Showing posts with label Ikan. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

Asam Pedas Patin

Assalamualaikum wbt

Sehari satu resipi!! Hoyeah.. Walaupun resipi sama ulang tayang, ku tak kesah. Janji ber'update'. Hikhik. Asam pedas je pun :p

Encik suami suka request asam pedas yang tak pekat, dan tak begitu pedas. Payah juga nak menepati selera beliau. Sebab nama pun asam pedas. Haruslah pedas kan?? Terpaksalah kurangkan cili. Itu yang warna tak begitu menarik. Kalau lebih merah mesti lebih meletopsss giteww. Kihkih. Tapi takkan boleh lawan asam pedas Melaka yang kawww!! Lama tak ke Melaka, rindu aiihhhh kat asam pedas tetel yang marvelous!

Jom layan resipi. Kalau ada yang terkurang harap boleh rekemen resepi yang lagi mantop ye. Bantuan otai-otai sekalian amatlah saya hargai :)

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PATIN

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan patin (sy guna patin hitam je)
  • Beberapa tangkai daun kesum
  • Garam & Gula secukup rasa 
  • Sedikit jus asam jawa
  • Ciliboh/cili giling 3-4 sudu besar (sila tambah jika nak lebih pedas)
  • Air secukupnya.
  • Bahan Tumis
  • 3 ulas bwg merah-kisar
  • 1 labu bawang besar-kisar
  • 1 inci halia-kisar 
  • 2 biji tomato-kisar
  • 1 inci lengkuas-kisar
  • 1 batang serai-titik 
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Bendi secukupnya

Cara-cara 
  • Bersihkan ikan patin. Potong kpd beberapa bahagian.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumis  (bahan kisar, serai, lada hitam, lengkuas,dll)
  • Apabila bahan yang ditumis tadi naik baunya, masukkan ciliboh/cili giling. Tumis lagi sampai pecah minyak. 
  • Then, masukkan air. Bila menggelegak, masukkan ikan tadi. Masukkan juga jus asam jawa, gula garam dan daun kesum.
  • Biarkan menggelegak selama 15-20 minit atau sehingga rasa kuah sebati dan pekat.
  • Masukkan bendi. Jangan terlalu lama agar bendi tak overcooked (pilih bendi muda ye)

Ada juga resipi yang gunakan jintan putih dan jintan manis. Macam menarik je. Boleh cuba di lain hari. Encik suami pun dan ada hobi baru, memancing. Kalau dapat ikan ku asam pedaskan kamu. Hehehe.

Ok, hingga jumpa lagi. Babai :)

RYNAHAKIMI

Monday, August 18, 2014

Kari ikan ala mamak meletopss!

Assalamualaikum wbt

Hari ni masih berpuasa 6. Berbaki 2 hari sebelum menyambut raya buat kedua kalinya. Hehe. Nak masak apa ya raya nanti? Nasi dagang dah masuk senarai. Side dishes? Ketupat rendang? Haihhh. gemukkss kang membebel. Makan ikut nafsu aje. Ahaks!

Cerita petang tadi, kami berbuka dengan kari ala mamak ini. Sedap ke tak? Standard la masak semasa berpuasa. Bila tak dapat nak merasa, apa yang terkurang dimaafkan. *Pujuk diri sendiri*.. wakkaka

Resipi simple, sedikit olahan dari resepi asal. Kali ni guna sedikit aje santan. Konon nak kurangkan kolesterol. Hehe. Jika resepi dulu, ku mayang je semua bawang dan bahan2. Kali ni blend, nak pastikan kuah cukup pekat likat. Memang menjadi uolss.

Meh daku share resepi penuh. Benda baik kena kongsi. Kuah kari ala mamak ni kena buh jintan dan ketumbar untuk dapatkan rasa kawwww mamak. Bau melekat pada jari. Tak caye? Sila try test kat dapur masing-masing. Heee

RESEPI KARI IKAN ALA MAMAK
Resepi asal: *link*

Bahan-bahan
  • Beberapa potong ikan tenggiri (ikan lain pun boleh)
  • 4-5 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3cm halia (kisar)
  • 1 s/b ketumbar (kisar)
  • 1/2 s/k jintan manis (kisar)
  • 1/2 s/k jintan putih (kisar)
  • 1 biji tomato (kisar)
  • Pes kari ikan (Babas/Alagappas)
  • Terung/tomato/bendi - sayur kegemaran anda
  • 1 labu bawang besar- potong wedges
  • Setangkai daun kari
  • Cili kisar/ciliboh (pedas ikut suka)
  • Sedikit gula melaka
  • Sedikit garam
  •  Secubit garam masala
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit santan (sy guna 1/4 kotak santan)
  •  Air secukupnya
Cara-cara
  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing. Masukkan ciliboh, garam masala, rempah kari ikan & daun kari. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, air secukupnya dan biarkan menggelegak. Masukkan ikan, gula melaka, garam dan santan. Biarkan mereneh seketika.
  3. Masukkan sayur-sayuran (bendi/tomato/terung) dan bawang besar yg dipotong wedges. Biarkan sayur empuk. Rasakan kuah. (Kuah kari mamak tak perlu manis. Kalau manis tu kari ala kelate namanya. kihkih)
  4. Bila sayur dah empuk, matikan api. Bolehlah dihidang dengan nasi putih mahupun beriani. Ikut suka komee la.

Saya suka bereksperimen dengan kuah kari ikan. Sebab tak puas hati bila ayah asyik bandingkan kari homemade dengan kari restoran mamak. Lain katanya. Aroma tak berapa kawwww. Sungguhku tercabar bila dia kata kariku tak menyengat. haha

Cilok pinggan freegift Susu Dugro Hafiey.. Sihatlah sangat..kikiki

Tapi percubaan kali ni bolehlah dikatakan memuaskan. Nak kata perfect idokla. Tapi boleyyy lah. Aroma tu sipi2 je nak sama dengan mamak punya. Kuahnya memang pekat walaupun letak sedikit santan. Efek bahan-bahan yang dikisar tadi. Hmm.. Sedap sangat eh kari mamak tu? Ahhh. Mana-mana kari pun sama je. Guna rempah kedai juga. Hihihi

Oklah. Esok update lagi. Walau resepi ulang tayang, ku tempek jua agar belog tak bersawang. Boleh?? kikiki.. Jumpa lagi. Daaa =)

RYNAHAKIMI

Friday, August 15, 2014

Ikan Bakar Bersambal Ala Johor

Assalamualaikum wbt

Tak pasti nama sebenar resepi ni. Dapat pun dari mertua. Sebelum ni tak pernah buh udang kering sebagai bahan utama. Dan ini bukanlah pertama kali ku cuba resepi ikan bakar bersambal. Lebih kurang resipi ikan bakar Johor dan ikan bakar Portugis. Correct me if i'm wrong. Kot salah nama pula. Hikhik

Kata mak mertuaku, sambal ikan bakar ni sedap jika lebihkan udang kering. Kebetulan ada stok udang kering pemberian kakak ipar, haruslah ku cuba. Buat sambal satu tupperware besar, untuk 4-5 kali makan. Bila teringin nak makan ikan bakar, beli je ikan. Sambal dan memang ada dalam peti sejuk. Kan senang kerja tu. Jimat masa dan tenaga. Hehe

Resepinya simple saja. Lebih kurang kaedah nak hasilkan sambal merah biasa. Cuma ku tak masukkan halia sebagai bahan utama. Sebab rasanya sedikit berbeza kalau letak halia. Apa-apa jenis ikan pun sesuai. Dulu saya pernah cuba guna ikan keli, resepi di sini *LINK*

Tapi resepi tak sama tau. Kali ni saya tak letak pun daun limau purut. Jika nak letak haruslah lebih menyengat & wangi kan? Terpulang kepada kreativiti masing-masing.

RESEPI IKAN BAKAR BERSAMBAL (ALA JOHOR)
Sumber asal: Mak mertua

Bahan-bahan (Untuk kapasiti banyak)

  • Ikan selar/kembung (ikan lain pon boleh)
  • 4-5 labu bawang besar-kisar
  • 1 labu bawang putih-kisar
  • 3 btg serai-kisar
  • Semangkuk udang kering (bersihkan & rendam supaya tak berpasir)
  • Cili kering secukupnya (jika suka pedas, lebihkan)
  • Daun limau hiris halus (optional)
  • Air asam jawa secukupnya
  • Gula merah/gula biasa
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  • Bahan-bahan kisar ditumis hingga naik bau.. Rasakan dengan air asam jawa, garam dan gula.(masak macam buat sambal tumis biasa tu)
  • Kemudian, alaskan aluminium foil dengan daun pisang..
  • Lumurkan ikan dengan sambal tumis tadi di kedua2 bahagian (ratakan). Taburkan hirisan daun limau purut.
  • Then balut ikan tu dengan aluminium foil..
  • Bolehlah dibakar/panggang hingga masak
  • Hidang dengan perahan asam limau.. Perghhh.. terangkat =)

* Kalau nak cicah air asam pon boleh.. terpulanglah ye..

Tiba-tiba je blog ni dah jadi blog main masak-masak. Haha. Sebenarnya masih tercari konsep yang sesuai. Dah agak lama tak berceloteh tentang life sendiri. Entahlah, banyak sebenarnya yang nak diceritakan. Tapi masih belum terluah. Lagipun, rutin biasa. Takde yang menarik pun untuk dikongsi. 

Review movie, restoran kegemaran pun dah lama tak buat. Agaknya faktor peningkatan usia kot. Lebih banyak perkara penting yang perlu didahulukan. Sudahnya, perkara-perkara lain kurang jadi perhatian. Hmmmm.. Dah kategori 'mak-mak' dah kot. Hikhik

RYNAHAKIMI

Sunday, October 6, 2013

Menu asal boleh

Assalamualaikum wbt

Entry ke 2 hari ini.. Perghhh.. produktif sungguh. hihi.. Orang lain syok berjalan-jalan makan angin di hujung minggu, aku duk umah lakukan rutin biasa je. Masak, basuh baju, kemas rumah, jaga budak kecik, bla3x. Haiiihhh.. Tak terhitung rasanya tugas seorang surirumah.. :)

Encik Kimiey masih berkursus. Katanya hari half day saja. Tapi tak dah nak masuk 3/4 day dah ni. Heuheu.. Takpelah, demi mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal ku relakan.. hihi

Hari ini masak ala kadar. Masak asal boleh, lauk pun tak banyak stok dalam peti sejuk. Minggu ni masih belum ke hypermarket beli barang dapur. Borong secara pukal gitu..ehee

Ikan tongkol masak kicap. Selain masak gulai, sedap juga dimasak begini. Simple yet delicious. Orang Perak panggil panggil ikan kayu. Aku cakap ikan tongkol, tapi yang jual tu kata "bukan, ni ikan kayu".. Huk alohh.. yela dik kayu pun kayu la.. Hihi. Lain tempat lain gelarannya. Samalah, di Kelate pun orang panggil ikan ayo. Ikan yang sama juga ;)

Sayur sebagai pelengkap menu. Encik kimiey tak gemar sangat makan sayur. Biasanya tuan tanah yang melantak sayur-sayur itu.. hikhik. I love vegetables ;)

Ayam goreng kunyit. Lupa buh daun kari masa perap. Sudahnya campak masa tengah goreng tu. Manalah nak rasa pada ayam tu kak oiiii.. Hihi.. Bolehlah, buat syarat. Janji ada bau. Rasa kurang pun redha aje lah.. Hehe

Di fesbuk masih kecoh pasal bola. Bola bola bola, kenapakah kamu bulat?? hehe.. I tak kisah siapa menang pun. Tapi sebagai penyokong tegar pasukan masing-masing haruslah nak yang terbaik kan. Jaga tutur kata dan perkataan supaya tiada yang terasa atau ter'kesot' hati bak kata orang kelate. Huhuhu..

Peace.. Sukan itu adalah satu medium untuk merapatkan silaturrahim. Bukan pencetus fenomena yang tak sihat antara penyokong masing-masing.

Sekian repekan pengulas tak bertauliah. Daaaa  :)

RynaHakimi

Tuesday, September 10, 2013

Selera hujung minggu

Assalamualaikum wbt.

Hening je rasa hari ni.. Seiring dengan cuaca yang mendung. Sejak dari subuh tadi lagi hujan turun. Memang nyaman sangat kalau tido.. Heaven!!! hehe.. Tapi apakan daya banyak lalat yang bermaharajalela dalam rumah ni.. Jangan harapla ko nak lelap mata tu kan..hikhik

Ok, straight to the point. Hujung minggu  yang lalu kami bermenukan ikan siakap 3 rasa dan tomyam campur. Yup, itu memang lauk biasa. Takde apa yang istimewa pun. Mungkin yg special sikit adalah ikan siakap tu kan. Bukan hari-hari masak ikan ni. Sekarang harga kat Mydin cuma RM6.99 seekor. Agak murah kan?? Lepas ni tak tahulah kot2 nak harga dek melambungnya harga minyak.. Just wait & see =P

ikan siakap berselimut..hihihi

tomyam campur kalerful

Dulu dah pernah share resepi ikan 3 rasa ni *LINK*.. Tapi masa tu guna ikan cencaru. Hmm, apa-apa ikan pun boleh aje. Janji kudrat nak men'tiga-rasa'kan ikan-ikan tu ada..hihihi (punah bahasa ;p)

Resipi Ikan Masak 3 Rasa

Bahan-bahan
  • 3-4 ekor ikan siakap/bawal/kembong/dll
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 batang putik jagung- potong bulat2
  • 1/2 batang carrot-potong dadu
  • Tomato 1 biji-potong dadu
  • Nenas secukupnya-potong dadu
  • 3-4 btg cili padi
  • Daun limau purut
  • 1 cilimerah-potong serong
  • 1 s/b gula
  • 2 biji limau kasturi-perah jusnya
  • Sedikit tepung jagung/beras

Bahan Tumis:-
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih-potong dadu
  • 1 inci halia-potong kecil/dadu
  • 2 btg serai-racik halus2
  • 1 s/b ciliboh
Bahan Sos:-
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b sos cili
  • 2 s/b sos plum
  • 1 s/b kicap manis
  • 1 s/b tepung gandum-bancuh (nak likatkan kuah)
  • Air secukupnya

Cara-cara
  1. Bersihkan ikan dan lumur dengan serbuk kunyit, garam, dan sedikit tepung beras/jagung. Kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Kemudian, tumis bahan2 tumis dan goreng hingga garing. 
  3. Masukkan bahan sos, gula, jus limau, garam dan kacau rata.
  4. Kemudian, masukkan pula sayur2, cilipadi, cilimerah dan masak dalam anggaran 2-3 minit
  5. Kalau nak berkuah, tambah air. Tambah bancuhan tepung gandum untuk melikatkan kuah. Tapi kalau taknak berkuah or banjir, tak letak pun takpe. terpulangla pd citarasa masing2.
  6. Bila dah masak, curahkan kuah/sos atas ikan yang dah digoreng tadi.
  7. Dah pun siap..Bolehla mamam ngn nasik

Hari ni tak tahu lagi nak masak apa. Sotong masak singgang je lah. Ke sotong kunyit?? Hihihi.. nanti la nak kena tanya big boss. Aku apa-apa lauk pun tak kisah. Bedal aje semuanya.. kikiki

Untuk hafiey, nak masak sup suhun. Harap makan banyaklah macam semalam. Baru berbunga-bunga hati si ibu ni kan.. Ehee

Ok, sambung lagi di lain masa, tu pun kalau mood tak lemau la ye. Hihi.. Babai :)

P/s: Sedang menyelami potensi diri. Harus digali dalam-dalam, supaya ia tak dipersia ;)

RynaHakimi

Friday, December 16, 2011

Sweet sour ke 3 rasa???

Masak sweet sour ngan 3 rasa tu tak sama ke?? Rasanya sama je kot.. Dua2 ada rasa masam manis pedas (masin tak termasuk..hakhak)..

Ikan semua dah naik harga.. Ikan selar kuning yang cinonet pon dah RM9 sekilo kat Mydin.. Errrr.. ingat nak belikan untuk kucing, terpaksa cancel sebab mahal sangat.. Makan nasi putih ngan budu udahla ye kucing2 sekalian.. hehe..

Ikan bawal ni encik kimi beli kat pasar, 2 ekor RM8.. Ok la tu.. Sesekali nak juga merasa ikan mahal.. hihi.. Mahal ke?? Bagi kami yang sederhana ni rasa mahal la.. Bagi korang mungkin tidak.. eheee..

Sesekali masak 3 rasa ni best juga.. Fefeeling makan kat restoran gitu.. hihi.. Padahal masak pakai kuali montot itam tu je.. hehe.. Sekarang n nak makan apa pun semua dah mahal.. Pendek kata, terpaksa masak sendiri jika nak berjimat cermat tu kan..

Resipi boleh dijenguk kat SINI.. Tak buh pon sos pelam.. Ada yang lama tapi dah expired rupanya.. Tadi baru perasan.. Tak berani aihh nak buh.. Kang tak pepasal cherry berry.. Heh..busuk!!! haha

Yang ni untuk makan petang.. "Hitam2 si tampuk manggis............" Sila sambung peribahasa ini.. Hehe.. Jangan ditanya kenapa cekodok deghiyan ku ini hitam legam.. Standard la masak cekodok kan.. Ade ke cekodok putih?? Meh sini cer turunkan ilmu kat aku.. ekkekk.. *Cover malu sebab cekodok hitam.. auwww*

Amacam, berani tak nak makan?? Hitam2 pon, rasa durian tu kaw tau.. bau memang masyukkkk.. heheh.. ;)

Repekan,

Ryna Hakimi

Friday, December 9, 2011

Tongkol vs. Tuna??

Baru selesai menelaah sedikit bahan, preparation untuk esok hari sambil melayan lagu2 Damasutra yang best.. Preparation apa?? Adalah sikit2, hal2 orang tua budak2 takleh tau.. hikhik..

Besok berlainan hala tuju dengan encik kimi.. Sorang ke Kajang, sorang lagi ke Telok Mas.. Haihh..hari minggu yang terisi dengan aktiviti berbeza, tapi dengan tujuan yang sama.. jeng3x.. tujuan apakah itu?? hehe.. gataiiii nak suruh orang teka2 pulak (sila abaikan, tak penting pon).. ;)

Tak ada cerita nak dibebelkan.. Masak pon tak seberapa.. Masa terhad, mesti digunakan sehabis baik.. Walau sesibuk mana pun, masak itu perlu (bukan wajib ye, harus je..haha..alasan nak makan kat luar).. Masakan yang simple tak semestinya tak mengenyangkan.. tak gitu?? biar simple, asal menyelerakan..

Sila korang teka, lauk apakah itu?? haa kari??? takde maknanya kari hitam legam gitu.. haha.. (dah mula nak merapu dah ni).. Ni ikan tongkol masak kicap.. Lauk standard rumah ni.. ehehe.. Ada orang tu suka sangat makan lauk ni.. tak lain dan tak bukan kekandaku encik kimi.

Iyela.. setakat ikan kicap, tak kuasa nak beresepi2 ni.. Korang lagi terer masak dari aku kot.. So, entry ni tayang gambo ajela.. Edisi menghabiskan kicap jugak.. Dah lama tercongok dalam kabinet tu.. Dekat2 ngan tahun baru ni, semua barang dapo pun kenalah baru jugak kan.. haha.. kopakla poket big boss ;P

Bila tengok ikan tongkol ni, mai teringat tentang diskusi ngan my fren Huda.. Dia tanya ikan tuna dengan ikan tongkol ni sama ke tak.. Mula2 aku fikir jawapannya sama je, seba rupanya lebih kurang je. Saiz je berbeza. Tapi bila search kat tenet, macam2 pendapat ada.

Ternyata ikan tongkol dan tuna ni dari genus yang berlainan.. Ikan tongkol ni dari genus Euthynnus, meanwhile ikan tuna ni dari genus Thunnus... Secara tepatnya, mereka ni spesis berbeza la kan.. Hmm, selama ni aku tertipu. Ingat diorang ni adik beradik je.. hehe

Sekian sesi pembelajaran kita pada hari ni.. Kelas mari mengenal ikan la pulak kan.. hikhik.. 

P/s: Tak sabar tunggu esok =)

Saturday, November 19, 2011

Bangun pagi2...

Orang kata kalau bangun awal pagi, murah rezeki.. ye dop?? Betul la tu kan.. Dah kalo bangun tengahari, sedar2  matahari dah tegak atas kepala (macam berpengalaman jek..hahah).. Buang masa macam tu je kan.. Iye, zaman anak dara dulu bolehla la nak buang tebiat macam tu (buruknya perangai).. hehe. Bila dah kawen ni semua bertukar.. Kena betulkan timing.. hikhik..

Dah lama penghuni umah ni tak makan sarapan yang berat.. Paling tak pon, roti sapu jem aje.. Nasi2 ni dah jarang.. Tapi hari ni termakan nasik la pulok.. ngeeeee.. Asalnya siapkan tempahan nasi belauk.. Ade la buat sikit2.. kire murah2..hehe.. Atas permintaan encik suami juga, dah lama tak makan katanya.. Rindu kat gulai ikan tongkol kegemaran beliau =)

Resepi *link*

Rasanya dah banyak entry sal nasik bergulaikan ikan tongkol ni kan. Boleh jenguk SINI,  dan SINI ..Asyik2 yang tu je.. Heh, dah ini aje kepakaran daku.. hekkk.. pakar la sangat.. Masak satu peiuk bolehla.. Masak untuk 50 orang hari tu pon dah pancit.. haihh.. cemana nak bukak bisnes katering nih.. haha.. koya sudaaa... Angan2 tetap ada, cuma masanya belum tiba..

Ingat senang ke nak buat bisnes catering ni kan.. Of coz nak kena ada pekeja yang amai.. Terkial2 den nak masak lauk pauk kalo sorang2.. Huii.. masyuk wooo biz catering nih.. nak pulak catering untuk majlis kawen..  Berangan aje, usaha takdop pun tak guna jugak kan.. (masih menanti peluang yang sesuai =)) 

Abaikan rupa periuk yang sememeh itu..

Back to the topic, hari ni awal2 pagi bangun siapkan bungkusan nasi belauk ni.. Kali ni spesel sket sebab tambah ikan kering,sayur kacang panjang & ikan kukus goreng.. Aku pulak tak tahan lapor bila mengadap nasi ni pagi2.. Ape lagi, bedal dulu sepinggan nasik. hahah...

Nasib baik nasi cukup2 je untuk tempahan, kalo tak maunya bertambah makan.. Hmmm..elok sangatla kan makan nasi belauk pagi2.. Jadi tong drum ko jugak yang bising.. ekekekke..

Sekian entry repekan di pagi Jumaat.. Dah Jumaat?? Cepat sungguh masa berlalu.. tak terkeja rasanya.. huhu.. Esok dah hujung minggu kan?? Best3, boleh ber"derat2".. hikhik.. Permisi dulu ya.. tata =)

Wednesday, November 16, 2011

Sekali sekala

"Siakap senohong gelama ikan duri.. bercakap bohong lama-lama jadi pencuri".. eheee... rasanya inilah peribahasa pertama yang aku belajar sejak zaman sekolah dulu.. lagi satu peribahasa that i still remember, "Bagai anjing dengan bayang2".. Teringat2 story book yang we beli masa kecik dulu.. Sal anjing gonggong tulang, then menyalak bila tengok bayang2 sendiri dalam sungai.. Maka jatuhla tulang yang digonggong itu.. huhu..

Agak2 apa kaitan dengan tajuk entry tu?? haha.. takdop kaitan pon.. saje nak mengimbau kembali kenangan zaman silam.. time masih berhingus.. asyik duk main lompat getah, polis sentri, bla2.. Bestnya zaman kanak2.. Simpan duit nak beli Tora, Dindang dan Jojo (korang mesti beli jugak kan?? jgn tipula..hikhik)... best2... Pulang je sekolah beli air jeruk ngan kopok lekor kat depan sekolah..  Masih terasa kesedapan air jeruk itu.. huhu..

Okeh, back to reality.. hehe.. Cerita sebenar kali ni berkisahkan tentang ikan siakap.. Word pertama untuk entry nih.. heuheu... Entry yang tertunda.. Cerita hari Sabtu yang lalu.. Tapi tak kisah la.. Hari Sabtu hari tu memang bz.. Tak sempat nak jengah blog pun..

Boleh jengah resipi kat SINI

Sekali lagi masak siakap stim ni.. Berkira2 samada nak masak 3 rasa atau masak stim aje.. Bila memikirkan banyak lagi menu nak disiapkan hari tu, decide masak stim aje.. campak2 siap.. 

Resepi senang, tapi kalo kat restoran boleh tahan mahalnya.. Dunno why, mungkin faktor harga ikan yang mahal... tapi ikan siakap yang aku beli ni RM8.99 je sekor.. Saiz M.. Pantang tengok ikan siakap murah kat Giant, memang wajib beli.. hehe

Posing lagi..

Ikan siakap ni rasanya memang sedap.. no wonder harganya agak mahal.. Nak makan sekali sekala bolehla.. Makan hari2, mau kopak poket.. mana nak cekau duit hari2 makan siakap.. Silap hari bulan tercungap-cungap kami... hahaha.. (kami tak kaya, tapi kami bahagia =) )

Resepi di SINI

Hurmm.. sekian dulu entry repekan di hari Selasa.. Sebenarnya tengah tunggu Cinta Elysa ke udara kul 9 malam nanti.. Abiskan masa kat belog kesayangan ni dulu.. rajin pula bermanja-manjaan dengan belog ni today.. ekekekekeek.. Jumpa lagi di lain entry.. babaiiii olssss =)

Tuesday, October 4, 2011

Nasi Dagang Kelate: Step by step

Sape suka makan nasik dagang *cik abe ku panggil trade rice..wakaka* sila angkat tangan!!!!! Owh..aku ni bukanlah penggemar tegar nasi dgang ni.. Sesekali bolehlah makan. nasinya berlemak toksah cakap la kan.. Bila buat sendiri, terbukti sudah kelemakannya.. Siyes i gerun..hehehe

Sebenarnya idoklah diri ini rajin bebenor nak masak nasik dagang ni.. Tapi karena request yakni permintaan dari encik suami.. nak belanja opismate dia makan.. ramai yang nak mintak buatkan nasik dagang kelate ni.. 

Oh ye, nasi dagang kelate ni yang berasnya kaler merah/perang tu.. Kalo terengganu plak beras wangi/lembut kaler putih tu. Bagi aku dua2 sedap.. ade kelebihan masing2 la kan.. Yang penting kena pandai buatnya la kan.. =)

Sarapan encik suami pg tadi =)

Resepinya mintak dengan my mak sedara yang memang tukang masak nasik dagang ni.. kalo raya or tiap kali balik kampung, mesti makcik aku tanya, "na nok makey nasik dagey dop?? kalu nok maghi la dumoh..mokyah buat nasik dagey" (na nak makan nasik dagang tak? kalo nak nanti datangla umah.. mokyah buatkan)...  Bajet anak buah kesayangan la plop..haha =P

Let's share the recipe.. Walopun ikut resepi beliau, namun masih takleh lawan tokey... Al-maklumlah.. amatur lagi nih.. heheh..

RESEPI NASI DAGANG KELANTAN

BAHAN-BAHAN

  • 1kg beras nasi dagang (basuh dan rendam semalaman)
  • Santan cair 1 mangkuk
  • Santan pekat 1 mangkuk
  • Bawang merah 10 ulas (mayang halus)
  • Bawang putih 3-4 ulas (mayang)
  • halia 1 1/2 inci-(mayang halus)
  • Sedikit halba
  • Garam dan gula secukupnya
 CARA-CARA

1. Bersihkan beras yang direndam, kemudian toskan..
2. Panaskan periuk pengukus.. Bila dah mendidh, letak beras yang dah ditos tadi

 3. Kukus selama 15-20 minit.. Then keluarkan dan masukkan dalam besen/bekas besar.. Tuang santan cair dan kacau rata..

4. Kukus lagi selama 20-25 minit..
5. Sekali lagi keluarkan nasi yang dikukus lagi dan masukkan ke dalam bekas besar/besen..
6. Masukkan pula santan pekat (yang dimasak seketika dengan bawang merah, bwg putih, halia, halba, gula dan garam)

Santan pekat

7. Gaul rata dan kukus lagi *anggaran 5-10 minit*
8. Bila dah masak, masukkan dalam bekas yang sesuai.. bolehlah dimakan sesedap oren..ngeh3 (sedap dimakan dengan gulia ikan tongkol/gulai udang dan gulai ayam darat)

dah pon siap

Gulai ikan tongkol. Resepi di SINI

Sebenarnya untuuk nasi dagang kelantan ni biasanya gulai ikan tu tak perlu tumis.. bahan yang sama, cuma renehkan santan hingga pekat.. Kemudian masukkan bahan kisar, ikan tongkol rebus, dan bahan2 lain.. Masak lagi hingga pekat dan pecah minyak.. 

Aku plak masak gulai yang versi tumis tu.. Atas permintaan bos encik suami yang memang gemar kuah ni.. *sila rujuk entry terdahulu* So, aku masak based on demand ye.. ehee.. Dua2 pon sedap.. Nak cuba mana2 pon boleh =)

RESEPI SAMBAL NASI DAGANG

Bahan2
  • Kelapa parut dari 1/2 biji kelapa (goreng tanpa minyak hingga garing)
  • 2-3 ekor ikan selayang rebus/bakar
  • Bawang besar-1 labu
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 batang serai-hiris halus
  • 1 s/b lada hitam
  • 2 s/b gula merah
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Tumbuk lada hitam, halia, serai hingga lumat. ketepikan
  2. Tumbuk pula bawang merah dan ikan rebus (amik isi je ye)
  3. Then tumbuk kelapa parut tadi
  4. Satukan semua bahan tumbuk bersama dengan gula merah dan garam..
  5. Rasakan sambal mengikut citarasa.

Sambal ni optional.. taknak buat pon takpe.. Tapi kalo taruk sekali ngan nasi dengang tu memang mabeles la rasanya kan.. Memang sesuai dengan tekak kelate la sebab rasanya yang manis+masin itu (^_^)

Semasa proses membungkus nasi2 dagey itewwww... hehe.. As usual daun pisang itu wajib.. nak kasi aroma yang wangi gitu.. Bagi 2 bungkus kat makcik sebelah.. Alang2 masak lebih kan.. Best jugak bila bertukar makanan nih.. Bleh rase air tangan orang lain jugak.. Asyik rasa yang sendiri je..buhsan jugakkk..

Alhamdulillah, encik suami kate sekali hadap je habis semua 12 bungkus nasi dagang tu (dah free kan, haruslah habis kan..haha) Sorry abang, syg tak termakan dengan puji-pujian.. setakat puji sedap je watpe.. Baik belanja makan dinner karang.. takpon belanja karoke malam ni.. voleyyyy (trademark ahkak puaka nih)??? ahaks!!

Sekian dulu.. lepas ni kalo nak buat open house bolehla buat lagi.. Tak susah, tapi kena sabar dalam proses mengukus tu.. Bila segalanya dibuat dengan ikhlas, segalanya akan menjadi mudah.. Sedap pun sedap..huhuhu =)

*P/s: kalo lubang pengukus tu besar, boleh lapik dengan daun pisang.. Nasi yang dikukus pon lebih wangi..

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...