Wednesday, April 25, 2012

Terima kasih, sayang.

Syukur alhamdulillah, anak-anak didik Kelab Chess aku berjaya mengharumkan nama skolah sekali lagi tahun nih dalam Chess Tournament di SMK Tanah Merah, PD dengan dinobatkan sebagai Johan Catur kategori lelaki bawah 12 tahun mengalahkan 16 skolah lain di daerah PD. Team perempuan bawah 12 tahun pulak dimenangi oleh SJK(C) Chung Hwa. Team perempuan skolah aku dapat Naib Johan. Untuk kategori individu pulak, anak-anak didik aku, Mohd Aiman (6 Elit) berjaya dapat Johan dan Kamilhakim (5 Elit) sebagai Naib Johan. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.

Lebih menggembirakan, team bola baling skolah aku sama ada kategori lelaki atau perempuan bawah 12 tahun kedua-duanya yg dilatih oleh Kak Siti Saedih & Kak Zura berjaya bergelar Johan! TQ yg x terhingga buat kak zura & kak siti yg bertungkus lumus bawak budak turun padang tiap-tiap petang untuk berlatih. Sesungguhnya, usaha mmg membawa kejayaan. Sekali lagi, syukur! Terima kasih, Allah!

Buat anak-anak didik caturku yg tersayang, yang x pernah jemu datang berlatih walaupun kena marah-marah dengan cikgu nih (heheheh), x sia-sia usaha gigih awk semua. Cikgu amat menghargai usaha gigih awk! Terima kasih, sayang. :)

Sunday, April 22, 2012

easier said than done..

"Don't go for the guy who catches your eye, go for the guy that captures your heart" - taken from someone's twitter.


Err..the guy that captures my heart is either missing in action or taken. So how? HAHAHA

Saturday, April 21, 2012

Why?

In denial...


Sudah terlampau penat.. *sigh*

Monday, April 16, 2012

Cancel

Aku nak luahkan sesuatu kat sini tapi x jadi. Penat menaip minit mesyuarat PIBG. Haih....hidup betul-betul makin sibuk nampaknya...=(

Friday, April 13, 2012

Rindu!

Aku rindu untuk menulis. Novel bersiri aku da lama terbengkalai x bersambung-sambung. Asyik duk tang chapter 16 aje dari tahun 2010. Hahaha. Bz sungguh awak yer, Azwina. Sampai xde masa untuk perkara lain selain kerja, kerja, kerja dan study, study, study. Errr shopping? Apakah itu? Kesian sungguh sampai x ada masa untuk bershopping. Seriously mmg rindu nak bershopping! T___T

Aku jugak rindu untuk melukis. Aku x pandai lukis permandangan sangat. Sikit-sikit boleh laa. Lagipon aku x brapa minat. Yg aku suka dari dulu, cuma melukis potret. Tapi aku bukan pandai sangat. Cuma ikut gerak tangan..if jadi, jadilah. x jadi, x jadilah. Sbbaku bukan pro dan aku x pernah belajar cara melukis yg betul. Macam aku cakap tadi, cuma ikut gerak tangan aje. Sekadar hobi. Suka suki aku. LOL.

Apa lagi yg aku rindu? Banyak lagi..termasuklah errr..malas nak cakap. Sebab mmg malas nak cakap. If cakap nanti hati jadi sebak. Sebab perkara sensitif. Yg ini biar ia datang sendiri aje. Okay aku tipu. Sebenarnya aku harap sangat ia datang cepat sikit. Sebab aku nak sangat lupakan kisah lampau yg manis dan orang dalam kisah lampau tuh. Sikit lagi aku nak bercakap pasal kisah lampau tuh tadi. Tapi aku tahan. Walaupun hakikatnya x berdaya nak tahan, tapi aku cuba tahan. Kadang-kadang TERmenangis jugak sebab tahan. Tapi selagi aku mampu tahan, aku tahan. 

Sebenarnya aku nak tulis pasal lain, tapi tertulis pasal lain. Manusia mmg macam nih kan? xpelah..esok-esok boleh tulis lagi..




Thursday, April 12, 2012

Mengadu lagi...

Testing..testing. Fuh. berhabuk lagi blog nih. Sorry blog, didnt mean to forget you. :p

Hidup makin sibuk. Sudah brapa kali aku menyebut perkara yg sama. Hakikat, mmg x dapat dielak. =(

Terlalu banyak perkara yg da terjadi. Terlalu banyak yg nak dicakap kat sini tapi x tercakap laa kot sebab banyak sangat. Tapi tetap nak dicakap jugak serba sedikit supaya aku xkan lupa. Err perkataan 'dicakap' tu macam x sesuai pulak diguna kat sini sebab celah mana orang nak dengar? Haih..penggunaan bahasa semakin teruk. Itulah, selalu tinggal blog lagi. *apa kaitan??* Moral of the story : Rajin-rajinlah mengupdate blog yer...Baiklah. T____T

Aku masih belom boleh tido lagi walaupon jam telah menunjukkan pukul 2.00am. Satu, sbb banyak kerja lagi nak kena buat. Aku hangin sebenarnya nih..Tiba-tiba pendrive xleh baca..kena format baru boleh baca! Sahhh virus! Ini semua gara-gara aku install software lecture maker dari pc kat lab masa kelas PBK last week! Arrrrghh tension betul! Yg lebih menensionkan, segala assignment PBK aku dalam tuh habis laa hilang sbb pendrive tu kena format! Assignment yg lama2 x kisah lagi sbb da submit kat Prof. Tapi assignment last week, flow chart yg aku buat chantek-chantek tu pon hilang sama. huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kenapa laa malang betul nasib. lebih malang lagi sebab aku x save buat back up kat lappy. Bijak..bijak...syabas Azwina. Anda sungguh bijak. T____T  Terpaksalah aku membuat semula flow chart tersebut. See....sungguh membuang masa. 

Kerja yg lain pulak, adalah suatu kerja yg baru. Aku telah mendapat suatu jawatan baru di skolah. Gb dengan sukacitanya (bagi dia) dan dukacitanya (bagi aku)  telah melantik aku menjadi SU PIBG yg baru. Bertambah lagi responsibility aku kat skolah. Aritu GPK HEM mintak jadi Naib SU HEM pasal dia x berkenan sangat dengan SU HEM dia. Alasan sbb si fulan tersebut banyak kontroversi. Haih.. aku jugak yg jadi mangsa keadaan kan..sabar, Azwina Sabar. Nih pon baru siap buat surat panggilan mesyuarat untuk AJK PIBG. Mata x mengantuk pulak.. nasib baik siang tadi aku tido jugak. Cover sikit tido untuk malam nih. HAHAHA *gelak x ikhlas*

Cerita berkaitan hati pula...yg ini terpaksa disimpan dahulu..sebab x ada masa nak cerita panjang. Oklah, aku mengundur diri dahulu. Nak sambung buat kerja.Esok-esok aku menyemak lagi kat sini. Bila tuh? Ikut suka aku. LOL