Friday, February 29, 2008

Bukan semua MANUSIA itu KAWAN. Bukan semua KAWAN itu MANUSIA

Kita semua manusia. Kamu manusia, aku pun manusia. Kamu ada kawan, aku juga ada kawan. Kalau kamu kata kamu tiada kawan, kamu mmg pembohong tahap wali-wali. Tapi, kamu mesti ingat, kwn bukan semuanya baik.Kadang-kadang kita nampak luaran seseorg mmg sempurna. Sungguh menyejukkan hati. Pasal org itu sungguh kacak. Pasal org itu sungguh jelita. Gaya pun ada klasss! Sopan santun, alim bukan main lagi. Tetapi aku dan kamu perlu ingat, hati org itu x semestinya baik mcm yg dilihat pd luarannya yg sempurna! Pasal kamu bukan mesin x-ray! Kamu mmg tak akan boleh nampak! Aku juga tak akan boleh nampak!

Betul kata org, pengalaman mmg mendewasakan.Yg talam dua muka, tikam dari belakang, iri hati mmg berlambak. Depan kita, mulut org itu sungguh manis, mmg pijak semut x matilah.Tp di belakang, mcm-mcm dikatanya kita. Walaupun padahal bukan semua yg dikata tu benar.Tetapi yg amat menyedihkan ialah pihak-pihak lain akan menyalahkan kita & akan pikir kitalah yg jahat.Padahal kata-kata si tukang adu atau si mulut keji atau si pembawak mulut itu bukanlah benar pun! 100% autakare! Biarlah mereka dgn keluarga mereka. Yang penting, Allah tau dan Dia Maha Adil!

Kdg-kdg juga, org lain nampak kita mulut bising, huha huha sana sini org pikir kita jahat, org pikir kita sosial terlampau. Padahal org tu tatau pun hati budi kita sebenarnya mcm mana. Kadang-kadang plak, org nampak kita lebih sikit, org mula cemburu. Mula hati x senang & akhirnya terjadilah sifat dengki mendengki dan menaniaya.Tp xpelah, Allah nampak & tau hati kita.Each and everyone of us. Allah tau.So aku dan kamu x perlu risau if aku & kamu di tempat yg benar.Yg penting aku dan kamu bukan seorang pengecut. Kita mesti berani mengupas kebenaran & kita mesti bangga dgn sifat berani dlm diri kita okeh?

Tak semua manusia itu baik. Jadi tak semua manusia itu kawan. Itu peringatan buat diri aku sendiri khasnya dan juga buat kamu semua. Bila dah terkena kat batang hidung sendiri baru aku tau manusia yg mana itu kawan dan yg mana kawan yg bukan manusia! Mmg la fizikalnya manusia, tp bersifat durjana! Kenapalah tak diciptakan jd haiwan aje! Haiwan pun boleh dibuat kawan tau! Cam kucing. Comel & taat! Begitu jugak burung, hamster, kekura & mcm-mcm haiwan lah! Pasal haiwan-haiwan ni X HIPOKRIT, X MENIPU, x berpura-pura baik di depan tp melempar tohmahan di belakang. Yg paling penting, BERHATI-HATI!

Thursday, February 28, 2008

Mode : Busy!

This 1st paragraph is dedicated to my fren Z (also known as Zombie):

Yesterday Z asked me to be his translator so that he can read my blog. As u all know, i obviously wrote most of my previous entries in Malay. Z can't understand Malay. He doesn't even speak Malay! He speaks English 'cos he is American. That's why he's so excited to learn Malay language. Just as much as i'm excited to learn Japanese or Korean. So Z, if u read this, i just wanna say that i'm glad to be ur translator 'cos we've been frens for quite a long time! I know u're dying to meet me but what can i say - i still dun have enuff money to fly to Ohio! Haha. But u've promised me to come here someday, haven't u? *wink* Bring Kelli along, okay?

Buat kamu semua, hari ini tiada kisah yg bagus utk dicatat. Atau yg boleh menjadi tauladan. Aku ekceli SANGAT BYK KEJE. Tapi aku sudah promise sama aku punya nan pengyou yg jauh di negara pimpinan Bush itu bahawa aku akan mencatat dlm English walaupun sedikit, maka aku pun mencatat walaupun sedikit pd hari ini. Aku sepatutnya kini sedang dalam kekusyukan menanda kertas ujian murid-murid aku. Pasal ari ini mereka telah menjawab Ujian Matematik bulan Februari. Aku ada lebih kurang 130 papers to mark! Oh sungguh sedikit kan? Tp aku masih tidak mahu berenggang dgn diari mayaku ini. Haha sungguh sempoi terasa diri ini! Adakah aku tidak akan bertemu dgn bantal busukku yg berwarna maroon pd mlm ini? Adakah aku tidak akan berpeluang memeluk si 'shayang' pd mlm ini? Adakah aku tidak akan dapat melakukan pembaringan enak di katilku? Bermacam-macam persoalan telah timbul di mindaku ini.Oh mari kita tunggu lihat apa yg akan berlaku...to be continued

*Moral value : Aku sungguh membenci manusia HIPOKRIT! Marilah kita menjadi manusa yg tidak hipokrit!

Wednesday, February 27, 2008

RAGAM P.RAMLEE versi Wiween

Ragam 1:
'Kematian The Rock'

Aku perlu membuat sesuatu. Sebelum aku tersesat jalan. Aku mesti berlagak selamba. Supaya aku tak menjadi makhluk ganas lagi. Sejarah tak mungkin berulang. Aku takmau orang kata aku ganas lagi.Pasal aku dah tak ganas. Aku bukan The Rock lagi okeh? Kepada sesapa yg pernah kenal aku dgn nama The Rock tu, itu zaman teenager k bebeh? Jangan dibawak ke tua. Tak baik! Kepada seseorang yg gemar mengingatkan aku kpd masa lampau aku, dia, mereka serta keluarga mereka, silalah STOP! Sebelum aku bunuh kau! Aku siyes ni! Aku akan bunuh kau nanti! Kau sungguh merimaskan aku okeh? Kpd kamu semua, jgn berprasangka buruk. Aku tidak pernah bunuh org, aku jugak x pernah melakukan perkara terkutuk atau dilaknat Allah. Jd, jgn kamu tuduh-tuduh aku okeh?

Ragam 2:
'Sumpahan Mesin Fotostat'

Aku telah merendam hati aku dgn air zam-zam. Oh sungguh suci rasanya hati ini! Yg sebelum itu sedang ingin meletup. Aku begitu musykil lah. Apa masalah makhluk-makhluk yg rapat dgn mesin fotostat ni eh?? Asal aku mahu fotostat, mesti ada kejahatan yg berlaku! Lebih tepat digelar kekejaman hakiki! Kali ini aku bersama Kak Yati. Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kami hanya dtg untuk mem'fotostat' kertas yg diisi etr & tov subjek-subjek terlibat utk head count. Jgn tanya aku apakah itu etr & tov pasal aku sungguh tidak mahu explain! Nanti akan menjadi panjang cerita. Aku begitu M.A.L.A.S okeh? Bila kami mahu fotostat, ada satu sora yg begitu membakar telinga & menusuk hati aku dgn lembing zmn purba! Sora itu mengatakan 'Mesin fotostat rosak. Mana x rosak cikgu, byk sgt tangan pegang'. Ghau! Sungguh menimbulkan ke'bengang'an tahap wali-wali! Tp Tuhan itu adil. Bila kami cuba fotostat, mesin itu berjalan dgn sungguh taat! tanpa sebarang masalah. Jd si sora keji telah mengalami kemaluan yg amat dasyat! Kami memperoleh kemenangan! Kau sudah kalah kan sora keji? Itulah balasan Tuhan namanya! PDN MUKA kau!

Ragam 3 :
'Herot itu sungguh COOOOOMEEEEELLLL!'

Aku telah mendapat satu 'sms' spesel. Sms di sini bukan Sheikh Muszaphar Shukor okeh? Ini sms drp abgku yang mereng. Beliau dah tak ade keje agaknya kat tempat keje beliau. Atau beliau dilanda kebosanan tahap maksima. Maka dgn itu, beliau telah mengherotkan bibir beliau, yg atas ke kiri, yg bawah ke kanan, kemudian beliau mengambil gambar wajah beliau di ketika keherotan tersebut berlaku & akhirnya menekan send button ditujukan ke nombor hp aku. Aku yg sedang dlm kelaparan yg amat dasyat tiba-tiba terdengar bunyi burung tukang berbunyi. Ahh..message tone aku lah tu. Dan apabila aku menekan button read, keluarlah wajah abgku yg mereng dalam keherotan yg amat gempak! HAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHAHHAHAHAHAAHAHAHHAHAHHA kau memang mereng wahai abg! Kau gila! Kau mengong! Kau badut! Akan kubalas prank yg telah kau lakukan! Aku janji! Kpd kamu semua, jgn cuba aksi ini di rumah jika kamu masih di bawah umur okeh?

Ragam 4 :
'MAKSIAT berleluasa?'

Aku diserang sawan cemburu! Di kala hujan sedang turun dgn romantiknya pada pukul 4.30 petang pada hari Rabu-27hb Februari 2008, di perkarangan SK Teluk Kemang, Port Dickson, di mana si buah hati sedang berehat, ada si merah menyala yg cuba menggodanya di depan mataku. Walaupun aku di ketika itu berada di tingkat 3 Blok C. Sungguh tidak malu! Siang-siang sudah melakukan MAKSIAT yg nyata! Apa nak jadilah makhluk-makhluk zaman skang ni! Tak percaya?? Kamu lihat sendiri :


Waaaaaaaaaaa....sungguh tidak malu! Di saat hujan sedang menggila hanya mereka berdua di situ! Buah hati sudah miang rupanya! Cet! Jangan kau berangan nak kawin selagi tuan kau ni belum kawin, PAHAM?
Sekian sahaja berita jam 10.44pm. Terima kasih.



Tuesday, February 26, 2008

Buat kau yg ingin tahu, HIDUP aku dalam suatu SEGITIGA

Jikalau aku menjadi invisible, jangan kau sangka aku merajuk. Jangan juga kau sangka aku marah. Aku tidak marah. Aku tidak ingin marah. Aku juga tidak akan marah. Jangan pula kau sangka jika aku tidak marah, maka aku akan merajuk. Aku tidak akan merajuk. Aku sudah tiada penyebab untuk merajuk. Penyebab merajuk aku sudah pergi meninggalkan aku. Jelas, penyebab merajuk aku tidak exist. Aku juga tidak pasti bila aku akan mendapat penyebab merajuk yang baru. Jangan kau tanya 'bilakah', 'bagaimanakah' atau 'mungkinkah'. Itu kuasa Dia Yang Maha Kuasa. Kau bukan Dia kan? Kau memang bukan Dia. Jadi, tak usahlah kau pandai-pandai untuk meneka!

Andainya aku menjadi riang, jangan kau sangka aku gembira. Jangan pula kau sangka aku berdrama. Aku repeat, kau bukan Dia. Kau tidak layak melabel aku.Jika kau lihat aku riang, kau juga mampu riang seperti aku. Tetapi aku repeat, jangan kau sangka aku gembira. Jangan pula kau kata aku berdrama. Aku bukan pelakon drama. Aku hanya seorang hamba kepada Dia!

Jika aku menjadi sayu, jangan kau sangka aku berduka. Jangan pula kau sangka aku tidak berduka. Kau bukan aku. Kau juga bukan hati aku. Kau tidak akan memahami aku. Kau juga tidak mungkin akan cuba. Kerana kau tiada sebab untuk mencuba! Jika kau kata kau ada sebab, cuba kau katakan sebab itu.Ya, memang aku sedang mencabar kau!

Aku mungkin akan menjadi sayu dalam riang dan kau tak akan tahu. Kau hanya akan melihat wajah riangku. Aku juga mungkin menjadi begitu riang dalam invisible. Namun kau tak akan mungkin melihat aku. Kau tak akan mungkin dapat mendekati aku! Dan di suatu waktu, aku mungkin akan menjadi invisible dalam sayu. Dan kau langsung tak akan tahu dan lihat wajah sayuku! Sesungguhnya kau juga perlu tahu, bahawa aku tak akan pernah menjawab 'bilakah', 'bagaimanakah' atau 'mengapakah' aku menjadi sayu dalam riang, riang dalam invisible atau invisible dalam sayu!

Monday, February 25, 2008

OPOCOT...David Beckham makan bola! Wiween sudah JATUH CINTA!

Ekceli tajuk entry langsung tiada kena mengena dgn catatan ini! Kamu semua pls jgn tertipu okeh? Aku memilih tajuk tersebut pasal aku suka YG AMAT sama itu iklan. Opocot David Beckham makan bola! wahahaha besh besh...Pasal iklan itu sudah bikin wiween JATUH CINTA. Jadi, kini aku SEDANG JATUH CINTA. Jatuh cinta sama iklan tersebut. Adakah aku sudah jadi crazy? Pasal aku tidak jatuh cinta sama David Beckham, tp dgn iklan! Kalau aku jatuh cinta sama beliau pun, hidup aku takkan aman. Sebab nanti Victoria Beckham akan maki hamun aku. Baik aku jatuh cinta sama iklan itu saja.Jadi kamu semua pls jgn jd tipah tertipu okeh? *giggling*

Kamu semua SILA AMBIL PERHATIAN. Catatan kali ini SGT PANJANG. Begitu banyak kena mengena dgn kesukaan aku.Jd aku kasitau awal-awal okeh? Supaya tiada yg muntah, mengalami kabosanan tahap maksima, didatangi kemenyampahan terlampau ataupun keTIDURAN yg x dapat dielakkan. AKIBAT membaca catatan aku?? Oh tidak. Pls jgn lah berlaku sebegitu. Aku takmau jd penyebab kebosanan, kemenyampahan, ketiduran & tambah satu lagi iaitu KEBENCIAN org! Sungguh aku tidak hendak! Jadi, jika kamu semua rasa kamu akan mengalami perasaan sedemikian, silalah jgn baca okeh? Aku janji aku takkan kecik hati. Siyes! Tp jika kamu semua hendak baca jugak, silalah. Aku dgn berbesar hati mengalu-alukan.okeh? Jika ingin menambah perisa, sila-silalah menyediakan pop corn & air coke skali utk membuat ubat mengantuk.*kenyit*

Ekceli arini aku cuti. Sekolah tutup psl sekolah amik cuti peristiwa selepas sukan tamat. Aku begitu happy sampai dah xtau ape nak buat kat rumah. Jd sebab itulah aku menjadi sedikit rajin. Bukan aku MALAS nak keluar tp tiada siapa ajak aku keluar. Sgt sedih kan? Nak keluar sorang, xtau mana nak pegi. Nak pegi Dublin jumpe Tun, tp sira bushuk x ajak pun? Nak pegi Filipina, sudah merajuk sama P'jay pasal boiprenku si mesin potostet sudah dibiarkan mati. Sgt sedih okeh? Nak melakukan aktiviti 'shopping', wang sudah menjadi semakin sikit. Atau dlm erti kata sebenar, Aku sudah POKAI.wahahah. Tunggu gaji baru aku melakukan 'shopping' terlampau okeh? Psl aku sgt windu hendak mendapatkan barang-barang berikut :

Perfumes


1. Gucci - Envy Me : Ini adalah kegemaran aku. Aku ada 2 botol. Tp dua-dua sudah abis dipakai. Haha sekarang aku perlukan botol yg ketiga. Pasal aku sgt serasi dgn bau perfume ini!



2.Versace - Red Jeans : yg ini pulak diperkenalkan oleh Azie.Dah lama aku suke & aku mahu!3. Elizabeth Arden - Sunflowers : yg ini aku pakai masa 1st year kat UKM. Tp aku masih suke psl bau dia besh! Akmar kata kalau aku pakai abis bau satu dewan kuliah! wahaha.


4. Escada - Island Kiss : Yg ini jugak aku pakai masa kat UKM. Still suke gak. Sebab bile pakai aku terasa seperti aku sgt sweet pasal bau dia cam strawberi!



Yg berikut pulak perfume yg aku sedang pakai sekarang. Sgt wangi. x caya cube try test lah dtg dekat aku cium sendiri. Tp kamu semua beranikah? *angkat kening sebelah*




* Lancome - Oui! *

Ini lah dia Lancome Oui & Escada Island Kiss yg aku punya :

Photobucket

*Yg Tommy Girl tu mak yg hadiah kan dulu. Sampai sekarang ada lg sbb aku jrg pakai. Bau dia dah biasa sgt org pakai. Tp utk tidak mengecilkan hati mak, kdg2 pakai jugak. Tp sgt jarang lah. *ampun mak!*


Teddy Bears / Stuffed Animals

PhotobucketPhotobucket

PhotobucketPhotobucket
Gambar di atas hanya contoh. Aku sgt ingin mendapatkan stuffed animals seperti di atas utk menambah koleksi yg dah ada. Begitu melampaukah aku? Jgn panggil aku kanak-kanak okeh? Walaupun aku masih gemar minum susu & mkn coklat. Psl aku sudah menjadi adult.Tp aku mmg SGT GEMAR mengumpul sesuatu yg comel seperti yg di atas! Tp melampau x kalau mahukan semua? Sebenarnya paling suke cow! Aku sgt TERUJA bila nampak cow! Yg anak patung la okeh? Kalau yg sebenar aku takut. Aku kan suka kaler maroon. Nanti dia tanduk & kejar aku pulak! wahaha. Tp yg lain-lain ni pun comel jugak. Mcm mana ek??? Ada sesiapa x yg bermurah hati nak kasik hadiah stuffed animal (cow/panda/penguin/frog) kat aku? Kamu begitu dialu-alukan. Saye akan menjadi sgt syg sama kamu! Pasal kamu begitu baik hati. Tp tahu kamu tak akan mahu kasik. Mesti kamu kata aku mengada-ngada. Sudah tua tp masih suka sama stuffed animals & teddy bears! *tunduk keseganan*

* Note : Kepada P'jay, mengapakah mesin potostet tidak bertukar menjadi teddy bear?

Shoes

Photobucket


Er..ekceli aku tidak bernafsu ingin membeli kasut. Tp oleh sebab hari konvokesyen hampir tiba, aku perlu sepasang kasut. Utk dipakai dgn baju kurung konvo yg berwarna hitam + putih. lagipun dah agak lama x membeli kasut. Jd tidak salah rasanya membeli sepasang. Gambar di atas sekadar gambar hiasan. Tp design kasut-kasut tersebut sudah bikin aku berkenan! Esp. yg kaler black & white dan jugak yg maroon. Ketiga-tiga kaler di atas adalah kaler peberet aku okeh? Jd aku sgt tidak keruan di waktu ini. Mana satu idaman kalbu ek? Tp kan..wujudkah kasut-kasut tersebut di Malaysia?? Jd buat apa aku nak pening-pening kepala?? wahaha aku mmg mcm gini. Saja suke peningkan kepala yg x pening pun. Tp aku akan try lah cari kat kedai-kedai di Malaysia ni kot-kot kalau ada jual. Wish me luck okeh? *senyum*

*PENGUMUMAN PENTING : Hari konvokesyenku jatuh pada hari Khamis,27hb Mac. Sila catat dlm diari kamu okeh? Tak pun set reminder. Lebih afdal jika kamu ingin kasik hadiah. Tp jgn kasik katak cukup okeh? Aku syg sama Froggyku tp sedikit geli dgn KATAK. Kalau kamu mahu kasik bunga boleh juga. Tp lebih afdal jika kamu kasik aku PERFUME! WAHAHAHAHA sungguh tidak malu aku ini! *gelak guling-guling*

* Note lagi : Kamu semua perasan x kasut-kasut tersebut heelnya tinggi? Aku ekceli x suke pakai high heel. Pasal aku lebih gemar memakai sandal.Jd mungkin aku sudah buang tebiat. Tp sekali sekala aku ingin menjadi tinggi apa salahnya kan? Psl aku sgt tidak tinggi. Tolong jgn kasitau org okeh? *blushing*

Sunglasses

Photobucket

Tulung aku wahai dunia! Aku sgt menggilai ketiga-tiga sunglasses ini! Esp. Christian Dior yg kaler pink tu. Yg tetengah tu! waaaaaaaa...sgt kepingin memakainya di mataku ini! Tp adakah aku akan kelihatan seperti badut? Oh pls lah tidak! Aku sungguh takut sama badut! Jd pls jgn ckp aku akan kelihatan seperti benda alah itu okeh? Nanti aku nangis sapa mau pujuk aku? Jd jgn bg aku nangis okeh? Jd katakan bahawa aku akan kelihatan seperti Paris Hilton. Eh xnak Paris Hilton. Katakan aku akan kelihatan seperti Angelina Jolie. Baru hati aku akan berasa lega & berbunga riang.Oh terasa sungguh jelita.wahahaha perasannya cikgu sorang ni ek? Tolong jgn kasitau anak murid aku okeh? *sengih sengsorang*

Okeh...selesai. Itulah dia barang-barang yg aku sgt ingin dapatkan bile $$$$ sudah masuk nanti. Adakah antara kamu semua yg dah tertidur? Atau telah didatangi kemenyampahan? Atau kamu masih setia membaca? Catatan aku belum tamat okeh? Ada byk lagi. Sila jgn marah aku. Kalau kamu ingin stop, baik kamu stop. Kalau kamu masih ingin membaca, kecik tapak tangan, satu Ireland aku tadahkan.

*Nota tambahan : Ayat terakhir tu aku tiru ayat Sira bushuk. Jd, sila jgn marah okeh sira bushuk? Marilah kita menggunakan lebih byk peribahasa. *gelak kecik sambil kontrol ayu*

Baik, skang ni cikgu nak kasitau seluruh dunia bahawa cikgu pernah dilanda penyakit angau. Atau rasa perasantan yg terlampau. wahahaha. Semua org pun pernah angau kan? Jgn nak tipu kata tidak pernah okeh? Nanti aku amik rotan, aku rotan kamu baru tau! wahaha. Aku sgt suke merotan orang ni. Besh. Lazat berkrim. Cam eskem coklat yg aku bg kat Tun semlm. Jd sila jgn gelakkan perasaan angau aku okeh? Aku pernah angau dgn sapa? Eh rahsia kerajaan Negeri Sembilan + Selangor + Penang + Terengganu! tp jgn gisaulah, org-org yg aku angaukan tu x kenal aku pun. Aku lah yg perasantan sendiri! Kesian kat aku kan? Napa aku perasantan sendiri? Pasal takkan lah Zain Ruffedge plak nak perasantan kat aku kan? x pun Zahid AF2. x pun Ako Mustapa.x pun Fahrin Ahmad.x pun Ahmad Dhani (DEWA) or Yazer AF3 or AJ McLean or Chris 'NSYNC.x pun Sheikh Muszaphar. Ops aku sudah pecah rahsia plak! wahahaha jgn kata aku dasat okeh? Itu sgt normal. Aku pernah jd teenager, jd itu normal okeh? Zmn teenager la paling kerap ke'angau'an tu dtg. Dulu sgt suke sama AJ McLean (Backstreet Boys). Pasal dia ganas. Sungguh teruja dgn guy yg ade imej 'bad boy' ni. Cam The Rock WWF tu pun. Cam Y2J...cam Hardy Boyz. Cam Stone Cold 3:16 pun orait.Tp taknak lah mcm thp Kane atau dia punya big borther si Undertaker tu okeh? Itu sudah thp kritikal! Tp yg mcm AJ tu, mmg bikin sgt teruja. Sbb dia besh. Sore dia pun ngancam. Bikin aku jd sgt perasantan. Cam dia nyanyi utk aku plak. "i'll never break ur heart...i'll never make u cry...i'd rather die than live without u...i'll give u all of me..honey that's no lie!" waaaaaaaaaaaaaaaa...sungguh berbunge2 atiku ini mendengar alunan sore AJ & konco-konconya! Kat Chris 'NSYNC pun aku angau jugak. Psl dia sgt chubby & kiut. Sgt kacak lah! Begitu menawan kalbu! Telatah dia pun sgt comel! esp. dlm vid klip "I drive myself crazy". Sgt comel!!!! waaaa...saye sgt suke sama Chris! Siap tulis satu poem tau utk dia dulu. wahahah giler lah. Ada aku simpan lg poem tu tp xleh letak sini lah. Malulah! Psl zmn teenager mmg otak ade sedikit mereng. Mengong is the best word kot?? Haha tp siyes Chris mmg sgt comel. x caya tgk ni :

Photobucket

Waaa...sgt comel! Sebenarnya suke Chris ni psl muke dia sesikit cam ade sorang boy sama tuisyen dgn aku masa form 3. Sgt suke lah tgk dia. Tp dia cam sombong jek. Maklumlah budak bola wakil negeri pulak. Pastu dia sekolah STPD. Sekolah plg glemer dlm PD ni. Kak e & mama ranggie pun tau. So, dia sgt berlagak. Mule2 minat gak kat dia walaupun dia berlagak. Ingat lg dulu dia suke pakai jersi biru & cap biru.hikhikhik.Kenangan di alam persekolahan plak ek? *sengih* Tp kan,bile sudah jd adult kan, sudah x angau lg sama Chris dah tp angau sama AKO MUSTAFA! Ingat lg masa tu kwn-kwn blajar sume kecoh psl Jimmy 'Yezza' tu. Tp aku sikit x heran. Psl diriku ini sgt angau sama Ako! wahaha tp sejak dia dgn Jue tu terus x minat. Tatau psl pe. Pastu yg paling latest kan, aku angau sama itu angakasawan negara! Sapa lagi kalau bukan tuan doktor Sheikh Muszaphar tu! Uih.. beliau BEGITU TAMPAN! SUNGGUH KACAK BERGAYA! Bikin tidurku jd x basah, mkn x lena, mandi x lalu! Tp mcm biasalah kan. Aku perasantan sendiri lagilah. Tuan doktor itu bukan angau pun kat aku. Kalau nampak aku pun sebelah mata pun dia tak akan mau pandang. Oh sadisnya bila wajah tidak secomel Siti Nurhaliza...ataupun secantik Audrey Hepburn (zmn dia memuda lah!) Tp sekarang sudah x heran dah. Psl perasaan angau itu tidak kekal. Ia hanya dtg sementara. Kecuali angau kat sang kekasih kan? x caya tanya sapa-sapa yg pernah atau sedang ada kekasih. Betul x? Oleh sbb aku ketiadaan sang kekasih, maka aku tidak dpt merasakan perasaan angau yg kekal tersebut. Oh sungguh sadis sekali lagi. *sob*

Sekarang aku ingin meng'kobar'kan kpd dunia sekali lg bahawa aku sudah jumpa some of the portraits yg aku lukis.Kobar tu org N9 slalu guna. Bahasa asalnya ialah 'khabar' okeh? Aku menjadi 'kamus berkata-kata' sekejap.Tp x ape, berkongsi ilmu adalah amalan mulia. Tp sila jauhi dadah & ROKOK okeh? Pasal ROKOK sungguh busuk baunya! Dan jugak bikin kamu diancam bahaya & sakit! IKLAN : AKU SGT BENCI SAMA ROKOK! Okeh sambung psl potret. Aku mmg sgt gemar melukis. Tp jgn suruh aku melukis pemandangan atau lukisan abstrak okeh? Pasal aku tidak gemar.Ekceli aku x mahir pun.haha. Tp aku sgt gemar melukis potret. Tetapi, aku hanya akan melukis potret wajah-wajah yg aku suke. Dan yg aku terasa nak lukis saja. Sebab bile melukis aku kena ade mood. Sebab bile ada mood, aku akan mendapat damai. Aku melukis kerana mencari damai okeh. Sebab itu bile aku melukis aku akan menjadi 'bisu'. Bukan pasal aku sengaja bolayan okeh? Dan bukan juga pasal aku dah tersampuk cam org main kuda kepang tu. Tp aku sgt kusyuk. Kamu semua boleh kata aku PELIK. Mmg pelik tp BENAR. Tp itulah dikatakan minat. Bile sudah minat segala mcm boleh terjadi.Jgn ingat aku seorang cikgu Matematik, aku perlu jd seorang 'nerd' okeh? Aku mmg org sains tp aku juga suke yg amat pd seni. Aku sgt suke melukis potret. Aku juge sgt suke berteater. Sbb tu masa kat UKM aku join kelab teater. Tp oleh sebab aku nak citer psl seni lukis, maka aku takmau citer psl teater okeh? Next time lah aku citer. Tolong ingatkan aku okeh?

Ekceli hati masih sedikit sedih. Sebab masih tidak menjumpai potret 'Rangga' & 'Cinta' yg aku lukis masa aku 1st year dulu. Ntah kemana. Atau aku sudah kasi kat sapa-sapa? Siyes, x ingat! Nasib baik jumpe separuh... Including potret Mark McGrath & AJ McLean. Kamu semua nak tgk? Okeh aku boleh letak sini tp janji jgn gelak okeh? Pasal aku bukan pelukis potret handalan mcm yg ramai-ramai kat CM dulu tu.(Eh kat CM ke?) Aku jugak tidak bertauliah. Aku melukis berdasarkan minat & mengikut gerakan jari jemari aku. Aku jugak suke melukis potret kartun-kartun karya Jakalll. Sapa Jakalll? Silalah rujuk majalah Blues Selamanya okeh? Sapa kata cikgu x baca komik?? Komik Shin Chan pun aku layan tau. Sgt kelakar. wahaha. Jika aku tidak menjadi cikgu mesti aku sudah join pelukis bebas di Pantai Teluk Kemang tu. Pastu musti masa Kak Retna dtg PD aritu dia akan minta aku yg lukis potret dia, bukan pelukis yg minta RM15 tu.haha.Ok sambung balik.. Mana dtgnya minat aku ek? Semuanya pasal abah. Abah aku sgt pandai melukis. Tp beliau lebih kpd lukisan-lukisan pemandangan. Tp anak beliau ni tidak. Anak beliau lebih gemar kpd potret. Minat aku kpd potret ni juga dtg disebabkan aku sgt mengagumi IMUDA. Beliau merupakan idola aku. Imuda sgt pandai melukis potret. Kamu semua pernah tgk hasil lukisan beliau x? Aku pernah masa sekolah dulu. Aku suke bangat! Sgt ingin menjadi pandai melukis seperti beliau! Tp aku masih newbie. Sikit-sikit bolehlah. Tahap advance belum boleh dicapai lg okeh? Jika kamu semua ingin melihat potret hasil lukisan Imuda, sila ke blog saudara Gayour iaitu http://gayour.blogspot.com/.

Ini pulak antara dua potret hasil gerakan jari-jemari lembutku ini.chewahhh.hehehe. Sila jgn gelak okeh? *tunduk keseganan*

Photobucket

*Ini AJ McLean masa BSB wat vid klip lagu "Everybody" yg pemes tu.

Photobucket

*Ini pulak Mark McGrath, frontman of SUGAR RAY yg pemes dgn lagu "Every Morning" & "Someday"

Potret-potret tersebut kelihatan usang. Kertas lukisan tu pun dah kuning. Pasal dah bertahun lamanya. Aku lukis AJ tu masa aku lepas SPM. Yg Mark McGrath tu plak aku lukis masa aku matriks. Masa kat Penang. Ada lg 1 potret AJ aku lukis merujuk majalah Smash Hits tp yg tu aku dah laminate. Bile aku tangkap gmbrnya jd x jelas. Nak scan, xde scanner pulak. Jd x payahlah letak sini. Yg satu lg ni aku lukis merujuk kartun Jakall. Yg ni ekceli aku penah letak dlm entry bertajuk "C.I.N.T.A = Cinta aka Love aka Sarang". Mungkin kamu semua tak perasan.

Photobucket

Okeh itu sajalah yg dpt aku letak sini. Kang letak byk-byk penuh sgt pulak entry kali ni ek? Jd kamu semua jgn tidur dulu okeh? Jgn menyampah sama aku okeh? *kenyit*

Sebenarnya aku byk lg minat yg aku nak kobarkan dlm entry ini. Tp pasal entry ini sudah BEGITU PANJANG. Bukan Tun aje bleh juling nak baca, tp aku juga akan turut menjadi juling mencatat begitu pjg. Jari jemariku ini jugak akan mengalami kepenatan tahap wali-wali, bukan tahap dewa lagi okeh? Tahap dewa dah x bleh pakai dah! Lagipun, nak citer psl muzik/band yg aku minat ataupun movie kegemaran aku, kamu semua boleh lihat sendiri pada sudut diari maya aku ni. Aku ada letak avatar. Jd, malas pulak nak mencatat dlm entry. *sengih*

Tapi kan...ada satu lagi lah aku nak kobarkan! Aku sgt gemar menonton drama-drama Korea & Japanese dorama! Semlm borak-borak dgn Tun, Tun pun sama rupanya. wahahha besh besh. Lagi seronok bergusip. Aku sgt suke citer Full House, The Successful Story of A Young Bright Girl & My Girl. Kalau citer Jepun, aku suke citer Hanakimi. GTO pun aku masih sgt suke! Psl x boring langsung tgk byk kali. Lagi satu kan, sapa yg x suke tgk citer Korea kalau dlm citer tu ada hero-hero mcm ni :

Photobucket
*Rain (Full House)*

Photobucket
*Jang Hyuk (The Successfull story of a young bright girl)

Photobucket
*Lee Dong Wook (My Girl)*

Sebenarnya citer Filipina suke jugak esp. kalau Jericho Rosales tu yg berlakon. X pun kalau ade Kristin Hermosa. Sgt Kacak & sgt jelita. Tp org Filipina mmg handsome & cantik lah. Sama mcm org Korea. Org Malaysia pun kacak & jelita jugak. Tgk cam tuan doktor Sheikh dgn Erra Fazira tu. PakLah pun kacak jugak pe! Kalau x takkan Datin Jane tu terpikat. *kenyit*

*Catatan tambahan terakhir : Kepada P'jay, ayat keempat tersebut bukan bodek utk dpt mesin potostet baru okeh? wahahah.

Sekarang aku mahu undur diri. Ada mood, aku akan mencatat lagi! *kenyit*

Sunday, February 24, 2008

Lalalala...mari menyanyi!

Chorus :
~Lalala...hatiku gumbira..riang x terkira..potret dah kujumpa, tp bukan semua..Yg lain tu x jumpa..entahlah di mana...akan ku berusaha...cari sampai jumpa! lalallala....~

Menyanyi ikut rentak lagu Fifi okeh? Fifi ialah penyanyi Indon masa zmn aku kekecik dulu,adik kpd Adrian. Aku menyanyi bukan kerana buang tebiat tp kerana hati sudah sedikit lega sbb potret Mark McGrath & beberapa potret lain telah dijumpa.Dlm laci meja study rupanya.Camna leh x jumpa semlm.Tp potret 'Rangga & Cinta' x jumpa jugak.*sob* Mengada ek? haha.Dan eskem di bawah ini untuk sang sahabat yg jauh di mata dekat di blog a.k.a Tun Teja :

HAPPY 25TH BIRTHDAY ,Tun!

Amik eskem ni okeh? Tp ween dah gigit sket la. Jgn marah okeh? *hikhikhik*

IKLAN :: OPOCOT, DAVID BECKHAM MKN BOLA! <---- HAHAHAHHAHA SGT SUKE IKLAN NI! APE MAU BIKIN NI??

Saturday, February 23, 2008

Gumbira + Marah + Panik = ??

PENGUMUMAN PENTING : Sukan sekolah sudah tamat! Rumah KUNING sudah menjadi NAIB JOHAN! Yay yay! Agak bangga menjadi cikgu rumah kuning walaupun x bape suke kaler tersebut. Lebih bangga & eksyen lagik bile kelas bimbingan aku, 2 Cerdik menjadi JOHAN bagi 2 acara sukaneka tahap 1 iaitu lerek buah kelapa dgn gelung (bagi lelaki) & lari ziq zag bwk bola (perempuan). Turut menjadi NAIB JOHAN acara lerek buah kelapa dgn gelung (perempuan). x sia-sia aku berpanas, bersorak riang, bertepuk tangan serta terlompat-lompat (bukan mcm monyet k?) demi menyokong mereka. Berbaloi juge muke dimamah terik mentari sampai kalau bukak tudung cam zebra sesat kot?? Walaupun SGT CEMBURU dgn Helmi pasal dia duk tgh panas tp tetap menten tona wajahnya. Mungkin Izam si budak nakal kehilangan warna putih jugak psl Helmi sudah curi kasi tepek kat muka dia.Hahaha sungguh merepek tp aku sgt gumbira atas kemenangan anak-anak muridku, begitu jugak mereka sendiri. *senyum*

Sedang dlm kegembiraan, aku memandu 'buah hati' utk pulang ke rumah sambil mendengar lagu peberetku, "Suratan" by Alleycats, ada satu kete wira kaler biru air laut (cam mambang pulak) yg pemandunya sudah bikin BIADAP dlm pemanduan beliau! Beliau telah cube try test menghimpit 'buah hati' sampai aku menjadi SUNGGUH terkejut! "Kalau iya pun nak memotong kasik signal lah brader!" Nampak sebelah ada dia punye girlpren & kat seat blakang ada lg makhluk bergelar manusia jugak tp cara dia memandu sudah buat perasaan AMARAH aku dtg! Psl dia sudah buat aku diancam bahaya.Dan jugak cube 'melukakan' buah hati! Bile aku hon bleh plak dia main acah-acahkan aku & yg girlpren dia plak bleh plak tergelak-gelak mcm st*pid. Sungguh keji kan? Bila AMARAH sudah mencapai thp maksimum, aku seperti ingin melontarkan kata-kata makian & hati sekali lagik seperti direbus.Jap..bukan, kali ini hati seperti dipanggang kat bara api! Sgt HOT mcm nak meletup tp cpt-cpt beristighfar bile aku teringat sira bushuk penah kasitau aku yg kat akhirat nanti ada syurga yg Allah ciptakan utk org-org yg bersabar.Jd, balik rumah aku terus 'rendam' hati aku kasi sejuk balik dgn menunaikan solat zohor. *sedikit lega*

Bila hati sudah sejuk, segera ingin mendptkan 'damai' dgn mencari kertas lukisan utk menconteng. Tetapi tidak jumpa! *Huwaaaaa* terasa ingin menangis sebab potret-potret wajah yg aku lukis sejak zmn sekolah dulu sudah hilang! Aku tidak jumpa satupun! Puas mencari tp tetap x jumpa! Aku menjadi SGT PANIK! Mood utk melukis terus hilang. Potret 'Rangga & Cinta' serta Mark McGrath (Sugar Ray) yg merupakan peberet aku pun hilang! Mana perginye semua???? SGT PANIK & terasa mcm ingin histeria! Aku sgt syg dgn potret-potret tersebut! Tp sekarang sudah hilang? Dah penat mencari sana sini tp masih x jumpa! Terasa ingin memarahi diri sendiri! Adakah aku begitu cuai? Atau aku tersalah letak?? Atau ini suatu sumpahan sebab sudah hampir setahun aku tidak melukis?? *sangat sedih!*

Friday, February 22, 2008

Gara-gara eye shadow!

Okeh. Tiada citer menarik utk dicatat arini. Cuma satu kejadian yg sudah membuatkan muka aku bertukar menjadi kaler maroon sekali lg! Semuanya gara-gara eye shadow! Ini eye shadow sudah bikin aku mendapat MALU kuasa 3. Alahai sudah 2 hari berturut-turut lah aku dilanda MALU. Begini, aku telah menjadi sedikit kreatif sejak teman sepermainanku, Charlie menjadi pak andam org tawen. Jd aku sudah pandai memakai eye shadow campur-campurlah. Dua kaler pd satu kelopak mata yg sama. Jd aku telah mencampur tolak darab bahagikan kaler grey & maroon mengikut kaler baju lah konon. Dan SGT RAMAI telah menjadi pemerhati setia mataku. Mereka kata "nasib baik kau x kawin lg ween, kalau x mesti suami kau x jd gi keje!" Gulp... Aku hanya telan liur & tercengang di Bilik Guru itu.Itulah penyebab MALU dtg lagi & muke aku kembali menjadi maroon! LAWAK jenis yg patut DITAPISkah itu? Atau adakah eye shadow itu bikin muke aku jd pelik? Atau sudah bikin muke aku jd mcm muke pelakon Opera Cina?Atau adakah aku telah diBULI??? *Huwaaaaaaaaaa tulun saye penunggu gua!*

'HATI' ini milikmu

Errr...ekceli lama dah nak bg menda ni tp asyik bebel psl hal sendiri aje sampai terlupe! Ampunkan kami penunggu gua & sekalian mambangnya! Baik...kini Wiween dgn besar hatinya ingin menyerahkan 'hati' ween ni kepada :


  • Angah @ Erni - sebab kamu, gue suda pandai ber'blogging'! Time kaceh Angah! Kamu juge sahabat yg baik! Nanti gue musti ketemu kamu! I must!
  • Sira bushuk @ siranatawira - ween tersangat suke membaca catatan awk. Jd agak sedih sebab ur blog masih x pulih. *sob* silalah buat blog yg baru! *senyum simpul dgn sedikit begging* Juge seronok dpt knal & berbual dgn awk, & tetap akan memanggil awk gelaran 'sira bushuk' itu selagi hayat dikandung bdn. Awk jgn marah okeh?*sengih nakal*
  • Tun Teja - ween sungguh happy dpt kenal dgn tun sbb tun mmg besh! Hari-hari musti mau pigi ur blog & sembang sama kamu! Tun mmg besh, tun mmg besh, tun mmg besh. *wink*
  • P'jay (bukan Petaling Jaya k?) - P***** J****** N***** P******, jgn gisau, ween x gelak menyebut nama awk cam sira bushuk slalu wat.Nama awk besh esp. yg mule dr huruf 'J' tu. *senyum* Juge seronok berbual sama awk & mengalu2kan kedatangan awk ke dunia blogging. P'jay besh!
  • Kak e - kak e, ween bersyukur dpt kenal kak e & berkongsi resepi masakan. Juge seronok dpt tau kite berasal dr tempat yg sama (PD yg besh!) & belajar di U yg sama. Hrp sgt dpt ketemu dgn akak!
  • Mama ranggie - bile kenal dgn mama, ween rasa mcm sgt manja. 'cos i can call u mama all the time. Sgt syg x dpt berjumpe dgn mama last week. Kite pasti akan jumpe,insya'Allah!
  • Flinty.Farah - Farah yg comel, 'hati' ini juge special utk kamu sbb kamu sgt comel & baik.;)
  • Kak Retna - I enjoy reading ur posts! Juge gumbira bile bertandang ke blog akak! Nanti dtg PD lg habaq ok? syg Kak Ret! ;)
  • Sahrulia - Izam si budak nakal, ambik award ni tp jgn bg kat kucing besar kat 'Kuching' tu yek. Pasni jd budak x nakal pulak.hehehe.
  • Uncle J - Uncle mmg sempoi & catatan uncle juge besh! Nanti ween dtg mengacau blog uncle lg. *gelak ekcik*
  • Lily - Sgt windu nak berbual dgn kamu seperti masa-masa dulu! Sgt happy ketemu kamu di dunia blogging ini! *senyum*

Ingin juge menyerahkan 'hati' ween ni kat rakan-rakan baru yg lain yg namanye tersenarai di list ween. Moga persahabatan akan berkekalan ok? Syg kalian semua yg sudi menjadi sahabat ween! *wink*

P/s :: Sira bushuk & Mamaranggie, kire anda berdua dpt double award lah. Tp Ween takmau panggil benda ini award, tp benda ini adalah 'hati' ween. Simpan baik-baik okeh? *kenyit mata*

Sedikit TEKANAN PERASAAN berlaku

Aku sudah pulang! Arini ada sedikit rajin utk menge'post' dua entry. Pasal aku ingin mengadu pd dunia, bahawa sedikit TEKANAN PERASAAN sudah berlaku pada diri sendiri. Pd perut, ekceli. Lihatlah makanan-makanan di bwh. Dipesan oleh abg, mak & abah. Aku hanya memesan air kelapa & sup tulang. Tetapi, aku jugak telah meratah ekor ikan siakap tersebut! Waaaaa...ape suda jd ini?? Dimanakah perginya sang 'diet' di saat aku memerlukan?? Gambar-gambar berikut ini diambil menggunakan kamera hp abg aku yg dah WAJIB kena campak laut :

Adakah aku telah melakukan kekejaman pd perut? Atau aku sudah memungkiri janji? Aku TIDAK MAHU mkn byk! Tp aku telah mkn byk. Bukan aku mahu! Abg aku sudah melakukan paksaan kijam kat adik dia nih. Beiau mintak aku makan! Waaaaaaaaaaaaaaa...aku ingin menjerit di kedai itu tp aku tidak mahu kejadian MALU berlaku buat kali kedua pd hari yg sama! Maka aku mengalah & terus menyuap, menyuap, menyuap & menyuap lagi...sampai perut ade sedikit kenyang. Bukan sedikit, BANYAK! Dan kemudian perasaan menyesal pulak dtg menikam-nikam jantung & hati. *sigh*

Adakah aku masih menyesal? Yerp, SGT MENYESAL. Tp bukankah tidak baik berasa begitu?? Psl semua yg aku mkn td rezeki Allah bg! Aku pulak mengada-ngada. Terkenang pulak kanak-kanak di negara-negara miskin yg x dpt nak makan...Insafnye saye........! *tunduk menginsafi diri*

Masa dah nak balik td, aku terpandang satu wajah di sudut kiri kedai yg 'open air' tu...Wajah yg mcm aku sgt kenal. Wajah Amir. Mirip sungguh! Aku pandang lagi tiga wajah di meja si wajah Amir itu duduk, mmg sah lah wajah-wajah yg aku kenal sgt! Wajah-wajah yg lagi tiga tu milik Awie, Pojan & Jep ! Mereka ini ialah ex-students aku! Masa aku ngajar kat PTPL Seremban dulu. Awie ialah kembar kpd Aky. Wah....sgt rindu kat mereka!! x sangka boleh terjumpe kat kedai yg sama! Sempat jugak borak-borak. Amir kata aku nampak mcm Datin! Waaa...kembang idung! hahaha. Mereka mengajak aku ke pantai batu 4 Sabtu ni. Utk meraikan persaraan Kak Magesh (lecturer subjek Business kat PTPL). Semua pun ada, termasuk Aky! Yay! Aku akan dpt mengubati rindu kat adik aku tu Sabtu ni! *excited*

P/s:: Ade hikmah aku gi MAKAN BYK arini kan?? huhuhu..

Thursday, February 21, 2008

Arini...

Arini aku MIGRAIN. Sgt sakit ini kepala. Pasal ada satu budak sudah bikin biadap sikit dgn cikgu Wiweennye yg x brapa sihat ini. Aku telah mem'basuh' budak itu td. Bukan dgn sabun Kao Attack, tp dgn sedikit nasihat. Sampai dia teresak nak menangis. Kesian pulak aku tgk. Tp seseorang harus diajar dr kecik supaya tidak BIADAP. Atau dlm kata yg x besh, KURANG AJAR. Hatta, aku harus memperbetulkan ke'Biadap'an itu. Aku tidak bersalah kan? *kenyit*

Arini cikgu lain turut migrain bukan akibat kebiadapan murid, tp akibat meeting psl head count td. Apa yg dipeningkan aku pun taktau lah. Bg aku orait aje wat menda alah head count tu. Isi aje markah murid & target utk exam akan dtg. Mengapakah mereka kepeningan disebabkan itu? Aku sungguh musykil... *kerut dahi*

Arini jugak...sebuah lagik lori besar telah bikin aku panas hati. Mcm kena rebus jek ini hati. Sgt panas. Jika dimakan cicah dgn sambal belacan mesti sungguh enak rasa hatiku ini. Heh...Sempat pulak aku merepek. Bukan ape, teringat psl ini lori, bikin hati panas. See...hati seperti sedang DIREBUS. Sgt sakit hati. Dulu aku sudah hangin sama satu pemandu lori yg ikut lorong kanan. Arini aku kembali hangin. Hangin psl pemandu lori ini juga sungguh tidak memahami undang-undang. Perlu mengambil semula test bertulis! Psl dia juga telah memandu mengikut lorong kanan! KENDERAAN BERAT perlu lalu di lorong kiri kan? Atau akukah yg tersilap?? *kompius sikit*

Arini hati turut berasa geli. Atau lagi betul ayatnye, aku telah GELI HATI. Disebabkan Kak Elisa & juge emak. Mengikut jam, aku akan bercerita pasal Kak Elisa dulu. Semlm dia sudah buat aku gelak besar psl kereta. Arini, pada pukul 5.55pm, dia bikin aku geli hati plak. Huhuhu...sesungguhnya aku sedang tersenyum ni! Huahahahahhaha arini, ade sedikit citer yg perlu DITAPIS lah.Agak tidak sesuai menjadi bacaan umum. Senang citer, hal ni psl org pompuan lah. So, kalian jgn bertanya lah okeh? Kak Elisa tgh bebel masa tu nak kuar dr surau, ttg hal pompuan yg perlu DITAPIS tu lah.Skali kuar dr pintu surau, Ridzuan dah tersengih! Punyelah malu. Muke Kak Elisa sudah menjadi merah.Aku yg turut memberi sedikit komen berkaitan hal tersebut, turut berasa muke sudah menjadi bukan merah lagi, tp maroon! Kalau org tgk mesti ingat aku terlebih pakai blusher. x pun, aku penyokong rumah Merah sampai sanggup cat muke dgn kaler merah maroon lagi tu! Haha mengapakah kejadian ini berlaku? Yg lg x besh, mengapakah Ridzuan berada di belakang pintu itu?? Dia punye sengih boleh bikin aku menghadapi MALU yg amat besar. *sob*

Arini jugak, pd pukul 6.55pm, mak telah membuat aku GELI HATI jugak. Sebab mak sudah pandai pakai scrub muke aku. Comelnye mak masa menyapu scrub tersebut kat muke. mcm anak dara gitu...huahahah xleh carik mkn lah aku pasni. Mak punye cara sapu tu cermat aje. Bukan mcm aku, skali tenyeh cam x syg muke aje! *gelak terbahak-bahak* Aku tipu skit kat mak yg scrub bleh pakai 2 kali jek dlm seminggu. Mak terus panik. Bleh plak dia kata, "Eh...mak dah terpakai 3 kali lah masuk kali ni. Mcm mana?" aku terus gelak. Geli sungguh hatiku. Bleh plak mak percaya. Tp mak mmg comel la. *sengih*

Arini aku akan MAKAN dgn penuh selera. Abg aku sudah ajak dinner! Arini perut akan gumbira & tuan punya perut akan terseksa, psl kena makan! Aku takmau makan!! Tp aku telah dipaksa oleh abg aku. Skang sepatutnya aku perlu bersiap. Sebentar lg aku akan kuar dinner bersama beliau. Beliau pasti akan marah psl aku sebok nak mendiet. Dia kata aku dah comel, x payah diet. Tp senang sungguh beliau berkata-kata. Beliau bukannya aku. Aku perlu diet! I must! *muke penuh YAKIN*

Wednesday, February 20, 2008

Gumbiranya saya walaupun jln jammed!

Sebelum membebel benda yg terjadi arini. Aku nak bebel skit psl mlm td. Geram x terkata bile aku diganggu lagi oleh 'makhluk x phm bahasa'! Geram betul la dgn dia ni. Dah x larat dah nak geram ni tp wajib geram sbb dia sgt kurang ajar! Lagi sekali dia ganggu ketenteraman idup aku, akan akan panggil polis! Tgh aku geram2, tibe2 'org itu' sms. Dia kata dia mls nak pakai kete dah. Dia nak bg kete dia kat aku.. Erk...Hello!! Why would he?? Aku mcm biasa terus-terusan dgn kemusykilan aku & bertanya, " Why would u? Apa sebab? Tiada sebab rasanya kan." Then dia jwb, abaikan aje. Sbb dia tau aku akan membuat semuanya jd complicated. Lg lah aku bertambah musykil. Pastu aku ckp jelah jual aje kat kedai, dpt duit dia xnak pulak.heeeeeeeeeeee x phm lah dgn dia ni. Last2 aku diamkan aje.Pastu dia kata aku marah. Isy...sabarlah wahai hatiku yg geram! *istighfar bebyk*

Tgh gegeram dgn 'org itu', aku dpt plak sms dr Cikgu Aznizan. Baru kenal jek dia ni. Cikgu KH. Kwn semaktab Faizal & Ridzuan (jejaka P & P, merujuk entry2 lepas!). Dia tanya aku dah mkn lum. Pd pukul 12 mlm ke atas?? Aku nak gelak pun ade.hahahahaha kan aku dah gelak. Aku jwb jek dah. Lama dah mkn. Dia pun reply 'heheheh'. Kelakar Cikgu Aznizan ni. Org panggil dia Pak Tam. Sbb dia itam manis. Org Penang mcm Faizal. Kire bertambah jd 3 lah jejaka P & P! huhuhu..Sms dia mmg sentiasa wat aku gelak. Pastu aku slalu tertido kalau tgh sms dgn dia, punyalah dia gelakkan aku. Nak wat camna dah mata mintak ditutup! Pastu mlm td, dia kata "Mlm ni tido mimpikan kite yek ween." Trus aku gelak. Aku kata nak watpe plak. Dia jwb "Pasal kite mimpi ween plak mlm td. Mimpi gi date." Aku gelak lg kuat. Sib baik mak abah & atuk dah tido masa tu kalau x mau dia ingat anak dara sorang ni ngah ngigau. Alahai..terus aku bls, "Izan ni mesti tido x basuk kaki.Kang basuh k!" Dia terus jwb "Dah basuh dah..mungkin teringat kat awk kot." Aisey...kembang idung lah...haha xdelah. Izan ni mmg sket. Suke menyakat anak dara org dia ni. Nanti nak kena report kat akak dia! *kuar tanduk*

Haa..skang nak citer besh yg arini lak. First skali nak ckp aku x mkn nasi lagi arini! yeaaaaaaaaaaaa...ciannye kat perut aku kan?? huhu tp ape nak buat aku x lalulah..Td kat sekolah mkn sekeping lepat pisang jek. Aisey...serius kenyang. Arini dtg awl skit. Kul 12.05pm dah ade kat sekolah. Tp parking kosong still xde! Cet..terpaksa gak parking tepi gate! Cian buah hati asik kena panas...Ya ampun yer buah hati kusyg.. *tunduk sedih* Sampai jek tuers gi opis, sign in pastu aku terus gi kantin. Tgk ramai lak ade. Aku pun duk la mkn lepat misang & minum milo ais (minuman peberet ni!). Kak Elisa duk ngadu kete dia kena hentam dgn kete mana tah. Dia suspek kete kaler biru.. psl ade tanda kat kete dia. Pastu bleh plak dia pi carik segala kete biru nak tgk ada tertanggal cat x.wahahahhahaha aku x thn nak gelak terus aku gelak. Mesti Kak Elisa kecik ati. Bukan pe, kelakar lah. Leh plak semua kete dia gi check..Sbr jelah..

Lepas mkn minum, aku terus naik atas. Gi kelas 2 Arif ngaja Math. Arini sejam je leh ngaja. Psl 2.30pm aku kena turun pdg, jd hakim lompat jauh. So, aku wat ulangkaji aje dgn bebudak 2 Arif tu. Kelas pandai, kire x pyh ckp byk lah. Tanya byk pun diorang bleh jwb. Alhamdulillah. So, aku bg diorang contoh-contoh soalan ujian. Diorang terus x bising & wat. Pas ngaja terus aku gi surau solat Zohor then turun pdg dgn jeng jeng jeng......BAJU KURUNG!! wahahahah dgn selambanya aku. Kak Ayu siap tukar baju sukan dgn Kak Siti. Aku jek pakai baju kurung. Alaa..bukan ape, malas nak tukar2 baju. Leceh lah. Sbb nanti kena basuh 2 jenis baju. Aku dilanda penyakit M.A.L.A.S la..Jd takmau lah kotorkan baju byk2.hehehe..Teruknya anak dara sorang ni yek?? *jelir lidah cam bebudak*

Arini nasib agak baik. Cuaca x brapa nak panas. Tp Ridzuan sempat gak lah pakai topi. Aku x pakai topi, pakai tudung jelah. Huhu.. Arini seronok lak tgk budak2 ni melompat. Seronok bukan pe, yg bersungguh-sungguh ada, yg takut-takut ada, yg kontrol ensem & kontrol ayu pun ada..x kurang jugak yg xde semangat langsung! Tp geram lah tgk budak Syafiq darjah 6 tu. Dia lompat jauh giler!! Tp syg umah merah lah budak tu..Napalah x umah kuning. Ada sorang budak umah kuning ni ada gaya gak..tp syg kaki dia sakit! Jd dia x dpt lah melawan budak Syafiq tu. Ala syg betul! Tp budak Syafiq tu mmg bagus lah. Leh jd wakil sekolah. Yg pompuan lak ada sorang ni nama Zafirah, cantik dia lompat. Jauh! nama pun lompat jauh kan? Baru kena..Tp syg asyik batal aje! Dia gi pijak lebih dr had plak. Aisey..syg betul. Ada bakat budak tu. Perlu dipolish lg. Ridzuan pun kata gitu gak... Ni ade skit pic bebudak tu melompat td :





Tgk lah tu..mcm2 gaya jatuhan..huhuhu..Aku duk tepi pdg, jaga timing. Apa lg pegang bendera putih & merah tu la. Cam budak milo plak. x pun cam polis trafik. Sib baik aku pakai baju kaler krim + biru. Kalau kaler putih dah mcm polis trafik dah. hahaha Ridzuan & Mohamad cian kot tgk aku. So diorang pun mengacau ketenteraman aku. Sesambil jaga bebudak ni sempatlah berborak. Ridzuan Ketua rumah Kuning lgpun..dtg bg semangat lah tu. Mohamad lak Ketua rumah Hijau. Kemain membebel lg dia bile budak umah hijau lompat x menjadi. Ngalahkah aku lak.hueheuehe.. Ridzuan lak duk bg semangat x putus-putus. tabik spring arr kat Ridzuan. Bangga dpt Ketua rumah cam dia. Walaupun aku benarnya x suke dgn rumah Kuning! Bak kata Kak Anne, cam jijik lah kaler kuning ween! keekkekek aku x lah jijik, cuma kdg2 rasa kecintaan kat rumah Biru masih menebal! Maklumlah kat maktab tahun lepas aku mmg org kuat rumah Biru! Tingat masa wat persiapan rumah dgn Farhan (Ketua rumah) sampai lewat mlm sehari sebelum sukan. Ramai org kuat rumah Biru yg lain pun stay kat kelas aku, wat mcm2. Dgn belon2 sume tu lah. Alahai windunya zmn KPLI... *sebak dtg lagi*

Td Mohamad tanya umah aku dekat ke dgn sekolah. Aku kata dlm 20min jek. Dia plak berulang dr Puchong. Naik motor dlm sejam jek dia kata. Tp jenuh gak lah. Penat kata dia. Tp oraitlah tu psl balik umah ade wife leh tolong picit. hehe. Mohamad ni mmg baik. Ramah org dia. x sombong langsung. Tp loghat Kelate dia mmg pekat lah. Tp aku leh fhm sbb aku mmg ramai kwn org Kelate. Dah biasa. Td adalah 2 orang budak darjah 3 x bwk seluar sukan. Bwk baju aje. Pastu we all takut lah nak bg lompat. Nanti koyak plak suar sekolahnye. So, Kak Ayu bg cadangan suh dia pinjam suar kwn.Mohamad terus ckp,

"Awk pakai suar Superman x kat dlm ni? kang kalau lompat dgn suar sekolah kalau koyak takut nampak plak suar Superman!"

Hahahaahhahaa terus aku gelak! Budak tu tersipu malu. x senonoh lah Mohamad. heheh bleh pulak dia bergurau. Ridzuan pun terbahak-bahak gelak. Ridzuan ni pun, rupenya sempoi gak orgnya. Nak tau...sebelumnya mana pernah dia nak berbual dgn aku mcm arini. Slalu jumpe say "Hai". Tu je..x pun berbalas senyuman. So ingatkan dia pemalu. Rupenya giler2 gak dia. Td berborak abis lah dgn dia. Dia bleh plak tanya napa aku mintak sekolah kat PD. Aku jwb x mintak pun psl aku mintak Selangor.. Supaya leh lah dekat dgn bestfrens terchenta...Aini, Anne, Ena, Kembar...Tp Allah takdirkan dpt kat tempat sendiri. Nak bg dekat dgn mak kot. Xpe, aku tetap bersyukur.:) Ridzuan lak, mintak kat Penang. Tp dpt PD. Tp dia seronok duk PD dia kata. Pastu byk lg lah borak dgn dia. x payah lah citer semua. huhuhu..

Pas abis je sukan, terus naik atas gi surau dgn Kak Ayu, solat Asar. Dah kul 5 lebih masa tu. Pas solat tunggu masa nak balik. Tunggu bebudak lepas dr sekolah dulu. Pastu terjumpa Kak Gee. Dia bwk kopok lekor yg aku pesan kelmarin! YEAAAAAAAAAAAAAAAAAA! Akhirnya dpt jugak kopok lekor dr Terengganu tu! kihkih...Seronotnye saye!! Sebungkus RM4. Siap potong lg.Byk! Besh x terkata sebab dah x kempunan lg dah. Sygggggggg Kak Gee! Kak Gee mmg besh! hehehe. Arini sumenya mmg besh lah. Yg x besh bile otw nak balik umah, dah nak dekat umah pun..dekat jambatan sungai Lukut kecil tu jammed plak! psl org duk letak tar kat jln tu. nak tinggikan jln. Punyalah byk kete! Sesak! Buah hati terpaksa la kejap benti kejap jln. Cian buah hati. Tp yg lg cian tuan punye buah hati tu lah...Tersangkut dlm sesi beratur kete-kete pelbagai td tu..huwaaaaa pastu si 'makhluk x fhm bahasa' plak menggangu x sudah2..Tension! Baru jap dia sms plak. Tp aku x kuasa nak melayan. Jiwa kacau lah!

Tuesday, February 19, 2008

Windu zmn belajar!!

Arini saja je invisible kat YM. Malas.xde mood nak kasitau kat dunia bahawa aku online kat sana.hehe jahatnye.Tp tetibe nampak nama Hezlee online. Terus aku tegur! Sbb windu melanda plak kat kwn baik aku yg ensem tu. Tanya dia aritu bertunang camna. Dia kata lum bertunang lak.Yg gi Sabah aritu merisik aje. Tunangnye masa nak kawin nanti. Insya'Allah hujung tahun katanya. Pastu dia bgtau yg Syam Farha yg dah betul bertunang. Yg tu aku mmg dah tau.hehe apelah budak hezlee ni.*sengih* Pastu sempat plak dia tanye psl ex-gf dia dak Azie. hikhik..kenangan mengusik jiwa plak mamat tu. Alahai..windu plak zmn kami di UKM dulu. Azie & Hezlee adalah kwn baik aku. Kwn seper'shopping'an,kwn sekaki wayangan, kwn sekuliah, kwn se'library'! hehe kami adalah muke2 ulat buku yg gemar melepak di library.Bukan lepak sesaja tau! kami study. kami suke berbincang. psl bg aku study sengsorang sgtlah x besh! Memula aku dgn Azie jek. pastu tetibe lak si Hezlee & dak Ajip nak join. Kami orait ajelah. Alahai windunya zmn dulu!!!! *sebak* Tp agak panas skit bile dak Hezlee ni tanya "ko bile nak tunang ween?" alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........


Sedang besh berbual dgn Hezlee a.k.a Eli (ni aku panggil dia) kat YM, abg aku lak msg. Arini dia bz jd pegawai sukan.ek eh..sama plak kami nye sekolah mcm rancang jek ade sukan or latihan sukan or watever.alah kire lebih kuang sama lah kan.hehe sian abg aku. Tp abg aku tu gajin. x mcm aku.hehe. Pastu kebetulan result BTN dah leh check. So aku checkkan lah abg aku nye result skali. Kami dua beradik LULUS.Alhamdulillah.:) Pastu housemate abg aku plak mtk check utk dia skali..lulus jugak. Syukur. Tgh besh ber'sms' dgn abg aku & ber'YM' ngan Eli, tetiba dpt misscall drp 'makhluk x faham bahasa'. Apa lg dia nak ek?? warrrghhhhhhhhhh rasa cam nak mkn budok!!Sabarlah wahai sang hati....

Ok ini lah dia si budak Eli yg ensem.Tp korang jgn tgk lelebih eh..He's taken olredi! kihkih..

Bosan?

Sebelum aku mule membebel, aku nak wish Happy 25th birthday to my fren, Angah @ Erni Suhana yg comel. Angah, aku x sempat nak ke KL jumpe ko so aku anto kucing kat bwh ni suh bg ko cupcake sempena besday ko yek? hehehe Moga pjg umur my fren! *kenyit mata kat Angah*


Ok skang dah bleh mule membebel. Arini ekceli xde benda besh pun nak diciterkan tp aku nak habaq pada seluruh dunia bahawa aku sungguh gumbira sbb dah x kempunan nak mkn kopok lekor! Yeaaaaaaaaaa! *gelak kuat-kuat* Td mule-mule sedih gak pasal Kak Gee x bwk yg aku pesan semlm. Sbb akak yg jual kopok lekor tu x anto plak arini..isk isk..sedih rasa di hati. Tp aku x putus asa, aku pi carik plak Ustazah Hanifah (tokey kopok lekor), kengkonon nak beli la sebungkus yg mentah drp beliau. Sekali aku x jumpe plak beliau arini! Maybe beliau cuti or mc la kot. Sedih lg aku...tp jap jek sedih aku pasal tibe-tibe Kak Rosni dtg membawa 2 bungkus kopok lekor mentah. Aku pun wat-wat lah tanye eh bile Kak Rosni beli ni kak...Terus dia kata ko nak ke sebungkus? Aku jual-jual mahal la konon memula tp last-last aku ambik jugak & aku sungguh gumbira! kihkihkih..Balik je umah td terus goreng. Fuh...enaknya meratah kopok lekor ngah panas-panas. Kenyang dah perut ni. Alhamdulillah. *senyum*

Arini kak sekolah aku sgt boring. Bebudak ramai gi saringan sukan kat padang. Yg x terlibat duk jek dlm kelas, kelas berjalan cam biasa. Aku yg xde kelas masa kul 3.10 - 4.30pm td punyalah boring giler. Duk jelah kat Bilik Guru menanda buku bebudak ni. Dah abis tanda buku, aku boring balik! Tibe2 Sheila dgn Kak Gee mai...borak jap lah. Pastu kul 5 aku gi solat Asar jap then terus nak gi ke kelas 2 Bijak, ngajar Math. Tetiba jek Ida bgtau aku yg kitorang berdua ekceli terlibat dgn saringan kat padang! Kitorang kena jd hakim lompat jauh & lompat tinggi benarnya! Wahahaha patutlah Kak Fete beriya-iya nak jaga kelas aku (2 Cerdik) drp kul 2.30 tu.Sbb saringan mule 2.30pm. Aku benarnya dah turun pun ke padang kul 2.10 after aku abis ngaja 2 Arif...Tp tgk mcm xde keje plak...aku naik balik ke Bilik Guru. Rupenya kena jd hakim! Tgk jadual balik, rupenya mmg betul! huhuhu patutlah Kak Fete diarah jaga kelas aku! Rupenya aku mmg kena turun padang. selamba betul aku x gi jd hakim td! huhuhu mesti hangin jek hakim-hakim lain kan? Tp nak wat camna, beta betul2 terlupe wahai rakyat jelata sekalian! Sbr jelah ek?? *sengih cam kerang*

Monday, February 18, 2008

Geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Geram...geram! Arini aku sgt geram dgn gadis-gadis kedai fotostat JM kat simpang nak gi kem askar kat Teluk Kemang tu! Heeeeeeeeeeeeeeeeeeee kenapalah mereka membuatkan aku geram sgt arini! Bukan saja aku yg geram! Kak Fete (cikgu English) pun turut geram yg amat dgn mereka-mereka yg berkenaan ni!

Why kami sgt geram??? Sbb mereka-mereka ini sungguh mencabar kesabaran kami! Sbb? Boleh plak masa aku, yg merangkap regular customer...aku repeat, REGULAR CUSTOMER kedai tu, nak fotostat, mereka-mereka punya muke nak senyum pun payah! Bukan la semua ada lah antara mereka tu...Pastu layan ndak x ndak! Pastu bleh plak lg tersilap fotostat!! Tapi...tapi! Ada tapinye ek! Tapi bila abg-abg askar yg hensem-hensem (at least bg diorang lah!) dtg, kemain tersengih-sengih, tergedik-gedik miang lagik! Layan pun memanja! huh! Pekehainye yop????

Heeeeeeeeeeeeeeeee...geramnye aku!! Kalau ade lelaki kemain gedik. Kalau cikgu-cikgu pompuan mcm kitorang ni, layan cam ke hampeh aje. Ape x laku ke duit cikgu-cikgu pompuan cam we all ni dik??? Geramnye aku!!! Jiwa kacau lagik lah arini!

P/s: Sorry lah if catatan aku agak ganas kali ni. Tp aku mmg x puas hati dgn pompuan-pompuan gedik yg perasan cun! Grrrrrrrrr!

Sunday, February 17, 2008

Wiween yg malas

Arini sgt bz. Byk keje mcm lg. Virus bz lum mau berangkat pulang dr kehidupan gue! Tp pas maghrib td sempat gak gi Tesco Seremban jap. carik toaster! Yg lama dah rosak. wajib beli baru pasal perutku ini sudah tidak mau mkn nasik. tidak lalu! Hanya boleh menelan roti. Roti bakar pun boleh..tu pasal pi carik toaster baru! Ceh..cam omputih plak ek..ngengada perut ni kan...

Kat Tesco td punye lah ramai org! Rimas gue! Tp namanye pun Tesco. Tempat org membeli belah...sapalah aku nak merungut ek..ngengada betul.huhu..Mesti ramai tertanya napa aku x gi Jusco kali ni ek? psl aku x penah masuk Tesco Seremban ni.Dgr kata brg murah..kihkih..tgh duit x brapa nak byk ni gi jelah Tesco tu.Bukan besh pun..besh Jusco lagik. *sengih*

Tengah berjalan-jalan mencarik toaster, aku menjenguk-jenguk gak lah beverage yg besh-besh...carik susu HL tarak plak. Cet..di saat kumenginginkan susu HL, time tulah tiada..agak jiwa kacau gak lah! Tp sbb tingin nak minum susu, amik lah susu Daisy coklat punye. Susu lain aku x sukelah.x sedap.HL gak sedap. Daisy ni kire boleh lah..drp yg lain tu. Pastu merayap ke tempat roti...x baper besh plak..amik jelah chicken floss. Pastu ngah berjalan-jalan...ade lah sorang mamat ni. Tingginya masya'Allah...bdn pun tough..specky, kulit cerah, rambut ala-ala panjang gak ah...bleh plak pandang aku semcm...x padan ngah tolak troli! cet...bleh plak nak main mata..pastu ade sowang pompuan dtg kat dia. Aku rasa mak dia kot.x pun akak sulung dia ke ape..sbb tua sgt plak nak jd wife or awek dia..huhu. Masa beratur nak membayar kat cashier pun, bleh plak dia pepandang lg. Aku cucuk mata tu kang..sib baik ensem. hahahaha *gelak miang*

Esok dah keje..warrgh...malasnye cikgu wiween nak gi keje sok! tulunggggggggggggg!

Jiwa kacau

Jiwa kacau sebab lately, aku asyik mimpi yg aneh-aneh. Bikin jiwa kacau la...Bangun tido jek aku akan terpinga-pinga. Mlm td pun sama. Lg lah pelik. Aku mimpi aku ada kat New York. Adakah sbb aku gemar menonton CSI NY?? Tp skang mana ada kerap dah. Aku download jek.Tp x tgk2 disebabkan kesibukan yg menyibuk kebelakangan ni. So camna leh mimpi kat New York plak?? Pastu, siap ada mcm2 org lam mimpi aku. Peyton ada..Aky ada...my ex-students pun ada. Z a.k.a Zombie (my fren from Virginia, US) pun masuk lam mimpi tu! ish...musykil.

Jiwa turut kacau bila aku masih batuk ni...dah abis dah ubat batuk aku. Tp batuk x ilang lg. Selsema pun...Semlm msa jd mc program motivasi kat sekolah pun aku dok kontrol jek sore ni jgn kasik serak.. Tp ade gak bunyik seraknya tu...Cikgu-cikgu sekolah esp. Kak Zuraini bleh plak kata sore aku besh bile masuk mic. Serak-serak basah gitu..Geli plak ati beta mendengarnye. *gelak kecik*

Jiwa kacau lg bile aku sering diganggu oleh 'makhluk x paham bahasa'. Dia ni asalnya aku ingat leh la dibuat kwn cam kwn-kwn lain. Tp rupenya aku silap langkah la. Ada udang galah disebalik batu rupenya! Dia ada niat lain rupenya. Ingat ikhlas la nak berkawan. Rupenya nak menggatal! huh...kalau aku tau dr awal x kuasa aku nak melayan makhluk sekor ni!! Naik rimas lah aku! Kalau ckp elok-elok x ape lah juge. Ini segala lucah bagai sume dia tunjuk! Mmg hampeh! Tertekan idup aku dibuatnya! Aku mmg dah malas nak melayan si makhluk ni! Dahla x phm bahasa, pulak tu asyik mengganggu ketenteraman idup aku! Patut ke aku bgtau polis?? M.A.N.G.K.U.K betul makhluk sekor ni! *geram 1000000000x*

Jiwa kacau jugak bile aku dah x lalu mkn...Mak pun pelik. Sebab aku akan berselera kalau ada ayam. Kan ke aku penggemar ayam! Tp skang ni aku mmg asyik x lalu mkn. Nasi skit pun xleh nak abis. Semlm kat sekolah breakfast besh, nasi lemak yg besh. Tp aku hanya mkn 2 sudu. Pastu aku dah x lalu. Kak Ani & Kak Siti tanya napa ween. Aku jwb x selera. Mmg betul pun. Pastu kat umah pun sama. Aku xnak mkn! Family ajak keluar mkn kat luar pun aku dah xde hati skang ni. Kalau dulu pantang mak ajak, laju je aku! Mak kata muke aku dah kecut?? x tembam cam dulu??? Waaaaaaaaa...jiwa kacau betul lah!! Mmg la aku nak diet! Tp nak kurangkan berat badan jelah. Aku xnak kecut muke! Aku nak tembam!! Sbb muke aku mmg sesuai tembam pun. Kalau dah x tembam dah x comel! *perasannya...x malu betul*

Jiwa ada sedikit kacau bile bertambah lg senarai kengkawan aku yg nak kawin tahun ni. Termasuk Syam Farha & Hezlee, my good frens masa kat UKM. Kelmarin ber'sms' dgn Ajip,jua my good fren kat UKM dulu. Cikgu gak dak Ajip ni. Sama gak duk ngadu dia pun ngah bz skang. Turut menerima nasib yg sama seperti aku, Ajip juga diusik 'Bila nak kawin?' Ajip dgn selamba wat tatau. hahaha..mmg sempoi la dia ni. Tp yg buat jiwa aku kacau skit bile Ajip kata,

'u tau, cikgu sekolah i dah bape org nak carikan i calon, i tolak aje.i xleh lg la nak kawin.u kawin dulu la, baru i kawin.'

Waaaaaaaaa... jiwa kacau betul lah! Masuk ni dah berjuta-juta kot org tanya aku bile nak kawin & suruh aku kawin! Aku nak kawin dgn sapa?? Sheikh Muszaphar?? Mana layak! huhu..sabar lah wahai hati..sabarlah wahai jiwa...sabarlah wahai wiween...Aku ngah belajar menyabarkan diri skang ni sebenarnya. Walaupun aku kengkadang ilang sbr bile masuk bab kawin ni. Dah Allah x temukan lg dgn jodoh..camna aku nak kawin wahai sekalian yg bertanya & menggesa..Mak aku pun x tanya bile aku nak kawin org lain plak lg lebih-lebih. Tu yg wat jiwa kacau. Thank you mak for understanding! Bertambah syg kat mak! x lupe gak kengkawan yg bg semangat & mendoakan aku bertemu jodoh, tima kasih bebanyak kengkawan. Aku sgt menghargai doa & kata-kata semangat yg korang bg. Tengkiu! *sebak melanda*

Thursday, February 14, 2008

Kesibukan datang menyibuk!

Bz..Aku dilanda bz!! Tulun! Help! Ekceli minggu ni mmg 'minggu bz'. Bz demam, bz mengajar, bz melatih bebudak sukan & sukaneka, bz mkn ubat-ubatan aneka warna, bz mengisi SMM & jugak bz menanda buku latihan bebudak. Kat bwh ni aku tunjuk 'umah flat' yg x brapa nak jd aku...yg cam bulu leopard tu bukan lah.Tu pencil case aku! Aku mmg gemar benda berbulu2 ni.huhu..


Err..ekceli 'umah flat' ni buku-buku latihan bebudak! Tu baru separuh. Ada lg separuh lam 'buah hati'. Yg tu aku da tanda mlm td.Mlm ini aku kena tanda 'umah flat' ni plak la. Bukan 1 or 2 pages aku kena tanda. Tp ada la dlm 10-12 pages! huhuhu pdn muke sendiri. Sapa suh kasi kerja bebanyak kat bebudak. kan da penat nak menanda. Tp mmg kena bg pun. Kalau x bebudak dilanda penyakit bising dan malas kat dlm kelas. Lagi plak kelas 2 Elit & 2 Arif tu. Kalau bg latihan 1 or 2 pages, jap aje da siap. Pastu mulalah membuat bising. Biler aku angkat pembaris panjang baru lah senyap sunyi kelas. Tp jap aje..Kang bising balik. Maklum lah dak pandai. Tu psl aku bg diorang latihan bebanyak. Lagipun bab whole numbers including Aditions sume tu..kacang jelah bg diorang. So, hambik skali 10- 12 pages! Baru nak senyap!*gelak kecik*

Skang ni, tibalah giliran aku plak nak menanda. Harap mlm ni bleh abis la kot. Tp yg geram tu ada gak sorang dua yg x siap! heee...geram geram. Dah bg sambung buat kt rumah masa cuti raya Cina pun x bleh nak siap gak. Ni jap lg nak kena wat skit teks ucapan MC utk program Sabtu ni pulak. Sok nak kena bincang dgn Kak Zie. *Sob* Mmmglah ke'bz'an melanda diriku minggu ni! Ahad baru dpt rest. Sabtu ni kengkwn msjbox mai PD. Ikutkan nak jek jenguk tp aku kena jd MC program! Camna aku nak ca alif but lari?? *garu-garu idung*