Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Trifle

First time aku try buat trifle adalah untuk potluck jamuan hari raya office tahun lepas. Kali ke-2 aku buat adalah masa celebrate birthday Iman tahun lepas kat rumah kakak ipar.

Then aku tinggal kejap kemaruk trifle ni. Tapi lepas raya hari tu, kat office casting ada potluck raya. So, dessert je la yang sempat aku fikir. Teringat yang dah lama tak makan trifle. Jadi, aku buat 2 bekas - 1 untuk office dan 1 untuk rumah. Tapi sebab hari jamuan tu aku EL, so aku bawak ke office keesokan harinya. Alhamdulillah, licin. Tapi aku tak puas hati dengan custard layer. After tweeting around, a few Twitter friends suggested me to pekatkan lagi custard pudding tu. So, at the 4th attempt, I now found the best measurement and method. Gigih aku fikir camane nak improve trifle ni.

Kita cuci mata dulu sebelum ke resepinya :)


This is how the 3rd layer looks like. After 4th attempt, i now know how to make it, CORRECTLY! Yeayy! Err at least kena pada tekak aku.


Guna bekas ala-ala Pyrex atau kaca atau apa sahaja asalkan boleh nampak keseksian. Biasanya kalau guna bekas ni, i can make another bekas kecik. Yang ni tak nampak 1st layer. Too bad.

This is the other bekas that i've mentioned above. Nampak 3 layers. Next time, i've to cut the swiss roll thicker. Cara makan dari bekas ini adalah buat macam makan aiskrim sambil tengok tv. Hehehehe..

Beberapa detik sebelum licin. Glad u love it, kawan-kawan office.


Resepi Trifle

1 swiss roll
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
7 sudu besar gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis. 7 sudu is just fine)
5 sudu tepung kastad + 1/2 tin susu cair (bancuh sebati)
1 kotak Kristal Jelly

Layer 1: Potong swiss roll bulat-bulat. Susun atas bekas yang sesuai. Siram air fruit cocktail ke atas swiss roll. Sekadar nak melembapkan sahaja, bukan nak kasi sampai banjir. Hehe. Ketepikan.

Layer 2: Dalam satu periuk yang sesuai, masukkan susu cair, gula dan air, masak atas api sederhana. Kacau sehingga sebati. Bila mendidih, kecilkan api dan masukkan bancuhan kastad tadi. Kacau sampai betul-betul likat dan tidak berketul. Tutup api dan biar seketika sebelum dituang ke atas Layer 1 (swiss roll tadi)

Layer 3: Selepas custard layer siap, biar seketika dalam 2-3 minit. Kemudian, tabur/susun fruit cocktail (tanpa air) ke atas Layer 2 (custard layer) tadi. Kali ni, biarkan custard layer menyejuk dan mengeras. Ia tak akan jadi keras mcm jelly pudding tu, dia agak lembut. Tapi make sure betul-betul dah hilang panasnya, baru dituang Layer 4.

Layer 4: Masak Kristal Jelly mengikut arahan dia atas kot. Lagi sekali, make sure custard layer dah sejuk baru dituang kristal jelly. Kalau tak, custard layer akan bercampur dengan kristal jelly, maka tidak seksi lagi trifle kita heheee. Selepas kristal jelly dituang, biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

Ada banyak cara untuk deco trifle pudding ni. Some people letak whipping cream and lots of fruit on the top layer. Tapi sebab malas, aku skip semua decoration itu. Bukan mandatory pon tu.

Ok lah. Itu sahaja. I've shared on the facebook and emailed to officemates. Sekarang ilmu ini aku kongsi di sini pula.

Friday, July 08, 2011

January - July 2011 trip

Aku anak beranak ni kurang berjalan. Tapi tahun ni aku rasa aku banyak travel. Haha. Kalau dah naik kapal terbang atau drive lebih dari 1 jam dan keluar dari KL tu aku kira travel lah. Tak kira la balik kampung ke, kenduri kawin ke; janji keluar dari KL dan bermalam ^_^

Januari 2011
Ad-hoc plan ke Melaka sempena cuti tahun baru. Ad-hoc sebab 9 pagi baru surf Internet, looking for hotel and place to eat in Melaka. Result dapat book hotel untuk check-in jam 12 tengahari, dan kami masih di KL pada jam 10 pagi itu.



March 2011
Balik kampung masa wedding Surayya (my sister). Masa kenduri kat rumah Pasir Mas, aku balik berdua je dengan Iman, balik dengan Firefly sebab masa tu suami outstation kat Osaka. Ye, sangat risau sebab masa tu Japan kena tsunami.



Hujung bulan March, aku drive ke utara, untuk majlis bertandang kat belah Cik Mat (adik ipar baru aku), berdua je dengan Iman juga. Tapi aku singgah Simpang Pulai untuk ambik adik aku Hanif. Simpang Pulai - Manjung jauh oiiii.. Aku ingat 10-15 minit je.






Sambil menyelam, minum air. Aku ke Perlis, melawat Widad kat matrik dan singgah ke UiTM Arau. Tempat jatuh lagi dikenang. Cewah. [I was in UiTM Arau from 2000 to 2003].

July
Masuk 1hb July, kami ke Kuala Nerang, Kedah untuk wedding Faiz (sepupu suami). Tak berjalan ke mana tapi aku sempat ke rumah Cik Nie, mak saudara merangkap kakak sulung mama. Kami balik keesokan harinya dan singgah di Kulim, rumah sepupu suami. Dan, aku tak sangka it took me 2 hours from Kuala Nerang to Kulim. Balik KL kira-kira berapa habis untuk tol. Muahahaha.. amik kau, ada la RM100++. Minyak tak yah cakap la. Laki aku tu asal half tank je dia nak isi bagi penuh. So, yang tu aku lost track sikit.







Walaupon 2 kali ke utara tahun ni, tak de sekali pon aku ke belah pulau kat Penang tu. Aku nak tuntut janji. Tahun ni mesti pergi jugak. Dok hotel, then jalan-jalan cari makan, cuci mata, pegi rumah Surayya. Ok, aku ni sebenarnya rindu ngan adik-beradik. Bila dah kerja, mana nak ada cuti sekolah dah. #sedih.

Friday, February 25, 2011

Sushi at pasar malam

Hari Khamis ada pasar malam Tmn Sri Sentosa. Sebab takut sakit hati tengok Kejora & Bintang, aku decide tak mahu tengok episod hari semalam. Jadi, aku bawa Iman pegi pasar malam. Bawa dengan stroller sebab nak cepat dan tak larat weh nak dukung sambil bawak barang. Boleh tumpang letak barang dalam bakul stroller.

Banyak aku beli. Murtabak ayam x 2, bihun sup, laksa penang, mi kari (tak sedap, lain kali tak yah beli), char kuey teow (next time mintak kurangkan cili), egg tart x 2 (menyesal aku beli tapi habis jugak aku makan LOL), Ultraman (murah dan besar) dan juga last but not least ...

SUSHI.


Jangan main-main, sushi ada jual kat pasar malam. Ada banyak jenis. Siap ada California Roll lagi. Iman suka sushi, so aku beli yang paling sikit. 1 box of 8 rolls = RM2.50. Jauh lebih murah dari Jusco or Sushi King. Rasa dia sama je. So, lain kali boleh beli lagi.

Bila anak suka makan sushi, rasa macam nak belajar buat. Dalam Jr Masterchef Australia, selamba je si kembar yang tinggi tu buat sushi. Huhuu..

By the way, the picture taken using our new kamera kecik. Macam ok je. Tapi kesian pulak dslr itu. Bukan niat untuk melupakan dirimu tapi kamera kecik ni adalah impian ku sejak dulu. Tapi jangan risau, kamu tetap aku sayang. LOL.

On our note, banyak jugak kompeni P itu bagi duit poket (excluding transportation masa kat jpn nanti). Convert-convert 5k++. Nak sikit? Haha.. Ok la good nite. Doakan hari esok lebih baik dari semalam. Amin.

Saturday, February 12, 2011

Cerita Iman

Dah lama tak tulis pasal Iman. Bila tengok entry lama, banyak jugak entry.




NOTE: Kalau tak nak baca, tutup je. TQVM.

Pada umurnya 28 bulan 8 hari, beratnya tetap 10kg. Kang orang kata aku tak bagi anak makan pulak. Dah jenis badan dia tak naik. Tanya doctor pon jawapan dia sama "Dia sihat cuma dia small size. Tengok balik gambar parents masa kecik". Checked - ikut Husband.

It has been a while since Iman lulus 99% turun dan naik tangga. Tak cukup 100% sebab most of the time aku akan mintak Iman pegang something (dinding/tangga). Going up is faster than going down. Advantage - aku boleh hand-carry barang. Dulu masa Iman tak pandai naik tangga, susah nak bawak barang. Maklumlah ye, rumah tak ada lif. Apartment 3 tingkat mana ada orang buat lif pon.

Current hobi - main p-eh-p (PSP). Main as in betul-betul main. Cuma ada la a few parts yang dia perlukan bantuan such as tak tahu nak buka treasure box atau tak tahu nak lompat across the gaung. Yang ni kena tolong sebab kalau tak, nanti hero tu jatuh dalam api. LOL. Itu kalau main satu jenis game. Kalau main Ultraman, ada problem 1 je. Dia nak buat aksi angkat - pusing - baling pada yang tak boleh buat macam tu. Itu pon satu problem jugak nak kena explain bagitau yang Ultraman jenis tu tak boleh buat macam tu. Hmmm.. I don't think it is good for a 2 y.o toddler to play such games. Jadi, plan aku adalah, bagi Iman main PSP time weekend je. He has been asking for PSP since yesterday tapi aku kena cekalkan semangat dan distract dia dengan benda lain.


Gigi. Gigi bawah Iman menunjukkan tanda-tanda mahu rosak (macam kereta pulak.. LOL). Not that aku tak cuci atau beruskan gigi dia or gave him too much sweets or candy. Nope. Aku memang tak belikan dia candy or sweets. Paling manis yang ada kat rumah pon; Vitagen, yogurt, sometimes we have homemade cakes in our fridge, once in a blue moon ice-cream. Tak tahu main silapnya sampai gigi Iman boleh kuning dan dah tak elok. I feel bad. Nak-nak bila ada yang komen "Tu la, bagi makan gula-gula banyak sangat". Errkkk.. suka hati je nak komen. Cuba datang rumah aku dan buka peti ais tengok ada tak benda-benda macam tu. Komen pandai je ye.


Rambut. He had a long curly hair, until yesterday. Oleh kerana tidak tahan, aku pon bawak Iman potong rambut kat kedai mamak kat bawah rumah. RM5 je dah boleh dapat rambut yang pendek dan kemas :) Sebelum ni, ramai pulak yang cakap Iman ni perempuan. Padahal dah pakai shirt dan jeans. Dah habis 'lelaki' dah aku pakaikan dia, tapi ada jugak yang kata dia 'perempuan'. Tailor dekat rumah kata "Rambut macam perempuan". Cousin Iman cakap "Rambut Jonas Brothers". Pengasuh Iman kata "Ni kalau Isha dapat macam Li, mesti lawa". (Note: Isha adalah seorang kawan Iman di rumah pengasuhnya, berusia hampir setahun. Li adalah panggilan Iman di rumah pengasuh. Kenapa Li? Sebab anak lelaki pengasuh Iman nama Fadli, dan aku tak tahu kenapa dia address Iman as 'Li').






Tertarik kepada toddler lain dan mahu bermain bersama. Friendly I can say tapi sokmo kedekut takut orang ambik barang dia. LOL. Pandai berbaik dengan budak kecik dari dia. Kecik as in budak-budak yang baru merangkak, contohnya. Kalau dia tak bagi budak tu ambik bola dia, biasanya dia akan offer budak tu benda lain. And thank God dia tidak suka tolak-tolak budak lain sampai jahat. Haippp... behave sikit ye Muhammad Iman.


Juga budak perempuan, mesti tersipu-sipu. Terbaru masa jumpa Sofia Alani anak Rozalinda & Azwan Shahady tu. Haishh.. Dipicit-picit pipi Fifi. Nasib baik la Fifi tak rimas. Weekend hari tu Muhammad Aqid anak Bob dan Nana jadi mangsa dia. Huhuuu.. Oh tidak ye, Muhammad Aqid tu lelaki. Itu nak cite pasal Iman yang suka main dengan pipi budak lain. Kesian korang. Sorry la ye, anak auntie memang macam tu bila jumpa budak muda dari dia.





Bila aku panggil "Iman!", dia akan jawab "Ye, jap". Dan dia berlari-lari datang kat aku yang dok dalam bilik, contohnya. Hihiii... "Ye, jap" tu selalu aku yang cakap. LOL. Too cute.



Kadang-kadang, aku ajak Iman buat kerja rumah. Yang terbaru, kalau dia ada kat dapur masa aku masak, dia yang tukang ceduk beras dan masukkan ke dalam periuk, of course with my supervision. Kemas area depan tv kalau nak bentang toto pon Iman kena buat. Siapa sepahkan, dia yang kena kemas. Tapi biasanya, aku la yang kena kemas. Haha, macam la tak faham kan?


Contoh bantuan dari Iman. Ini masa hari hujan, kami sidai kain dalam rumah. Cepat pulak keringnya :)

Hmm ape lagi. Oh, Iman suka nasi lemak. Dia tak suka bihun goreng, tapi mee goreng dia boleh jugak makan. Antara fish fillet, nugget dan french fries, he prefers fish fillet. Huhuhu mahal tu nak. Betik, tembikai, pisang, apple dia ok dengan tu. Tapi kalau bagi dia isi kelapa, dia tak nak. Apesal ntah. Licin kot.


Target nak PT sebelum bulan 3 tak kesampaian. Kalau tengah practice tu, mesti bocor 2 kali. Camane ibu bekerja train yang tinggalkan anak di rumah babysitter PT anak masing-masing? A big Q.


Ok lah, tu je. Bye.

Saturday, January 22, 2011

digital photo


Aku ada masalah dengan gambar-gambar digital a.k.a digital photos. I love to take photos. Dulu sebelum ada kamera besar, aku ada kamera kecik. Selepas bertukar tangan secara tidak rasmi, aku hanya ada kamera besar dan camera phone sahaja. Masa ada kamera kecik, semua benda yg menarik perhatian aku, aku akan snap. Akibatnya, berlambak la gambar. Bila dah berlambak, pening lak kepala aku nak susun gambar-gambar tu. I categorized them by year. Yang tu dah ok tapi bila dok dalam tu, some were well organized and some not. Yang not well organized tu yg jadi headache pada aku.

Tiap kali transfer gambar kat laptop ni, Adobe Photoshop Starter Photo Edition yang akan tolong create folder. Tapi tak boleh bergantung kat 'assistant' tu 100%. Kena ikhtiar cara lain. I'll seek some ways; easy and fun yet effective *cross fingers*

For a good starting point, let's study this - Tips for organizing your digital photos.

Side note: My boy was awake for 12 hours today, without even 1 minute day nap. Jadi malam ni, seawal 8.00 mlm dia dah mintak toto dan n3n3n. By 8.15pm, dah nyenyak tidur. Tidur tanpa dinner. Dijangkakan malam ni sehingga ke subuh esok, dia akan berjaga banyak kali mintak n3n3n dan susu.

Tuesday, January 11, 2011

Melaka - Day 1

I owe myself an entry on our holiday... hmmm ke short trip? Reminder; entry sarat dengan gambar. Maklumlah, orang jarang berjalan. LOL.

Melaka - Day 1

Pagi 1hb baru decide nak ke Melaka. 10am baru terkedek-kedek nak survey hotel. Online booking for 1 night stay at Emporer Hotel. Sementara tu, layan 2 movie dan tunggu Zohor. Bila lambat gerak, lambat la sampai. Siap terlajak ke Jasin lagi. Ini kes terlepas exit Melaka. So, dari tol Jasin tu, kitorang terpaksa patah balik. Jasin ke? Ntah. Tapi tol RM2.60.

Dari tol nak masuk Melaka, kami sangat berterima kasih kepada my beloved hp's navigator. Kami selamat sampai hotel pada jam 6.00pm.

Emperor Hotel terletak di Jalan Munshi Abdullah. Maknanya, kami terlepas dari jammed yang lama & panjang yang menuju ke town itu. Despite of bad reviews from Internet, we found out that the hotel was quite okay. Ye la, ko dah bayar RM200, tak kan ko nak service dia tu macam hotel yang bayar RM1000. U get what u pay lah. Given a room at 21st floor and facing the town and sea, siapa tak suka.

Masa mula-mula sampai, ikat langsir dulu :)


Menikmati pemandangan dari tingkat 21.

Dari bilik kitorang, boleh nampak kereta yang bersusun dan merangkak dengan sangat perlahan menuju ke town. Kat sebelah kiri, we could see the Bukit China. Aku sebenarnya nak bawak Iman main pool tapi sebab dah lambat, terpaksa la postponed. Then bila menghampiri Maghrib, pemandangan lagi cantik. The sunset was so beautiful. Subhanallah.

My sunshine and beautiful sunset.

Aktiviti lain sementara menunggu malam adalah seperti berikut.

Satu; surf Internet cari tempat makan, cari information pasal Zoo Melaka (the main reason why we went to Melaka). Kami pernah spent almost 5 1/2 hours in Zoo Negara. Guess how many hours we spent in Zoo Melaka. Heheee..


Dua; explore the room. Lari sana sini. Panjat sana sini. Sambil makan KFC and asked me to take his pix. Yes, he asked me. "Ibu.. ambar" (ambar=gambar).


Tiga; posing.


Empat; main game. His fav game on my phone is car racing. Tapi dalam phone husband lagi banyak games and his favorite applications. Baru Samsung, belum iPhone lagi tu. kekekeke...



Then, we were ready for next activities - food hunting and night sight-seeing. Owhh.. before we left the hotel, aku stuck pulak depan tv. Ada Confession of Shoppaholic. Ngeee....

Left the hotel room at 8.30pm and drove to nowhere to find food. We used the nagivator to find Anjung Batu, but it showed Umbai. Tak pe lah, kami ikut je. Masa ke sana, kami nampak ada banyak kereta bagi signal dan masuk ke satu lorong. "Ehh tu mesti orang nak pegi makan. Jom kita tengok". Then off we followed the cars. Checked the navigator and it showed Sungai Duyong. I was like "Haaa.. nama kedai ni ada dalam recommended restaurant". Ngee.. Sometimes, kita kena follow instinct.

The 1st restaurant was packed with hungry people like us. So, we went to 2nd restaurant. Also packed but there's some vacant. Kami dapat meja hujung dekat sinki dan dapur. Hehe. Wait for 1 hour for our order. In the meantime, Iman enjoyed the live band performance. Tak berkelip. Risau aku kot-kot dia boring sebab kena tunggu food selama sejam. For sure dia tengah lapar sebab tak makan apa-apa dari jam 6. Ehh ada ada. Makan KFC yang bawak dari KL. Kekekeke... Btw, banyak kali jugak band tu nyanyi lagu happy birthday. Ada la dekat 5 kali. And then, ada sorang penyanyi ni, dia nyanyi lagu Marc Antonny dengan sangat sedap.

Enjoying live band performance.



Selepas menunggu sejam, food sampai tapi kami makan tak sampai 1/2 jam. Lepas tu kami ke town nak tengok Eye On Malaysia tu. Ronda-ronda sesat dalam town. Terjumpa Jonker Street. Tapi lepas setengah jam tak jumpa jugak Eye On Melaka dan kami pon balik hotel. Eh sebelum tu, kami menyinggah ke Jambatan Kg Morten dan Taming Sari Guess House. 20 minit jalan-jalan di tepi sungai, tengok bot yang masih membawa tourist dan juga tengok guess houses yang cute. Thank you Iman sebab awak sangat behave, walaupon nak bawak bantal :)

Menyeberang sungai


This is my fav house. Cantik.

u can contact this line if interested.


Sampai bilik 11.45pm. Owh, ada New Moon lak. Tak dapat tido awal sebab terpaksa tengok. Haha.. bukan terpaksa tapi choose to.

to be continued.

Saturday, December 25, 2010

Obsess, not obese

Tengok gambar dulu.

Ini masa Iman playdate dengan Ashraf. Being Iman, tengok tinti lagi excited dari tengok air yang banyak dekat pool. Lama jugak nak pujuk dia untuk masuk pool balik.


Dan yang ni pula, masa melintasi fly over dekat Giant Kelana Jaya. Bukan je Iman, aku pon macam "Fuyyyooo Iman, banyaknya crane". Iman boleh nampak sekecik-kecik crane yang kita tak perasan. Observer.



Boleh dikatakan Iman obsess dengan mighty movers. I learn their names from his sticker book. Giant wheel loader, cement mixer, truck excavator, dump truck, tractor, mobile crane, grader. Ada lagi. So far, ada 2 nama Iman panggil - beshar (besar) & tinti (tinggi).

Kerana minat anakanda ini, aku pon kadang-kadang snap gambar, bila jumpa yang clear dan dekat. Dalam henpon, hanya ada 4 gambar. Gambar-gambar ni la Iman dok tengok sehari-hari, termasuklah sekarang. Siap duduk atas riba aku lagi masa aku tulis entry ni.

Ok la. Nak layan anak. Dah dapat order "Ibu, n3n3n".

Tata.





Monday, October 18, 2010

Celebration at Zoo Negara

As in last para in my previous entry, October is our month of celebration. Kali ni tak ada potong-potong cake dah. Pokai la mak kalau asyik nak potong cake manjang :p

On the way ke klia nak ambik adik hari tu, I texted my husband. "Sempena anniversary, jom kita gi zoo. Boleh bawa Iman tengok fish besar". Kekekeke.. fish besar rimau pon ada. No lah, just joking.

So, on last Saturday, off we went. Me, husband, Iman and my adik bongsu.

Welcome to Zoo Negara.

Adult - RM25 per person
Kid below 3 years - FOC.
Camcoder fee - RM15
Insect Zoo - RM5 per entrance. So kalau pegi 10 orang, just bayar RM5 je, bukan ikut kepala.
Tram is different fee. No info sebab kami tak naik tram.






Cerita gambar di atas:

(1) Terduduk masa tengok haiwan nama emu. Terkial-kial nak bangun.
(2) He was eating RM7.90 ice-cream. So mahal. Dah macam beli baskin robbin dah.
(3) He was on his way to Ape Center. Awww. Senget-senget.
(4) Hah, ngorat. Bapak budak tu pandang sambil tersengih. Ampunkan anak saya.
(5) Dalam banyak-banyak haiwan dalam zoo, ini yang paling Iman teruja - millipede or ulat gonggok. Excited tengok kaki yang terlalu banyak kot.
(6) He fall asleep depan kandang rimau. hahahaha.. lawak lawak.


I was so cair looking at his cheeky face in the right photo.





Cerita gambar di atas:

(1) Ada ikan nama 'Berbaju'. LOL.
(2) This insect (lupa nak tengok nama dia) ate sumi jelly. So cute.
(3) Not cow, but 'Banteng'. Ada 3 warna je depa nih. And they also known as 'white-stocking'.
(4) Poor butterfly. It cannot fly anymore. The left wing broke :( No matter how hard it tried, it is impossible it can fly again. *sob sob*

Sampai jam 11 pagi, kami keluar jam 4 lebih. Agak lama. Tapi sedikit kecewa sebab tak dapat tengok elephant show. Ke tak ada? Masa tengok multi-animal show kat amphitheater tu pon Iman macam tak tau nak tengok apa. Muka boring. Tapi bila datang sea lion tu, hah, mula la "ape tu ape tu".

Despite of the hot day, we enjoyed it.

Monday, September 27, 2010

Gambar raya

During 1st raya at my mom's house.

Iman. Running happily here and there.


Till today, tak ada photo family yang proper.


Us, without 2 orang yang tak balik + sorang yang tak tahu pegi mana and arwah baba.

Saturday, July 17, 2010

mini mattress cover

I bought a 47 x 118" fabric from ik3a couple weeks ago. Ada car character. Comel. Niat di hati mahu jadikan sarung tilam Iman. Portable tilam yang boleh diangkut ke mana sahaja. This time the fabric turn to mattress cover earlier than I expected. Why? Because Iman threw up on his tilam, gara-gara tak nak makan ubat on last Thursday. So, having so many free time today, me and Iman work on this cover. Iman helped me a lot. Errr... tolong duduk atas kain so that kain tu tak bergerak, tolong ambilkan measuring tape, tolong ambilkan ruler ^_^ This is 2nd cover I made for Iman. 1st one was doraemon, yg kena muntah tu :)

Iman put teddy on the tilam as soon as I show him the tilam with new cover. He addressed the teddy as 'bibi' hahahahaha... nak adik ke Man? Lambat lagi la yang

Husband been super busy lately. Sabtu yang patut cuti pon kena kerja. Left alone at home with Iman, super tunggang langgang rumah. Kemas toy 5 min, kurang 10 sec dah berterabur balik. It is a home with a 21 month toddler. What to expect.

Let the pictures speak.

He is so into Playhouse Disney. Kalau kita tengah tengok cite lain, dia bawak remote kasi kita, mintak tukar. Kalau di'attend', Iman akan tekan button OFF. Haishhh.. gawat.

Selain pakar sepahkan toy barang 1-2 bakul, Iman expert bab hias sofa. Habis diterbalikkan. Lagi best, bila dia menyorok di celah-celah back kusyen tu.


He was chasing me. Lately, he likes to wrestling with me.

He found sock in the hill of unfold kain. Nak pakai sock dan mintak "asyut". Kemudian Iman kata "tomm". Later, kami dah pon ada kat playground. (read asyut=kasut, tomm=jom)

Friday, May 28, 2010

Bertenggek

Is it "bertenggek" the correct word? Tak tahu nak panggil apa, tapi sekarang Iman suka duduk kat arm rests sofa kat rumah ni. It is wide and just nice for him to duduk, siap berlunjur lagi.


Pic #2, eating roti sosej. Kalau side sini, Iman tengok ikan. He now can clearly show and say "fish", instead of "sshhh". Other additions to his vocabulary - mpah (tumpah), tutup, ukak (buka), ashut (kasut), shu (shoe), akuk (takut), kek (cat).


Sekarang hujan lebat. The leaking problem is not resolved yet. Kena call maintenance lagi sekali. Maybe his work last time is not 100% complete. So now, Iman happily main hujan dalam rumah.