Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Wednesday, 23 November 2016

KEK CREPE COKLAT OREO

KEK CREPE COKLAT OREO
Bahan-bahan untuk crepe:
6 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/3 cawan butter yang dicairkan
1 sudu teh esen vanila
50g gula kastor
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan serbuk koko
Cara membuat Crepe:

  1. Pukul telur, air dan susu hingga sebati. Masukkan esen vanila dan butter cair. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan gula, tepung dan koko. Kacau rata. (Selepas step ini, saya masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga sebati).
  3. Menggunakan non stick pan, panaskan. Masukkan 1 senduk adunan. Buat seperti lempeng. Tak perlu terbalikkan lempeng. Bila atasnya sudah masak, terus angkat masukkan dalam pinggan. (Saya tak guna sudip untuk angkat crepe. Cuma terbalikkan pan atas pinggan. crepe akan jatuh elok atas pinggan tanpa koyak).
  4. Ulang langkah (3) sehingga adunan habis.

Bahan Untuk Topping:
2 cawan Non Dairy whipping cream
Biskut Oreo (Dibuang cream dan dihancurkan) - atau beli yang dah siap hancur di Kedai Bakery

Cara Melapis Crepe:

  • Lapiskan crepe dengan whipping cream. Taburkan dengan biskut oreo. Ulang langkah ini hingga habis.
  • Akhir sekali, salut kek coklat crepe dengan whipping cream. Hias ikut selera masing-masing. 


KEK BUTTER ORANGE - STRAWBERI

KEK BUTTER ORANGE - STRAWBERI
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan marjerin
1 cawan gula
5 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan pes orange emalco
1 sudu teh esen strawberi
1 sudu teh pewarna pink

Cara-caranya:

  • Masukkan ke dalam mangkuk adunan marjerin dan gula. Pukul hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila. Pukul hingga rata.
  • Ayak tepung gandum dan baking powder. Masukkan ke dalam mangkuk adunan sedikit demi sedikit. Kaup balik hingga adunan tergaul rata.


  • Bahagi adunan kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian dicampur dengan pes orange. Gaul hingga rata.
  • Satu bahagian lagi dicampur dengan esen strawberi dan pewarna pink. Gaul hingga rata.
  • Griskan loyang dengan marjerin, kemudian ditaburkan dengan sedikit tepung gandum. Buang lebihan tepung gandum di dalam loyang tu. (Tujuannya supaya kek tidak melekat diloyang setelah masak nanti)
  • Masukkan adunan kek berselang seli.
  • Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit.


Thursday, 13 November 2014

KEK PANDAN KUKUS


KEK PANDAN KUKUS
Bahan-Bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
1 cawan gula
1cawan minyak masak
1/4 cawan air daun pandan - (5 helai daun pandan dikisar dan ditapis airnya)

Cara-caranya:
  1. Didihkan air kukusan.
  2. Sambil menunggu air kukusan mendidih, ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
  3. Kisar telur, gula, minyak masak dan air pandan menggunakan speed maksimum hingga kembang. (lebih kurang 10 - 15 minit).
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikisar menggunakan speed paling perlahan sehingga sebati.
  5. Lengserkan loyang dengan sedikit minyak masak . Masukkan adunan tadi.
  6. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit. (Pastikan tudung periuk kukus dibalut dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.)
  7. Bila kek sudah masak, keluarkan dari kukusan dan sejukkan.
  8. Sedia untuk duhidangkan.


Tuesday, 13 November 2012

KEK SARANG SEMUT



KEK SARANG SEMUT
Bahan-Bahan 1:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu makan planta

Cara-caranya:
Masukkan gula ke dalam periuk.

Masak gula hingga cair dan berwarna perang.

Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Masa ini kena berhati-hati ye kerana gula yang panas akan memercik bila dituang air panas. Sebab itu kena tuang air panas tu sedikit demi sedikit. 
Bila gula sudah sebati dengan air, tutup api.

Masukkan planta dan kacau hingga planta larut sekata. Sejukkan.

Bahan-Bahan 2:
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu pekat

Cara-caranya:
  • Ayak tepung + soda bikarbonat. Ketepikan.

Pukul telur hingga kembang. Gambar atas ni belum kembang ye.. 

Ha! yang ini baru dikatakan kembang....

Bila telur sudah kembang, masukkan susu pekat dan kacau hingga rata. (Guna speed rendah je..)
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus dipukul rata. (Juga guna speed rendah je..)

 Akhir sekali, masukkan air gula yang sudah disejukkan tadi. Pukul sebati.
Perapkan adunan ini selama 2 hingga 3 jam.

 Setelah 3 jam, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan. 
Masukkan ke dalam oven suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak. 
Kali ini saya gunakan magic pan vantage. Jadi tak perlulah digriskan. Lepas masukkan adunan, saya bakar di atas dapur gas menggunakan api yang paling perlahan. Biarkan tudung pan terbuka.

 Selepas 15 minit, adunan akan mendidih. Biarkan aduna habis mendidih, baru tutup tudung pan. Biarkan selama lebih kurang 5 minit atau hingga atasnya kering. Boleh juga kalau mahu terbalikkan pan ni untuk bakar di atasnya sebentar. 

 Inilah hasilnya KEK SARANG SEMUT SAYA...
Rasa-rasanya, semut akan confius tak tengok sarang ni? hehehe..

Sunday, 30 September 2012

APAM DEWA

APAM DEWA
Bahan-bahannya:
6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete (optional)
1 sudu kecil esen vanila (optional)
2 cawan tepung gandum

Cara Membuat:

  1. Didihkan air dalam periuk kukus.
  2. Sementara itu, lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
  3. Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga betul-betul kembang dan adunan naik 2 kali ganda. (Saya pukul guna speed maksimum selama 15 hingga 20 minit)..
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.
  5. Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.
  6. Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah sehingga semua warna adunan habis.
  7. Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah adunan. Buat kepada empat bahagian.
  8. Kukus apam selama 40 minit menggunakan api sederhana.


Friday, 28 September 2012

CHOCOLATE LAVA

CHOCOLATE LAVA
Bahan-bahannya:
2 cawan dark chocolate yang dicincang - saya guna chocolate compound
12 sudu besar mentega cair
4 biji telur
6 sudu besar gula halus
6 sudu besar tepung - saya guna tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
Secubit garam


Cara-caranya:
  • Griskan acuan cupcake dan taburkan dengan sedikit gula halus. Ketepikan.
  • Panaskan oven pada suhu 160'C selama 10 minit. Masukkan mentega yang telah dicincang. Biarkan sehingga mentega cair.
  • Campurkan mentega cair dengan dark chocolate dan cairkan dengan menggunakan kaedah double-boiled. Apabila chocolate telah cair, alihkan dari api dan masukkan serbuk coklat. Kacau hingga rata. Ketepikan.

  • Pukul telur dan gula selama 3 minit menggunakan kelajuan medium.
  • Masukkan adunan chocolate tadi.
  • Masukkan pula tepung dan secubit garam, Gaul sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan yang telah digriskan .
  • Masukkan ke dalam freezer selama 5 minit.
  • Setelah cukup 5 minit, keluarkan dan terus bakar di dalam oven selama 11 minit. Kek ini tidak boleh dibakar melebihi 15 minit.
  • Keluarkan dari oven, biarkan selama 3 minit dan bolehlah dinikmati.



Friday, 14 September 2012

KEK ORANGE

Hi! Kawan-kawan... Ha,,, jangan terkejut ye... Baru nak berjinak-jinak dengan membaking kek.. Hasilnya memanglah tidak begitu memuaskan. Tapi sebagai permulaan, bolehlah... Cuba-cuba juga untuk mendeko kek... Hahaha.. macam lukisan budak2 sekolah aje kan? 

Apa-apapun, jom! kita semak2 resepi kek orange saya kali ni.

 KEK ORANGE
Bahan-bahannya:
500g telur
240g gula kastor
250g tepung naik sendiri
100 ml air
26g ovelette
120g mentega cair/ minyak jagung
2 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil perisa orange emalco

 Cara Membuat:

  1. Griskan acuan dengan mentega kemudian ditabur dengan tepung gandum hingga rata. Buang lebihan tepung dengan menghentak perlahan acuan secara terbalik. Ini supaya kek tidak lekat pada acuan apabila hendak dikeluarkan nanti.
  2. Pukul telur, gula, tepung, esen vanila dan ovelette dengan kelajuan tinggi hingga ringan dan gebu.
  3. Masukkan mentega cair/ minyak jagung dan gaul rata.
  4. Masukkan perisa orange emalco dan gaul rata.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 45 - 60 minit dengan suhu 180'C atau hingga masak. (Cucuk lidi ke dalam kek. Jika lidi keluar dengan bersih, bermakna kek sudah masak).
  6. Bila sudah masak, keluarkan acuan dari oven dan terbalikkan acuan di atai redai kek supaya kek tidak jatuh semula apabila sudah sejuk. Biarkan kek dan acuan dalam keadaan itu sehingga kek sejuk.
  7. Keluarkan kek dari acuannya, potong kepada dua bahagian, lapisi dengan orange fillings dan letakkan semula bahagian atas kek dan hias dengan topping cream yang telah dipukul gebu.. 


Monday, 11 June 2012

PAVLOVA

PAVLOVA
Bahan
4 biji putih telur
1 cawan castor sugar powder (ayak) - saya guna 1/2 cawan je. Guna gula 
                                                      biasa yang dikisar kering halus pun 
                                                      boleh.
1 sd makan tepung jagung
1sdt cuka
1sdt vanila essen
semangkok fresh cream (ready made)


Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 130 darjah.
  2. Putar (whisk) putih telur hingga kembang /gebu (softpeak).
  3. Masukkan gula sesudu-sesudu hingga habis dan menjadi meringue (bila terbalik tidak jatuh adunan)
  4. Masukkan esen vanila dan putar seketika
  5. kemudian rasa dengan jari kalau dah smooth adunan dan tidak berpasir angkat.
  6. Masukkan tepung jagung yang di ayak dan cuka, kaup dan balik hingga sebati.
  7. Letakkan adunan atas kertas minyak, letak cara bulat 18cm lebar kemudian bakar dalam 1 jam.
  8. Bila sudah masak, JANGAN terus keluarkan dari oven, buka pintu oven dan biarkan pavlova sejuk perlahan2 di dalam oven. Biarkan pavlova benar-benar sejuk sebelum dihias dengan cream.

HIASAN
keluarkan fresh cream dari freezer dan putarkan dengan mode kelajuan maksima sehingga menjadi cream. sapukan atas permukaan pavlova dan susun buah-buahan segar ikut kegemaran (seeloknya buah-buahan yang ada rasa masam2 sikit untuk seimbangkan dengan rasa manis pavlova).


Wednesday, 6 June 2012

KEK BATIK

KEK BATIK
Bahan-Bahannya:
5 biji telur - dipukul rata dengan garfu
2 botol kecil serbuk koko (40g sebotol) - diayak
1 ketul butter (250g),
1 tin susu pekat,
1 bungkus biskut marie.

Cara-cara Masak:

  1. Cairkan butter dalam kuali.
  2. Masukkan susu pekat, serbuk koko dan telur. Sentiasa dikacau sehingga adunan pekat. Tutup api.
  3. Asingkan sesenduk adunan coklat dan ketepikan.
  4. Masukkan biskut marie yang dipecah-pecahkan kepada 2 atau 3 bahagian ke dalam kuali berisi adunan coklat tadi. Gaul hingga rata.
  5. Masukkan ke dalam loyang atau bekas. Sarungkan tangan dengan plastik, tekan bagi mampat. 
  6. Masukkan sesenduk coklat yang diasingkan tadi dan ratakan menutupi permukaan kek.
  7. Sejukkan sebentar (nak masuk peti ais pun boleh). Siap.




Thursday, 31 May 2012

APAM INDON

APAM INDON

Bahan2
5bj telur
1sk ovalette
1sk esen vanila
300gm tepung gandum
300gm gula halus
250ml susu segar @ santan(saya guna santan)
1/2sk baking powder
sedikit garam
pewarna

cara2
  1. Putar telur dan ovalette dgn kelajuan tinggi hingga kembang, masukkan gula-putar
  2. masukkan esen vanila-putar lagi
  3. kurangkan kelajuan mixer n masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn santan tadi
  4. bahagikan 6 bahagian-koko 2 bahagian,4 lagi:hijau-pandan,pink-strawberi,kuning-vanilla,purple-blueberi
  5. sediakan kukusan.guna loyang 9 inci
  6. kukus lapisan 1 warna koko selama 10 minit @ sehingga tidak melekat
  7. lapisan kedua:campur 4 bahagian tadi secara berselang seli dan kukus lagi
  8. lapisan terakhir lapisan coklat.kukus sehingga masak
Selamat mencuba....!!!!