Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

Tuesday, 22 November 2016

AYAM INTANKU SAYANG

AYAM INTANKU SAYANG
(Lauk kegemaran Intan anak saya)

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - garam kunyit dan goreng hingga masak.
5 biji cili kering - basuh dan potong 3. (Nak pedas boleh tambah)
2 biji bawang besar - potong kasar
4 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 inci halia muda - hiris halus
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap pekat manis
Garam secukup rasa
1/2 cawan air panas

Cara-caranya:
  1. Menggunakan sedikit minyak menggoreng ayam tadi, goreng sebentar cili kering hingga garing. (Hati-hati ya, jangan sampai cili hangus.)
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng hingga layu dan naik bau.
  3. Masukkan ayam goreng, sos tiram dan kicap manis. Gaul rata.
  4. Masukkan air panas dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat dan menyaluti ayam.
  5. Tutup api. Enak dimakan bersama nasi panas-panas.


NASI ALA KAK WOK KELANTAN

NASI ALA KAK WOK KELANTAN
Baru-baru ini saya ada bertandang ke Kota Bharu Kelantan. Waktu makan malam di sebuah restoran, saya telah order Nasi Kak Wok. Aduh! Mak... sekali suap terasa enaknya. Balik ke Kulim, teringat-ingat kesedapan Nasi Kak Wok.. saya cari-carilah resepinya untuk mencuba untuk masak sendiri. Maka inilah hasilnya.. Ala-ala gitu...

KARI AYAM KAK WOK
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam
4 sudu makan rempah kari daging
4 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan rempah beriani
200 ml Santan Kara (Boleh guna santan pekat fresh)
Air secukupnya
2 keping kiub ayam ADABI
1/2 sudu makan asam jawa - campur sedikit air untuk dapatkan jusnya
Garam

Bahan Tumis:
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 inci halia - hiris halus
4 pelepah daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan semua rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air hingga menjadi pes. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkankan ayam. Gaul rata.
  4. Masukkan santan. Gaul rata.
  5. Masukkan air asam jawa, air secukupnya untuk jadi kuah. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan kiub ayam dan garam. Teruskan memasak sehingga pecah minyak. 
  7. Tutup api, sedia untuk dihidangkan.

AYAM GORENG KUNYIT
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk pati ayam/ aji no moto/ perencah makanan HILAL
Kacang panjang - potong 2 inci panjang (saya tak bubuh)
Bawang besar - potong kasar

Cara-caranya:

  1. Gaul ayam bersama garam, serbuk kunyit dan perencah makanan HILAL. Perap sebentar.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hingga masak.
  3. Masukkan kacang panjang dan bawang besar. Goreng sehingga kacang dan bawang layu.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

SAMBAL CUKA
Bahan-bahannya:
Cili merah
Cili api
Cuka
Garam
Gula

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan dan sedikit air masak ke dalam blender. Blend hingga halus.
Sambal ni perlu ada rasa masam dan manisnya.
Sedia untuk dihidangkan.


Thursday, 11 February 2016

AYAM UNGKEP 2

AYAM UNGKEP 2
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - potong ikut suka
1 sudu makan asam jawa + 2 cawan air (anggaran)
1/2 inci halia - hiris
Garam

Bahan Kisar Halus:
25 biji cili api
2 inci kunyit segar
2 inci halia
2 batang serai - hiris nipis
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara-Caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali/periuk, tumis halia hiris hingga kekuningan dan garing,
  2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan masak dalam 3 minit.
  4. Masukkan air asam jawa hingga paras ayam sahaja. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Biarkan ayam masak sambil dikacau sesekali hingga kuah pekat dan nampak berminyak. 
  6. Tutup api dan hidangkan.


Monday, 1 February 2016

AYAM MASAK KERUTUK

AYAM MASAK KERUTUK
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - potong ikut suka
3 peket kecil rempah kerutuk ADABI - campur sedikit air hingga menjadi pes
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugor/asam keping
2 sudu makan kerisik
1 atau 2 kotak kecil santan
Garam dan gula

Rempah Tumis:
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang

Bahan Tumbuk:
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-Caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan tumbuk serta serai hingga wangi dan agak garing.
  2. Masukkan rempah kerutuk, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.
  4. Masukkan santan selebihnya, kerisik, garam dan gula. Lebihkan gula kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit. Biarkan ayam masak sambil dikacau sesekali supaya lauk tidak hangit hingga kuahnya menjadi pekat dan berwarna gelap.
  5. Tutup api dan hidangkan.


Friday, 22 January 2016

AYAM MASAK MERAH SEDAP

AYAM MASAK MERAH SEDAP
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - digaul dengan garam-kunyit dan digoreng separuh masak
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan sos cili
1 cawan santan pekat
1 hingga 2 cawan air - ikut banyak mana kuah yang dikehendaki
3 biji tomato - dibelah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:
6 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

Bahan Hiris Nipis:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia


Cara-Caranya:

  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan hiris nipis hingga layu dan wangi.
  • Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos cili. Tumis lagi hingga pecah minyak.


  • Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Gaul rata dan biarkan seketika.
  • Masukkan air mengikut banyak mana kuah yang dikehendaki. Kacau rata.
  • Masukkan santan. Kacau rata.
  • Masukkan buah tomato, garam dan gula. Kacau rata. Masak hingga pecah minyak dan kuah pekat seperti yang dikehendaki.
  • Tutup api dan hidangkan.


Saturday, 9 January 2016

AYAM BALI

AYAM BALI
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil, gaul dengan garam kunyit dan goreng hingga masak
6 sudu makan cili kering kisar
6-8 batang serai - dititik
8 tangkai daun kari - dibersihkan dan diasingkan dari tangkainya
5 kali goncang kicap lemak masin
3 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus:
5 - 6 biji bawang besar
1 labu bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan

Cara-Caranya:

Gunakan minyak menggoreng ayam tadi. Menggunakan api sederhana besar, goreng serai hingga wangi dan warnanya kekuningan.
Masukkan daun kari, kacau hingga wangi. (Jangan sampai hangus)

 Masukkan bahan kisar dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan garing.

 Masukkan kicap (5 titik/ 5 kali goncang je)
Masukkan garam dan gula. Gaul rata.

 Masukkan ayam goreng tadi. Gaul rata dan biarkan selama 8 - 10 minit sambil sering dikacau supaya tidak hangit. Boleh kecilkan api sedikit.

Taraaaa.... dah siap. Bolehlah dihidangkan.

Tuesday, 1 December 2015

AYAM GORENG BEREMPAH

AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan cili kering kisar
5 helai daun limau purut - dihiris halus
Garam

Bahan kisar halus: (atau boleh guna serbuk)
1 sudu makan jintan manis
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan putih

Bahan kisar kasar:
3 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
2 inci halia - dihiris
2 inci lengkuas - dihiris
2 inci kunyit hidup -dihiris
2 batang serai - dihiris

Cara-Caranya:

  1. Beersihkan ayam dan toskan airnya.
  2. Gaul semua bahan dengan ayam.
  3. Perap ayam selama 1 jam atau lebih... lagi lama perap lagi sedap...(perap dalam peti ais)
  4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng ayam terendam dengan api sederhana besar (deep fry).
  5. Angkat ayam bersama dengan rempah-rempahnya sekali dan toskan.
  6. Hidangkan ayam panas-panas.


Sunday, 20 September 2015

AYAM BERSOS LEMON

AYAM BERSOS LEMON
Bahan-Bahannya:
200g isi ayam (saya guna bahagian dada) - potong memanjang
1/4 cawan tepung jagung
2 biji kuning telur
2 sudu besar air
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan Sos:
1/4 cawan jus lemon
1 sudu makan madu
1 cawan air
1 kiub ayam Adabi
1 sudu makan tepung jagung
1 inci halia - hiris nipis, kemudian hiris memanjang nipis
2 1/2 sudu makan gula

Cara-Caranya:

  1. Campurkan semua bahan sos ke dalam periuk kecil.
  2. Masak menggunakan api yang perlahan hingga mendidih dan pekat. Matikan api dan ke tepikan.
  3. Di dalam mangkuk, campurkan tepung jagung dengan air. Kacau rata.
  4. Masukkan kuning telur, kacau rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  6. Panaskan 3 senduk sayur minyak masak dalam kuali.
  7. Celupkan ayam ke dalam adunan tepung. 
  8. Goreng hingga warna keemasan. Angkat dan sejatkan. 
  9. Susun ayam goreng dalam pinggan. Curahkan sos lemon ke atas ayam. Hidangkan.


Saturday, 31 May 2014

AYAM UNGKEP BONDA

AYAM UNGKEP BONDA
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2 biji kentang - belah 4
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 bunga lawang
1 sudu makan asam jawa + semangkuk air
3 sudu makan rempah kari daging - campur sedikit air untuk dijadikan paste... 

Bahan Tumbuk Lumat / Kisar:
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan ketumbar biji
 2 inci kunyit hidup
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  2. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan paste kari. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam. Gaul rata. Tutup periuk sebentar supaya ayam layu sedikit.
  5. Gaul rata. Masukkan air asam jawa. Masukkan air hingga sama paras dengan ayam. Gaul rata.
  6. Masukkan kentang. Tutup periuk. Biarkan masak menggunakan api yang sederhana.
  7. Bila mendidih, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata. Tutup lagi periuk.
  8. Biarkan kuah pekat. Kacau sesekali supaya tidak berkerak.
  9. Tutup api. Hidangkan.


Friday, 25 April 2014

GULAI LEMAK CILI API AYAM KAMPUNG-PUCUK PEGAGA

GULAI LEMAK CILI API AYAM KAMPUNG-PUCUK PEGAGA
Bahan-Bahannya:
Seekor ayam kampung - potong ikut suka
1 mangkuk santan pekat
1 ikat pucuk pegaga
2 batang serai- dititik
2 cawan air
1 - 2 keping asam gelugor
garam

Bahan Tumbuk Lumat:
25 biji cili api
2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar - saiz sederhana

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan tumbuk, ayam, serai dan air ke dalam periuk.
  2. Masak di atas api hingga mendidih dan ayam setengah masak.
  3. Masukkan santan pekat, asam gelugor. Masak hingga ayam empuk. (Masak gunakan api yang sederhana dan perlu dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak).
  4. Masukkan pucuk pegaga dan garam. Masak hingga pucuk pegaga layu.
  5. Tutup api dan hidangkan.


Saturday, 4 January 2014

CHICKEN GRILLED WITH BLACKPEPPER-MUSHROOM SAUCE

CHICKEN GRILLED WITH BLACKPEPPER-MUSHROOM SAUCE
Bahan-Bahan Perapan:
6 keping whole leg - debone (dibuang tulangnya)
1 kiub pati ayam
2 sdm sos tiram
2 sdm sos lea & perrin (pilihan)
1 sdm serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 biji bawang merah - ditumbuk

Cara-caranya:

  1. Lumurkan semua bahan pada ayam. (Saya bancuh dulu semua bahan perapan kemudian baru lumurkan pada ayam)
  2. Letak ayam dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti ais. Perap selama 2 - 3 jam.
  3. Grill ayam di atas non stick pan. Letakkan sedikit butter di sekeliling ayam. Balik-balikkan ayam sehingga masak. Hidangkan.

Bahan-Bahan Blackpaper-Mushroom Sauce:
1 biji bawang besar - dicincang halus
6 ulas bawang bawang putih - dicincang halus
1/2 cawan susu segar
3 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan tepung jagung - dicampur dengan sedikit air
2 sudu makan butter - untuk menumis
1 sudu makan gula
1/2 tin cendawan butang - dihiris nipis

Bahan Kisar:
1/2 cawan stok ayam pekat Maggi
2 1/2 cawan air
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan kicap lemak masin
2 kiub daging
1/2 tin cendawan butang

Cara-caranya:

  1. Cairkan butter dalam periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, serbuk lada hitam, susu segar dan cendawan butang yang dihiris. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan gula. Rasa masin dan manisnya. Jika kurang masin boleh masukkan garam. Tapi kalau terlebih masin, boleh masukkan lagi sedikit air atau susu segar.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan mendidih sekali lagi. 
  5. Tutup api. Curahkan atas ayam grill tadi. 

Bahan-Bahan untuk Coleslaw:
1/4 buku kobis - hiris halus
1 biji karot - diparut
1/2 cawan mayonis
1/4 cawan susu segar
1 sdt cuka
Sedikit gula dan garam

Cara-caranya:

  1. Campurkan mayonis, cuka, gula dan garam. Kemudian masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil terus dikacau dengan sudu sehingga dapat kepekatan yang dikehendaki. (jika cair sangat, tidak perlu masukkan semua susu segar tu)
  2. Masukkan semua kobis dan karot. (Hari ni saya masukkan sedikit kobis ungu). Gaul rata.
  3. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti ais.


Saturday, 30 November 2013

AYAM MENU SIHAT


AYAM MENU SIHAT
Bahan-Bahannya:
3 keping daging ayam bahagian dada - dibuang kulit dan dihiris nipis
2 keping asam gelugor
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
9 biji cili api - dihiris
garam
2 cawan air


Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Rebus hingga ayam masak.
  3. Tutup api. Hidangkan.




Thursday, 19 September 2013

DALCA AYAM

DALCA AYAM
Bahan-bahannya:
1 mangkuk isi ayam - dipotong dadu
1 cawan santan
2 genggam kacang dal - rebus hingga empuk
1 biji cili hijau - potong 1 inci
1 biji kentang - belah 12
1 biji karot- potong mancis
3 biji kacang panjang - potong 1 1/2 inci
1 biji terung bulat - belah 6
1 biji tomato - belah 4
3 sudu makan rempah kari daging
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
2 keping asam gelugor

Bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak:


  1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan bahan tumbuk. tumis hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari daging, daun kari, cili hijau dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, asam gelugor, kentang dan sedikit air. Masak hingga ayam dan kentang empuk.
  5. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak. Masukkan garam dan serbuk perasa. 
  6. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.