Showing posts with label Kuih. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Iftar 12 Ramadhan & Iftar Resepi kuih pulut sekaya

Assalamualaikum

Last update masa 6 Ramadhan yang lalu. Hihi.. Seminggu sekali update ye. Nak share resepi semalam. Pagi-pagi lagi lepas sahur dah tung tang tung tang kat dapur nak siapkan kuih pulut sekaya ni. Ada jugak yang panggil kuih seri kaya. Mana-mana je lah. Benda sama je.. hihi

Resepi asal diceduk dari belog Puan Fatihah, LINK. Dah ikut sebijik resepi dia, tapi apakan daya dek kesilapan teknikal terhasillah sekaya pulut yang lembik nih. Gas habis, pulut terendam lebih daripada 4 jam dalam santan tu. Hehe

Abaikan pulut yang senget menget tu..haha

Iftar semalam. Resepi NASI KERABU DI SINI

RESEPI PULUT SEKAYA

Bahan-bahan
  •  5 biji telur
  • 1 1/2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 keping gula melaka/nise
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Basuh dan toskan beras pulut. Rendam 2-3 jam. Aku rendam semalaman
  2. Kemudian, masukkan beras ke dalam loyang bersama-sama santan pekat+garam. Pastikan beras tenggelam dalam santan. Jika kurang santan, tambah sedikit air
  3. Kukus hingga masak (anggaran 15-20min)
  4. Kemudian, tekan-tekan pulut di dalam loyang hingga mampat dan rata. Taburkan sedikit tepung gandum di atasnya
  5. Untuk bahagian atas, masak gula melaka/nise dengan sedikit air dan simpulan daun pandan hingga cair. Dalam bekas lain, pukul telur hingga sebati. Bila gula melaka dah sejuk, campurkan ke dalam bekas telur tadi.
  6. Masukkan bahan no 5 ke dalam loyang berisi pulut tadi.
  7. Kukus lagi selama 20-25 minit sehingga betul-betul masak.
  8. Siap dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba :)

RynaHakimi

Friday, May 17, 2013

Kuih akok.. entry basi =)

Assalamualaikum wbt..

Tibe2 datang mood nak collect resipi.. Kumpul2 resepi memang terapi buat jiwaku.. Mak sukooo.. hihihi.. Tapi kumpul tak semestinya semua cuba.. yang terpilih sahaja bakal dimasak ye.. tu pun kalo rajin la kan.. ngeh3.

Duk cari2 resepi kuih akok, pastinya jadi menu utama Ramadhan akan datang.Teringat dulu pernah cuba satu resepi nih.. Tapi lupa amik kat blog mana.. Tapi dah jumpa yg lebih kurang mcm hari tu jugak.. haruslah disimpan dlm blog nih. Kang jenuh nak cari resepi lagik.. Mintak izn kopipes ye tuan rumah =)

Sumber: Zaliana @Myresepi.com

Bahan-bahan ( 36 biji )

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.  
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut

Mmg sedap uolssss =)

Nasib baik ada simpan gambar kuih ni, buat masa Ramadhan tahun lepas. Ternyata sedap sengoti.. hihi.. Nak buat pun senang.. Kalo dah tekak klate tu, campak kat mana pun mesti nak cari kuih ni tiap kali bulan pose.. Menu wajib tuh ....

Ok.. mau sambung sesi pencarian resepi yg berikutnya.. Berkira2 nak buat biz Ramadhan nanti.. Agak2 biz ape ek?? =))

Tuesday, May 14, 2013

Puding roti sos kastad

Assalamualaikum wbt..

2 minggu kot tak jengah blog ni..hampir terlupa akan kewujudannya..hehe.. Buka lupa, tp tak ada idea nak update tentang ape.. Kang update sal politik ade yang kate meroyan plak..huahua =P

Ahh,pedulikan kata org..Like one of my friends said, Don't ARGUE with Stupid, they will drag you to their level and beat you with their experience as stupid". then, baik diam.. biarkan mereka dgn tahap pemikiran kolot mereka itu.. Well said!

Kembali kpd topik asal ye kawan2.. hari ni gigih menghabiskan stok roti yg tak habis.. roti dah keras khejung..belum pun expired lg.. Lagi 2 hari kot.. Hmmm.. kenapa ye roti selain Gardenia cepat je keras.. gardenia kalo expired pun lembut lagi.. Apa la gamaknya formlua rahsia Gardenia te ye??? curioussss!!! huhu..

First time buat puding bersos ni.. Sebelum nih makan mcm tu je.. Tapi this version memang best,.. Owh, encik suami kata sama dengan puding roti yg dia pernah makan kat hotel.. Hoh..terus kembang montot.. wkaakkakak... Dah nak harapkan sape puji.. Puji diri sendiri kang lain plak jadinye..hehehh.. Jom semak resepi =)

Puding Roti Sos Kastad

Bahan A
1. Susu sejat/susu segar 500ml
2. Roti sandwich 8 keping (ape2 brand pon boleh)

Bahan B
1. 2 bj telur
2. 2sb mentega (dicairkan seketika)
3. esen vanila
4. 4sb gula kastor
5. 1 s/b tepung jagung/gandum

Bahan C (sos kastad)
1. 1 tin susu cair
2. 2 sb tepung kastad
3. esen vanila
4. 2 s/b gula kastor

Kaedah.
1. Rendam roti yang telah dipotong bersama2 susu td.
2. Sebatikan bahan2 B. kacau hingga gula larut.
3. Masukkan bahan B ke dalam loyang berisi bahan A td
4. Taburkan kismis
5. Bakar pd suhu 175 deg selama 30 minit (sampai masak)..
6. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dlm peti sejuk
6. Untuk sos,masak bahan2 kastad dengan api kecil hingga gula larut.
7. Letak sedikit sos kastad bersama puding roti sebelum dihidangkan.

dah masak

Senang aje nak buatnya.. Tak sampai sejam dah siap.. Kalau tak silap resepi ni ambil dari web my.resepi.com.. Cuma tak simpan link. Dah lama salin, tapi buatnye idok.. Bila2 kalau ada stok roti boleh la buat lagi ye.. Tambah stok lelemak badan jugak.. Wakaka...

Okeh, telenovela favourite dah start.. mau tonton abe jericho rosales dulu.. ngeh3..babaiiiiiiiii

Monday, April 8, 2013

Projek apam mekar

Assalamualaikum..

Ku gigihkan diri menghapdet belog di hari isnin yang hening ini.. Entah kenapa nak bukak belog sendiri pun malas.. Hehe.. Maklumlah, sibuk ngan hobi baru jadi baby sitter..ekekk

Perkembangan terkini si kecik, dia dah boleh merangkak pada usia 6 1/2 bulan.. Walaupun masih tak laju, tapi dah cukup membuatkan si ibu basah ketiak mengejarnya..Tambah pulak dia pantang tengok wayar, charger laptop semua dia nak gigit..huwaaaa.. lasak sangat ko wahai anak.. Penat umi nak kejar..

Masa masak memang kena letak atas walker.. Kalau biar je depan tv maunya dia gigit extension bawah rak tv tu..cepat je budak ni..Bila kita letak, tengok2 dah duk bawah sofa.. Kuss semangat.. Ingat hilang ke mana dah..hehe

Okehhh..kembali kepada topik asal.. Semalam projek apam mekar setelah di 'request' oleh encik kimiey.. Sebenarnya dia pun taktau dia nak makan kuih apa.. yang dia tau kuih tu apam yang ada kaler. So aku bajet apam mekar la kan..

Tapi bila dah siap, muka dia cam konfius.. Aku cakaplah kat dia "tu la, lainkali kena make sure apa nama kuih yang nak dimakan tu..kang dah salah buat".. huhu..nasib baik dia makan jugak.. kalau tak, sape nak ngabiskan apam2 tu.. derma kat jiran la jawabnya..

Kali ni nak tepek resepi plak. lama tak buat keje tepek menepek ni kat belog.. Lebih banyak cerita sal si kecik berbanding hobi masak2 ku yaang kian melemau (ada ke istilah melemau?? kikiki)..

Kembang mekar setaman..hehe

Resepi Apam Mekar
Sumber: Chef hanieliza
Olahan: Rynahakimi

Bahan2:
1. 250g gula kastor (anggaran 1 cawan)
2. 2 biji telur
3. 1 sudu kecil esen vanila
4. 200ml susu segar (aku guna susu sejat f&n, anggaran 1/2 tin)
5. 300gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
6. 1 sudu kecil ovalette
7. Pewarna ikut suka
8. Acuan kertas

Cara2
1. Panaskan kukusan dan bungkus penutup dengan kain.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu
3. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
4. Masukkan ovalette dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu secara berselang seli..Pukul hingga gebu
6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian (ikut suka korang la)..Masukkan pewarna..
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe kan ke dalam cawan kertas yang di alas dengan acuan apam.
8. Kukus selama 10-15minit..

Hmm, why aku pilih resepi chef hanieliza ni instead of resepi lain?? Sebab ni satu2nya resepi yang aku jumpa tak guna ais krim soda sebagai bahan utama.. kata orang nak kasi lembut apam tu. tapi bila tak buh pun tetap lembut dan gebu je apam mekar ni.. So, terpulang pada korang nak pilih kaedah yang macam mana..

So far, tak susah nak buatnya.. Cuma sedikit mencabar bila si kecik nak 'tolong' umi dia kat dapur..hehe.. Nasib baik ada walker.. Penyelamat sang ibu tatkala sibuk di dapur =)

RynaHakimi

Friday, December 16, 2011

Sweet sour ke 3 rasa???

Masak sweet sour ngan 3 rasa tu tak sama ke?? Rasanya sama je kot.. Dua2 ada rasa masam manis pedas (masin tak termasuk..hakhak)..

Ikan semua dah naik harga.. Ikan selar kuning yang cinonet pon dah RM9 sekilo kat Mydin.. Errrr.. ingat nak belikan untuk kucing, terpaksa cancel sebab mahal sangat.. Makan nasi putih ngan budu udahla ye kucing2 sekalian.. hehe..

Ikan bawal ni encik kimi beli kat pasar, 2 ekor RM8.. Ok la tu.. Sesekali nak juga merasa ikan mahal.. hihi.. Mahal ke?? Bagi kami yang sederhana ni rasa mahal la.. Bagi korang mungkin tidak.. eheee..

Sesekali masak 3 rasa ni best juga.. Fefeeling makan kat restoran gitu.. hihi.. Padahal masak pakai kuali montot itam tu je.. hehe.. Sekarang n nak makan apa pun semua dah mahal.. Pendek kata, terpaksa masak sendiri jika nak berjimat cermat tu kan..

Resipi boleh dijenguk kat SINI.. Tak buh pon sos pelam.. Ada yang lama tapi dah expired rupanya.. Tadi baru perasan.. Tak berani aihh nak buh.. Kang tak pepasal cherry berry.. Heh..busuk!!! haha

Yang ni untuk makan petang.. "Hitam2 si tampuk manggis............" Sila sambung peribahasa ini.. Hehe.. Jangan ditanya kenapa cekodok deghiyan ku ini hitam legam.. Standard la masak cekodok kan.. Ade ke cekodok putih?? Meh sini cer turunkan ilmu kat aku.. ekkekk.. *Cover malu sebab cekodok hitam.. auwww*

Amacam, berani tak nak makan?? Hitam2 pon, rasa durian tu kaw tau.. bau memang masyukkkk.. heheh.. ;)

Repekan,

Ryna Hakimi

Friday, December 9, 2011

Puding karamel cinonet

Selamat tengahari semua.. Nama je tengahari, tapi gelap gulita.. Bumi Melaka dibasahi hujan setelah beberapa hari hidup dalam kepanasan melampau..huhu.. Alhamdulillah.. Best jugak tido nih...kuikui

Sape suka makan puding karamel, angkat tangan!!!!! Jarang yang tak gemar kuih aka pembasuh mulut ni.. Simple dan pastinya enak.. 

Semalam beli puding karamel yang tak sedap kat pasar malam. satu slice RM2.50.. Hoh, mahal giler kot. Tak rasa telur pon.. Tepung je banyak.. Sorry la, korang jual kat salah orang. Yang mana tekaknya begitu particular akan keaslian puding karamel / gula hangus ni..  

Hiksss.. dah tau cerewet tu buat sendiri je la dop?? Bukan aku yang nak makan. Encik kimi yang mengidam. kalo aku, takde maknanya nak beli RM2.50 sekeping tu. Sebab aku tau kalau buat sendiri lagi ekonomi. Rasa lebih sedap, plus nak makan sampai pengsan pun boleh. hehe

Puding karamel

On the spot encik kimi beli bahan2, suh aku buatkan dia puding ni.. Tula, kan dah menyesal, beli mahal2 kat pasar malam tapi tak habis makan.. Lenkali gitau la awal2 nak makan puding karamel. Bolehlah adinda buatkan dengan penuh kasih sayang =P

Banyak kaedah nak buat puding karamel ni. Ada yang buh tepung kastad, buh roti, dll. Tapi aku buh telur je. Buh roti pon sedap juga. Rasa tak lari. Owh..sangat sedap dimakan sejuk. Tambah pula masa bulan Ramadhan.. Dessert wajib kot.. ehee..

Yang aku buat ni takdela resepi yang tersedap. Tapi jatuh dalam kategori boleh ditelan la. Tak manis sangat.. Secukup rasa gitu.. yummehhh!!

Pelbagai resipi boleh didapat kat internet.. macam2 versi ada.. Yang mine, memang simple giler.. Tapi sedap giler kot.. haha..perasan.. Tapi seius sedap.. Cer korang cuba pulak ;)

RESEPI PUDING KARAMEL/ GULA HANGUS

Bahan-bahan 

  • 6 biji telur
  • 1 tin susu sejat/cair
  • 1/2 cawan gula (boleh kurangkan)
  • 1/2 tin susu air
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh nescafe

    Untuk gula hangus
    • 3/4 cawan gula
    • 1/2 cawan air panas

    Cara-cara

    Sebelum dikukus

    Selepas dikukus

    • Mula2 sediakan karamel. Panaskan gula dalam kuali. Masak hingga gula hangus dan mendidih.. 
    • Bila gula mula hangus, masukkan air. Part ni memang mencabar sikit sebab nanti air gula terpercik.. So hati2 ye, guna tudung periuk pon boleh.
    • Then, kacau seketika.. alihkan dan masukkan dalam bekas/loyang
    • Dalam bekas berasingan, pecahkan telur dan pukul seketika. Jangan sampai kembang sangat. Bukan nak buat kek ni..hehe
    • Then masukkan susu sejat, air gula (gula dilarutkan dalam air), nescafe dan esen vanila.. Kacau sebati.
    • Then tapis ke dalam loyang/bekas yang dah diisi karamel tadi.
    • Kukus dengan api sederhana hingga masak.

    Senang kan?? Tapi takleh makan selalu.. manis lekat kat tekak ni haa.. Kencing manis tak pasal2.. hikhik.. Sebab buat dalam bekas kecik2, banyaklah dapat. dalam 16 bekas gitu.. Wat bisnes lumayan jugak nih.. haha

    Ready to disimpan sejuk

    Jom mamam!!

    P/s: Kesan lubang2 pada puding tu boleh dielak kalau telur tak dipukul sampai kembang.. Heh, aku tadi siap blend..haha..durhaka. padan muka dapat puding yang banyak kawah tu haa.. aja orang pandai, dia sendiri tak ikut pon.. wakaka.. malas nak guna handwhisk punye pasal ;)

    Tuesday, November 22, 2011

    Mengepau lagi...

    Rajin tak i mengepau??? hikhik..heh, perasan.. Takde maknanya rajin.. Encik kimi ni suka sangat bawak bekal pergi opis.. Sejak 1st time buat pau hari tu, dia kate teringin nak makan lagi.. Nasib baik nak buatnya senang.. Cuma makan masa sikit, bila nak kena tunggu pau tu betul2 kembang/naik adunannya..

    Jadi, disebabkan encik kimi mengidam nak makan pau lagi + nak bawak ke opis, si isteri yang solehah la sangat ni merajinkan diri menguli tepung buat kuih lagi.. Kali ni, buh perasa pandan.. Lebih wangi dan sedap rasanya..

    Mula uli tepung pukul 12.30pm tadi.. Bila masa yang ada kritikal, semuanya perlu disiapkan on time.. hehe.. Jam 1pm hubby pulang lunch (sebelum tu dah siapkan lunch awal2).. Pukul 2.15pm dia balik ke opis.. So, kena make use the time properly..

    Dah jadi feveret encik kimi jugak
    Tunggu adunan naik 10 minit.. Lepas buh inti, rehatkan 45 minit.. then kukus 10 minit (yang aku buat 3 kali kukus, mean 30 minit total time untuk mengukus).. Letih wehhhh nak kejor masa.. nasib baik sempat.. adehhhh..(ni entry pau ke entry belajar matematik???..ngeh3)

    Disebabkan lorat gaduh (kelam kabut), dan hampir tergolek menyiapkan keinginan encik suami, maka tak banyak gambar yang mampu di snap.. yang ade pon tak semenggah je gambonye.. nak kate ijau, nampak putih.. tapi memang hijau pon.. Dek kerana buh pandan tu kan.. Oleh kerana lighting yang tak berapa ok.. maka nampak la pau seakan-akan2 bertompok ni.. Ah, pedulik la.. janji siap.. Puas hati.. hehe

    Hijau ke putih?? ke kelabu asap?? haha

    Kali ni tak refer resepi hari tu dah.. Dah cekap dah, bajet terer la tuh.. haha.. Bila dah buat sendiri, memang senang nak ingat stepnya.. Yela, nak kejor masa.. Mane nak sempat nak buak2 laptop semak resepi.. Bantai je la buh, orang kelate kate 'cekero-cekero' jah.. Bajet2 secukup rasa...

    Boleh semak resepi di SINI ye.. Gerenti korang menangis kegumbiraan kerana dapat hasilkan pau yang gebu nih.. heheh (poyoss)..

    P/s: tak sabar nak tunggu final bolasepak Harimau Muda Vs. Garuda Muda.. I wish Malaysia will win the game.. Embekkkkkkk ...ehhhh, saloh plak..hiksss... Aummmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!

    Sunday, November 20, 2011

    Pau gebewww

    Eheh.. Rosak bahasa..kuikui.. Rajinla pula mengepau malam ni.. Idea sepontan tatkala perut kelaparan.. Padahal baru tadi makan nasi mamak.. hikhik... Nasi lain, pau lain.. Kuih ni kategori makanan ringan (walopun tak berapa nak ringan).. 

    Kalo kat kedai, sebiji pau dah RM1.50.. RM 2 pon ade, depend on size la kan.. Yang aku buat ni sederhana, tak besar, tak kecik.. Kalo ikut adunan sebenar, boleh hasilkan 20 biji pau.. Tapi bila dah buat besar2, kurangla bilangannya.. 

    Lebih putih if guna tepung pau

    Sebenarnya pau ni lebih cantik kalau guna tepung pau.. Aku guna tepung gandum aje... Tak kuasa nak beli tepung banyak2.. Bukan rajin mane pon nak membuat kuih ni.. hehe.. Guna je la ape yang ade dalam gobok tu.. Janji, rasa sedap.. Tak lari.. heuheu.... Sangat2 teruja bila first attempt dapat hasil yang memuaskan.. Thanks ye kepada empunya resipi pau yang gebu dan sodap ni..

    Sebelum dikukus

    Resepi asal boleh dijenguk di SINI.. Aku buat double sebab nak hasilkan 20 biji pau. Resepi tu untuk 10 biji aje.. Nak lagi banyak, gandakan ikut suke ya kawan2.. Kalau nak kuasa 3 macam Boboi Boy tu, triplekan adunan itewww.. hakhak.. Hape la aku merepek ni..

    Rasanya, memang sedap.. Terpulang nak isi inti ape pon.. Ikut kegemaran masing2 la kan.. Aku buh inti daging.. 10 biji pau dah siap diagih2 kat jiran sebelah.. Dah jadi hobi pula bertukar2 makanan ngan mereka ni.. Ahli mesyuarat tingkap giteww..hehe..

    Of coz la kena masak inti tu dulu.. If nak inti kaya, peanut butter, sardin, jem strawberi, pon boleh.. Meh nak share cara buat inti.. Ni resepi ikut suka je.. Rasa kari2 sket, kire jadi la kan.. hikhik

    Banyak inti dari tepung..haha..comot jadinye

    RESEPI INTI PAU (DAGING)

    Bahan2
    • 1 cawan daging cincang (ayam pon boleh)
    • Sedikit serbuk kari daging-jadikan pes
    • 1 labu bawang besar-kisar
    • 2 ulas bawang putih-kisar
    • 2cm halia-kisar
    • 1 labu bawang besar-potong dadu
    • 3 biji Ubi kentang (potong dadu dan rebus hingga empuk)
    • Garam, gula secukup rasa
    • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih)
    • Sedikit serbuk kunyit-bg kuning sket
    Cara-cara
    1. Tumis bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih hingga wangi.. Then masukkan bahan kisar. Tumis lagi hingga garing
    2. Kemudian, masukkan pes kari daging dan serbuk kunyit.. Kacau hingga pecah minyak.. If nak pedas, buh sket cili giling..
    3. Masukkan daging dan masak dengan api perlahan.. Masak hingga daging empuk
    4. Masukkan ubi kentang yg dah direbus bersama2 bawang besar yg dipotong dadu.
    5. Rasakan dengan garam dan gula.. Masak hingga kuah kering
    6. Siap!!

      Resipi inti daging tu try n error je.. Maaf ye kalo tak sedap.. Boleh try search resipi len jugak ye.. kang tak sedap kang, ahkak jugak yang kena... heuheu.. Silakan mencuba resepi pau di atas.. insyaAllah takkan mengecewakan kawan2.. Siyes tak tipu =)

      Thursday, November 17, 2011

      Akibat durhaka...

      Hukhuk.. masih tak cun kek gula hangus ku.. Nak sarang yang lagi kompleks.. hehehe.. Dah ko tak ikut resipi tu sape suruh?? Mula la nak pot pet2.. hehe.. Tapi orait la, still wujud tekstur bersarang tu walaupun tak berapa nak cantik..

      Resipi asal buh telur 4 bijik, tapi aku kurangkan kpd 2 sbb ade 2 biji telur je kat umah (sekali durhaka).. then takyah buh susu pun dalam adunan (tapi aku buh je.. bajet nak tambahkan kesedapan la kan --> durhaka lagi).. Hasilnya, kek rasanya ok.. Sedap.. Cuma tula, tak berapa nak cantik.. Takpe, berusaha lagi.. yeah!!!!

      Sebelum di potong2

      Saje lapis 2, kek tak cukup tinggi sbb guna loyang besau..hikhik

      Boleh jenguk resepi asal kek gula hangus kat sini.. Cedok dari MyResipi.com.. Juga dikenali sebagai kek karamel dan kuih bakar gula hangus.. mane2 aje la, janji rasa sama aje..

      Ade sebab kenapa tibe2 rajin buat kek nih.. Encik kimi yang suka sangat kuih ni.. Kalo kat pasar selalu beli 3 singgit.. Dia tau, kalo buat sendiri takde la mahal mane modalnya.. Guna gula je la kan.. hehe.. Aku jadi malas tu bukan ape, sebelum ni bila buat jadi bingka gula hangus plak.. Nyampah btol la.. Tapi kali ni better.. Suke3.. hikhikhik..

      Lagi satu suka resipi ni sebab takyah nak perap lama2.  Yang ni takyah perap pun adunan, still ade sarang pada kek tu.. yang sebelum ni aku perap kemain lame, >3jam.. Tapi hagham, satu sarang pon takde.. Ape yang tak kena pon taktau.. Dah ikut resepi pon tak menjadi jugak (bukan resipi yg nih).. Fail la bab2 baking nih.. Hehe

      Okeh, semangat mem'baking' ade riak2 nak bertunas ni.. Pasni nak manje2 la ngan encik kimi.. Pujuk dia beli set2 buat kek plak.. Voleyyyy?? hahaha... Haruslah boleh, sebab kalo buat pon untuk dia jugak.. Menambat perut suami la katakan.. 

      Ahaks.. merepek sudaaa.. Udah2la tu melalut.. Stop dulu, babai =)

      Wednesday, November 2, 2011

      Menu pagi: Roti John

      Berjaya menggigihkan diri di pagi hari semata2 nak bikin roti john ni.. Dari minggu lepas encik kimi request roti john (ilham lepas makan roti john kat Pantai Klebang), baru hari ni si isteri merajinkan diri..hekhek... Malasnya dia nih!!

      Nak buatnya senang aje.. Terpulang samada nak guna daging kisar atau isi ayam.. Den guno isi ayam jo.. Stok daging takdok... ngeee... Dua2 pon sedap..

      Abaikan kobis yang kasar2 itu.. haha

      Memula fikir aci letak telur je.. Malas nak bertumis2 bagai.. Tapi bila dah buat sendiri ni, mesti mau lagi sedap yang dimakan kat kedai tu.. Mane boleh encik kimi puji makan kat kedai lagi sedap.. no no no (terimalah hakikat itu bahawa masakanmu biasa2  sajork..haha)

      Tengok dalam peti sejuk, ayam ade lagi.. maka digunalah barang seketul dua isi ayam itu.. Nak lebih detail, meh check resepi.. Ni my version.. Mintak mahap kalau tak sesuai ngan selera tekak korang.. hehe.. Untuk tekak sendiri rasanya mengancam jugak..wakakak

      RESEPI ROTI JOHN SIMPLE

      Bahan-bahan
      • 3 buku roti (guna yang mcm gamba kat atas..aku beli je, tak pandai wat roti sendiri =P)
      • 3-4 ketul isi ayam (aku guna bahagian dada)-kisar atau potong dadu
      • 1 labu bawang besar-kisar
      • 2 ulas bawang putih
      • 1 s/b serbuk kari
      • 1 s/k serbuk lada hitam
      •  2-3 biji telur
      • Sos cili
      • Sos lada hitam
      • Mayonis secukupnya
      • Kobis
      • Garam dan gula
      • Marjerin

      Cara-cara

      1. Tumis inti/ bahan kisar (daging ayam, bawang besar, bawang putih, serbuk kari dan lada hitam) hingga garing dan naik bau.
      2. Kemudian, masukkan inti tadi ke dalam mangkuk.. Pecahkan telur dan rasakan dengan garam dan gula.. Jangan masin sangat ye..
      3. Belah/potong dua roti john, jangan sampai putus.
      4. Sapu bahan inti bercampur telur tadi hingga rata..
      5. Telangkupkan atas non stick pan yang dah dioles marjerin..
      6. Bakar sampai masak.. kalo suka garing tambah masa membakar tu.
      7. Kemudian bolehlah diangkat dan dihias ikut suka..

      Yang dah siap dibakar
      Hias dan rasakan ikut selera masing2

      Encik kimi kata sedap macam yang jual kat pasar malam tu.... wahhhhh...kalo gitu nak berniaga kat pasar malam boleh tak abang?? ekekkeke... Berangan je la... macam biasa, sesi tapau menapau ke opis dilakukan.. Dah jadi satu kemestian plak ye.. Buka ape, encik kimi sekarang dah tak balik lunch, bz katanya.. So bawaklah makanan dari rumah untuk alas perut kan.. Berjimat cermat gittewww =)

      Bakal jadi santapan

      Okeh...cukup dulu bebelan di pagi hari.. Banyak lagi kerja rumah tak setel.. Buang mase betoii la minah nih... hikhik... Babai semua :)

      Kuih bingka pandan

      Again, ini adalah entry tertangguh.. Hehe.. Ni semalam punya menu.. Nak update, badan tak berapa nak ok.. Seram sejuk je rase.. nak demam lagikah?? Aiyohhh.. Asyik demam je.. Antibodi badan tak berapa nak kuat..

      Hari ni gagahkan diri jugak nak update blog (padahal taklah penting mane pon..ngee).. Kuih ni orang kelate panggil kuih 'bekey'.. Ade jugak orang panggil kuih bengkang.. Hurmm..mane2 ajela.. janji bendanya sama.. huhu..

      Wangi je kuih ni..

      Ini bukanlah pertama kali bikin kuih ni.. Kalau kat kampung my mom selalu buatnya.. Rasanya semua orang kenal kot kuih ni.. Ade orang kate ni kuih orang tua..ye ke?? sebab sesuai untuk mereka yang takde gigi.. haha.. Ada2 je.. Orang muda pon suke je makannya.. 

      Kuih ni makan sikit2 bolehla.. Berlemak tu.. Ade tu resepi siap guna santan + susu sejat lagik.. Super duper berlemak lah kan... Yang aku buat ni guna sekotak santan je.. Resepi plak ikut sukatan sendiri.. Boleh je bajet sukatan guna cawan.. Nak bertimbang2 takde alat la plak.. takde neraca gitu.. heuheu..

      Hubby bawak kuih ni ke opis beliau. Makan ramai2 meriah gitu katanya.. kalau nak harapkan kami berdua je makan, haiiihh.... esok pon belum tentu habis la kan.. ehehe...banyak tu satu loyang..

      Untuk resepi pula, boleh rujuk resepi kat sini.. Yela, kang guna my resepi takut tak sedap pulak.. hehehe.. Apepon, rasanya dah lebih kurang yang selalu beli tu.. Lebihkan pandan lagi sedap.. yummehhhh!!

      RESEPI BINGKA PANDAN
      Sumber- My mom

      Bahan-bahan
      • 3 biji telur ayam gred A
      • 3 cawan tepung gandum
      • 2 cawan air pandan (blend 10 helai dan pandan)
      • 1 kotak santan
      • 1 1/2 cawan gula (kalo tak suka manis, kurangkan ye)
      • Secubit garam
      • Sedikit roti sandwich-optional (saje gatai buh ni =P)
      • Sedikit marjerin-sapu pd loyang
      • Sedikit bijan-optional
      Cara-cara
      1. Kisar daun pandan dengan dua cawan air.. kemudian tapis ambil patinya
      2. Dalam bekas berasingan, masukkan telur, santan, pati pandan,tepung dan gula, garam..
      3. Kacau guna hand whisk tu kejap.. Then kisar guna blender bersama roti yang dibuang tepinya..
      4. Bial dah sebati, masukkan dalam loyang yang dah dilengser dengan marjerin.. Minyak pon boleh je..
      5. Bakar kira2 45 minit.. kalau nak efek yang garing kat tepi tu, tambahkan masa membakar ye..
      6. Siap sudaaa =)

      Senang je kan?? Kuih senang2 camni bolehla selalu buat.. Yang renyah2 tu memang payah sikitla aku nak cuba.. ngeh3.. 

      P/s: Oh ya, kalau nak letak bijan atas tu, masa in the middle of baking tu, taburkan bijan kat atas kuih tu.. Then bakar sampai masak..

      Wednesday, September 28, 2011

      Sandwich la plak

      Ade ke orang tak reti buat sandwich nih?? Rasenya mase form2 skolah dulu semua student pompuan belajar buat sandwich ni.. Kelas ekonomi rumah tangga gitewww...hewhewhew... Hakhak...

      Aku ingat lagi, masa kelas tu aku buat sandwich versi sardin tak masak.. lenyek2 sardin, pastu buh asam limau sikit.. Last2, pakat tak makan.. Hanyir ikan tak hilang.. Wakaka.. Kalo dah kawan2 seangkatan pon taknak makan, apatah lagi cikgu kan.. Sampai hati korang...hehe..

      Cewah..teguh berdiri sandwich2 ku di atas pinggan..huhu.. Tok laki ku request nak makan utk breakfast.. Dah 2 hari tangguh.. Bila hari ni buat sandwich, suka sangatla dia kan.. Makan sambil nyanyi2 tu..siap bawak bekal ke opis lagi.. Haiihhhhh.. sandwich je pun abang.. Bukan lasagne, spagetti ke, ciken chop ke.. 

      Ehe, tapi suka bila apa yg kita masak abis dan licin kan.. Tak la membazir.. barulah berbaloi2 masak di awal pagi.. =)

      Sandwich ni simple aje.. Tumis bawang n lada merah dengan planta sket.. Bila dah wangi buh la sardin ngan perahan asam limau.. lenyek2kan mereka.. Pastu buh la mayonis.. rasakan mengikut kesesuaian lidah anda.. Nak pedas lagi tambah la sos cili.. Siap.. Pastu sapu la kat roti.. Nak lagi sedap, buh timun sket.. Encik suami tak makan timun, so plain cenggitu je la..

      Huk alohh... Senang giler kot.. Budak tadika pon bleh buat ni.. Hehe.. tapi bila simple sangat, jadi malas la pulak nak buatnya.. Nak la masak yang mencabar sket (konon rajin la kan)..hehe..

      Friday, August 5, 2011

      Kuih biji nangka

      Hmm..dah lama tak update resepi.. maklumla, jarang masuk dapo.. tambah pulak masa ayah sakit hari tu, kami sekeluarga tak dan nak masak.. Makan kat luar je la.. Best jugak, sekali-sekala maka masakan orang nih..hehe

      Sempena bulan puasa ni, macam biasa aku n family suka mulakan dengan makanan manis.. Contohnya kurma ataupun kuih muih... Teringin pulak tekak ni nak makan kuih biji nangka (kat Kelate orang panggil kuih butir nangka..) Nak masaknya tak susah sangat.. Syok mase nguli tepung pulut tu..hehe..

      In the making

      Kalau nak tengok resepi, bolehlah jengah kat sini.. Kali ni buh halba sikit.. Bulan puasa ni masak main campak je la kan..Entah ape rasanya pun tak tahulah.. Hope jangan terover manis sudah..huhu..

      Asal tiba bulan Ramadhan je, cepat je perut ni sensitif.. Takleh makan makanan yang dibeli, mesti nak chery berry.. Sudahnya, masak sendiri la kan.. Walaupun setakat sup sayur ngna ayam goreng, tu pun dah cukup.. Syukur Alhamdulillah.. tak payahlah nak membazir.. Beli nasi beriani, nasi ayam kat Bazar ramadhan.. Alih2, mentahla pulak nasinya.. Hadoi...daripada aku bising tak tentu pasal, baik masak sendiri kan..Jimat dan simple..hehe..

      Saturday, July 23, 2011

      Pengat Deghiyan

      Lame dah tak masuk dapo.. Seminggu balik kampung, asyik makan masakan mak je..hehe..best3..memang tiada tandingan.. Dah biasa orang masakkan, dah jadi malas pulak nak masak memasak2 ni..ekekek.. cakap je bolehlah..perut encik suami nak kena isi jugakkan..

      Pengat durian ni dikenali jugak sebagai serawa durian..lain tempat, lain nama.huhu.. Memang best makan ngan pulut..yummehhh..

      Padahal balik kampung hari tu mak dah buat pengat ni.. Bila nak balik Melaka, mk bekalkan satu tuperware besar punya durian..khas untuk menantu kesayangan la kan *fyi, hubbyku memang rapat giler ngn my mom..siyes..hehe*..sian kena tinggal bini lama2..hehe.. Khas import dari Kelate untuk tekak tok laki ku.. makan la puas2 ye abg..ngeh3

      Meh nak share resepi bagi sape2 yang nak mencuba..senang ajeee =)

      RESEPI PENGAT DURIAN/SERAWA DURIAN

      Bahan2
      • 6-8 ulas isi durian
      • 1 kotak santan
      • 2 keret gula melaka
      • secubit garam
      • 2 helai daun pandan-disimpul

      Untuk pulut
      • 300gram beras pulut
      • sedikit santan cair
      • secubit garam
      • 2 helai daun pandan-simpul

      Cara-cara
      1. Untuk pulut, bersihkan beras pulut dan tanak hingga masak.. kalau nak kukus, rendam beras selama beberapa jam.. Kemudian kukus hingga masak..
      2. Untuk kuah pula, masukkan santan dan 2 cawan air kedalam periuk.. Masukkan juga gula melaka, garam dan simpulan daun pandan.. Aku letak je terus isi durian tu..senang khoje..hehe
      3. Masak atas api sederhana..Sesekali kacau kuah untuk elak dari pecah minyak.. Bila kuah pekat, bolehlah matikan api..siap =)

      Yang aku buat ni versi tak berlemak sangat..kalau korang suka kuah santan yang pekat, lebihkan lah santan tu ya..

      Hmm..sekarang ni memang musim durian..kat FB pon asyik duk bising sal serawa durian je..heheh.. apepon, memang sedap..tambah pulak kalo makan ramai2..memang meriah la kan..

      Orait..karang2 sambung lagi..kalo rajinla kan..eheh..babaiii (^_^)

          Klik-klik

          LinkWithin

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...