Buat Agar-agar Pandan Santan untuk berbuka
March 25, 2025
Hari tu CR teringin nak makan agar-agar pandan santan untuk berbuka dan kononnya nak try buat sendiri sebab mudah je nak buatnya cuma rajin dan malas je kan? hee. Ada dah save video resepi agar-agar pandan santan ni tapi tulah lama sangat peram. Nasib la kerajinan muncul dan gigih la buatnya.
Tanya juga adik ipar betul tak resepi yang orang share di tiktok ni, sebab kadang tu ada yang tertinggal step2 kan, ashu cakap betul cuma perlu tambah esen vanila. Adik ipar CR biasa buat kuih ni sebab family mertua dia meniaga di Kemaman, mana-mana orang kemaman boleh la merasa kuih-kuih diaorang buat, sedapp lagi-lagi kek batik. Terbaik.
Inilah kejadiannya. Nipis sebab suami CR cakap bekas xmuat nak isi semua takut tumpah,padahal muat je sebenarnya. Sabar je laaa. Dah jadi nipis gitu bila potong. Tapi dia cakap rupanya tak apa, yang penting rasanya. Alhamdulillah rasanya sedap. :) Masa buat ni ma berbuka rumah kakaknya, bila balik je ma terus suruh rasa sedap ke x. Ma cakap sedap
Bila kena puji sedap baru lah ada semangat nak cuba resepi lain pulak kan.
CR guna resepi di video tiktok ini. Ikut je cara dia dan jangan derhaka resepi. hehe. Selamat mencuba.
https://vt.tiktok.com/ZSrRPA5vt/
Cara Renew(Pembaharuan) Lesen Memandu secara online
February 18, 2025
Assalamualaikum dan Hai. Lesen CR tamat tempohnya pada hari ini sempena hari jadi CR pada hari ini. Dah bertambah satu usia lagi rupanya,sekejap je masa berlalu. Last CR renew lesen ni dua tahun lepas jadinya tahun ni dah tamat tempohnya. Orang kata boleh renew lesen secara dalam talian atau online sahaja. Dah tak perlu nak ke kaunter pejabat pos dah. Mudahnya la zaman sekarang kan tapi cumanya lesen yang baru sekarang ni dah tak macam dulu kan.
Kalau dulu kita akan dapat lesen fizikal yang macam IC tu tetapi sekarang dah takde dan tak perlu print pun lesen tu. Yang penting dalam handphone kita ada aplikasi MyJPJ. Zaman makin maju makanya semuanya dalam talian sahaja.
| Sumber dari Facebook JPJ dan google |
Jom CR kongsikan cara CR renew lesen memandu secara online.
1. Buka aplikasi MyJPJ anda dan klik PROFILE.
2. Scroll sampai ke bawah sehingga jumpa perkataan PEMBAHARUAN dan klik ia.
3. Jenis lesen pilih Lesen Memandu Kompeten.
4. Kemudian Pilih tempoh berapa tahun yang anda ingin renew. Mula dari setahun sehingga 10 tahun.
5. Pilih Mod Bayaran samada menggunakan Kad Kredit/Kad Debit atau Perbankan Internet (FPX)
6. CR pilih Perbankan Internet maka akan keluar senarai bank dan pilihlah bank anda dan klik butang Bayar.
7. Bila selesai pembayaran, akan keluar Paparan Status: Berjaya
Mudah sangat dan cepat. Pembayaran hanya RM30 setahun , sama je kalau renew di kaunter kan. Menjimatkan masa dan tenaga kita tetapi cuma tu lah satu kekurangannya, tiada kad fizikal dah. Kena inisiatif sendiri print sendiri dan laminate. Risau bila ada roadblock, masa tu lah handphone takde bateri. huhu.
Hadiahkan Coklat Custom untuk Hari Jadi Akak - Hadiah Manis Penuh Makna!
January 9, 2025
Ada pilihan sama ada nak coklat , tambah kotak atau tambah kotak hadiah. CR pilih yang kotak hadiah sebab tengok review cantik yang kotak hadiah tu. Bila pilih yang kotak hadiah tu akan ada deco seperti kad ucapan, kertas tisu dan reben. Jadi kita boleh bagi ucapan kita untuk penerima nanti seller akan buat kad special untuk penerima. Menarik bukan?
CR order 8hb dan sampai pada kakak CR 11hb , ngam-ngam harijadi beliau. Suka sangat la dia dapat hadiah tu. Mula-mula sampai tu dia pelik daripada mana pulak. Dia ingatkan kawan dia yang bagi tapi dia x mintak alamat pun. Dia tanya CR ke bagi, tapi CR tak mengaku. hahaha. Jenuh la dia fikir siapa la yang bagi sebab coklat tu sampai di rumah, akak ada di tempat kerja lagi. hehe.. Bila da balik rumah dan buka parcel tu baru lah dia tahu siapa bagi. Berebut pulak makan dengan ayish. hehe.
MANA NAK BELI COKLAT BAR NI?
CR beli di seller Breakybites.my. Nak tempah boleh klik link ni. https://s.shopee.com.my/704LRkrV1k
Sebab kenapa awak kena beli chocolate slab dari Breakbybites.my?
1. Halal
2. Coklatnya 100% tiada tambahan minyak atau lemak.
3. Pembungkusan yang selamat kerana coklat akan di bublewrap dan box pun akan dibalut dengan bubble wrap.
4. Sedap di makan dan sesuai dijadikan hadiah.
Jom Hadiahkan Coklat Custom Sekarang!
Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Komuniti Anjuran Perpustakaan Pahang Mengkarak
January 8, 2025
Amalkan Tujuh Kalimah
April 11, 2024
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1. Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."
Semuanya ada hikmah. Sedarkah anda?
October 5, 2023
| (SUMBER) |
Telah berkata Jibrail: "Wahai Tuhan,Engkau sampaikan lah hajat hambaMu ini"
Maka ALLAH swt menjawab: " Biarkan hambaKu ini,Kerana aku Mencintai suaranya"
Rasa Itu
August 10, 2023
Perasaan menjadi IBU/MOMMY NICU
September 27, 2022
Perasaan menjadi IBU/MOMMY NICU
➤ 24/7 kita akan hidup dalam kembimbangan
➤ kita akan menangis bila kita dapat berita buruk, kita akan menangis bila kita dapat berita baik ataupun berita gembira, dan kita akan menangis bila kita ada berita pada setiap masa
➤ kita tak akan dapat merasai sama macam ibu ibu yang lahirkan baby full term nak pakaikan pakaian lawa2 kat nak pelok nak cium nak terus direct bf pada baby kita sendiri
➤ sebaliknya kita cuma boleh rasa baby dengan hanya dengan masukkan tangan melalui lubang pada incubator untuk menyentuh anak kita
➤ setiap pgerakan kita perlu sentiasa berhati-hati.. risau bergerak wayar atau tiub di badan anak tercabut dan perlu duduk dalam keadaan sunyi berjam-jam dengan anak kita di atas dada kita untuk tujuan knggaroo care(sentuhan kulit ke kulit
➤ sentiasa takut ..risau n susah hati jika terdengar bunyi2 mesin di sekeliling atau di tempat anak.
➤ kita takut nak lepaskan baby kecil kita bila kita dah nak balik kerumah
➤ kita takut kita terlalu ttarik bila kite tengok wajah comel baby kita yg kita sayang sepenuh hatimu
➤ kita takut baby jauh dari kita..sbb all da time dengan nurse..baby tak dpt sentuh belaian n kasih syg yg cukup dr kita sbb kita tidak boleh berada di sana setiap minit setiap hari
➤ kita rasa bsalah, kesedihan, dan ketakutan pada putaran berterusan dalam diri kita setiap masa
➤ kita kehilangan kawan kerana kita tidak ada masa tuk bbenda yang tak bkaitan lg
➤ kita akan nampak kawan sejati yang ada dekat kita pada masa2 sukar kita tu
➤ kita kena buzzed dulu untuk tengok baby kita sendiri
➤ kita da macam budak amik medikla.. banyak knowledge pasal terma dan perubatan nicu sebab slalu cari info
➤ terngiang ngiang bunyi bip kat telinga kita dari semua mesin nicu walaupun berada di rumah
➤ bila malam n bila kita kesorangan lah adalah masa yang paling teruk
➤ kita rasa x ready ttiba nak jaga baby kita kat rumah walhal da bbulan2 kita lakukan kat nicu
➤ kita tpk pk jika kita boleh menyeludup salah satu monitor keluar atau membawa salah seorang kakak nurse nicu pulang dengan kita
➤ kita takut macam2 boleh terjadi kat rumah ..n baby akan d hantar smula ka nicu.. kita takut kita x boleh nak buat semuanya
➤ kita tak mampu nak membuat keputusan, pada hakikatnya kita telah melakukan yang terbaik semampu kita
➤ kita fikir kita tak bole nak melalui semuanya.. pada hakikatnya ada orang lain yang lebih sukar nak adap dari kita
➤ kita akan berasa bersendirian, sunyi..rasa kesorangan ..pada hakikatnya ramai ibu ayah lain senasib kita, doktor n nurse nicu bsama kita.
Daging Kerbau RM50 sekilo?? Penangan Hurry Raya Terkejut
May 11, 2022
Daging Kerbau RM50 sekilo?? Penangan Hurry Raya Terkejut︱ Assalamualaikum dan Hai. Rasanya tahun ni semua terkejut dengan pengumuman Raya dan ada yang tak sempat prepare apa-apa langsung kan. Suasana Hari Raya CR? Agak kelam kabut juga sebenarnya dan situasi kelam kabut ni memang sinonim dengan tahun ni. Dah 2 tahun kita beraya PKP tiba-tiba tahun ni kita dapat Raya Awal. Mana nak terkejut kan.
Petang puasa 29 Ramadan tu, CR buat kuih mazola. Last minit buat sebab mood baru sampai dan mujur buat petang tu kalau tak,tak merasa la mazola pagi raya sebab esoknya dah raya. Ma CR dah bagitahu yang tahun ni confirm raya awal sehari tapi CR dengan confirmnya cakap jarang kalendar salah. Selalunya betul sokmo. Sekaliiii, bila tiba pengumuman hamikkk kauu, Esoknya Raya.
Sebelum pengumuman tu kami ada masalah bekalan daging kerbau untuk buat rendang. CR dah tempah awal daging tu 2kg tetapi dah bukan rezeki tak cukup pulak dagingnya dan tak dapat lah bahagian CR. Frust jugak rasa. Jadinya kalut la mencari daging lepas berbuka puasa tu. Tengah kalut-kalut drive ke rumah orang sembelih tu akak CR call bagitahu yang esoknya Raya. Terkejut lah kami dalam kereta tu dan terus buat keputusan ke Kerayong cari ayam atau kot-kot terserempak dengan orang jual daging, beli je lah.
Nak dijadikan rezeki ada satu yang buka dan berbunga la hati kami. Tetapi alangkah terkejutnya kami bila tanya harga sekilo berapa. RM50 sekilo yer kawan-kawan. Mentang-mentanglah raya terkejut, harga daging pun nak bagi orang terkejut jugak. Nak tak nak, dah tiada pilihan lain beli la jugak. Tak lama lepas kami beli tu,dengan owner tu cakap, "nak pergi lagi sembelih lembu ni,banyak permintaan". Memang ramai pun yang datang lepas kami beli daging tu.
Balik dari beli daging terus suami CR potong daging dan CR sambung bakar kuih mazola yang tak siap2 lagi. Bulatan pun tak sama besar dah, ada kecik ada besar. huhu. Kemudian kalut-kalut iron baju pulak. Memang semua buat dengan "hurry" yer. huhu
Menu pagi 1 Syawal kami yang simple sahaja. Lemang pagi raya tu baru pergi ambil , ketupat tu CR beli frozen dan rebus nasi impit. Kuih raya pun isi pagi raya tu jugak. Lepas Zohor baru CR pergi beraya ke rumah mak saudara dan pak saudara. Raya ke 2 CR dah balik ke rumah mentua. First time tahun ni beraya di rumah mentua. Cuti tahun ni pun CR ambil lama ,selalu raya ke 3 kena kerja dah. Tahun ni Raya ke 9 baru kerja hehe.
Itulah kisah Hurry Raya 2022 CR. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Maaf andai ada terasa hati dengan kata-kata CR.
Nasi lemak favourite saya
February 17, 2022
Assalamualaikum dan Selamat pagi. Rindu nak update blog dengan santai santai, update cerita merepek. Hehe. Padahal boleh je sebenarnya sebab blog ini ruangan kita jadi kita bebas untuk tulis dan ceritakan apa pun sahaja. Jadi hari ini, CR nak kongsikan sarapan yang CR ambil sejak beberapa minggu ni.
Sebelum ni CR memang jarang ambil sarapan kalau kerja, sebab selalu buat Intermittent Fasting. Hanya mula makan tengahhari ataupun lepas solat Zohor. Tetapi sejak akhir-akhir ni kena ambil sarapan disebabkan kelaparan. Kita ketepikan diet kita dulu ye.
Di tempat kerja CR ada je kantin sekolah tu tapi CR jenis malas nak ke kantin masa waktu pagi. Kelas pun kadang-kadang ada waktu pagi, takkan lah nak tinggalkan makmal kan. (Padahal selalu je tinggalkan hehe) Jadinya CR pun ambil inisiatif beli sarapan di kedai tepi jalan.
Kebetulan ada suatu hari tu, nampak gerai makcik ni. Lokasi kedai makcik ni strategik sebab satu laluan ke tempat kerja dan tak perlu nak lintas jalan ke seberang jalan pun. Berhenti kereta ke tepi kemudian terus je beli.
Macam-macam dijual di gerai makcik ni. Ada nasi lemak, mee goreng, mihun goreng dan pelbagai kuih-muih. Jadi rambang mata masa mula-mula singgah hari tu.
CR macam biasa beli nasi lemak bungkus tu. Murah je RM1.50 je. Nasi pun banyak, sambal bilis, kacang, timun dan telur rebus. Untuk CR okay sangat dah dengan harganya. Kenyang alhamdulillah. Memang setiap hari CR akan singgah beli di sini. Makcik tu pun dah kenal CR tapi selalu lupa nak tanya nama makcik tu. Kalau ada nombor lagi senang nak beli kan. Tempah je siap-siap esok pagi ambil terus. Hehe.
Okay lah itu sahaja yang CR nak kongsikan pagi ni. Korang sarapan apa tu? Jom kongsikan jugak.
Selamat Datang Tahun Baru 2022
January 2, 2022
- Self doubt
- Unhappy memories
- Past mistakes
- Toxic People
- Negative thoughts
Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test)
November 30, 2021
Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test) ︱Assalamualaikum dan Hai.
SIAPA YANG PERLU BUAT UJIAN KENDIRI COVID-19
Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh digunakan untuk :• Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status COVID-19;
• Individu yang mempunyai kontak dengan kes COVID-19; ATAU
• Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)
PERSEDIAAN DAN PENGUMPULAN SAMPEL DAN PENGENDALIAN UJIAN
Pengumpulan sampel dan pengekstrakan sampel bendalir mulut atau nama lainnya air liur harus digunakan menggunakan tiub pengumpul yang telah disediakan bersama kit. Jangan menggunakan tiub pengumpulan lain. Sampel jugak harus diuji dengan segera.
Harus diingatkan juga, sebelum melakukan ujian, kita tidak boleh memasukkan apa-apa pun ke dalam mulut termasuk makanan,minuman atau rokok sekurang-kurangnya 10 minit sebelum buat ujian. Disarankan juga lakukan ujian ini pada waktu pagi.
Langkah 1
- Pasang corong ke tiub pengumpulan sebelum pengambilan sampel.
- Batuk dengan kuat sebanyak 3-5 kali untuk mengeluarkan bendalir mulut(oral fluid) dan terus masuk ke corong alat pengumpul.
- Ulangi langkah di atas untuk pengambilan sampel sehingga bendalir mulut mencapai garis skala yang ditunjukkan pada tiub pengumpulan.
- Keluarkan corong dari tiub pengumpulan.
- Masukkan keseluruhan kandungan buffer ke dalam tiub pengumpulan.
- Pastikan tiub pengumpulan ditutup dengan ketat. Picit perlahan bahagian bendalir mulut tu selama 10 saat bagi memastikan larutan dah sebati.
- Keluarkan kit ujian dari pek foil(gunakan dalam 1 jam) dan letakkan di permukaan yang rata dan bersih.
- Titiskan 2 titik sampel yang diekstrak ke dalam lubang sampel pada kit ujian tersebut.
- Tunggu sehingga garis berwarna muncul. Baca keputusana dalam masa 15 minit. Jangan baca keputusan selepas 20 minit.
- Buang kit ujian yang telah digunakan ke dalam beg biokeselamatan yang diberikan.
Alhamdulillah, SAH!! Cik Renex dah jadi isteri.
November 13, 2021
Alhamdulillah, SAH!! Cik Renex dah jadi isteri ︱ Pada 12.11.21 baru ni jam 10.13 pagi , Alhamdulillah dengan sekali lafaz , CR sah menjadi isteri kepada Khairul. Orang yang CR dah lama tunggu. Disebabkan masih dalam musim pandemik, upacara akad nikah masih tidak boleh dilakukan dirumah atau masjid. Kena juga buat di Pejabat Agama Daerah. Jadi hanya lima orang sahaja yang dibenarkan masuk masa akad nikah tu. Yang masuk CR, Suami CR , Ma CR, Abah dan Wali. Sedih juga sebenarnya bila macam tu tapi dah nak buat camne kan. Kena ikot SOP yang ditentukan.
Kisah kami pun tak ramai tahu dan CR pun tak bercerita sangat pada orang yang CR nak kahwin. Yang tahu hanya saudara pastu 2 3 orang kawan CR. Yang lain tu sebulan nak kahwin kot baru CR inform. Sebab tu ramai yang terkejut bila CR maklumkan nak bernikah dah. :)
Maaf pada sesiapa yang CR tak jemput dan maklumkan tentang majlis nikah CR. CR tak buat majlis besar pun. Jemput saudara terdekat dan makanan pun CR bungkus untuk beri pada tetamu dan juga hantar pada jiran-jiran terdekat.
Nanti CR akan kongsikan kisah persediaan nak bernikah ni sebab proses CR banyak sedikit disebabkan Abah dah meninggal dan berwalikan dengan Ayah Saudara. CR akan kongsikan pada next entri okay dari bermula isi borang sehingga selamat bernikah.
"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakanlah Pasangan Pengantin ini zuriat yang sempurna, soleh dan solehah. Murahkan rezeki pasangan ini. Semoga rumahtangga yang dibina Sakinah Mawaddah Warrahmah dan bahagia berkekalan hingga ke syurgamu. Amin Ya Rabbal Alamin"
Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar
November 1, 2021
Blog ada masalah lambat loading.
October 10, 2021
Here Comes September
September 3, 2021
HERE COMES SEPTEMBER
2. No regrets, and begin again to be better you, for yourself.
3. There will come a time when you going to hurt. But it will come a time for you to heal. Don't give up on hope, don't give up on your du'a.
4. Healing takes time. Be patience.
5. Kadang-kadang ada masanya dalam hidup ni kita rasa semua serba tak kena. Tapi kita selalu lupa mungkin itu adalah cara Allah untuk meneguhkan kita.
6. Suasana berubah. Manusia datang, manusia pergi. Hati berbolak-balik. Dan hidup mesti terus selagi boleh bernafas.
7. Raikan kehilangan. Kerana 'kehilangan' selalunya akan datang dengan 'menemukan kembali', mungkin yang lebih baik daripada apa yang pergi.
8. Kerana sekuat apa kita mahu sesuatu itu kekal, jika ia pergi ia akan pergi. Lalu lepaskanlah. kerana takdir bukan sesuatu yang kita kawal.
9. Jika sesuatu pergi, inshaAllah akan datang sesuatu yang lebih baik. Kita sebagai manusia, harus redha.
10. Mungkin ada masanya kita akan kecewa, sakit, dikhianati. Tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.
11. Masa lalu. Betapa pahit pun ia, itulah yang akan mendewasakan kita.
12. Kita tak boleh ubah masa lalu. Kita cuma boleh ubah diri sendiri. Cuma dengan ubah diri sendiri, kita boleh dapat masa depan yang baik.
13. Hidup memang tak selalu seperti yang kita inginkan, tapi itulah yang paling sesuai buat kita. ingat, Allah lebih tahu apa yang terbaik.
14. No matter how hurt you are, you just hurt, not dying. So stand up, face the world with every pieces of du'a that you can make.
15. Kalau kita pilih untuk hidup dalam kenangan masa lalu, it's our loss. Tuhan mungkin sediakan sesuatu yang lebih di masa hadapan. Move on.
16. Berdoalah, walaupun cuma dengan beberapa patah perkataan. Ia akan menghapus kegelisahan dalam hati, InshaAllah.
17. When you move on, remember how you used to be back then. Don't repeat the same mistakes.
18. There's so much thing that can't be erased in the past. Let it be. Because we can always make a du'a for a better future.
19. Make a new beginning. Don't stuck on the past.
20. There's a time when we're going to learn to love again, to live again.
21. It's just a matter of time before the pain in the past turn into happiness in the future.
22. It's ok, it's ok to feel the pain now.
23. Sakit yang kita alami itu, mengajar kita mengenal diri supaya we can live again, we can love again, dengan kekuatan baru.
24. Don't look back with regret. Ada sebabnya kita tak dapat sesuatu di masa lalu. Look forward with hope & du'a. Allah tahu apa yang terbaik.
25. One day all the pain will disappear. It's alright, it's alright to feel the pain. Allah will heal you over and over again.
26. Allah didn't give you trial for no reason. trust HIM, always pray. InshaAllah we'll be safe and sound.
27. Allah is the best penyembuh. Trust HIM, and you'll be rational again, be strong again, be more better again.
- sederhanaindah
p/s : so, it's a new month, again. stay good, people!
Stay Positif Sepanjang Pandemik Covid-19
July 29, 2021
1. Kurangkan membaca berita-berita di sosmed yang berunsur negatif
2. Buat aktiviti di rumah yang memberi kepuasan
3. Beriadah
4. Bersilaturahim dengan kawan dan keluarga
5. Belajar benda baharu dan tambah skill kendiri yang baharu
6. Rancang percutian di masa hadapan
The Daily SuratChenta, Day 1,289 #1
June 28, 2020
The Daily SuratChenta
Day 1,289
Setiap orang,Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah mengguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali kali mengkhianati kepercayaan kamu.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah Syurga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya." - Al-Bayyinah,98:7-8
The Daily Surat Chenta adalah satu channel telegram. Setiap hari akan ada dapat satu surat cinta di channel ni. Suka sangat bait-bait ayat dalam ni. Sangat tenang bila baca. Nanti CR akan kongsikan lagi yer.
Kita Baik Ramai Sayang - Abam Bocey
February 13, 2020
| (sumber gambar) |
Kita Baik Ramai Sayang - Abam Bocey | Assalamualaikum dan Hai. Dua tiga hari ni terasa sangat kehilangan seorang anak seni yang sentiasa menceriakan hari kita. Satu demi satu kebaikkan arwah Abam di perlihatkan untuk menjadi pengajaran dan ikutan kepada kita. Tagline "Kita Baik Ramai Sayang" menjadi bualan di bibir kita. Allah, demi Allah CR tak percaya yang arwah Abam dah meninggalkan kita buat selamanya.
Selalunya, dia membuat kita ketawa. Kini, dia membuat kita menangis.
Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.