Showing posts with label TELUR. Show all posts
Showing posts with label TELUR. Show all posts

Friday, 24 October 2014

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK BERTOMATO

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK BERTOMATO
Bahan-Bahannya:
4 biji telur itik - dicuci bersih dari segaka kekotoran
4 biji tomato - dibelah dua
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat-siat
Semangkuk santan pekat
2 keping asam gelugor
Garam

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
1 1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali (saya guna kuali supaya mudah nak mengendalikan telur nanti). Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan santan (jika pekat sangat, boleh tambah sedikit air).
  3. Masukkan asam gelugor dan daun kunyit. Kacau selalu hingga mendidih untuk mengelakkan santan pecah.
  4. Bila sudah mendidih, kecilkan api sedikit. Pecahkan telur itik sebiji demi sebiji di tempat yang berlainan. (Waktu ini, masakan jangan dikacau supaya telur tidak hancur)
  5. Masukkan tomato. Biarkan mendidih sebentar.
  6. Bila sudah nampak tomato layu sedikit, kacau perlahan-lahan sudip pada dasar kuali untuk melengkangkan telur dari kuali. 
  7. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.
  8. Tutup api dan hidangkan.



Friday, 29 November 2013

KARI TELUR

 KARI TELUR
Bahan-Bahannya:
5 biji telur rebus
2 biji kentang - dibelah 8
4 sudu makan serbuk kari daging FAIZA
1/2 sudu makan asam jawa + 2 cawan air
2 pelepah daun kari
Garam
Perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1/2 inci halia
1 sudu makan udang kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

 Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari yang sudah dicampur dengan sedikit air dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa. 
  4. Masukkan kentang dan telur rebus. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam dan perasa. Masak hingga kentang empuk dan kuahnya pekat.
  6. Tutup api dan hidangkan.


Saturday, 23 November 2013

TELUR MASAK KICAP BLACKPAPER

TELUR MASAK KICAP BLACKPAPER
Bahan-Bahannya:
4 biji telur - digoreng mata kerbau
4 sudu makan kicap lemak masin (saya guna kicap cap angsa merah Rohaya)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - potong serong
4 sudu makan air
Sedikit serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
**Kalau tiada serbuk lada hitam, boleh guna 1 sudu makan lada hitam biji yg ditumbuk sekali


Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan serbuk lada hitam.
  2. Masukkan kicap, bawang besar dan cili merah.
  3. Masukkan air. Kacau rata.
  4. Perlahankan api, masukkan telur satu persatu sambil di salut dengan kuah kicap.
  5. Tutup api dan hidangkan.



Friday, 11 October 2013

SAMBAL TUMIS TELUR

SAMBAL TUMIS TELUR
Bahan-bahannya:
10 biji telur - direbus hingga masak dan dikupas kulitnya.
6 sudu makan cili kering kisar
1/2 sudu makan asam jawa - dicampur dengan secawan air untuk dijadikan air asam jawa
1 biji bawang besar - dipotong bulat kasar
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1 sudu makan udang kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng telur rebus hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
  2. Kurangkan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  4. Masukkan air asam jawa. Kalau pekat sangat boleh tambah lagi air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan telur dan bawang besar. Kacau rata.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Masak hingga sambalnya agak pekat.
  7. Tutup api. Hidangkan. 


Thursday, 27 June 2013

GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-BELIMBING BULUH

GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-BELIMBING BULUH
Bahan-bahannya:
6 biji telur itik - dibasuh dan dicuci telur untuk menghilangkan kekotoran pada kulitnya
2 kotak kecil santan pekat
2 kotak kecil air
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dibuang tulang daun dan dihiris halus
10 biji belimbing buluh - dibelah dua
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1/2 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Saya gunakan kuali supaya mudah semasa proses memecahkan telur, untuk elak telur hancur.
  2. Masukkan bahan tumbuk, serai dan secawan air ke dalam kuali. Masak hingga airnya kering. (Tujuannya supaya cili masak dan tidak mudah sakit perut).
  3. Masukkan santan dan air. Masak guna api sederhana dan sentiasa dikacau untuk elak santan pecah. Bila santan sudah mendidih, masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi hingga kuah mendidih sekali lagi. (Pastikan sentiasa dikacau).
  4. Perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu di tempat yang berlainan. Biarkan sehingga telur masak. (Tak perlu kacau kuah sehinggalah telur sudah keras). Perlahan-lahan dan berhati-hati, masukkan sudip ke dasar kuali supaya telur tidak lekat pada dasar kuali. 
  5. Bila telur sudah masak sempurna, tutup api dan hidangkan.


Tuesday, 27 November 2012

TELUR DADAR STAIL GERAI



TELUR DADAR STAIL GERAI
Bahan-Bahannya:
4 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh mayonis
1 biji cili merah - dicincang halus
1 biji bawang besar - dicincang

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan dan gaul rata.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Dadarkan telur.
  3. Kecilkan api, tutup kuali hingga bawah telur kuning keemasan.
  4. Terbalikkan telur. Masak lagi hingga telur masak.
  5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Monday, 12 November 2012

SAMBAL TELUR SCRAMBLE

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua ye... resepi sambal telur scramble ni adalah resepi anak sedara lelaki saya Iswandi Sukar... Sambal telur scramble ni memang simple sangat, tapi sedap sangat terutama bila makan dengan nasi yang panas-panas. Ada pulak ikan kering goreng atau ikan pekasam goreng... Ermmmm... memang boleh bertambah-tambah makan nasi... Kalau ada orang datang, memang buat derk ajelah... hahaha... Ok.. Jom! kita jengah-jengah resepinya...

SAMBAL TELUR SCRAMBLE
Bahan-Bahannya:
5 biji telur ayam
5 sudu makan cili kisar
2 biji bawang besar - potong baji
sedikit air asam jawa
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu makan udang kering

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Masukkan bawang besar yang dipotong baji. Masak hingga bawang layu. Angkat dan ketepikan.
  5. Menggunakan kuali yang sama, Masukkan sedikit minyak dan panaskan.
  6. Masukkan kesemua biji telur. Kacau hingga hancur dan menjadi scramble egg.
  7. Masukkan semula sambal tumis tadi ke dalam kuali berisi scramble egg tadi dan kacau rata.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Sunday, 11 November 2012

SWEET SOUR TELUR

SWEET SOUR TELUR
Bahan-Bahannya:
5 biji telur - digoreng mata kerbau

3 keping nenas - dipotong dadu
1 biji bawang besar - di belah dua dan dimayang kasar
2 biji cili merah - dihiris serong
2sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 mangkuk taufu fa air
Daun bawang dan daun sup - dicincang
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam
Gula




Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1biji bawang besar



Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, kacau rata.
  4. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan nenas. Biarkan masak sebentar. Rasa masam dan manisnya.
  7. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau rata. Tutup api.
  8. Curahkan atas telur goreng tadi. 
  9. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, 27 August 2012

TELUR MASIN GORENG DADAR

TELUR MASIN GORENG DADAR
Bahan-bahan:
2 biji telur masin
2 biji telur ayam
1 biji cili merah - cincang kasar
1 biji bawang besar - potong dadu
sedikit daun sup - cincang

 Cara-caranya:

  1. Pecahkan telur masin ke dalam mangkuk, hancurkan kuning telurnya menggunakan garfu.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk telur masin tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan cili merah, bawang besar dan daun sup. Gaul rata,
  4. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali. Tuangkan telur dan masak menggunakan api yang perlahan hingga kekuningan.Terbalikkan telur dan masak lagi hingga masak.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati..


Wednesday, 27 June 2012

GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-REBUNG

GULAI LEMAK CILI API TELUR AITIK-REBUNG
Bahan-Bahannya:
5 biji telur itik - dicuci bersih
2 batang serai - dititik
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugor
Rebung jeruk - dihiris
2 helai daun kunyit - diracik

Bahan Tumbuk:
2 inci kunyit hidup
Segenggam cili api


Cara Masak:

  1. Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air ke dalam periuk. Masak hingga menggelegak.
  2. Masukkan santan cair dan rebung. Masak lagi hingga menggelegak dan rebung nampak lembut.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Perlahankan api, pecahkan telur sebiji demi sebiji di tempat yang berlainan dalam periuk. Siramkan telur dengan kuah yang menggelegak tu hingga nampak agak masak.
  5. Masukkan santan pekat, asam gelugor dan daun kunyit. Kacau  sentiasa dengan berhati-hati  supaya santan tidak pecah lemak dan telur tidak hancur hingga mendidih. Rasa garamnya. Jika kurang masin tambah lagi sedikit garam.
  6. Sedia untuk dihidang.


Friday, 15 June 2012

TELUR GORENG DADAR

TELUR GORENG DADAR
Bahan-bahannya:
3 biji telur ayam
1 biji cili merah - dicincang kasar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah.

Cara:
Di dalam mangkuk, gaul sebati semua bahan dengan menggunakan garfu.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
Masukkan adunan telur ke dalam kuali, masak menggunakan api yang perlahan aje.
Bila bawah telur sudah kekuningan, terbalikkan telur. Biar hingga masak. Bolehlah dihidangkan.

Friday, 8 June 2012

TAUHU TELUR_SOTONG TUMIS KICAP


TAUHU TELUR_SOTONG TUMIS KICAP
  1. 3 tiubTauhu telur dipotong 3 atau 4 dan digoreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. 
  2. Kurangkan minyak dlm kuali. 
  3. Tumis 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar yg telah ditumbuk hingga wangi. 
  4. Masukkan 3 sdb cili sos & 3 sdb tomato sos, tumis hingga terbit minyak. 
  5. Masukkan kicap. Tumis lagi.. 
  6. Masukkan sotong yg telah dipotong2.
  7. Masukkan garam dan sedikit perasa, gaul hingga sotong masak. 
  8. Masukkan tauhu telur tadi, Gaul rata. 
  9. Masukkan daun bwg yg dipotong 1 inci pjg.. Gaul sat. Dah siap...




Monday, 4 June 2012

TELUR MASAK KICAP LADA HITAM

TELUR MASAK KICAP-LADA HITAM

Goreng 6 biji telur mata kerbau...
Mayang kasar bwg besar, dan potong memanjang cili merah. Tumis dlm kuali bwg besar dan cili hiris tadi, masukkan kicap, serbuk lada hitam dan sedikit perasa. Kacau hingga kicap agak pekat. Tutup api. Masukkan telur sekeping demi sekeping ke dlm kuali sambil di gaul dgn kuah kicap. Buat hingga habis. Sedia utk dihidang...



Sunday, 3 June 2012

TELUR MATA KERBAU BERKICAP

Resepi yang mudahkan? Tapi resepi mudah inilah pembuka selera bagi sesiapa yang kurang selera makan.
Nak tau cara saya masak TELUR MATA KERBAU BERKICAP ni.. Jom! Follow saya..


 TELUR MATA KERBAU BERKICAP
Cara-caranya:

  1. Dalam kuali, panaskan 2 sudu makan minyak. (Jangan letak minyak banyak2 tau, nanti kicap tak mau lekat kat telur...)
  2. Pecahkan sebiji telur. (Guna api yang perlahan aje..). Bila putih telur sudah mula masak, masukkan sedikit kicap di atas kuning telur tu. (lebih kurang 1 sudu teh sahaja, kicap pula ikut selera masing2 nak guna kicap lemak masin atau kicap manis. Kalau kicap manis boleh la bubuh lebih sikit).
  3. Terus masukkan secubit serbuk lada sulah dan secubit serbuk perasa.
  4. Terbalikkan telur (kalau suka kuning telur tu cair, biarkan telur tu seminit aje dan terus terbalikkan semula dan terus angkat). Sedia untuk dinikmati...



Resepi yang ringkas tapi sedap.

SELAMAT MENCUBA