Showing posts with label Kata Hati. Show all posts

Friday, October 25, 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, kelate layak ke final Piala Malaysia 2013. Syukur kerana dipermudahkan segala urusan team kesayanganku, TRW. GOMO KELATE GOMO!! hihi

Dalam keseronokan melayan bola ,duk teringat-ingat bajet 2014 yang dibentangkan di parlimen siang tadi. Subsidi gula ditarik, so terpaksalah kita rakyat marhaein menanggung segala kenaikan itu. Redha dalam terpaksa. Huhu..Nak buat cemana. Pilihan bukan di tangan kita.

Kita yang mampu ni mungkin 'sedikit' terasa dengan kenaikan harga gula. Cuba bayangkan pula makcik-makcik di kampung, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pasti merekalah yang paling terkesan dengan peningkatan harga gula ini. Subhanallah. Malas nak ulas tentang politik. GST  pun malas nak sentuh..Sembang kencang pun tarak gunaaa.. huhu.. Semoga dipermudahkan menjalani urusan pada hari-hari mendatang.

Iklan sat ;)

Cara terbaik?? Harus bekerja lebih keras untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Mengeluh pun tiada gunanya. Berusaha sehabis daya. Jalan sudah terbentang luas. Jika peluang disia-siakan, umpama membiarkan emas dibawa pergi tanpa kita berbuat apa-apa (memetik kata-kata emak bisnesku..hihi). Rugi woooo..

Semoga hari esok bangkit dengan semangat membara.. GO GO GO RINA!! =) 

P/s: Anakanda Hafiey baru bertatih-tatih. Umur dah 13 bulan lebih, baru nak belajar berjalan. hihi.. Tak puas merangkak gamaknya (^_^)

Tuesday, April 2, 2013

Kembali terjalin..

Assalamualaikum wbt..

Sekejap sungguh masa berlalu..Dah pun masuk bulan April.. Rasanya baru semalam sambut new year kot..huhu..

Semalam tak dapat tido.. Sangat gembira dan hati berbunga2.. Rasa macam terlepas satu beban yang cukup berat.. Alhamdulillah.

Begini ceritanya...

Suatu masa dulu, aku punya sahabat yang setia menemani di kala susah senang.. Di mana ada dia, pastinya aku ada.. Gelak tawa gurau senda menjadi permainan kami.. Yup, adakalanya kesedihan bertandang jua. Dah lumrah kehidupan begitu.. Kadang baik, kadang gaduh2 manja.. huhu

Dan pada awal 2010 (kalau tak silap la), salah faham mencetuskan persengketaan (besar) antara kami.. Mungkin jua salan faham sebenarnya. Masing2 tak mahu mengalah.. hati turut terguris..Sampai hati aku dituduh mengenepikan sahabat baik sendiri demi kepentingan diri sendiri..

Mulai hari itu kami dingin.. Tiada lagi khabar berita.. Bahkan persahabatan di FB turut diputuskan.. kejamnya aku. Perempuan, bila emosi menguasai diri beginilah jadinya.. Heheh.. Emo terlebih.. Kerana peristiwa itu, aku jauh dari sahabat yang yg pernah bergelar BFF..

Dan pada suatu hari, aku terpandang komen seorang sahabat akan jemputan walimah seseorang. Dan org yang bakal mengakhiri zaman solo itu adalah 'dia'!!!! Perasaan bercampur baur.. Gembira, teruja, sedih.. Ya, sedih bila mengenangkan persahabatan kami yang berakhir..

Tapi tibe2 aku terfikir.. perlu ke suatu persahabatan tu berakhir hanya kerana salah faham yang tak  masuk akal. Waktu itu fikiran masih tak matang.. Terikut emosi yang memakan diri.. Lantas ku beranikan diri mengutus ucapan 'Selamat Pengantin Baru' dan permohonan maaf dari hati tentang apa yg telah terjadi.. Dengan harapan, persahabatan kami bisa kembali terjalin.. hakikatnya segan sebab lama tak contact beliau..huhu..

Tapi jauh di sudut hati aku redha andainya dia tidak memilih untuk kembali berteman denganku... Sayu, rindu bersilih ganti mengenangkan detik2 indah persahabatan kami.. Rindu saat2 itu (Feel mcm rindu bertamu di Abu Dhabi plak..haha)

Dan semalam, dia kembali mengutus khabar.. Dan pastinya aku cukup gembira dan senyum panjang hingga ke telinga.. Alhamdulillah, dia masih ingat padaku.. Syukur.. Dia pun hadapi situasi yang sama, segan dan tak tahu bagaimana nak mulakan semuanya kembali.. Don't worry dear, i truly understood ur condition.. As i was in you shoes before..

it's so true =) *alegoo.com*

Syukur sangat2 kerana Allah detikkan hati kami untuk kembali bersatu (cehhh..macam pasangan kekasih pulok..kiki).. tapi hakikatnya kami memang rapat.. Banyak benda rasanya nak diceritakan pada dia.. Nak kembali gossip2 macam dulu..

Dia masih tak berubah, macam tu jugak.. kelakar dan paling penting masih simpan my phone number.. owh.. Terharu sangat.. Bila difikirkan kembali, awatlah boleh gaduh sampai tak bertegur sapa ni.. Rasa macam diri  ni kurang cerdik pun ada..huhu.. Takpe lah, andai itu takdirNya..

Semoga ukhuwwah persahabatan kami berpanjangan hingga ke akhir hayat. Barakallah my dear friend.. Aku sayang dia sangat2..

P/s: Lain kali kalo marah orang pun janganlah smpai unfriend kat FB.. Tak pasal2 segan nak tegur balik..hehe.. Kepada sapa yang kenal aku pastinya tahu siapa 'dia' yang aku maksudkan.. =)

RynaHakimi

Tuesday, July 3, 2012

Kembali...

Assalamualaikum wbt.. Pekabor semua?? Ade lagi tak yang sudi singgah ke blog sendu nih?? Lebih 4 bulan tak berupdate rasanya.. Hari2 kurasakan pantas berlalu..cheewahhh..hehe..

Lama sungguh jari jemari tak menari2 di keyboard lappy comel ku ini..Selama ni asyik berjoget kat keyboard opis je, tu pun sebab nak siapkan report.. Tak pon keje2 ad hoc yang diminta oleh encik boss.. Hari2 mengadap kerja yang tak kunjung sudah.. haisyyy..Demi mendapatkan rezeki yang halal, ku ikhlaskan jua diri ini ;)

Google
Tapi hari ni aku tidak lagi dibebani oleh kerja2 pejabat yang bisa mencetus stress tahap dewa tu... Ahakss.. Kini aku kembali ke alam suri rumah tangga yang suatu masa dulu menjadi kerja tetapku (suri rumah pon keje gak kan?? Berkhidmat untuk suami dan rumah tangga..wakakkaka).. 

Kalo tak kerana terpaksa pindah ke Parit, Perak ni, tak mungkin kot aku berhenti kerja.. Sayang weh.. Memang la kadang2 stress, tapi happening dek kerana dikelilingi oleh rakan2 a.k.a geng mak jemah yang havoc.. hahha.. Sambil kerja sambil gossip.. I really missed that moment very much.. sob3x.. 

Hari terakhir kerja hari tu memang membuatkan diriku ini tak keruan.. Tak sanggup nak berpisah ngan akak2 senior yang banyak membantu.. Awal2 masuk rasa mcm kera sumbang pon ade.. semua serba tak kena.. Paling tidak, aku senyum je la cover malu.. Nasib baik satu opis dengan kak lela yang baik hati.. Sentiasa tekun dengan tudung rose beliau..Chantekk sangat.. Nak cuba la nanti bila rajin (bila ntah nak rajin..kuikui)

Kalau kat opis satu lagi, suka sangat singgah sebab adenya geng 3 stooges yang sporting giler.. Walaupun dekat ngan bilik boss, riuh rendah tak hengat dunia. haha.. mintak ampun kak ita n da gang.. Ter'umpat' korang plak kat sini.. Hikhik.. Rindu kalian semua.. To kak ita, thanks a lot sebab bnyk tolong kite.. Teringat moments kita balik tumpang akak.. Syukur sangat dipertemukan dengan sahabat semurni akak.. Love u akak.. Muahsss3x (kalo kimi tau jeles nih kak..hehehe)

Ok, sambung next entry plak.. Nak cerita kenapa terjadinya penghijrahan kami sekeluarga ke Perak nih.. Hari first keje encik kimi dah kena outsation ke PD.. Haru biru jadinya bila terpaksa duk sorang2 kat rumah baru didiami ni.. Mcm2 perasaan dtg, tapi nasib baik ade jugak coverage celcom kat sini.. Walaupun kelajuan tahap siput sedut, bolehla dari takde langsung kan.. Syukur ke hadratNya.. huhu..Sambil ditemani sikecil yang kadang2 menguit2 dari dalam, tu pun dah cukupkan buatkan hati jadi tenang..Alhamdulillah (^_^)

RynaHakimi

Monday, January 16, 2012

Short Update

Lama sudah belog picisan ni tak bersentuh.. Alahai.. Syahdunya hati melihatkan blog yang terbengkalai ni.. heuheu.. Hari-hari dipenuhi dengan aktiviti yang padat.. hmm.. Tak juga terlalu padat, cuma masa kurang mengizinkan.

Aktiviti masak memasak sudah tidak serancak dulu. Kalau masak pun, hujung minggu aje la sedikit berkualiti.. Kalau weekdays, huh memang ke laut. Hari-hari balik rumah sampai dah 7malam. Kesudahannya, kedai jugak menjadi tempat persinggahan kami. Eheeee.. Standard la tu dop??

*Google*

Tapi sedikit rasa terkilan tebuku di hati. Kesal kerana sedikit sebanyak makan minum encik suami terabai. Iya, dia memang memahami. tapi rasa ralat tu tetap ada. Kesian dia tak dapat makan apa yang menjadi favourite dia sebelum ni..

Sebelum kerja, request je nak makan apa pasti ditunaikan. sekarang ni, mintak ikan masak kicap pun belum tentu boleh ditunaikan. masa memang sangat mencemburui. Plus tak berapa nak pandai manage masa lagi nih.. Ekekekk.. masalah juga bila time management tak berapa nak baguihhh ni.

Hopefully selepas ni dapatlah si isteri meluangkan lebih masa di dapur. Soal masa, memang takleh nak sangkal. tepuk dada tanya selera. Kadang2, penyakit M pun faktor utama jugak malas masuk dapur. huhu.. penat wooo balik keje. Penat fizikal boleh terima lagi, penat mental melayan kerenah pekerja pun satu masalah juga. Fully saturated u know.. hehe

Sekian omelan di petang hari. Sedang menunggu kekanda tercinta datang menjemput.. (^_^)

Ryna Hakimi

Friday, January 6, 2012

Selamat hari Jumaat

Sempat lagi hapdet blog di kala kaum adam berpusu2 ke masjid untuk menunaikan kewajipan yang satu di hari Jumaat. Masa2 camni la nak rileks sket. mengular aje.. haha

Masih dalam mood yang pelbagai. Semangat ingin tahu tu membara, tapi kadang2 risau mengenangkan risiko yang bakal dihadapi. Risau juga takut tak terurus projek yang diberi. Huhhhh, selalu aje takut dengan kemungkinan yang belum pasti. Sokmo gitu..hehe

Google

Bulan Mac kemungkinan kursus kat Terengganu seminggu. Sob3x.. Tak pernah berjauhan dengan encik kimi atas dasar kerja. Tapi bila diberi peluang ni, sayang pulak nak biar gitu aje. Penting untuk masa depan. Tapi bos kata, i want ur commitment. taknak nanti dapat sijil competency u mintak kerja lain. OMG, macam tau2 je.. Hikhik ;P

Apapun, masih dalam perancangan. Mintak dipermudahkan segala urusan untuk hari2 mendatang. takmo terlalu stress. Bercerita di blog ni memang sangat menenangkan. Lega apabila perasaan yang terbuku dapat diluah di diari hati.. (^_^)

Ryna Hakimi

Friday, December 30, 2011

Morning!!!!

Selamat pagi sahabat sekalian.. Awal sangat datang opis, then tak tau nak buat.. keje berlambak je.. Pukul 8am baru nak sentuh.. heheh..

Masih mencari keserasian di tempat kerja baru.. Ikutkan hati, nak jadi stay at home wife aje (not a mom yet...ngeee).. Best duk umah, jadi suri rumah sepenuh masa.. hikhik *statement org yg malas nak keje..serious!!*

Tapi takleh nak manja sangat.. Penting untuk masa depan yang gemilang lagi tebilang.. kuikui.. Ya Allah, permudahkanlah hari-hariku.. Amiiinnnnnn..

Google

Ryna Hakimi

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday: Arghhhhhh!!

Masih tak boleh bahagikan masa dengan baik.. Balik rumah lepas keje memang sangat2 penat.. nak masak, basuh baju, memang malas dan tak larat..Nampak gaya kena pandai curi-curi masa.. Uhukkk.. tulunnnnnnnnnnn!!!!

Google

P/s: Pukul 9 malam dah tido.. Awal2 pagi sebelum subuh dah kena bangun.. Adehhh.. memang sangat mencabar keimananku. Sungguh jauh dari kebiasaan :)

Ryna Hakimi

Friday, December 16, 2011

Jiwa kacau

Arghhhh..stress di malam hari.. fikiran berkecamuk.. Nak kata 'bulan mengambang' tak jugak. Macam2 ada dalam kotak fikiran.. 

Asyik duk fikir kalau...... Sikit2 kalau..... "kalau macam ni nak wat cemane ek??", "kalau dia tak terima macam mane ek??" Padahal benda yang belum pasti.. Sudahnya duk tension sorang2.. huhu..Selalu jump to conclusion tanpa ada valid reason.. Asyik duk ikut hati je.. Haihhh.. payah kalau jenis suka fikir yang bukan2 ni.. Cengeng tak kena tempat..hikhik.. poor me..

Nasib baikla si dia jenis memahami.. Dah kenal sangat dah pe'el perangai bininya nih.. hehe.. Thanks dear. sebab sudi mendengar.. Sedikit sebanyak terlerai kekusutan itu.. *lega*

*google*

Hopefully dapat selesaikannya dengan lebih baik. Takmo ikut2 perasaan ni.. tak membantu langsung.. Baiklah gi cari solution untuk selesaikan masalah daripada duk fikir yang bukan2.. Takde pekdahnya puan rina oiiiii.. Hehe..monolog dalam diri =)

P/s: Fuhhhhhhh..lega bila dah luahkan perasaan kat sini.. Sy sayang blog sy..ngeh3

Ryna Hakimi

Wednesday, December 14, 2011

Back to work

Alhamdulillah.. Akhirnya ada juga berita gembira buat diri ini.. Hajat di hati nak membantu suami untuk mencari nafkah untuk keluarga tercapai jua.. 

InsyaAllah minggu depan mula kerja.. Sayang pula nak tinggalkan dunia surirumah sepenuh masa ni.. Mesti lepas ni tak dapat nak luangkan masa masak yang sedap2 untuk si dia.. hukhuk.. Poyo je alasan..hahah

*google*

Kerja ni ada kaitan dengan my past experience juga. Dapat offer keje sbg QA Exec kat sebuah company yang keluarkan produk herba/farmaseutikal.. Cuma yang  mencabarnya, jauh nak ulang alik ke Merlimau (24km away from home).. Jauh tu..

Terus terang, aku ni ada masalah fobia nak drive.. Dunno why.. Lesen memang la ade, tapi peram. Every year renew..wakaka... Nampak gayanya i have to find courage to drive by my own. Sampai bila nak harapkan encik suami.. Dia tak kesah je, tapi aku yang kesah.. Kesian ooo drive jauh2... Sama2 masuk opis kul 8am.. Haruslah terkejar2 kan..

Dear friends, silalah bagi tips untuk atasi masalah takut nak drive nih.. hikhik.. I need a small car, baru boleh atasi masalah tu kot.. Dah macam watak Burn (Syamsul Yusof) dalam Aku bukan tomboy plak.. heheh.. Lagi kecik kete tu. lagi aku suka ;)

Nanti dah kerja kat sana nak jadi pengguna rasmi produk2 keluarannya.. Selalu je keluar iklan kat tv, ala yang maskot hijau tu.. Cer teka cer teka.. ngeh3x.. Ngade =P

I don't expect i'll start working this fast... ingat sempat Januari 2012.. Tapi tak boleh tangguh2 dah.. tak tahula jadi ke tidak family trip ke Cameron Highland (asyik2 Cameron..hihi).. Krismas nanti..

Hotel dah book, cuma kena tengok cuti aku la pula macam mane.. Standard la kilang, orang cuti, kita kena keje... Dah terbiasa dengan situasi tu.. Tak heran sikit abuk..hehe.. Cuma kalo boleh takmo cancel trip tu.. Ahhh, mintak jela cuti kan.. Ape susah =D

Sekarang sedang menikmati hari2 terakhir sebagai full time housewife.. Tapi takleh nak cakap jugak.. Kalo environment keje kurang memuaskan, haruslah keep on cari keje lain.. Voley??? haha.. Macam senang je nak dapat keje zaman la ni. Susahnya ya ampuuuuuunnn.. Tuhan je yang tahu.. Yang ni sangkut pun syukur Alhamdulillah.. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Nya..

"Jika benar ini rezeki yang Kau takdirkan untukku dan keluargaku, Kau permudahkanlah segala urusan hambaMu ini ya Allah.. Kuatkanlah semangatku untuk menempuh hari2 mendatang dengan semangat dan usaha tanpa mengenal erti putus asa.. Bantulah hambaMu ini mencari rezeki di bumiMu yang terbentang luas ini.. Peliharalah kami dan lindungilah kami Ya Allah..Janganlah Engkau takdirkan sesuatu yang tidak mampu kami hadapi.. Permudahkanlah segalanya Ya Allah.. Rabbi Yassir wala Tu'assir , Ya Karim..."

Tinta Hati,

Ryna Hakimi

Friday, October 14, 2011

Kasih seorg isteri dan anak...

Kesiannya cik abeku demam.. Memang sekarang ni musim penyakit kot??Asyik hujan, panas hujan panas.. Cuaca tak menentu.. Tambah pulak tido dalam air-cond (tak pasang kang, panas plak)..memang penyebab utama la demam tu..

Hari ni hari dah masuk hari ke3, so sikit sebanyak demam beliau dah kebah.. Sian abang ye..huhu..Semalam makan nasi air aka bubur nasi aje.. Kuahnya sup daging.. Plain cenggitu je.. Buh carrot sket.. tu pun dia tak lalu makan...

tak presentable lgsung..ehehe

Kate si dia yang demam, tapi yang makan beriya2 nya si bini la kannn.. heheh.. Masak nasi 3/4 pot beras aje.. tu pun tak habis.. Sampai ke malam asyik duk ulang alik makan ni je.. Makan ni memang cepat kenyang (sebab berkuah kan), tapi cepat je lapar balik.. Haihhh..kalo asyik duk mkn ni pon tak elok jugak.. Bukan makanan dietla pulak  kan.. eheeee..

Haiissshhhhh..nak siapkan satu entry ni pun terkial2.. taip2, padam.. entah hape yang mengganggu fikiran pun tak tau.. Otak takleh nak berfikir secara tuntas dan bernas..aceehhhhhh.. hihi..

Malam ni sebenarnya nak pulang ke kampung.. Lawat ayah yang kurang sihat.. Ish, tak jugak.. dia sihat je, cuma ahad ni ada appointment kat hospital.. So kalo boleh nak ada di samping beliau la kan.. Teman ummi jugak.. takde la dia "kesik" sangat bak kate org Kelate.. 

Hubby tak balik.. Biasalah dia.. Bz je manjang.. Tambah pulak ada aktiviti masuk hutan this weekend.. Asalnya aku pon nak diajaknya *jadi tukang masak untuk peserta..voleyyy takk???*.. Tapi taknak la.. Rasa nak balik tu melebihi segalanya..anak mithali nih.. (eh ade ke anak mithali??? heheh..).. Hubby pon paham..

Tak mau bertangguh lagi.. masa mereka masih sihat ni lah kalau nak ziarah pun.. Bila lagi nak lunaskan tanggungjawab sebagai anak kan.. Ibu bapa ni tak perlukan wang ringgit dari anak2.. cukuplah perhatian yang diberi.. 

Uhuk..syahdu lak rasa.. Kalau boleh sekarang jugak nak pindah duk Kelate.. Boleh jaga mereka 24jam.. kat rumah bukan ade sapa2 pun nak jaga sakit demam mereka..

Okeh..cukup dulu bebelan hari ni.. Sedikit lega bila apa yang terbuku di hati dapat dicoret kat blog picisan ni.. Diari hati la katakan.. hehe.. =)

Monday, October 10, 2011

Resah

Benarlah kata orang, adakalanya kita ceria..ada harinya kita berdukacita.. Semua yang terjadi adalah mengikut qada' dan qadarNya.. Tak siapa tahu takdir yang telah termaktub untuk diri kita..

Petang tadi, lebih kurang jam 3 petang aku sekali lagi dikejutkan dengan keadaan kesihatan ayahanda yang kurang mengizinkan.. penyakit lama menyerang kembali *masalah jantung*(sebenarnya dia tak sakit, cuma kurang rehat dan terlalu banyak berfikir akhir ni, sikit sebanyak mengganggu kesihatan beliau -- menyebabkan dia cepat penat..)

Esok sekali lagi aku akan pulang ke kampung.. balik sorang aje, si dia kerja.. Sian ummi sorang2.. Sekurang2nya kalau aku balik adalah jugak teman.. Yela, mestilah dia risau kan.. harap keadaan ayah tak teruk.. Semoga dpermudahkan semua urusan.. Amiiinnnn..

 Rabbi Yassir wala Tuassir Ya Karim...

Wednesday, September 21, 2011

If i....

“You can't undo anything you've already done, but you can face up to it. You can tell the truth. You can seek forgiveness. And then let God do the rest.”

"Sincere forgiveness isn't colored with expectations that the other person apologize or change. Don't worry whether or not they finally understand you. Love them and release them. Life feeds back truth to people in its own way and time.”

                                                                               ~Sara Paddison Quotes
                                                                               ~Source: here

P/s:Deep inside, its truly hard for me to forgive.. But i've to let my anger fly away.. Vanish from my heart.. May God help me...

Friday, August 5, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Terlambatkah aku?? hari ni hari ke-4 umat islam menyambut bulan Ramadhan.. Kire ok la kan..takla lambat sangat kan kan kan?? ehe..

Google

Seminggu berdiam diri.. Pulang ke kampung dan berumah di hospital HRPZ, menemani ayahanda yang kurang sihat.. Alhamdulillah, keadaan beliau sudah bertambah baik.. Dan aku sangat2 la gumbira.. Mungkin kekuatan ayahku bangkit bila tengok anak2 yang jauh di perantauan pulang menziarah..Best gak tido kat sepital nih..walaupun berlantaikan simen je, sejuk mengalahkan duk Cameron Highland.. Demi ayahanda tercinta, tido kat kaki lima hospital pun aku sanggup.siyes wehh.

Sumber: Google

Sedih bila tengok keadaan ayah terlantar di hospital.. Tapi adikku yang keje nurse tu cakap ayah tak ape2..Masalah jantung tu dah dapat diatasi.. Syukur Alhamdulillah.. Ayah pon tak risau2 lagi.. Ternyata ada hikmah di sebalik kejadian ini.. Bukan selalu dapat berkumpul anak beranak kan (kecuali raya..hehe)

Bila ayah dah benar2 sihat, barulah aku balik ke Melaka nih.. Encik suami yang sakit kaki sanggup drive 10 jam gi amik aku yang duk kat kampung.. Lama sangat kena tinggal la tu..hehe.. Oh ye, kaki encik suami terseliuh akibat masuk longkang.. Aisehhh..cemana la boleh tak nampak longkang tu?? Berangan ye bang?? ke angau sebab kena tinggal lama2?? heheh

Hope Ramadhan tahun ini memberi 1001 keberkatan buat kami sekeluarga.. Untuk Ummi dan We di kampung, na doakan kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dariNya.. Buat sanak saudara dan sahabat handai yang tak putus2 doakan kesembuhan ayahandaku, terima kasihku ucapkan.. Tak terbalas rasanya.. Hanya Dia yang layak memberi 'ganjaran' buat kalian..

P/s: Selamat berpuasa buat semua umat Islam =)

Monday, May 23, 2011

Serius tak puas hati!!

Hadeh..macam mane nak tido nih.. Mata tak mahu lelap, gara2 tak puas hati dengan rancangan Mentor 5, separuh akhir ke2.. Kejutan yang sangatlah merepek dan tak dapat diterima dek akal.. Serius aku rasa Iqa tak layak ke final.. Nyanyian biasa2 je, drama je lebih..

Google
Compare to Salma, she is better.. Salma yang patut dapat markah paling tinggi..kalau nak ikutkan, sebelum ni Iqa tak pernah menang pun konsert mingguan kan.. So, tak ke aneh tu tibe2 naik mendadak.. Padahal vokal dia macam tu jugak.. Ape yang luar biasanya hingga boleh kalahkan Shiha dan Salma.. 

Serius ada benda yang tak kena.. Politik pogram realiti kah?? Kalau betullah TV3 saje2 ubah markah Salma tu, memang aku tak boleh terima la.. Rasanya peminat2 Salma di luar sana pun rasa yang sama kot dengan aku.. Aku menyampah giler ngan Iqa..Fullstop

Huh, puas hati aku.. Baru lega sikit... Nak membebel kat encik suami, bukannya dia kisah pun sape yang menang.. Hehe.. Entah kenapa aku ter'emo' lebih, aku sendiri pun tak faham.. Sebelum ni bukan aku layan pun program macam ni.. kalau bukan sebab Salma, tak ada maknanya aku tengok Mentor ni tiap2 minggu..Aku hangin nih!!

Hope boleh tido la malam ni.. Udah2 la emo tu ye..hehe.. Hanya mereka yang sokong Salma sahaja boleh komen.. Yang nak kutuk sila main jauh2.syuh3...hehe.. Kipas susah mati ni =P

Sunday, May 22, 2011

Kosong..

Jiwa terasa kosong....

Umpama gelas yang tak berisi ni...
Pic from Google
Atau lebih tepat..

Google

Tak perlu kata apa-apa.. tengok saje sudah..eheh

Entry di kala kebosanan *sigh*

*P/s: Somebody please entertain me!!!

Saturday, May 21, 2011

Kenapa dengan hati??

Entry yang ditulis ketika diri sedang confuse.. Confuse kah aku?? Hmm..tak juga.. Entah apa yang mengganggu fikiranku, aku sendiri pun tak tahu.. Lumrahlah kan, hati manusia selalu berbolak balik.. banyak benda nak kena fikir..Heh, kalau tak berfikir bukan manusia namanya kan.. 

Macam2 yang duk bermain dalam kepala ni.. Plan banyak, tapi tak tahu dari mana nak mulakan.. Masih tak tahu kemampuan sebenar diri.. Di samping pandangan negatif sesetengah pihak.. yang sedikit sebanyak membantutkan semangat yang kadangkala berkobar-kobar.. 

Ihsan Google
Haihh..susah nak puaskan hati semua orang ni.. Tapi kalau asyik nak fikirkan tentang orang lain je, macam mane pula dengan diri sendiri.. Hmm.. tak tahu apa yang terbaik untuk diri ni..

Tapi hati yang resah ni sedikit sebanyak terubat dek semangat dan dorongan dari yang tersayang.. Dia sentiasa sokong apa jua yang aku lakukan.. Katanya, yakin dengan janji Allah s.w.t.. Hanya dia yang tahu apa yang terbaik buat hamba2Nya..

Yupp..betul tu..kadang2 aku lupa semua tu.. Bila langkah sedikit tersasar, mudah sahaja diri ini lupa segala nikmat dan kurniaan yang pernah diberi olehNya.. Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada.. Ampuni daku ya Allah..

Ehh..dah jadi entry meluahkan perasaan plak..hehe.. tapi serius lega lepas tulis apa yang terbuku dalam hati.. Untung ada blog ni..huhu..dah2..sambung tengok narnia pulak =)

Tuesday, May 17, 2011

Down...

Nampak gayanya plan nak bercuti ke Langkawi aka family trip terpaksa dibatalkan.. Me n hubby je kot yang tak pergi.. Yang lain teruskan agenda seperti biasa

Tuhan je tahu betapa kecewanya hati ni.. Yela, bukan selalu boleh berkumpul satu family kan.. Gara2 kononnya 'masalah teknikal' yang dicetuskan oleh pihak tertentu.. Gagal bayar gaji pekerja.. Gaji bulan ni masuk bulan depan..Tak ke bengong namanya tu.. Ke kasar sangat?? ok la..tak ke menyusahkan orang tu.. wat keje macam t***

Pic from Google

Yup..kami yang masih berdua ni mungkin tak rasa sangat tempiasnya.. tapi yang ada anak sekolah, nak bayar bil itu ini, semua nak guna wang kan..haiiih..Nasib baik ada saving.. Tapi sangat2 terkilan sebab tak jadi join trip tu..

Lepas ni serius hubby nak cari kerja tempat lain.. Sebelum ni pun bukan takde offer.. Dia yang tolak sebab nak cukupkan setahun kat situ kan.. tapi kalau sampai tahap nak ambil kesempatan macam ni, sorry la.. Orang2 atas sedap je duk goyang kaki.. Org duk sibuk kerja dia duk ulang alik main Golf.. Elok la kan..Duit kampeni abih kat situ je la kan.. pandai sangat uruskan syarikat..Habisnya kami ni makan pasir sampai hujung bulan..banyak ko punya cantik

*P/s: Sorryla ayat2 entry ni agak kasar..Den nak lopeh geram nih..huwaaa!!!!!!!!

Thursday, April 21, 2011

And the result is....

Jeng3x..Result ape ye?? cer teka cer teka..hehe (^_^)

Ni tak lain tak bukan pasal UPT test tu la..
Ingatkan ade kabar gembira, tapi ternyata belum rezeki kami lagi..

Hukhuk..Ingat dah boleh join sara..ngeh3 =P
Walau apa pun, kami terima seadanya...
Kalau belum rezeki kami, kami redha..

Google

Dan jika Allah kurniakan rezeki kepada kami, sudah tentu kami takkan tolak..
Kepada sahabat2 yang sentiasa bagi sokongan dan iringan doa, aku amat2 hargainya..
Alhamdulillah, demam pun dah ok..Syukur sangat2..

Tapi tipula kalo tak terkilan langsung kan..
Sikit2 tu adela, sebab hubby excited nak tau
Bila tau -ve, dia tak kate ape2 pun..Tak la berharap
Hubby siap kate, "Rilek2 sudoh..takyah lorat2..hehehe"

Tapi dalam hati dia kita taktau kan
Tapi dia selalu pesan agar sabar..Sket masa lagi ada la tu rezeki buat kami..
Tak semua yang kita nak tu kita dapat kan..
Betul tak??? hehe..Yang penting, usaha tangga kejayaan. =)
GAMBATTE!!!

Thursday, April 14, 2011

Tak bisa memilih

Aku tak bisa memilih..dalam dilema dan tak tahu yang mana pilihan yang paling tepat..cheewah!! Ayat takleh blah..

Agak2 korang aku tengah pilih ape ye??? jeng3x..penting sangatkah..ngeee..

+

+

+

 +

+

+

+

+

Yang mana satu harus ku pilih???

+

+

 +

+

+

+

+

Yang ini...
 
Atau yang ini...

Alahai, kurusnye kucing2 ni..Comel, tapi tak berkenan di hati..

Yela, nak bela bukan untuk sehari dua..

Sebelum ni bela kucing semua cute2..salahkah aku memilih??

Adeh..my hubby la ni suh pilih kucing2 kat tempat keje dia..

Aku nak yang ekor panjang, muka bulat dan comel..

Tapi yang kat atas tu ekor pendek2..

So macam mane aku nak pilih..Tak berkenan nih..hukhuk

Aku bukan kejam..Tapi kucing2 tu ade ibu lagi..

Mak kucing2 tuu..

Aku nak kucing gelandangan (kalo bolehla)

Nak curahkan kasih sayang pd mereka (nak sekor je..hehe)

Emm..pendam jela dulu keinginan ni..Hingga bertemu yang betul2 berkenan di hati 

(^_^)

P/s: Cerewet jugak aku ni rupanya..kuikui =P

Sunday, April 10, 2011

Berani dia campak anak kucing!!

Isk..sedihnya mengenangkan nasib anak kucing yang mati akibat dicampak dari tingkat 5 bangunan..hiba rasa hati..Anak kucing tu weh, bukan mak atau bapak kucing..

Sangat2 comel =)     -sekadar hiasan

Kisah ini berlaku di hostel pelajar perempuan, tempat suami aku keje..Sebab my hubby in charge student affairs, jadi seme kejadian yang terjadi kat asrama memang dia kena amik tau la kan..

Hal ni terjadi minggu lepas..Pergaduhan antara 2 pelajar Melayu dan 3 pelajar India (yang memang ketua gengster among girls)..

Aku ingat apela isu yang besar sangat sampai budak India tu nak kena buang asrama (lepas perbicaraan majis jemaah disiplin la kan)..hubby ku citer, katanya budak india tu campak anak kucing yang dibela oleh pelajar melayu tu..

Ye, kucing tu memang kucing terbiar je..tapi kenala hargai usaha pelajar tu bela, jaga dan beri makan kpdnya..Tak semua orang punya sifat belas kasihan pd haiwan macam tu..Haiwan pun perlukan kasih sayang..

Eii..budak yang campak kucing tu memang takde hati perut..tak tengok kot slot Bersamamu kat TV3 yang wat dokumentari sal kucing yang bergelandangan..Kesian diorang, nak jugak tempat berteduh..hadir mereka di dunia ni bukan untu disepak2 atau pun dicampak sesuka hati..

pic from Google

Ape perasaan korang bila kucing yang korang bela kena campak macam tu??? Boleh imagine tak keadaan kucing tu saat dia menemui ajal?? tak ke mengamuk..kalo aku pun memang hangin la kan..Dengarnya berlaku pergaduhan yang agak teruk jugakla..My hubby kate, hal ni kena setel cepat2 sebab nak elak isu perkauman berlaku kat asrama tu..bahaya isu racist nih..

Dan sebagai hukuman, ketua gengster yang non muslim tu dibuang asrama. Semalam mereka diberi surat dan diberi tempoh hingga isnin ni untuk kosongkan bilik. padan muka.. sape suh kejam sangat..walaupon anak kucing, dia pun punya hak nak hidup di dunia nih..Mongokkkss!!

Hmm, kang tak pepasal aku dah ter'emo' di hari sabtu ni..Aku memang pencinta haiwan..semoga nasib haiwan2 terbuang ni terbela..Hope lepas ni lebih ramai manusia yang punya belas kasihan dan peri kemanusiaan terhadap makhluk Allah yang comel tu (^_^)

*P/s: Perasan tak entry aku banyak sal haiwan plak..Entah kenapa rase tersentuh dengan nasib kucing2 terbiar ni..
 
Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...