Resepi
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Buat Agar-agar Pandan Santan untuk berbuka

March 25, 2025


Assalamualaikum dan Hai. Dah masuk Ramadan ke 24 dah kita kan, tak lama lagi Syawal menjelang tiba. Macam mana persiapan raya awak semua, mesti banyak dah selesai kan sebab dah hujung-hujung sangat dah. CR tinggal lagi tudung lah tak beli lagi dan tak tahu bila lah nak pergi belinya.


Hari tu CR teringin nak makan agar-agar pandan santan untuk berbuka dan kononnya nak try buat sendiri sebab mudah je nak buatnya cuma rajin dan malas je kan? hee. Ada dah save video resepi agar-agar pandan santan ni tapi tulah lama sangat peram. Nasib la kerajinan muncul dan gigih la buatnya. 


Tanya juga adik ipar betul tak resepi yang orang share di tiktok ni, sebab kadang tu ada yang tertinggal step2 kan, ashu cakap betul cuma perlu tambah esen vanila. Adik ipar CR biasa buat kuih ni sebab family mertua dia meniaga di Kemaman, mana-mana orang kemaman boleh la merasa kuih-kuih diaorang buat, sedapp lagi-lagi kek batik. Terbaik. 


Inilah kejadiannya. Nipis sebab suami CR cakap bekas xmuat nak isi semua takut tumpah,padahal muat je sebenarnya. Sabar je laaa. Dah jadi nipis gitu bila potong. Tapi dia cakap rupanya tak apa, yang penting rasanya. Alhamdulillah rasanya sedap. :) Masa buat ni ma berbuka rumah kakaknya, bila balik je ma terus suruh rasa sedap ke x. Ma cakap sedap 


Bila kena puji sedap baru lah ada semangat nak cuba resepi lain pulak kan.


CR guna resepi di video tiktok ini. Ikut je cara dia dan jangan derhaka resepi. hehe. Selamat mencuba.

https://vt.tiktok.com/ZSrRPA5vt/


Resepi ; Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah

April 29, 2020

Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah #berayambrand

Resepi ; Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah | Assalamualaikum dan Hai. Selamat berpuasa pada yang sedang berpuasa hari ni. 1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah.


Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang 

Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang.


Rendang Bagi Yang Baru Mencuba 

Bagi yang baru hendak mencuba memasak rendang, apakah kaedah yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan rendang yang pasti digemari keluarga dan rakan taulan? 

Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim

Bagi membantu anda menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resipi ini boleh anda ubah sesuai dengan peningkatan skill anda membuat rendang. Jadikan resipi anda unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik. 



Bagi kami, sudah pastilah kami menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di http://www.ayambrand.com.my/raya2020

Resepi mudah buat rendang Resepi

Resepi Rendang Daging

Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8 

Bahan-bahan 

Rempah 
  • 3 bunga cengkih 
  • 3 bunga lawang 
  • 3 buah pelaga 
  • 2 asam jawa 
  • 5 daun limau purut dihiris halus 
  • 8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan) 
  • 1 batang kayu manis 
  • 1 sudu besar gula melaka secukup rasa 
  • Garam secukup rasa 

Pes (kisar halus) 
  • 2.5cm lengkuas, dihiris 
  • 3 batang serai, akar sahaja, dihiris 
  • 7 ulas bawang putih, dihiris 
  • 6 bawang merah, dihiris 
  • 2.5cm halia, dihiris 
  • 12 cili kering, dibuang biji dan dihiris 

Daging 
  • 1kg daging lembu, dipotong kiub 

Santan Kelapa 
  • 1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda 

Minyak untuk menggoreng 
1 cawan air 

Cara memasak

1. Kisar bahan pes menggunakan blender.
2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah. 
4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka. 
7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah. 
8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering. 
9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan. 

Dah siapp!! Sedap dimakan dengan ketupat lemang mahupun nasi panas. Sedapnya. Tahukah anda semua yang AyamBrand mengadakan satu pertandingan. Hanya perlu kongsi resepi dan gambar masakan anda sahaja.

Apakah Resipi Istimewa Rendang Anda??


Resepi rahsia rendang ayam brand


Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’. Peraduan ini bermula pada 6 April dan berakhir pada 31 Mei dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!

Resepi mudah buat rendang Resepi ;
Jadi tunggu apa lagi, jom la sertai pertandingan #beRAYAmbrand , manala tahu ada rezeki anda kan. Selamt mencuba. :)



Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral

March 24, 2020

Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral

Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral | Assalamualaikum dan Hai. Sudah masuk hari ke Tujuh Perintah Kawalan Pergerakan atau dalam bahasa inggeris nya Restricted Movement Order (RMO). Semoga dengan berakhirnya tempoh RMO berakhirlah jugak wabak Covid-19 di Malaysia dan juga seluruh negara. 

Dalam tempoh RMO ni memang kita dikehendaki duduk di dalam rumah sahaja dan tidak dibenarkan keluar melainkan ada hal penting dan membeli barang keperluan. Hanya seorang sahaja dibenarkan keluar dalam satu masa. Tapi CR tengok ada jer yang keluar beramai-ramai dalam kereta. Haish. Degil sangat mereka ni.


Bila kita duduk dirumah sahaja, banyak aktiviti yang kita boleh lakukan bersama orang tersayang. Sebagai contoh, memasak, mewarna, berkebun dan pelbagai lagi. Baru-baru ni viral di social media fenomena buat Dalgona Coffee. CR pun apa lagi, terus la save resepi dan cuba buat. Mudah sangat buatnya dan bahan-bahannya pun sikit jer.

Resepi Dalgona Coffee

Bahan-bahan
1. 2 sudu Nescafe
2. 2 sudu gula
3. 1 cawan susu kotak Full Cream
4. 2 sudu air panas
5. Ais

Cara bancuh
1. Campurkan 2 sudu Nescafe , 2 sudu gula dan 2 sudu air panas di dalam mug.
2. Kacau 3 bahan tersebut sehingga sebati dan bertukar warna seperti gambar di bawah. Boleh kacau menggunakan garfu, pemukul telur atau blend sahaja. CR guna garfu je. Tapi lama la sikit kena kacau/godek tu.

Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral

4. Ambil gelas atau mug , isikan ketul ais dan susu ke dalam gelas tersebut.

Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral

5. Kemudian letakkan hasil yang kita kacau tu diatas air susu tu seperti gambar diatas ni. Isi la secukup rasa kemudian dah siappp dan siap untuk diminum.

Untuk bancuhan ni, boleh disediakan untuk tiga gelas size yang macam CR guna ni. Rasa pun takde la kaw sangat  kalau kita guna untuk satu hidangan je kan. Bila kacau sebati nescafe atas tu dengan susu di bawah tu, ya allah sedapnya rasa dia. 

Mana-mana yang tak cuba lagi, boleh la cuba buat nanti. Tapi untuk yang tidak biasa mengambil cafein, tidak disarankan cuba takut ada efek lain pulak. CR buat air ni semalam dan kesannya payah nak tidur. hahaha. 



Resepi Biskut Jejari Nestum Roti

June 24, 2017

Assalamualaikum dan Hai



Tengah buat apa tu? Mesti tengah sibuk dengan persiapan menyambut hari raya kan. CR baru siap buat dua jenis kuih raya. CR dan akak buat kuih cornflakes choc dan Biskut jejari Nestum roti.  Korang dah berapa jenis dah buat? Mesti dah banyak kan.

Hari ni CR nak sharekan resepi buat Biskut Jejari Nestum Roti. Senang dan jimat.

Ni sebenarnya bahan-bahan untuk buat Biskut Cornflakes Choc, Biskut Sapi dan Jejari Nestum Roti. Takde pulak gambar untuk satu2. Huuu

Bahan-bahan Biskut Jejari Nestum Roti

1. Roti Gardenia Jumbo (Roti brand lain pun boleh)
2. Nestum
3. Beryl's Choc


Cara-cara

1.Potong roti macam dalam gambar bawah ni.


Jejari nestum
Potong roti kecik2 petak macam ni

2.Bakar roti sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit.
3.Cairkan coklat guna teknik double boiler (Maksud double boiler ialah panaskan air dulu dalam bekas. Kemudian letak bekas lain di atasnya dan baru letak kepingan bar coklat)
4.Celupkan roti yang dah dibakar dengan coklat cair.
5.Gaulkan dengan nestum.
6.Sejukkan dalam peti ais dalam 5 minit sebelum disimpan dalam bekas kuih.


Taraaaa. Ni hasilnya. Sedappp. *pujidirisendiri

Simple je resepi nak buat kan. Selamat mencuba!



© Blog Cik Renex