Showing posts with label JAGUNG. Show all posts
Showing posts with label JAGUNG. Show all posts

Friday, 28 February 2014

BUBUR JAGUNG 2

BUBUR JAGUNG 2
Bahan-Bahannya:
3 ketul jagung - hiris biji jagung dari empulurnya
1 bungkus tepung caca
2 helai daun pandan - disimpulkan
4 cawan air
3 cawan santan pekat
7 sudu makan gula pasir
2 sudu teh garam

Cara-caranya:

  1. Masukkan jagung, tepung caca, garam, daun pandan dan air ke dalam periuk. Didihkan hingga jagung dan tepung caca masak.
  2. Masukkan gula. Kacau hingga gula larut.
  3. Masukkan santan pekat. Masak hingga mendidih.
  4. Tutup api. Hidangkan. 


Monday, 16 September 2013

CUCUR JAGUNG

CUCUR JAGUNG
Bahan-bahannya:
3 tongkol jagung - dihiris untuk pisahkan biji dari tongkolnya
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
sebiji telur
2 sudu teh garam
3 sudu makan gula

Cara-caranya:

  1. Masukkan setengah dari jagung, air, garam, gula dan telur ke dalam mesin kisar (blender). Kisar halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga dapat adunan yang sesuai untuk buat cucur, Jika terlalu pekat, boleh tambah lagi air dan gaul rata. (Jika inginkan cucur udang yang sedikit pedas, bolehlah campurkan 1 atau 2 sudu makan cili kering kisar).
  3. Masukkan pula baki biji jagung tadi. Gaul rata.
  4. Panaskan 2 hingga 3 cawan minyak dalam kuali. Jemputkan adunan cucur dan masak hingga warna keemasan.
  5. Ulang langkah 3 hingga adunan habis.
  6. Hidangkan.


Saturday, 23 June 2012

POPCORN

Jom!! Kawan-kawan.. Kita buat popcorn sendiri. Mudah aje tau. Dah tau ni, bila-bila masa teringin, bolehlah masak sendiri.

 Ini jagung kering yang saya gunakan. Saya buat setengah bungkus aje.

 Panaskan 1 sudu makan butter dan 2 sudu makan minyak masak. Cairkan...

 Bila minyak dah cair, masukkan jagung dan ratakan pada dasar periuk. 
Tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan hingga berhenti bunyi "pop" dalam periuk.

 Bila dah berhenti bunyi "pop", segera keluarkan jagung.

Dalam periuk lain (periuk kecil cukup dah), panaskan 1 sudu makan butter dan 4 - 5 sudu makan gula (ikut banyak mana popcorn anda). Kacau sentiasa hingga terbentuk karamel.  Segera taburkan di atas popcorn tadi dan cepat-cepat gaul rata. (Hati-hati kerana karamel ni panas, Jangan sampai kena tangan..)
Dah siap.... Mudahkan?