan ada exclusion pada policy and GL tak approved. Kacau program aku kat China hari ni. Tak sempat aku nak mengupdate Harper’s Bazaar today. However, insyallah sementara benda tengah panas, elok aku jawab semua isu ni (walaupun isu ni takde kena-mengena dengan aku. Sekadar nak kepoh).

Pernah tak anyone dengar atau baca sesiapa tulis macam ni:

“Kalau ambil hibah atas nama seseorang, itu macam letak harga pada nyawa. Hukumnya apa eh?”

Pernah someone tanya aku pasal ni dulu. Aku tahu to some, ini sangat sensitif sebab melibatkan nyawa dan duit. Dua-dua benda ni bila disatukan, orang jadi serba salah. Ada yang rasa, kalau ambil hibah untuk suami/isteri nanti nampak macam terlalu fikirkan duit. Macam berharap pasangan mati esok lusa. Ada juga yang risau, nanti nampak macam kita ni tak ikhlas sebab dah siap “sediakan pampasan kematian”.

Hmm...yang pelik-pelik je orang sekarang berfikir. Dia pulak yang lebih-lebih ajak orang debate pasal hukum. Hukum pebenda? Takaful hibah ni HADIAH. Kita bagi duit yang takde kat tangan pun. Tak kacau bahagian sesiapa. Hukumnya harus, dibolehkan.

Hibah takaful ni dalam bentuk polisi. Dalam polisi tu, ada tiga pihak. Yang pertama pemilik polisi. Ini orang yang bayar caruman bulanan. Yang kedua, orang yang dilindungi (person covered). Ini orang yang nyawanya “diinsuranskan”. Yang ketiga, penerima hibah. Ini orang yang bakal terima hibah bila orang person covered meninggal.

Contoh. Isteri ambil polisi, letak suami sebagai orang yang dilindungi, dan letak nama dia sendiri (isteri) sebagai penerima hibah. Bila suami mati, isteri akan dapat duit hibah. Dan duit tu BUKAN pusaka. Ini adalah hibah iaitu pemberian MUTLAK yang tak tertakluk pada faraid. Maknanya, kalau dibuat betul-betul (ada dokumen sah), duit tu memang jadi milik penerima hibah 100%! Kau nak cabar? Silakan. Boleh dapat? CONFIRM TAK!

Kenapa ada orang risau kononnya hibah ni macam letak harga pada nyawa?

Jawapannya, sebab duit dan kematian memang topik yang sensitif. Bayangkan sembang dengan member, “Aku baru ambil hibah atas nama suami. Nanti kalau dia meninggal aku dapatlah RM500 ribu.”

Bunyi macam pelik, kan? Macam nyawa suami tu bernilai setengah juta. Macam tak kisahlah kau nak mati pun, aku akan dapat duit hibah.

Listen. Kalau diberi pilihan antara suami hidup dengan duit, mana-mana isteri akan pilih suaminya. Tapi, sayang tu cerita lain. Ikhtiar tu cerita lain. Hibah tu satu bentuk ikhtiar. Hibah bukan letak harga pada nyawa. Nyawa manusia tak ternilai. Hibah adalah tools untuk protect orang yang masih hidup, so that dorang tak terbeban dengan hutang, sara hidup, pendidikan anak-anak, bila suami mati. Bila someone ambil hibah itu maksudnya dia nak pastikan keluarganya tak susah kalau dia mati. Dia nak tinggalkan something supaya keluarganya dapat teruskan hidup dengan tenang.

Orang salah faham sebab dorang nampak duit dulu, bukan tujuan. Kematian itu benda yang pasti. Tapi kesan kematian tu boleh jadi ringan, boleh jadi berat, bergantung pada persediaan kita. Kalau suami meninggal dengan tiba-tiba, apa yang akan berlaku?

Yang pertama, gaji suami hilang serta-merta. Kedua, hutang-hutang masih kena bayar. Bil tetap sampai setiap bulan. Anak-anak masih perlu makan, pakai, belajar. Masa tu, emosi isteri dah hancur hilang suami. Tapi realiti hidup tak stop. Bank tetap minta payment, sekolah tetap mintak yuran, barang dapur tetap kena beli. Air mata tak pernah tolong bayarkan loan rumah. Jadi hibah ni bukan “menggantikan orang", tetapi duit mengganti pendapatan. Kalau orang yang mati tu adalah orang yang bawa bawa duit masuk rumah, maka hibah ambil tempatnya buat sementara, supaya keluarga boleh terus hidup sementara nak tunggu keadaan dan emosi stabil.

Imagine hari ni suami meninggal, jiran-jiran datang, saudara-mara datang. Semua sedih, semua peluk isteri, semua kata sabar. Habis kuat pun 2 minggu, pastu masing-masing balik ke rumah sendiri. Masing-masing kembali ke kehidupan masing-masing. Yang tinggal hanya balu dan anak-anaknya. Dan hari-hari seterusnya, bil tetap sampai. Bank tetap telefon. Kalau ada hutang, pemiutang tetap tuntut.

Islam pun galakkan perancangan harta. Kalau kita kata hibah tu umpama meletak harga pada nyawa, logiknya wasiat pun sama. Tapi dalam Islam, wasiat, hibah, sedekah jariah - ini semua ibadah yang digalakkan. Kenapa?

Sebab Islam tahu, manusia lepas mati akan tinggalkan waris. Kalau tak dirancang, waris akan susah. Bila susah, mulalah bertekak pasal harta. Bila bergaduh, silaturrahim hancur. Jadi, hibah bukan soal duit semata-mata, tapi tanggungjawab.

Yang mati dah tentu-tentu takde urusan lagi kat dunia. Yang tinggal ni yang macam nak terbalik uruskan semua sendiri. Kalau sekarang takde income, dah boleh ajak suami buatkan hibah. Alangkan suami isteri yang berkongsi pendapatan pun rasa tak cukup je kalau pasangan tak membantu. Apetah lagi kalau salah sorang meninggal, hilang satu punca pendapatan. Sedangkan komitmen buat sama-sama dulu. Agak-agak boleh imagine tak nasib yang takde pendapatan, macamana kalau ditakdirkan jadi apa-apa pada breadwinner?

Kalau fikir logik, kalau kita tak sayang suami/isteri dan anak-anak, kita takkan ambil hibah. Kita biar je. Kalau aku mati, pandai-pandailah kau hidup. Tapi bila ambil hibah, maksudnya kita fikir jauh. Kita tahu kita tak kekal. Kita tahu satu hari nanti kita akan mati. Jadi sediakan sesuatu, supaya bila hari tu tiba, orang yang kita tinggalkan boleh terus hidup dengan tenang.

Toksahlah kau overthinking “Nanti dia guna duit tu untuk joli katak kawen lain”. 

Itu kalau dia kawen lain? Kalau tak, camana? Eh susah hati pulak dia orang tu kawen lain. Dia kawen lain pun lepas kau mati.

Realitinya, mati bukan tentang menangis, meratap, sedih, rindu. Mati datang dengan kos. Kita bukan hidup zaman Seri Mersing laki meninggal boleh teruskan hidup seadanya dengan berkebun. Tu pun bagus laki dia at least tinggalkan kebun. Dapat gak cari makan. Zaman sekarang mati meninggalkan hutang, ya.


2025-05-22

Hibah: Yang tak faham akan tetap marah walaupun dah kuyup.

Baru-baru ni viral kat Thread post seorang agen takaful. Agen ni tulis tentang salah seorang anggota FRU yang meninggal tu bakal dapat pampasan RM700K. Tapi post tu dikecam netizen. Katanya menunggang isu kematian orang lain dengan tujuan nak jual hibah.

This is the reason kenapa aku suka berblogging berbanding menulis post sikit-sikit di IG, FB atau Thread. Sebab kita tak dapat explain dengan panjang, menjadikan post tu senang nak disalahertikan. Padahal apa yang post tu maksudkan adalah fakta. Jumlah pampasan RM700K tu pun kita tahu itu adalah pampasan berganda akibat meninggal accident. Nilai sebenar hibah yang dia ambil adalah MINIMUM, iaitu RM350K. Nilai RM350K ni maybe caruman bulanan tak sampai RM200 pun.

Dalam perjanjian hibah, sekiranya meninggal, waris akan dapat nilai hibah yang dibeli, iaitu RM350K (kalau dia beli RM350K). Sekiranya meninggal due to accident, nilai hibah akan digandakan, menjadi RM700K. Aku tak nampak apa yang menunggangnya kat sini. Because ini adalah fakta. Yang kata agen tu takde empati sebab menggunakan kesempatan ni untuk promote hibah, I was like...kau dah kenapa? Apa yang takde empatinya?

Kalau kita fikir logik, apa salahnya highlight benda yang memang relevant dengan situasi semasa? Bukan dia reka cerita. Dia cuma gunakan contoh real-life untuk educate orang tentang pentingnya hibah, especially untuk frontliners, polis, tentera, bomba, atau sesiapa yang kerja high-risk. Kalau bukan waktu macam ni, bila lagi orang nak tersedar yang benda ni penting? 

Sama lah macam kes paip meletup kat Putra Heights hari tu. Bila dah terjadi ramai pulak yang tanya:

"Ada ambil insurans tak?"

"Boleh claim insurans"

"Nasib baik ada ambil medical card, at least tak payah keluarkan cash waktu-waktu kritikal macam ni"


Ah pandai pulak masa ni kau nak sembang pasal insuran, pasal medical card segala. Bila dah jadi dekat orang sekeliling baru semua nak kalut cari info, baru nak ambil tahu.

Aku rasa netizen ni ramai yang triggered dulu, baca separuh, lepas tu buat andaian sendiri. Benda fakta pun nak disalahkan. Sedangkan kalau agen tu cakap benda sama dalam seminar atau blog, takde siapa pun nak kecam. Tapi bila di-post kat platform yang limit ruang dan tak cukup penjelasan, terus jadi bahan kecaman. 

That’s why aku memang rasa blogging still relevant. Kita boleh cerita penuh, explain dengan baik, dan bagi konteks. Kadang bukan isu empati pun, tapi isu orang malas membaca sampai habis.

Ramai orang suka kecam isu hibah bila agen takaful mula guna contoh kematian untuk beri kesedaran. Kononnya tak sensitif. Tapi dari sudut underwriting dan logik, sebenarnya apa yang agen tu buat adalah satu bentuk pembelajaran yang sangat penting. Sebab dalam industri takaful, hibah bukan sekadar produk untuk dijual, tapi ia adalah lifeline untuk keluarga yang ditinggalkan. Jadi, kalau masih ada yang triggered bila dengar isu hibah, maybe kau sebenarnya insecure sebab kau tak buat hibah. Kau rasa akward bila kau tersedar kau takde plan apa-apa untuk tinggalkan pada waris, that's why kau merentan.

Aku tak nak explain dari perspektif agen. Aku explain dari sudut underwriting. 

Dari sudut underwriting, hibah yang kau ambil akan go thru proses penilaian risiko. Contohnya, umur, status kesihatan, PEKERJAAN, dan gaya hidup. Kalau kau smoker, umur 40-an, kerja offshore atau polis FRU misalnya, risiko kematian kau lebih tinggi berbanding kerani sihat umur 25 tahun. Jadi, caruman bulanan pun berbeza. TETAPI, ada satu konsep penting iaitu nilai pampasan yang kau terima nanti tetap jauh lebih besar dari apa yang kau bayar setiap bulan.

Contoh. Kau ambil hibah RM350K dan caruman hanya RM150/bulan. Lepas 1 tahun, kau meninggal. Waris kau tetap akan terima RM350K padahal kau baru bayar RM1800 je. Adil tak? Adil sangatlah kalau duit tu dapat kat waris. Tapi bila kau dengar orang lain meninggalkan waris duit hibah, kau tak, tu pasal kau kona lipat kata menungganglah, menonggenglah. Yang benaunya kau insecure sebab kau tak plan apa-apa untuk keluarga kau. 

Kalau kita tengok dari sudut praktikal dan tanggungjawab, agen tu cuma buat kerja dia. Dia educate masyarakat tentang pentingnya perlindungan. Salah ke? Kau ingat kerja agen ni cuma jual polisi dan diam lepas tu? Tak. Dorang bertanggungjawab untuk pastikan client faham kenapa plan tu penting. Bayangkan keluarga hilang ketua keluarga tanpa apa-apa pampasan. Tinggal anak kecil, rumah belum habis bayar, simpanan tak banyak. Siapa nak tanggung? Kau?

Jadi bila ada contoh real, contohnya anggota FRU yang meninggal dan waris dapat pampasan hibah RM700K, itu bukan menunggang. Itu bukti yang hibah BERFUNGSI.

Kita suka bandingkan orang dulu dengan orang sekarang. 

"Eh, mak ayah kita dulu takde pun hibah, ok je semua." 

Yes, sebab dulu, kos hidup tak tinggi macam sekarang. Takde komitmen hutang macam sekarang. Rumah boleh beli RM90K dapat double storey (rumah mak aku). In fact hibah takaful pun belum wujud. Sekarang? Kau ada hutang PTPTN, kereta, rumah, insurans kereta, yuran anak sekolah, bil internet. Kalau kau mati, semua tu tak hilang. So logically, kalau kau hidup, kau bayar semua tu dengan gaji. Kalau kau mati, siapa nak teruskan bayar? Jiran?

Jawapannya, HIBAH.

Hibah bukan ganti nyawa. Tapi alat untuk kurangkan beban keluarga bila kau dah tak ada. Kau yang dah mati tu tinggal tunggu jawab soalan kubur je. Yang tinggal atas dunia ni nak menjawab hutang bank, hutang pelajaran, yuran sekolah, yuran uni, belanja dapur. 

Analoginya mudahnya. Masa panas, kau tak rasa perlu payung. Tapi bila hujan, baru kau tahu betapa pentingnya payung. Yang ada hibah, boleh berteduh. Yang tak ada, basah kuyup. Atau dalam kes ni, keluarga bakal hidup susah. Tapi peliknya, bila ada orang bercerita pasal hujan dan promote payung, ramai melenting.

"Kenapa promote payung masa saya dah basah kuyup gini. Sensitif la sikit!"

Padahal masa tulah kita patut bagitahu kenapa payung penting! Bila hujan turun dan orang tengah kuyup, kita datang dan bagitau “Ramai basah sebab tak bawa payung. Kalau bawa, tak susah macam ni.” - tujuannya bukan nak “tunggang hujan” tapi supaya orang sedar next time, bersedia. Kalau kita hanya nak cerita pasal payung masa panas terik, orang takkan faham kenapa benda tu penting. Sama juga dengan hibah. Kalau kita hanya promote masa semua tengah gembira, ramai takkan ambil serius.

Bila ada kematian, especially kes high-profile, itu waktu terbaik untuk educate masyarakat. Kalau bukan waktu tu, bila lagi? Kalau kau triggered sebab tak faham, itu biasa. Tapi kalau kau kecam tanpa cuba faham, itu BODOH namanya. Sebab agen tu tak paksa sesiapa beli. Fakta yang dia kongsikan tu betul. Tak ada unsur fitnah, tipu atau manipulasi. Jadi apa yang salah? Emosi kau tu yang tak stabil. Bila orang cerita benda logik, kau rasa "Eh, dia ambil kesempatan". Padahal kau yang failed membezakan antara education dan exploitation.

Hibah bukan isu sensasi. Ia isu tanggungjawab. Dan dari sudut underwriting, semua plan hibah dibina atas asas statistik dan risiko. Lagi tinggi risiko, lagi tinggi potensi pampasan. So bila kau nampak agen guna contoh real-life kematian, jangan cepat triggered. Baca, hadam, dan fikir. Kalau kau tak ready ambil hibah pun takpe. Tapi jangan sesekali hina orang yang cuba buat orang lain sedar. Sebab bila tiba giliran kau nanti dan keluarga kau langsung tak dapat apa-apa, baru kau tahu, hibah tu bukan "jual insurans", tapi satu bentuk kasih sayang yang tak ternilai. 

Tak semua yang bercakap masa musibah tu menunggang. Kadang dia cuma pegang payung dan nak tolong cover kau daripada basah. Tapi biasalah, yang tak faham akan tetap marah walaupun dah kuyup.

Sekian.


2025-02-24

Hibah: Kalau sampai umur 70 tahun belum mati, dapat tak duit hibah tu pada pencarum?

Ada orang tanya aku pasal hibah. Dia tanya "Kalau sampai umur 70 tahun belum mati, dapat tak duit hibah tu pada pencarum?"

Jawapannya, TIDAK.

Hibah TAK AKAN dapat kat kita (pencarum). Kona ikut mana pun, takkan dapat kat kita.

Hibah tujuannya untuk bagi kepada waris. Sebelum ambil hibah kena ada tekad, nak bagi ke tak. Kalau nak bagi, bayarlah caruman hingga mati. Kalau masih berbelah bagi nak bagi pada waris, tak perlu ambil. Senang. So that you pun tak rasa terbeban nak bayar tiap-tiap bulan dan tak perlu pikir untung rugi buat hibah.

One thing you must understand, hibah takaful BUKAN simpanan atau pelaburan. Ia adalah perlindungan kewangan. Kalau pencarum masih hidup sehingga tamat tempoh polisi (contohnya umur 70 tahun), duit caruman bulanan dan hibah TAK AKAN DIBERIKAN.

Ok katakanlah korang langgan servis ‘roadside assistance’ untuk kereta. Setiap bulan bayar RM50 supaya kalau kereta rosak tepi jalan, towing dan servis kecemasan semua cover. Tapi kalau sepanjang tahun tu kereta korang tak pernah rosak, adakah syarikat towing tu akan pulangkan balik duit RM50 sebulan tu? Tak, sebab servis tu wujud untuk jaga kalau jadi kecemasan, bukan untuk simpan duit kita.

Ok aku bagi satu lagi analogi. Korang beli tiket masuk theme park, RM100 untuk sehari. Tapi bila dah masuk, korang sibuk bergambar je, tak naik satu pun permainan. Bila nak balik, boleh ke korang minta refund sebab tak guna semua fasiliti dalam taman tema tu? Tak boleh, sebab tiket tu dibayar untuk akses, bukan ikut berapa banyak permainan yang korang naik.

Tak pun, bayangkan korang beli payung mahal. Lepas setahun, langsung tak hujan. Boleh ke korang tuntut balik duit sebab “Eh, aku tak pakai pun payung ni sepanjang tahun”. Jawapannya, TAK BOLEH. Sebab fungsi payung tu adalah sebagai persediaan.

Sama juga dengan hibah takaful. Kalau ‘hujan’ (kematian) tak berlaku dalam tempoh perlindungan, duit caruman tu takkan dikembalikan kerana ia adalah bayaran untuk ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jadi, hibah takaful bukan tempat simpan duit atau cari keuntungan untuk diri sendiri, tapi ia adalah ‘payung’ perlindungan untuk keluarga kita bila kita dah mati nanti.

Kita bayar caruman bulanan untuk perlindungan kewangan, supaya kalau berlaku kematian, waris terus dapat duit pampasan tanpa tunggu urusan harta pusaka yang lama. Kalau nak simpan duit untuk diri sendiri, lebih baik guna instrumen lain macam akaun simpanan atau pelaburan. Tapi kalau nak pastikan keluarga tak terkapai-kapai bila kita dah tak ada, hibah takaful adalah pilihan terbaik.

Hibah takaful mungkin tak bagi untung dalam bentuk cash kepada pencarum, tapi keuntungan sebenarnya datang dalam bentuk perlindungan kewangan untuk waris.

KEUNTUNGAN 1
Kalau pencarum mati, waris dapat duit hibah tanpa perlu lalui proses faraid. This is important lebih-lebih lagi kalau ada hutang rumah, kereta, atau komitmen lain. Once kita mati je, bank akan cari waris terdekat dulu, iaitu pasangan. Dorang takkan tunggu kita tenang baru mintak hutang, ya. Lgi cepat settle, lagi bagus konsepnya. Hibah akan release kepada waris dalam tempoh 2 minggu. Just nice untuk ringankan beban waris sebelum pemiutang datang cari.

KEUNTUNGAN 2
Dengan hanya bayar caruman bulanan yang berpatutan (ikut umur), pencarum boleh tinggalkan pampasan yang jauh lebih besar berbanding duit yang dicarumkan tiap-tiap bulan tu. Contohnya, kita bayar RM100 sebulan, tapi waris boleh dapat RM350,000 (minimum) bila berlaku kematian. Ini lebih ‘untung’ berbanding nak kumpul sendiri jumlah yang besar dalam masa singkat. Kalau RM100 tu kita save setiap bulan dari umur 20 sampai 70 pun takkan cecah RM350K.

KEUNTUNGAN 3
Kalau pencarum adalah pencari nafkah utama, hibah takaful ni ibarat “insurans” untuk keluarga. Bila dah tak ada nanti, anak-anak tetap boleh teruskan pelajaran, pasangan pun tak terkapai-kapai nak bayar komitmen, dan kehidupan keluarga tetap stabil. Aku encourage suri rumah buat hibah. Adik aku, Ima tak bekerja. Azrul (adik ipar) dah buat hibah siap-siap. As kakak, aku lega suaminya beringat. CT pun Ibal buatkan hibah dah. Ibal tu aku yang peringatkan sebab anak-anak dia waris kuat family kitorang. Anak-anak aku and Ima dah bawa keturunan bapak masing-masing. Tinggal The Widads je yang bawa keturunan Ishak. So, kau jangan nak tinggalkan anak-anak kau buta-buta takde protection aku cakap. Medical card buat. Hibah untuk isteri pun buat. Alhamdulillah dia buat dah.

KEUNTUNGAN 4
Proses tuntutan hibah takaful tak lama pun. En Wan ada 2-3 orang client yang dah meninggal, dan hibah dah pun release, in 2-3 weeks saja. Jauh lebih cepat berbanding urusan harta pusaka yang boleh makan masa bertahun. Ini namanya untung sebab waris tak perlu tunggu lama untuk teruskan hidup.

Cut short, hibah takaful ni bukan soal “dapat duit balik” kalau panjang umur, tapi lebih kepada perlindungan yang boleh bagi keuntungan besar pada keluarga bila kita dah mati. Kalau fikir panjang, inilah pelaburan terbaik untuk pasangan.

Semalam aku dengar En Wan bercakap dengan potential client dia. Aku suka ayat dia "Encik tak perlu ambil hibah yang tinggi kalau membebankan. Ambil paling rendah pun tak apa asalkan ada sesuatu untuk waris. Itu lebih penting dari tak tinggalkan apa-apa".

Aku terpaksa akui En Wan bagus bab ni. Bukan nak puji laki sendiri, tapi masa kitorang nak ambil hibah dulu, pernah jumpa beberapa agen. Some of them pujuk kitorang ambil semaksimum yang boleh. Semalam dengar En Wan suggest ambil hibah paling rendah pada potential client dia, sejuk hati aku. Biarlah kita buat kerana benar-benar nak bantu orang, bukan nak gemukkan poket kita semata.

Aku teringat awal-awal dia join Prudential, kebetulan bulan tu adalah bulan promosi Hibah Lestari. Prudential buka hibah untuk orang sakit buat pertama kalinya. En Wan fokus kat jual polisi hibah je. Ramai yang ambil minimum 50K sahaja. Bila yang beli hibah semua ambil minimum, maknanya komisyen dia rendah sajalah. Tapi masa tu dia tak kisah. Dia kata dia nak orang-orang sakit ni ada hibah walaupun yang paling rendah sebab kesian nanti waris tak dapat apa. Semalam sampai pukul 1.30 pagi dia bekerja buat calculation untuk customizedkan premium supaya client tak terbeban nak bayar bulan-bulan.


2024-12-05

Hibah: Fattah nak tukar nama penerima hibah kepada nama maknya, ya?


En Wan kata tadi ada client whatsapp dia. Tanya pasal Fattah Amin. Katanya Fattah nak tukar nama penerima hibah kepada nama maknya, ya? So this client tanya kalau macam kes Fattah tu, valid lagi ke hibah. Dia ingat hibah ini hanya boleh di-apply oleh orang yang single.

Jadi, En Wan telah mengarahkan aku untuk explain pasal ni.

Nampaknya ramai yang masih takde informasi yang cukup tentang hibah. For your information, hibah BOLEH DIAMBIL oleh semua orang tak kira single, berkahwin atau dah bercerai. Kalau masa kawen dulu namakan isteri sebagai penerima, bila dah bercerai nak tukar nama penerima, boleh. Takde masalah. Sebab hibah adalah HADIAH, bukan faraid. Pemilik polisi hibah berhak berikan hibah kepada sesiapa yang dia suka. Dan dia boleh tukar nama penerima bila-bila masa, selagi dia belum mati.

Macam kes Fattah tu, kalaulah betul dia nak tukar nama kepada ibu, takde masalah. Sukati dia, sebab dia yang bayar caruman setiap bulan. Kalau dia nak bahagi-bahagikan percentage hibah kepada 50% mak dan 50% lagi kepada anak, pun takde masalah. Hibah adalah HADIAH. Syarat memohon hibah adalah TAK SAKIT. Kau berkahwin atau masih single, no problem. En Wan ramai client yan masih anak dara, umur 20-an ambil hibah dan letak penama nama ibu dan ayah. Katakan parents meninggal, dia boleh tukar nama penerima kepada suami dan anak-anak pula. En Wan buat 3 hibah untuk aku. Katakanlah aku mati dulu, dia boleh tukar ketiga-tiga hibah ni kepada sesiapa yang dia nak. Nak letak nama bini baru pun boleh, sebab aku dah mati. Tapi kalau aku hidup lagi kau ubah nama penerima, kau yang aku matikan.

Sekarang tengah ada promosi hibah. Bila promosi ni tamat, minimum hibah adalah RM350K. Maksud minimum RM350K ni adalah, paling rendah nilai hibah kau kena ambil adalah RM350K. Now tengah ada promotion yang mana nilai hibah minimum adalah RM250K. Maknananya caruman akan jadi lebih rendah. Meh sini aku tunjuk perbandingan benefit dan caruman antara hibah promosi dengan hibah normal. Aku tunjuk yang client perempuan dulu.

Yang kuning adalah hibah normal. Yang hijau adalah hibah promosi. Kita tengok benefit dia dulu.
Yang kuning, kalau meninggal accident, penerima akan dapat double nilai hibah, RM700K.

Yang hijau, kalau meninggal disebabkan accident, nilai hibahnya also double tetapi disebabkan kau ambil RM250K, bila di-double, nilai menjadi RM500K sahaja. Tapi oklah RM500K. Kalau meninggal accident dalam public transport, lagi tinggi pampasan akan dapat. Kematian disebabkan natural disaster, lagi tinggi pampasannya.

Both ada khairat and badal haji benefits.

Katakanlah accident, tetapi nyawa masih panjang however dapat total permanent disability - lansung tak boleh mencari pendapatan, kau akan dapat hibah ni. Tempoh matang polisi berbeza. Kalau hari ni kau start bayar, esok kau accident dan mati, terus takaful bayar pampasan. Full amount, walaupun kau sempat bayar carumah 1 kali je. Berbeza dengan kematian natural. Hari ni kau start bayar, bulan depan kau mati, takaful akan pulangkan caruman yang dah dibayar sahaja. Hibah takkan dapat. Sebab untuk kematian yang natural, polisi mesti matang 90 hari terlebih dahulu.
Ok jom tengok nilai caruman.

Untuk polisi hibah biasa, dengan nilai minimum RM350K, caruman bulanan adalah RM133 sahaja. Ini untuk polisi wanita berumur 32 tahun. Caruman hibah ini kekal TIADA KENAIKAN sampai bila-bila. Jadi, tak perlu risau dengan kenaikan. Kalau caruman RM133/bulan, sampai umur kau 70 tahun esok inilah juga nilai yang kau bayar. Berbeza dengan medical card, akan ada kenaikan sebab follow inflasi kos perubatan.

Yang tu comparison chat perempuan berusia 32 tahun. Kalau lelaki dengan age yang sama, carumah bulanan lebih tinggi sikit sebab risiko kematian lelaki lebih besar dari perempuan. Sebab tu aku cakap, lebih awal kau buat hibah, lebih murah. Tak payah risau dengan kenaikan sebab takkan ada kenaikan. Aku dari umur 30-an sampai dah 47 tahun ni, tetap RM100/bulan.

So, jangan bertangguh. Jangan dikisahkan Fattah Amin nak tukar nama penerima hibah, kisahkan kita esok kalau laki mati ada hibah tak yang ditinggalkan. Whatsapp En Wan 012-4407757, ok?


2024-11-14

Hibah: Caruman hibah kekal takde kenaikan sampai bila-bila.

Meh aku cerita dengan cara aku pulak pasal WARISAN GOLD.

WARISAN GOLD is hibah. Tahun lepas, Prudential ada buka satu offer hibah dengan nilai minimum RM250,000. Kalau takde promo ni, nilai hibah minimum kau boleh ambil is starting from RM350,000. Dalam erti kata lain, bila nilai hibah minimum is RM250K, caruman bulanan otomatik jadi lebih rendah. Contoh orang yang grab offer WARISAN GOLD ni adalah adi ipar aku, CT. Tahun lepas CT ambil offer ni. CT umur 30+. Based on umur, caruman bulanan dia RM100 kalau tak salah aku. Ke lebih sikit. Around itulah nilainya. Hibah pertama aku pun RM250K. Aku ambil sebelum umur 35 tahun. Sekarang umur aku dah 47, caruman bulanan aku tetap RM100 sahaja sebulan.

Hari tu kat Thread ada orang tanya "Insurans apa yang murah yang takde kenaikan setiap tahun?"

Aku jawab "Mana boleh tak naik. Takaful adalah di bawah Bank Negara. Kenaikan takaful is based on Bank Negara. Kalau berlaku inflasi, Bank Negara luluskan kenaikan harga caruman"

Sebab itu takaful punya nama ada link dengan nama bank, perasan tak? Macam Prudential, kalau tafakulnya adalah PruBSN. Dia link dengan bank BSN. Jadi, jangan tuduh-tuduh takaful sesuka hati naikkan caruman. You must know kenapa ia boleh naik.

Kalau medical card, yes, akan ada kenaikan. Tapi kalau hibah, NO. Caruman hibah kekal takde kenaikan sampai bila-bila. Semakin awal korang ambil hibah, semakin rendah nilai caruman. Yang ambil medical card, masa sign up tu tanya agen PELAN apa yang korang ambil. Some pelan polisi ada kenaikan setiap 1-3 tahun. Selalunya pelan ni awal-awalnya bayar murah. Ada pelan yang bayarannya tinggi terus. Yang ni jarang ada kenaikan melainkan berlaku inflasi. Yang ni diluluskan oleh Bank Negara. Sebab tu aku tak pelik bila orang asyik nak bertukar syarikat takaful. Katanya yang sekarang ni mahal dan ada kenaikan setiap tahun. NOPE. Takaful tak boleh naik sesuka hati MELAINKAN pelan yag you ambil memang ada kenaikan setiap 1-3 tahun.

Medical card aku diambil dari 2003. Takde pun setiap 1-3 tahun naik. Medical card Rayyan ambil sejak umur 2 tahun. Dia punya asalnya RM160 (sebab lahir pre-mature) so mahal sikit. Now dia dah 14 tahun, carumannya RM217. Dalam 12 tahun naik RM57 saja. Lojiklah ni. Takkan tak naik lansung. Medical cost dah naik beberapa kali. Kalau caruman naik RM57 pun masih berbaloi. So you must know pelan apa you ambil. Pastikan agen transparent bab ni. Kadang-kadang ada agen yang dia tak disclose, dia terus tunjuk kau harga yang murah sebab kau mintak nak murah. Padahal ada hidden cost yang kau tak tahu.

Bila apply for medical card, JANGAN MINTAK YANG MURAH. Tapi minta apa yang di-cover! Bila agen dah terangkan apa yang dicover, baru discuss harga. Kalau mahal, agen akan adjust kat mana boleh buang. Aku tak tahu agen lain macamana, tapi aku selalu tengok En Wan punya explanation. Dia akan buat comparison table siap. Senang aku faham.

So, berbalik pada Promosi Hibah WARISAN GOLD, aku nak tanya bila usia termuda korang?

SEKARANG, ya.

Esok, korang dah tua sehari. Semakin umur korang mendekat pada umur yang seterusnya, risiko kematian meningkat dan kiraan caruman semakin bertambah. Sementara offer hibah minimum ni masih ada, please grab. Gi tanya En Wan. Dia akan kirakan umur korang untuk dapatkan nilai caruman bulanan. Buat sebelum ada penyakit. Sementara penyakit belum ada, senang lulus. Esok tiba-tiba dapat darah tinggi, dah tak boleh buat hibah.

Whatsapp En Wan 012-4407757.