Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan

Sup Cendawan ~ Mushroom Soup

Sup cendawan cicah dengan french bread, makan panas2, sedapnya..

Bahan-bahan:

250g cendawan butang segar ~ hiris nipis / cincang halus
1 biji bawang besar ~ potong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
50g butter
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan krim
1 liter susu segar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit hirisan daun bawang dan daun sup
Garam secukup rasa dan sedikit gula

Cara penyediaan:

1. Panaskan periuk, masukkan butter dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan cendawan dan goreng sehingga keperangan. Lebih kurang 5-6 minit.
3. Masukkan tepung dan kacau rata.
4. Kemudian masukkan susu segar, kacau rata dan biarkan mendidih.
5. Kisar sup dengan menggunakan hand blender. Kalau tak ada, masukkan ke dalam blender dan kisar sehingga hancur.
6. Panaskan semula sup (masukkan semula ke dalam periuk dan panaskan).
7. Akhir sekali masukkan krim, garam secukupnya dan sedikit gula.

*** Kebanyakan resepi sup sebegini menggunakan stok ayam, tetapi saya lebih suka membiarkan makanan dgn rasa yg asli. Ini adalah atas saranan suami kerana katanya "dengan meletakkan perasa tambahan dalam makanan, ianya serba sedikit akan mempengaruhi cara kita berfikir"..


.... Sedia dihidang ....

Sup Daging Rusa

Sup ni antara menu yg sempat dimasak semasa bercuti di m'sia baru ni. Balik pun masak yg ringkas2 aje sebab banyak lagi agenda lain yg nak di buat..

Bahan-bahan:
500 gm daging rusa ~ dihiris
Rempah tumis 4 sekwn 1 inci kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 2 biji pelaga
4 ulas bawang merah**
2 ulas bawang putih**
1 inci halia**
1 sudu kecil lada hitam**
**ditumbuk
1 sudu mkn rempah sup
2 biji kentang ~ belah 4
Garam
Sedikit daun bwang & sup serta bawang goreng
Sedikit minyak
Air secukupnya.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis dan kacau hingga harum. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk**, rempah sup dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan daging tadi dan gaul rata. Tuang air secukupnya dan masak daging sehingga empuk (biasanya daging rusa lembut dan tak perlu masak lama)
3. Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang lembut, tambah garam secukup rasa.
4. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng.

Sup Ketam Al Rahba City

Bahan-bahan:
Ketam
Bawang besar ~ dihiris
Halia ~ ditumbuk
1 biji tomato dibelah 4
Daun sup dan bawang goreng
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa dan sedikit serbuk pati ikan bilis(kalau suka)
Air.
Cara penyediaan:
1. Ketam dibelah 2 dan dibersihkan.
2. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan bawang dan halia.
3. Apabila air mendidih, masukkan ketam dan tomato biarkan seketika.
4. Letaklah serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Angkat dan letaklah didalam mangkuk.
6. Bolehlah dihidangkan dengan ditabur daun bawang dan bawang goreng. Maaflah ye masa buat ni i tak de daun bawang dan bawang goreng..
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.