Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Trifle

First time aku try buat trifle adalah untuk potluck jamuan hari raya office tahun lepas. Kali ke-2 aku buat adalah masa celebrate birthday Iman tahun lepas kat rumah kakak ipar.

Then aku tinggal kejap kemaruk trifle ni. Tapi lepas raya hari tu, kat office casting ada potluck raya. So, dessert je la yang sempat aku fikir. Teringat yang dah lama tak makan trifle. Jadi, aku buat 2 bekas - 1 untuk office dan 1 untuk rumah. Tapi sebab hari jamuan tu aku EL, so aku bawak ke office keesokan harinya. Alhamdulillah, licin. Tapi aku tak puas hati dengan custard layer. After tweeting around, a few Twitter friends suggested me to pekatkan lagi custard pudding tu. So, at the 4th attempt, I now found the best measurement and method. Gigih aku fikir camane nak improve trifle ni.

Kita cuci mata dulu sebelum ke resepinya :)


This is how the 3rd layer looks like. After 4th attempt, i now know how to make it, CORRECTLY! Yeayy! Err at least kena pada tekak aku.


Guna bekas ala-ala Pyrex atau kaca atau apa sahaja asalkan boleh nampak keseksian. Biasanya kalau guna bekas ni, i can make another bekas kecik. Yang ni tak nampak 1st layer. Too bad.

This is the other bekas that i've mentioned above. Nampak 3 layers. Next time, i've to cut the swiss roll thicker. Cara makan dari bekas ini adalah buat macam makan aiskrim sambil tengok tv. Hehehehe..

Beberapa detik sebelum licin. Glad u love it, kawan-kawan office.


Resepi Trifle

1 swiss roll
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
7 sudu besar gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis. 7 sudu is just fine)
5 sudu tepung kastad + 1/2 tin susu cair (bancuh sebati)
1 kotak Kristal Jelly

Layer 1: Potong swiss roll bulat-bulat. Susun atas bekas yang sesuai. Siram air fruit cocktail ke atas swiss roll. Sekadar nak melembapkan sahaja, bukan nak kasi sampai banjir. Hehe. Ketepikan.

Layer 2: Dalam satu periuk yang sesuai, masukkan susu cair, gula dan air, masak atas api sederhana. Kacau sehingga sebati. Bila mendidih, kecilkan api dan masukkan bancuhan kastad tadi. Kacau sampai betul-betul likat dan tidak berketul. Tutup api dan biar seketika sebelum dituang ke atas Layer 1 (swiss roll tadi)

Layer 3: Selepas custard layer siap, biar seketika dalam 2-3 minit. Kemudian, tabur/susun fruit cocktail (tanpa air) ke atas Layer 2 (custard layer) tadi. Kali ni, biarkan custard layer menyejuk dan mengeras. Ia tak akan jadi keras mcm jelly pudding tu, dia agak lembut. Tapi make sure betul-betul dah hilang panasnya, baru dituang Layer 4.

Layer 4: Masak Kristal Jelly mengikut arahan dia atas kot. Lagi sekali, make sure custard layer dah sejuk baru dituang kristal jelly. Kalau tak, custard layer akan bercampur dengan kristal jelly, maka tidak seksi lagi trifle kita heheee. Selepas kristal jelly dituang, biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

Ada banyak cara untuk deco trifle pudding ni. Some people letak whipping cream and lots of fruit on the top layer. Tapi sebab malas, aku skip semua decoration itu. Bukan mandatory pon tu.

Ok lah. Itu sahaja. I've shared on the facebook and emailed to officemates. Sekarang ilmu ini aku kongsi di sini pula.

Tuesday, September 20, 2011

Gembira

Early entry. Sementara masih di rumah. Ye, memang lambat pergi kerja. Semuanya sebab tengah nak tunggu makanan yang dipanaskan sejuk sebelum masuk peti ais.

Tidak boleh untuk tidak mengatakan yang aku happy dengan kehidupan sekarang. Not that sebelum ni tidak happy tapi sekarang upgrade sikit tahap gembira itu.

Gembira dapat melakukan hobi ini kembali. Dah lama tinggal. Kerana 2 buah novel yang dipinjam dari suami officemate (ye, suami) aku telah dibawa kembali ke dunia aku sendiri. Kalau sebelum ni aku hanya membeli karya Ahadiat Akasyah, kali ni aku menambah koleksi penulis lain - Aisya Sofea dan Siti Rosmiza. Ye, dulu aku menolak 100% untuk membeli karya orang lain selain AA sebab aku terlalu suka cara AA menulis. Simple. Tak berbunga-bunga. Senang cerita, tak jiwang. Sekarang, aku suka dengan storyline SR. Tak sangka, aku dah buka hati untuk penulis lain. Hahaha.. buka hati? Sebelum ni, aku banyak baca karya AS. Pinjam orang punya je. Kerana Adam & Hawa, aku buka ruang untuk aku baca karya-karya dia yang lain. Not bad. Dan, setelah dikongsi di Facebook, kawan, Aidat, recommend aku untuk baca karya Anis Ayuni. Baiklah kawan, nanti aku beli. Wah, tak de pinjam-pinjam, beli terus.

Tumpang rak buku Iman. All are mine, except for no 2 and 3 from left. And of course the flash cards. Haha. Itu anak punya. Koyak rabak.


Dan aku gembira, permata hati akan menginjak ke usia 3 tahun. In 2 weeks time. He developed so well. Hampir hilang baby talk. Tinggal lagi 20% kot. Walaupun mendapat soalan pedas seperti "Eh, dah lama kawin pon anak sorang je?" macam la jadi kudis pada aku. Kang jawab secara kurang bijak "Eh suka hati aku la. Kau ke yang bayar semua expenses anak aku?", kang ada yang tarik muka masam. Jadi, elok lah aku diam dan sengih je. Hanya Allah swt yang tahu. Lebih baik doakan kami murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Kan lebih baik.


Baiklah. Itu sahaja. Entry supaya blog ini tidak bersawang. See you when I see you. Hugs!

Monday, July 11, 2011

Dua jam sahaja

Dalam fridge ada 2 cream cheese dari 2 jenama yang berbeza - Tatura dan Philadelphia. Dah lama dah tapi seru tak datang untuk menukarkannya kepada benda lain. Hari Sabtu aku ternampak satu gambar kek dan nama dia dia 'Peach Cream Cheese Butter Cake'. So, aku surf ke blog yang ada resepinya. Satu blog yang aku rasa aku suka. Jadi, apa lagi, terus bookmark yatiememories. Credit to Kak Yatie.

Gambar tak sharp dan buruk. Hanya guna camera iPod. Malas nak ambik camera betul.



Kalau tengok gambar, macam butter cake biasa je tapi sebenarnya tak. Ada peach sana sini dan juga creamy yang aku rasa aku suka. Nak kata sedap kang macam masuk bakul angkat sendiri pulak. Tapi tu la hakikatnya. SEDAP! Haha.. ok perasan. Suami kata ok. So, ok la tu kot.

Sebelum masak elok, ada cerita. It took 2 hours for the cake to cook. Asal bunyi "TING" je, Iman berlari ke dapur nak tengok kek. Bila nampak aku keluarkan kek nak test, dia siap-siap ambik stool dia nak tengok. Then dia cakap "Nak makan kek". Lepas sejam pertama tu, aku test guna pisau. It didn't came out clean. So, aku tambah lagi 10 minit. Pon sama. Then aku perasan yang oven tu sejuk. Haa.. apekah? Aku adjust-adjust the temp. Tapi kejap nyala kejap tak. Dalam kepala dah mencongak untuk survey harga oven Butterfly. Tiba-tiba aku rasa nak check the power extension. Lepas aku betulkan, then the oven is back to normal. So, terpaksa lupakan hasrat nak beli oven baru. Tapi, boleh consider tak nak tukar ke oven yg lagi besar? Haha. Ok, tak boleh cakap, kang oven sekarang tiba-tiba rosak, haru aku.

Ok. Itu sahaja.

p/s: Nak re-organize label-label kat blog ni. Tapi tak tahu nak curi masa kot celah mana.

Sunday, March 06, 2011

Inspiration - sewing and beautiful fabrics

I'd like to start sewing back. So, for some inspirations and motivations, I blog-walking to these 2 blogs tonight: Aida and Tini. So envy. Good envy. lol. I don't know where to get some extra times from my 24 hours a day.

Tak cukup dengan itu. Menyelam ke lautan fabric yang sangat cantik - The Fabric Fairy, Sew Baby. Belum jalan-jalan ke craft and art blog lagi.

Good for them. Berkerjaya dalam sesuatu yang sangat mereka minati. I wish I could. Tapi ape kan daya, makan gaji je la buat masa sekarang. Niat tu penting.

Ok, good nite.. err morning!

Saturday, July 24, 2010

Pants

Hari ini dalam sejarah. I made 2 pants for Iman. Long (stripe blue) and 3 quarter (orange, transformed from Mc D tee).



Honestly, the stripe blue is the 1st pant that 100% completed. The early 2 pants I made for him, were halfway done. Dua-dua tak cucuk getah sebab tak ada pin yang boleh jadi medium pengangkutan getah. Ok, mari siapkan esok * cross fingers *

Frankly speaking, I want to make another one tonight but Panic Room and followed by The Bone Collector, stopped me. Dua-dua cerita tu, tak pernah la tengok sampai habis. Jadi, another seluar, save for tomorrow, InsyaAllah.

By the way, ini yang jadi bila Iman tolong cuci mangkuk lepas makan coco crunch. Nampak terkial-kial nak letak atas rak, tapi last sekali, dia letak dalam tong sampah. Mana belajar ntah.

Iman helped me cuci this mangkuk. Later on he put in the dust... on Twitpic

Husband kena kerja besok. I'm planning to stroll at pasar tani stadium. Berdua dengan Iman. 100% depends on stroller. Mintak-mintak Iman tidak mintak dipimpin (which means, nak jalan sendiri). Tolak stroller sambil pimpin tangan, is not a good idea.

Ok, itu je. Good nite.

Wednesday, July 21, 2010

Lagenda Budak Setan - part 2

Sepanjang minggu ni, Astro keep on playing preview for LBS drama series. Cool! Thanks for fulfill my request. Thank you so much.

O yeah o yeah.

Jadi, mari tunggu. Start date: 10 August. Ehhh main time Ramadhan? Huk aloh la weh.

After drowning myself into Indonesian's drama series, akhirnya ada jugak cerita dari tanah melayu untuk ditonton. Hutang Princess Hour belum dibayar. Duh.

Monday, July 19, 2010

Pinjam

Siapa ada cd or dvd seperti di bawah:
  • Princess Hour
  • My Girl
  • Full House
Please let know. Nak pinjam. Pleaseeee.

Note: All of them are Korean drama.

SCM vs FH and MG

Watched a few scenes of SCM. I want to take back my word, I guess. Tak nak tengok lah. Sarat dengan kisah-kisah sedih. Mak BW in the movie jahat gile. Tak suka aaaahhh orang-orang yang menghalang cinta nih. Hahahaha... statement kemain. Or, is it only in the first few episodes aje yg sedih-sedih?

Tak nak tengok cerita sedih. Nak yang happy-happy je. Jadi, mari layan Full House dan juga My Girl.

Friday, July 16, 2010

Sejuta Cinta Marshanda

After the BBC, I'd like to watch Sejuta Cinta Marshanda. Sedang tayang di Indonesia tapi tah zaman bila mahu ditayang di Malaysia.



Comment sikit:
  • BW berambut pendek. Earlier dia dengan rambut pendek dalam sinetron Bintang dan Kejora.
  • Asyraf Sinclair pon ada. Can he act? Hanya pernah tengok dia berlakon dalam Gol & Gincu aje.
  • The best part is BW berlakon dengan ex-awek, Chaca dan dalam tu ada boyfriend Chaca sekarang, Ben Kasyafani.
  • Most of ppl want BW and Chaca to get back together again. Sepadan sama cantik sama lawa?
  • OMG mak Delvin (BW) muka jahat gila okay.
  • Typical drama - anak orang kaya nak kat anak orang miskin. Mak orang kaya tu tak suka.
Ok, tu je nak cakap.

Thursday, July 08, 2010

Our dinner

I cannot think what to cook. Seriously. Blame the hormone. Hahaha.. no lah. Blame the BBC fever. Or is it BW. Sengal la weh. Normally, I plan (or think) the dinner during working hour. But not this week.

What happen this week, below is what we have for our dinner this week:
  • Monday - nasi putih, sup daging
  • Tuesday - nasi kerabu (beli kat pasar malam)
  • Wednesday - spaghetti bolognese. Only minced meat, pasta sauce, sliced mushroom. Paling sempoi. Ampun ya suami ku.
  • Thursday - still thinking. Tik tok tik tok.
Hey. Boleh tak laki aku kata Aditya tu macam rupa Along Raja Lawak. Yang berlakon dalam Halimah Jongang the series tu, yang nak kat Halimah tu. Ha, yang tu. Ade plak macam tu. Heheh.. laki guwa.

Monday, July 05, 2010

I can call this crazehhh

Hari terakhir kerja Jumaat lepas, balik kerja 5.30 p.m. Fetch Iman dan buat aktiviti biasa. BBC, masak, dan lain-lain. Widely awake until Subuh the next day. Baru nak lelap mata, Iman pulak bangun. Tidur for 1 hour, bangun pukul 7 a.m sebab nak siapkan sarapan untuk husband. Kena kerja pulak hari Sabtu. Off he went, Iman pulak mengamuk nak ikut. So, kami bersiap dan drove to Ikea. Reached there at 9 a.m. Aku rasa dah macam tak betul dah tapi body system masih lagi boleh bertahan.

Iman slept from Bandar Utama all the way to rumah. Felt asleep in standing position lagi.

Sampai rumah, ingat nak join Iman tido tapi I on the lappy and continue with BBC clip # 200. Ada lagi 60++ to go. A while after that, datang pulak orang nak baiki ceiling.

Yada yada... masak semua. Petang tu, tertido kejap dalam 45 min. After that sambung BBC and manage to finish up until clip #268. Malam kami ke s.Alam, reached home half game Brazil kena penyek ngan Germany. Then, stay up sampai Spain vs Paraguay habis. Tido dari lepas subuh (again) sampai kol 10.30 a.m Haha.. amik kau. 4 jam aje tapinya.


Dan malam tadi, Iman merajuk dan dia tertidur dalam bilik, atas katil, di celah-celah bantal. Merajuk sebab aku tak bagi dia main laptop. Bukan tadi bagi apa, dah pasang klip budak mana tah gelak-gelak (downloaded from youtube macam biasa), tapi tangan dia dok ketuk-ketuk keyboard macam main piano. Lepas Iman tidur, lepak ngan husband depan tv. Ada pulak cite hantu Indon. Tah camane tah aku boleh tertido. Dalam pukul 10.45 kot.

Dan aku bangun pukul 3.45 a.m. Tido la dalam 5 jam. Lepas tu, langsung tak boleh tido, jadi aku buat kerja rumah dan tengok BBC lagi sekali. Siapkan bekal Iman & husband, lipat baju bagai.

Total aku tido dari lepas kerja hari jumaat lepas sehingga hari ini, 10 jam 45 min.

This is me, bila addicted dengan satu-satu benda ~ buku or movie/drama series. Janji aku happy, rumah in control, anak & laki dapat makan, I am okay with that.

Friday, May 21, 2010

tes*co

Dah 2 kali Jumaat aku hantar husband ke masjid untuk solat Jumaat. Hari ni, I was suppose to fill my free time waiting for him to finish solat jumaat with reading. But it was so hot out there so, I dragged myself to tes*co sh4h 4lam to find some groceries.

Melilau ke vege area, banyak box kosong. Sayur tak banyak pilihan. Even timun batang pon tak ada yang elok. So, terpaksa ambik yang organic yang a bit mahal.

Aku melilau lagi mencari ikan bilis. Hmmm... mana mana? Tak jumpa.

Apesal ek? Tak ada orang order kah? Ke sudah habis? Pernah ke Mydin USJ? Kalau ada peluang, cuba masuk bahagian meat & vege. Fresh dan banyak. InsyaAllah.

Husband will be on o.t tomorrow and the day after. So, Iman, apa kita nak buat kat rumah? Tak boleh jalan-jalan sebab Ibu belum gaji. Ahad baru gaji. Kalau gaji masuk Ahad, ok gak, tapi biasanya if Ahad, the transaction will be made on Monday. Hmmmmm....

Let's sew lah Iman. Help me, okay? Help me to finish momo3 cover :) Sambil catch up AI. Crystal vs Lee. Hmmm.. Saya suka Crystal. Dengar cerita AF final esok. Pertama kali tak tahu menahu pasal AF. Dan hari ni, dah habis download adamaya. Catch up sket mana scene yang tertinggal.

Ok, itu aje.

Thursday, May 20, 2010

Lagenda Budak Setan

Saya suka!

Saya suka karya Ahadiat Akasyah. Semua.

Semalam ada Mertua vs Menantu. Kali ni, ada Lisa Surihani (LS) dan Farid Kamil (FK). Husband aku kata "Mana datang orang-orang ni? Dulu tak ada pon?" Hehe.. he has a point there. Obviously their role are create for the sake of ... (fill in the blank). Tapi tak apa la, jangan overshadow watak Nurul Ain, Rosyam dan the datin mommy sudah.

Husband kata lagi, "Ha, tu, budak setan." He's referring to FK. FK featured in Lagenda Budak Setan the movie.

Lagenda Budak Setan adalah old best-seller novel by Ahadiat Akasyah. My youngest aunt read this novel when I was kid. Aku selalu gak menyibuk belajar mengeja kat novel tu, sambil conteng-conteng here and there. Time passed by, and when I was 19, my-then-boyfriend-now-husband bought me the thickest novel I ever have (minus Harry Potter). Heh. Nostagia tu. Kasyah, Ayu, Azmi, later ada Katerina. Katerina came in another novel, Katerina. Katerina is Kasyah's love after Ayu died. Tak sure dalam movie ni, ada watak Katerina atau tak.

My expectation is high on this movie. Harap-harap, tak mengecewakan. Or else, aku akan frust. Emo. You know, when you grow with something (like Transformers), of course you know every single thing about it. So, bila movie Transformers keluar, of course you expect something from it. Sama la expectation aku towards Lagenda Budak Setan. Harap-harap, FK tidak mengecewakan. He can act. LS? Boleh la, walaupon ada kayu sikit-sikit. Fazura? Hmm.. she's fine. I am ok with her. Haha poyo. I bet Fazura pegang watak Ayu lepas Ayu buat plastik surgery due to car accident.

Jangan kelentong lebih-lebih bila buat adaptation based on my all-time favorite novel.

Sekian.

Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas II

Malam tadi tak tengok habis. Dah selamat tertidur masa 1st game second regu kita. Tapi untuk 3 game sebelum tu, I enjoyed it! Very.

Paling suka tengok Choong Han. Walaupon kalah, tapi Choong Han main extra semangat dari masa lawan Japang. Rasanya kalau dia main macam tu masa ngan Japan, dia boleh menang. Nak kalah, biarlah lepas fight dan kalah dengan bermaruah. Saya sangat bangga dengan Choong Wei. Macam tu la player Malaysia.

Tapi lawan China. Hmm.. harapan ada? Dengan regu kita yang montel-montel itu? Hmmmmm....

Wednesday, May 12, 2010

Piala Thomas I

Malam tadi ada game. Aku ngan Iman tengok Msia lawan Jepun. Bersorak-sorak depan tv dengan Iman. Husband tengah review kanji-kanji yang dia buat, tanpa menghiraukan kami anak beranak yang tengah bersorak-sorak.

Me: Out!
Iman: Ouchh..

Me: Lima (5) - Satu (1)
Iman: Atuuu.

Me: Yeay!! Tepuk Iman tepuk.
Iman: *tepuk tepuk*

Tapi lepas satu demi satu kalah, aku hilang mood mau tengok. Apetah lagi melihat last player kita yang sangat lemah gemalai. Aku expect nak tengok smash tajam tadi dia tapi yilek. Banyak score free-free kasi kat japang. Sangkut kat net masa nak serve? Apekah itu? Aku tak boleh terima. Main atau main-main semorang?

Last-last, masuk dapur goreng udang. Lepas tu tengok Kimora. Lagi bagus. Cantiknya bilik Aoki & Ming. Siap ada slide bagai :)

Thursday, April 22, 2010

Full House

Now, my music player is playing one of my all time favorite song ~ soundtrack Full House, Korean drama yang paling aku suka.

And now, feels like watching Full House.

On AI8, the only reality program yang aku rasa masih valid dan relevant (i dont watch AF anymore, walaupon pengetua dia norman ~ yeaahh, aku suka KRU), i missed the Crystal Bowersox performance last night. Time dia perform, aku sibuk attend Iman kat dapur. Ye, u read it right, kat dapur. He is my 'assistant', peneman aku di dapur. Back to ms Bowersox, let's pray for her to stay in the show. Lagi bagus kalau dia dapat masuk final. Extra bagus kalau dapat jadi the next winner :)

Sunday, March 14, 2010

cream cheese day

Dah lama beli tart casing dari mama fami. Cream cheese pon dah lama beli tapi masih tak sempat nak buat filling. Semalam, dengan azam untuk mengosongkan peti ais, buat jugak filling untuk casing tart tu.

Tart casing ada 50 pcs. Tapi bila buat cream cheese filling, terlebih pulak. Jadi, terpaksa buat roti. Tapi untuk letakkan filling dalam bun, tak semudah yang digambarkan. Susahnya la weh. Dah 1st time buat bun, letak filling out. Memang out. Tapi nasib baik masa bakar tu, cream cheese tu beautifully melted in the bun. Mak suka. Maka, dengan left-over cream cheese tu, dapat la dalam 7-8 biji cream cheese bun and a loaf of cream cheese bread.

Tapi ada lagi balance. Leave it for a moment, sementara fikirkan nak buat apa dengan baki tu. Masa tengah teman Iman main buai, tiba-tiba terfikir nak campur cream cheese tu dalam adunan pancake. Dah lama tak buat pancake , maka, siaplah adunan untuk pancake a.k.a lepeng versi cream cheese :)


Monday, March 01, 2010

Hello

Hanya sekadar mahu membuat catatan:

On new cushion
  • Kami tempat kusyen baru sebab kusyen lama dah rosak.
  • Kami custom-made. Measure old cushion, made our own design. 2 pieces only. Sit cushion je. Back cushion ok lagi. Masih sihat.
  • Kami tempah kat kedai perabot kat kgMelayuSubang. Sana ada banyak kedai perabot. Kalau rajin keluar masuk kedai, we might get cheaper. Perabot2 pon cantik2 dan harga affordable.
  • Price. Taktau mahal ke tak sebab ini 1st time custom-made. Cushion itself RM450. Extra cover RM550. There goes darling husband $$$
  • Material for cover chosen by husband. It's velvet. RM50/m. I was like "apeda mahal sgt".
  • Siap cepat, in 2 weeks kot. Consider cuti cny yg panjang, cepat la tuh.
  • Seeing the result, we are satisfied. Kemas dan cantik. Iman pon suka. haha. Ada kaitan?
On Iman
  • he'll turn 17 month this week.
  • Hari ni nenek pengasuh dia tak ada, balik Kedah. So, hantar dia rumah anak dia. Nasib baik dekat je dengan rumah.
  • Last friday, 1st experience jogging dgn Iman. Mula-mula Iman jogging. Then lepas 1 round, jumpa kucing. Main dengan kucing. Lepas tu tak nak jog, I've to carry him to car to take his stroller. Then, i jogged with the stroller. On the way balik, a chinese grandpa baru habis buat tai chi tegur, "He jogged just now", and smiling to us :)
On dapur
  • i made chili crab. Pat on my shoulder darling husb~~
  • Selepas beberapa kali "Abg, jom la cari ketam", husband bought me ketam @carrefour. How nice. He's willing to potongkan ketam tu @home.
  • After seeing BEST-Wan @AFC (chef wan masak food utk cny), ha, ape lagi, terus masuk dapur dan masak.
  • Takde sukatan, tapi result dia ok lah. Haha perasan.
  • Last week buat dorayaki. Beli kat summit RM4.50 for 3 pcs. Mahal tu. Buat sendiri lagi puas hati. Iman pon boleh buat bekal.
On isu dera budak 3 tahun sampai mati
  • Wah, kemain si emak tu bersekududukan sampai ada seorang atau lebih anak luar nikah
  • Btw, TIDAK LOGIK kalau dia tak tahu anak dia kena dera. Loser.
  • Takyah la nak mintak bantuan kebajikan masyarakat. Sumbat je penjara. Insap sendiri dalam hotel besi.
On family
  • InsyaAllah, kalau takde aral apa2, my 2 lil sisters are getting married and engaged.
  • They're 27 and 25, accordingly :)
On fb
  • Cw - I need more barang untuk spice rack
  • Fv - More barang pls. Other than harness and horseshoe.

Tu je lah untuk kali ini.

Monday, February 22, 2010

Bowling

Sabtu lepas, aku ke summitUSJ. Ada bowling. Sepatutnya Iman tak ikut. Tapi Husband ada emergency kat tempat kerja. Kat tempat kerja husband kena ada ID baru boleh masuk. Iman takde ID, so, Iman pon terpaksa ikut aii. Haha kidding.

I should thank Iman for his good behave masa dalam kereta, all the way to summit. Walaupon ada beberapa attempt untuk keluar dari car seat, he managed to be handled. Fuhhh.. lega den.

Tak banyak pic sebab aii busy baling bola. So, ada la beberapa keping here.



Ini awal-awal sampai. He kinda teruja tengok banyak bola warna-warni dan boleh yg laju bergolek dan melanggar pin2. Dan selepas beberapa ketika, ada percubaan untuk masuk ke lane. Hmmmm...



Ini dah nak balik dah. Kol 12 lebih. I like pray all the time for Iman not to be cranky, or meronta-ronta mintak n3n3n or mahu ditepuk2, dipeluk, dibelai untuk tido. Alhamdulillah. Allah The Mighty knows that I am husbandless to look after Iman. Syukur.

Sleep with sun shade. Haha.. silau?

Ohhh i thanked to my team members - irhan & sha, dan beberapa orang lagi. Sebab tolong tengokkan Iman masa aiii tengah baling bola. hehehe..

Sunday, February 07, 2010

baking on weekend

I want to bake but don't have chance and time. Kadang-kadang got time but not enough. Ape-ape je la. Ni pon nak buat filling tart tapi tak buat-buat lagi. Tak ada whipping cream. Oh, the tart casing made by mama FaMi. RM17+1 per 50pcs. Iman dah makan 2 pcs tanpa filling. Sedap gak takde filling pon :) Oh, 1st time jumpa mama FaMi. She's so friendly & nice.

Semalam lepas balik dari tempah kusyen kat kedai perabot @kG Melayu SUbang, I quickly uli tepung untuk doh pizza. Hasilnya dapat la 3 keping medium size pizza. Takde gambar sebab seme dah habes. Ada gambar Iman tengah makan pizza. He loves it! Happy betul tengok dia makan. Kali ni, pizza letak sosej & pineapple banyak2. Beli je pineapple in can. Try guna yang Ayam brand. Ok gak tu.



Selain pizza, me bake banana muffin. Pakai Pillsbury quick bread (banana). Bought the instant few weeks ago. Baru hari ni buat. Guna muffin paper cup tapi bila bagi Iman makan, habis berterabur. So, I decide to make mini version. Better than bagi muffin yang debab tu.




Headache la plak. Tadi tertido masa nak tidokan Iman. I cannot take day nap. If not, headache. Sakit denyut-denyut. That's why i have to sleep early at night. Takde tido siang.

Ok, that's all. The 2 boys are sleeping and me want to cook some lunch.