Sunday, January 20, 2008

Farewell Cikgu Azizi!

Cikgu Azizi a.k.a Ketua Panitia Pend Seni a.k.a rakan sejawat aku kat SK Intan Perdana, PD telah bertukar ke sekolah di Gemas, N9. Mcm jauh je kan tp we all terasa lah jugak kehilangan. Pasni xde la org yg rajin jenguk aku mengajar or tegur aku kat tangga lagi.isk isk..sedih.

Azizi @ Jiji ni sama jek mcm aku. Baru posting kat sekolah. Org Kelate, opsyen Pend Seni. Sebab tu lah dia kena jd Ketua Panitia Pend Seni walaupun baru masuk. Maklumlah sekolah baru kan.:) Tp start Isnin ni dah xde lah Jiji kat sekolah we all lg.*sob* sedihnya...Tp menurut Jiji, ada cikgu dari Gemas akan masuk ke sekolah we all & ganti dia. Kira diorg ni tukar suka sama suka lah. Jiji kata dia mintak tukar ke Gemas sebab akak dia (cikgu gak) duk kat Kuarters guru kat Gemas. Kire dekat dgn sekolah gak. So, jimat lah sikit duduk dgn kakak dia. Nak balik Kelantan pun lebih senang katanya. Boleh amik keretapi kat Gemas terus lik Kelantan.

Apa-apapun, aku mewakili warga SK Intan Perdana yg lain mengucapkan selamat jalan & selamat berjasa di tempat baru kepada Jiji. Moga menjadi pendidik yg baik & x lupa we all kat sini.

p/s: Helmi lagi lah rasa kehilangan. Housemate dah pindah! heheh xpe Mie, Tengku Li masih ada.*wink*

No comments: